Mak Lady Pasti ! Ramai kat luar sana ikut drama slot Akasia tv3 ni dari hari Isnin sampai Khamis.
Ramai la juga yang menonton nya di Tonton.com macam MakLady.... TerimaKasih Tonton.com
(sbb lebih selesa nak tunaikan solat Maghrib.... )
Satu lagi drama yang diambil ideanya dari sebuah novel. Macam drama top rating yang lain sebelum ni pun, novel yang ditulis oleh penulis tempatan telah berjaya diketengahkan. Ramai penulis yang lega sebab kini ramai penerbit berlumba lumba nak cari idea untuk drama mereka. Tak salah rasanya jika karya penulis novel kita, mendapat tempat di persada seni kita kini. Maka penerbit cetak dah mula giat bekerjasama dengan penerbit drama dan filem utk sama sama menwarnakan industri filem kita.
inilah novel yang dimaksudkan... The Wedding Breaker terbitan KaryaSeni |
SELINGAN* - tetiba meroyan MakLady tengok Keith berlakon pertama kali dalam sebuah drama sebelum ni....tpi sayang dia dah ada GF yer adik2, anak2... * As for pelakon baru Hisyam Hamid ni, tak tahu la mungkin ML terlepas pandang tapi sorry gak geng... he's not available hokey ...juz like abang aaron Iollz....!! Selain penerbit yang hebat juga Ziela Jalil dan ramai lagi pelakon hebat2, memang... Rugiiiiiiii kalau tak tonton !!
Sebahagian pelakon2 yang menjayakan drama ARIANA ROSE bersama penerbit dan pelakon Ziela Jalil |
Seperti filem maupun drama, kehebatannya cerita tidak mampu direalisasikan tanpa karya yang bermutu. Dapat dilihat dari punca penulisan yang baik. Setiap karya yang sebegini pasti ada yang ingin dikenali. Sama juga lah dengan novelis yang muda bernama Evelyn Rose. Siapa sangka penulis muda yang berasal dari Kelantan dan mendapat didikan di UK mampu menghasilkan sebuah novel sebegini hebat. Maka dengan bakat beliau menceritakan dalam bentuk watak maka lahirlah sebuah drama yang sangat menyentuh setiap kita. Ada mesej disampaikan. Ada tauladan yang di share dalam karya beliau.
Menyentuh soalan kehidupan serta kekeluargaan, keagamaan dan tanggungjawab, kesetiaan dan ketaatan dlm kehidupan. Terdapat juga unsur negatif yang dipaparkan agar menjadi tauladan dalam mengharungi kehidupan dan tugasan serta tanggungjawap manusia selagi terdaya. Itulah kisah yang ingin diperlihatkan oleh Evelyn Rose dalam sebuah novel akhirnya berjaya diadaptasikan ke layar TV3.
Seperti ramai yang dah tahu, drama slot akasia kali ni, ditukar judul asal novel kepada Ariana Rose. sekaligus sebagai watak utama yang dipegang oleh pelakon cantik manis, Fathia Latiff.
Penulis novel The Wedding Breaker bersama pelakon utama watak Ariana Rose - Fathia Latiff |
Sinopsis "Novel The Wedding Breaker" ...
“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.
“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!
“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?
“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil
tak sempat lagi nak membaca novel ni, follow telemovie jer lah...
ReplyDeleteokla tu. klu kat tb lagi best kot..hehehe..
ReplyDelete