WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady
Showing posts with label REVIEW : Terjah Blog. Show all posts
Showing posts with label REVIEW : Terjah Blog. Show all posts

Monday, January 27, 2014

Siapa Menantu Pilihan MakLady

Wow... Panas! 

Topik yang MakLady baca kat blog milik broframestone .

Berderau darah MakLady bila baca soalan sebegini diutarakan dalam bentuk entry milik seorang blogger yang disegani. Tambah pulak yang menyoal nya datang nya dari seorang blogger yang perasan ensem ~! seperti yang dinyatakan dalam pertemuan lalu dan juga kat enty bro sendiri :) ha ha 

Apa pun, MakLady terharu dengan niat bro yang seorang ni ~~ dari dulu tak abis abis nak mengusik MakLady dengan menyuara soalan samada layak ke tidak nak jadi menantu MakLady...?

Almaklum lah.. siapa tak kenal dengan blogger broframestone !!! Seorang fulltime blogger dan kini telah bergelar ayah kepada seorang baby dan suami kepada seorang isteri yang dikatakan "seiras" wajah anak MakLady yang disebut2 itu ~ excuse me ! bukan MakLady yang kata hokeyy... (betul ke Bro.?  :) 

Kelakar btul gurau broframestone ni. Nak gelak pun ada ~! Nak marah pun ada jugak... tapi apa kan daya, nak marah pun tak leh sebab tengok muka bro ni timbul rasa kesiannnn la pulak...Mana tak nya, dari awal kenal hingga ke hari ni , tak sangka pulak masih simpan niat nak jadi menantu MakLady? hahaha

MasyaALLAH - Bro, Mohon dijauhkan. Takut nnti kata2 gurauan jadi DOA, jangan bro ! Kang sape nak jawap ?? ahakz

Foto dari hp MakLady : semasa hadiri wedding Yana Yassin

Menjawab soalan Bro, siapa menantu pilihan MakLady?
Jodoh Rahsia Allah swt  - soal jodoh MakLady serahkan pada anak2. Siapa pilihan mereka MakLady terima. Kalau boleh tu, biarlah yang tahu tanggungjawab kepada Isteri dan Keluarga serta Beriman kerana Allah swt  ~

PS: Mohon maaf sebab ada masa MakLady tak berkenan dengan gurau2 sebegini. Bukan apa. Ada kalanya, ucapan kita ni, takut disalah tafsir dan umpama DOA kita, Dengan rasa hormat, MakLady mohon, next time, gurau senda benda2 mcm ni, tak usah dipraktikkan, boleh tak ?  

Saturday, July 6, 2013

Seri Muka Lutsinar Bersama NEESYA

Heloo Semua
Assalamualaikum..
Salam sejahtera...

Teruja ! Itulah perasaan MakLady bila dijemput oleh Skinworkz Sdn Bhd, untuk menghadiri majlis pelancaran produk penjagaan kulit yang berjenama NEESYA. Selalu nya, bila dah berUsia mcm MakLady ni memang lah jarang sekali berpeluang hadir majlis bertema Kecantikkan begini.. Hmmm almaklum lah - nama pun Mak Lady! Seperti wanita berusia pasti ada lagi yang mahu cantikkan diri terutama paras rupa, tul tak? Sekurang2nya bila hadir majlis cam gini, ada juga lah tips yang boleh dikongsi..... Hidup Wanita!!! *ahhh tetibaaaa ... :) hahaha*

Oklah, terus kan story! Setelah sampai ke Pusat Membeli belah Subang Parade, kami terus menuju ke Swenson's dimana majlis berlangsung. The moment we stepped in, petugas yang mesra menyambut kehadiran kami. Selesai berdaftar, kami diberi "hadiah" berupa produk dan bahan rujukan produk utk review kami nanti ;) Thanks guys :)

Our Gift - comeyy kotak silver dengan reben merah
menanti para jemputan pada majlis itu...
Bukan nak bodek atau apa tapi staff Skinworkz amat mesra dan peramah melayan para tetamu. Terasa seperti Di Rumah Sendiri plak.Kami dipersilakan ke ruang pameran produk. Together with blogger Mak Dara and AchikTopi, MakLady diperkenalkan kepada Rangkaian Produk Penjagaan Kulit NEESYA. 

Then, kami dijemput ke meja khas. Sambil menunggu majlis bermula, kami disaji dengan hidangan Swenson yang menyelerakan. Sungguh sedap! (sorry no pic..) But Wait till u see their IceCream....:p ~~


Oppsss.. sorry! We are here for NEESYA....So pls MakLady ...get back to the ground! ha ha ha

Ni La dia... the bigboss - CEO Skinworkz
Encik Chris Tan
Majlis dimulakan dengan memperkenalkan Pegawai Ketua Eksekutif Skinworkz, Encik Chris Yong yang sangat ramah. Menurut beliau, Skinworkz Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang 100% milik anak tempatan. Amat serius dengan komitmen mereka dalam menyediakan produk yang mampu dimiliki oleh setiap wanita Malaysia dan HALAL ! Dengan melancarkan NEESYA diharap dapat merealisasikan matlamat itu, sambil mengambil berat mengenai penjagaan kulit wajah.

Nak tahu "KELEBIHAN" NEESYA?
Produk Neesya direka khas untuk memastikan tahap pencapai darjah pencerahan kulit serta tona kulit pengguna agar yang lebih menyerlah dan sihat. Apa yang penting pada mereka, produk ini bakal membantu pengguna mencapai keyakinan diri, selesa serta selamat digunakan, disamping memberi kesan yang positif terhadap applikasi Teknologi Neesya LumiScience yang membantu pengguna mencapai tahap pencerahan tona kulit yang sekata dan sihat.

Percaya tak anda jika MakLady katakan bahawa untuk memiliki "kulit yang menyerlah dari dalaman" bukan perkara yang mustahil !! Kini, dengan NEESYA, sebagai perintis pakar rangkaian produk penjagaan kulit lutsinar, buatan tempatan serta selamat dan HALAL, anda mampu memiliki kulit yang sihat dalam masa 14 hari sahaja. Tak kira apa jenis kulit, usia serta gaya hidup, pengguna pasti yakin dan tenang bersama NEESYA. Selain itu, harga produk juga dipastikan berpatutan dan menepati bajet kebanyakan pengguna yang menginginkan produk berkualiti antarabangsa.

Overnight Radiance Kit


Dalam majlis sebegini, pasti akan ada Sessi "Cuba - Test - Try"... 
Pada sessi perkenalan dan mencuba sendiri keberkesanan produk tersebut, MakLady dan blogger yang hadir disajikan dengan "pengalaman" menggunakan rangkaian produk serta ditunjukajar cara pemakaian dengan betul. Frankly, kalau tanya MakLady, selain dari hasil penggunaan NEESYA tadi, kami teruja dengan keberkesanan hasil di penghujung sessi.

Sempat Posing dengan Encik Chris dan kakitangan beliau
yang peramah dan mesra - disamping MakDara &
AchikTopi yang gojess D'vazzz...
Pendekata, dengan hasil yang amat memuaskan hati dan rasa yakin akan produk, telah membantu MakLady membuat keputusan untuk bertukar kepada penjagaan kulit muka yang lebih berkesan, bersih dan selamat. Almaklumlah, dalam usia sebegini, menjaga kulit dalaman amat penting. Yang penting, NEESYA dirumus khas untuk membantu kita memiliki kulit muka yang segar, berseri dan berkilau bak permata!! Terima Kasih Skinworkz!! :)

Kemudian, kami buat "Field Trip" pulak :
Sepanjang petang di sana semalam, kami diberi layanan 5 Bintang! Selain dari sessi pengenalan, kami juga dibawa melawat ruang Pusat Jualan NEESYA yang terletak di yang terletak di Lot No GCO3A, Ground Floor, Subang Parade ( sebelah Giordano & Uncle Lim's). The best part ... MakLady, Mak Dara & Achik Topi tak lepas peluang untuk mendapatkan rangkaian produk NEESYA yang lain seperti....

Ingat tak? dengan pemberian hadiah dari Skinworkz produk penjagaan kulit NEESYA ini, MakLady terus dapatkan produk Neesya. Sekarang MakLady dah boleh mula menggunakan produk tersebut. Teruja Uolz :) Tak sabar untuk menikmati pengalaman memiliki kulit muka yang lebih sihat dengan rangkaian penjagaan kulit NEESYA.

Kira sempat la tengok perubahan dalam masa 14 hari ! seblum Hari Raya!

Dengan rangkaian yang harga dari RM 29 hingga RM70, dengan produk yang mampu dibeli - NEESYA diharap mampu dimiliki oleh mereka yang mahukan produk yang setanding jenama antarabangsa. Yang Penting ianya HALAL !! MakLady pun dah bertukar ke NEESYA !

Apa lagi Uolz, jom ikut sama rai kan Raya ini, dengan promosi Raya Berseri .... 
Nak tahu lebih lanjut : sila lawati www.facebook.com/neesyaskincare
dan singgah skali ke  http://myworthbuyingshoppe.blogspot.com

Tuesday, June 25, 2013

Dear Blogger ! Im watching U ...

Helooooooo
Salam Sejahtera 
Kawan2 Blogger
Salam Sayang Selalu
Pembaca Setia dan Blogwalkers 
yang Mak Lady hormati....

Tengok tajuk atas ni - macam Ganaz je..
ada yang baca ingat  - macam nak gaduh je..
he he he..

NO ! No ! NO!
Tidak sama sekali ....
Sebenarnya
Dunia blogging ni dah lama wujud dan penglibatan
para blogger semakin hari semakin ramai. 
Masing2 punya idea sendiri utk menyediakan 
blog utk tatapan. Menarik isi, layout, application 
maupun corak persembahan satu2 blog bergantung
kepada citarasa tuan punya itu sendiri....

Di sini, MakLady nak hargai kawan2 blogger yang 
mana mereka ini telah berjaya memikat hati MakLady
 dengan gaya penulisan dan rekabentuk maupun isian
rencana harian mereka. 

Saban hari MakLady cuba utk melawati setiap 
blog namun ada masa nya agak sukar sebab bilangan
mereka sangat ramaiiiiiii....

So utk memudahkan MakLady blogwalking, blog 
rakan2 bloggers ini, MakLady telah menyenaraikan
mereka mengikut kategori yang sesuai dan menarik
di mata MakLady...hmmm rasa macam nak wat
Anugerah Bloggers plak...hu hu hu

Bila dah di kategorikan, senang juga lah Followers
MakLady membaca dari Blog Dear Lady ni..

Blog & Blogger yang Mak Lady follow....
Blog List Kegemaran MakLady
Blog Dear Lelaki & Blog Diary Kreatif  & Comel
serta Jalan Jalan Cari Makan

Blog Walking - My Fav Bloggers
SERONOK kan..blogwalking ke blog kekawan.....
kalau dah disenaraikan begini...
bagi blogger yang blog dia ada di senaraikan...
dah tentu tentu suka! bangga! seronok....
sbb nnti ada juga follower ikut masuk ke blog mereka!!

Amacam? OK tak idea MakLady ni...
walaupun tak seberapa aja blog MakLady ni
atleast inilah caranya MakLady menghargai bloggers.....

Masing2 ada cara yang berbeza ~ 
bukan senang nak PLEASE kan semua orang...
Salam Blogger dan rajin2 la singgah k... 
kalau korg nak mak Lady follow, dan letak link blog 
kat LIST BLOG mcm ni..plssss kasi link K... :) 
Nanti MakLady letakkan dalam my blog list 
yang sesuai macam yang sedia ada...

Terima kasih kerana sudi join blog as my follower... 
TERIMA KASIH banyak2... 
Love u al so very much.... XOXO

Tuesday, February 26, 2013

Segmen BDL: I Follow U Back

Salam Sejahtera Sayangku
Credit: Sembangcyber.com
Terlebih dulu MakLady nk mohon maaf
sebab dah lama tak buat segmen BlogWalking....

Tambah plak sekarang musim demam - agak lemau la nk buat update entry. So dengan manis muka, Maklady nak ajak rakan2 bloggers utk sertai segmen Blog Dear Lady : I Follow U Back~!

So hari ni, MakLady nak buat kunjungan berbalas .....
Jom kita Blogwalking ke blog Followers kesayangan MakLady.
Harap sudi lah menerima kunjungan MakLady ke blog anda (",)

1.   http://seneoritabaharin.blogspot.com/
2.   http://furrasbubblynotes.blogspot.com/
3.   http://boladaribintang.blogspot.com/
4.   http://farrakeyna.blogspot.com/
5.   http://apriljune2011.blogspot.com/
6.   http://norhayatiberahim.blogspot.com/
7.   https://plus.google.com/115821076882243736970/posts
8.   http://saffiyanafisah.blogspot.com/
9.   http://azievee.blogspot.com/
10. http://azhamvosovic.blogspot.com/
11.  http://trueny.blogspot.com/
12.  http://enyusnizar.blogspot.com/

13.  http://quenieyline.blogspot.com/

Bagi yang belum FOLLOW Blog MakLady selama ni, boleh Follow then letakkan link blog anda kat kotak Comment kat bawah ni.. Nanti MakLady terjah blog anda dan Follow U Back~!!

Letak message kat COMMENT :
MakLady - Saya dah follow Blog Dear Lady . Sila berkunjung ke blog saya : (letak link blog anda di sini)
Then, boleh la MakLady FOLLOW uolz plak...

Happy BlogWalking ;)

Sunday, February 10, 2013

Terharu bila ada Follower setia

Salam Sejahtera

Walaupun
Terharu bila hasil kita dihargai walaupun oleh segelintir followers. Walaupun tak ramai pengikut blog MakLady klu dibandingkan dengan mereka (bloggers) yang kreatif di luar sana. MakLady jauh lebih ketinggalan dlm hal ni. Tpi semua tu tidak mematahkan semangat utk rasa teruja - utk jadikan blog ini dikenali kpd org di luar sana. Tak kira la kat mana pun dorg brada. 

Paling seronok bila dapat berkongsi pengalaman. Dapat berinteraksi dengan kawan2 blogger yang lain. Klu ikutkan blog Mak Lady ni mmg tak femes pun. Suam suam kuku pn tak berani nak ngaku. Tapi itu lah hakikatnya, bila berada dikalangan para bloggers yg terdahulu dan yang hebat2 rating mrk. Memang tak tercapai minda pd Mak Lady nak duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan mereka. Namun sedikit pun Mak Lady tak rasa gentar sebab dengan adanya mereka ni, MakLady dapat belajar ilmu yg harus utk majukan diri dan blog. Tak rugi pun blajar ilmu walaupun dalam seUsia Mak Lady ni....

Tak kira sapa pun. Samada yang MakLady kenal dlm alam maya aje maupun yang dah kenal Face to Face. Semua dorg ni, MakLady tak pernah lupa. (walaupun memori MakLady ni lembab klu bab2 nk ingat nama- tak tau la kenapa?. Faktor umur sebenarnya tu...huhu ) .....

Syukur lah Mak Lady ketemu dengan mereka yg tak lokek ilmu. Ketika mula berjinak jinak dlm dunia penulisan blog, MakLady sendiri tak pandai sangat pasal komputer. Buta IT - namun dengan bantuan dan tunjukajar . Sedikit sebanyak Blog ni, dah ada kawan2 yang sudi berkunjung. Yang paling terharu, bila ada follower dari zaman blog terdahulu pun turut sama FOLLOW BlogDearLady ni... Alhamdulillah... Terima Kasih tak terhingga ~ 
Salah sorg blogger nurmala@Nur_Rosalinda yang masih
 setia follow blog MakLady
(dari zaman "MyDearLady")
Now my blog, in her coming 3th year around....still going! hopefully dapat lebih bnyk sokongan. Bukan utk jadi mcm blogger yg TOP meleTOP tu, cukup sekadar mampu kongsi sama penulisan kita - klu kita luah bakat (writing), org tak baca maupun tengok atau nilai ~ baik simpan je dalam kotak then tunggu dia reput dek zaman... Sekurang2nya, BlogDearLady ni, melahirkan tulisan dari ikhlas hati insan yang bergelar wanita, anak, mak, kawan dan teman blogger!

Saturday, February 9, 2013

Imbas Kembali Blog Awal MakLady

Salam Sejahtera ...
Terima Kasih kerana masih sudi singgah...

Alhamdulillah ....
Kian ramai yg tahu, wujudnya Blog Dear Lady
Syukuralhamdulillah

Im glad Im happy - ceria dengan aktiviti baru...
Syukur kini hidup lebih tenang. Lebih bermakna
Malah seronok berkarya di dunia blogging ...
yang saban hari mewarna setiap sudut hati.

Apa idaknya....

Pejam celik pejam celik - kini Blog Dear Lady sahaja, dah pun capai usia ke 2 tahun. Mungkin ramai yang tidak mengenali kewujudan blog ni. Almaklum lah bukan nya glamour pn sampai org nak kenal, yer dokk..Mula dikenali dikalangan followernya ketika dibuka semula setelah terpaksa diTUTUP (pertengahan 2011) atas sebab sebab yg tertentu... ..

Namun apa yg berlaku tidak mematahkan semangat MakLady utk terus berkarya sebab menulis , membaca adalah hobi dan dunia MakLady. Alhamdulillah sangat ~ bila MakLady mendapat sokongan dari ahli keluarga utk terus berkarya dengan blog yang baru ni. Sekarang dengan nama yang baru - MakLady tak pandang belakang dah...Terus go straight! No conar, conar (corner) dah.....
Tanpa Mereka - Sape La MakLady
Sebenarnya - MakLady dah lama menulis blog sejak 2007. Blog asal MakLady guna tajuk lain. Sejak mula hingga awal 2011, dah beribu ribu lemon followers dan entry yang boleh tahan jugak. Semua nya kira (entry2 tu) terpaksa di HIDE kan atas sebab sebab tertentu. Namun masih disimpan dalam lipatan kenangan....Sedih mmg sedih sebab org sanggup melakukan apa saja semata mata sikap BENCI dan MELUAT di hati yang hitam. Well, let it be. Sape la MakLady nak menghukum mereka. Hanya Allah yang berhak. 

Setiap kita kena terima hakikat bahwa dunia blogging ni macam dunia artis. MakLady cakap MACAM, sebab ianya tak serupa, cuma ada persamaan. Setiap sudut kehidupan yang tercatit menjadi tatapan dunia. Seolah diri kita menjadi tumpuan - tanpa kita sedari. Itu hakikat yang perlu diambilkira bagi seseorang lifestyle blogger khasnya. Wlaupun kita tak sehebat #artis - namun kadang2 life as a blogger ngalahkan artis or celebriti Uolz!! Dgn blog saja, boleh wat cerita, boleh cakap apa saja, boleh hentam sana sini - like no body business. Yang penting rating & trafik meletop Uolz... Hmmmm itu pun risiko gak klu jadi blogger cam gini. Sebaik2nya jadilah blogger yang ada etika. Mampu tulis cerita persis penulis script drama tapi punya hati persis pendakwah Semanis Kurma. Hakikatnya - buat baik berpada pada, buat jahat pada org - nanti ALLAH bayar Cash~!! 

Memandangkan blog yg sebelum ni telah dikuburkan namun hanya entry yang sesuai telah pun MakLady uploadkan semula ke dlam blog baru ni.. Yang selebihnya MakLady simpan di tempat lain. Mungkin ramai yang tak perasan, entry pertama Mak Lady dah pun wujud seawal 2007/2008 (walaupn dalam ni hanya kecik bilangan nya...)  Itulah entry pertama ketika MakLady start menulis di blog - selain nya biarlah menjadi kenangan abadi - stays forever in my heart. 

Semalam adalah Sejarah...Jadikan ianya Semangat Hari Esok!

Friday, February 8, 2013

Maaf Kawan ...

Assalamualaikum semua. Salam Jumaat
Salam Solat Jumaat.

Diluar sana masih hujan... Hujan Rahmat ;)

To All the ladies kat pejabat tu...
Jom kluar gi window shopping hehehe
Aktiviti bila sampai lunch break on Fridays..
Bagi MakLady plak - time to Terjah Blog :)

Maaf ..lama sungguh tak join sini. 

Teringat nak jengah blog kat sini. 
Mula kan search...tetiba, "Mana pegi nye EKawan ni....??"

Kalau nak ikutkan - ekawan.com ni lah portal pertama yang MakLady kenal masa mula berjinak dengan blog. Tu pun kawan pejabat yg kenal kan. Dia kata kat sini boleh blajar wat blog.. So sambil wat keje, curi curi masuk create blog... hehehe

Seingat MakLady - masa tu tak kenal lagi dengan blogspot.com 

Tapi yang sedihnya - bila MakLady teringat nak terjah skrg, benda ni dah xwujud ke? Tak leh nak cari dah.... KENAPA yerr??? 

Apa dah jadi pada Ekawan.com ni? Pada blog yang satu masa dulu penah dijadikan flatform utk MakLady asah bakat menulis..... uwaaaa...sedih nyaa....:(

Tempat jatuh lagi dikenang...
ini kan plak tempat awal belajar buat blog...

Friday, January 11, 2013

Sebenar benarnya "Followers" BlogDearLady

Followers BlogDearLady ni, rata2 akan ada minat membaca setiap entry. Tak kira la sebagai SILENT reader ke, as pembaca sepintas lalu ke! MakLady tak kesah. Janji niat kalian SUCI bersih tiada ada agenda tersembunyi..

Walaupn sekadar stalker, harap2 tu biarlah stalker yg berhemah tinggi, matang dalam menilai sesuatu blog atau bloggers. Tak hitam hatinya, takde niat utk mencari kelemahan org lalu dicanang, diaibkan dan dicerca semata2 dalam hati ada TITIK HITAM. Namun pada Maklady, hal ni lumrah. Setiap blogger pasti ada yg suka dan tak terlepas dengan Haters!!dah nama nya HATERS xkan nak suka kita, xkan nk tulis yg baik2 utk kita, xkan nk gossip benda2 yang molek2.. Anyway, MakLady tak amik pusing. Biarlah apa yg diperkatakan. Walau apa pun Niat, Cakapan dan Hati mereka biarlah mreka jawap nanti. Biarlah mreka yg anggung~! Kita ckp ALHAMDULILLAH je laaa...ye dokk....?

Pada MakLady ada lagi penting lagi dari dok fikirkan apa org kata...apa org dok ngumpat..apa org dok aibkan kita atau seangkatannya....

Baik fokus pada blog kita. Buat entry yg menarik - sebab Followers yg setia, akan amik berat dan minat utk tau pasal Blog maupun apa yg jadi dlm life si blogger yg mereka follow. Berkongsi pengalaman, tips maupn apa saja yg utk dikongsi dlm blog masing2. As for royal followers, bila saja ada desas desus (kira mcm gossip artis plak dia kenn....) pasti ada yg minat nak tau ... Mungkin dengan cari ni, mereka akan kenali lebih dekat siapa si Blogger ni....terutama jika ada isu2 atau peristiwa menarik dipaparkan kat blog. Semua ni, sbb dalam hati ada rasa ingin tahu....

Kepada Followers ni, MakLady alu alukan. Seronok menulis bila ada followers dan bloggers yang sebegini. Sebenarnya MakLady mengikut gerak hati dan cuba menjadi diri MakLady sendiri dalam penulisan~! Harap dapat menerima dengan baik. Klau ada yg kurang, Mak Lady sudi menerima teguran membina agar dapat memperbaiki diri. Ye laa.. Kita SEMUA SAMA -  Tak de sesiapa pn dalam dunia ni yang SEMPURNA - jadi hari ni mungkin ORANG wat salah, kita tegur. Esok kita wat silap, insyaALLAH ada yg tolong bantu betulkan kita ~ Baru lah harmoni jiwa dan raga. Bersih je selalu.  InsyaALLAH

Melainkan blogger dan regular readers, MakLady dah kenal dlm komen2 mrk. Terima kasih. Kehadiran kalian sudah cukup besar nilainya bagi MakLady ni.

Friday, January 4, 2013

Ucap Selamat Bawa Makna Buat MakLady

Assalamualaikum
Selamat berhujung Minggu...

Jutaan Terima Kasih kepada SEMUA yg sudi merakamkan ucap SELAMAT pada MakLady sempena Bday MakLady semalam. Syukuralhamdulillah ...walaupn dengan hadirnya usia yg meningkat SENJA (maybe ada yg kata Maghrib kot..) tapi MakLady masih tak lupa utk sedar diri. Sesungguhnya bila setahun menambah usia kita, ini bermakna kita semakin hampir kepada NYA. Tambah bila dah usia mcm Maklady ni.. Kenalah ingat2!! Semakin usia kita meningkat tiap tahun, semakin itu kita akan lebih Matang, lebih berfikiran luas dengan pengalaman demi pengalaman. Lebih sedar akan tanggungjawap kita terhadap ALLAH swt yang memberi kita Nyawa dan membawa kita ke dunia melalui kedua ibu bapa kita ~! Bersyukur dengan nikmat kehidupan kita, disamping mereka dan orang2 disekeliling kita!

Mungkin bgi yg masih "muda" tak terasa akan perkara ini. Macam MakLady pun, masih ingat waktu remaja ...tak sabar nak masuk alam 20an. Bila dah masuk alam 20an..makin tahun makin seronok nk meningkat dewasa. Tiap tahun menanti.... itulah lumrah kita. Semua sama... ;) Pada diri MakLady sendiri lah kan, wlupn setiap tahun usia kita meningkat, harus kita INGAT bahwa setiap yg Muda akan Tua...!! betul x...

Well, as most ppl said, Age is just a Number! Betul gak cuma Pengalaman yang mendewasakan kita. Yang Penting ~  mcm mana kita bawa diri kita dlm usia tersebut. Oleh itu, terpulang pd masing2. Wlaupn di angka apa pun usia kita, tak bermakna kita tak leh sambut ulangtahun, sebagai mengingatkan kita bahwa setiap tahun usia kita meningkat~! DAN jangan lupa - walaupun setiap tahun kita sambut ulangtahun ni, bukan bermakna kita harus bergembira, enjoy, celebrate sana sini... buat party besar2an (bagi yg masih muda belia ...seharusnya..:) Cukup sekadar mengingatkan kita yang kita ni dah SETAHUN lebih dewasa dari sebelum.

Tak dinafikan - bday celebration ni mmg lah setahun sekali - mmg tak salah kali nk sambut ...cuma agar tidak membawa kepada taksub dan lupa diri maupun benda2 yg negatif , elok la sambut secara sederhana. 

Seperti insan lain, harapan MakLady kali ni, tiada kelainannya. Sememangnya MakLady tak penah terpikir nak jadikan tarikhlahir tahun ni ssuatu yg SPECIAL dgn sambutan mcm org muda ( ehemm eheeemm MakLady sedang menyedari kan diri sendiri Uolz..hehe) Namun, tahun ni agak UNEXPECTED dari segi perihatin rakan2 dan ahli keluarga pd birthday Maklady. Disamping SURPRISE! gift, unexpected bday wish dari kawan2 kat FB yg dari seawal detik 12 malam (4/1/2013), MakLady dah terima ucap selamat. Termasuk dari WhatsApp! TERIMAKASIH semua.... 

Memang agak Busy la MakLady malam nya. Sehingga membawa kepada -->> MakLady terpaksa SILENT kan hp kerana dah malam tapi hphone masih dok bebunyi - NOTIFICATION - wassap, SMS dan FB...Senyum Maklady malam tu sorang2...dlm kegelapan malam.....Wlaupn penat jari tembam ni, namun ku gagahi juga demi mereka yg MakLady sayang sgt - *mode terharu *

Dalam pada tersyahdu ni ...tetiba, Terasa macam artis plak dah...hahahaha (jgn marah - sekali skala nk rasa MACAM femes amos dikalangan rakan2 tak salah!) Korg pun pasti ada yg rasa mcm yg Maklady rasa kannn...hehehe... *mode maklady nk perasan sorang2..hahahaha* 
Alahaiii Udoh ler tu MakLady nya... Cukup cukup Sudah.....
Cepat2 Maklady turun berpijak di bumi nyata yg bertuah ni.

Anyway My "Terimakasih" yg tak terhingga buat SEMUA ~ it really meant A LOT to me ;))

TERIMA KASIH
Kredit gambar :
Closets of AmyAmy
KLIK KAT SINI
utk gubahan yg lagi
MENARIK ;)

Sebagai menghargai MEREKA & ANDA 
terimalah ucap SELAMAT....
" UNTUK RAKAN2 bloggers, teman2 @FB , keluarga tersayang, anakanda tercinta & my BFF - dimana Anda Berada :). 

 Sesungguhnya dengan seikhlas hati, izinkan MakLady memanjangkan ucapan jutaan terima kasih, di atas ucap "Selamat" kalian sempena ulangtahun harilahir sya semalam. Syukur kehadrat Illahi buat rakan2 FB yang sudi mendoakan kebaikan dan kesejahteraan kpd MakLady serta anak2..Sebagai tanda hormat dan kasih , Maklady doakan moga KITA SEMUA sentiasa diRahmati & diBerkati olehNya. 

Ya Allah Maha Esa, Maha Pengasih lagi Penyayang, Ampuni segala dosa Kami dan Beri la kami pertunjukMu serta HidayahMu utk Kami tabah meneruskan kehidupan yg ENGKAU amanatkan....amin ya Rabbal alamin..."

Wednesday, December 12, 2012

"GIVEAWAY FREE DOMAIN FOR ALL PARTICIPANTS :D

ASSALAMUALAIKUM

Masa MakLady BlogWalking jap tadi ~ First time terjumpa blog si ayu manis ni. 
Hmmm anak sapa la yg comel lagi bertahilalat manis diatas bibir ni??
Sweet & ayu ~  blogger "the ladywarrior"....

Frankly, ML x kenal sangat pemilik blog ni tapi tertarik untuk
join GA beliau yg menyediakn hadiah berupa 
FREE DOMAIN...worth RM120

Waaaaaahhhh.. hebatnya~! Sapa X nak ? 
ML pn nak gak cuba...
Let's follow and add 
utk layakkan diri dlm GA yg superb duper ni....

Nurmujahidah

seperti biasa setiap GA ada syarat2 dia...
but FIRST korg kenalah singgah entry dengan KLIK SINI dulu...

LEPAS tu baru la ikut 4 lagi arahan ini :~

1.    Boleh Pilih utk FOLLOW blog (DONE), ADD facebook, FOLLOW twitter 
atau google+ si tuan punya blog ni. (kalau xnak follow pun xpe~!)

Yang penting:
2.    Buat ENTRY GIVEAWAY (DONE) & LINK FACEBOOK (DONE)
dan letak kat comment ENTRY GA FREE DOMAIN. (DONE)

3.    Korg kena join GROUP GIVEAWAY FOR ALL PARTICIPANTS(DONE)
Hanya facebook peserta yang diletakkan di bahagian komen sekali dengan link entry dibenarkan join group ini.

4.    Follow BLOG JIWAROSAK(DONE)
Like fan page BLOG JIWAROSAK(DONE)

OK, Bile semua aturan SELESAI dilaksanakan, tunggu arahan seterusnya. 
Sementara tu, rajin-rajin jari utk semak info dan Senarai peserta.

INGAT:   tutup pada pukul 8 pagi pada 16 Disember 2012.

Masih tak terlambat lagi. Jom join MakLady dlm GA yg menarik ni...

Friday, July 20, 2012

What's Your Name In Japanese?

Selamat Pagi Uolz...Salam Jumaat yang Berkat ini....
Salam Sejahtera & Salam Ramadhan.

Uolz tengah wat pe tu? hhhmm mestila tengah baca blog MakLady kan....kan kan !....sebenarnya ML dok BZ kan diri berblogwalking je ni.. Alahaii rajin la plak ppagi lagi dah berjalan2 ke blog kawan2. Terjah blog and say SALAM or Hello or Chakkk!! Tambah klau blog peribadi. Kenalah perihatin tentang kewujudan blog seumpama ni. Terus terang, ML lebih suka baca kehidupan harian org biase daripada baca gossip2 artis @ blog artis. 

Selain itu, ML suka gak blogwalking ke website luar negara. Sbb dorg ni suka bercerita pasal perkara2 yg boleh bantu ML ceduk ilmu. Contohnya wbsite kesihatan, permakanan, kehidupan keluarga, tips dan petua. Tak lupa juga blog riadah & games. Bila baca atau surf wbsite/blog cam ni, terhibur dan rehatkan minda.Takla serious sgt berblogging....ye dokk..:)


Haaa..lepas tu, ML suka share samada kat FB atau pun Twitter. Macam tadi...Tengah MakLady dok blogwalking sambil2 jengah kat Yahoo! - ntah mcm mana tersinggah kat satu website ini. Nak kata LAWAK ada gak bila baca the entry!  Belek punya belek ML tergelak soang2. Betul ke tak, benda ni ML tak tahu la. Sbb ML tak belajar bahasa Jepun. Tpi bila tgk kat Comment, ramai plak yg respon. hmmmm...


ML pn tak ketinggalan...hehehe.. cuba letak nama dgn bahasa yg diberi macam huruf2 rahsia ni Uolz.. ha ha ha...

write Your Name in Japanese and comment with what you get!


MakLady = RiNKAMe TaKaTeFu

Haaaaa..bebelik lidah nk sebut nya... ha ha ha

Apa kata Uolz cuba try plak. Then letak kat COMMENT nama Uolz ..

Sapa tau, bunyi sebutan nama sedap .. (',")
leh wat panggil nama manja plak..... :)

Sunday, July 15, 2012

MyDearLady Ubah Wajah

Assalamualaikum Bloggers kesayangan MakLady

Inilah Header Baru Blog Maklady


Jari Disusun atas kelewatan mmbalas Email dan komen kalian di sini. Ini bukan sengaja tapi almaklumlah, sejak balik dari seminar Blogopolis tempohari, banyak benda yang  harus Maklady selesaikan...

Termasuklah , mengemaskini MyDearLady ni haaa....

Hmmmm... ade perasan tak perubahan blog MakLady kali ni. Amacam? Terujaaaa MakLady nk tau pendapat Uolz.... hehe  Ini adalah salah satu, changes yang harus MakLady lakukan setelah menerima bimbingan dari para panel yg berpengalaman sepanjang seminar berlangsung tempohari.. Wlupn ianya kira "my first step" tpi harap bebenor  dapat memberi kesan positif atas apa yg dikongsikan. Maklady ni bukan pandai sgt nk wat blog ...Main hentam je.

Taaraaaaa...ni la hasil nya. Pada ML bukan cantik tapi biar mudah utk dibaca... Well? Apa pendapat Uolz. [oh ye..kalau bleh KOMEN sikt pasal muka baru blog makLady ni...pllzzzzzzzz...]

Sementara tu, MakLady akan praktikkan apa yg dipelajari. Memang klu nk bercerita - apa yg ML belajar masa attent the seminar tu, mmg rasanya tak cukup ruang. Sbenarnya bnyk lagi MakLady nk bual pasal seminar. Bnyk yg nk dikongsi. Tapi apa kan daya, masa jeles dgn MakLady skrg...  InsyaALLAH nnti ML wat entry pasal seminar tu yer....in my next entry...

Keep blogging. love uOLz

Friday, July 13, 2012

Hanya tinggal sehari lagi..('',)








Salam Bloggers dan Salam Jumaat utk semua. 


ESOK!! MakLady will be attending a seminar by Nuffnang's Malaysia. Skali lagi, ML akn bersama cikBoss dan Nuffnangers sertai seminar mengenali potensi anda sebagai Blogger masakini. Seminar ni djangka mampu berjaya bersama bloggers yg diketahui hebatnya. Sejak dapat SEAT lagi, ML teruja untuk turut bersama BLOGOPOLIS. By now, Ramai dah pn tau pasal event hujung minggu @ Concorde KL. Korg mcmmne? Ada yg join..tak? Bolehlah kita kenal2 "face to face"...('-')

Tiket masuk: Rugi klu x dapat tiket ni. Harga RM180 satu seat ;)
Bagi bloggers yg  baru belajar mcm MakLady ni, mmg perlu join seminar mcm ni. Kat sana nnti, akan diajar dlm sessi /program2 menarik seperti contoh kat  SINI

Yg mana sessi ni merupakan isian penting dlm membina sebuah blog. Kira mcm guide line dari para speakers yg dijemput utk bimbing kami nnti, semua nya demi naikkan rating blog masing2.


Bukan senang tau nk jdi blogger yg hebat. Jadi tak salah jika kita blajar dr mrk yg pakar. mcm Nuffnang sentiasa peka utk lahirkan ramai bloggers yg berwawasan. Kat sana nanti MakLady bersama blogger lain - berkongsi ilmu agar mampu maju kan daya penulisan agar lebih menyerlah dan berjaya seperti blogger terkenal. InsyaALLAH


MakLady mula berblogging ni sebenarnya dah lama cuma sekadar suka2. Tpi skrg minat datang utk gali ilmu dari SESI Kelas Bimbingan @ seminar esok!!. Harapan agar lebih ceria dan berkarya dgn baik dan tersusun. Apa yg ML nk capai masa kat seminar ni nanti, ialah bersama bloggers belajar teknik2 ygn sesuai dlm penulisan blog. Tak sabar rasanya nk belajar tips dari Nuffnang Malaysia's Blogopolis ESOK !!
WISH ME LUCK :)) ...


ps: Nuffnang Blogopolis 2012 boasts a myriad of topics, a variety of industry experts and a bevy of talented top bloggers who are more than happy to share with you their experiences, their stories and their blogging tips on how they have achieved top-blogger status. All these were highlighted during a similiar seminar last event in Austaralia. Calling aspiring Nuffnangers, here is your chance to get one step closer to become a top blogger. [credit to Nuffnang's Malaysia]

![ NAK TAU APA ITU BLOGOPOLIS, SILA CLIK VIDEO KAT BAWAH.]

Monday, July 2, 2012

KEPUTUSAN : Award Terjah MakLady

Debaran Kian Memuncak ~!

**Terlebih dlu, maklady mohon maaf jika ada salah silap terasa hati maupn tak puas hati dgn keputusan ni. Seperti yg Maklady cakap awal2 lagi bahawa ini adalah AWARD maklady. Bukan AWARD sape2...jdi keputusan diambil mengikut penilaian peribadi Maklady sendiri.[Kecuali pemenang utama - mengikut rekod yg telah sediaada.] Keputusan MakLady tiada talian hayat, tiada tanya kawan, semua MUKTAMAD!!**


TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!
kepada semua pemenang.


PEMENANG TANPA BERTANDING.....
[dah macam calon pilihanraya la plakk...hehehe]
"Award Idola MakLady"
www.mialiana.com
www.makdara.com

Chinta Hati
PEMENANG UTAMA
AWARD TERJAH MAKLADY

- blogger paling kerap Terjah Blog MakLady-
mengikut rekod rasmi  #trafficsourcesstats @ My Dear Lady
- disamping entry yang memenuhi syarat dan kreatif
*Hadiah sudah ada - cuma tuan yg berhak blum dtg claim :)*

AWARD KREATIF MAKLADY
Syaneis La'vera
[setiap detik indah]
*Hadiah sudah ada - cuma tuan yg berhak blum dtg claim :)..*

AWARD FOLLOW ME MAKLADY
Lydsunshine
[::::Dari Bintang:::]
*Hadiah sudah ada - cuma tuan yg berhak blum dtg claim :)..*

HOOORAAAAYYYY!!!
*Kepada semua pemenang diminta mengirimkan nama penuh, alamat, no utk dihubungi ke alamat email : ladyniza65@hotmail.com  [ Jangan lupa sertakan sekali wang upah Maklady nak ke pejabat pos... ha ha ha.. ehhh.tak! tak! Maklady gurau2 aje. ]

*Kepada kawan2 blogger yang menyokong & FOLLOW blog MakLady yg tak seberapa ni....TQ so very much. MakLady hargai setiap kunjungan. Nanti MakLady berbalas kunjungan yerrr... 
*Yang Baik dari ALLAH s.w.t. dan yang kurang tu, dari MakLady sendiri*


My Dear Lady, blog baru, Salah silap maafkan kami,
Minta diri  undur dulu, Esok lusa Terjah lagi...:))

Saturday, June 30, 2012

Review : BlogWalking Bersama MakLady [4]

Weekend macam hari ni, selalu Maklady gi Terjah blog milik rakan2 yang follow Maklady termasuk yg Maklady follow jgk. Then utk share dgn rakan2 lain. Utk kenal bloggers, jom la baca my REVIEW. TQ


 Apa yg ML review adalah pandangan PERIBADI. Jdi apa sj pendapat ML nnti, adalah dari sudut mata turun ke hati ML sahaja. Ianya semata mata, sebagai pandangan seorg peminat blogger terhadap blog yg dikunjungi. Dengan fahaman bahawa " CitaRasa Individu adalah HakMilik Tersendiri." , maka ML dgn rasa lapang hati utk menulis dlm ruangan REVIEW bersama MakLady ni, sbgai penghargaan blog milik rakan2 yg MakLady sempat terjah. Klu ada pn teguran yg kurang disenangi oleh ANDA, terlebih dulu ML mohon maaf. Niat sekadar utk share & promote among bloggers. Sharing Is Caring... :  


(1) DeebPunyeCite -  http://deebpunyecite.blogspot.com/
SEBAB APA SUKA TERJAH MEREKA: 

DeebPunyeCite - Nice blog to visit. Serious ML tertarik dgn muka blog ni. Buat ML terus nk berada di sini. Gaya penulisan dan Rencana yg menarik. Bila baca rasa selesa mcm tengah duduk berSANTAI kat tepi pantai.. Syabas! FIrst time ML masuk, dah jatuh hati utk terus Follow blog dan mengenali penulis. Terasa ML xnak kluar plak dlm dunia Deeb ni. Hmm seronok mcm dok kat ats pelangi..  hhhmmmm... [isskk ML ni terover imaginasi dia.. ML jgn nk lebih2 k..]
OK ML ada baca Entry blog. Mampu menarik minat pembaca. ML yakin follower blog ni akan setuju dgn ML. Dari cara dia bercerita, bersahaja.. Basically cerita pasal penulis. Dah nama pn DEEB PUNYA CITER... :)) Bersahaja tpi penuh dgn cerita. Seronok nk FOLLOW. :))

(2) Asmara Life:  http://asmaradayana.blogspot.com/ 
 
SEBAB APA SUKA TERJAH MEREKA:
seorang rakan kita yang stay kat Jepun. Bnyk cerita dan gambar mengenai kehidupan penulis di sana. Tiap entry menarik, dan gambar2 penuh disertakan memeriahkan lagi story yg nk disampaikan. 
MakLady pn suka dgn gambar2 yg disertakan jelas, Munkgin dari Kodak?? :) (jgn marah...ML gurau2 manje je...) 



APa yg menarik hati ML utk follow - blog dia best sgt. Banyk info ttg kehidupan penulis dan keluarga. So sambil baca kita dpt pengetahuan. Kan org tua2 ckp, luas pandangan luas pengetahuan..... Blog ni wat ML rasa mcm berada kat Jepun plak. Bahasa yg santai , mcm dia bersembang dgn kita. ML teringin nk wat gaya mcm ni tp selalu je ML terOVER. 


YG PENTING: Blog ni mmg seronok sgt. ML dh follow. Pd pandangan ML, sape2 yg minat nk belajar pasal life kat sana, boleh buat blog ni sebagai rujukan. Leh tau serba ringkas pasal negara dan budaya org Jepun. 


SEBAB APA SUKA TERJAH MEREKA: 
MOHD NASER.COM


(1) First time masuk blog MOHD NASER.COM ni..! Actually, MakLady terjah Blog ni, atas "tag" dari blogger yg join contest ML. Thanks Fieza ;) kenalkan ML dgn blog & pemilik  tagline - "aku hanya seorang lelaki biasa yang hidup di muka bumi ini" ..  
It's COOL!- my first impression .. Mula2 masuk blog, dah pn suka dgn isian beliau. Sgt bersantai. Ringkas. Berinformasi. Suka dgn segmen SANTAI MINDA.  Sebenarnya bnyk yg ML nk ckp psl blog naser ni, tapi bila ML terus membaca, ternyata ML kena "angkat topi" pada blog :  http://www.mohdnaser.com/  Rajin update entry dgn isu harian yg mana ML sendiri dpt bnyk info dri nya. Hasil karya org muda ni. Syabas Naser. Keep it up k bro.. Terimakasih jugak sbb sudi intai2 blog ML [ yg ntah apa2 tah ni..hehe] & saling Follow memollow ;)) TQVM

SEBAB APA SUKA TERJAH MEREKA:  

Full HouseNwife~~
(2) Bila melangkah ke blog Puan Linda, pemilik Full HouseNwife, ML dpt rasa yg sememangnya beliau sangat gigih berkarya. WALAUPUN fulltime mom..kpd 4 cute kids. Tp msih sempat uruskan semua termasuk update blog. Mcm ni la, klu dh minat ssuatu perkara tu, Kena pandai nk susun waktu. Btul x Kak Nda..? ;) 
Apa2pn ML suka tgk header dia. Sweet sgt2. Ada photo anak2 ... (dari sini la ML dpt kenal serba ringkas, naluri seorg ibu spt puan linda) Family comes FIRST. Bercakap pasal entry plak, ML rasa ianya mengikut citarasa penulis. Isian yg ringkas dan mudah difahami. Disusun begitu rupa agak nmpk lain dari yang lain. TQ sbb sharing. Blog yg Simple & Kreatif.  


SEBAB APA SUKA TERJAH MEREKA:  
.::Ceriteraku::.(3) .:: Ceritaku ::. bingkisan dari Puan Hana buat MakLady terpaku dok diam kat blog ni. Apa yg menarik? hmm bnyk jgk yg bleh ML terokai kat sini. Header dia - so SWEET sgt! Ada icon2 yg cute2 menemani ruang pengenalan. Bila ML intai entry2 beliau. Mak Aaaiii bnyknya... ;) huhu.. Tpi semua MENARIK! Mmg ini la sebenarnya pemanis ssbuah blog. Org kurang minat kt blog kita klu segmen & entry ala2 suam suam kuku.
Dari apa yg disenaraikan - ML terpanggil utk baca - 1 - 2 segmen. Terutama pasal WEDDING. Isskk xtau nape suka tgk photo org kahwin. Ehh, jgn nk gossip lebih2 k. Sbnrnya lebih tertarik pd gambar2..Pendekata, x sia2 la di "tag" utk dikongsi bersama. Blog yg harus diterjah selalu :) 

Thursday, June 28, 2012

Review : Award Terjah MakLady # 5


Apa yg ML review adalah pandangan PERIBADI. Jdi apa sj pendapat ML nnti, adalah dari sudut mata turun ke hati ML sahaja. Ianya semata mata, sebagai pandangan seorg peminat blogger terhadap blog yg dikunjungi. Dengan fahaman bahawa " CitaRasa Individu adalah HakMilik Tersendiri." , maka ML dgn rasa lapang hati utk menulis dlm ruangan REVIEW bersama MakLady ni, sbgai penghargaan blog milik rakan2 yg MakLady sempat terjah. Klu ada pn teguran yg kurang disenangi oleh ANDA, terlebih dulu ML mohon maaf. Niat sekadar utk share & promote among bloggers. Sharing Is Caring... :


Makin dekat dengan tarikh tutup GA anjuran blog MakLady, makin ramai yg sudi utk turut serta. Ada yg suka join contest/GA , ada yg suka akan hadiah yg ditawarkan. X kurang sbb rakan blogger tag dan turut sokong usaha MakLady yg pertama kali ni : TERIMAKASIH tak terhingga kepada SEMUA yang telah join dan yang baru nk join.... Sharing Is Caring :)

(1) LydSunshine @ Lyd
http://lydsunshine.blogspot.com/2012/06/award-terjah-maklady-of-month-contest.html 
Entry Blog kali ni, datang dari sorg blogger yg pd ML rasa sgt ikhlas. She knows what she want in her life.  Gaya tulisan bersantai. Wlupn katanya, baru dlm dunia ni, tpi rasanya cara menulis mcm dh ada pengalaman. Mungkin sbb suka join blog2 yg boleh belajar. Entry utk contest ni sgt kreatif. Padat dengan info. Sweet sgt bila dibagitau niat join contest ML huhu. Siap dgn doa utk dapat hadiah pertama - Perfume (insyaALLAH - jika rezeki tak ke mana) sgt suka pd akLady suka sbb bahasa yg digunakan Sementara tu, MakLady nk terjah blog yg  Lyd ceritakan dlm entry dia kali ni...
FAV BLOGTERJAH: 
SEBAB APA SUKA TERJAH MEREKA: 
"Saya suka terjah blog nim sebab gaya penulisannya menarik, lawak spontan, bahasa santai dan ceritanya menarik. Kalau baca entry blog ni, mesti baca setiap patah tak tertinggal. [Padahal semua entry blog lain pun saya baca sepatah pun tak tinggal. Saya hargai setiap apa yg orang cerita dalam blog.].."
FAV BLOGTERJAH:
(2) Asmara Life:  http://asmaradayana.blogspot.com/ 
 
SEBAB APA SUKA TERJAH MEREKA:
"Blog ni plak saya suka terjah dan tertunggu-tunggu entry terbaru sebab banyak cerita pengalaman hidup di negara orang [Jepun]. Baca review yang ditulis oleh rakyat Malaysia sendiri tentang negara Jepun lebih-lebih lagi dalam bahasa Melayu yang simple bukan ayat skema persuratan Melayu Melaka, membuatkan hati rasa dekat dengan negara Jepun...."


Rakan BLOGGER yg jadi mangsa TAG: 
1.  Republik Makwe Kintan - Suka tag beliau sebab saje nak suh dia update blog. Lama dah tak update makwe.

2.  Maszull - Puan Maszull ni rajin join segmen dan contest. Peace mama! Join ye.
3.  Ujie Othman - Saje bagi cabaran skit kat Pn Ujie ni. Hehehe..
3.  H.A.T.I - Lya Afrina - Ni tuan punye blog yg selalu saya terjah bile dia update. Join ye Lya. Jgn memalu.
3.  Kesuma Angsana - Blog ni ada banyak petua-petua yang best2.



(2) Syaneis La'Vera :http://hanynysha.blogspot.com/2012/06/award-terjah-maklady-of-month.html
Peserta contest ni, khabarnya diperkenalkan (tag) oleh Cik Beruang. Entry Syaneis membuat ML tersenyum sendiri. Memang menarik utk terus baca... Amat sinonim dgn tajuk blog beliau "setiap detikku indah".. mmg indah hati ML bila berada di blog tambah plak entry yg sempoiiii... wlupn pd mula nya ML suspen gak, ingatkan Syaneis nk lelong lappy ML huhu..cuak reda bila baca dia BERGURAU....hehe [selamat ML] pssssttt...penyokong GERMAN gak ker ;)) ..[high5] huhuhu..
FAV BLOGTERJAH:
◕‿◕Teratak fiQ'Ra◕‿◕
"blog yg cun ..pink2..suka update entry yg menarik selain blogger yang comel "
"blogger yg rajin blogwalking,, suka terjah..suka  komen kat blog rakan2. She's superb & awesome !

Rakan BLOGGER yg Syanie tag pun , klu berminat nk join ... JOM Join Cepat... 
AWARD TERJAH MAKLADY OF THE MONTH( Contest berakhir pd jam 2359- 30 Jun 2012)

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]