WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady
Showing posts with label Terjah Selera MakLady. Show all posts
Showing posts with label Terjah Selera MakLady. Show all posts

Monday, November 3, 2014

Roda-roda jelajah , Cari Makan !

Inilah dia yang dinamakan bersahabat. Tak kira usia mereka bertemu atas nama sahabat.
Begitu juga dengan geng motor milik sahabat baik MakLady. Jangan salah faham tau...bukan MakLady join pun...hehe.. (buat gelak dek orang je kalau ML bawak moto besau ni...join deme ni..hehe)  Difahamkan ahli grup motor kawan ML ni terdiri dari berbagai peringkat umur. Cool je kann...

Seperti grup bermotorsikal yang lain, mereka juga sering bertemu pada hujung minggu dengan aktiviti2 berfaedah. 

Makin erat lah hubungan siratulrahim sesama ahli, ye tak ! Selalunya program dirancang ketika mereka berWassap sesama mereka. Macam2 plan diatur sebelum mereka berkonvoy...

Selain menikmati kgindahan alam dengan bermotosikal, mereka ni gemar singgah ke tempat2 menarik yang menjadi tumpuan geng motor. Berkumpul dan pakat bermotosikal ke luar daerah semata mata ntuk menjamu selera merupakan aktiviti riadah mereka. Pelik tapi sungguh teruja! Itulah kata kawan ML. Mungkin nikmat yang hanya mereka sahaja yang tahu keistimewaan nya. 

Minggu lepas tidak terkecuali bagi Grup bermotosikal sahabat MakLady ini. Di siap hantar photo via WhatsApp lagi... Nak Jeles kan kita la tu... :p

Photo yang dikirim sudah cukup buat ML jeles..sebab teruja
bila tengok Iklan kat kedai makan ni.. hhmm MENARIK
TERTARIK nii... kat mana ni??
Apa yang istimewa nya Nasi Bamboo Sungai Kiah.... ??
Menurut kawan baik MakLady, yang kebetulan asal dari kampong sana tu, memang terkenal tempat makan ni. Bila beliau bercerita tentang keunikan menu di sana, terasa macam nak ke sana suatu hari nanti. 

Hmm dont worry!! walaupun MakLady tak turut sama ke Sungkai, Perak aritu, tapi insyaAllah dalam masa terdekat ni, nak terjah gerai Cendol Sungkai ni.. .yum, yumm..yummy :)) Semesti nya sedap sebab ramai yang dah mencuba.... 

ANDA tak try cuba test ke? hehe 
Ooohhh Deme gi Sungkai kerr ..??
Cendol Sungkai yang femes... kamo nunggu teman datang...

Sunday, October 19, 2014

Jalan2 Cari Gold Coast Sepang


Awal pagi tadi, MakLady ada bertanya akan
aktiviti yang dirancangkan pada hari Ahad kali ni?

Apakah Aktiviti korg sama dengan MakLady? 
Mungkin korg boleh Agak, di mana MakLady habiskan
hujung minggu selain dari mengarang entry ini.... 

MAKLADY berada di tempat ini petang tadi... Jauh dari
kesibukan kota. Oh yer... cer teka kat mana ni?
Sebenarnya, tak plan pun nak ke sini hari ni. Tapi seperti biasa, ML ni dah selesa dengan aktiviti spontan ni...Maknanya, tak boleh nak plan or janji sebab selalu nya klu atur perancangan, last minit sure tak jadi lah.. tak sempat la...dan mcm2 hal. Tapi kalau aktiviti begini, selalu nya spontan ajer. Macam orang selalu kata "UP ..jadi jer.." 

Mungkin secara kebetulan plak pagi tadi (masa bfast dengan kawan baik MakLady), idea jalan-jalan cari kawan ni pun timbul ;) Sebulat suara untuk menziarahi rakan sekolah yang menetap di daerah ini. Lagipun, sebelum ni, beliau kerap juga mengajak kami bertandang ke rumah nya yang dikira berdekatan dengan lokasi resort yang terkenal. Memang ramai orang berkunjung ke sana. Di hujung minggu, terutama bagi mereka yang ingin bermandi manda, atau makan ikan bakar, Korg boleh lah drive ke Sepang Circuit, dan selepas melintas tempat arena permotoran itu, apa kata teruskan perjalanan ke persisiran pantai atau dikenali sebagai Gold Coast Sepang. 

Amacam? ..."ADA BRAN brani ke ....??"
Selain dari aktiviti riadah, dan merasa mcam pelancung tempatan. Apa kata menikmati Cuti-cuti Malaysia ini dengan aktivit yang adventure. Sesungguhnya negara kita banyak tersimpan keindahan semulajadi. Dapat juga, menikmati kemudahan di persisiran pantai. Contohnya,  perkhidmatan glider bermoto ini ! AWAS - kalau korg teringin nak cuba fly benda ni, Make sure tanya harga dulu dengan mamat warga asing yang kendalikan pesawat ringan ini ya. Oleh kerana tak pasti dia guna natawang aper adalah baik jika korng tanyakan dulu tambang utk "terbang" disekitar pantai dan resort itu, Sebab MakLady dapat tahu dari pengunjung di situ, bahawa harga nya RM180 untuk fly dalam 10 minit. Hmm macam tak brbaloi jer....
PEMANDANGAN YANG TENANG
Sebelum kami pulang, sempat juga menikmati keindahan
matahari di kala senja mengapa kami di sana...

 
PENGALAMAN PERTAMA MELAWAT GOLD COAST SEPANG

Thursday, October 16, 2014

PETUA : Batuk atau Gatal Tekak

Cuaca yang tidak menentu kini, dengan keadaan yang panas dan kering sering dikait dengan SAKIT tekak. Lama kelamaan jika tidak diubati, Batuk pula akan datang menjengah.

Pada yang sakit tekak, rawatan alternatif untuk melegakan sakit tekak boleh pulih jika mengamalkan ramuan traditional dengan petua ringkas. Adakalanya, batuk akan singgah selepas itu, Ramai antara kita yang ambil dose ubat batuk dan antibiotik untuk pulih.

Bila difikirkan ini, MakLady lebih selesa untuk mencari ramuan lain yang ringkas untuk menghindar sakit tekak terus melarat. Jadi amat penting untuk sekat penyakit itu dari terus merebak. 

" Mencegah adalah baik dari mengubati."

Amalan ketika Sakit Tekak : Bila tekak kering maka ianya mungkin terasa perit. Untuk melegakan tekak, digalakkan mengambil jus air asam jawa yang dibancuh tanpa ais. Selain itu, rendam 2-3 biji kembang semangkuk dan diminum jus sebagai penawar dan menyejukkan badan yang mungkin melegakan tekak. Selain itu, boleh juga dirawat dengan mengambil tablets leka tekak.


Amalan ketika Batuk : Bukan untuk menafikan ubatan moden tetapi sekadar meringankan batuk dan "gatal" tekak melanda. Jadi dari batuk itu melarat, MakLady akan mencari "buah nangka" Yerr.. buah nangka yang baru dikopek lagi afdal. Sebab masa tu, getah nya masih ada. Kalau boleh, makan seulas dua dan diambil 2-3 kali sehari. InsyaALLAH, gatal di tekak akan terhindar.

InsyaALLAH - selamat mencuba

*P/S: JIKA batuk dan sakit tekak anda tidak berkurangan dalam masa seminggu, maka cepat dapatkan rawatan dari doktor.

Thursday, March 20, 2014

Tosei Rawa Tosei Berhalba

Selamat Pagi 1 Malaysia
Selamat Pagi Semua di mana ANDA berada...

Dah sarapan pagi ke belum ni? 
Kalau belum elok la makan pagi dulu sebelum mulakan tugas.

OK ... kali ni MakLady nak kenalkan kepada satu lagi makanan 1Malaysia yang menjadi favourite MakLady - especially for breakfast. No more nasi lemak! Mee goreng atau yang sewaktu dengan nya.

Selalunya bila MakLady hantar anak MakLady training bola, Maklady akan lepak mamak for breakfast. Adakala bila dah jemu breakfast ringkas di rumah, tekak ni ngada2 teringin pulak nak makan breakfast serba ringkas kat mamak. Lokasi of coz la kat kedai mamak yang femes kat area MakLady stay ni.

Lazimnya, Sarapan pagi kalau di kedai mamak ni, rata2 Orgramai paling suka order roti canai dan teh tarik Tapi pada Maklady - tosei is better, dan nescafe tarik always my favie. Lagipun, MakLady tak minat nak order yang heavy2 kat mamak. Tambah pulak tu, roti canai MakLady dah lama tak sentuh. So cukuplah sekadar makan tosei atau capati maupun roti bakar. 
Inilah rupanya Tosei Rawa yang garing lagi nyaman :)
Yerrr...Kalau MakLady sebut Tosei pasti ramai yang tahu atau kenal rupa nya. Tapi pernah tak uolz makan TOSEI RAWA? Haaa.. MakLady leh agak yang ramai lagi yang tak penah lagi rasa. Kalau nak bezakan Tosei biasa dengan si Rawa ni, dia lebih rangup dan "berperisa" helba. Ada berani ke nak mencuba?.. So, apa kata tukar selera dengan order Tosei Rawa pulak selepas ni. Amacam, boleh??

Tosei Rawa ni, tak de banyak beza dari tosei biasa. Rasa dia sama sahaja. Bancuhan tosei diperbuat dari beras yang direndam semalaman dan di blend halus. Jadilah bahan bancuhan perapan untuk dijadikan tosei. Bancuhan dituang dan diratakan lebar atas kuali leper. Kemudian ditaburkan rempah, seperti jintan manis, jintan putih, biji sawi dan biji lada hitam. Ada kalanya akan dicamparkan hirisan cili ke atas tosei rawa yang masih di atas kuali leper tadi. Dibiarkan atas kuali leper tu sampai ianya garing sedikit. Lepas tu, baru letakkan ke dalam pinggan dan dihidangkan bersama kuah dal ataupun sos pudina yang enak. 

Bagi mereka yang masih blurr macam mana rupa Tosei Rawa ni, bleh lah tengok gambar kat atas tu. Tosei Rawa ni sedap. Lebih sedap dari tosei biasa. Tpi masih bergantung pada tekak masing2. MakLady suka yang ni dari tosei biasa sebab terasa enak dengan rempah. Paling best bila makan tosei rawa ini, boleh rasa rangup sekali. Tak pulak rasa solid tosei lagi. Garing itu yang buat dia lain dari yang lain. Tak la rasa tosei semata-mata. Cuba la sendiri...  :) 

*Tosei rawa superb! Mabeles! ada kat NZ Wangsamaju.. ;) *

Saturday, March 1, 2014

Pretzels MakLady & #SBB2014

SINGGAH BOOTH KAMI

Jangan lupa
Tarikh SBB 2014ESOK...

Bertempat di bazaar #SBB2014
@ Saloma Bistro, Jalan Ampang
(bersebelahan dengan Zook KL)
dari jam 10 pagi - 5 ptg. 

TEMUI RAKAN KONGSI MakLady


Closets Of AmyAmy
featuring Elia @ Jejariruncing



Jumpa kami di sana....


Thursday, February 6, 2014

JOM pakat2 pergi #SBB2014 !

SALAH SATU SEBAB KENAPA MakLady NAK KE #SBB2014...

Dah ramai yang tahu. Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 bakal berlangsung tak lama lagi. Dah tentu2 MakLady tak mahu ketinggalan....

Apa yang menarik pada hari tu nanti..(selain dari berangan nak menang hadiah) Sorry!! bukan MakLady je yang berangan2 walaupun cuma membayar RM20 untuk dapat hadiah yang pihak DenaihatiNetwork sediakan tu... ramai lagi kottttt...!! ha ha ha Selain hadiah dan tajaan pihak yang sah sah KeBooooM !! tapi tak lawan lah tajaan pihak yang satu ni. Ini juga buat MakLady teruja untuk turut serta memeriahkan majlis tersebut.

Yeo Hiap Seng , nama yang dulu lagi, tak pernah lekang dari bibir masyarakat Malaysia. Masa dulu2, kalau cakap pasal minuman segera ni, Pasti Yeo's.

Jenama Yeo's terkenal bukan sahajah di Malaysia, tapi seluruh Asia Tenggara dah kenal jenama ni. Senarai produk pertama minuman berasaskan kacang soya ini kekal memberi komitmen dengan memperkenalkan beraneka minuman yang mendapat tempat di hati pengguna mereka.

Siapa tak pernah minuman dari Yeo's, angkat tangan !!
ehh MakLady ni - macam lagu tema MeleTop Tv3 Pulak.....

Sebenarnya banyak flavour yang Yeo's keluarkan untuk memastikan hanya bahan semulajadi menjadi keutaaan bagi menjamin mutu kesihatan pengguna. Haaaa... oleh itu, tak perlu lah kita nak sangsi lagi. Minuman Yeo's selamat untuk diamalkan.Boleh di minum di mana mana, bila bila masa pun.

Bermula dengan produk soya yang asli telah menyakinkan pengguna dengan keluaran Yeo's terhadap minuman segar dan berkhasiat, mereka membawa masyarakat  terus setia dengan keluaran Yeo dengan menghasilkan minuman yang mampu membantu meningkatkan gaya hidup yang sehat.

Haaa... sekali lagi Yeo's menjadi pilihan MakLady sebab sekarang selain dari minum kegemaran sekeluarga, Teh Krisantimum dah ada yang Kurang Manis ! Almaklum lah, biar kurang manis dalam minuman, tapi jangan kurang manis dalam senyuman... ahhh gitewww...

MakLady pun suka Yeo's ni sebab dia takde bahan pengawet.. tapi dont worry, dalam menjaga kesihatan, kita juga kena jaga pengambilan bahan yang sihat untuk sistem dalaman juga.

 Selain dari minuman kesegaran semulajadi, minuman Yeo's juga memberi berbagai menafaat kepada mereka yang mengamalkan pemakanan dan kesihatan yang seimbang. Untuk mendapatkan lebih maklumat tentang minuman Yeo's, anda juga boleh layari bebarapa rangkaian network milik Yeo;s Malaysia :

Untuk menikmati minuman kebaikan semulajadi yang kita perlukan untuk kesihatan kita, apa kata kita bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014. ( dengar khabar pendaftaran dah ditutup so tak payah lah nak gatal gatal jari nak klik kat bawah tu... Baca sudahhhh...!! huhu ) 

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Friday, January 24, 2014

Go! Seoul Garden, Go!!

K for Kenyang...K for KPop ..Huhu
Dh mcm bunyi PoP yg selalu kita dengar tiap Jumaat via MLM bila tonton rancangan MLM tu jer he he he
Cuma bunyi PoP yang ni klu family kami, hanya Erin je yang boleh tiru sebijik macam lenggok bunyi PoP - identiti ® mamat si Comey tu. Tapi kalau "K" yg satu ni paling ketara bila perut diisi dengan hidangan BBQ...
So hari ni, bila uolz baca entri kali ni, xde photo makanan yang MakLady sertakan. Sebab apa plak??? 
Kali ni uolz perlu bayangkan aja. Sekadar bayangkan .... Hanya Kpop dalam mulut je. Ha ha ha.. Jgn usya lebih2 nnti ade yg terliur plak...
Apa kata uolz relax n enjoy urself ..  Uolz harus imagine amik bau dan dengan bunyi PoP bahan di BBQ. Sebenar nya semalam MakLady ada lunch date dengan CikJejar. Tak sempat nak snap gambar sbb Kami busy ngadap dapur panggang. So, Alang2 uol tengah bayangkan lunch kami semalam. Boleh  juga kalau uolz bayangkan sekali diri kami yang tengah lapar. Hmm... Mungkin boleh makan sekor ayam...
Oklah. Jaga jaga jgn terkuar bunyi PoP bersalut airliur uol sudah..huhu.. 
Teruskan membaca. Jangan pandang belangkang.....dan Selamat menjamu selera uolz ;)) 
*dessert kat sana pun menyelerakan..*

Thursday, January 9, 2014

Flu, Flu, go away !!

Setibanya MakLady ke Labuan.. Bru MakLady sedar yang ML tak datang seorang. I brought along en Flu skali... Adussshh..spoil mood nak bercuti gini...uhuhu Mungkin faktor bertukar cuaca kot.. Hehe

Anyway, ade hikmahnya flu ni.. Dia bawa virus tpi terkawal ni, di saat MakLady temankan anak menantu di sini. Tak lah boleh kemana mana pun... Tak la rasa sangat. See... Allah Maha Mengetahui .. Love U Allah :)

Meaning I should stay home dgn family kat sini. Not feeling bored sangat coz busy with my darling Flu ni.. Tul x :)) 

Kedua, dapat berehat cukup dan selain itu jugak flu ni datang sbb nak bawa keluar segala toksid atau elemen yg tak diperlukan dlm salur tekak, hidung dan paru2...Sape kata bila dapat Flu ni U feel Bad. Cuma take it possitively :) ..

So dont worry. MakLady dah ready dgn ubat ubatan... Btw, saranan kawan MakLady supaya minum lemon juz suam dicampur madu mmg mujarab. InsyaAllah my FLU will go away soon...

Friday, December 13, 2013

Lunch : Let's go Arabic

Assalamualaikum 

Hari Jumaat macam hari ni, 
pasti ada yang tengah fikir2 nak lunch kat mana?
Almaklumlah ... waktu lunch uols 
(especially the ladies at work) panjang skit ye tak?

Sambil window shopping ...bersama teman sepejabat, 
mungkin ada yang tak tahu nak lunch kat mana?
Sure, uol pun blurr.. tak tahu nak lunch apa arini.....

Maybe after viewing this entry.. maybe u got some ideas....

Flash Back : Suatu hari di pagi Jumaat

BFF : jom kita pekena nasi ala ala minah arab jom.....?
MakLady : kat mana? 
BFF: Xpe. satgi I fetch u and we go to this place.....
MakLady: OK jer.. I followww :)

As what she suggested. We did had our nasi Arab...
( actually ada special name for the dish...but lupa apa ntah nama )

The place is awesome. Lokasi : somewhere new my place. 
Since she is in KL for a short while, and being running here and there...
Lama tak jumpa, she suggested that we had our lunch together...
So we r at this place.....And the dishes was so so ... Arabic..!! 
WE LOVE IT... :)
ML with my BFF and the lunch that was so Arabic....
Sedap! hingga kenyang sampai esok pagi..hehehe
So.. let's go Arabic... :))

Thursday, December 12, 2013

Puding Truffle Mak Lady :)

My first trial ....
Ramuan yang ML gunakan utk my puding ;)
Waaa laaaa...dah siap pun ... hhmmm
macam menarik je..mcm sedap jerr :P~~
Yumm...yummmy.. sebelum kita makan puding ni,
kena la letak kat dlm fridge to chill it :)
Akhirnya jadi jugak la Truffle MakLady ~ resipi nya ML intai2 @ Google jer... 
If I can do .. U too can :) !!

Thursday, August 15, 2013

Istimewanya Kek Aidil Fitri 2013

Masih lagi cerita pasal RAYA...

Kali ni, ML nak share dengan korg tentang suatu yang istimewa beraya di sini. Bukan nak bercerita pasal keriangan bersama keluarga lagi. Sebab ML percaya korg punya raya lagi best! Lagi menarik! Lagi seronok sakan :)) Betul tak? 

Serupa je dengan kami. Sambutan raya lalu dah pun ML cerita kan pada entri sebelum ni. Dari awal persiapan hingga lah pagi raya. Selain dari juadah pagi raya, persediaan juadah dan suasana raya terasa seakan lazim cuma tahun ini, kami berkumpul bersama2 di rumah Erin dan suami. Excitement nya lebih sebab inilah kali pertama ML beraya bersama anak menantu.

Pada yang tak tahu mcm mana kami sambut Ramadan dan Syawal di Labuan, boleh lah jengah entry ML yang lalu. Yang menariknya, ML berkesempatan menyediakan juadah dan menziarahi teman2 anak menantu MakLady yang rata2 berasal dari Semenanjung. Taklupa juga kunjungan MakLady ke rumah kenalan orang Labuan bagi mengenali lebih dekat budaya beraya di sini.

Menziarahi rakan di sini, sempena Aidil Fitri sama saja. Masih ada rendang, masih ada ketupat cuma tak la lazim bagi orang di sini dengan masakan orang kita. Masakan tempatan yang dihidangkan menyelerakan. Begitu juga dengan juadah kueh mueh. Seperti di Semenanjung, biskut raya juga dihidangkan walaupun mereka lebih kepada KEK. Membezakan hidangan raya di sini lebih kepada pilihan kek yang superb sedap rasanya. Seperti yang diketahui umum, resepi kek yang sedap pastinya dari sini. Kek lapis dan kek kukus menjadi pilihan.

Inilah salah satu, kemeriah yang jarang kita saksikan di Semenanjung. Setiap rumah yang MakLady kunjungi (locals) menghidangkan bebagai jenis KEK. Seluas meja makan, tuanrumah menjamu tetamu dengan hidangan kek kek yang rata2 adalah kek Lapis dan kek Kukus!! 

Beberapa jenis kek yang dapat kami nikmati ketika
berkunjung ke rumah kenalan di Labuan...
MakLady dapat melihat dari budaya orang tempatan lebih kepada citarasa terhadap kek lebih dari biskut raya. Itulah istimewa nya beraya di sini. Pada penggemar kek, pasti tak lepas peluang utk merasa berbagai jenis kek dan perasa yang dihidangkan. Lagi menarik antara kek ini dimasak atau dikukus dalam jangkamasa yang lama. Ada tu, sampai lebih dari 24 jam pun ada! Kalau ditanya pasal RASA - perrgg susah gak MakLady nak terangkan keenakan kek tersebut. Tapi pada MakLady secara peribadi - tak penah lagi MakLady rasa kek yang sesedap kek kek dari resepi tempatan ini di mana pun MakLady merantau.

Seperti yang juga diketahui bahawa kek2 dari Sarawak maupun Sabah ini, merupakan resepi kek org di sini lebih kepada hidangan kek sebijik sebijik!! (macam gambar di atas) Seriously, kek yang hebat dan mewah citarasa. Pada mereka yang pernah merasa kek kek dari sini pasti setuju dengan pandangan MakLady. There's no other cakes can match the richness and deliciousness of these cakes made by Sabahan and Sarawakians. Thats for sure!!!  

Wednesday, August 7, 2013

Selera Hari Raya Homemade cookies & Rendang Rusa

RESEPI RAYA dari Mak Lady :))
BISKUT CORNFLAKES MAKLADY
1 kotak Cornflakes (500g)
250g butter
10 sudu besar madu
8 sudu besar gula - boleh kurangkan jika mahu
100 biji Paper cup
Buah2 campur kering/ kismis - jika mahu

Cara-cara membuatnya
1) Panaskan butter di atas api yang perlahan, bila dah cair masukkan gula. 
2) Bila gula dah cair, masukkan madu. Kacau hingga sebati.
3) Selesai ramuan tadi, masukkan cornflakes sedikit demi sedikit dan gaul sehingga rata.
4) Sediakan paper cup secukupnya.  Masukkan cornflakes tersebut dengan menggunakan sudu kecil ke dalam paper cup. Kalau nak masukkan kismis atau buah kering boleh campurkan dalam adunan.
5) Panaskan oven pada suhu 160 celcius. Bakar selama 10-15 minit. (hingga cornflake warna perang.)


RESEPI RENDANG RUSA - Mak Lady masak macam nak masak rendang daging kambing...
Pastikan cuci daging rusa dengan betul. Petua MakLady dapat dari rakan yang mengatakan daging rusa ni boleh dicuci agar tidak ada bau hanyir adalah dengan melumurkan tepung gandum secukup nya selepas bersihkan. Amik masa dalam 15 minit or so, lepas tu basuh dengan air bersih dan bilas. Masak seperti biasa.

RESEPI KUAH KACANG ALA MAKLADY
300 gram kacang tanah yang digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus
15 ulas Bawang merah *
10 biji cili kering *
3 sudu besar gula perang
1 mangkuk air asam jawa
3-4 cawan air secukupnya
5 tangkai serai*
2 inci lengkuas*
3 inci halia*

Cara memasak
1) Blend halus dan Tumis bahan (*) hingga wangi dengan minyak masak secukup nya.
2) Setelah naik bau nya, atau pecah minyak, masukkan kacang tumbuk, gula perang, air asamjawa dan garam secukup rasa. 
3) Kacau hingga rata dan masukkan air sedikit sedikit hingga kuah kacang sebati.
4) Pastikan kuah menjadi pekat dan kacau hingga mendidih sebelum diangkat.

Tuesday, August 6, 2013

Terjah Selera Makanan Laut diTanjung Ara


ASSALAMUALAIKUM..

Still pasal Berbuka Puasa & Makanan Laut....
Ingat lagi tak dengan entry pasal SUNGKAI sebelum ni?

Sambungan entri yg lepas:
Anjung Ikan Bakar di Tanjung Ara

Bagi mereka yang pernah ke Labuan pasti 
familiar dengan gerai masakan laut seperti ni...

Bukan setakat menikmati hidangan yang sedap
malah kami juga disaji dengan panorama yang
mengasyikkan. Suasana gerai yang bersih amat
disenangi utk bersungkai bersama keluarga.


As promised, ML share kat entry ke 2 ni, 
dengan  "seafood" yang kami pesan masa
 BERBUKA PUASA...

Sebelum tu, jom jengah seketika gerai makanan laut
 di Tanjung Ara yang femes amos di kalangan warga
Semenanjung ( dan penduduk tempatan...)
Gerai yang menyediakan makanan laut paling BEST.
Hiasan di dinding pun ada makanan laut. Kreatif!
Lihat lah ketam yang segar dalam tangki utk dimasak...
Taraaaaa....
Inilah hasilnya masakan yang dipesan semasa bebuka
Nasi putih, Udang masak butter, Sotong goreng tepung
dan ketam masak pedas - yumm yummm yummmyyy :)
Amacam? Terliur tak? hehe
jangan ...jangan dulu... tunggu sampai waktu buka :P
till then.... ucapan dari MakLady 

SELAMAT BERPUASA DAN MENIKMATI SUASANA BERBUKA DENGAN KELUARGA ..

kepada Sahabat handai, Kekawan, Rakan FB dan teman bloggers dan pengunjung setia blog MakLady diharap diberkati selalu di bulan yang mulia ni. Jangan lupa tinggal sehari dua lagi - lepas ni kita RAYA ;))

Sunday, August 4, 2013

Sungkai Di Anjung Ikan Bakar Tanjung Ara

Assalam SEMUA
Selamat berhari minggu....

Masih dalam mood BERPUASA
Syabas! Sehingga petang nanti kita berbuka puasa. Apa plan berbuka utk hari ini? Yang pasti, hari ni ramai yang dah ada kat rumah family, dah balik kampung....Semestinya meriah utk berbuka nanti....

Apa juadah IFTAR anda hari ni??
Nak tahu apa rancangan Iftar MakLady di sini ..
Meh nak story pasal our last nite Sungkai....
Kali ni, kami sungkai dengan hidangan laut.

Sungkai? First time dengar, ML tertanya-tanya gak. Apa itu Sungkai?
Rupanya "Buka Puasa" bagi org tempatan. Ooo...ML pun baru tau.
Setiba je di hadapan Anjung Selera Tanjung Ara - luas mata memandang
laut laut cina selatan terserlah keindahan alam semulajadi....

OK, Petang Jumaat kami bersungkai di restoran Makanan Laut yg femes di Tanjung Ara. Perjalanan ke medan ikan bakar ni hanya dalam 15-20minit saja dari kediaman kami.

Setibanya di Restoran yang terletak di pinggiran pantai ini, kami terpegun. Amat memukau mata ML dan CikJejar. Cantik sungguh suasana pantai kala tu. Tenang..Langit cerah, menanti mentari melabuhkan diri di penghujung waktu. Ape lagi...ML pn snap photo dan sempat juga Keek!
Pemandangan indah dihujung Anjung mengadap Laut Cina Selatan....
batu batu besar itu adalah benteng di pinggir pantai
Ketika kami sampai , air laut mula pasang. Kalau dilihat, restoran ini terletak di atas pinggiran pantai maka bila air pasang - maka ianya seolah Restoran Terapung. MakLady boleh bayangkan suasana romantik nya bila meja2 disusun dibahagian depan mengadap laut. Dan belakang restoran ini plak terdapat batu batu besar yang membentengkan laut dengan darat. Mungkin agak sukar nak crite kat entri psl keindahaan waktu senja mengadap Laut Cina Selatan. Selain dari makanan laut, pandangan yg menarik mcm ni agak payah dilihat bgi warga kota.
Lazimnye bagi penduduk tempatan dgn makanan laut. Terutama pada Sabah ni, makanan laut memang lazim didapati dan murah. Tapi pada org semenanjung, macam ML agak teruja jugak bila berbuka puasa dengan hidangan seafood. Tambah pulak, khabarnya, di sini rata rata FRESH!!

Sejurus memasuki anjung restoran ini. terdapat sebuah aquarium
hidupan laut yang masih hidup dan segar. My SIL sedang memilih ketam
udang dan sotong utk dimasak ketika berSungkai di sini ...
Klu nk tau, kami dapat merasa mcm2 jenis masakan seperti udang bermentega, udang masak pedas, ketam goreng berlado, ketam masak ikan masin, ikan bakar, sotong masak cili dan sotong goreng tepung. Perrggg... tengok je gamabr yg sempat ML rakam. Tpi syg mana dan je laaa.. hehehe. And yg paling best plak tu - harga dia mmg berbaloi baloiiiii.... xmungkin dapat tandingi harga semurah di sini. Jangan ketinggalan melihat lebih dekat lagi hidangan kami - tunggu entry seterusnya..... ;))

ML : Terima kasih my SIL blajar kami :))

Friday, August 2, 2013

Daging Rusa Masak Rendang

Assalamualaikum ..
Dear My Darlingz.

Sejak berada di Labuan ni, macam macam masakan maupun menu yg Mak Lady rasa. Cuma yang sempat ML masak hanya lah masakan yang kena mengena dengan makanan laut. Almaklum ler.. kan di sini, masakan laut senang dan murah. Kira boleh la masak ketam ke, udang ke, siput ke maupun rumpai laut.

Cuma yang satu ni ... yg ketara ML tak pernah masak!! Makan tu...rasanya penah laa..yelaa wlupun skrg di Semenanjung ada bekalan tpi terus terang ML xpenah mengidam plak nk makan. Inikan plak berangan untuk memasak nya. huhu

Tetiba pulak arini, "Mak, kita makan rendang rusa nak raya nanti." saran my SIL.
What?? ..... daging rusa??!!
ML terkedu skejap bila SIL bagitau hasrat utk menu Hari Raya nanti. Pandai la pulak aku ni nak masak daging rusa....?? Saboo je laaa...

Semalam jugak dia bawa balik daging rusa. Hhmmm setahu ML, rendang paling sedap yang ML rasa adalah rendang Nogori 9 ! Serious sedap. Mula merasa... ketika ngandungkan anak bongsu ML. Ngidam rendang buatan Makcik sedara ML yg kebetulan asal org Port Dickson. Perrggghh... Sampai sekrang terasa ...umpah sedap!!

Kalau nak masak Rendang biasa tu ML tahu laa.. Tapi macamana cara nak masak daging rusa ni?? dah tentu2 ade petua utk sediakan nya, especially nak hilangkan bau daging rusa ni?

Anyone knows how to cook Rendang Daging Rusa x ? Resepi masak rendang dan petua nya sekali?? pls share link ;)) ..

tima kasih yer.. Jasa mu ML kenang di pagi raya nnti :))
Credit : www.arkive.org
"HENSEM TAK SAYA...."
* Terimakasih pada abg google kita yang menyediakan resipi... Alhamdulillah, menjadi rendang Rusa MakLady! hehe

Tuesday, July 30, 2013

Iftar @ Tiara Hotel Labuan

Day 2:  Iftar @ Tiara Hotel Labuan

Pada hari kedua di Labuan, jam 5ptg :
Erin, Elia, Amir ke majlis berbuka puasa di sebuah
hotel yang jaraknya tak la jauh sangat dari tempat
we stay. Simple je dressing ... tengok je lah -
gaya anak beranak bersiap utk IFTAR ptg tadi ;)

Dari awal lagi , Erin dah bgitau bahawa Iftar kami
hari ni amat special...
Special sebab nak celebrate kedatangan kami la tu...
he he he

Secondly... 

Juadah yang dihidangkan untuk Buffet Iftar @
Hotel Tiara Labuan ni memang special sebab
meriah dengan citarasa yang tersendiri.
Sebenarnya hidangan Iftar kali ni, agak lain skit.
Walaupun hidangan Buffet Ramadan kat Tiara ni, 
macam biasa yang kita boleh dapat di hotel2 di KL
atau Buffet Ramadan yang penah ML kunjungi, tapi
yang beza nya - hidangan kali ni agak lain skit.
sebab...kat Labuan ni mewah dgn makanan Laut~!!
Buffet Ramadan : Juadah yang dapat ML kongsikan
kat sini buat tatapan my sweet readers :)

SELAMAT BERBUKA PUASA SEMUA :)


Jangan Lupa KLIK SINI JUGAK :)

Wednesday, July 17, 2013

CakeWhat RedVelvet Blueberry Cake by Paknil

CAKEWHAT !!

Say what???

CAKEWHAT 
by PakNil

Haaa... ?? MakLady masih blurr 
bila dapat call from my kezen and was telling me about......
KekWat? Pak Nil who? - oh dear.....

bukan kekwat OK..." 
she explained...

Al kisahnya, pepagi ni lah tadi. MakLady baru tahu pasal....
the Yummylicious Red Velvet cake yang tengah Panas! Meletop Uolzz..
Mungkin sebab MakLady tak gemar sangat kek , especially 
yang berCheese ni. Tu yang kurang tau bab ni..hehe

But knowing my Erin, im sure she knows about this sedaplicious ..
apa ntah lagi yang super duper kek mcm RedVelvet. 
I guess, that's the reason  why my kezen yang dok di utara tu, 
called me this morning, and asked me to pick up the CakeWhat 
Red Velvet Blueberry cake by PakNil, for her.

Ooooo... RUPANYA....
Pak NiL pengacara yang letop meletop TOP tu lerrr..
Mungkin ramai dah tahu pasal hasrat PakNil nak bukak bakeri...
tapi apa pun sekarang bizness PakNil jual kek Red Velvet Blueberry
tengah meletop macam Tuan dia gak :) Siap ada FB fanpage dan
khabarnya dah ramai yang order kek. Sedap gilerr kata nya ...

 Barulah MakLady tau pasal produk CAKEWHAT ni....
SORRY la yer... agak ketinggalan rupanya MakLady hahaha
Photo: Yummylicious Red Velvet Blueberry Cake personally baked to perfection by PAKNIL with his secret recipe! 

We are open for weekly & HARI RAYA orders. 

Order Now. Satisfaction Guaranteed!

-Admin-
Iklan dalam FB - Cakewhat by Paknil
Bukan nak KekWat sangat MakLady ni tau...hehe
pepagi dah tunjuk the Yummylicious Red Velvet cake..
Bulan Ramadan plak tu..~!

INI lah dia produk terkini yang menggunakan trademark
 CAKEWHAT by PakNiL
 Sekadar nak share dengan Uolz... 

Kepada kawan2 yang minat kek terutama kek red velvet blueberry
jangan lepaskan peluang merasa "air tangan" PakNil...Boleh search sendiri 
kat FB - type je Cakewhat by Paknil then boleh order kat sana...

Photo: CAKEWHAT MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN & SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA. SEMOGA DIBERKATI OLEHNYA. AMIN.

-ADMIN-
 jenama yang tengah TOP dikalangan peminat PakNil

Photo: Selamat pagi semua. Selamat menjalani ibadah puasa di hari pertama kita berpuasa :)

GOOD NEWS! YES! YES! YES! Di atas pertanyaan dan permintaan u all, PAKNIL has agreed to bake another 1 of his red velvet masterpiece series 'DIVINE RED VELVET BLUEBERRY ROLLS'

Jom order untuk juadah berbuka puasa anda. Satisfaction Guaranteed!!

RM20.00/roll

-CakeWhat Admin -
'DIVINE RED VELVET BLUEBERRY ROLLS'
harga RM20 bagi kek gulung
Photo: READY FOR COLLECTION! NICE!

Kepada yg dah buat full payment,  we will advice pick up details for this Sunday collection jap lg.

Yg belum or nak order for this Sunday collection,  pls make payment by 2day.

Pls contact 0129114940 to order :)

TQVM

-ADMIN-

Baru tengok gambar dah rasa....yum yumm yummmyyy
ToLoNgggggg...nyee..JANGAN PLAK YANG TERLIUR PLAK....
ha ha ha ha Kawal nafsu makan korg k...:D

PERHATIAN: MakLady nak KREDITkan,  semua gambar yang super delicious (kat atas tu) kpd  page FB Cakewhat by Paknil - mohon share :)

Tuesday, July 16, 2013

Tropicana Ajak Berbuka Selera Kampung

Alhamdulillah..

MakLady terima voucher, hadiah dari seorg kawan merangkap pembaca setia Blog kesayangan MakLady ni.

Inilah dia rezeki bulan Ramadan. Sape sangka, rezeki MakLady diberi peluang menikmati hidangan selera kampung di tengah bandaraya ni. Sbenarnya, MakLady dh biasa makan masakan ala kampung cuma belum penah lgi merasa keistimewaan hidangan berbuka di Tropicana Golf & Country Resort lagi.

Walaupun bukan sbgai blogger jemputan untuk review promosi Citarasa Kampung Buffet Ramadan tapi ... a blogger is always a blogger .. haha x lepas dari mencari bahan untuk entri. Klik sana, klik sini! Snap sana, snap sini - itu sudah PASTI..

So tungguuu...

Entri yg bakal menceritakan pengalaman berbuka di sana nanti. Juz imagine, Bile MakLady dan Cik Jejar spent time menikmati Citarasa Kampung.. mcmne gamaknye? Masih terbayang masakan kampung - our favourite dish! Mungkinkah ada dihidangkan nanti... ?

Nak tahu? Kena lah join kami bbuka sama dan pastikan Follow blog MakLady dan JejariRuncing lepas ni..

Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa.. Beriftar secara sederhana tau !! sayang awak :))

Friday, July 12, 2013

Juadah berbuka Puasa MakLady

Alhamdulillah..
Berpuasa di siang hari. Menahan lapar dan dahaga.. Seharian kita mengamal ibadah dan fadhilat Ramadan. Nikmat menguji iman.

Bila azan maghrib menyapa, kita segera buka puasa dgn membaca doa dan memanjangkan syukur. Sempurna sudah ibadah puasa utk hari ini.

Seperti hari sbelum, MakLady bbuka dgn mak dan anak bujang. Anak yg lain kejauhan. Mereka terpaksa berbuka diperantau. Demi keluarga, demi tugas, demi masa depan - MakLady redha. Lgpun, x lama dah lagi mereka dah nk balik. Nanti bleh la berpuasa dan berbuka.

Seronok masa Ramadan ni bersama keluarga. Inilah masa nak eratkan hubungan dan menambahkan pahala... ;) tp mcm MakLady slain keluarga, tak lupa juga menjalani ibadah puasa bersama teman @ BFF makLady. Mereka ni umpama ahli keluarga trdekat MakLady. Susah senang bersama.

Pada Ramadan ni pun tak terlepas utk berbuka bersama. Semalam, selepas 2 hari berpuasa, MakLady dapat luangkan masa berbuka puasa dgn Sahabat karib, CikPuteh di apartment nye.

Syukuralhamdulillah, kami sempat sediakan juadah berbuka, Ayam Kukus Halia, Sayur Kangkung goreng, Kerabu Kaki Ayam. Selera MakLady memang suka yang simple. Menu bbuka harus sederhana. Nanti x larat nk solat terawih pulak..

Selamat berpuasa! Salam Ramadan buat semua terutama mereka yg diperantauan :)) Jgn ponteng puasa tau...huhu

Friday, July 5, 2013

Santai Sakan MakLady

Assalamualaikum


Sepetang di Mc D kini mampu memberi ilham utk Mak Lady menggubah mood berkarya dengan blog kesayangan ni.

Sekali skala bersantai di sini best gak. Ramai gak Mak Lady tengok pengunjung yg wat assignment maupun tugasan. . 

MakLady pun ada tugasan yg perlu diselesaikan. Sambil bertemu rakan di sini apa salahnya online ..hehe WIFI pun mudah diperolehi. Santai sambil try muffin dgn milk shake. .

.. . Tapi maklady lebih suka coffee McD :))

 $€£@m@T P€T@n& $€Mu@ (",)

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]