WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady
Showing posts with label Bikin Panas. Show all posts
Showing posts with label Bikin Panas. Show all posts

Sunday, October 19, 2014

Niat Baik Hasil Pasti Baik : Peduli Kan Apa Orang Nak Kata

Tertarik dengan ayat bermotivasi oleh
Osman Affan (Kredit)

Lumrah perangai manusia. Tidak pernah senang melihat orang lain senang. Jadi sentiasa lah bersangka buruk. Jadi apa saja yang dilihat adalah buruk dimatanya...

Kita buat baik orang kutuk : Lazimnya, benda baik yang kita buat orang tak nampak! Tapi ALLAH Maha Mengetahui. Kalau pun orang tak nampak atau lupa! Tapi ALLAH tak pernah lupa. Bukan minta dibalas cukup sekadar ingat. Paling tak boleh belah bila segala kebaikan dan niat kita dibalas dengan kutuk, keji mereka?  

Ada masa nya, kata kutuk mereka itu tidak BENAR sama sekali. Tambah pulak jika disampai kan kepada orang ketiga, Maka dari semangkuk jadi sebelanga FITNAH !  Bila keadaan ini berlaku, Jangan amik port. Lantak kan saja sebab InsyaALLAH balasan ALLAH tetap mereka rasai. Tak perlu kita balas atau kata apa2. Senyum saja. 
* Kalau nak balas jugak cukup sekadar ucap ALHAMDULILLAH :)

Apa yang kita boleh buat: MAAFKAN LAH MEREKA ini. Sebab terang2 mereka ni sebenarnya, rasa kurang senang atau tak mampu melakukan sebaik kita. Dengan kutuk dan fitnah itu juga, mereka akan menerima balasan dari Allah swt. Itu janji ALLAH.

Kita buat jahat orang kutuk : Kalau buat baik pun orang kutuk. Inikan JAHAT. Dah sah, sah memang SALAH! Takkan orang nak kata kita BETUL.  Dah tentu2 jadi kutuk or umpat keji orang. Lumrah lah, bila kita buat salah, takkan kita nak orang puji melangit kat kita? Kalau benda yang tak elok disanjung, apa jadi dengan orang diluar sana? Takut pulak yang mengikut jejak....

Apa yang kita boleh buat: Bila orang ngata kesalahan kita, mungkin ada benarnya. Anggaplah ianya sekadar teguran ikhlas - sebab kita pun bukannya SEMPURNA. So, Kita yang kena kutuk itu tadi, tak payah lah nak sentap atau meroyan. Belajar terima ini secara terbuka. Mungkin dengan carni, kita boleh jadi terbaik, Sebab kita tak MUNGKIN tahu SALAH kita, selagi orang tak sedarkan kita. 

Buat Baik Berpada-pada...

Saturday, October 18, 2014

Sedangkan Artis Pun Kena Kutuk ...

Artis pun Manusia juga..
Walaupun dipuja, disanjung tak kurang diumpat, dikeji.
Apa saja yang dilakukan menjadi perhatian.

Bila tercetus sesuatu hal yang kurang enak - mula lah peminat atau HATERS gigih menghentam artis dengan kata-kata kutukan sesedap rasa. Seolah mereka ini lupa, yang mereka juga insan biasa. Sama seperti artis. Tak lepas dari melakukan KESILAPAN.  

Malah ada juga kebaikan yang artis2 ini buat pun dipandang serong serta dihentam. Mungkin ini harga yang harus dibayar untuk menjadi tumpuan. Namun, artis juga insan seperti kita, punya perasaan bila dilayan sebegini. Bayangkan Jika KITA di tempat mereka! Jika apa kebaikan yang kita buat dikutuk dan difitnah dengan apa yang kita tak buat? 

Perlu ke kita berdiam atau risau dengan apa orang nak kata pasal kita?

Pada MakLady (bukan seorang artis), selagi kita tidak melakukan perkara yang diperkatakan - tak perlu lah nak risau apa orang kata atau kutuk kita. Peduli kan... JIKA KITA DI PIHAK YANG BENAR... tak perlu lah nak melenting. InsyaALLAH - satu hari kebenaran akan terserlah. INGAT, setiap perbuatan mereka pasti dpt balasan dariNya. Kita buat Baik pasti dibalas Baik ... itu janji ALLAH!

Peringatan untuk Semua dan diri MakLady juga  : Memang sedap bila kita duk ngata orang itu, orang ini. Orang tu betul, orang itu salah, Nampak kita saja yang baik, kita saja yang bagus! Tapi kita selalu lupa yang bilamana kita menuding jari telunjuk kepada orang... ada 4 jari lagi yang menunjuk kearah kita. 

Sesungguhnya 4 jari tu akan tempias pada kita - Kalau tak kita, anak kita. Tak anak kita, adik bradik kita. Tak kena kat adik bradik, kena kat org tersayang, mungkin. Allahualam. Maka berhati2 dgn kata mengata ni.. Esok2 apa yang kita kata, kena balik kat diri kita dan keluarga! APA MACAM?

Subhanaallah.  
Mohon dijauhkan sifat sebegini dalam diri kita. Aminn...
*Munasabah diri. assalamualaikum :)

Monday, January 27, 2014

Siapa Menantu Pilihan MakLady

Wow... Panas! 

Topik yang MakLady baca kat blog milik broframestone .

Berderau darah MakLady bila baca soalan sebegini diutarakan dalam bentuk entry milik seorang blogger yang disegani. Tambah pulak yang menyoal nya datang nya dari seorang blogger yang perasan ensem ~! seperti yang dinyatakan dalam pertemuan lalu dan juga kat enty bro sendiri :) ha ha 

Apa pun, MakLady terharu dengan niat bro yang seorang ni ~~ dari dulu tak abis abis nak mengusik MakLady dengan menyuara soalan samada layak ke tidak nak jadi menantu MakLady...?

Almaklum lah.. siapa tak kenal dengan blogger broframestone !!! Seorang fulltime blogger dan kini telah bergelar ayah kepada seorang baby dan suami kepada seorang isteri yang dikatakan "seiras" wajah anak MakLady yang disebut2 itu ~ excuse me ! bukan MakLady yang kata hokeyy... (betul ke Bro.?  :) 

Kelakar btul gurau broframestone ni. Nak gelak pun ada ~! Nak marah pun ada jugak... tapi apa kan daya, nak marah pun tak leh sebab tengok muka bro ni timbul rasa kesiannnn la pulak...Mana tak nya, dari awal kenal hingga ke hari ni , tak sangka pulak masih simpan niat nak jadi menantu MakLady? hahaha

MasyaALLAH - Bro, Mohon dijauhkan. Takut nnti kata2 gurauan jadi DOA, jangan bro ! Kang sape nak jawap ?? ahakz

Foto dari hp MakLady : semasa hadiri wedding Yana Yassin

Menjawab soalan Bro, siapa menantu pilihan MakLady?
Jodoh Rahsia Allah swt  - soal jodoh MakLady serahkan pada anak2. Siapa pilihan mereka MakLady terima. Kalau boleh tu, biarlah yang tahu tanggungjawab kepada Isteri dan Keluarga serta Beriman kerana Allah swt  ~

PS: Mohon maaf sebab ada masa MakLady tak berkenan dengan gurau2 sebegini. Bukan apa. Ada kalanya, ucapan kita ni, takut disalah tafsir dan umpama DOA kita, Dengan rasa hormat, MakLady mohon, next time, gurau senda benda2 mcm ni, tak usah dipraktikkan, boleh tak ?  

Thursday, January 2, 2014

Dont Play With People's Hearts, Feelings & Emotions



Masuk hari ke 2 kita di tahun baru 2014

Terpanggil untuk komen sedikit tentang apa yang ML baca dalam artikel mengenai seorang pelakon lelaki yang di cop sebagai "player" dengan cinta 'touch & go'. Sebenarnya bukan niat ML nak menghentam si pelakon ini. Bukan juga untuk menghukum beliau. Apa yang dilakukan memang salah tapi hanya DIA dan pelakon dan mereka yang terlibat sahaja yang tahu. Jadi kita tak de hak untuk cakap itu ini. Sebab kita tak berada di tempat mereka. Maaf ini sekadar pandangan ML sahaja. 

ML hanya berharap, pihak pelakon ini lebih berhati hati dalam apa jua tindakan kerana ANDA public figure ! Tindak tanduk anda menjadi ikutan dan pemerhatian masyarakat. Cuma apa kita sebagai org luar, harus anggap apa yang berlaku ke atas diri beliau sebagai contoh atau ikthibar yang boleh kita fikirkan bersama. Yang baik dari ALLAH dan yang buruk nya dari kita sendiri. 

From the Desk of MakLady...
Sikap 'player' ni tidak sepatutnya wujud dalam diri kita. Tidak patut ada istilah sebegini semata mata melabelkan seseorang. Sikap begini harus dikikis terutama jika melibatkan perasaan. Melibatkan hati. Melibatkan maruah dan juga keluarga mereka yang sekeliling...


Berfikir sebelum bertindak ! 
Usah permainan kan perasaan wanita/lelaki lain. 
Kerana kepada mereka ini, *Tak kira la lelaki ke perempuan ke, ML nak pesan lah. 

Baik2nya sang 'players' ni , berfikir sejenak sebelum bertindak dengan aktiviti social ini. Ke mana arah tuju jika ANDA bersikap begini? Kepuasan dunia mungkin.. tapi what about hukum ALLAH?

Kerana sebagai orang Islam, kita harus percaya pada pembalasan. Kalau kita buat baik, pahala dan ganjaran yang baik akan menanti kita. InsyaALLAH. Sebaliknya, jika kita berlaku tidak baik dengan orang lain, terutama sikap yang sebegini, INSYAALLAH juga ALLAH janjikan habuannya pada kita. 

Put it this way. Kepada mereka yang bercita cita nak jadi PLAYER ni, atau nak jadi jaguan dalam mempermainkan perasaan orang lain - TOLONG LAH beringat... bahawa.. ANDA juga pasti ada adik perempuan, ada kakak perempuan malah ada saudara perempuan yang bakal tempias (kepada Players yang lelaki )

Kepada kaum perempuan yang bersikap begitu (ada jer player among ladies ni)  ML nak minta kasi sedar sikit bahawa apa saja yang kita lakukan selagi bernama manusia - sama saja hukum nya dengan kaum lelaki. Malah kalau yang melakukan ini, terdiri dari mereka yang sudah bersuami, lagi parah. Insaf2 lah. 

Setiap jenis perbuatan yang negatif (melibatkan permainanan @ player )  samada dengan niat yang baik maupun sebaliknya. ADA GANJARAN menanti. 

Mungkin sekarang ANDA berseronok menganayai orang. Mengaibkan keluarga mereka, Melukakan dan mempermainkan perasaan mereka. Anda mungkin tidak merasa apa apa sakit, bila anda berada di pihak yang menganiaya. Tapi percaya lah ~ esok lusa mungkin ahli keluarga anda pulak akan menerima nasib yang sama malah MUNGKIN lagi dasyat lagi dari apa yang kita lakukan. 

Maka sempena tahun baru ni, tanam lah azam untuk menambahkan saham kita di akhirat. 

* lazim mereka ini selalu berkata... TIADA NIAT ... tapi hakikatnya ianya tetap dilakukan dengan membawa kepada keaiban kepada individu dan keluarga.*

Monday, December 9, 2013

Look!! Who's coming for dinner...

Join Get-A-Gift from My Worth Buying Shoppe : Kemungkinan ANDA blogger bertuah. Jom KLIK SINI untuk share your link :)

Seperti mana seluruh rakyat Malaysia yang sedang berusaha untuk membantu mangsa banjir yang melanda sebahagian besar negeri di pantai timur; begitulah juga jiwa murni seorang puteri raja.
Tengku Puteri sanggup turun padang....Bersama rakyat yang berlindung di pusat bantuan, baginda telah berkenan untuk turut sama membantu menyediakan juadah. Yerr ... Sudi memasak untuk mangsa banjir!!
Bukan itu sahaja, baginda puteri raja yang mesra rakyat ini tidak kekok untuk menikmati hidangan yang sama dihidangkan untuk rakyat baginda. Kehadiran baginda telah menceriakan mangsa dan meringankan bebanan mangsa banjir terutama di Bandar Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Dilapurkan, beberapa daerah di Terengganu dan Kelantan turut lumpuh beberapa hari sebelum ni dengan mencatat sejarah tersendiri bagi bandar Kuantan - mengalami banjir paling buruk dalam sejarah bencana alam setakat ini. Namun, semangat yang ditunjukkan oleh baginda puteri kesayangan rakyat Pahang yang berjiwa rakyat ini sedikit sebanyak memberi sinar keceriaan disetiap hati mangsa yang terpaksa mengharungi keadaan ketika bencana sehebat ini.
Kredit dari sumber Facebook
Marilah semua...!! Membantu mana yang termampu mangsa2 banjir dengan membekalkan kelengkapan yang sewajarnya. Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan banjir ini, Mak Lady tolong share butiran di entri kali ini (sila zoom photo iklan tu yerr..) Mungkin ditempat korang ade juga badan badan pertubuhan yang membantu. Apa kata check dgn mereka mengenai program terbabit. Mungkin ada yang korg boleh bantu!!
Kalau bencana yang berlaku kpd rakyat di negara luar, kita sanggup berkorban ... Sanggup turun padang!! Sudah pasti kita juga mampu bantu mangsa rakyat Malaysia sendiri yang memerlukan pertolongan, betul tak?
Itulah dia Semangat Satu Malaysia ;))
Go! Malaysia Go..!!

Tuesday, May 28, 2013

Bila Ustaz Azhar Idrus Kahwin Lagi..

Assalamualaikum
Rata rata, masih ada lagi komen yang ngata perihal UAI yang menikah isteri No 3 nye baru baru ini. Dah jodoh dan takdir UAI nikah dgn gadis 26 tahun sebagai isteri termuda beliau. Siape kita nak ngata ape ape lg??
Kat FB, twitter, blog entah mcm2 pandangan yg diterima. Ada yg ucap tahniah, ada yg terima serta doakan yang terbaik. Itu yang seharusnye. Tak kurang jugak, MakLady baca, yg kurang senang dgn menyoal tujuan UAI perlu kawin lain? Ada tu plak yg bagi komen agak pedas terhadap penceramah bebas yg telah pn beristeri 2 sbelum ni.
Ya Ampunn...kenapa jdi mcm tu?
Mak Lady yakin UIA dh wat solat istiqharah sblum dia cadang nk nikah sorang lagi. Dapat plak kottt. pertunjuk dan ketentuan dari Allah swt untuk tambah qoata. Alhamdulillah..
Selain jodoh Mak Lady pun nk tumpang komen. Mungkin juga  dugaan Allah pada UAI dan isteri2nya. Nescaya pada pandangan MakLady jugak, UAI telah menilai dan terlebih maklum akan dosa, pahala, hukum hakam, bila bab ada bunga dalam taman ni. Jadi, bila berkenan di hati UAI akan si dara ini, lebih baik dijadikan isteri yang halal. Takut difitnah kelak.
Lazim sbagai Lelaki, Bila kaya harta dunia akhirat mula la datang sikap pemurah. Nak kongsi bersama sama. Tak kira la, adil ke tak pada orang keliling.  Selebihnye, kita kata TAKDIR MEREKA..
MakLady ucap Tahniah kpd isteri tua dan isteri tengah UAI yg meminang dara sebagai madu mereka. Bagus ape!??! Bukan semua wanita layak dapat Payung Emas tau! Inilah dugaan Allah pada hambaNya yg beriman!
Kepada org lelaki kat luar sana yg bercita cita nak bukak cawangan pasti senyum lebar. Memang la, Ada hikmah atas Jodoh yang Allah beri. Tapi...Jangan pulak sekadar tambah isteri ikut Nabi. Kena jugak tau tanggungjawab.Kena bersikap Adil, tau hukum berpoligami macam UIA...
MakLady rasa, UAI takda masalah dlm hal tu. Kan, dia slalu cakap bab ADIL dalam ceramah. Tips yg dikongsi bersama nye, sedikit sebanyak melambangkan UAI mampu praktik kan sikap sikap mulia, setia dan adil terhadap isteri2 beliau.
MakLady yakin ustaz Youtube ni boleh je bersikap adil dgn hubungan kekeluargaan walaupun stelah menjadi suami kpd ke 3,3 isteri2 nya.
Lagipun baru 3orang isteri. Qouta 4 org msih mampu diisi. Tambah plak UAI dilihat mampu dalam segi fizikal, mental, zahiriah dan batiniah, klu tak, takkan UAI mampu yakinkn isteri2 nya menerima jodoh yg ke 3 ni, ye tak?? ;)

Monday, April 8, 2013

Hello Awak...

~ assalamualaikum ~


Awak ni.......
Sungguh memBOsankan....

Saya dah BOsan! BOsan! BOsan!
Jangan Datang dengan Agenda Awak....
Sya Xsuka dipergunakan...

Penah tak diperlakukan begitu??..... 
Jom kongsi perasaan dan klu ada pengalaman nak cerita utk tatapan bersama .. 
SILAKAN

Sunday, March 24, 2013

Sorry! Aku Tak Layan Meroyan...

Helloo...Klau ye pun...
Bagi la Salam Dulu

Assalamualaikum...

Seawal pagi Ahad ni..MakLady hidangkan sarapan yang agak PANAS! almaklumlah skrg pn musim Panas.. Jom tatap..

Di mulakan dengan....
Bismillahirahmanirrahim..

Terlebih dlu, Mohon Maaf kpd pembaca blog MakLady jika trdapat kata kata pedas yg bakal dibaca. Ssungguhnya hanya utk memeriahkn entry sentap meroyan kali ni. Xde kena mengena dgn Uolz pn. Dont trasa hati tau... muaahh Maklady syg Uolz..Skadar renungan bersama: sabar MakLady ade batasnya....

Alkisahnya ini adalah Entri Sekadar entri "tunjuk sebab" utk balas entri sentap yg ditujukan kpd MakLady oleh seseorang...

Tujuan bukan nk aibkan ssiapa cuma utk berkongsi sedikit pandangan utk kita sama sama berfikir sejenak tentang kilaf diri kita pd org keliling....yg mungkin kita tak sedar.

Ok. here is my point of view :

Assalam. Sorry to say yg Zaman sekarang mmg ramai yg gila gadget! So What??

Ada yg label MakLady gitu. hahaha x jdi kudis pn. I admit pn. Memang ada benarnya... tapi cara disampaikan seolah kita ni jenis giler gadget yg hardcore! Sama la kot dilabelkan dgn diri mereka yg menulis blog, org yg suka upload gambar kat instagram, mereka yg update, balas komen FB dgn guna hphone atau tab yg rata rata rmai nya...??

Hello dear! Biasa la klu leka dgn Sms or wassap.... sambil tunggu makan sampai. Sambil tunggu kawan dok urut kaki...

Bukan ke kita semua tahu gelagat org skrg Memang Macam Tu?? Who Doesnt... especially dgn gadget itu ini. Xsalah pun klu nak melabelkan MakLady begitu. I admit.. but who doesnt???

Si polan tu pun klu dah pegang samsung gadget dia pun tak ingat dunia gak!!!

" So what so big deal about that! yg ko nk meroyan and publish kat instagram and blog ?? tolongggg laaa....

Lagi satu. Pasal aku tak follow ko kat FB, kat Instagram, or even kat blog!!! Jangan plak nak sentap yer. Kalau aku tak nak follow ko pun..adalah Sebabnya !!! tpi...tak bermakna ko boleh nk sentap meraban!! adussshhh...org mcm ni pun ade?? "

Okeyla.. klu my darling blog followers nak tahu apa yg kecoh sgt ni. Teruskan membaca.....

The reason why Maklady tak suka nk follower blog, FB maupun instagram sesorg tu adalah kerana Maklady tak suka baca hasil karya org yg suka SENTAP n MEROYAN tak tentu pasal... Rimas arrr...mcm dia je yg btul...Asyik nk meroyan sana sini. macamlah dia je yg bagus. Macamlah dia yg perfek. (Adoiii ... ko pun baru je nak jadi baik..so stop  judging people.) We are humanbeing. Makhluk Allah. Yes we all changed...from bad to good, from good to better...bukan sebaliknya!

Kat sini MakLady nak ingat kan Maklady dan kkawan semua. Jangan cepat nak membodohkan org lain, sbb kita tak nampak kebodohan kita sendiri. So pls....

To si Polan: " Dahlaa...x payahlah nk meroyan tulis bebagai kat sana sini pasal i dont pay attention to u. Ok. fine. it was my mistake but ko kenalah tgk keadaan. Masa tu mestilah ade something yg mendorong aku ni haaa...dok berSms ke..berWassap ke..berInstgram ke... The point is... selalu ke aku macam tu? Aku baru wat mcm tu ko dah bising!!!! dah kecoh!!!! apa daaaa....

Yelaaa bila org wat ko nampak. tapi bila ko wat DoNNoo kat aku selama ni ade ko sedorrrr?? The point is....ade aku kecoh??? "

FYI .. kita kena faham masalah kwn kita from time to time. Jgn ingat kita je yg ada masalah. Wlupun ko ni kira kwn yg membosankan tpi aku layan gak ko. Especially bila ko dok bercrita peribadi yg pd aku ...bukannya baik sgt pun.... so xpayahlah ko nak sentap bila aku malas nak layan ko. Anyway... apa yg aku wat semalam mgkin salah dan ko terasa hati - aku minta maaf - tpi penah tak ko terpikir bila ko IGNORE aku ni? especially bila ko ade something going on with your Friends...?? Sikit pun ko tak heran kat aku kennn...Takde pun nak inform me. Dulu lagi pun!  Aku x amik port pun sbb dah masak dgn perangai ko yg egois ni. Bila kwn kwn ko yg lain xde, baru la ko nampak aku ni.... bila ko dah xde sape ko refer to or jumpa...baru ko cari aku ! ko sedar x... Of koz la tak kennn...

Anyway. Alhamdulillah skrg... ko dh rasa la mcm mana rasanya bila someone ignore ko ? Bagus laaaa....

Ini bukan entry meroyan MakLady semata mata cuma saling ingatan ikhlas : kekadang kita kena tengok gak masa dan ketika masalah org...dan maybe Allah nak ajar kita hormat org lain. Allah nak ajar kita agar merasa apa yg org lain rasa sbbnya  kita kekadang tak rasa, kita ni salah jugak - sbb penah wat org rasa mcm mana kita rasa sekarang....betul x?

Moral of the story : Jgn ingat salah org saja..WE R NOT PERFECT! kkadang kita pun pernah wat salah yg kita tak sedar ....sbb tu kena kurangkan Sentap dan Meroyan yer kekawan...!! Peace Uolz :))

Thursday, February 21, 2013

Fizz Putus - Tunangan Isteri Orang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

MasyaAllah.  Agung sungguh kebesaranmu, Ya Allah.
Pertunjuk dari Mu sungguh terang lagi jelas.. 
Kita hambanye terima dgn penuh insaf. Moga kita sama sama amik ikhtibar ats apa yg berlaku. Setiap kejadian yang berlaku ada sebab musababnya. Segala musibah harus dilihat sebagai dugaan dari Nya agar kita lebih mengenali diri. Nescaya banyak yang dapat kita pelajari dari pengalaman ini. Tidak perlu lah kita menghukum, sesungguhnya ada hikmah yang ingin ALLAH berikan. InsyaALLAH.
Yg penting INGAT pd Allah slalu. slmt bramal :)

Dari Sumber : Harian Metro
Pertunangan Fizz Fairuz hanya bertahan seminggu apabila pelakon itu memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu, selepas mengetahui wanita berkenaan rupa-rupanya sudah bersuami.
“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,” kata Fizz, 34, semalam.

Pertunangan Fizz secara diam-diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu, mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini dia hangat bercinta dengan pelakon, Almy Nadia, 27, sejak tujuh tahun lalu.

“Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah ‘diatur’ oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu,” katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.

Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada Khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri kedua seorang usahawan berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu.

Beginilah pengakuan FIzz Fairuz......
Seperti mana yang dilapurkan. Sedih juga bila hal ini berlaku dalam masyarakat kita, dimana orang yang kita sayangi, percayai selama ini, sewenang wenangnya melakukan sesuatu tanpa memikirkan hak atau perasaan orang sekeliling. Paling teruk jika ianya dilakukan dengan sengaja dan melibatkan hati orang yang penah disayangi. Apa pun yang berlaku - biarlah ALLAH yang menentukan selebihnya... Apa yang berlaku ini, tidak mungkin melenyapkan rasa di dalam hati insan yang terbabit, namun INI adalah ketentuanNya.

MakLady harap Fizz dan keluarga tabah dengan dugapan ALLAH ini. Untuk Almy Nadia - ALLAH MAHA Pengasih lagi Menyayangi dan hanya DIA yang tahu hati mu - terimalah dengan hati yang terbuka. Ini hari sidia, hari kita? kita tak tahu lagi.... assalamualaikum :)

Monday, February 18, 2013

Rita Rudaini Redha Cerai

Assalamualaikum Dear Lady,

Setiap yang mula ada akhirnya...
Setiap yang indah tak semestinya tiada pahitnya.
Namun segala kita kena terima dengan Redha.
Segala adalah KetentuanNya....

Bukan berita baru bila berkisahkan dua celebriti ni. Dari mula hubungan hingga ke perkahwinan, penuh dengan kontroversi. Sedih bila dikenang semula. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Walaupun begitu, mereka tetap harungi.... segalanya demi kasih...Episod demi episod kehidupan mereka menjadi tontonan umum. Ada yang bersimpati dan tak kurang yang menambah garam atas luka yang parah..
Ya ALLAH - berat juga dugaan yang mereka hadapi...Bagi kita yang tak berada di tempat mereka mungkin ada yang berani berkata ITU, INI. Ada yang mungkin bertepuk sorak. Ada yang mungkin akan senyum lebar. NAMUN jangan kita alpha kerana setiap yang kita lakukan dimuka bumi ni - ada balasan nya. Tak perlu nak berseronok sangat ~! Esok esok hari kita plak, tak de siapa pun yang tahu...

Been There Done That! - MakLady tersentuh dengan pergolakan rumahtangga mereka ini. MakLady tak berada ditempat mereka pun, dapat merasakan jalan yang mereka lalui amat perit. Ditimbang dengan mata kasar yang mana lurus, yang mana bengkok, tiba la masanya kita hormat keputusan mereka. Mereka lebih berhak menentukan masa depan perjalanan mereka.

JODOH sampai takat itu sahaja. Buat macamana pun ianya tetap berlaku. Selain itu adalah penyebab sahaja. Akhirnya rintitan hidup pasangan ini akan berakhir dengan perpisahan. Namun, percayalah, ALLAH maha mengetahui akan segala jalan cerita hidup kita. Apa yang Maklady dapat khabaran, perpisahan mereka ini bakal berlangsung. namun ikatan dan kasih sayang putera2 tidak harus dibelengu. Mereka berhak mendapat apa yang diamanatkan keatas mereka. Kasih sayang serta sikap tanggungjawap kedua ibubapa yang telah membawa mereka ke dunia ini....

Pengorbanan si ibu memberi kasih sayang terhadap insan tersayang, tidak perlu dipersoalkan. Rita Rudaini - MakLady doakan kesejahteraan dan tabah menghadapi ujian ALLAH. MakLady tau, Rita seorang ibu yang mampu harungi semua ni....insyaALLAH Rita ada ramai lagi dibelakang Rita utk memberi sokongan. Tetap tabah, pasti ada rahmat di atas semua yang berlaku. U R a strong lady ... and u have RAYYAN & ARJUNA with U all the way :)

Unsur dari Facebook: Aidil Zafuan & Rita Rudaini dikhabarkan bakal bercerai pada 25 Februari berdasarkan permohonan cerai yang difailkan oleh pemain bolasepak kebangsaan ini.

Monday, February 11, 2013

Fizz Fairuz Bertunang ! Tahniah

Salam Semua...
Sambil Bercuti cuti Malaysia ;)

Sambil bercuti - sempat juga belek2 FB...
Alangkah Terkedu MakLady bila baca kat status rakan FB MakLady - tajuk dia berbunyi begini :
Bila sepupu bertunang dengan artis

Alkisahnya - 
Sepupu kpd rakan FB maklady telah pun mengikat tali pertunangan dengan seorang artis lelaki....
Majlis dilangsungkan di Kuantan, Pahang. 

Sambil belek gambar kat situ, terpinga jugak la MakLady....
Mungkin kabur mata MakLady atau tersalah teka -
Masih membelek wajah gadis disunting artis ni .... 
rasanya tak penah plak MakLady kenal....
tapi artis tu memang tak salah dah....

yang dimaksudkan adalah Fizz Fairuz
Yerr... pelakun yang femes satu masa dulu bila dia berlakun dalam
NUR KASIH disamping Tiz Zakiah & Remy Ishak

Kini Fizz sudah pun bergelar tunangan orang , TAHNIAH !
Moga jodoh sampai ke jinjang pelamin dan hingga hujung nyawa.....

Friday, February 1, 2013

Jom Lepak Santai !!

Hyeee... Sure Happening~! 
That's the only thing i can think of right now.....
And perhaps U will think too??

hmmm. well...
Sejak MakLady jdi blogger sepenuh masa ni, blum lagi wat pertemuan dgn blog's followers secara rasmi. Kalau setakat @blog or komen tu, dah biase dah....Ye laaa.. Ramai yang kenal hanya di alam maya, tapi xkenal sangat in person. Mungkin bila wat EVENT nnti insyaALLAH boleh mengeratkan hubungan sesama bloggers.

Xperlu event yang formal ! janji mampu erat siratulrahim, itu lagi penting. Biar pertemuan sebagai tanda penghargaan! Trust me, walaupun sejuta tahun sekali pun, rasanya kami tak mampu nk balas jasa baik , keikhlasan ANDA setia bersama "Kami"..

But WHO is Kami? (mungkin ada yang tak tahu or kenal siapa?? ) ...
Peluang  utk duduk bersantai bersama2 - mengenali satu sama lain...;) OH DEAR .. teruja & terharu bila ada yang ikhlas dengan niat yang bersih.. InsyaALLAH ade la nnti rezeki nya tu... ;)) kepada ANDA  yang mengikuti jejak coretan entry blog MakLady ni,  sah! sah! kenal ... (termasuk mereka yg hanya kenal kami dari jauh.....) MakLady syukur sebab antara mereka ni, melalui komen, lahirkan hasrat ingin mengenali kami lebih dekat - dan bukan sekadar Followers...

For these reasons, we decided...NOW! It's Time ~to pay back~!! 
WHAT? Yezzaaa...you read it correctly... We are gonna to invite U to Lepak Santai bersama... Kami dah lama dah plan acara santai macam ni. Actually, this is the way, We wanna say THANK YOU for your support! (Blog Dear "Mak" Lady) 
 
Hhhmmm Cuma difikiran kami di sini, ADE KE YANG SUDI? Ada ke yang berminat nak lepak santai besama MakLady & her insan2 tersayang ni...? Bukan la grand mana, sekadar acara lepaking bersantai. Sekadar ingin mengucapkan TERIMA KASIH kami kepada yang sudi SETIA brsama kami sekian lama secara LIVEMakLady tak tau nak balas mcm mn. Amat terharu dan menghargai setiap sokongan ANDA terhadap blog dan kehidupan MakLady sekeluarga.

WHEN??.....& WHERE....??
Memandangakan next week MakLady nak menghantar insan tersayang -(bakal berangkat ke Sabah via LCCT) dan juga pemergian sepupu MakLady, Mak Dara utk melakukan UMRAH bersama suami.(seawal pagi penerbangan via KLIA), so apa kata, sambil2 tu, kita lepak santai sambil berBreakfast @ Morning Coffee?? Dijadualkan pada hari tersebut, kami akan berada di LCCT separuh hari!!

*Berminat? ...check it out @ my next entry. TQ

Saturday, January 26, 2013

Raja Azmi Nak Nikah Dengan Gitaris Muda

Wowwww.....Terkedu bila baca berita ni...
Raja Azmi 'dihimpit' VIP

Sape tak kenal RAJA AZMI, 54 tahun - Penerbit & pengarah wanita yang BERANI...
Kontroversi demi kontroversi dicetuskan di masa lalu. MUNGKINKAH berita ini akan mengundang satu lagi kontroversi? MakLady harap cukup sampai di sini.... sebab tak lama lagi Kak Raja Azmi kita ni, sudah pun sepakat untuk mengakhiri zaman janda nya dengan seorang anak muda - 27 years her junior!

WOWWW...double WOWWW...
Tabik spring !!! sebabnya dikhabarkan, beliau bakal bertemu jodoh dengan guitaris muda, Hafiz 27 tahun, yang baru sebulan dikenali ketika berkunjung ke sebuah hotel di ibu negara - dimana guitaris itu merupakan penghibur di sana. Khabarnya lagi , majlis bakal berlangsung dalam tahun ni jugak!! Tahniah ~! Moga berkekalan hendaknya. Marilah kita doakan yang terbaik untuk bekas isteri kepada Jailani Sidek ni....

Pasti ramai yang masih ingat tentang titik hitam yang berlaku dalam hidup Raja Azmi dlu. Namun apa yg bakal berlaku dalam masa terdekat ini, diharap mampu menutup segala kontroversi. Harap2 berita ini tidak dilabelkan sebagai HANGAT hangat taik ayam belaka. Berikutan story mory tentang kisah cinta beliau selepas berpisah dengan suami. Sejurus itu, beliau sendiri pun penah dikatakan rapat dengan VIP. MakLady pn penah terbaca dalam blog dan internet mengenai kisah "cinta" yang hinggap di hati wanita gigih ini. Setelah berpisah dengan bekas suami makin laris... kini kisah terbaru ni lebih hebat dari cerita2 beliau sebelum ini.

MakLady pun tak berani nak komen apa2. Ini soal HATI. Cuma diharapkan CINTA beliau kali ni, biarlah menjadi.... Almaklum lah dalam usia senja begini kalau mampu untuk memikat jejaka double your age bukan satu situasi yang lazim. Tapi kita jangan lupa - JODOH kita adalah RAHSIA ALLAH. Tak siapa yang mampu menghalang jika ianya ditakdirkanNya...Tak siapa yang tahu....

Whoever he is - diharap IKHLAS demi ALLAH ingin memperisterikan wanita seusia ibunya. But well... segalanya tak mustahil kerana usia bukan penghalang utk bercinta dan berkahwin.....

From the Desk of MakLady : Teringat akan jodoh seorang nenek berusia 108 bernikah dengan suami yang 78 tahun lebih muda dari beliau sendiri...
Renung2 kan laaahhh...
..

Monday, January 7, 2013

Bicara Mak Dara Calon PU13???

VOTE FOR MAK DARA !
PERINGATAN KERAS: 
JANGAN BETUL KAN SCREEN LAPPY MAUPUN SMARTPHONE ANDA!

Ini bukannya PU13 laaa...bukan! BUKAN! bukkaaannn!
Jangan pulak ada yg ingat PU13 akan bermula dalam masa terdekat ni...
Nanti x pasal2 Maklady kena saman...
sebab mencetuskan kekeliruan dikalangan
parti parti dan penyokong yang bakal bertanding.

Mak Lady tak nak kena cop," membawa khabar angin .."
itu sama mcm bawa FITNAH - berdosa besar - eeeee makLady tak sanggup~!!

Sebenarnya MakLady saja je Bikin Panas !!...(",) 
sambil memberi sokongan padu utk blog Bicara Mak Dara -
kerana dari page Mak Dara ni, baru lah MakLady tau tentang
 PENCALONAN beliau dalam Social Media Award buat kali kedua.

Sape Mak Dara? - my darling kezen sista yg sangat kreatif dan berbakat dalam penulisan skrip drama dan filem. Beliau juga blogger yg ramai followers. Ribu-ribu lemon Uolz.....
Tahun ni, beliau dicalonkan lagi....Tahniah~! Tahniah~!

Sebagai mengatakan SOKONGAN atas pencalonan itu, apa kata kita 
UNDI Bicara Mak Dara bagi kategori Favourite Lifestyle Blog 2013.
Kalau nak tau, Mak Dara ni pun penah menang Award pertama -
masa tu, tak silap MakLady, MakDara saja2 je join....
tak sangka plak MENANG! Harap tahun ni, beliau berjaya
bawa balik AWARD sekali lagi...!
Bicara Mak Dara
GOOD LUCK MAK DARA ...~!!


Wednesday, December 26, 2012

Setiap yang baik, berakhir dengan baik....


pix_gal0
Pasangan Bahagia : Fazurina & Muhammad Hykal

Assalamualaikum
kepada semua... 
Salam Hari Rabu :)

Sebelum tu, MakLady nak panjangkan kesyukuran kehadrat Ilahi atas berita yg MakLady baca kat BERITA HARIAN pagi tadi. 

Sesungguhnya, Air yang diCincang takkan Putus. Begitu juga kemelut yg dihadapi oleh pelakun Fazurina atas isu perkahwinan nya tempohari. Kalau kita nilai dari awal kes mereka sebenarnya tak la serious mana, cuma ada sedikit salah faham. Biasalah, terasa hati, kecil hati itu semestinya ada. Tapi demi kasih sayang darah daging ni tak mungkin berlaku ssuatu yang tak baik .Seorang ibu tak mungkin mahu melihat hidup anak dia sengsara walaupn sedetik hati terluka. Sekurang2nya doa dan kasih IBU hingga ke syurga. Sesungguhnya doa yang terbaik adalah doa kedua ibubapa kita. 

Namun SyukurAlhamdulillah ~ Setiap yg baik akn berakhir dgn baik....
Begitu lah diharapkan kita semua dengan hubungan Fazurina dan suami dgn keluarga selepas memberi penjelasan dihadapan keluarga masing2. Ye laa... MakLady pn rasa lega bila dpat tahu masa Press Conference semalam tu, ibu, abang dan ahli keluarga Fazurina dan keluarga suami turut hadir. Itu dah bukti bahawa mereka sudah berbaik baik. SyukurAlhamdulillah. 

Marilah kita sama sama, mendoakan yang terbaik utk pasangan pengantin dan keluarga kedua belah pihak. Afterall, ini adalah JODOH dari ALLAH swt. Siapa la kita nk pertikaikan, betul tak? Kita doakan saja yang Terbaik utk mereka. Itu lebih afdal. Dengan itu, di sini (rasa2 Fazurina baca tak blog MakLady ni...hehe ;)) Maklady dengan ikhlas hati sentiasa mendoakan kebahgiaan dan kasih sayang antara mereka semua berkekalan hingga ke Jannah. Aminnnnn.... 

Dari Meja MakLady:
Kepada pengantin baru ni, MakLady tak ketinggalan mendoakan agar sabar dan cekal mengharungi hidup baru. Bahagia selalu dan jangan sekali membelakangi Ibu maupn Bapa agar hidup diberkati selalu. InsyaALLAH - amin aminrabilallamin Seronok tengok HAPPY FAMILY mcm ni. Baru lah hidup kita diberkati & ceria selalu....tak gitu makJemah? ;)) 

Sunday, December 23, 2012

Siti Fazurina Nekad Kahwin Tanpa Restu Keluarga


Fazurina Dikecam Kerana Seha

TERKEDU bila dapat khabaran ....
baru baru ni, Siti Fazurina (30 tahun) yang pernah berlakun dalam drama DUNIA ANITA, nekad kahwin lari ke utara tanahair sbb tak dapat RESTU dari keluarga.

Aduhaii.. kenapa boleh jadi macam tu? MakLady tenang membaca lagi, sambil fokus isi khabaran. Oooohhh... baru la MakLady faham akan cerita yg ingin disampaikan.

Rupanya TAK seperti yang MakLady gambarkan seblum ni.

MakLady ingatkan diri sendiri: Jangan cepat sangat percaya apa yang dikhabarkan atau baca. Selidik dulu!! Jangan cepat sangat nak salah sangka. Belum apa2 dah judge itu ini....Astarafirruallahalazim...Ya Ampun~! Rupa2nya, Bukan kahwin lari mcm pasangan yang tak dapat restu isteri tu. Bukan kawin lari ke Siam pun! Mereka sekadar menikah di sebuah mesjid di Pulau Pinang. Apa yg difahamkan, perkahwinan yang dirancang tidak direstui oleh pihak keluarga. Maka mrk mengambil keputusan utk melangsungkan majlis tanpa keluarga terutama ibu pengantin....

Tak dinafikan, hati seorang ibu - hancur, terguris, terharu dan sedih bila tak diundang hadir perkahwinan anak sendiri. Apa yang sebenar berlaku? hingga  majlis pernikahan dilangsungkan tanpa ibubapa? Sekadar diwalikan oleh bapa saudara belah bapa Siti Fazurina sahaja? Yang pasti, ada cerita disebalik nya. Tak perlu la kita nak amik port. Cukup sekadar memahami situasi dan menerima takdir yang berlaku bukan kehendak MEREKA dan keluarga mereka. Jangan la plak kita nak menghukum, sesiapa di sini, sbb kita bukan berada di tempat mrk. Sesungguhnya berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Hanya mereka sahaja yg rasa....Kita tak payah la sibuk2 nak jadi pengkritik mcm dlm AF tu, maupun Juri dalam RajaLawak Mega. Ye laa.. sebelum nak bawa story mory or bawa mulut masing2, kena lah ingat, yg KITA PUN BUKAN PERFECT sangat, nk bercakap pasal MEREKA ni, betul tak?

Sekadar simpati dan merasa naluri seorang IBU tak salah~! Bukan nak komen lebih2. MakLady pun tak penah kenal keluarga Siti Fazurina pun, mcmne nk bercerita pasal mreka? BUKAN rapat benor sampai bleh story mory kat sini pasal artis ni pun. Jumpa pun tak penah inikan plak, nak tahu hujung pangkal cerita sebenar. Takkan lah MakLady nak hentam dia dan keluarga? Issskkk.. Memang tak laaaa...

Tapi Sekadar berkongsi pandangan mengenai isu Nikah/Kahwin Lari itu saja yg MakLady nk sentuh~! Tanpa menuding jari kat mana2 pihak, Maklady berpendapat (TANPA fokus pada kes Siti Fazurina) ianya bukan satu kesalahan jika niat dilakukan berlandaskan pegangan agama Islam itu sendiri. Harus dinikahkan pasangan bila keduanya sudah cukup syarat nya. Selain dari menghindar maksiat, mereka yang ingin bernikah tanpa restu @ wali, harus merujuk perkara ini kpd Jabatan Agama tempat masing2. Benda nikah kawin ni bukan boleh buat main. Klu tak betul2, nnti tak SAH~! sape nak jwab?

Yang penting, adalah IJAB KABUL tu. Cukup syarat. Sah di sisi undang2. TERUSKAN... Lagipun, klau dah jodoh. Siapa pun tak leh halang. Atleast pasangan ini, lakukan yang wajib. Itu lagi penting dari terlibat perkara2 yang terlarang. Restu tak restu, bergantung pada keadaan. Yang selebihnya, biarlah MEREKA dan keluarga mereka sahaja yang tahu~! Kita ni, sekadar mendoakan yang terbaik utk MEREKA!


Therefore, MakLady nak doakan yang baik baik sahaja buat Siti Fazurina dan suami. Sebagai ibu yg punya anak gadis juga, MakLady berharap sangat agar ibu serta keluarga ini tabah dengan ujian ALLAH swt ini.  Mungkin MakLady tak berada di tempat mrk tapi sentiasa mendoakan agar kluarga di sana, dapat menerima JODOH anak dan menantu dengan redha. Segalanya atas keTentuan ALLAH. 


From the Desk of MakLady

Sesungguhnya bila kes mcm ni berlaku, harus lah bersangka baik. Jangan nak buat andaian. Kita tak berada di tempat mereka. Apa pun pandangan kita, harus memahami situasi yg mendorong kejadian. Jangan plak kita nak membesarkan cerita Macam KiPoChi..Apa yg dibaca atau ketahui, teliti dulu kebenaran nya. Kalau boleh selami kesusahan mrk dan fahami mengapa keadaan itu berlaku. Setiap yang berlaku ada SEBAB MUSABAB. Yang paling penting - kena ingat bahawa setiap kejadian ada HIKMAH dari Allah swt ~

Hari ni hari mereke, Hari kita? tak tau lagi.... 
Allah Maha Adil - Perkara yang serupa BOLEH je berlaku pd diri, keluarga kita, so tak perlu lah nk MENGATA lebih2 coz ALL bad things u say out LOUD, adalah DOA yg selalu ALLAH kembalikan kpd mrk yg menzalimi org lain.

Friday, December 14, 2012

Si Ref Gangnam Ni Pengadil FIFA ??

Pengadil FIFA ~ the GangNam style !!
Haaaaa Ini dia rupa REF
the Gangnam Style
 yang menjadi kemarahan 
Penyokong Harimau Malaya
malam tadi

Semasa ML tonton bola semalam, mata tertumpu pada skrin TV
namum hati ML sakit sgttttt...bila si Mat Gangnam Jahaman ni
asyik berat sebelah dgn team HARIMAU MALAYA...
Adusssshh..makin sakit hati bila Fadhli kena kluar padang~!

Isssskkkk...Gerammm nyaaaaa
Kalau la ML ada kuasa utk berada di dlm padang masa tu
nak je rasa ML "duku" kepala ref gangnam ni ~~
Kasi super power nya penyepak sulong kat muka dia
eeeEEEeeee...Geram MakLady Uolz...

Mmg nmpk sgt berat sebelah..
Thailand & this Gangnam Referee...
Nampak sangat seakan dah dirancang utk keluarkan
pemain penting pasukan kita~! 

Tengok je komen Jurulatih Pasukan Thailand di akhbar HarianMetro hari ni..

*[Sementara itu, ketua jurulatih Thailand, Winfried Schafer pula enggan mengulas insiden kad merah itu sebaliknya hanya mahu memuji barisan pemainnya yang berjaya menempah tiket ke final bertemu Singapura.   “Saya tidak mahu komen, pada perlawanan pertama di Malaysia, saya dibuang padang sedangkan tidak bercakap dengan pengadil,” katanya yang sekadar menyaksikan perlawanan malam tadi dari bangku penonton.   “Kami pasukan lebih baik dan saya yakin kami boleh menewaskan Singapura di final.”]

 hmmm nampak macam ada UNSUR BALAS DENDAM di situ...??

Apa apa pun...ML harap Harimau Malaya tak putus asa.
walaupun ML tahu sakit hati membuak2 dengan apa yg berlaku.
Tambah bila KALAH dengan tektik kotor pihak lawan ...

Serangan penyokong HM mengKINZIRkan si Gangnam ni
yg rata2 menjadi kemarahan RAKYAT MALAYSIA
khasnya penyokong Harimau Malaya dapat dibaca melalui facebook
dan twitter!...Tak habis2 lagi rungutan penyokong
semasa perlawanan maupun selepas hingga ke saat ini...

Even Datuk Rajagobal mewakili pemain HM seharusnya rasa TIDAK PUAS HATI
tahap gabanz...sbb mereka yg berada di sana - di dlm padang~!!

“Bagi saya, pengadil seharusnya lebih tahu dengan situasi itu dan beliau membuat keputusan yang salah.”
*[“BAGI saya keputusan pengadil itu tidak betul,” kata ketua jurulatih kebangsaan Datuk K Rajagobal yang tidak puas hati dengan keputusan pengadil, Lee Min Hu melayangkan kad merah kepada Mohd Fadhli Shas pada perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF malam tadi.]   Menurut Rajagobal, beliau tetap bangga dengan persembahan anak buahnya dan yakin keputusan mungkin boleh berubah sekiranya Fadhli kekal di atas padang.  “Kami bermain baik pada awal babak pertama meskipun Thailand melancarkan serangan mencari gol awal. Tapi segala-galanya berubah apabila Fadhli menerima kad merah, bukan mudah apabila kami kehilangan tonggak utama pertahanan. Keputusan perlawanan ini mungkin berbeza jika Fadhli tidak dibuang padang,” katanya selepas tamat perlawanan.]

CREDIT: *Terima Kasih Harian Metro kerana melapurkan...

Sememangnya MakLady dan ramai lagi kat luar sana
setuju dgn Datuk yg bengang dengan sikap pengadil so called 
Pengadil FIFA ni...

The Question Is
Macam ni ke sikap Pengadil FIFA?

Wednesday, December 12, 2012

12 - 12 - 12

Salam Sejahtera
Terimakasih daun keladi
masih sudi menjengah ke blog
MakLady...

Assalamualaikum
Moga Hari ni lebih sempurna dan bahgia
sebab nya ......

TODAY
12 - DEC - 12

Tarikh Istimewa
berakhir pada tahun ini...

Saban tahun sebelum tibanya tarikh CANTIK ni,
 ML dah mula memasang angan2...
ingin mengabadikan tarikh ni dgn peristiwa menarik dlm hidup ML
(kira one of my wish list tiap tahun..hehe).

Yezzaaa ...since 1/1/2001 lagi ~ tak penah putus asa Uolz
Alkisah nya? ML mmg suka nombor cantik...
so kira cantik per..klu ada tarikh 1/1/1, 2/2/2, 3/3/3....and so on..
ada dalam hidup kita... korg pn sure ada yg amik tarikh2 ni buat something
or event yg akan dikenang sampai bila bila....hmm what do u think? ;))

Yang Kelakar nya, tiap tahun jugak laaa angan2 ML tinggal angan sahaja. 
( "cian kan"..hehehe biarlah org nk kata apa apa pun - ML x amik port!!)

Ha ha ha..
SAMA je dgn tarikh arini. Nothing special will happened. 
Tunggu punya tunggu ~! serupa itu cerita P Ramlee laaaa...
tak de apa2 pn yg istimewa pasal tarikh keramat ni.

Bila laaaa...ML dapat sambut kehadiran tarikh yang mcm ni lagi
hmm hmmm hmmmm

Tetiba... handphone MakLady berdering tepat kul 12:12
waaaaa...lengkap la hidup MakLady skrg...

pada hari ini 
12/12/12
jam 
12:12

Mak Lady dapat berita yang HAPPENING~!! 
Berita yang TerHangat , Berita yang Panas..
TerNyata tarikh istimewa ini, tetap menjadi PuJaan Hati Ku..
tunggguuuu..... X perlu kata apa apa
kita senyum aja dlu, .

Berita apa yg akan diberitahu 
Jeng~ Jeng~ Jeng

Tuesday, December 11, 2012

Kecoh Pasal Uniform Farid Kamil !!


Credit : Bliss Candid Photography

Assalamualaikum Semua....

Aduhaaaaiii
Cian nya ML tengok pasangan pengantin baru ni....
Belum pn puas menikmati suasana PENGANTIN BARU...
dah timbul plak KONTROVERSI pasal pakaian masa bersanding tempohari.

... (maaf rasanya mrk dah puas & bergumbira 
dgn berita si isteri sudah berbadan dua
 ~ alhamdulillah Bunting Pelamin kata nya..) 


ML rasa ramai pn dah tahu pasal isu ni. Sejak Hari Ahad lalu dah diperkatakan. Apa yang ML nk ngomel kat sini bukan la nak tokok tambah isu yg ada. Bukan pn nak tunjuk bijak pandai mengenai isu menggayakan pakaian seragam atau UNIFORM anggota keselamatan. Tetapi, dalam hal Farid Kamil khasnya, ML rasa beliau lebih bijak dalam mengadakan majlis persandingan jika inginkan kelainanan.

Pada dia, mungkin sbb dia ni ICON PDRM, maka dia mampu mengadakan majlis ala ala GAH dgn "sword barrier" bersama anggota PDRM. Mungkin juga disebabkan teruja dgn perkahwinan dan berita kehamilan isteri, dia alpha pasal AKTA tertentu. Setahu ML la, dari dulu lagi dah ade AKTA ni. Org awam pn ramai pn yg tahu ~ tambah2 bila dah biasa dgn kehidupan mrk yg di dlm pasukan keselamatan ni.

Ada juga org awam yg ingat boleh saja hentam keromo bila nak kenakan pakaian seragam Tentera maupn Polis. Sebenarnya kalau nk ikutkan, pakai baju coloreng yang anak muda kita suka pakai utk santai pn, dikira SALAH tau...Boleh didakwa tau...!! Klu tak faham dan tak tahu pn pasal AKTA, boleh rujuk pd Kementerian maupn boleh je Google sendiri.

Bukan ML nak menakut2kan korg! INI FAKTA ~dlm akta tersebut ada menyebut pasal "salahlaku @ salahpakai" atau memperagakan pakaian anggota keselamatan yang berkenanan tanpa mendapat kebenaran dari pihak Kementerian boleh didakwa dan diPenjarakan !! Ayooo yooo..kara waleeyy. Jangan wat main2..

Tambah plak kita perlu menghormati org lain yg mungkin akan tersinggung dgn perbuatan kita.
Bukan ML nak backing abang2 tentera atau bapak polisian yang marah dengan tindakan Farid Kamil ni, cuma ini bukan isu peribadi mereka tapi ini merupakan satu kesalahan yang tak sepatutnya dilakukan oleh orang awan walaupun Farid Kamil sendiri. Ini seperti mempersendakan kehormatan yang diberikan kepada anggota dan pegawai pasukan keselematan itu sendiri! Kita pn tahu, bukan senang tau sesorang anggota utk sampai ke tahap pegawai yang DITAULIAHkan oleh Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong! Bukan calang calang org leh bagi pangkat, darjat dan anugerah dlm TENTERA dan POLIS DI RAJA ni.

Mungkin ini juga salah satu perkara yang dipertikaikan oleh anggota keselamatan dlm isu Farid & Uniform ni. Segala kehormatan diperolehi dengan penuh disiplin dan dengan rasa hormat mereka laksanakan amanat. Termasuklah terhadap tata rias pakaian ketenteraan maupn kepolisan itu sendiri. Contohnya, pangkat maupun anugerah "wing" kepada anggota. Ingat org awam boleh beli kat kedai dan tampal kat baju , Suka Suka ke?? hmmm No! No Way hozzzeyyy... Semua tu diperolehi dengan usaha dan tanggungjawab.
Farid Kamil dan Diana Danielle
Let's Kiss & Make Up
ML harap di masa hadapan, jangan ada lagi artis atau pn celebriti yang melakukan perkara seperti isu pakaian seragam (tak kira la TENTERA atau POLIS maupn perkhidmatan awam yang lain) Sebelum nak adakan ssuatu PIKIR dulu. Bertindak dengan bijak. Kalau nak adakan ssuatu yg LAIN, jangan lupa utk mohon pada pihak tertentu utk kelulusan terlebih dahulu.Tak salah jika kita saling hormat menghormati...

* suka tengok adat istiadat ketenteraan ~ seolah mengimbas nostalgia...huhu ;)

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]