Sejak akhir ni MakLady teerrrlllaaalluuuuu sibuk dengan aktiviti melibatkan penulisan. Nak kata MakLady meroyan macam bicara MakDara, rasanya macam belum capai kehebatan Mak Dara lagi. Tapi klu tengokkan kesibukkan boleh dikatakan hampir serupa.
Bagi yg mengenali Mak Lady mungkin akan setuju jika bakat penulisan ini harus digilap lagi kasi berkilat. Bukan setakat mampu tulis blog saja. Malah harus diluaskan kpd penulisan skrip. Itulah impian MakLady dari remaja dlu kala lagi. Minat menulis. Dari menulis utk suka suka di majalah sekolah di bangku sekolah rendah tpi berlanjutan hingga menulis cerpen di sekolah menengah. MUNGKIN TAK SEHEBAT MANA tapi sekurang nya boleh la jugak terminat untuk cuba bidang baru... Bidang penulisan skrip drama maupun filem.
Syukuralhamdulillah... Setelah ketemui MakDara dan suami dapatlah MakLady sempurnakan hajat utk menulis skrip.. Yezzaa..Skrip pertama dibawah bimbingan MakDara dalam proses. Nasib MakLady hadiri kursus pendek asas penulisan skrip dapat lah dipraktikkan.
Setelah hadiri kursus anjuran Finas dan dikelolakan oleh suami Mak Dara, Encik Martias M.Ali barulah MakLady tahu bagaimana sukarnya untuk menghasilkan sebuah skrip yang bermutu dan mencapai piawai pihak penerbitan seterusnya lulus untuk diterima oleh pihak penyiaran sebagai sebuah skrip drama...
Semangat untuk menulis kian membara bila idea untuk skrip datang mencurah disamping tunjukajar shifu ku... Oh Mak Dara !!! :))
Doakan ML dapat siapkan skrip ini. Walaupun cerita nya berbentuk komedi dan berjiwa romantik tapi sukar juga nak realisasi kan ke bentuk skrip...huhu wish me Luck u guys !!! :))
No comments:
Post a Comment