Assalamualaikum
Hari ni, Sabtu - 26 hb January Jam 2 petang @ Hotel Singgahsana Petaling Jaya
akan berlangsung satu lagi majlis BLOGGER BERTEMU BLOGGER....
INSYAALLAH
MakLady akan turut serta pada majlis Sepetang Bersama Blogger #SBB2013
yang di host kan oleh blogger DenaiHati bersama rakan2 dalam rangkaian Denaihati Network.
#SBB2013
Majlis yang bakal mengumpulkan para bloggers dari Malaysia dan juga Indonesia ini mendapat sambutan luarbiasa di kalangan bloggers. Difahamkan lebih dari 150 org peserta yang telah mendaftar utk hadirkan diri. Termasuk lah MakLady dan kaum kerabat Maklady sendiri...hehe (terdiri dari sepupu MakLady dan ahli family terdekat) Turut hadir pada majlis kali ini adalah anakanda Maklady. Untuk sekian kali nya, kehadiran KAMI di majlis ini, dah macam "the FAMILY AFFAIR" bloggers ;))
Apa yang menarik pada majlis ni? Seperti majlis seumpama, ianya bukan sahaja bertujuan utk hadirin bersua muka dengan bloggers tapi berpeluang menimba ilmu dari mreka yang HEBAT !! Antara acara pada petang itu nanti adalah mini forum top Blogger, dimana segmen perkongsian pengalaman dijangka diberikan oleh top Blogger yang hadir. Masa ni boleh la, blogger yg baru mcm MakLady dapat menimba ilmu sebaik mungkin. Hmmm...MakLady tak pasti siapa mereka tapi penglibatan mereka sedikit sebanyak akan dikongsi bersama. Mereka selalu nya bercerita mengenai pengalaman mengendalikan laman blog masing2.
Bukan itu sahaja, petang itu nanti akan diserikan lagi dengan acara pelancaran blog baru oleh Denaihati dan cabutan bertuah dan penyerahan iPhone5 kepada pemenang terdahulu. Expected to be a grand event afterall. Apa idaknya... Tengok je para penaja & peserta & bloggers yang hadir.
Besar Harapan dapat bawa balik kenangan manis. Nnti bleh MakLady share kat entry seterusnya.. Doa - doakan K..:).
Besar Harapan dapat bawa balik kenangan manis. Nnti bleh MakLady share kat entry seterusnya.. Doa - doakan K..:).
Kepada bloggers yang akan hadir : Kita Jumpa Di sana yer... :))
No comments:
Post a Comment