WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady
Showing posts with label Family Ties. Show all posts
Showing posts with label Family Ties. Show all posts

Tuesday, December 2, 2014

Kini MaK Lady Dapat Gelaran Mak NANI !

Inilah buah hati MakLady sekarang
Maaaaafffff.....
Mohon Maaf untuk pembaca semua.

Sebab....??
Kebelakangan ini amat sibuk - sampai tak simpat nak update entry.

Pejam celik, Pejam Celik..!!!  rupanya dah sebulan jugak la MakLady tinggalkan blog kesayangan dalam kesepian. Idea untuk karang tu ada cuma takde masa nak buat itu ini... Begitu jugalah kesibukan yang melandan sebulan dua ini, hingga tak sempat pun MakLady nak update entry.

Bukan takde idea cuma takde masa....
Bukan malas maupun merajuk atau MakLady tak mahu menulis untuk blog lagi, CUMA, ketidak adanya masa disebabkan ?? sibuk menjaga orang berpantang....dan tak ketinggalan melayan si kecil ini.

Kira MakLady tumpukan masa dan tenaga untuk keluarga. Demi Aisyah - MakLady dengan rela hati menepikan blog dulu. Disiang hari, sibuk menjaga, memandikan dan sekali sekala menidorkan nya. Masa yang ada dimenafaatkan dengan membantu Mummy Aisyah. Lagi satu yang best nya - MakLady dapat gelaran baru !!! Dengan panggilan Nani ( nenek dalam keluarga) oleh cucu pertama dalam keluarga kami, lebih bermakna. Sebab itu juga yang buat MakLady tumpukan penjagaan kepada mereka berdua terlebih dahulu. 

Itulah sebab nya MakLady jarang menulis dalam blog..

Anyway,  Rasanya tak de orang perasan pun,,,,hehehe.. Ye laaaa.. MakLady bukan blogger femes amos pun!! Sekadar syok sendiri menulis.... Ade ke, takde ke dalam dunia blogging ini, SAMA saja.

Tambah pula sekarang, dunia blogging kini makin mencabar. Bloggers yang lama pun ramai yang kurang aktif berbanding bloggers yang baru. Walaupun begitu, Maklady masih bersyukur sebab masih ada pembaca yang sudi masuk blog dan baca entry. Kepada rakan blogger maupun pembaca yang sentiasa sokong hasil karya MakLady - TERIMA KASIH dan Salam Kasih. Tiada apa yang dapat dibalas. Moga Tuhan sentiasa memberi rahmatNya. Aaminnn...

Tuesday, October 21, 2014

Monday, October 20, 2014

Caakkk... !! It's MomDay

20-10-2014 : 
Hari Baru, Status Baru
 Orang pun Baru !!


INSYAALLAH
semoga segalanya urusan kita hari ini
dipelihara dan dipermudahkan. 

Aamiin

Monday, October 13, 2014

Penantian Itu Mendebarkan...

Dah lama tak rasa berdebar macam ni...
Macam mana lah empunya diri.

Memang lah penantian itu satu seksaan.
Tambah kalau nak menanti seseorang ....
yang sekian lama kita nantikan :)

Credit to : Mr Google
Sementara menunggu tu... BERDOA agar pertemuan ini dipelihara dan dipermudahkan ALLAH swt. InsyaALLAH ..


Friday, October 10, 2014

Happy Birthday , Bro !

Dear NaNa..
Today Is Your Birthday..
Sweet Day to Remember
10/10
It's a perfect 10 - coz YOU are My BROTHER...


Mohon dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, dilimpahkah rezeki yang berkat, sentiasa ceria dan bahagia bersama keluarga tersayang. Keep Calm Be a Great Son, Husband, Dad and Big Brother.
~ Aameennn ...  

Thursday, July 31, 2014

Giveaway : Selfie Di Hari Raya :)

Antara aktiviti yang kerap dilihat di wall facebook seawal raya pertama...

Makin ramai update status dengan ucapan Selamat Hari Raya dan memohon kemaafan kpd rakan FB.
Tapi yang paling ramai...

Upload Photo family masa sambut raya, termasuk "SELFIE"...

Kami pun xmau kalah. Xmau ketinggalan.. 
Turut memuatnaik photo kat FB, Twitter, Instagram.
Hehe sempat berSelfie weolzz hehehe

What about uolz? Klu ade yg published entry *SELFIE, tag la your page kat MakLady di sini. Nak jugak tengok selfie yg menarik dari uols. Mana tau, boleh menang hadiah misteri dari MakLady sempena raya :)

*Selfie - Budaya sosial era masa kini :))

Salam Ria Di Pagi Syawal

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir & Batin
Dari kami sekeluarga

Tuesday, July 1, 2014

Ramadan yang Hadir 2014

Assalamualaikum

Jumpa lagi Ramadan. MakLady gembira sebab sejak hari pertama puasa, 29 Jun bersamaan hari Ahad lalu, anak beranak dapat berbuka puasa dan bersolat bersama. Dikira amalan lazim setiap tiba Ramadan.

Alhamdulillah. Pada bulan puasa ini, lebih ceria menjalani ibadah puasa kerana sedikit sebanyak membawa kesyukuran atas limpah kurnia rezeki sepanjang tahun.

Tambah pula, MakLady telah pun melaksanakan zakat fitrah pagi tadi. Mungkin Awal tapi rasa lega... Tertunai tuntutan di bulan mulia ni. Hanya Allah sahaja mengetahui bila melafazkan niat di depan Amil.
Alhamdulillah diberi rahmatNya atas diri Maklady dan keluarga.

Selain solat wajib, solat terawih, tadarus jgn dilupa. Harus kita buat utk tambah pahala di bulan yang mulia ini. Mudah2an dikukuhkan iman kita dan dapat keberkatan Ramadan. InsyaAllah. Aamiinn..

Terlanjur bercakap pasal bulan Ramadan yang jatuh pada Jun/Julai tahun ni, pasti ada diantara kita yang diuji. Ada juga yang pahit, ada juga yang manis. Sejurus itu, segalanya ada Hikmah untuk kita. Bersabar. Terus bersabar.

MakLady akui selama ini terlalu banyak dugaan yg mendatang. Dengan hadir nya Ramadan kali ini sedikit memberi hati yang redha lagi tabah.

Seolah apa juga dugaan yang pahit sebelum ini, kini dilihat sebagai pengubat rohani dan jasmani.
Diharap Ramadan kali ini akan terus HEBAT dari tahun tahun sebelum ini. Aaminnn ;)
Selamat Berpuasa .. Salam Ramadan.

Tuesday, January 28, 2014

When A meets A = Jodoh Atau Kebetulan ?

Tiap kali bila diperkatakan tentang pertemuan dan Jodoh, kita akan redha dengan ketentuanNya. Sesungguhnya Jodoh Pertemuan ditangan ALLAH swt. Namun apa jua takdir adalah kehendakNya. Kita terima dengan redha dan seadanya...

Begitu juga dengan isu pada entry MakLady kali ni. Apa yang bakal MakLady ceritakan ini, mungkin kebetulan. namun jika ianya ketentuan Allah, sebagai manusia kita harus percaya kerana pada setiap kejadian itu, ada hikmahNya yang hanya Dia sahaja yang tahu.

Semalam, Maklady ada bercerita pasal thing that happened during my meeting with my kiddo. Boleh BaCA KAT SINI . Semua ada kecuali anak menantu dan anak MakLady yang bongsu. Kebetulan, singgah Bangi otw balik KL. Nak jumpa anak lelaki MakLady yang blajar di sana. Kebetulan pulak dia datang bersama temanita. Makin meriah la gathering kami :)

Biasalah kalau kami bertemu. Ada saja topik berbangkit. Dalam pada berbual itulah, salah seorang dari kami terperasan yang pertemuan kami berlima kali ini agak unik. Sebenarnya, sebelum ni pun MakLady dah perasan cuma anggap ianya sekadar kebetulan.

Inilah pertemuan the A's meet A's ... katanya..

Apa yang Uniknya?
Begini....

Mungkin secara kebetulan pangkal nama kami berlima adalah berhuruf A . 
kedua, nama anak lelaki dan perempuan MakLady ada awalan Amer dan Aimie
Kebetulan pulak, nak jadikan cerita ini lebih havoc....
boleh pulak temanrapat mereka (ketika ini) dipertemu kan ALLAH dengan pangkal nama huruf A jugak.
(mungkin kebetulan..) TETAPI yang lebih ketara bila nama mereka berkait antara satu sama lain.

Ok..contohnya : macam nama anak sulong dan menantu lelaki MakLady
Anak Perempuan (Aimie)  manakala. Menantu MakLady (Amir)
di mana dalam keluarga MakLady anak lelaki MakLady dah ada nama Amer, So now, ada seorang lagi anak MakLady punya nama Amir. Sekarang dah ada 3 Amir dalam keluarga kami. Ini adalah suratan takdir pertemuan.

Ok that's not the point here. Apa yang Havocnya sekarang ni, bila teman anak MakLady yang masih bujang pulak, masing2 punya teman yang nama pangkal A jugak...!!! Kebetulan atau suratan??

Walaupun ada masa kami tergelak sebab keunikkan "pertemuan" A dengan A, namun jika mereka ditakdirkan bertemu jodoh, dan menjadi kenyataan ~ rasa rasa ada tak petugas di Guiness Book of World Record... nak cari kami sekeluarga sebab punya ahli keluarga (anak beranak) nama yang hampir sama :)) ha ha ha

Lagi satu, now we came up with a JOKE among us :
kalau Amir jumpa sesiapa in future ..kena tanya dulu nama dia?
If she answer : AMIRA ...  kira OK - mission accomplished!
then as for us, the ladies, klu terima jawapan " AMIR..."
we should say, " Nextttt...."
 sebab dah cukup qota.. ha ha ha



Monday, January 27, 2014

When A meeting A = Havoc !!

from the desk of  MakLady : 13/1/14

Sekembalinya MakLady dari Labuan tempohari. Memang ada kejutan jugak oleh sesorang ni. Pada mulanya dijangka sesorang ini yang sepatutnya datang amik di airport tapi rupanya mereka dah plan nak kenakan MakLady... hhhmm bukan main lagi korang yer...

So bila landed, dan terus menuju ke area menunggu @ Arrival Hall, MakLady pun terus mencari kereta yang sepatutnya mengambil MakLady tadi. Smemangnya masa tu MakLady seakan di awang2an - konon jetlack la yerrr??- agak blurr. Then sebelum sempat nak text, MakLady ternampak lah seseorang ini yang familiar. Hhmmm tak susah nak nampak dia ni antara yang lain !! Definately this person is not a minion.. ha ha ha

okeylah. Dia datang dengan lenggang kangkong. sambil tersenyum. Capai beg Maklady dan terus bawa ke kereta yang sedang parkir di tepi jalan berhampiran. Memandangkan MakLady masih dalam zon blurr dan kepenatan, tak perasan la pulak kelibat sesiapa pun berhampiran kereta itu tadi....lalu membuka pintu kereta

" Ya ALLAH !!! " TERKEZUT gak ler kita.. Nasib baik tak melatah kat tengah2 jalan tu. Kurus semangat MakLady!! Apa idaknya, ntah dari mana datang nya...tetiba cikJejar dah pun ada kat front seat !!!
ha ha ha.. gelak kami sekejap!! Suka nya diaaaa...kena kan org!!

alkisahnya... CikJejar & MrJejar nak surprise kan MakLady .... :p
sebenarnya dia CJ, mana leh tahan nak berjauhan dengan Maknya ni..hehehe
nak je ngikut orang datang amik kita kat airport ..... :p!! double :p :p....
he he he
Happening rite? bila we all berjumpa. ada sajaaaa....
Ooo tambah pula bila MrJejar pun bersubahat dalam misi ini....
Siap koranggggg !!

Happening rite?
Wait till later...

Ok now lagi havoc : 
Masuk kerata dok belakang. Terasa macam MeM hehehe... MakLady pun mula bertanya kabar. Almaklumlah, dah lama tak jumpa katanya. Sambil kami berdua berbual, enJejar memandu ikut jalan lama menuju ke Bangi. Sebelum balik KL, kami kena singgah Bangi untuk Lunch dengan anak bujang Maklady, AmerHaizat yang blajar kat GMI. Hari tu hari pertama mendaftar untuk semester baru. Kebetulan, membuat janji untuk makan bersama , kami bertiga terus ke restoran yang dijanji. Haizat ke sana dengan buah hati dia, Amira namamya.

For the first time in our history - A's meet A's...
Bila diamati betul2 ...kesemua kami yang berada di meja makan pada tengahari itu, semua mempunyai pangkal nama huruf A ... dan paling ketara...bila di lihat dari keseluruh ahli keluarga MakLady kesemua nya ada pangkal A pada nama mereka! Nak jadi kan ianya lagi HAVOC uolz...boleh pulak nama teman atau pun panggilan pada insan terdekat mereka ini, bermula dengan pangkal A. Bukan itu sahaja, nama mereka ini, seakan nama anak2 MakLady sendiri!

Mungkin kah kebetulan ataupun ketentuanNya.. Allahualam.
* nnti MakLady sambung lagi pasal Uniknya,  A meets A ni yerr... tetiba rasa mcm nak pekena tehtarik!! ..*
When A meets A = Havoc

Siapa Menantu Pilihan MakLady

Wow... Panas! 

Topik yang MakLady baca kat blog milik broframestone .

Berderau darah MakLady bila baca soalan sebegini diutarakan dalam bentuk entry milik seorang blogger yang disegani. Tambah pulak yang menyoal nya datang nya dari seorang blogger yang perasan ensem ~! seperti yang dinyatakan dalam pertemuan lalu dan juga kat enty bro sendiri :) ha ha 

Apa pun, MakLady terharu dengan niat bro yang seorang ni ~~ dari dulu tak abis abis nak mengusik MakLady dengan menyuara soalan samada layak ke tidak nak jadi menantu MakLady...?

Almaklum lah.. siapa tak kenal dengan blogger broframestone !!! Seorang fulltime blogger dan kini telah bergelar ayah kepada seorang baby dan suami kepada seorang isteri yang dikatakan "seiras" wajah anak MakLady yang disebut2 itu ~ excuse me ! bukan MakLady yang kata hokeyy... (betul ke Bro.?  :) 

Kelakar btul gurau broframestone ni. Nak gelak pun ada ~! Nak marah pun ada jugak... tapi apa kan daya, nak marah pun tak leh sebab tengok muka bro ni timbul rasa kesiannnn la pulak...Mana tak nya, dari awal kenal hingga ke hari ni , tak sangka pulak masih simpan niat nak jadi menantu MakLady? hahaha

MasyaALLAH - Bro, Mohon dijauhkan. Takut nnti kata2 gurauan jadi DOA, jangan bro ! Kang sape nak jawap ?? ahakz

Foto dari hp MakLady : semasa hadiri wedding Yana Yassin

Menjawab soalan Bro, siapa menantu pilihan MakLady?
Jodoh Rahsia Allah swt  - soal jodoh MakLady serahkan pada anak2. Siapa pilihan mereka MakLady terima. Kalau boleh tu, biarlah yang tahu tanggungjawab kepada Isteri dan Keluarga serta Beriman kerana Allah swt  ~

PS: Mohon maaf sebab ada masa MakLady tak berkenan dengan gurau2 sebegini. Bukan apa. Ada kalanya, ucapan kita ni, takut disalah tafsir dan umpama DOA kita, Dengan rasa hormat, MakLady mohon, next time, gurau senda benda2 mcm ni, tak usah dipraktikkan, boleh tak ?  

Friday, January 24, 2014

Go! Seoul Garden, Go!!

K for Kenyang...K for KPop ..Huhu
Dh mcm bunyi PoP yg selalu kita dengar tiap Jumaat via MLM bila tonton rancangan MLM tu jer he he he
Cuma bunyi PoP yang ni klu family kami, hanya Erin je yang boleh tiru sebijik macam lenggok bunyi PoP - identiti ® mamat si Comey tu. Tapi kalau "K" yg satu ni paling ketara bila perut diisi dengan hidangan BBQ...
So hari ni, bila uolz baca entri kali ni, xde photo makanan yang MakLady sertakan. Sebab apa plak??? 
Kali ni uolz perlu bayangkan aja. Sekadar bayangkan .... Hanya Kpop dalam mulut je. Ha ha ha.. Jgn usya lebih2 nnti ade yg terliur plak...
Apa kata uolz relax n enjoy urself ..  Uolz harus imagine amik bau dan dengan bunyi PoP bahan di BBQ. Sebenar nya semalam MakLady ada lunch date dengan CikJejar. Tak sempat nak snap gambar sbb Kami busy ngadap dapur panggang. So, Alang2 uol tengah bayangkan lunch kami semalam. Boleh  juga kalau uolz bayangkan sekali diri kami yang tengah lapar. Hmm... Mungkin boleh makan sekor ayam...
Oklah. Jaga jaga jgn terkuar bunyi PoP bersalut airliur uol sudah..huhu.. 
Teruskan membaca. Jangan pandang belangkang.....dan Selamat menjamu selera uolz ;)) 
*dessert kat sana pun menyelerakan..*

Sunday, January 19, 2014

Selamat Bertunang

Sempena hujung minggu ini, seperti yang tertera di kad jemputan yg dikirim, hari yg ditetapkan telahpun tiba. Suasana meriah dengan keindahan mini pelamin tersergam indah memastikan lagi kesempurnaan sebuah majlis. Dengan bersaksikan saudara terdekat dan sahabat handai maka termetrai lah sebuah ikatan antara kedua nya. Rinawati Adenan dan Zul sudah sah menjalin ikatan pertunangan.

Ucapan ikhlas TAHNIAH dari hati ni diberi buat adik sepupu MakLady yang baru sahaja bergelar Tunangan Orang.

Tahniah Rinawati Adenan dan bakal suami, Zul... Moga kalian dapat menempuh hari hari yang mendatang dengan tabah dan sabar. Almaklumlah dlm tempuh bertunang ini akan ada dugaan dalam mengenal lebih dekat lagi isihati. InsyaAllah.. MakLady yakin, kalian mampu...kalian boleh !! 

Sepadan dengan keperibadian masing2 nescaya dapat menjadikan pasangan yg amat secocok ini lebih serasi dan tabah. Sekaligus berjaya menempuh saat saat indah sebagai tunangan menjelang hari bahagia nanti. InsyaAllah.. Moga kekal hingga ke jinjangan pelamin ...Ameennn ;)

Wednesday, January 15, 2014

Episod Miss Pink Hippo & Mr Pink Hippo ~ Melaka Aku Datang !

Selamat pagi..... Salam hari Rabu semua :)

Hari ni MakLady nak share tentang sweet thing lagi. Cuma kali ni, kira "Flashback" things that happened last year (2013) semasa drive sorang2 ditemani Miss Pink Hippo.

Maaf, ketika itu, ntah macam mana, makLady tak sempat nak wat entry....
so here we go....

Ingat lg x dgn cerita ttg Pink Hippo ni?
Masa tu nk wat surprise kt birthday girl...
(sila belek balik entry yg lps punya - somewhere in May :))

Apehal plak MakLady ni nak bercerita
pasal anak hippo yang pink kaler ni? huhu

SEBENARNYA..bila terpandang akan gambar di atas, ingatan MakLady terpahat pada kunjungan istimewa ke Melaka tahun lepas. Mengimbas kembali semasa memandu - dalam perjalanan menuju ke selatan tanahair. Well, tak de la selatan sangat tpi Melaka jer..Tujuan perjalanan MakLady pada hari ini, adalah  memberi sokongan moral kepada cik Jejar kita - untuk kembali berpindah semula ke KL setelah selesai menamatkan pengajian nya di kampus UITM Bandaraya Melaka. Pejam celek, pejam celek, rasa macam semalam saja MakLady menghantar Cikjejar sambung belajar setelah tamat di peringkat Diploma. TODAY, her last paper ... lepas ni merdeka! Merdeka! katanya....

It's time to say....Farewell to Melaka...:) Terlalu banyak kenangan kami sekeluarga di bumi Hang Tuah ni. Mungkin pembaca setia blog MakLady pasti ingat akan catatan entry pasal kenangan demi kenangan yang MakLay abadikan semasa lawatan ke sana...Termasuk lah entry pasal sambutan hari lahir   yang melibatkan Miss Pink Hippo. Ye laaa...si hippo kaler Pink yang comel tu laaa..hehehe

Alkisah nya, rancangan birthday surprises utk Elia and her BFF, segalanya menjadi rahsia antara kami dan Newrules. Masa tu ada followers yg terjah dan teka, "ada kejutan untuk Cik Jejar ker?" "birthda elia ke?"... Hmm kurang tepat! Tpi Benar, pada suatu hari di bulan May pada tahun lepas, sempena bday CikJejar, MakLady ditugaskan untuk mencari hadiah....

Rancang untuk dapatkan her BFF's birthday gift. *Newrules* namanya, merangkap anak angkat makLady, pun celebrate bday bulan yg sama... Jdi masa celebration di Melaka (masa tu...) kami cadang smbut sama...Idea of a sambutan harijadi kedua dua insan trsayang ML ni, datang dari CikJejar sendiri. We celebrate together2. Mula2, gathering di Klebang Melaka. The Celebration tambah ceria dgn aturcara yg simple tapi tetap meriah. (private event) Kalau nk tau psl our trip ke Klebang, check elia's keek n instagram ;-) ....pun last year punya... he he

Since they are BFF...CikJejar wants Newrules to have the same soft toys on her birthday:p Masa tu, juga ML namakan yg bru ni Miss Pink Hippo.. Bru sepasang . Kembar !! hahaha Tu la kisahnya Jenuh cri akhir dipertemukan huhu..

So, CikJejar mintak MakLady belikan hadiah utk si *newrules* - soft toy yg sama jugak! Sama dgn pink hippo yg cute ni, yg penah CikJejar dapat hadiah cabutan bertuah majlis anjuran DenaiHati Network pasa tahun yang sama. Since that, Mr Pink Hippo CikJejar sentiasa menemani dia slalu. Dia letak dlm kreta lg...
Namun pada hari ni, MakLady teringat pada kenangan Miss Pink Hippo. Terasa macam semalam saja semua yang kami share masa bercuti2 di Melaka lalu  Kira sentimental la pulak...hehehe

Bercakap pasal trip kali ni, mmg ada niat nak ajak Newrules ikut serta tapi memandangkan sekarang dia dah bekerja agak susah lah nak mengikut jadual kami. Apa2 pun dont worry...balik je cikJejar ke KL pasti dia akan temukan Mr Pink Hippo dengan Miss Pink Hippo semula...  Lepas ni, ke mana saja pasti tak berpisah. Unless masing masing dah jumpa MrJejariruncing dan MrNewrules la kaaaannnnnn.....
la la la la la

Sunday, January 5, 2014

Labuan, Kini Aku Datang Lagi

Good Morning Kuala Lumpur! Good Morning ALL...
No matter where U are ...

Kini ML sedang berada di LCCT. Tengah update blog. Gigih uolz ;)

Sebenarnya ML dalam perjalanan untuk ke Labuan sehingga pertengah bulan ini. Kenapa? Alahai, nak gak ke bagi sebab?? .... oK Ok.. Alkisahnya, SIL ML mengalami kemalangan di tempat kerja pada sekitar Oct/Nov lalu. Mungkin ada yang dah tahu pasal kemalangan yang menimpa my SIL. Nak kata teruk, tak de la teruk ... nak kata tak teruk? Rasanya berat jugak laaa.. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. 

Makna nya, sejak kemalangan itu, sehingga saat ML menulis entry ni beliau masih terlantar di atas katil. Jatuh dari jarak yg agak tinggi, mengakibatkan tulang belakang dia mengalami kecederaan. Mujurlah tidak serious. Kaki dan jejari mampu digerakkan. So selama sebulan tu, stay in bed je la. Dok hospital pun lama gak. Siap bersimen seluruh badan paras dada hingga ke bawah pinggang. Hmmm... boleh bayangkan kan.. dah rupa mcam orang berpantang dalam hari plak. Cian ML pikirkan anak menantu ML ni. Namun dengan berkat doa semua kekawan dan saudara mara, dia makin sihat. ALhamdulillah. ML pun baru dapat peluang utk melawat dia di sana.

Setiba nya di LCCT, ML akan menanti sehingga tiba untuk boarding. Flight seawal pagi dari LCCT membawa MakLady ke destinasi. Terpikir plak, "Takkan nak park kereta kat LCCT. Masyakkkk" Kena cari jalan alternatif utk bawa kereta ML balik semula ke KL. Mula nak fikir amik ERL tpi seawal 5 pagi rasa mcam tak sempat. Sedangkan my boarding most probly 

WELL. it's better to be at the airport early. Dari pada terkejar kejar, terlari lari untuk Check-In nanti.So relax je. Pergi di antar, balik nanti dari Labuan pun, dijangka ade yang mengambil nya... *-* bahagia nya ML ada yang nak antar ke airport... 

Laa Laaa Laa Labuan, Here I Come!! 
Airport Labuan ~ kini Aku Datang Lagi...
pic : gambar masa my last visit to Labuan
CUMA apa yang penting, kunjungan kali ni, bukan pergi jalan2 atau cuti cuti Malaysia. More to the family affair. More to... Ingin berada dengan my anak menantu! (ayat skema dia dah kuar dahhh....) Menemani mereka sebelum mereka berangkat balik ke Alor Setar, Kedah (umah my besan). 

Kalau nk tahu crite di sebalik kejadian, boleh follow instagram,
 dan facebook Closets Of AmyAmy

Berbalik kepada cerita keberangkatan ML seawal pagi. ML dah buat plan dengan anak2. Siapa yang akan menghantar ML ke LCCT. Apa guna anak2 yang tahu memandu kalau tak leh nak menganto nye mak nye ke Airport, iya idok?? cuma masalah nya mereka tengah ada kelas & exam....

Memandangkan masa flight ML terlalu awal pagi rasanya kena arrange plan agar tidak berlaku sebarang kemungkinan yang merugikan...(hhmm teringat penah gak tertinggal flight sebab jemm tersangat teruk seawal pagi)

So untuk tidak berulang lagi ~ ML akan berada di LCCT 4 jam sebelum filght..
yakni pukul 3 pagi !! ok x? - mak aaaiii awal nya.. 
What to do? Dari terlepas filght baik lah kita lepak2 kat airport...
therefore sape yang nak join ML lepaking di LCCT sila sila...
ha ha ha ha.... ade bran?? :)

TQVM to him coz sudi drive me to airport.
CikJejar : ha ha ha.. jgn jeles :P

Tuesday, December 31, 2013

JR Busy Studying, MakLady Busy Script Writing...

Sempat jugak cik Jejar ni snap Candid photo
* MakLady tengah kusyuk semak skrip*
Demam Exam melanda lagi...
Kisah entri pasal demam yang datang masa musim Final Exam.... :)
Mungkin Xcited nak exam atau demam sebab tiap malam stay up late sebb study??

Mcm tu la di rasakan oleh mrk yg rapat dengan MakLady lately. MakLady tak rasa nak demam tapi lebih kepada rasa teruja sebab dapat luangkan masa untuk temankan cik Jejar kita ni Study. Kebetulan MakLady skarang ni tengah busy menyiapkan treatment utk skrip drama. Alahaiii nak cungkil bakat menulis skrip plak dah Mak ni.... 

Maka itu la sebab nya MakLady dah jarang upload entry utk blog kesayangan ku ini. Lagipun, sejak Cik Jejar sibuk mentelaah pelajaran pada Study Week ni, MakLady pun ambil kesempatan untuk bersama dia. Sama sama lepak kopitiam sampai 2 - 3 pagi. Bukan tak leh nak study kat rumah tapi tau je la... kalau kat kopitiam ni mungkin ilham akan lebih rajin datang.... huhuhu.. *al kisah nya....;)*

Tanya la pada student yang sama sama turut mengambil ruang di kopitiam atau fast food restaurant pada musim nak Exam. Rata rata rasa lebih selesa kot nk ngadap buku di suasana tenang .....

Oklah, di waktu gini, MakLady pun dapat siapkan kerja dan sekali gus memastikan CikJejar dapat mengulangkaji pelajaran dengan tenang dan selesa. Malah pada kali pertama inilah MakLady rasa seronok bila teman CikJejar sebab dalam pada itu, boleh juga tunjukajar Sifu sesama kami terutama bila Mak Dara (my scriptwriting Sifu) yang sudi bersama2 bikin havoc... Love u dearly Mak Dara. Thanks for your support :)
Tak lupa juga pada Mr JR yang bersemangat wajar - datang memeriahkan group study ni. 
The more the merrier !! Kan study ramai2 ni banyak menafaat nya. Jom ramai2 kita STUDY!!!

*To Mr JR & Cik JR  - GOODLUCK !! :) *

Monday, December 30, 2013

GOOD LUCK on your Exam

Mulai hari ini, MakLady jangka ramai mahasiswa & mahasiswi akan mengambil peperiksaa AKHIR mereka di pusat pengajian masing2. 

Anak Mak Lady , Elia JR pun dok memBusy kan diri ulangkaji dlm study week ni. Kini, hari untuk menduduki peperiksaan pada kali terakhir sebelum tamat pengajian peringkat Degree (dalam jurusan Sumber Manusia) tibaaaaa....

Good Luck sayang.. Mak doakan Elia berjaya jawap soalan dan mampu score dengan cemerlang. InsyaALLAH doa Mak utk anak anak Mak semua.

Kepada rakan2 siswa dan siswi di luar sana, Mak Lady juga mendoakan agar kalian dapat menempuh EXAM masing2 dengan tenang dan sentiasa solat dan berdoa pada ALLAH swt - tenangkan hati bila dalam dewan peperiksaan. Dapat jawap dengan baik. Moga ALLAH swt memberi kelapangan fikiran dan mengingatkan apa jua yang di baca dan diamalkan selama ni......
Couple of cartoon young students. Teenagers. - stock vector

Haaaaa..jangan tak tahu. Kalau korg yang nak amik EXAM selalu nya mak ayah yang akan risau sama tau... hehe Dan begini jugak lah doa dan nasihat MAK pak kepada anak2nya :)

GOOD LUCK ON YOUR EXAM

Friday, August 16, 2013

Bila Raya .. Air Traffic pun Jem gak ??

Kisah Raya Ke 3
Anak bujang terkandas di Airport Labuan hampir 3 jam...

Lepas spending raya bersama, tiba masa nya utk berangkat balik ke KL semula. 
Tapi macam.... Labuan tak nak lepaskan pergi....
Labuan tak nak berpisah ...???  
peeeewittttt....

Alkisahnya....
Hari yang ditetapkan @ Airport Labuan
Flight sepatutnya jam 4.45 petang tapi
disebabkan sesuatu yang tak dijelaskan maka
berangkat lah anak ML selepas 3 jam menanti
di boarding hall Airport Labuan dengan sabarnya....

Difahamkan kelewatan flight kali ini, berpunca
dengan sambutan raya... Almaklumlah, bila raya
menjengah saja, air traffic pun boleh jemmed....

Harap2 Esok ML balik ke KL, jangan la plak flight delay.. !! 
Doakan selamat semua nya....

KL ... wait for me... :)

Thursday, August 15, 2013

Berkunjung Raya di Labuan

Salam Aidil Fitri
dari Labuan

Assalam Semua - Selamat Berhari Raya

How was your Raya? Pasti meriah dan bebagai cerita disebalik sambutan Raya. MakLady pun turut merasa keriangan walaupun tahun ni, ML beraya bersama keluarga di perantauan. 

Walaupun di kampung maupun bandar, Suasana raya tak lengkap jika kemeriahan Syawal tidak diraikan bersama kaum keluarga dan sahabat handai. Bagi yang berkeluarga besar pasti meriah bila dapat berkumpul bersama. Suasana beginilah yang di nanti setiap kali raya baik di kampung maupun di bandar.

Semangat Raya pasti dirasai, tak kira di mana kita berada ...as long as kita ada disamping mereka yang dikasihi. Begitu jugalah MakLady dan keluarga pada raya tahun ini. Walaupun jauh di sini tapi suasana raya SAMA saja di rasa mcm tahun2 lalu.

Suasana beraya diperantau bukanlah perkara asing pada kami. Malah beraya di luar Semenanjung seperti di sini pernah kami lalui sebelum ni di Kuching Sarawak. Masa tu anak2 MakLady masih kecil lagi. Namun secara jujur MakLady rasa lebih meriah dan seronok beraya di negari asing seperti Sabah Sarawak. Mungkin - selain dari suasana yang agak berbeza sedikit dan juga dapat beraya bersama keluarga dan rakan rakan dari Semenanjung merupakan punca utama suasana Raya dapat dirasai seperti beraya di kampung sendiri...

Macamana plak boleh rasa macam tu? 

Mungkin pada yang lain - Beraya di bumi asing agak sepi tapi pada MakLady, ada istimewa nya beraya di Labuan kali ini. Segalanya berpunca dari suasana dan kemeriahan yang di raikan oleh penduduk yang berbilang budaya di Sabah (maupun Sarawak) tak la banyak bezanya jika nak dibandingkan. Mungkin tak berlebihan dan ketara namun perbezaan itulah membuat hati MakLady tenang dan masih mampu bergembira walaupun beraya jauh dari keluarga, teman2 dan sahabat handai....malah suasana meriah lebih terasa melihat kerenah dan gaya kawan2 kita beraya....

Walaupun di mana kita berada, yang pasti GEMBIRA, CERIA bersama keluarga berhari raya :)
Seronok pergi beraya beramai ramai -
Kunjung mengunjung masih mampu meriahkan suasana
raya di Labuan ..walaupn jauh dari keluarga dan sanak
sedara - kami tetap gembira dapat raikan bersama
teman2 yang turut merantau ...
 *Nantikan entry menarik - pengalaman ML menyaksikan budaya bergaya oleh rakyat tempatan yang dikira KEISTIMEWAAN yang jarang ML jumpa pada Aidil Fitri ....*

Thursday, August 8, 2013

Suatu Hari Di Hari Raya.....

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin
Pagi raya sungguh ceria
Bermaaf maafan segala kilaf dan alpha
Syawal tiba kita beraya
Yang jauh tidak dilupa

Walaupun jauh dimata tapi tetap dekat dihati...
Begitulah setia nya kasihsayang sesama sanak saudara jauh dan dekat.
Betapa rindu nya hati jauh melekat dihati sahabat, teman, rakan yang MakLady kasihi.
Begitu juga ingatan tulus ikhlas kepada SEMUA pembaca setia blog, x kira la...yg senyap atau yang nyata.

Ucapan ini juga diberi kepada setiap seorang anda di alam maya yang sudi memilih utk membaca blog MakLady selama ini...Kepada Semua Rakan blogger yang sudi bersama blog kesayangan MakLady ini
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Salah silap tuturkata. Maupun dlm ayat ayat tersusun dan terlahir dari entri MakLady. Salah faham salah tafsir salah bahasa...termasuk termeroyan yang mungkin ada yang terasa hati maka di hari baik bulan baik ini, MakLady menyusun jari memohon maaf dari ANDA atas ketidak sempurnaan MakLady.  Kosong-kosong k.

MakLady pun sentiasa memaafkan ANDA ...
syawal hadir teringat kan desa
ketupat rendang juadah raya.
kemaafan membersih diri dari dosa
moga hari raya disambut dengan ria.

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]