WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady
Showing posts with label Jom TerJah Blog. Show all posts
Showing posts with label Jom TerJah Blog. Show all posts

Thursday, March 20, 2014

Mak Lady suka sangat gitarist Cumi 1569 !!

Status tak boleh belah punya.... !! Boleh pulak MakLady ni letak status cam gini, waktu gini? Mungkin ada yang pelik dengan minat MakLady sejak mula terjumpa gitarist dari Singapura ini. 

Jangan pulak ada yang terbeliak bijik mata baca.. Takut pulak ada blogger maupun peminat Cumi ni marah2 kat Mak!! bukan apa, nanti sia sia Mak kena bahan pulak gara2 status suka suka ni....

Sebenarnya -TOLONG .... jangan gossip Mak! Full Stop! ha ha ha

Relax kan diri ~ jangan sangka buruk. Teruskan baca entry ni....

Al kisahnya, masa MakLady tengah BW tadi, MakLady terserempak dengan blog seorang blogger yang amat MakLady kenal. Maksud MakLady, blogger si Mawar (bukan nama sebenar) dah ada blog sejak MakLady mula2 berjinak dengan menulis di blog. MakLady follow blog dia dari dia bujang sampailah mendirikan rumahtangga. Biasa lah kan... waktu mula MakLady berblog, rajin juga lah Blogwalking blog yang MakLady rasa menarik untuk dibaca. Dan salah satu blog adalah milik Mawar.

Lama juga MakLady follow dan akhirnya, Mawar menegur sapa. Dia pun follow MakLady. Walaupun kami tak pernah kenal selain dari dalam blog, tetapi apa yang berlaku sedikit sebanyak dikongsi dalam entry. Paling seronok membaca - tentang percintaan Mawar dengan si dia hingga ke peringkat melangkah ke hari perkahwinan, sampai lah saat berbulan madu, pindah rumah, hidup baru sebagai isteri orang. Pendekkata, bila baca blog Mawar ni seolah kita ada sama dalam kehidupan nya. Setahun juga lah Maklady follow perkembangan Mawar dan keluarga.

Cuma yang mengasingkan MakLady dengan Mawar dan sebahagian bloggers yang rajin singgah ke blog Maklady ketika itu, adalah berpunca dari penutupan blog MakLady. Namun ketika itu, mereka pun ada yang masih berhubung dan masih bertanya khabar di luar. Ada juga yang senyap... Sehingga lah MakLady membuka semula BlogDearLady. MakLady bertemu semula dengan mereka. Akan tetapi, kelibat Mawar kurang dan MakLady dapat melihat yang Mawar kurang aktif berblog waktu itu. Mungkin sibuk dengan anak, suami dan kerjaya.

Bulan bergantu bulan, Tahun pun silih berganti. Melihat kebahgiaan yang terjalin diceritakan dalam blog Mawar cukup memberi satu kebahgiaan juga di hati MakLady. Masa tu, MakLady bukan aktif macam sebelum tu. Mungkin dengan blog dan ID yang baru ada dikalangan rakan bloggers yang dulu2 ni, tidak mengenali pengunjung SILENT mereka ini! Maklady tetap mencuri masa membaca apa yang berlaku pada diri mereka dari masa ke semasa. Tapi oleh kerana blog Mawar dah lama tak update mungkin terlepas pandang.

Sehinggalah semalam bila tergerak hati untuk membaca blog Mawar. Pada mulanya MakLady tak syak apa2 sehinggalah melihat perubahan pada design blog Mawar. Ada gambar anak dan dia di sana. Hmm.. tergerak juga naluri ini berkata.... Mana pergi nya photo sang suami? Selalu nya tak pernah ketinggalan Mawar mengabadikan potret cik abang dalam entri. Sejak mereka menikah, boleh dikatakan dalam sehari tu, pasti ada cerita tentang diri keduanya. Tambah pulak dengan ada nya baby. Pernah membaca entri di masa raya di mana mereka pertama kali beraya dengan memakai sedondon sekeluarga. Bahagia sangat Maklady tengok!

Setelah diterokai blog Mawar - baru lah MakLady dapat tahu akan kedukaan yang melanda Mawar beberapa bulan yang lalu. Mungkin itu sebabnya dia tidak lagi menulis di blog dalam masa yang panjang. Amat terkejut dengan apa yang berlaku. Setelah membaca coretan ringkas Mawar dalam entri entri selepas dia mula aktif semula awal tahun, baru jelas terlukis akan pengalaman yang sukar dilalui.

Tabahkan hati dik. Akak simpati dan berharap dengan takdir yang ALLAH berikan ini, InsyaALLAH adik akan menemui pelangi yang indah...

Jangan berduka. Life goes ON...MakLady percaya Mawar akan terus cekal dan tabah dalam mengharungi kehidupan. Redha dengan keTentuanNya. Apa yang penting, jadikan kedukaan hari ini, satu cabaran untuk kita terus mencari kebahagian untuk hari esok.

So bila MakLady baca kisah Mawar ni, maka teringat lah Maklady lagu favourite Maklady. Tambah teringat bila lagu ini dialunkan oleh gitarist yang amat Maklady minat. Kira suka bakat yang dia ada. Boleh tangkap shahdu tau kalau korang dengar petikan gitar Cumi1596 ni. Tak caya?

Jome kita dgr lagu JANUARY - nyanyian asal Glenn
(actually I juz love the melody AND the lyrics too) agak kena lah dengan situasi Mawar :(( Harap lagu ni memberi ketenangan di jiwa mereka yang 'kehilangan' ... moga terus percaya pada jodoh, ajal dan rezeki hanya dari ALLAH swt.Setiap yang berlaku pasti ada HikmahNya. InsyaALLAH

Sblum tu, Lady nk say "Thanks" to a good guitarist yg  video clip dia ni, Lady paste kat sini.(Sorry la Bro, minta izin popularkan diri Bro kat sini.... ) Frankly, Lady mmg minat org yg pandai main gitar. cuma tak dapat2 pun...:p (ko dah kenapa makLady ooiii...)

Bukan senang tau nk main dgn baik mcm abg Cumi1569 ...Whereva u R my dear, I hope u xkesah sbb MakLady mmg dh tangkap syahdu dgn lagu ni.... tambah bila Bro yg petik gitar .....
Klu korg xcaya, syahdu ke x, cuba la dengar sendiri.....


BERAT BEBAN KU
MENINGGALKAN MU
SEPARUH NAFAS JIWAKU
SINAR

BUKAN SALAHMU
APA DAYAKU
MUNGKIN BENAR CINTA SEJATI
TAK BERPIHAK PADA KITA

KASIHKU
SAMPAI DISINI KISAH KITA
JANGAN TANGISI KEADAANNYA
BUKAN KERNA KITA BERBEDA

DENGAR KANLAH LAGU NI ~ MELODI RINTIHAN HATI INI -
KESAH KITA BERAKHIR DI JANUARI

SELAMAT TINGGAL KISAH SEJATIKU
OO...PERGILAH....OO

Tuesday, March 18, 2014

TERIMA KASIH #SBB2014 & Yeo's


Assalamualaikum 

Dah lama majlis berlalu, 
baru hari ini MakLady nak sentuh pasal Event SBB2014.

For a start , MakLady hanya nak ucapkan berbanyak2 TERIMAKASIH kepada Bro Amir Hassan @ Boss DenaiNetwork yang menganjurkan sebuah event yang sangat happening! Sangat bermakna kpd blogger tempatan dan juga serantau.Kalau nak bercerita panjang lebar mau korg tertido baca entry Maklady ni tapi rasanya SEMUA yang hadir dapat merasakan keseronakkan berada di sana! 

So let me share my thankfulness to....
DENAIHATI NETWORK for such a superb event !!  
(sila tepuk tangan semua...) Bravo to ALL for an EVENT yang rasa nya, yang paling meriah everrr!!

Terimakasih juga kepada rakan2 blogger yang telah bekerja keras, demi memastikan perjalanan majlis berjalan lancar. Dengar cerita berbulan bulan mereka membuat persiapan. Woww.. terserlah bila melihat komitmen mereka yang tidak mengira masa dan tenaga. MakLady sempat juga jengah lokasi majlis sehari sebelum the actual day. Memang mereka ALL OUT memastikan pelaksaannya berhasil.

team denaihati network sbb2014
Credit Foto : dari jurukamera majlis -  http://iluvtour.com/
Sebenar2nya Uolz...
Ucapan TERIMA KASIH ini, MakLady nak tujukan awal lagi. Kira sebelum majlis bermula lagi ! Malah secara ikhlas dari hati ke hati, sesungguhnya MakLady bukan nak puji atau hargai atas sesuatu, kalau hasil nya tak seperti yang kita lihat pada Majlis Sepetang Bersama Blogger ini. Apa yang MakLady nak share pengalaman dari awal lagi, pihak penganjur amat membantu. Terutama kepada saudara Meor @ Melastik  Bintang dan saudara Hisyamudin Fadzil @ Shakiddo , yang tak jemu2 melayan gelabah, songeh mongeh MakLady. Tiap soalan yang diajukan dijawab dengan berhemah dan jelas. Almaklumlah bukan senang nak melayan kerenah orangramai terutama orang tua macam MakLady ni. Pasti kena ada kesabaran yang tinggi...:)) Ternyata inilah sikap yang harus ada - memberi khidmat yang termampu selagi boleh!

Sejurus itu, MakLady rasa tidak keterlaluan jika penghargaan dan ucapan Terimakasih sekian kali diberikan. Kerjasama yang dihulurkan semasa handle ruang niaga @bazaar tempohari, dimana saudara Shakiddo kita ni tidak mengira penat lelah memberi khidmat yang TERBAIK..... terimakasih sekali lagi :) [ kalau ada award untuk mereka ni yang pasti MakLady orang pertama yang akan vote "Award Cemerlang" kat mereka berdua ni]

Ini bukan bermakna mereka yang lain tak cemerlang. Semua orang kuat DenaiNetwork hebat2 belaka, cuma pada MB dan Shakiddo yang sempat MakLady hubungi untuk tanya itu ini sepanjang tempoh persediaan ini...Rasanya mereka pun dah jemu dapat Text dan message dari MakLady  ;) he he he 

TERIMAKASIH daun keladi, tahun depan MakLady kaco laggggiiiii...hehehe

Photo: Tqvm MakLady Nieza jual almond pretzel ni. Rm30 sebalang. Sedap sungguh. Lepas kempunan/mengidam kita.. #sbb2014
Terima kasih juga kepada
Roshidayu Che Mat
Pada majlis yang sama, MakLady ada berniaga sambil memperkenalkan produk terkini. Pretzel MakLady via Online  Biznes : AmyAmyshop.blogspot.Com di ruang bazaar yang disediakan di luar dewan. 

Dalam ramai2 bloggers yang berkunjung, sempat juga MakLady bertemu dengan blogger Roshidayu @ Ayu yang ramah mesra. Sempat juga bakal ibu kepada baby baru nya ini merasa Pretzel MakLady yang diidam2kan. Alhamdulillah - syukur. Risau juga MakLady kalau tak dapat pretzel almond ni, mau kempunan katanya :) *Moga beliau selamat melahirkan baby tak lama lagi.

Oh yer, MakLady hadir bersama ahli keluarga yang lain, anak2 pun enjoy being there! Dapat jumpa Blogger yang hebat2 di sana. Ada antara mereka sudi menegur MakLady! Terharu Mak! Ada juga lah blogger yang masih ingat pada MakLady ni.. Antara nya, Farah @ Bubblenotes yang comel sejak jadi ibu ni, tak lupa juga pada blogger yang berubah wajah pada petang itu, Mia @ MiaLiana.com - untung badan dapat sponsorship dari head to toe! dan tak ketinggalan Broframestone yang datang dengan wife dan baby. FYI ( kami duduk meja 27 bersama MakDara dan family) meja betul2 depan pintu masuk! Kalau ada yg kata tak nampak kami!! Hmm..tak tahu nak cakap apa dah laaa.. hu hu hu
Walaupun begitu, apa yang penting adalah kehadiran kami pada petang itu lebih kepada mendapat menafaat dari segala aturcara yang diatur. Tak sangka ramai yang hadir dan pihak penaja utama Yeo's menyajikan kami dengan minuman sepanjang majlis. Serius... kami kenyang dan hilang dahaga dengan Yeo's drink ! Dan banyak lagi penaja yang tampil tapi sayangggggggg tak menang satu pun Hadiah mereka... !! uuwaaaaaa... But dont worry, ada rezeki lain ...insyaALLAH :))
Penaja Utama - Yeo's

Seperti biasa - Ramai juga rakan blogger yang MakLady ketemu pada hari tu yang memberi Kad nama mereka. Maksudnya namecard bertukar tangan. MakLady kena beli namecard holder yang baru nampaknya. Cuma tak sehebat saudara yang menang Iphone sebab kolek namecard terbanyak!!! THAT's what we call A WINNER. Serius Maklady salute !

sbb,sbbyeos,yeos2014,sbb2014
Airmata Terharu :
Saudara Yeop Khairil Mazri yang ditenangkan
oleh rakan blogger memenangi IPhone 5s
Credit foto : Azwananuar.com
Meriah dan seronoknya bertemu rakan bloggers tak dapat digambarkan. Ada yang MakLady pernah bertegur di maya tapi tak pernah jumpa. Ada tu pernah jumpa tapi lama tak bersua. Ada plak antara mereka ini yang mungkin kenal dari jauh tapi segan segan nak tegur. Ada tu yang tak kenal langsung dan MakLady pun tak kenal mereka - maaf sebab ramai juga blogger baru yang kurang MakLady kenal. Dan of koz lahh mereka pun tak kenal sape MakLady, yer dok? Itu semua tak penting sebab MakLady pun bukan dari kategori blogger terKenal pun ..hehehe... hanya someone yang ada blog jer kotttt... :)
Name card Denaihati Network
I got this - last year punya event !!
Apa pun, yang menarik tetap ada! Sebelum kami pulang, sempat juga bergambar. Tak sangka BoniKacak yang terkenal lagi femes sejak jadi penyanyi sekarang ni :)) sudi juga bertegur sapa dengan MakLady. walaupun masa tu, MakLady dah pun nak pulang. Msih sempat lagi bertukar2 namecard! Ini menjadikan majlis sepetang bersama blogger bermakna pada kami sekeluarga. Siapa kita, di mana pun kita berada, jangan lupa yang mula dan akhir. 

ALAMAK !! panjang juga entry MakLady. Ingat nak beri ucap macam Artis menang award tapi TERLAJAK SUDAHhhhhhh.... 

maaf - selamat berblogging Uolz :))

Thursday, February 13, 2014

Sila Tegur !! Saya Blogger, Baru Belajar Nak Kenal Bloggers

Assalamualaikum semua kawan2 bloggers
dan juga my darlings followers & sweetie readers.

Teruja! Itulah semangat MakLady untuk hadir ke majlis yang menghimpunkan para blogger dalam satu bumbung. Begitu jugalah harapan semua yang akan hadir nanti. Ramai gak yang dijangka hadir. Harapan MakLady dapat jumpa dan berkenal2 sesama kita di‪#‎SBB2014‬ . 

ANDA Teruja ssgt, rite? Tak sabar la tu, nk jumpa bloggers yang hebat2. Almaklumlah, bila lagi nak jumpa mereka ni dalam satu masa. Selain dari bertanya khabar, boleh juga bertanya tips dan idea untuk naikkan rating blog.. la la la...Pendekata, masa majlis tu nanti, akan ketemu sama bloggers yang kita penah baca blog mereka tapi tak pernah jumpa in person. Yang pasti, ramai la nanti yang jadi paparazzi dan wartawan tak berbayoo..

*_* say cheeseee!!! FB! Tweeter! Instagram! sure jemmm...dengan submission berserta gambar .... Masing2 tak ketinggalan gteww...Itu belum lagi tengok lagi hadiah hadiah yang bakal dimenangi. Tak Lupa hari tu, MakLady akan buka booth dengan anak2.Lagi gempak bila PENAJA UTAMA sudi sponsor -mandi Yeo's kita semua :)

Nahhh... semua ini untuk raikan Bloggers! Happening!! Tambah meriah bila di majlis kali ni. MakLady, bersama anak2 dan sepupu Mak Dara dan family (yg juga bloggers) akan turut sama ke majlis tersebut. Makin riuh la meja kami nanti...Mak Lady sahaja bawa pengiring serta bodyguard seramai 5 orang. Mak Dara pula dengan Kekanda tersayang dan anakanda tercinta. We are Family !! ;D

Seperti majlis setahun lalu, kehadiran kami sekadar memeriahkan majlis. Di sana lah MakLady kenal ramai blogger. Atleast, diperjumpaan tahun ini, diharap ramai lagi bloggers yang baru pun dapat Maklady kenal. Tak lupa juga bloggers yang dah lama bertapak. Paling best kalau ada antara mereka ni yang pernah baca blog MakLady....hehehe...nmpk tak permainan nya di situ Mak Dara?? haha

Bercakap pasal blog dan readers atau followers ni, Memang tak boleh dipisahkan. Saling memerlukan. Readers ini adalah sumber inspirasi MakLady gak, walaupun silent readers. Itupun satu penghargaan kerana ada juga orang nak baca blog kita :)) Kalian amat MakLady hargai. Di mana pun kalian berada :)Terimakasih dan bersyukur sangat2, walaupun, Blog MakLady ni bukan orang kenal pun. Sekadar blogger syok sendiri je kot.. ;) Dah tentu2 orang tak kenal. **Kepada my silent readers, terima kasih ! Tapi lagi best kalau dapat kenal anda jugak, wlupun di "COMMENT" ;) 


Tapi yang best nya! Ada plak yang kenal MakLady. Selain dari kawan2 bloggers yang selalu berkunjung ke blog MakLady, followers kat instagram, followers kat blogniaga, FB dan pages dan silent readers ni, ADA PULAK yang kenal MakLady tetapi secara jauh.. (mungkin dari menjadi followers ahli keluarga MakLady kott... ) Mereka ada yang melihat MakLady dan keluarga dari bacaan dan mungkin dengar cerita dari bibir ke bibir. Ada yang kalau jumpa kat luar, mereka datang jumpa dan tegur. Ramai yang kini jadi SAHABAT MakLady dan anak2. Dalam pada tu, MakLady sedari, tak semua orang suka kita. Tak semua orang sayang kita. Pasti ada juga yg masih melihat kita dari jauh dan memberi komen negatif dibelakang kita. Well, itulah nama nya MANUSIA.

Sedangkan artis yang TOP meletop pun ada haters. Ini kan pulak kita bloggers!! :)) Cuma MakLady harap sangat, jangan ada golongan yang mengaku kenal kita sebaliknya SEKADAR mengenali kita secara luaran. Tapi mampu menyebar berita atau hal hal berkait, seolah mereka berada di tempat kami dan mereka LEBIH TAHU... Yang ini - harus tidak kenal pun tak pe kot... Mak aiii.. huhu 

JADIiiiiiii.....untuk #SBB2014 kali ini, kalau ada yang hadir nanti, yang kenal jauh2 atau yang dah kenal MakLady,  kalau sudi lahh...TEGUR2lahh  yerr hehehe (walaupun sebenarnya MakLady seorang yang PEMALU kwang3) *

From the desk of MakLady : Pppssstt.. ppsssttt Ade gak MakLady terdengar, ada yang ckp MakLady macam "sombong" jerr ?? macam tak mesra alam jerr...?? Alahaiii... sebenarnya MakLady tak macam tu pun. Dia ramah tahap gaban klu korang nak tahu... so next time, klu ada yang terserempak dengan MakLady. Nampak macam sombong tu, tolong jangan terus CHOP dia sombong tau. Lain kali terus je tegur. Kalau ada yang dia berlalu tak tegur korng ke, jgn lah pulak jauh haati. MakLady mungkin tak perasan atau MakLady x berapa nak ingat rupa korg ...almaklumlah faktor usia :)) ..MakLady tak makan orang punya...tegur jer lerr... 

Monday, January 27, 2014

Siapa Menantu Pilihan MakLady

Wow... Panas! 

Topik yang MakLady baca kat blog milik broframestone .

Berderau darah MakLady bila baca soalan sebegini diutarakan dalam bentuk entry milik seorang blogger yang disegani. Tambah pulak yang menyoal nya datang nya dari seorang blogger yang perasan ensem ~! seperti yang dinyatakan dalam pertemuan lalu dan juga kat enty bro sendiri :) ha ha 

Apa pun, MakLady terharu dengan niat bro yang seorang ni ~~ dari dulu tak abis abis nak mengusik MakLady dengan menyuara soalan samada layak ke tidak nak jadi menantu MakLady...?

Almaklum lah.. siapa tak kenal dengan blogger broframestone !!! Seorang fulltime blogger dan kini telah bergelar ayah kepada seorang baby dan suami kepada seorang isteri yang dikatakan "seiras" wajah anak MakLady yang disebut2 itu ~ excuse me ! bukan MakLady yang kata hokeyy... (betul ke Bro.?  :) 

Kelakar btul gurau broframestone ni. Nak gelak pun ada ~! Nak marah pun ada jugak... tapi apa kan daya, nak marah pun tak leh sebab tengok muka bro ni timbul rasa kesiannnn la pulak...Mana tak nya, dari awal kenal hingga ke hari ni , tak sangka pulak masih simpan niat nak jadi menantu MakLady? hahaha

MasyaALLAH - Bro, Mohon dijauhkan. Takut nnti kata2 gurauan jadi DOA, jangan bro ! Kang sape nak jawap ?? ahakz

Foto dari hp MakLady : semasa hadiri wedding Yana Yassin

Menjawab soalan Bro, siapa menantu pilihan MakLady?
Jodoh Rahsia Allah swt  - soal jodoh MakLady serahkan pada anak2. Siapa pilihan mereka MakLady terima. Kalau boleh tu, biarlah yang tahu tanggungjawab kepada Isteri dan Keluarga serta Beriman kerana Allah swt  ~

PS: Mohon maaf sebab ada masa MakLady tak berkenan dengan gurau2 sebegini. Bukan apa. Ada kalanya, ucapan kita ni, takut disalah tafsir dan umpama DOA kita, Dengan rasa hormat, MakLady mohon, next time, gurau senda benda2 mcm ni, tak usah dipraktikkan, boleh tak ?  

Friday, January 24, 2014

ScriptWriting : ML menulis lagi...

Sejak akhir ni MakLady teerrrlllaaalluuuuu sibuk dengan aktiviti melibatkan penulisan. Nak kata MakLady meroyan macam bicara MakDara, rasanya macam belum capai kehebatan Mak Dara lagi. Tapi klu tengokkan kesibukkan boleh dikatakan hampir serupa.
Bagi yg mengenali Mak Lady mungkin akan setuju jika bakat penulisan ini harus digilap lagi kasi berkilat. Bukan setakat mampu tulis blog saja. Malah harus diluaskan kpd penulisan skrip. Itulah impian MakLady dari remaja dlu kala lagi. Minat menulis. Dari menulis utk suka suka di majalah sekolah di bangku sekolah rendah tpi berlanjutan hingga menulis cerpen di sekolah menengah. MUNGKIN TAK SEHEBAT MANA tapi sekurang nya boleh la jugak terminat untuk cuba bidang baru... Bidang penulisan skrip drama maupun filem.
Syukuralhamdulillah... Setelah ketemui MakDara dan suami dapatlah MakLady sempurnakan hajat utk menulis skrip.. Yezzaa..Skrip pertama dibawah bimbingan MakDara dalam proses. Nasib MakLady hadiri kursus pendek asas penulisan skrip dapat lah dipraktikkan.
Setelah hadiri kursus anjuran Finas dan dikelolakan oleh suami Mak Dara, Encik Martias M.Ali barulah MakLady tahu bagaimana sukarnya untuk menghasilkan sebuah skrip yang bermutu dan mencapai piawai pihak penerbitan seterusnya lulus untuk diterima oleh pihak penyiaran sebagai sebuah skrip drama...
Semangat untuk menulis kian membara bila idea untuk skrip datang mencurah disamping tunjukajar shifu ku... Oh Mak Dara !!! :)) 
Doakan ML dapat siapkan skrip ini. Walaupun cerita nya berbentuk komedi dan berjiwa romantik tapi sukar juga nak realisasi kan ke bentuk skrip...huhu wish me Luck u guys !!! :))

Tuesday, December 31, 2013

JR Busy Studying, MakLady Busy Script Writing...

Sempat jugak cik Jejar ni snap Candid photo
* MakLady tengah kusyuk semak skrip*
Demam Exam melanda lagi...
Kisah entri pasal demam yang datang masa musim Final Exam.... :)
Mungkin Xcited nak exam atau demam sebab tiap malam stay up late sebb study??

Mcm tu la di rasakan oleh mrk yg rapat dengan MakLady lately. MakLady tak rasa nak demam tapi lebih kepada rasa teruja sebab dapat luangkan masa untuk temankan cik Jejar kita ni Study. Kebetulan MakLady skarang ni tengah busy menyiapkan treatment utk skrip drama. Alahaiii nak cungkil bakat menulis skrip plak dah Mak ni.... 

Maka itu la sebab nya MakLady dah jarang upload entry utk blog kesayangan ku ini. Lagipun, sejak Cik Jejar sibuk mentelaah pelajaran pada Study Week ni, MakLady pun ambil kesempatan untuk bersama dia. Sama sama lepak kopitiam sampai 2 - 3 pagi. Bukan tak leh nak study kat rumah tapi tau je la... kalau kat kopitiam ni mungkin ilham akan lebih rajin datang.... huhuhu.. *al kisah nya....;)*

Tanya la pada student yang sama sama turut mengambil ruang di kopitiam atau fast food restaurant pada musim nak Exam. Rata rata rasa lebih selesa kot nk ngadap buku di suasana tenang .....

Oklah, di waktu gini, MakLady pun dapat siapkan kerja dan sekali gus memastikan CikJejar dapat mengulangkaji pelajaran dengan tenang dan selesa. Malah pada kali pertama inilah MakLady rasa seronok bila teman CikJejar sebab dalam pada itu, boleh juga tunjukajar Sifu sesama kami terutama bila Mak Dara (my scriptwriting Sifu) yang sudi bersama2 bikin havoc... Love u dearly Mak Dara. Thanks for your support :)
Tak lupa juga pada Mr JR yang bersemangat wajar - datang memeriahkan group study ni. 
The more the merrier !! Kan study ramai2 ni banyak menafaat nya. Jom ramai2 kita STUDY!!!

*To Mr JR & Cik JR  - GOODLUCK !! :) *

Monday, December 30, 2013

MrJejariRuncing .. pulakkkk

Blog Mr Jejari Runcing...?!! Berderau jugak bila dapat tahu ada blog wujud dengan nama Mr Jejariruncing. 

Ingat Mr Arrogant jer... tetiba ada pulak Mr Jejari Runcing! Takut jugak MakLady bila blog yg nama nya seakan akan nama anak Mak Lady tetiba muncul. Apa kes nya plak niii.....?? hati Mak Lady cuak. Terus hubungi sepupu Mak Lady , Mak Dara dan khabarkan.....

Ape lagi - kami yang ala ala P.I yang tak berbayar ni, pun siasat....

Jeng3...

Akhirnya... Kami berjaya mengintip blog tersebut. Baca punya baca ... makin suspen pulak.... Kami tak jumpa pun mana mana entri yang mengaibkan maupun menyentuh perihal ahli kluarga kami. Hmmm...siapa gerangan Mr Jejari Runcing ni?? Motif ??

Klau baca entri dia ... macam biasa-biasa jer isian blog...takde pun yang mencurigakan! 

End of the day, sangkaan kami meleset sama sekali, bila dapat tahu siapa gerangan pemilik blog ni. 

Ha Ha Ha...Rasa macam dalam rancangan "Wakenabeb" pulak....

*Makin Legaaa.... bila perasan tagline blog - MM meets AH*

Sunday, July 7, 2013

Bila Bro Framestone Blurr...

Hari minggu mcm hari ni kalau tak ke mana2, 
MakLady akan belek FB...
paling suka baca status kawan2.

Ada masa nya tergelak sorang, MakLady tersenyum sendiri..
baca status kekawan.... ada yang lucu, ada yang agak blurr di situ 
hhhhmmmmm

Termasuk lah, status yang baru saja MakLady respon kejap tadi.
yakni status Bro Framestone yang katanya , "Blurr !" ..
Tak tahu nak bezakan antara Sengkuang dan Lengkuas...
Gambar hasil Google Image
sengkuang
Gambar hasil Google Image:
lengkuas
Hmmmm... uniq btul status bro kali ni...
tapi menurut Bro Framestone lagi, 

"Bro kenal 2-2 benda nie dan fungsinya. Tapi sentiasa confius dekat namanya."

betul jugak yer... nama keduanya agak dekat2 bunyi nya....
Satu Lengkuas dan satu lagi Sengkuang

lantas MakLady pn komen lah : secara lawak ke der MakLady laaa.

Nak tau x apa MakLady type ? 

hmmm uniq punya statement ni bro!! hehe Cuma pada pandangan Mak Lady keduanya buat Bro Blurr sebab .....kedua2 nya ada sedikit atau kurang lebih tolah campur - yakni Lengkuas - ada L manakala Sengkuang ada S, dan yang satu lagi ada KUAS dan yang satu lagi sebutan agak panjang sikit...KUANG..--- sila lihat .....(Leng)KUAS dgn {Seng)KUANG hehehehe gigih MakLady menerangkan...hhhhmmm agak2 leh wat satu lagi entry ni...hahahaha :))

Ha ha ha ha....
kan dah boleh buat entry jawapan Maklady hahahaha... 
Thanks bro - kasi idea MakLady siapkan entry petang minggu ni...:))

Tuesday, June 25, 2013

Dear Blogger ! Im watching U ...

Helooooooo
Salam Sejahtera 
Kawan2 Blogger
Salam Sayang Selalu
Pembaca Setia dan Blogwalkers 
yang Mak Lady hormati....

Tengok tajuk atas ni - macam Ganaz je..
ada yang baca ingat  - macam nak gaduh je..
he he he..

NO ! No ! NO!
Tidak sama sekali ....
Sebenarnya
Dunia blogging ni dah lama wujud dan penglibatan
para blogger semakin hari semakin ramai. 
Masing2 punya idea sendiri utk menyediakan 
blog utk tatapan. Menarik isi, layout, application 
maupun corak persembahan satu2 blog bergantung
kepada citarasa tuan punya itu sendiri....

Di sini, MakLady nak hargai kawan2 blogger yang 
mana mereka ini telah berjaya memikat hati MakLady
 dengan gaya penulisan dan rekabentuk maupun isian
rencana harian mereka. 

Saban hari MakLady cuba utk melawati setiap 
blog namun ada masa nya agak sukar sebab bilangan
mereka sangat ramaiiiiiii....

So utk memudahkan MakLady blogwalking, blog 
rakan2 bloggers ini, MakLady telah menyenaraikan
mereka mengikut kategori yang sesuai dan menarik
di mata MakLady...hmmm rasa macam nak wat
Anugerah Bloggers plak...hu hu hu

Bila dah di kategorikan, senang juga lah Followers
MakLady membaca dari Blog Dear Lady ni..

Blog & Blogger yang Mak Lady follow....
Blog List Kegemaran MakLady
Blog Dear Lelaki & Blog Diary Kreatif  & Comel
serta Jalan Jalan Cari Makan

Blog Walking - My Fav Bloggers
SERONOK kan..blogwalking ke blog kekawan.....
kalau dah disenaraikan begini...
bagi blogger yang blog dia ada di senaraikan...
dah tentu tentu suka! bangga! seronok....
sbb nnti ada juga follower ikut masuk ke blog mereka!!

Amacam? OK tak idea MakLady ni...
walaupun tak seberapa aja blog MakLady ni
atleast inilah caranya MakLady menghargai bloggers.....

Masing2 ada cara yang berbeza ~ 
bukan senang nak PLEASE kan semua orang...
Salam Blogger dan rajin2 la singgah k... 
kalau korg nak mak Lady follow, dan letak link blog 
kat LIST BLOG mcm ni..plssss kasi link K... :) 
Nanti MakLady letakkan dalam my blog list 
yang sesuai macam yang sedia ada...

Terima kasih kerana sudi join blog as my follower... 
TERIMA KASIH banyak2... 
Love u al so very much.... XOXO

Friday, March 1, 2013

Blog Dear Lady, Style MakLady~!

Setiap Blogger ada style tersendiri...Yang Penting, kepuasana hati! MakLady pun yakin ramai kat luar sana yang macam MakLady tapi jangan lupa pada bloggers yang mempunyai matlamat utk mereka capai bila bergelar blogger ni. Masing masing ada style sendiri! Ada NIAT dan matlamat blog itu sendiri dalam kehidupan mereka.

Blog dibina mengikut kehendak mereka. Tak kira lah blog hiburan ke, blog lifestyle ke, blog gossip ke, blog suka suka ke, blog utk ANTI @ jatuhkan sesorang ke - yang penting sendiri buat sendiri tanggung!! Cuma harap harap, jangan plak, blog kita tu ibarat - pencetus sengsara kepada orang lain, sudah~!! Dari nak mencari pahala kita kumpul dosa plak.... Itu yang tak seronoknya....

Harus kawal emosi dan jangan sekali melakukan sesuatu yang menyentuh peribadi dan kehidupan org lain demi menghasilkan entri yang bakal meLeTop seterusnya menaikkan ranking maupun RM~!! Rasanya berbaloi tak dapat semua tu, atas hasil aib malu orang lain? Harus ingat juga pada yang suka meroyan~!(walaupn ada masa MakLady meroyan dlm entri tapi ini bukan bermakna MakLady akan jatuhkan aib orang itu, secara direct) Lebih baik jika kita meroyan luah perasaan dalam blog indirectly, sekurang kurangnya, hati kita dapat tenang setelah meluahkan. Pada masa yang sama, kita meroyan beretika...(ahh gitu namanya..)

Sedari akan situasi, MakLady klu nk buat entri meroyan utk my entry tu, yang secara tertutup walaupun purposedly meant to THAT particular person!! Namun tidak sampai menyentuh hal hal sensitif atau mengaibkan - Meroyan itu perlu tapi ada cara dan had nya.

Ingat! sekali kita mengaibkan orang .....Esok esok Allah Balas jugak! But dont worry, hal ni tak de la bnyk diperceritakan dlm blog MakLady kali ni. Smua dh jadi sejarah....Malas nk ingat2 . Bukan sakit kepala lutut jer kan..Biarlah ianya menjadi sejarah bersama blog2 tu skali.. !!!

My Little Diary
aka My Shades of Love
Yeap...segala terkubur buat terakhir kali Blog MakLady tu. Dah ditutup - CLOSED!! atas sbb2 yg tak dpt dijelaskan. Apa2 pn MakLady bersyukur, dgn adanya BLOG DEAR LADY ni, sedikit sbnyk terubat la rindu MakLady pada "my little diary" .... dpt juga MakLady bercerita dgn my dear lady ni psal kesah2 yg berlaku maupn luahan hasil tulisan yg hanya my dear lady akan faham... :)

Akhirkata, buat my little diary ~ im gonna miss u and wish that My Dear Lady akan setia bersama Mak Lady plak lepas ni. .. lov u muaaahhh ~~

First Publish : 23/4/2011

Tuesday, February 26, 2013

Segmen BDL: I Follow U Back

Salam Sejahtera Sayangku
Credit: Sembangcyber.com
Terlebih dulu MakLady nk mohon maaf
sebab dah lama tak buat segmen BlogWalking....

Tambah plak sekarang musim demam - agak lemau la nk buat update entry. So dengan manis muka, Maklady nak ajak rakan2 bloggers utk sertai segmen Blog Dear Lady : I Follow U Back~!

So hari ni, MakLady nak buat kunjungan berbalas .....
Jom kita Blogwalking ke blog Followers kesayangan MakLady.
Harap sudi lah menerima kunjungan MakLady ke blog anda (",)

1.   http://seneoritabaharin.blogspot.com/
2.   http://furrasbubblynotes.blogspot.com/
3.   http://boladaribintang.blogspot.com/
4.   http://farrakeyna.blogspot.com/
5.   http://apriljune2011.blogspot.com/
6.   http://norhayatiberahim.blogspot.com/
7.   https://plus.google.com/115821076882243736970/posts
8.   http://saffiyanafisah.blogspot.com/
9.   http://azievee.blogspot.com/
10. http://azhamvosovic.blogspot.com/
11.  http://trueny.blogspot.com/
12.  http://enyusnizar.blogspot.com/

13.  http://quenieyline.blogspot.com/

Bagi yang belum FOLLOW Blog MakLady selama ni, boleh Follow then letakkan link blog anda kat kotak Comment kat bawah ni.. Nanti MakLady terjah blog anda dan Follow U Back~!!

Letak message kat COMMENT :
MakLady - Saya dah follow Blog Dear Lady . Sila berkunjung ke blog saya : (letak link blog anda di sini)
Then, boleh la MakLady FOLLOW uolz plak...

Happy BlogWalking ;)

Blog MakLady Ganti Diary

Assalamualaikum wahai teman2 sekian...

Dah baca ENTRI MakLady sebelum ni? Nak tahu sambungan dia??
Teruskan membaca entry di bawah ni - TQ ;)

***
Bila plak MakLady mengambil keputusan utk jadi Blogger??
Dari awal penglibatan, tidak pernah terdetik utk hadir dikalangan rakan rakan blogger lain. Pada MakLady dapat mencurahkan idea di arena blog ni, sekadar hobi itu pn dah cukup! Almaklumlah, MakLady memang suka membaca dan menulis blog.

Bila dibelek2 blog ni, ttiba MakLady tekenang saat mula2 MakLady berjinak2 dgn BLOG! Bila diingat2 kan, MakLady mula bblog secara aktif sekitar 4 - 5 years ago. Tak la sehebat mana pun blog MakLady masa tu, jika dibanding dgn mreka yg dah lama blogging ni. Bloggers pun masa tu, takde la ramai sangat. Xmcm Skrg ni, makin ramai bloggers muncul. Blogs dah tumbuh mcm cendawan musim hujan.. Smakin rambang mata la plak bila MakLady blogwalking.

Mcm2 cerita, ada yg best ada gak yg kurang sengatnya. Mcm blog MakLady pn sama! Kurang sengat sbb nya ...?? hmmm rasanya kurang kreatif kot. Lagipn MakLady bukan pandai sgt bab2 nk godek2 widget yg tersedia. Tgk je la blog MakLady compare dgn yg kat luar sana... sungguh sederhana!! (pd pandangan MakLady laa)

OK .. MakLady mula buat blog dah lama. Klu xsalah MakLady my first blog masa tu, bnyk bercerita kesah suka duka harian. Mcm diary! Tapi masa tu MakLady xde laptop sendiri. Terpaksa catit apa yg nak tulis dulu then masa rehat guna PC di tempat keje utk update blog. Sanggup tak kluar Lunch!!

Almaklumlah..masa tu broadband ni blum bnyk mcm skrg! klu nk ada pn, harga dia mahal sgt. Xmampu nk buang duit utk benda2 mcm ni. Then blog MakLady terkubur sbb selain dr xde masa nk online, keja bnyk plak kat opis. Hanya weekends je leh berkarya. Then, bila MakLady dh ada laptop, mula semula dgn menulis entry utk blog yg dah lama bersawang. Boleh dikatakan  tiap2 hari MakLady luahkan idea n karya dlm blog tu. Pendek kata apa saja terlintas, MakLady akan turunkan ke dlm entry blog. Dari hari berganti bulan . bulan berganti tahun... Akhirnya blog yg aktif tadi, menjadi teman setia MakLady!

Mulai mengarang entry mengenai apa yg MakLady lalui saban hari. Sekurang2nya dapat release segala yang ingin diluahkan. The blog seperti diary MakLady masa tu. Segala suka duka kami kongsi bersama. Followers yg mula dr kalangan kluarga terdekat sudah merebak kpd rakan bloggers. Walaupun pada mulanya hanya sekadar kunjungan namun makin hari, makin ramai yang setia bersama blog MakLady tu. Sehingga mencecah ribuan dalam masa setahun~! Mula dah ada yang rajin menegurMakLady di sana, dan beri komentar mereka mengenai entry yang dibaca. Ada juga antara mereka yang masuk baca entry sekadar membaca (silent readers) tapi MakLady tak kesah sbb minat utk menulis mmg tujuan utama MakLady buat blog ni. Klu selebihnya I gave the credits to my talent and ideas.

Ideas? Ye la..klu dah menaip tu mcm air sungai mengalir laju idea tu datang. So klu menulis tu, tak penah lagi MakLady nye entry pendek2. Smua panjang berjela..jelaaaaa.... JUST LIKE THIS ONE!!! [hahahaha...]

*oleh kerana dah panjang berjela entri ni - kita sambung next ENTRI k ;)) tunggguuuuuu.....*

Monday, February 25, 2013

How to be A blogger? - MakLady's style~!


Assalamualaikum 
Happy Monday! wahai teman2 sekian...

Sambil wat keje di pejabat / rumah, apa kata belek2 blog dan baca entry MakLady ... (siap promote tuuu...) 
Kali ni, MakLady nk share - How I became A Blogger?

Ramai kawan2 rapat MakLady pun tak tahu - Im a blogger. Lately ni baru ada yang sedar...." Oh U blogger ke?" ... "Tak sangka plak u ada blog?" .."You tulis apa dlm blog you tu?" 
Ye laa..at my age ni, masih ade ke masa nak berblogging? Kenapa nak berblog? Macam2 soalan yang bermain di fikiran mereka dan org luar sana ....

Pada MakLady...usia bukan penghalang utk sesorang utk berkarya, terutama dalam dunia penulisan. Cuma method atau media je yang membezakan. Ada yang lebih gemar ilhamkan penulisan dalam penerbitan buku atau novel. Ada tu plak cenderung dalam menulis hal hal yang lebih serious seperti rencana, forum, idea pemikiran dll. Pendek kata selaras dengan perkembangan sosial dan usia penulis itu sendiri. Masing masing ada gaya dan cara tersendiri.

Bila Minat Menulis timbul dan kenapa pilih untuk BerBlogging?
Dulu ketika remaja, diary menjadi teman MakLady mencatit segala peristiwa kenangan saban hari. Macam2 MakLady luahkan. Minat menulis ni rasanya masa sekolah lagi. Masa tu, DIARY menjadi teman. Apa saja dituliskan kat situ. Kira segalanya diluahkan, sehingga lah MakLady meningkat remaja ketika itu. Seingat MakLady. diary ni menjadi teman masa mak Lady masuk sekolah menengah hinggalah ke ITM.

Tiap tiap tahun, MakLady akan sediakan diary utk catatan. Masih ingat lagi, kali terakhir MakLady gigih menulis dalam diary adalah sekitar tahun 1986/87. Sebab masa dan ketika itu, MakLady tak sempat nak menulis lagi secara serious sebab ketika itu MakLady dah pun mula sibuk dengan persiapan utk menerima kehadiran org baru..... walaupun begitu, minat menulis tidak tinggal di situ aja. Malah MakLady masih ingat lagi, dengan typewriter yang kecik yang boleh dibawa ke hulu hilir yang dihadiahkan oleh suami MakLady ketika tu...Sebab dia tahu - minat mendalam MakLady dalam penulisan. Masa terluang MakLady akan diisikan dengan mengetuk kunci abjad pada typewriter....

Diary dah bertukar kepada Blog pulak....
Kini setelah beradab lamanya, diary dan typewriter tidak penah hilang walaupun kegunaannya dah digantikan dengan komputer dan notebook. Hmmm bila dikenangkan semula - terasa begitu pantas teknologi dunia! Sekarang dengan peralatan canggih, lebih senang utk berkarya.

 Kini, masa beredar, so here we have BLOG to replace my Diary .... then  ML decided to have my own blog - I named it, My Shades of Love. Mulai mengarang entry mengenai apa yg MakLady lalui saban hari. Sekurang2nya dapat release segala yang ingin diluahkan. The blog seperti diary MakLady masa tu. 

Ada blog hanya untuk kepuasan diri sendiri...Ketika org lain sibuk dengan membina website atau blog, MakLady masih tumpukan pada ruang utk membina blog dan menulis entry. Sebenarnya pada masa tu, Maklady hanya pandai menggunakan blogspot sekadar SUKA SUKA. Bila hari hari update entry, mula la rasa seronok. Rasa mcm dunia baru tanpa memikirkan tentang tujuan dan hala blog itu sendiri. For me, cukup lah sekadar utk melapangkan masa utk mengarang cerita atau luahkan demi masa dan ketenangan. Sesungguhnya MakLady suka menulis dan dengan cara ni, rasanya dapat memberi sedikit kelegaan dalam diri. Bila membaca setiap bicara membuat diri tersenyum sendiri. Masa tu, tak terpikir akan ada org luar yang akan membaca. Cukuplah sekadar kepuasan sendiri...

Tuesday, February 19, 2013

Welcome Back MakDara ~!

Assalamualaikum Semua.
Pekabar dearie semua.

Ramai yang dah tahu sepupu MakLady telah berangkat ke Mekah beberapa minggu lepas. Syukuralhamdulillah, tertunai hajat nya untuk bersama suami mengerjakan umrah. Masa dia berangkat ke sana MakLady dan anak2 ada pergi hantar kat KLIA. Teruja rasanya, macam nak ikut serta. Namun belum ada rezeki lagi. InsyaALLAH - mohon bawa bersama doa utk dijemput ke rumah ALLAH. Aminnn..

Semasa Mak Dara di sana, tetap ingat kami di sini. Terima kasih yer Mak Dara sebab share dengan kitorg  keadaan kat sana. [she always update news and photo via Instagram] Teruja tengok potret di tanah suci yang dikirimkan. Sungguh aman jiwa...  Ramai jugak yang menceritakan pasal pengalaman mereka semasa di sana. Malah ramai yang komen - rasa rindu nak ke sana lagi. InsyaALLAH ada rezeki nnti - sampai la kat sana
Photo by adzairdawati
Gambar dari instagram Mak Dara
Sungguh seronok dan tenang hati bila baca entri di BLOG dan tengok instagram Mak Dara ketika di sana. Now she's back! Alhamdulillah... RINDU makLady nak jumpa Mak Dara smula. Sejak Mak Dara balik dari umrah, belum sempat lagi MakLady gi ziarah. Lagipun MakLady tak sabar nak dengar cerita menarik tentang pengalaman Mak Dara nanti...

InsyaALLAH bila MakLady dah sihat betul, akan menyusul ke rumah Mak Dara. Riinnnddduuuu sannnggaattt dengan my darling sista ni - terutama rindu nak baca entri dari Mak Dara !! Welcome Back Bicara Mak Dara!:]

Tuesday, February 12, 2013

GA MakLady : I love to see you smile!

Salam Sayang Blogger, Assalamualaikum....
GA MakLady
I love to see your SMILE
DAH LAMA TAK BUAT GA!

Idea tetiba tercetus...
nk wat contest paling simple ~
khas utk ANDA yg suka senyum..

Senyum itu kan Sedekah.. 

Jadi apa lagi... Put on your best SMILE and snap a photo.

*Lepas amik gambar ANDA dlm post "senyum", write a SIMPLE entry - tajuk " GA MakLady : I love to see your smile!"
**Paste gambar anda yg menawan tadi. Cerita sikit pasal gambar tu & KENAPA mood SENYUM anda terserlah pd gambar tu. Pastikan ianya Short & Sweet :).
... senang kan...!!
  
Nak terpilih utk sessi Minum Petang & Beramah Mesra dengan pemilik Blog  ~ Elia : Short & Sweet ~??

SYARAT NYA MESTI:  

(1) FOLLOW blog MakLady (2) Buat entry kat blog anda dengan * dan ** diatas tadi. (3) Tampal kan banner yg bawah ni pada post anda tadi. (4) Nyatakan alasan KENAPA anda harus dipilih utk sessi Minum Petang & Beramah Mesra dengan pemilik Blog ~ Elia : Short & Sweet ~  Akhir sekali, (5) Letakkan link post anda kat COMMENT entry MakLady ni...Senang je kan?

2x PEMENANG AKAN DIPILIH BERDASARKAN  GAMBAR "SENYUMAN" TERBAIK  & JAWAPAN PALING KREATIF & SWEET KEPADA SOALAN BONUS (syarat ke 4)


INGAT : Ini bukan contest ratu cantik or Miss Blog jdi xperlu wajah yg CUN atau muka ENSEM utk join segmen SMILE. Pilih je gambar senyuman yang pada pandangan ANDA - boleh wat org yg pandang, terus suka nak tengok senyuman itu. Gambar tahun lepas pn x kesah! Janji gambar senyuman ANDA (Pemilik blog) bukan org lain!  


TARIKH TUTUP CONTEST SMILE : sebelum jam 10.00 malam pada hari Khamis 21/2/2013

Sunday, February 10, 2013

Terharu bila ada Follower setia

Salam Sejahtera

Walaupun
Terharu bila hasil kita dihargai walaupun oleh segelintir followers. Walaupun tak ramai pengikut blog MakLady klu dibandingkan dengan mereka (bloggers) yang kreatif di luar sana. MakLady jauh lebih ketinggalan dlm hal ni. Tpi semua tu tidak mematahkan semangat utk rasa teruja - utk jadikan blog ini dikenali kpd org di luar sana. Tak kira la kat mana pun dorg brada. 

Paling seronok bila dapat berkongsi pengalaman. Dapat berinteraksi dengan kawan2 blogger yang lain. Klu ikutkan blog Mak Lady ni mmg tak femes pun. Suam suam kuku pn tak berani nak ngaku. Tapi itu lah hakikatnya, bila berada dikalangan para bloggers yg terdahulu dan yang hebat2 rating mrk. Memang tak tercapai minda pd Mak Lady nak duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan mereka. Namun sedikit pun Mak Lady tak rasa gentar sebab dengan adanya mereka ni, MakLady dapat belajar ilmu yg harus utk majukan diri dan blog. Tak rugi pun blajar ilmu walaupun dalam seUsia Mak Lady ni....

Tak kira sapa pun. Samada yang MakLady kenal dlm alam maya aje maupun yang dah kenal Face to Face. Semua dorg ni, MakLady tak pernah lupa. (walaupun memori MakLady ni lembab klu bab2 nk ingat nama- tak tau la kenapa?. Faktor umur sebenarnya tu...huhu ) .....

Syukur lah Mak Lady ketemu dengan mereka yg tak lokek ilmu. Ketika mula berjinak jinak dlm dunia penulisan blog, MakLady sendiri tak pandai sangat pasal komputer. Buta IT - namun dengan bantuan dan tunjukajar . Sedikit sebanyak Blog ni, dah ada kawan2 yang sudi berkunjung. Yang paling terharu, bila ada follower dari zaman blog terdahulu pun turut sama FOLLOW BlogDearLady ni... Alhamdulillah... Terima Kasih tak terhingga ~ 
Salah sorg blogger nurmala@Nur_Rosalinda yang masih
 setia follow blog MakLady
(dari zaman "MyDearLady")
Now my blog, in her coming 3th year around....still going! hopefully dapat lebih bnyk sokongan. Bukan utk jadi mcm blogger yg TOP meleTOP tu, cukup sekadar mampu kongsi sama penulisan kita - klu kita luah bakat (writing), org tak baca maupun tengok atau nilai ~ baik simpan je dalam kotak then tunggu dia reput dek zaman... Sekurang2nya, BlogDearLady ni, melahirkan tulisan dari ikhlas hati insan yang bergelar wanita, anak, mak, kawan dan teman blogger!

Saturday, February 9, 2013

Imbas Kembali Blog Awal MakLady

Salam Sejahtera ...
Terima Kasih kerana masih sudi singgah...

Alhamdulillah ....
Kian ramai yg tahu, wujudnya Blog Dear Lady
Syukuralhamdulillah

Im glad Im happy - ceria dengan aktiviti baru...
Syukur kini hidup lebih tenang. Lebih bermakna
Malah seronok berkarya di dunia blogging ...
yang saban hari mewarna setiap sudut hati.

Apa idaknya....

Pejam celik pejam celik - kini Blog Dear Lady sahaja, dah pun capai usia ke 2 tahun. Mungkin ramai yang tidak mengenali kewujudan blog ni. Almaklum lah bukan nya glamour pn sampai org nak kenal, yer dokk..Mula dikenali dikalangan followernya ketika dibuka semula setelah terpaksa diTUTUP (pertengahan 2011) atas sebab sebab yg tertentu... ..

Namun apa yg berlaku tidak mematahkan semangat MakLady utk terus berkarya sebab menulis , membaca adalah hobi dan dunia MakLady. Alhamdulillah sangat ~ bila MakLady mendapat sokongan dari ahli keluarga utk terus berkarya dengan blog yang baru ni. Sekarang dengan nama yang baru - MakLady tak pandang belakang dah...Terus go straight! No conar, conar (corner) dah.....
Tanpa Mereka - Sape La MakLady
Sebenarnya - MakLady dah lama menulis blog sejak 2007. Blog asal MakLady guna tajuk lain. Sejak mula hingga awal 2011, dah beribu ribu lemon followers dan entry yang boleh tahan jugak. Semua nya kira (entry2 tu) terpaksa di HIDE kan atas sebab sebab tertentu. Namun masih disimpan dalam lipatan kenangan....Sedih mmg sedih sebab org sanggup melakukan apa saja semata mata sikap BENCI dan MELUAT di hati yang hitam. Well, let it be. Sape la MakLady nak menghukum mereka. Hanya Allah yang berhak. 

Setiap kita kena terima hakikat bahwa dunia blogging ni macam dunia artis. MakLady cakap MACAM, sebab ianya tak serupa, cuma ada persamaan. Setiap sudut kehidupan yang tercatit menjadi tatapan dunia. Seolah diri kita menjadi tumpuan - tanpa kita sedari. Itu hakikat yang perlu diambilkira bagi seseorang lifestyle blogger khasnya. Wlaupun kita tak sehebat #artis - namun kadang2 life as a blogger ngalahkan artis or celebriti Uolz!! Dgn blog saja, boleh wat cerita, boleh cakap apa saja, boleh hentam sana sini - like no body business. Yang penting rating & trafik meletop Uolz... Hmmmm itu pun risiko gak klu jadi blogger cam gini. Sebaik2nya jadilah blogger yang ada etika. Mampu tulis cerita persis penulis script drama tapi punya hati persis pendakwah Semanis Kurma. Hakikatnya - buat baik berpada pada, buat jahat pada org - nanti ALLAH bayar Cash~!! 

Memandangkan blog yg sebelum ni telah dikuburkan namun hanya entry yang sesuai telah pun MakLady uploadkan semula ke dlam blog baru ni.. Yang selebihnya MakLady simpan di tempat lain. Mungkin ramai yang tak perasan, entry pertama Mak Lady dah pun wujud seawal 2007/2008 (walaupn dalam ni hanya kecik bilangan nya...)  Itulah entry pertama ketika MakLady start menulis di blog - selain nya biarlah menjadi kenangan abadi - stays forever in my heart. 

Semalam adalah Sejarah...Jadikan ianya Semangat Hari Esok!

Wednesday, January 30, 2013

Relax Santai Bersama ....

Ok ..the topic here reads " Relax Santai Bersama...."
Sinonim dengan acara "suaikenal" Blogger !

Eh..MakLady nk wat event "Bersama Blogger" ke?
Ehh...When?? or With Who??....
U may asked.....

adussshh...sure mcm2 soalan kat benak pikiran ...
Relax laaa Uolz...
Jom Santai cari jawapan nya..... ;)

WHAT? - Apa yang Relax nya.....
Sessi suaikenal blogger:  Relax jer...
Sebenarnya untuk kenal Blog Dear Lady bukan susahnya. Santai santai jer.. Blog daya hidup dan a little bit of personal blog kiranya. As simple as A-B-C! Klik! Baca! Kenal! Macam MakLady kenal blogger yang lain pun via their blog. Melalui entry2 MakLady yang lepas2 pun ada diceritakan tentang sape MakLady maupun insan istimewa dalam hidup MakLady..

Itu juga cara kita nk kenal ..Apa yang dicatitkan menjadi penantian saban masa. Terutama bila ada cerita yang santai. Relax lepak santai je layari BlogDearLady. Sebenarnya takde la special mana pun blog MakLady. Bukan mcm top blogger pun! Nothing close to celebrity either! Tidak sama sekali. Lagipun niat MakLady berblog ni bukan utk jadikan blog ni glamour or femes amos pun. MakLady sekadar menulis secara suka-suka. Mcm sebilangan ANDA jugak, Insan Biasa. Bukan retis maupun primadona! Juz an ordinary people who love to write ... Juz like U & Me...
Sekadar berkarya santai. Paling tidak pun, sharing our simple life as we can be. Therefore, sharing moments with loves one consider - NORMAL for bloggers. Perhaps for those who often read my previous entries will know the things I love to write and Who are the people I shared with ... Yes! I shared them wisely, especially with my Insan Tersayang as an subject - mungkin ada yang kenal sape insan2 teristimewa yang selalu teman MakLady ke mana2 ? Bagi yang masih samar2...sila teruskan mencari....

WHY? Perlu Santai - Jangan OVERDOING!
Bertanggungjawab dan tahu batasan....
Being a blogger, an ordinary one! MakLady love to share my writings in the blog. That's normal for a lifestyle & personal bloggers. Well, being the normal human being, we also have to limit our STORY too. Bukan semua nk bercerita. Bukan semua org penting dlm hidup kita nak diHighlightkan....Harus ada had ~!!
Takut nanti ada yang kat luar sana yang suka STALK blog kita. Tak salah jika ingin mengenali blogger melalui blognya. Tapi jangan sampai menimbulkan ketidak selesa pada tuan punya blog plak.

Of koz, penulis blog lifestyle & personal ni, tak mungkin terlepas.... Di mana segala apa yang kita rencanakan akan diselongkar sedalam2nya oleh mereka yang tak bertanggungjawap. Pada yang dah kenal lama akan alam internet maupn blogging ni, sure faham apa yang MakLady maksudkan. Penulis kena bertanggungjawap atas diri sendiri dan juga org lain. Apa yang kita tulis di dalam blog, forum maupun apa jenis media sekali pun, perlu beretika. Jangan plak tersalah langkah - kena SAMAN atas AKTA keterangan pindaan 2012 - sape nk tolong?? .

WHY? - Bersama mengenali....
Suai Kenal Blogger dengan berhemah dan etika
Ye laa.. tak semua yang suka... tak semua yang minat nak tau...malah tak semua yang heran pun ...(psstt ade je yang sentap ni kang..huhu) Jangan salah faham. Apa apa pun sebgai blogger kita kena bare in mind, we are not PERFECT. Harap menghormati sesama blogger. Jangan jadi blogger yang kurang bahasa dan kurang ajar. Berbicara dihujung jari kekadang tidak mengenal satu sama lain. Tapi itu tak bermakna kita boleh tulis apa saja, buat apa saja terhadap org lain.

Kenali sesama sendiri melalui hal2 diatas, sebenarnya mampu membantu kita lebih dihormati. Media blogging kini menjadi tumpuan awam. Segalanya terpulang kepada kita utk menggunakan media ini. Kalau baik niat nya, baik juga lah hasil nya. BerBLOG, berFORUM biarlah dengan hemah, baru org luar respek kita - as a blogger~!

Haaa..SEKARANG dah jelas tentang (What) Relax (Who) Santai (Why) Bersama? Blog Dear Lady...:)

Saturday, January 26, 2013

Sepetang Bersama Blogger DenaiHati #SBB2013

Assalamualaikum
Hari ni, Sabtu - 26 hb January Jam 2 petang @ Hotel Singgahsana Petaling Jaya
akan berlangsung satu lagi majlis BLOGGER BERTEMU BLOGGER....

INSYAALLAH
MakLady akan turut serta pada majlis Sepetang Bersama Blogger #SBB2013
yang di host kan oleh blogger DenaiHati bersama rakan2 dalam rangkaian Denaihati Network.

#SBB2013
Majlis yang bakal mengumpulkan para bloggers dari Malaysia dan juga Indonesia ini mendapat sambutan luarbiasa di kalangan bloggers. Difahamkan lebih dari 150 org peserta yang telah mendaftar utk hadirkan diri. Termasuk lah MakLady dan kaum kerabat Maklady sendiri...hehe (terdiri dari sepupu MakLady dan ahli family terdekat) Turut hadir pada majlis kali ini adalah anakanda Maklady. Untuk sekian kali nya, kehadiran KAMI di majlis ini, dah macam "the FAMILY AFFAIR" bloggers ;)) 

Apa yang menarik pada majlis ni? Seperti majlis seumpama, ianya bukan sahaja bertujuan utk hadirin bersua muka dengan bloggers tapi berpeluang menimba ilmu dari mreka yang HEBAT !! Antara acara pada petang itu nanti adalah mini forum top Blogger, dimana segmen perkongsian pengalaman dijangka diberikan oleh top Blogger yang hadir. Masa ni boleh la, blogger yg baru mcm MakLady dapat menimba ilmu sebaik mungkin. Hmmm...MakLady tak pasti siapa mereka tapi penglibatan mereka sedikit sebanyak akan dikongsi bersama. Mereka selalu nya bercerita mengenai pengalaman mengendalikan laman blog masing2. 

Bukan itu sahaja, petang itu nanti akan diserikan lagi dengan acara pelancaran blog baru oleh Denaihati dan cabutan bertuah dan penyerahan iPhone5 kepada pemenang terdahulu. Expected to be a grand event afterall. Apa idaknya... Tengok je para penaja & peserta & bloggers yang hadir.

Besar Harapan dapat bawa balik kenangan manis. Nnti bleh MakLady share kat entry seterusnya.. Doa - doakan K..:).

Kepada bloggers yang akan hadir : Kita Jumpa Di sana yer... :))
 

Wednesday, January 23, 2013

Episod Akhir : Dalam Hati Ada Taman

Hello ! Dalam hati ada taman ke?
Oh dear ~ bukan saja taman, kebun pun tak tentu lagi...
Kalau ada pun, dah tak berbunga dah hati MakLady
bila tonton penghabisan drama bersiri Dalam Hati Ada Taman semalam...
Kredit to Dalam Hati Ada Taman
Astro (104)
Kecewa dengan ending.... i mean dengan kesudahan
percintaan antara Bella & Daniel.
Hhmmm... tapi apakan daya, dah jalan cerita tu
macam tu..... cuma rasa terkilan sebab pada MakLady la kan..
lebih best klu Bella berkahwin dengan Daniel...
so sweet dengan keikhlasan Daniel ... adushhh
bengang tul dengan Bella ni.. dah dapat lelaki yg baik
sanggup berkorban mcm2 kat dia...tak tahu nak hargai langsung!
Tension tengok perangai Bella akhir2 ni....

Bella tetap cintakan Randy ~ boleh plak jumpa semula
dengan Randy after balik ke Malaysia...
boleh plak pulih ingatan si Randy ni... Ingat kan dia dah
balik semula pada GF lama dia tu....
( dalam hati rasa lega tengok bab ni...)

Paling MakLady Cian...pada Daniel -
demi cinta pada Bella dia sanggup berkorban lagi....

Dalam Hati Daniel tetap ada taman...Tetap ada Bella
demi wanita yang disayangi....tapi sayang.....

MakLady pasti ada DANIEL dlm
kehidupan kita .....
Sabar & Redha jer laaaa...

Kpd Uolz yg tak sempat tengok
episod Akhir - boleh klik kat bawah ni ...
dhat13 - Video Dailymotion

ENJOY yer dear ...(''-'')

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]