WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady
Showing posts with label Sharing Is Caring. Show all posts
Showing posts with label Sharing Is Caring. Show all posts

Friday, October 10, 2014

Sunnah Hari Jumaat

SALAM JUMAAT


Untuk Abang-abang, Pakcik-pakcik, Adik-adik, Anak-anak ...
Selamat Menunaikan SoLaT JuMaaT yerr..

* Be CALM Be A Good Muslim *

Wednesday, July 23, 2014

17 Julai : MH17 terhempas. MH370 Masih Hilang !

Hampir Seminggu lalu....
Sekali Lagi....
Negara dan seluruh dunia berkabung. 

Salam Takziah dan AL Fatihah bagi mengenang MH17 dan para penumpang yang terkorban dalam kejadian pada malam 17hb Julai lalu. 
Tak de siapa antara kita yang menduga.
Tragis melibatkan pesawat MAS sekali lagi,
merobek hati insan tersayang sekaligus
 mengheret konflik perang antara 2 kuasa.
Ketika rakyat Malaysia dan seluruh dunia, masih tidak mampu untuk memikirkan nasib mangsa MH370, kita diuji pula dengan tragedi MH17. Secara jujur nya, ML percaya, ramai yang masih trauma sejak MH370 "hilang". Kini, ditambah pula dengan rasa yang bercampur haru-biru, takkala menerima berita di malam kejadian. ML masih berpinga2 dengan apa yang berlaku. Kalau boleh, ML ingin saja SEMUA INI adalah Mimpi semata mata. Terlalu sayu untuk membawa diri dalam situasi sehebat ini lagi rasanya. Sesungguhnya, segala kedukaan yang dirasai dalam sehari dua ini, sejak berita kematian demi kematian diterima. ML tidak mampu menzahirkan rasa sedih dan kata2 dengan apa yang berlaku. Apa ntah lagi ahli keluarga mangsa.....?? Tak dapat ML bayangkan...... :(( bagaimana perasaan ahli keluarga mangsa yang terpaksa lalui semua ini? Ya ALLAH, KAU MAHA MENGETAHUI....

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kehilangan ahli keluarga dan sahabat, bukan sesuatu yang mampu ditanggung atau dilenyapkan dalam sekelip mata. Malah setiap insan yang ditinggalkan, akan sentiasa mengalami kemurungan dalam mengenang mereka yang terkorban dengan cara mereka tersendiri. Rasa sedih? itu sudah pasti namun ANDA tidak bersendrian....  

Ketika mendapat tahu tentang MH17 pada malam Jumaat itu, ML langsung terfikirkan nasib penumpang dari rakyat Malaysia dan kakitangan MAS yang berada di awan biru bertugas. Walaupun ML tidak mengenali mereka ini secara dekat tapi sebgai MALAYSIAN - ML bersimpati dan  tetap memberi sokongan kepada ahli keluarga, rakan, sahabat, kenalan kerja, teman rapat crew MAS dan rakyat Malaysia yang berada di tempat dan masa yang SALAH pada petang yang malang itu. 

 My deepest sympathy also goes to the family and friends of ALL (foreigners) passengers onboard MH17. Sebagai tanda sokongan moral dan emosi dengan apa yang berlaku, kepada pembaca ML, ingin disarankan agar kalian sedekah kan doa dan tafakul untuk crew dan penumpang MH17.  Walaupun sekadar ucap Takziah kepada mereka yang tercalit dengan kejadian malang ini, sekurang-kurangnya mampu memberi kekuatan untuk mereka teruskan kehidupan.

Sehingga kini, perkembangan rundingan antara kerajaan dengan pihak di sana tu, masih berjalan. Penglibatan kerajaan Malaysia dan negara yang berkepentingan, untuk membawa pulang mayat mangsa ke negara masing2 amat diharapkn. Sebagai yang beragama Islam, kematian itu PASTI dan menerima dugaan ini dengan redha disamping menyempurnakan jasad dengan segara diharuskan. Oleh itu, marilah kita mendoakan agar segala usaha dipermudahkanNya. Aaminnn....

*Kepada jenazah rakyat Malaysia dan yang beragama Islam, disertakaan doa dan AL FATIHAH. 

Friday, May 30, 2014

Tribute to Martias M Ali ~ Semangat Juang Mu Belum Selesai ..

Al fatihah.. 
Sudah ketentuan ALLAH swt, pemergian mu secara mengejut, tidak terduga oleh kami. Namun dalam keredhaan kami menerimanya. Moga dirimu tenang di sana....

Setelah melalui berbagai dugaan, mengalami kesakitan yang berlarutan akhirnya ALLAH menjemput mu di malam yang penuh barakah. Dengan sayu namum dijiwa memberi sedikit kelegaan setelah deritamu telah dipermudahkan...

INNALILLAHIWAINNAHIRAJIUN
Sesungguhnya, kita milik ALLAH, dan kepada NYA lah kita kembali.


Martias Ali
Kehilangan mu di dunia seni penulisan
serta pengarahan akan sentiasa dirasai...
Martias Mohd Ali,  ramai yang mengenali arwah sebagai seorang insan seni yang disegani. Namanya sebagai penulis skrip yang banyak melahirkan karya yang hebat tidak dinafikan. Antaranya penah menang dalam anugerah prestij. Arwah juga seorang pengarah yang sangat disenangi. Filem terakhir yang sempat arwah jayakan adalah "Kapsul" yang bakal menemui penonton tak lama lagi. Itulah Martias (atau Yass panggilan MakLady) yang ramai kenali terutama rakan backpackers dibawah naungan kelab dan rakan2 seni termasuk pelakon, pengarah dan rakan artis. 

Sebagai ahli keluarga yang rapat dengan isteri nya, Puan Adza Irdawaty, mengenali arwah sebagai seorang suami yang penyayang sudah cukup untuk Mak Lady memandang tinggi terhadap keperibadian arwah. Tak perlu dipertikaikan kasih sayang yang arwah curahkan kepada isteri dan anak2. Kasih sayang yang ditunjukkan sangat menyentuh hati. Walaupun ada masa nya, arwah terikat dengan tugas namun tanggungjawap pada keluarga tak pernah terabai. 

Bukan sahaja kepada keluarga sendiri malah kepada kami, adik beradik, anak sedara, ipar duai tidak pernah kurang. Malah mak sedara Mak Lady sendiri, yakni Ibu mertua arwahi penah bercerita mengenai kebaikan arwah yang sentiasa mementingkan kebajikan keluarga, tak terbalas budi sepanjang hayat. Hanya ALLAH yang mampu membalasnya. Terlalu banyak jasa arwah pada keluarga D'Adza.

Setahu MakLady, tidak ada yang buruk dilihat maupun didengar mengenai tindak tanduk arwah terhadap keluarga maupun sahabat handai. Beliau dilihat sebagai sahabat yang pemurah dan sentiasa membantu. Sikapnya yang sentiasa cool dan ceria menjadikan arwah disayangi oleh ramai. Adik beradik dan ipar2 nya serta anak buah, dari yang kecil sampai kan yang dewasa, senang dengan sikap loving caring yang sediaada dalam diri arwah. He was an angel to their heart.

Secara peribadi, MakLady memang rasa segan dan hormat pada arwah. Keperibadian sikap arwah sentiasa ramah sedikit sebanyak mendorong MakLady untuk menimba ilmu. Ya! MakLady sempat berguru dengan arwah. Tidak lokek dengan ilmu dan sentiasa memberi tunjukajar serta idea dlm script writing. Terimakasih Shifu ! Mohon dihalalkan ya. InsyaALLAH segala ilmu akan bersemai dan berterusan dikongsi demi memperjuangkan semangat mu. 

Syukuralhamdulillah, arwah sentiasa bersemangat ketika hayatnya, Ingin berbakti kepada seni dan minat. Berazam utk lahirkan lebih ramai penulis skrip utk diketengahkan. Tambah pula, arwah juga merupakan tenaga pengajar dalam bidang penulisan skrip. Galakan isteri arwah, Adza Irdawati Adenan juga membantu arwah untuk terus berkarya dan berbakti sehingga menghasilkan skrip drama hinggakan ke skrip filem.  

Seperti dijanjikan, semangat penulis skrip dan pengarah FIlem, arwah tidak habis di sini sahaja. InsyaALLAH dengan ilmu yang penah dicurahkan kepada generasi selepas nya, bakal meneruskan perjuangan arwah dalam memastikan mutu skrip dan taraf professionalisma dalam diri penulis skrip berada di tahap yang membanggakan Arwah kelak. Walaupun arwah sudah tiada, legasi pasti diteruskan. Jasa dan pengkongsian ilmu yg arwah turunkan tidak ternilai. He's a good person wt a great heart!

AL FATIHAH. Moga Allah cucuri rahmat ats rohnya. Aamiin

Thursday, May 29, 2014

AL FATIHAH....


Assalamualaikum.
 ALFATIHAH. 

Mengiringi pemergian ahli keluarga D'Adza - suami kpd Adza Irdawati Adenan (adik sepupu saya) yakni arwah Martias Mohd Ali (46tahun)  yang telah kembali kerahmatullah pd pkul 10.43mlm di hospital Ampang akibat penyakit barah darah pada kelinjar (stage 4). 

 Mohon dipanjangkan doa agar dicucuri rahmatNya, keatas roh arwahyarham. 
Sempurna dan permudahkan perjalanan akhirnya.
Ya Allah, Kau tempatkan arwah bersama2
 mrk2 yg beriman dan janjikan lah Jannah Mu.
Aaaminn

Friday, May 2, 2014

Al Fatihah ~ Ku Panjangkan Doa Dirimu

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM



AL FATIHAH
Setelah 4 Purnama pemergian mu..

I Miss You dearly...
Moga Allah sentiasa memberi rahmatNya
kepada mu. Bahgia mu di sana. Kami sentiasa
mendoakan kesejahteraan mu di sisi ALLAH
yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

~ Amin ~

Monday, March 17, 2014

Harapan Dunia untuk #MH370 : Hope Springs Eternal

Baru hari ini, 

MakLady ada semangat untuk mecatit sesuatu di blog ni.
Ingin membuka cerita mengenai majlis #SBB2014 & Yeo's
dari hari pertama berita kehilangan pesawat lagi, tidak kesampaian hati.

Bukan apa! Rasa macam takde mood nak bercerita awal2 aritu ...
pasal masa yang sama kita semua rakyat Malaysia tengah murung. 
Rasa tak sesuai untuk kita bercerita pasal event yang meriah takkala orang lain diluar sana masih bersedih atas apa yang berlaku pada MH370... Maklady teringat pada ahli keluarga yang terlibat. 
My heart touching them dearly.
Mana mungkin kita nak menulis entry2 yang HAPPY, TERUJA, SERONOK 
atau memuat turun gambar2 yang HAPPENING, CERIA
pasal event yang melibatkan bloggers di Saloma Bistro hari tu ??

Malah dengan apa yang berlaku sesungguh amat sukar untuk di terima oleh mereka. Mungkin pada setengah orang, tergamak untuk tutup sebelah mata dengan mengatakan...LIFE GOES ON.. but trust me..memang senang nak ucap .. sapa yang merasa dia pasti TAHU...

Macam orang selalu kata ~ cubit peha kanan, peha kiri terasa juga. 
Apa yang mereka rasa, MakLady yakin ramai juga yang merasa.
Kesedihan mereka meragut segala suka ria di SBB2014 itu.

Demi menghormati keadaan, MakLady rasa selagi kes #MH370 tiada kesudahan,
tak best rasanya kalau kita nak OVEREXCITED sangat pasal apa2 "celebration"..
Maka, MakLady amik keputusan untuk tidak bercerita tentang "keriangan" yang dirasai...
biarlah menjadi kenangan di hati. 

Apa yang berlaku dengan MH370 lebih diutamakan..
harapan menemui MH370 kini menjadi harapan DUNIA
kredit : hasil lukisan pelajar di Filipina. 
.MARILAH KITA TERUS BERDOA DAN JANGAN PUTUS HARAP....
MH370 bersama misteri pasti akan diketemui juga...InsyaALLAH.

Thursday, January 30, 2014

Kereta Baru punya Hal, Kereta Lama Jadi Mangsa

Yg dah punya kereta, tak kira ape jenama nya, saat yg paling diserami adalah...
Bile benda yg kurang BEST berlaku kat kereta korg, kan!?
Klu bleh sikit calar pun x mau!

Ada masa dlm dok jaga-jaga tu la, ada jugak yg minor "situation" trpaksa lalui. So nak x tak, kena be alert n care dgn sewajarnya. Kepada owner kereta kena gak alert kereta orang lain. Macamana kita sayang kereta kita. Jangan buat kereta orang macam orang tu tak ada hak atas jalanraya. Kita kena ada rasa hormat dan caring.

Klu ikut kan, kreta (especially kreta baru..) nk selimut dan simpan dlm garaj macam baby! Tak nak bawa kluar pun ada gak. Mana lah tau nanti ada habuk hinggap kat kereta, jenuh kena lap selalu. Tu blum tengok lg dlm kreta? Masa beli kreta, bau wangi kereta tu pun dia nak maintain mcm tu spanjang tahun.. Betul x?

Tapi bak kata org tua2, sayang berpada-pada wlupun kreta kita tu kereta lama....ada benarnya. Walaupun dah bertahun guna tapi kereta juga. Perlu diberi perihatian jugak. Kena pastikan ianya selamat dipandu. Tambah kalau ianya kegunaan ahli keluarga terdekat...Bayangkan kalau kita dah tak sayang kereta macam kereta baru, apa jadi pada keselamatan mereka di jalanraya nanti? Kena la diamik kira, tak gitu??

Begitu juga langkah penjagaan kereta. Selain regular check-up, pastikan ianya selamat di pandu. Kena take action. Mengubati Lebih Baik Dari Merawati !! Oleh itu, jangan lupa selenggara kereta anda selalu. Jangan abaikan sebulan sekali medical check up...eehh.. service kereta la tu... Kereta sihat, perjalanan anda pun berjalan lancar .... Kereta selamat - selamat jugalah perjalanan anda ke destinasi.

Kepada yang baru beli kereta Jangan alpha - orang yang tak beli kereta juga sedang memerhati anda~! Berhemah di Jalanraya. Jangan sampai kereta kena baling telor pulak...huhuhu..

Selamat bercuti Uols...Enjoy your Long weekend. GongXiFattChoyy..

Tuesday, January 28, 2014

When A meets A = Jodoh Atau Kebetulan ?

Tiap kali bila diperkatakan tentang pertemuan dan Jodoh, kita akan redha dengan ketentuanNya. Sesungguhnya Jodoh Pertemuan ditangan ALLAH swt. Namun apa jua takdir adalah kehendakNya. Kita terima dengan redha dan seadanya...

Begitu juga dengan isu pada entry MakLady kali ni. Apa yang bakal MakLady ceritakan ini, mungkin kebetulan. namun jika ianya ketentuan Allah, sebagai manusia kita harus percaya kerana pada setiap kejadian itu, ada hikmahNya yang hanya Dia sahaja yang tahu.

Semalam, Maklady ada bercerita pasal thing that happened during my meeting with my kiddo. Boleh BaCA KAT SINI . Semua ada kecuali anak menantu dan anak MakLady yang bongsu. Kebetulan, singgah Bangi otw balik KL. Nak jumpa anak lelaki MakLady yang blajar di sana. Kebetulan pulak dia datang bersama temanita. Makin meriah la gathering kami :)

Biasalah kalau kami bertemu. Ada saja topik berbangkit. Dalam pada berbual itulah, salah seorang dari kami terperasan yang pertemuan kami berlima kali ini agak unik. Sebenarnya, sebelum ni pun MakLady dah perasan cuma anggap ianya sekadar kebetulan.

Inilah pertemuan the A's meet A's ... katanya..

Apa yang Uniknya?
Begini....

Mungkin secara kebetulan pangkal nama kami berlima adalah berhuruf A . 
kedua, nama anak lelaki dan perempuan MakLady ada awalan Amer dan Aimie
Kebetulan pulak, nak jadikan cerita ini lebih havoc....
boleh pulak temanrapat mereka (ketika ini) dipertemu kan ALLAH dengan pangkal nama huruf A jugak.
(mungkin kebetulan..) TETAPI yang lebih ketara bila nama mereka berkait antara satu sama lain.

Ok..contohnya : macam nama anak sulong dan menantu lelaki MakLady
Anak Perempuan (Aimie)  manakala. Menantu MakLady (Amir)
di mana dalam keluarga MakLady anak lelaki MakLady dah ada nama Amer, So now, ada seorang lagi anak MakLady punya nama Amir. Sekarang dah ada 3 Amir dalam keluarga kami. Ini adalah suratan takdir pertemuan.

Ok that's not the point here. Apa yang Havocnya sekarang ni, bila teman anak MakLady yang masih bujang pulak, masing2 punya teman yang nama pangkal A jugak...!!! Kebetulan atau suratan??

Walaupun ada masa kami tergelak sebab keunikkan "pertemuan" A dengan A, namun jika mereka ditakdirkan bertemu jodoh, dan menjadi kenyataan ~ rasa rasa ada tak petugas di Guiness Book of World Record... nak cari kami sekeluarga sebab punya ahli keluarga (anak beranak) nama yang hampir sama :)) ha ha ha

Lagi satu, now we came up with a JOKE among us :
kalau Amir jumpa sesiapa in future ..kena tanya dulu nama dia?
If she answer : AMIRA ...  kira OK - mission accomplished!
then as for us, the ladies, klu terima jawapan " AMIR..."
we should say, " Nextttt...."
 sebab dah cukup qota.. ha ha ha



Wednesday, January 15, 2014

Episod Miss Pink Hippo & Mr Pink Hippo ~ Melaka Aku Datang !

Selamat pagi..... Salam hari Rabu semua :)

Hari ni MakLady nak share tentang sweet thing lagi. Cuma kali ni, kira "Flashback" things that happened last year (2013) semasa drive sorang2 ditemani Miss Pink Hippo.

Maaf, ketika itu, ntah macam mana, makLady tak sempat nak wat entry....
so here we go....

Ingat lg x dgn cerita ttg Pink Hippo ni?
Masa tu nk wat surprise kt birthday girl...
(sila belek balik entry yg lps punya - somewhere in May :))

Apehal plak MakLady ni nak bercerita
pasal anak hippo yang pink kaler ni? huhu

SEBENARNYA..bila terpandang akan gambar di atas, ingatan MakLady terpahat pada kunjungan istimewa ke Melaka tahun lepas. Mengimbas kembali semasa memandu - dalam perjalanan menuju ke selatan tanahair. Well, tak de la selatan sangat tpi Melaka jer..Tujuan perjalanan MakLady pada hari ini, adalah  memberi sokongan moral kepada cik Jejar kita - untuk kembali berpindah semula ke KL setelah selesai menamatkan pengajian nya di kampus UITM Bandaraya Melaka. Pejam celek, pejam celek, rasa macam semalam saja MakLady menghantar Cikjejar sambung belajar setelah tamat di peringkat Diploma. TODAY, her last paper ... lepas ni merdeka! Merdeka! katanya....

It's time to say....Farewell to Melaka...:) Terlalu banyak kenangan kami sekeluarga di bumi Hang Tuah ni. Mungkin pembaca setia blog MakLady pasti ingat akan catatan entry pasal kenangan demi kenangan yang MakLay abadikan semasa lawatan ke sana...Termasuk lah entry pasal sambutan hari lahir   yang melibatkan Miss Pink Hippo. Ye laaa...si hippo kaler Pink yang comel tu laaa..hehehe

Alkisah nya, rancangan birthday surprises utk Elia and her BFF, segalanya menjadi rahsia antara kami dan Newrules. Masa tu ada followers yg terjah dan teka, "ada kejutan untuk Cik Jejar ker?" "birthda elia ke?"... Hmm kurang tepat! Tpi Benar, pada suatu hari di bulan May pada tahun lepas, sempena bday CikJejar, MakLady ditugaskan untuk mencari hadiah....

Rancang untuk dapatkan her BFF's birthday gift. *Newrules* namanya, merangkap anak angkat makLady, pun celebrate bday bulan yg sama... Jdi masa celebration di Melaka (masa tu...) kami cadang smbut sama...Idea of a sambutan harijadi kedua dua insan trsayang ML ni, datang dari CikJejar sendiri. We celebrate together2. Mula2, gathering di Klebang Melaka. The Celebration tambah ceria dgn aturcara yg simple tapi tetap meriah. (private event) Kalau nk tau psl our trip ke Klebang, check elia's keek n instagram ;-) ....pun last year punya... he he

Since they are BFF...CikJejar wants Newrules to have the same soft toys on her birthday:p Masa tu, juga ML namakan yg bru ni Miss Pink Hippo.. Bru sepasang . Kembar !! hahaha Tu la kisahnya Jenuh cri akhir dipertemukan huhu..

So, CikJejar mintak MakLady belikan hadiah utk si *newrules* - soft toy yg sama jugak! Sama dgn pink hippo yg cute ni, yg penah CikJejar dapat hadiah cabutan bertuah majlis anjuran DenaiHati Network pasa tahun yang sama. Since that, Mr Pink Hippo CikJejar sentiasa menemani dia slalu. Dia letak dlm kreta lg...
Namun pada hari ni, MakLady teringat pada kenangan Miss Pink Hippo. Terasa macam semalam saja semua yang kami share masa bercuti2 di Melaka lalu  Kira sentimental la pulak...hehehe

Bercakap pasal trip kali ni, mmg ada niat nak ajak Newrules ikut serta tapi memandangkan sekarang dia dah bekerja agak susah lah nak mengikut jadual kami. Apa2 pun dont worry...balik je cikJejar ke KL pasti dia akan temukan Mr Pink Hippo dengan Miss Pink Hippo semula...  Lepas ni, ke mana saja pasti tak berpisah. Unless masing masing dah jumpa MrJejariruncing dan MrNewrules la kaaaannnnnn.....
la la la la la

Thursday, January 9, 2014

Flu, Flu, go away !!

Setibanya MakLady ke Labuan.. Bru MakLady sedar yang ML tak datang seorang. I brought along en Flu skali... Adussshh..spoil mood nak bercuti gini...uhuhu Mungkin faktor bertukar cuaca kot.. Hehe

Anyway, ade hikmahnya flu ni.. Dia bawa virus tpi terkawal ni, di saat MakLady temankan anak menantu di sini. Tak lah boleh kemana mana pun... Tak la rasa sangat. See... Allah Maha Mengetahui .. Love U Allah :)

Meaning I should stay home dgn family kat sini. Not feeling bored sangat coz busy with my darling Flu ni.. Tul x :)) 

Kedua, dapat berehat cukup dan selain itu jugak flu ni datang sbb nak bawa keluar segala toksid atau elemen yg tak diperlukan dlm salur tekak, hidung dan paru2...Sape kata bila dapat Flu ni U feel Bad. Cuma take it possitively :) ..

So dont worry. MakLady dah ready dgn ubat ubatan... Btw, saranan kawan MakLady supaya minum lemon juz suam dicampur madu mmg mujarab. InsyaAllah my FLU will go away soon...

Saturday, January 4, 2014

Warkah Buat Isteri : Perkongsian pengalaman Abil Fikri Ahmad

Sebuah Novel Motivasi Bergambar
Hasil Tulisan Abil Fikri Ahmad


Ketika Mak Lady membaca dan berusaha membalas komen dari rakan2 blogger tentang entry terbaru MakLady petang tadi...yang berjudul Happy birthday wishes from friends ; tertiba MakLady terpandang akan komentar dari Abil Fikri Ahmad yang tertera dalam inbox message - Sekali pandang rasa nya tiada yang luarbiasa. 

At first, it doesnt ring the bell ...

Tapi setelah mata MakLady meneliti sudut kiri - tertera gambar profile si pengirim komen, hmm mcm kenal jer.. mcm penah tengok jer...

Ya ALLAH.apakah aku bermimpi?? Masih lagi terkedu dan terharu ...
- padahal si pengirim ni komen 2patah perkataan saja -  ucapan selamat Hari Lahir MakLady . 
As Simple as that! 

Tapi bila MakLady sedar siapa pengomen itu, hati MakLady amat terharu... 


Bingkisan ucapan yg simple namun memberi semangat
buat MakLady menempuh dugaan di awal tahun ini...
TERIMA KASIH
.

Actually bukan lah nak perbesarkan keghairahan MakLady terhadap ucapan ulangtahun dari rakan blogger. tetapi....kesudian Abil mencatatkan ucap selamat pada MakLady adalah sesuatu yang amat MakLady hargai. Walaupun pada setengah pihak. Mungkin menganggap hal ini.. TAK DE LA HEBAT TARA MANA PUN atau MAKLADY NI NGADA2 ...OVERRRR.. tapi pada MakLady ini satu penghargaan yang amat bermakna pada diri MakLady. 

Sebabnya. MakLady tak sangka plak Abil sudi jengah blog MakLady. Setahu MakLady, Abil ni, selain dari dia sibuk dengan tugas sebagai penceramah motivasi beliau juga dikenali ramai. Orang popular Uolz. Mana lah ada masa nak balas atau kirim komen ataupun ucap selamat tambah pada blog MakLady ni. Walaupun dari dlu, MakLady memey admire him [atas pengalaman dan ilmu serta semangat cekal yg ada dalam diri beliau] 

Ternyata Abil ada masa nak wish me Happy Birthday.....*-* Ohh...so sweet [tengah control blushing]

To Saudara Abil:  ( kalau la anda membaca entry MakLady ini)
Setinggi tinggi ucapan terima kasih sbb sudi menjengah my blog ini. MakLady pun nak ambil kesempatan ucapkan SYABAS kerana berjaya melahirkan sebuah karya penulisan mengenai segala yang berlaku pada kehidupan dan terhadap kecintaan yang tulus ikhlas untuk isteri tersayang. Bukan senang nak cari suami yang begini. Ramai akui, Abil adalah suami yang sebaik baik seorang wanita dambarkan untuk membawa isteri ke Jannah. Percayalah, Perkongsian bersama dan memberi motivasi dan inspirasi kepada rakan2 kita di luar sana yang menghadapi situasi seumpama adalah hadiah terindah. Thanks for sharing Warkah Buat Isteri.

Wlaupun segala dugaan ALLAH kepada hambaNya berbeza namun dengan pengalaman dan semangat yang diberikan oleh Abil sedikit sebanyak membantu rakan2 memahami dan menjalani hari hari mendatang dengan semangat & kekuatan anda.

InsyaALLAH MakLady akan dapatkan Warkah Buat Isteri. Pengalaman awal tahun baru baru ini sedikit sebanyak memberi impek dalam diri. Terima kasih atas perkongsian.

~ AL FATIHAH buat arwah Gee ~

Monday, December 30, 2013

GOOD LUCK on your Exam

Mulai hari ini, MakLady jangka ramai mahasiswa & mahasiswi akan mengambil peperiksaa AKHIR mereka di pusat pengajian masing2. 

Anak Mak Lady , Elia JR pun dok memBusy kan diri ulangkaji dlm study week ni. Kini, hari untuk menduduki peperiksaan pada kali terakhir sebelum tamat pengajian peringkat Degree (dalam jurusan Sumber Manusia) tibaaaaa....

Good Luck sayang.. Mak doakan Elia berjaya jawap soalan dan mampu score dengan cemerlang. InsyaALLAH doa Mak utk anak anak Mak semua.

Kepada rakan2 siswa dan siswi di luar sana, Mak Lady juga mendoakan agar kalian dapat menempuh EXAM masing2 dengan tenang dan sentiasa solat dan berdoa pada ALLAH swt - tenangkan hati bila dalam dewan peperiksaan. Dapat jawap dengan baik. Moga ALLAH swt memberi kelapangan fikiran dan mengingatkan apa jua yang di baca dan diamalkan selama ni......
Couple of cartoon young students. Teenagers. - stock vector

Haaaaa..jangan tak tahu. Kalau korg yang nak amik EXAM selalu nya mak ayah yang akan risau sama tau... hehe Dan begini jugak lah doa dan nasihat MAK pak kepada anak2nya :)

GOOD LUCK ON YOUR EXAM

Tuesday, December 17, 2013

Derma Telekung untuk mangsa banjir


Ramai sedia maklum pasal banjir yang melanda pantai timur baru baru ni. Ramai sungguh rakan kita yang terlibat. Yang jadi mangsa dah tentu lah rakyat kita. Yang dipanggil untuk membantu dah sah2 orang KITA...
Berbagai jenia bantuan yang dihulurkan bagi meringankan beban mangsa ini. Antara nya bantuan yang dilakukan oleh mereka ini. Individu yang perihatin akan nasib mangsa kita.

Disini. Mak Lady ingin berkongsi informasi mengenai projek TELEKUNG yang sedang dijalankan utk tujuan yang sama. Mak Lady bersama blogger Mak Dara akan cuba mengumpulkan sumbangan telekung ini untuk memudahkan penyumbang telekung ini nanti.

Mungkin dengan cara ini kami berharap dapat memudahkan urusan menyalurkan bantuan dalam masa yang ditetapkan. Dalam pada tu juga..kami berharap rakan2 blogger dan pengikut bolggers yang kami hormati, dapat menyumbang ke arah membantu mereka yang memerlukan.

Bagi yg ingin membantu dan menyerahkan telekung, boleh temui kami pada hari Khamis 19/12/13 mulai jam 6 ptg di NZ Curry House di Wangsa Maju berhampiran Pizza Hut/KFC outlets.

Sumbangan telekung di terima dlm apa jua keadaan. *sila baca info di bawah ini* Keikhlasan yang diutamakan.

Jom derma telekung !! InsyaAllah jasa dan sumbangan diberkati Nya. aminn..

Monday, December 9, 2013

Look!! Who's coming for dinner...

Join Get-A-Gift from My Worth Buying Shoppe : Kemungkinan ANDA blogger bertuah. Jom KLIK SINI untuk share your link :)

Seperti mana seluruh rakyat Malaysia yang sedang berusaha untuk membantu mangsa banjir yang melanda sebahagian besar negeri di pantai timur; begitulah juga jiwa murni seorang puteri raja.
Tengku Puteri sanggup turun padang....Bersama rakyat yang berlindung di pusat bantuan, baginda telah berkenan untuk turut sama membantu menyediakan juadah. Yerr ... Sudi memasak untuk mangsa banjir!!
Bukan itu sahaja, baginda puteri raja yang mesra rakyat ini tidak kekok untuk menikmati hidangan yang sama dihidangkan untuk rakyat baginda. Kehadiran baginda telah menceriakan mangsa dan meringankan bebanan mangsa banjir terutama di Bandar Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Dilapurkan, beberapa daerah di Terengganu dan Kelantan turut lumpuh beberapa hari sebelum ni dengan mencatat sejarah tersendiri bagi bandar Kuantan - mengalami banjir paling buruk dalam sejarah bencana alam setakat ini. Namun, semangat yang ditunjukkan oleh baginda puteri kesayangan rakyat Pahang yang berjiwa rakyat ini sedikit sebanyak memberi sinar keceriaan disetiap hati mangsa yang terpaksa mengharungi keadaan ketika bencana sehebat ini.
Kredit dari sumber Facebook
Marilah semua...!! Membantu mana yang termampu mangsa2 banjir dengan membekalkan kelengkapan yang sewajarnya. Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan banjir ini, Mak Lady tolong share butiran di entri kali ini (sila zoom photo iklan tu yerr..) Mungkin ditempat korang ade juga badan badan pertubuhan yang membantu. Apa kata check dgn mereka mengenai program terbabit. Mungkin ada yang korg boleh bantu!!
Kalau bencana yang berlaku kpd rakyat di negara luar, kita sanggup berkorban ... Sanggup turun padang!! Sudah pasti kita juga mampu bantu mangsa rakyat Malaysia sendiri yang memerlukan pertolongan, betul tak?
Itulah dia Semangat Satu Malaysia ;))
Go! Malaysia Go..!!

Wednesday, September 25, 2013

AKHIR Cinta Jannah Setia Hujung Nyawa Izaryl ..

AKHIR NYA....
CINTA JANNAH

BUAT IZARYL 

SETIA HINGGA HUJUNG NYAWA

Izaryl : Setia Hujung Nyawa
Jannah : Cinta Jannah 
(kredit photo : TV3 Slot Akasia)

Bagi mereka yang tak pernah tengok Cinta Jannah mmg la rugiiii...
 Tpi dont you worry, 
boleh gak jengah entry Sinopsis Cinta Jannah dari entry MakLady yg lepas :))

Tuesday, July 30, 2013

Bila Angry Bird cakap Bahasa Malaysia..


Oppss.. Maaf Mak Lady tak sangka pulak ...
ANGRY BIRD dah berhijrah keMELAYUan. TENGOK ajalah, applikasi
yang kat atas ni... Mungkin korg penah juga come across :)) 

Almaklumlah sekarang ni
Candy Crush dah mengambil tempat di hati pemilik telepon pintar...
Mana2 pergi ... orang asyik bercakap pasal permainan pecah gula2...
KINI acapkali org invite kita utk main game yang penah menjadi kegilaan!

Mungkin sebab inilah, si burung2 naik berang ...
Kesian Angry Bird dan rakan2....
kepopulariti mereka tergugat~!
Terpaksa berhijrah....

Mereka ke mana? 
yang tu MakLady tak pasti tapi walaupun kini kerap berada di carta top ranking utk "GAME" anak2 buah MakLady yang setahun jagung! Si burung marah ini masih menjadi hiburan mereka. Tambah pulak budak2 ni masih kenal dan pandai berjinak2 dengan si ANGRY BIRD lagi. Mungkin ini lah juga alasan bagi rakan2 si Burung Marah ni, (sila lihat gambar di atas) bersepakat untuk berada di carta walaupun terpaksa mengambil keputusan utk berhijrah ke Malaysia - dan melahirkan bahasa Melayu dalam applikasi mereka...

ha ha ha...
Tersenyum MakLady baca applikasi handphone rakan MakLady yang menggunakan paparan dalam Melayu ..!!Si Burung Marah dan kawan2 cakap Bahasa Malaysia @ Melayu ?? Tergelak jugak ML bila membaca Application yang dlu nya mudah difahami tapi kini, tidak lagi.... * kira paparan ini OK lagi tau. Ada yang MakLady penah tengok yang telah menterjemahkan DIRECT TRANSLATION - gelak tergolek2 dibuatnya.. ha ha ha ha

Friday, July 19, 2013

Facebook : No Privacy At ALL

Assalamualaikum Semua dan Salam sejahtera terutama kepada kekawan FB MakLady...
PLEASE TAKE NOTE: 


Selama ini pun kita sedar yang Facebook bukan lah 100% privacy walaupun kita bebas utk set our own page. Wlupun kita tapis sana sini, rupanya masih ada lagi "Applikasi" yang ada dlm profile masing2 yang ANTI Privacy! Itulah hakikat nya...

Sekarang ni plak, kalau anda perasan - ada perubahan pada setting Privacy di profile kita dan rakan2 FB dalam list kita.....? Kenapa boleh jadi macam tu, Rasa mcm dah tak berapa private dah life kita kalau semua butiran kita diketahui UMUM tanpa menapis apa yang boleh atau tak boleh diLIHAT melalui akaun FB kita...tak gitu? 

Menyedari hal ini, MakLady nak share dengan korg semua , tentang " NO Privacy" dalam FB .... semua ni MakLady terima dari kawan2 FB dan mungkin dapat memberi gambaran kpd korg apa yang dimaksudkan agar kita dapat menggunakan FB dengan SELAMAT. 

Sila baca juga link ni >> FB is no friend of privacy

So PLeaseeeee..... baca juga amaran dan aturan kat bawah ni. Pastikan korg copy & paste kat wall korg so that kawan2 FB yang lain dapat dimaklumkan...

"Kepada semua yang berada di dalam senarai kenalan Facebook saya, ada mungkin tidak tahu bahawa Facebook telah mengubah konfigurasi privasi sekali lagi. Applikasi grafik (“Graphic app”) yang baru menyebabkan semua pengguna Facebook di seluruh dunia boleh melihat gambar-gambar (photos), kesukaan (likes) dan komen kita. Malangnya kita tidak boleh mengubah konfigurasi ini kerana Facebook telah menjadikan ia seperti ini.

Oleh itu, dalam tempoh dua minggu akan datang, saya akan terus meletakkan mesej ini dan berharap agar anda juga melakukan perkara yang sama. Saya juga memohon agar anda melakukan perkara-perkara berikut supaya maklumat peribadi yang saya kongsikan dengan anda dan kenalan lain kekal peribadi dan bukan untuk tatapan umum. Saya akan mengeluarkan anda daripada senarai kenalan facebook saya jika anda tidak melakukannya.

Letakkan kursor anda ke atas gambar saya profile saya tanpa mengklik padanya dan tetingkap akan terbuka. Sekarang gerakkan kursor ke perkataan 'Rakan-rakan' (friends) juga tanpa mengklik. Kemudian, klik pada 'Setting’ dan buang tanda pada 'Life events’ dan 'comments and likes’. Dengan cara ini aktiviti saya dengan keluarga dan kawan-kawan saya tidak lagi akan menjadi tatapan umum. Sila tulis/komen ‘done’ setelah selesai melakukannya.

Sila copy dan paste teks ini di dinding (wall) anda sendiri (bukan 'share' ya!). Apabila saya melihat ia diterbitkan pada halaman anda, saya akan buang tanda yang sama untuk anda.

terima kasih atas bantuan anda"

5 Kesalahan Longgarkan Qauli Solat

RAMADHAN KE 11

SALAM JUMAAT
SELAMAT BERSAHUR DAN MENJALANI IBADAH
DISEPANJANG BULAN YANG MULIA NI....

Sambil tu, izinkan saya share ilmu yang dapat memperbaiki solat kita :

SHARING IS CARING

Monday, July 1, 2013

Bengkel Intensif Penerbitan Filem Pendek ( Short Film )

Assalamuaalaikum Kekawan ;)


Photo: 1st day at Bengkel Intensif Penerbitan Filem Pendek opened up my eyes to the world of filming.. excited nk sambung sehari lgi. Esok, kupas lg topik yg lg menarik... cant wait! :))Pada hujung minggu yang lalu, MakLady telah berpeluang untuk menghadiri satu Program Latihan Perfileman anjuran pihak FINAS. Sebenarnya, matlamat Bengkel Intensif Penerbitan Filem Pendek ini, bertujuan untuk melahirkan bakat baru yang berilmu dalam bidang pembikinan Filem Pendek. Bengkel ini juga diharap dapat memberi pendedahan kepada umum tentang pentingnya media Filem Pendek dalam industri Perfileman di negara ini. Ianya merupakan usaha FINAS memberi latihan sewajarnya kepada bakal2 penerbit filem pendek melangkah lebih jauh ke persada dunia. Sesungguhnya industri Filem Pendek berpotensi tinggi dimajukan melalui media global demi FILEM KITA!

My 1st day at Bengkel Intensif Penerbitan Filem Pendek opened up my eyes to the world of filming.. So excited nk kupas topik yg lg menarik sepanjang hari selama 2 hari ni. Oh dear, cant wait! Kiranya terExcited gak ler sebab dah lama idamkan ilmu yang mcam ni. At my age ni, inilah baru pertama kali ML kenal apa itu SHORT FILM. Maklady sentiasa yakin, tak salah kita nak cari ilmu walaupun kita dah berusia. Bukan alasan utk tidak turut sama utk belajar benda baru. Janji ada minat dan ianya bawa menafaat. Setidak2nya dapat berkongsi ilmu dan pengalaman sesama peserta bengkel.

Di sepanjang bengkel berjalan, MakLady dan peserta berpeluang mempelajari cara yang terbaik utk menerbitkan Filem Pendek. Sebelum ni, hanya pandai guna camera dan amik video. But now, lebih berilmu dan pengetahuan mengenali aspek utk bikin filem pendek yang bermutu. Nampak mcm susah sebenarnya Senang saja... Pendek berkata "Tak kenal Maka Tak Cinta." ... sebenarnya "perkenalan" pertama ni, telah diperkenalkan oleh sepupu MakLady, yang juga merupakan seorang ScriptWritter yang berbakat. Merangkap Idola MakLady :) Siapa lagi kalau bukan Puan Adza Irdawaty Adenan @ Mak Dara dari Blog BicaraMakDara.

Terima Kasih kepada En Martias Mohd Ali atas bimbingan dan tunjukajar. Beliau merupakan penggiat seni yang mahir dalam dunia penulisan skrip dan cerita/filem pendek. Dengan ilmu yang hebat, beliau tidak lokek berkongsi bersama kami pada bengkel selama 2 hari ini. MakLady yakin ramai akan berminat utk merealisasikan usaha beliau untuk galakan dunia pembikinan filem pendek, selagi gus melahirkan para pemikir dan mencetus idea mengenai arah tujuan industri filem pendek kita.

Cikgu kami ~ En Martias tak lokek ilmu.
Selama 2 hari , beliau telah mengajar kami bebagai
topik mengenai Short Filem serta ilmu Penerbitan Filem Pendek
Selain mengenali lebih mendalam tentang pembikinan Short Film, peserta juga diberi penerangan mengenai potensi menjadikan filem pendek ini sebahagian dari punca pendapatan. Hasil yang positif dari idea pembikinan filem tersebut boleh mencetus sumber kewangan di mana, peluang luas terbentang menanti buat penerbitan Filem Pendek atau Short Filem di media dunia khasnya.

Peserta sedang kusyuk mengambil bahagian dalam pembincangan
kumpulan. Peserta diberi tugasan utk menerbitkan SHORT FILM
 sempena Ramadhan - sessi brain storm...
Sehingga kini, dah banyak kali kita mengadakan pertandingan dan penyampai award kepada penggiat Filem Pendek namun tiada yang tahu bahwa industri penerbitan filem pendek ini WUJUD! Bukan saja di negara kita, tapi luar negara khasnya telah diberi penghargaan terhadap penggiat2 Filem Pendek. Memandangkan ianya merupakan platform utama industri perfilemanan, FINAS melangkah setapak lagi untuk memastikan industri Filem Pendek ini terus berkembang dan membawa Short Film dari orang KITA ke persada dunia.

Rasanya tidak terlewat bagi MakLady dan penggiat filem pendek untuk terus membawa aliran baru dalam meneroka ke pasaran antarabangsa sambil memastikan FILEM KITA tidak hanya tertumpu kepada penghasilan bakat dan idea utk satu aliran sahaja.... Hidup FILEM KITA! Hidup FILEM PENDEK kita :))

Saturday, May 25, 2013

PETUA : Hilangkan Parut dengan Pisang !

Assalamualaikum Semua bloggers & darling Readers. Selamat Pagi...Breakfast apa pagi ni?

Si Amer suggest makan Roti Pisang for bfast. Sememangnya dia memang gemar makan pisang~! Selain dari melawaskan perut, pisang juga bagus utk diet...Pisang sebenarnya boleh diperbagaikan penggunaan nya....

Ewahhh..tetiba plak MakLady teringat akan PETUA yang mujarab berasaskan Pisang plak pepagi ni...

Petua  adalah cara alternatif untuk mengatasi sesuatu masalah maupun keadaan. Tak kira lah ianya berkesan ataupun tidak. Pasti korg pun ingat lagi petua2 yang diturunkan kpd korg selama ni, dari generasi nenek sampai lah ke generasi mak2 kita maupun sampai la ke diri kita ni haaa... Ada saja PETUA yang berguna utk dipraktikkan. Begitu juga la petua yang nenek MakLady turunkan kpd mak MakLady dan MakLady turunkan kpd anak2 dan sekarang - kongsi dengan ANDA! 

Sebenarnya bila terpandang akan pisang, maka teringat lah MakLady akan PETUA nenek MakLady dulu.  Sejak dulu hingga kini petua ni masih dipraktikkan. Pisang merupakan buahan tempatan yang penuh dengan khasiat. Bukan sahaja buah pisang malah KULITnya juga ada menafaatnya. HHmmm.. mungkin ada yang tertanya tanya..? Apa khasiat kulit pisang ni selain digunakan utk buat orang terjatuh jika terpijak...  

Bukan pisang sebarang pisang. Pisang datang dengan kulitnya. 
Bukan hilang sebarang hilang, parut dikulit hilang semuanya....

Apa kena mengena pisang dan kulit? Begini... Petua ni, MakLady amalkan sejak dari remaja lagi. Almaklumlah kulit MakLady ni sensitif - takleh kena gigit serangga atau nyamuk, pasti meninggalkan kesan. Macam parut. Dlu mana la ada ubatan yang khas utk hilangkan parut. Maka nenek MakLady pun kerap menggunakan KULIT PISANG utk hilangkan parut gigitan maupn sebarang parut yang terdapat pada kaki, tangan, malah muka.

Caranya senang saja : Ambil beberapa ulas pisang dan buka kulitnya. Makan la pisang tu dulu. Sebab kita hanya perlukan kulit pisang tu sahaja. Kemudian sapu kan kulit pisang yang dibahagian dalam (bukan kulit luar tau..cuma perlu.yang ada isi putih tu) kepada kulit di kaki, tangan terutama di kawasan yang ada parut gigitan maupun parut kudis. Gosok2 kan isi kulit itu sehingga "isi kulit pisang" tadi nipis atau lebam warnanya. Biarkan sapuan itu di kulit kita selama 10-15minit ataupun hingga sapuan itu kering sendiri. Sapu dengan bersih kesan kulit pisang tadi dan bilas dengan air sebersih2nya. 

Ulangi sapuan kulit pisang itu 2 - 3kali sehari, dan lihatlah perubahan dalam seminggu. Kulit yang berparut itu tadi akan perlahan2 hilang. Kulit kita pun akan lebih bersih serta lembut tanpa berparut lagi.  

Selamat Mencuba - petua Kulit Pisang utk hilangkan Parut !

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]