WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady
Showing posts with label HOT Story - Mesti Baca. Show all posts
Showing posts with label HOT Story - Mesti Baca. Show all posts

Tuesday, December 2, 2014

The Starfish & Shells Story

She Sells SeaShells by the SeaShore...
Sebut betul betul...

Pasti berbelit lidah nak menyebut nya
tapi tidak sepayah mana sebutan jika
nak dibandingkan dengan story pasal Shells ini...

Kisah menarik ini, MakLady kongsi sebab beranggapan - hobi yang unik bukan sahaja mendatang kebahagiaan jiwa ianya juga mampu membuka minda orang sekeliling. Setiap kita memiliki hobi untuk mengisi masa lapang. Bagaimana kita meluangkan masa melayan hobi itu, yang menarik minat MakLady tertarik untuk bercerita kali ni.
SeaShells yang MakLady dapat temui ketika di Labuan.
Ianya sesuatu yang jarang2 kita dapat jumpa.
Koleksi siput dan tapak sulaiman yang mengisi
ruang tamu salah seorang peminat tegar..
 Hanya Di Labuan!
Kesempatan melawat Labuan baru2 ini telah menemukan MakLady dengan seorang wanita gigih yg minat mengumpul kulit siput serta kerang, tapak sulaiman sebagai hobi dan koleksi beliau.
Frankly, ML sangat teruja dengan koleksi berbagai jenis siput laut dan tapak sulaiman yang dihiasi di ruang tamu rumah beliau, Bukan sahaja, ianya jarang2 sekali ML temui malah pengkongsian cerita tentang kepayahan untuk mencari dan mengumpul siput dan tapak sulaiman memang jarang ML dengar! Bukan satu dua ratus tapi beribu-ribu lemon banyaknya !! 

KOLEKSI SIPUT yang dapat dikumpulkan oleh
tuanrumah menjadi tarikan pengunjung dan
rakan rakan beliau. MakLady respek dengan
ketekunan dan kesabaran beliau menyimpan
dan menyusun siput2 sebegini rupa...
Bak kata pepatah Inggeris : Seeing Is Believing. Anda tengoklah sendiri, koleksi didalam rumah beliau. Bayangkan, kepayahan mengumpul, membersih dan memelihara siput dan tapak sulaiman ini pun dah buat MakLady rasa kagum.  Apa tidaknya? Kecantikan dan keunikan hidupan laut yang luarbiasa ini perlu dibersihkan dengan sempurna sebelum di keringkan berhari hari. Ada yang makan berbulan! Selepas itu, baru diwarnakan sebegitu rupa sebelum dijemur berhari hari lagi hinggalah dapat disimpan di dalam bekas seperti yang dipamerkan (lihat photo di bawah ni..) MakLady sendiri ternganga mendengar - Nasib baik lalat tak hinggap..!! 

Kenapa MakLady kata luarbiasa?

Kerana jarang sekali kita boleh jumpa koleksi siput dari spesis yang berbeza seperti ini. Sesungguhnya, Puan adalah seorang wanita yang mempunyai minat yang mendalam serta daya kreatif yang tinggi. Bukan calang-calang orang mampu punya kesabaran untuk memelihara hobi ini, MakLady tabik spring ganda dua kepada pemilik/peminat Siput & Starfish yang tegar ini. Tahniah! 

Diharap selepas ini ada diantara pembaca blog ini, akan mendapat ilham untuk mencari hobi yang jarang jarang diterokai. Siapa tahu, anda mungkin mampu menjadikan aktiviti sebegini dikagumi oleh orang lain di luar sana. Kepada puan @ TUAN RUMAH - Terima kasih banyak kerana sudi menerima kunjungan serta bercerita mengenai hobi yang sangat unik ini. :)) 

Monday, October 13, 2014

Anugerah : Gelaran Baru

InsyaALLAH...

Gelaran baru untuk MakLady !

"Gelaran apa ni, MakLady?"
tanya seorang rakan blogger..

"MakLady dah jumpa Dato ke?
... dah nak jadi Datin ke??"
si comey lotey terus meneka.

"Ssyyy....Bersangka Baik...
Jangan Gossip! ..." terus menyangkal

"Habis tu, MakLady?"
si bertanya macam tak puashati jer.
Terpaksa la MakLady berterus terang...

"Bukan nak jadi Datin, lerrr... tapi nak jadi Nani!!
panggilan Nenek buat bakal cucu MakLady laaaa"

"OooOoooOoooo"
kami berdua tergelak

"Lepas ni boleh lah MakLady cari Datuk pulak ??"
dia mengusik lagi...

"Isssskkk kamu niiii... "
~ kannn dah kena sekel..... :p


Tuesday, July 22, 2014

KLIA2 .. oh KLIA2 ..

Salam Ramadan buat SEMUA, walaupun Syawal hampir tiba...

MakLady ramalkan, ramai antara kita akan pulang beraya ke kampung masing2. Ada yang akan memandu, ada yang akan naik bas. Diharap semua persiapan diatur dengan baik.

Kereta jangan lupa - hantar Service!!  Tiket bas atau kapalterbang pasti dah ditempah. Bagi yang naik bas rasanya tak jadi masalah tapi kepada mereka yang menaiki pesawat kena pastikan Tiket, IC siap sedia semua. Banyk benda boleh berlaku jika kita tak bersedia. Tambah lagi bila melalui KLIA2. Sebab sejak dibuka KLIA2 direka begitu hebat hingga ramai penumpang yang masih keliru dengan suasana di sana. Tambah kepada yang pertama kali nak naik kapalterbang via KLIA2 ni.

Pengalaman pertama kali nya ML menjejakkan kaki ke KLIA2 tidak banyak beza. YANG BEST NYA KLIA2 - pasti anda yang pernah ke sana, setuju dengan ML bila kata keindahan hiasan dalaman dan perkhidmatan di KLIA2 jauh lebih baik dari LCCT. Malah ada yang kata, lebih hebat dari KLIA !!!

Selain itu, pasti ada beberapa faktor yang Maklady sendiri pada awalnya agak kurang selesa. Sebenarnya sebelum ML melangkah ke KLIA2, adik ML yang pernah berada di KLIA2 ketika menggunakan perkhidmatan penerbangan luar negara bercerita mengenai YANG TAK BESTNYA pasal kemudahan asas terutama kerusi menunggu di ruang CHECK-IN yang hampir TIADA!  

Pertama kali di KLIA2 terpekun
dengan hiasan dalamannya. Seakan
 berada di shopping Mall. Macam2 ada....
Setelah mendengar cerita mereka ini, perkara yang membimbangkan MakLady adalah kedudukan GATE masuk atau boarding area KLIA2 ini sendiri. Dikatakan amat jauh letaknya. Dari kaunter pemeriksaan bagasi dan imigeresan, penumpang di arah untuk ke pintu berlepas mengikut turutan nombor GATE yang diberi. Maksudnya, dari sini kita terpaksa berjalan kaki berMeter-Meter jauhnya untuk sampai ke GATE BERLEPAS.

Menurut adik Maklady, bukan canang2 jauhnya. Masa ML cerita pasal jauh letak nya Gate2 ini, Mak terkedu gak la ... MakLady harus bersedia lebih awal. Kalau kena jalan pun, MakLady jalan slow-slow. Terfikir plak, kalau apa yang diceritakan ini, terpaksa lah Maklady berada di KLIA2 lebih awal. Bukan ape, risau berlakunya masalah jika lewat. Almaklum lah...AirAsia mana pernah nak tunggu penumpang. Lewat 1 minit pun dah tak diterima masuk. Pendek kata, flight kita GONE macam tu saja dgn syarat mereka bagi tambang murah so x bleh tolak ansur. Walaupun servis mereka amat membebankan penumpang sendiri. Untuk itu, ML nak pesan pada mereka yang nak pulang nanti, pastikan tidak lewat. Walaupun terpaksa berada di KLIA awal 2 jam dari waktu CHECK IN.
Bersiap sedia untuk Check In Bagasi
TERIMA KASIH kpd pihak pengurusan
kerana tidak menyediakan kerusi yang
cukup untuk penumpang di ruang ini.
Sebaik sahaja ML mendaftar diri dan bagasi, ML terus menuju ke boarding area. Seperti yang diperkatakan, pengalaman menyusuri jalan ke GATE itu sememangnya JAUH..... sayup sayup pandangan GATE 11 dari tempat ML berdiri sebaik sahaja melepasi kawalan keselamatan dan imigeresen. Bermula la perjalanan ML langkah bersahaja menghala ke GATE BERLEPAS 11. Tapi kalau korg lewat sejam dari masa berlepas, rasanya ngam-ngam sampai ke pintu GATE..) Sepanjang perjalanan terdapat GATE BERLEPAS yang disediakan di kiri kanan terminal dan ditengah2nya terdapat ruang kedai yang menyediakan berbagai hidangan. Terdapat tandas dan Surau yang mencukupi.

Cuma ML nak pesan. Harga makanan dia situ, amat berbeza dari luar. Almaklumlah di KLIA2 katanya! MakLady tertelan air tekak bila dengar pengalaman rakan yang pernah membayar RM180 untuk breakfast - 4 org. Bukan order yang canggih. Sarapan pagi yang biasa2 jer. Harga kopitiam pun tak semahal kat KL. Cuma kat KLIA2 ni, harga makanan ibarat korg makan kat hotel 6* MAHAL nye
GATE 11 yang berada....nunnnnnn hujung dunia yang sayup2
 jika kita berdiri di pintu masuk ke boarding area. Namun tidak
dinafikan, ruang berjalan kaki yang dikelilingi kemudahan asas,
mampu menjadikan perjalanan yang jauh ke GATE pelepasan
antara pengalaman yang memenatkan tapi tenang.....

OKAY Now Maklady  ingin berkongsi pengalaman sebagai penumpang dan pengguna AA pulak. Berbanding dengan perkhidmatan cemerlang setakat ini, AA telah memberi peluang kita semua untuk MAMPU terbang ke mana saja. Tolak pasal tambang murah (sebab ada masa harga keseluruhan lebih mahal dari penerbangan lain)

Memandangkan ML memilih AA sebab tambang murah nya itu, maka ML terpaksa akur dengan menunggu Flight yang dijangka tiba, tapi tak tiba tiba hampir 3 jam !! Dari pengumuman yang diberi, kapalterbang yang sepatutnya tiba di KLIA2 terpaksa beralih tujuan ke Subang Airport atas masalah cuaca. Ketika berada di Gate 11 sepanjang penantian, hujan lebat turun. Ada baik nya juga ... sempat solat Zuhur dan Asar di sana. Pendekkan cerita, our flight yang sepatutnya berlepas jam 3.35 terpaksa berlepas jam 5.55 ptg!!! 

Make sure JANGAN lewat! Sebab macamana AIRASIA tak ganti
atas kelewatan penumpang begitu lah mereka wat deq walaupun
terang2 mereka lewat dan merugikan masa dan kepentingan kita.  
Bukan seminit dua lambatnya tapi hampir 2 jam! Pada MEREKA itu perkara biasa!! (sedangkan kalau kita datang awal pun dan beratur untuk check-in tapi bila kaunter yg dibuka pun sikit tapi penumpang ramai...- kita tiba di kaunter pun sudah 5 minit lewat - padahal kita dah beratur sejam seblum. Kita langsung dinafikan penerbangan. Tidak dibenarkan menaiki pesawat tanpa dakwa dakwi ) 

SEDANGKAN, bila "mereka" lewat tiba! Bukan 5 minit tapi berjam2 di belakang jadual??? Cer Bayangkan...sudah lah waktu itu, BULAN RAMADAN. Kami berpuasa. Dijangkakan kami sempat berbuka di destinasi. Tapi bila ini berlaku, segala jadual terpaksa dilewatkan 2 jam. Ada penumpang yang terpaksa batalkan appointment maupun meeting atau jemputan semata mata - ditangguh dek DELAY tersebut. Kesudahannya, penumpang lewat tiba di destinasi yg ditetapkan.

Bukan itu sahaja, Penumpang "terpaksa" berbuka di udara. Terpaksa terlepas temujanji untuk berbuka bersama ahli keluarga dan sebagainya. Pada ML pula terpaksa lupakan tempahan berbuka puasa di hotel yang telah dibuat memandangkan kami akan tiba jam 8malam ! Apa yang agak terkilan juga, ada di kalangan penumpang tidak dapat BERBUKA PUASA kerana tidak menempah makanan yang ditempah awal untuk penerbangan sebab dijangka tiba sejam sebelum waktu berbuka.

Nasib baik lah ML tempah awal hidangan snek ringan in case benda macam ni berlaku....Pendek kata walaupun canggih KLIA2 maupun AirAsia khasnya, kemudahan perkhidmatan masih perlu diperbaiki. Kebajikan penumpang yang terkandas atas sebab pihak AA perlu diambil kira.

KLIA2 sendiri masih banyak yang perlu diperbaiki. Terutama kebajikan penumpang yang uzur atau warga emas. Mungkin adakan perkhidmatan "indoor Shuttle" ??!!  Why Not??

Tuesday, July 8, 2014

Door Mat : Tell It All

Door Mat atau lapik/alas kaki harus diletakkan di muka pintu masuk rumah ataupun bilik.

Lapik kaki yang lazim di depan pintu rumah kita
Dalam masyarakat kita, ianya menjadi kebiasan bagi setiap kediaman, untuk ada benda ni. Kalau tak ada depan pintu masuk, lapik kaki ini akan diletakkan di depan bilik air. Mungkin di ruang untuk masuk ke bilik2 khas. Tujuan adalah untuk mengesat kaki anda maupun tetamu, sebelum masuk ke ruang yang lebih selesa. 

MakLady bukan nak bercerita pasal fungsi kegunaan pengesat kaki ini. Apa yang penting, door mat kini direka mengikut tema dan qoutes yang menarik perhatian si tetamu/pengguna. Terdapat doormate yang berupa Humor yang MakLady rasa sesuai diguna di kediaman. Ada kala hiasan/tulisan di reka bagi menyambut tetamu yang mungkin akan muncul di depan rumah kita.

Contohnya,  MakLady pernah terlihat akan door mat yang direka seperti bentuk kucing tidor. Terkejut gak bila melihat ianya diletakkan di depan pintu. Bayangkan kalau orang terpijak doormat, mau menjerit kerana ingat mereka telah terpijak seekor kucing....
Padahal ianya hanya DOORMAT !!
Ha Ha Ha....

Maka di bawah ini, MakLady kumpul kan jenis dan tema doormat yang MakLady rasa korg akan teruja memiliki sejurusnya menggunakan nya sekadar menjemput tetamu dengan keunikan rekaan.

Mungkin kah pemilik ini seorang yang tak
boleh hidup tanpa smart phone nya. Jadi depan
pintu pun mesti slide dulu sebelum masuk.

Anda Pasti Di sini. - ye laaa... kalau dah ada di depan
doormat ni, confirm korang tahu arah tuju selepas itu??
Yang ini pulak, amat sesuai diletakkan di depan
pintu utama bila anda EXPECT pemungut hutang
datang berkunjung.... 
Door Mat ini, harus diletakkan di depan pintu
utama sebelum anda pulang  ke kampung untuk
beraya. InsyaALLAH Rumah anda tidak mungkin
dimasuki pencuri.. OK x idea ni..?? :)
Yang ni pulak, ANDA letakkan bila mana tetamu
yang anda kurang senang dijangka melawat anda
atau mereka yang suka melepak lama di rumah anda! 
DOOR MAT : reverse saikologi
Fungsi dia boleh digunakan secara 2 IN 1
KEPADA TETAMU YANG ANDA NANTIKAN
boleh letak yang sign nya "Come In" dan jika
sebaliknya, boleh pusing arah pelapik kaki
itu yang tertera " GO AWAY" dan letak di depan
pintu sebelum tetamu anda tiba ;)
AMACAM? Menarik tak?
Rasanya, kalau korg jumpa Lapik kaki begini..
nak tak letak kat depan pintu rumah korang ?
Yang mana satu pilihan hati ? :)) 

Thursday, January 2, 2014

Dont Play With People's Hearts, Feelings & Emotions



Masuk hari ke 2 kita di tahun baru 2014

Terpanggil untuk komen sedikit tentang apa yang ML baca dalam artikel mengenai seorang pelakon lelaki yang di cop sebagai "player" dengan cinta 'touch & go'. Sebenarnya bukan niat ML nak menghentam si pelakon ini. Bukan juga untuk menghukum beliau. Apa yang dilakukan memang salah tapi hanya DIA dan pelakon dan mereka yang terlibat sahaja yang tahu. Jadi kita tak de hak untuk cakap itu ini. Sebab kita tak berada di tempat mereka. Maaf ini sekadar pandangan ML sahaja. 

ML hanya berharap, pihak pelakon ini lebih berhati hati dalam apa jua tindakan kerana ANDA public figure ! Tindak tanduk anda menjadi ikutan dan pemerhatian masyarakat. Cuma apa kita sebagai org luar, harus anggap apa yang berlaku ke atas diri beliau sebagai contoh atau ikthibar yang boleh kita fikirkan bersama. Yang baik dari ALLAH dan yang buruk nya dari kita sendiri. 

From the Desk of MakLady...
Sikap 'player' ni tidak sepatutnya wujud dalam diri kita. Tidak patut ada istilah sebegini semata mata melabelkan seseorang. Sikap begini harus dikikis terutama jika melibatkan perasaan. Melibatkan hati. Melibatkan maruah dan juga keluarga mereka yang sekeliling...


Berfikir sebelum bertindak ! 
Usah permainan kan perasaan wanita/lelaki lain. 
Kerana kepada mereka ini, *Tak kira la lelaki ke perempuan ke, ML nak pesan lah. 

Baik2nya sang 'players' ni , berfikir sejenak sebelum bertindak dengan aktiviti social ini. Ke mana arah tuju jika ANDA bersikap begini? Kepuasan dunia mungkin.. tapi what about hukum ALLAH?

Kerana sebagai orang Islam, kita harus percaya pada pembalasan. Kalau kita buat baik, pahala dan ganjaran yang baik akan menanti kita. InsyaALLAH. Sebaliknya, jika kita berlaku tidak baik dengan orang lain, terutama sikap yang sebegini, INSYAALLAH juga ALLAH janjikan habuannya pada kita. 

Put it this way. Kepada mereka yang bercita cita nak jadi PLAYER ni, atau nak jadi jaguan dalam mempermainkan perasaan orang lain - TOLONG LAH beringat... bahawa.. ANDA juga pasti ada adik perempuan, ada kakak perempuan malah ada saudara perempuan yang bakal tempias (kepada Players yang lelaki )

Kepada kaum perempuan yang bersikap begitu (ada jer player among ladies ni)  ML nak minta kasi sedar sikit bahawa apa saja yang kita lakukan selagi bernama manusia - sama saja hukum nya dengan kaum lelaki. Malah kalau yang melakukan ini, terdiri dari mereka yang sudah bersuami, lagi parah. Insaf2 lah. 

Setiap jenis perbuatan yang negatif (melibatkan permainanan @ player )  samada dengan niat yang baik maupun sebaliknya. ADA GANJARAN menanti. 

Mungkin sekarang ANDA berseronok menganayai orang. Mengaibkan keluarga mereka, Melukakan dan mempermainkan perasaan mereka. Anda mungkin tidak merasa apa apa sakit, bila anda berada di pihak yang menganiaya. Tapi percaya lah ~ esok lusa mungkin ahli keluarga anda pulak akan menerima nasib yang sama malah MUNGKIN lagi dasyat lagi dari apa yang kita lakukan. 

Maka sempena tahun baru ni, tanam lah azam untuk menambahkan saham kita di akhirat. 

* lazim mereka ini selalu berkata... TIADA NIAT ... tapi hakikatnya ianya tetap dilakukan dengan membawa kepada keaiban kepada individu dan keluarga.*

Tuesday, December 17, 2013

Derma Telekung untuk mangsa banjir


Ramai sedia maklum pasal banjir yang melanda pantai timur baru baru ni. Ramai sungguh rakan kita yang terlibat. Yang jadi mangsa dah tentu lah rakyat kita. Yang dipanggil untuk membantu dah sah2 orang KITA...
Berbagai jenia bantuan yang dihulurkan bagi meringankan beban mangsa ini. Antara nya bantuan yang dilakukan oleh mereka ini. Individu yang perihatin akan nasib mangsa kita.

Disini. Mak Lady ingin berkongsi informasi mengenai projek TELEKUNG yang sedang dijalankan utk tujuan yang sama. Mak Lady bersama blogger Mak Dara akan cuba mengumpulkan sumbangan telekung ini untuk memudahkan penyumbang telekung ini nanti.

Mungkin dengan cara ini kami berharap dapat memudahkan urusan menyalurkan bantuan dalam masa yang ditetapkan. Dalam pada tu juga..kami berharap rakan2 blogger dan pengikut bolggers yang kami hormati, dapat menyumbang ke arah membantu mereka yang memerlukan.

Bagi yg ingin membantu dan menyerahkan telekung, boleh temui kami pada hari Khamis 19/12/13 mulai jam 6 ptg di NZ Curry House di Wangsa Maju berhampiran Pizza Hut/KFC outlets.

Sumbangan telekung di terima dlm apa jua keadaan. *sila baca info di bawah ini* Keikhlasan yang diutamakan.

Jom derma telekung !! InsyaAllah jasa dan sumbangan diberkati Nya. aminn..

Sunday, August 4, 2013

Novel Terkini Aisya Sofea : Dekatnya Cinta

Photo: Ada berita baik buat peminat novelis Aisya Sofea .Penulis novel tersohor ini bakal  dengan karya baru..Menariknya karya  ini akan berada di pasaran pada penghujung bulan Ogos nanti merupakan kesinambungan kisah Adam Mukhriz & Ain Hawani dalam novel Adam & Hawa yang pernah meledak suatu ketika dahulu.Apatah lagi dramanya pernah meletop dikaca tv yg dilakonkan oleh hero sensasi Aaron Aziz & Nadiya Nisaa..Kesinambungan novel Adam & Hawa diberi tajuk yang bertajuk "Dekatnya Cinta" (Adam&Hawa2) ..Pastinya peminat2 novel diseluruh tanah air tidak sabar akan buah tangan terbaru dari  Aisya Sofea ..

Sinopsis Dekatnya Cinta (Adam&Hawa2)

Doa adam mukriz dan ain hawani di bawah multazam di masjidilharam telah dimakburkan allah swt. kini, mereka mengutip makna cinta yang tertinggal sebelas tahun lalu. untuk kali keduanya, mereka saling jatuh cinta kembali. kata dan janji diulang-ulang. Ya tiada sesiapa lagi antara mereka yang kan ditinggal pergi.

Namun, kebahagian mereka tiba2 dipanah petir. dugaan datang menyihir duahati. sejambak bunga ros ditangan ian mencetus prasnagka adam. siapa yang beri? cemburunya menusuk apabila terlihat isterinya bersama lelaki lain, itukah lelaki yang selalu ain puji? 

Adam kecewa.kenapa Ain permainkan keprcayaannya? kenapa ain tergamak menduakannya? ain curang! ain tidak setia ain sudah lupa dia adalah suami. akhirnya adam melafazkan talak. 

Sekujur tubuh ain bagai kaca yang terhempas. tangannya mengigil menadah takdir. sekli lagi hatinya dipalu pilu. adam salah faham. adam silap pandang. adam lebih ego sebenarnya. emosi suaminya mendahului akal. dia cuba menyuarakan semua itu, tetapi adam enggan lagi mendengar. 

Arissa di rampas pergi! ain sudah tidak punya apa2. status bekas isteri menjadikan dia hampir mati...
Keseinambungan Kisah Cinta Adam Mukhriz & Ain Hawani
dalam Adam & Hawa kini diilhamkan dalam bentuk novel oleh
Aisya Sofea dan bakal difilemkan - Adam & Hawa 2

Seperti entry sebelum ni...ENTRY TERKINI - klik SINI ,  ada ML khabarkan yang sambungan cerita Adam & Hawa akan menemui peminat di panggung tak lama lagi . Selaras dengan pembikinan filem yang jangka dilakonkan berkisar dari dari keseinambungan kisah cinta dari novel Adam & Hawa yang kedua oleh Aisya Sofea. Yeaaa.... ada novel baru dari Aisya Sofea - cepat cepat booking & cari di kedai buku !!

Tapi jangan kalut lagi sebab novel ini hanya akan berada dipasaran pada penghujung Ogos nnti. Menurut sumber page facebook Adam & Hawa lagi, filem terbaru terbitan Global Station ni nanti diadaptsi sepenuhnya dari novel Dekatnya Cinta - novel kedua buat novel Adam & Hawa

Macam MakLady cakap dalam entry sebelum ni, sinosis filem belum dapat lagi tapi kalau nak tahu cerita seterusnya akan jalan cerita filem itu nanti, boleh la baca sinopsis novel Dekatnya Cinta - Adam & Hawa 2 ini: 

Doa Adam Mukriz dan Ain Hawani di bawah Multazam di Masjidilharam telah dimakburkan Allah swt. Kini, mereka mengutip makna cinta yang tertinggal sebelas tahun lalu. Untuk kali keduanya, mereka saling jatuh cinta kembali. Kata dan janji diulang-ulang. Ya tiada sesiapa lagi antara mereka yang kan ditinggal pergi.

Namun, kebahagian mereka tiba2 dipanah petir. dugaan datang menyihir duahati. Sejambak bunga ros ditangan Ain mencetus prasangka Adam. Siapa yang beri? Cemburunya menusuk apabila terlihat isterinya bersama lelaki lain, Itukah lelaki yang selalu Ain puji? 

Adam kecewa. Kenapa Ain permainkan keprcayaannya? Kenapa Ain tergamak menduakannya? Ain curang! Ain tidak setia. Ain sudah lupa dia adalah suami. Akhirnya Adam melafazkan talak. 

Sekujur tubuh Ain bagai kaca yang terhempas. Tangannya mengigil menadah takdir. Sekali lagi hatinya dipalu pilu. Adam salah faham. Adam silap pandang. Adam lebih ego sebenarnya. Emosi suaminya mendahului akal. dia cuba menyuarakan semua itu, tetapi Adam enggan lagi mendengar. 

Arissa di rampas pergi! Ain sudah tidak punya apa2. Status bekas isteri menjadikan dia hampir mati...

Adushhh...sedih bila dapat tahu akan jalan cerita novel ini. Bermakna dalam filem nnti pasti lagi hebat dugaan Ain & Adam... :(( 

MakLady speechless... 

so kita nantikan aja lah filem adaptasi novel Dekatnya Cinta ....bila dah kuar panggung.....

Saturday, August 3, 2013

Sambungan cerita " Adam dan Hawa " difilemkan

Assalamualaikum Peminat Adam dan Hawa

Pekabar Semua Pembaca Kesayangan MakLady :)
Selamat Berpuasa dan kepada anda yang merancang untuk
pulang ke kampung halaman pada hari raya ni - Selamat Balik Kampung!
terutama yang menggunakan pesawat ~! Masih ingat kah pada pilot yang bernama
ADAM MUKHRIZ ...
Gambar dari FB Adam & Hawa :
Adam Mukhriz dan Ain Hawani dalam Adam & Hawa
Melihat akan gambar ni pasti - ada yang rindu pada mereka ;))
Kepada peminat Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa, jangan risau. Menjelang Syawal dikhabarkan berita baik: 
Tak lama lagi - lepas raya ni khabarnya - Nak dilangsungkan penggambaran SAMBUNGAN dari siri drama yang meletop letop ni, Adam dan Hawa dalam bentuk filem pulak. Khabar nya filem ni adalah adaptsi dari novel kedua penulis asal novel Adam Hawa - Aisya Sofea. MakLady tak pasti sebab tak baca lagi novel Adam dan Hawa yang ke 2 ni. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal novel terbaru, jangan lupa check my next entry k ;)

Namun begitu, dengan adaptsi baru ini, diharap para pelakon dapat memberi komitmen mereka seperti di dalam drama. Almaklumlah, bukan senang nak berlakun filem dari drama .... Itu kena amik kira juga, tapi apa yang best pada filem ni nanti, turut dilakonkan oleh pelakon2 yang sama dalam siri tersebut. Maka peminat dan penonton dapat menghayati cerita dengan baik. Dari situ juga, diharap tidak membawa banyak perbezaan bila dipertontonkan nanti kepada umum. 

Menurut sumber Adam & Hawa di Facebook ni, filem kali ini akan diterbitkn oleh Global Station dan dijangka akan mula sessi penggambaran nya pada 1hb September nanti. Filem Adam dan Hawa ni akan membawa pelakon nya ke lokasi menarik disekitar KL dan New Zealand! Bertambah tak sabar rasanya ML nantikan. Apa sudahnya cerita Adam & Hawa kali ni - Apa dorang buat kat NZ nanti? Apakah yang bakal berlaku dalam rumahtangga mereka kali ini? Tak sabar juga nak tengok anak mereka membesar ! Dah terbayang2 la kemesraan mereka terserlah dengan kehadiran baby ...

Inilah akibat nya jika sinopsis cerita masih samar2...Pasti peminat ternanti2 akan sipnosis Filem ni. hehehe (but dont worry, akan diberitahu pada entry akan datang  yerr...) 

Sebelum tu, mari kita semua ingat semula episod akhir Adam dan Hawa yang mana, Ain selamat melahirkan baby dan mereka bahagia kini dengan kasih sayang. Pasti juga peminat mcm ML ni , tak sabar nak saksikan kemesraan Ain dan Adam diharap tetap ditonjolkan dalam filem nnti. ML rasa, ramai lah peminat wanita Adam ternanti2 dan rindu nak tengok aksi keromantikkan Adam terhadap Ain. Yang pasti juga, dalam filem itu nanti, mungkin ada adegan atau jalan cerita yang mungkin memberi impek kepada semangat para peminat Adam dan Hawa untuk memenuhi panggung bila ianya ditayangkan nanti.

Kepada semua crew dan para pelakon, doa ML agar sukses dalam usaha kalian memberi komitmen dan tenaga dalam menjayakan pembikin filem kesayangan ramai. Kepada Nadiya Nizaa dan Aaron Aziz - good luck on the set~! see u soon di layar perak :)

Sumber: Terimakasih kpd FB page Adam dan Hawa 

Tuesday, July 30, 2013

Bila Angry Bird cakap Bahasa Malaysia..


Oppss.. Maaf Mak Lady tak sangka pulak ...
ANGRY BIRD dah berhijrah keMELAYUan. TENGOK ajalah, applikasi
yang kat atas ni... Mungkin korg penah juga come across :)) 

Almaklumlah sekarang ni
Candy Crush dah mengambil tempat di hati pemilik telepon pintar...
Mana2 pergi ... orang asyik bercakap pasal permainan pecah gula2...
KINI acapkali org invite kita utk main game yang penah menjadi kegilaan!

Mungkin sebab inilah, si burung2 naik berang ...
Kesian Angry Bird dan rakan2....
kepopulariti mereka tergugat~!
Terpaksa berhijrah....

Mereka ke mana? 
yang tu MakLady tak pasti tapi walaupun kini kerap berada di carta top ranking utk "GAME" anak2 buah MakLady yang setahun jagung! Si burung marah ini masih menjadi hiburan mereka. Tambah pulak budak2 ni masih kenal dan pandai berjinak2 dengan si ANGRY BIRD lagi. Mungkin ini lah juga alasan bagi rakan2 si Burung Marah ni, (sila lihat gambar di atas) bersepakat untuk berada di carta walaupun terpaksa mengambil keputusan utk berhijrah ke Malaysia - dan melahirkan bahasa Melayu dalam applikasi mereka...

ha ha ha...
Tersenyum MakLady baca applikasi handphone rakan MakLady yang menggunakan paparan dalam Melayu ..!!Si Burung Marah dan kawan2 cakap Bahasa Malaysia @ Melayu ?? Tergelak jugak ML bila membaca Application yang dlu nya mudah difahami tapi kini, tidak lagi.... * kira paparan ini OK lagi tau. Ada yang MakLady penah tengok yang telah menterjemahkan DIRECT TRANSLATION - gelak tergolek2 dibuatnya.. ha ha ha ha

Sunday, July 21, 2013

Gambar : Ashraf Muslim menikah di Thailand

Gempak!
Sekali lgi dunia artis digemparkan dengan photo yg menyiakan majlis pernikahan Ashraf Muslim dan isteri ke dua, Wan Shakinah berlangsung baru baru ni.
Makin kecoh juga di kalangan peminat yg xsuka dgn sikap kedua pengantin baru ini, memuat turun gambar seakan tidak peduli dgn perasaan keluarga dan isteri pertama.
Pada apa yg MakLady baca, ada yg berpendapat bahwa, wlu pun mereka dah sah jdi suami isteri, adalah lebih bijak jika pengantin yg berkahwin di Thailand ni, "duk diam2"... tanda menghormati pihak isteri yg telah dimadukan.
Alahaiii.. org tengah bahagia. Mana ada masa nk fikir hati insan2 yg mungkin terluka dgn tindakan kita.
Dalam kes gambar yg tersebar ini, patutnya si suami kena lah lebih ariff untuk menjaga juga hati isteri pertama. Dah la diri dimadukan tanpa rela... tot tot ada plak gambar pernikahan yg lengkap berinai berseri berbagai, seperti telahpun dirancang terlebih dlu.
Bukan MakLady nk pihak sape2,  sbb pada pandangan org yg terpelajar mcm Dayana, semestinya dapat mengukuhkan lagi teori - tentang apa dilakukan oleh suami telahpn terancang. Bnyk kan bersabar. InsyaAllah.. ada hikmahNya.
Harus ingat - Suratan Takdir. Wajib diterima. Tapi apa yg telah kedua mereka ini rencanakan dibelakang Dayana, amat dikesali tpi jgn kuatir. Allah kan Maha Adil.  Walaupun Ashraf yakin dia bleh adil...
Apa yg penting, masing2 kena lah sedar kedudukan diri. Baik suami maupun isteri2. Tanggungjawap suami amat berat! Sebaiknya, kita sama sama doakan yg terbaik utk Ashraf dan Dayana.
Pada si Wan Shakinah ni plak; MakLady harap sgt la..jaga suami dgn sebaiknya. Yelah, dah bermati matian mengugat umahtangga wanita lain. Buktikan lah niat nak bermadu. Jangan plak nak bolot sorang2 ye dik! Kena la sedar diri jdi org kedua dalam hidup seorang suami...
InsyaAllah... selamat dunia akhirat :))

Friday, July 12, 2013

Siapa Heroin yang Serasi dengan Adi Putra ?

Assalamualaikum Semua...

Untuk Peminat Setia Adi Putra ( U know who U r ;))...
MakLady create entry kali ni khas buat ANDA , peminat tega Adi Putra. Termasuklah my BFF yang tak mahu dikenali ( hehehe... kelas akakkk...;) Sebagai menunaikan permintaan peminat yang sorang ni -- yang terOver minat pada Adi Putra -- yang tak habis2 dok kerap bual pasal Hero Idaman Malaya ni. Mak Lady tulis lah ntry yang bakal menentukan siapa Heroin pada pandangan mata peminat Adi Putra sendiri.

Seperti kami bualkan, pasti ada sorang artis ni yang kitorg rasa amat sesuai jadi heroin Adi Putra. Siapa dia? hmmm... ader lerr... :) Namun, MakLady rasa pasti citarasa peminat Adi Putra lebih ariff untuk tentukan "SIAPA" their favourite heroin, betul tak?

Siapa pasangan heroin yang pernah digandingkan bersama, dibawah ni, yang korg nampak Serasi? Sweet ke tak? Well... selama ni hanya 3 orang artis wanita yang sempat Maklady ingat !! Mereka ni, bukan saja sweet tapi popular dengan talent mereka. Tak caya? Cer Cuba Pilih antara Heroin2 (gambar di bawah) yang penah berlakon dengan Adi Putra...

YANG MANA SATU pilih anda? untuk digandingkan dengan Hero Paling Hot Di layar Perak atau Drama TV..
Photo: Ulangan drama SEHANGAT ASMARA  jam 6 petang sekejap lagi di kaca tv anda semua di Astro Ria 104 :)
Chemistry yang kuat bersama Rita Rudaini ... dalam Sehangat Asmara

Photo: Rindu #papaehsan #iffa ? Tonton ulangan di Tonton.com...nak tgk ulangan di dailymotion tak dapat sebab primeworks dah delete semua video episod2 #teduhankasih ..
Gadingan yang menarik : Sherry Ibrahim dalam Teduhan Kasih


Ady Putra berganding dengan Nora Danish dalam Aku Terima Nikahnya

So what say U? Pada pandangan korg la, siapa antara wanita ni, amat sesuai utk jadi Heroin Adi Putra...? Kenapa plak pilih sidia??  Atau korg ada senarai pelakun wanita lain: yang korg rasa lebih sesuai digandingkan dengan Adi Putra .. JOM share kat sini :))

Saturday, June 1, 2013

Button Badge Running Man

Assalamualaikum..
Dan Salam Sejahtera.
... Rakan Bloggers, Followers,
BlogReaders dan SEMUA rakan Readears - Blog Dear Lady ni..
#^_^# pekabar? Harap sihat. Yang stay kat oversea - tak kira lah kat mana anda brada, MakLady doakan, anda dipelihara dan dilindungi Nya slalu. Kuatkn semangat! INGAT! Walaupun jauh di mata, anda pasti sentiasa di hati keluarga dan teman di sini. #^_*#
Xcaya? Cer tanya "Running Man"...
Mereka di Korea tapi tetap di hati peminat mereka...
ahh...gitu plak ? Tetiba plak RM jadi contoh nye... Hahaha
Motif ?? Hehe
Sebenarnye, nak share pasal Running Man nye Button Badge...
Yeehaaa... Dah ada dalam pasaran Uolz ("_") Semua button badge ini direka khas untuk peminat Running Man. Setidak tidaknya, inilah bukti setia, sayang dan minat anda kepada mereka. Jauh dimata tapi dekat di hati ( bila bawa button budge ni, ke mana saja.. )
Cuba tengok gambar dibawah. Sweet tak kakTon? Comey Tak kakTon? ... INI Baru sebahgian dari rekaan yang ada! Boleh pilih mana yang suka. Kalau berminat boleh je terjah kat SINI


Tuesday, May 28, 2013

Bila Ustaz Azhar Idrus Kahwin Lagi..

Assalamualaikum
Rata rata, masih ada lagi komen yang ngata perihal UAI yang menikah isteri No 3 nye baru baru ini. Dah jodoh dan takdir UAI nikah dgn gadis 26 tahun sebagai isteri termuda beliau. Siape kita nak ngata ape ape lg??
Kat FB, twitter, blog entah mcm2 pandangan yg diterima. Ada yg ucap tahniah, ada yg terima serta doakan yang terbaik. Itu yang seharusnye. Tak kurang jugak, MakLady baca, yg kurang senang dgn menyoal tujuan UAI perlu kawin lain? Ada tu plak yg bagi komen agak pedas terhadap penceramah bebas yg telah pn beristeri 2 sbelum ni.
Ya Ampunn...kenapa jdi mcm tu?
Mak Lady yakin UIA dh wat solat istiqharah sblum dia cadang nk nikah sorang lagi. Dapat plak kottt. pertunjuk dan ketentuan dari Allah swt untuk tambah qoata. Alhamdulillah..
Selain jodoh Mak Lady pun nk tumpang komen. Mungkin juga  dugaan Allah pada UAI dan isteri2nya. Nescaya pada pandangan MakLady jugak, UAI telah menilai dan terlebih maklum akan dosa, pahala, hukum hakam, bila bab ada bunga dalam taman ni. Jadi, bila berkenan di hati UAI akan si dara ini, lebih baik dijadikan isteri yang halal. Takut difitnah kelak.
Lazim sbagai Lelaki, Bila kaya harta dunia akhirat mula la datang sikap pemurah. Nak kongsi bersama sama. Tak kira la, adil ke tak pada orang keliling.  Selebihnye, kita kata TAKDIR MEREKA..
MakLady ucap Tahniah kpd isteri tua dan isteri tengah UAI yg meminang dara sebagai madu mereka. Bagus ape!??! Bukan semua wanita layak dapat Payung Emas tau! Inilah dugaan Allah pada hambaNya yg beriman!
Kepada org lelaki kat luar sana yg bercita cita nak bukak cawangan pasti senyum lebar. Memang la, Ada hikmah atas Jodoh yang Allah beri. Tapi...Jangan pulak sekadar tambah isteri ikut Nabi. Kena jugak tau tanggungjawab.Kena bersikap Adil, tau hukum berpoligami macam UIA...
MakLady rasa, UAI takda masalah dlm hal tu. Kan, dia slalu cakap bab ADIL dalam ceramah. Tips yg dikongsi bersama nye, sedikit sebanyak melambangkan UAI mampu praktik kan sikap sikap mulia, setia dan adil terhadap isteri2 beliau.
MakLady yakin ustaz Youtube ni boleh je bersikap adil dgn hubungan kekeluargaan walaupun stelah menjadi suami kpd ke 3,3 isteri2 nya.
Lagipun baru 3orang isteri. Qouta 4 org msih mampu diisi. Tambah plak UAI dilihat mampu dalam segi fizikal, mental, zahiriah dan batiniah, klu tak, takkan UAI mampu yakinkn isteri2 nya menerima jodoh yg ke 3 ni, ye tak?? ;)

Wednesday, May 22, 2013

Harga Minyak Turun !!

Kereta MakLady slalu jalan jauhhhh

Waaahhhh... Berita Baik Sangat ni...

MakLady teruja! Macam percaya dengan tidak je bila baca status kawan dalam FB tadi! Tapi kalau YA - sure best kan!! Boleh jimat banyak tuuuu... Al-Kabarnya turun sampai 0.50sen!!

Banyak tuuuuu.... Sangat2 la bagus nyaaaaaaa....MakLady terus pasang angan2. Dapat jimat lagi bila "jalan2 makan angin" nanti :)

Lantas MakLady pun terus klik kat Link yang disertakan ~~
dan lapuran pun berbunyi begini.....

" MULAI HARI INI, harga minyak akan diturunkan sebanyak 50 sen se liter, disemua stesen minyak yang terletak di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Negeri negeri yang terlibat adalah Pulau Pinang, Kelantan dan juga Selangor.

Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Pakatan Rakyat Negeri selangor, selepas selesai sahaja Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang berlangsung di Shah Alam sebentar tadi.

Majlis Presiden dalam Mesyuaratnya petang tadi, sebulat suara bersetuju untuk menghapuskan cukai yang dikenakan pada premis premis syarikat minyak, dengan itu harga minyak manpu diturunkan sebanyak 35 peratus untuk setiap kategori akan berkuatkuasa pada pukul 12 malam ini.

Sumber itu juga menegaskan, penurunan harga tersebut juga akan dapat dinikmati oleh semua kenderaan yang mengisi minyak di stesen tersebut walaupun tidak menpunyai no pendaftaran  negeri Pakatan Rakyat.

Berikut adalah senarai minyak yang terlibat dengan penurunan harga:

1.Minyak Angin  
2.Minyak Senyonyong 
3.Minyak Gamat 
4.Minyak Dagu 
5.Minyak Pengasih "


HAMPEH BETUL !!! 
MAKLADY TERTIPU ..... MAKLADY TERTIPU!!
HUhuhuHUhuhuHU


Thursday, April 4, 2013

Kasih Benar : Setia Hingga Hujung Nyawa

Assalamualaikum...
Terlebih dlu, izinkan MakLady mengajak rakan bloggers yang beragama islam, sedekahkan Al Fatihah kepada Arwah Fauziah @ Gee yang kembali ke rahmahtullah pada 2hb Mac lalu.
Kisah penderita arwah Gee rupanya dah lama diketahui umum. Malangnya MakLady baru je tahu! Kesal yang amat dihati kerana hanya selepas kepergian arwah, baru MakLady kenali pasangan istimewa ini.
Kenapa x kenal atau tahu akan kehidupan Abil Fikri dan arwah Fauziah kala berjuang dalam kepayahan? Khabarnya kisah derita arwah akibat koma selama 2 tahun ini pernah mendapat liputan media. Tidak kurang jugak diketahui melalui media cetak dan blogging. Mungkin jika MakLady lebih rajin melayari blog rakan2, mungkin akan terbaca kisah Abil dan isteri. Mungkin masa tu dapat juga berkongsi dan memberi kata kata semangat dan lebih memahami keadaan. Sekurangnya dapat bantu mana yg termampu...
Terusterang MakLady cakap... MakLady speechless bila mula baca artikel tentang mereka. Terharu sgt2. Tersentuh hati dan jantung skali !! Tanpa boleh ditahan2 lagi... Airmata jatuh berjurai2 mcm air paip. Mengalir, non stop!! Sebak!! Sayu!! trasa di hati MakLady :~((
Serious... For the first time MakLady nangis bila baca artikel dari blog bro HasrulHassan.com - Takziah buat blogger Abil & "Cinta Ke Liang Lahat" ...
Kisah benar akan cinta setia hujung nyawa serta kasih seorang suami terhadap isteri, yg dipanggil "Dear", "My Princess".. Kisah suami yang tabah dan sabar menjaga isteri yg terlantar coma bagai menatang minyak yg penuh selama 2 tahun. Akhirnya Redha menerima kepergian arwah menemui Allah swt. Namun kasihnya tetap bersemadi di hati hingga ketemu di syurga abadi. Al fatihah...
Melalui blog HH inilah, MakLady kenal dgn blog Abil - khas utk isteri terCinta. Atas sifat mulia dan limpahan kasih sayang yang tiada tanding inilah Abil dikelaskan sebagai Seorang Suami: Satu Dalam Berjuta. Hebatnya diaaaaa.....
Walaupun sebelum ni, mereka tidak penah MakLady kenali...Sekali lg, MakLady sayu dgn airmata. Tiap entry Abil memberi impek yg mendalam pada diri MakLady. Sesungguhnya, Arwah Gee amat beruntung ada Abil di sisi waktu begini. Abil cekal dlm kehidupan selama menjaga Arwah (boleh baca coretan Abik) kerana stiap entri, terserlah semangat Gee yg pasti pendorong kekuatan Abil. Ya Allah, Kau maha Pengasih. Kau Maha Penyayang. Kau Maha Memahami isihati Abil...
Kesayuan hati kita, xkn sama dgn apa yg Abil lalui. Berat mata memandang, berat lg bahu memikul. Namun kasihsayang mereka memberi Abil semangat utk teruskan kehidupan. Jelas diamati ketika melayari blog "Warkah Buat Isteri". Segalanya tertulis sbgai tanda kasih Abil seharian melayan Gee. Ya Allah, skali lg MakLady terpanggil utk tabik spring terhadap CINTA Abil terhadap His Lady...arwah Gee.
Betapa Beruntungnya arwah bertemu jodoh yang abadi bersama suami yg dinikahi pd tarikh lahir nya, 4 tahun lalu. Semua nya terbukti bila arwah disahkan koma dan dengan rasa tanggungjawab sebagai suami, Abil sanggup berhenti kerja utk jaga Gee!! Jarang jarang tau kita temui suami sebegini.. Just like people say, Abil : Satu Suami Dalam Sejuta. Segala yg dikorbankn selama 2 tahun ini, adalah demi kasih terhadap Arwah Gee. Semata mata buat Lady of his heart. Now & Forever.
Namun takdir Allah tak siapa yg mampu persoalkan. Sedalam mana pn kasih Abil terhadap Gee, Allah lebih menyayangi. Abil tetap tabah dan redha.
Ya Allah... sesungguhnya Kau Maha Mengetahui.. Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga kisah mereka menjdi inspirasi kpd pasangan suami isteri yg di luar sana, ambil iktibar! Sesungguhnya, dalam perkahwinan itu adalah satu jambatan ke syurga, namun terpulang kepada kita untuk merealisasikan hikmahNya atau pn tidak. InsyaAllah..
Credit Gambar: melalui blog HasrulHassan.com. Terima kasih kepada Abil Dan Warkah Buat Isteri, kerana sudi share. Assalamualaikum

Thursday, March 14, 2013

Kes Dera Wanita : STOP it before it's too late!!

Assalam utk Smua
YaAllah!! Makin geram bila MakLady dapat tahu kes dera dikalangan kenalan. Aritu kes dera suami isteri.. sampai lebam bijik mata o_O .. kena penumbuk si laki yg baran. Maaf bila MakLady bahasa lelaki dayus ni Jantan je. sebab klu dia Lelaki, dia x buat isteri dia gitu....

Tepat menurut kajian, lelaki yg suka memukul ni sentiasa meras mangsa dia lemah. Takut akan diri dan rasa lebih berkuasa... sebab tu dia terus sedap naik tangan. Tambh plak si pasangan merelakan diri diperlakukan begitu. Mungkin sebab kasih cinta sayang kot...

Sama la dengan kesah novel yang MakLady tengah baca - refer entri sbelum ni. Cuma yg dlm novel tu kita dpat rasa sengsara di hati...dlm penghayatan dan imiginasi kita. Berbeza dgn yang nyata ni, kita dapat lihat dengan mata kita sendiri derita fizikal dan mental mangsa!

Mungkin uol pun penah mendengar cerita kekawan mengenai kes dera. Tak kira la kes dera fizikal atau mental... Yang penting, wanita yang Allah jadikan dari tulang rusuk ni, bukannya utk dipatah patah. Bahkan ianya harus dilindungi krana ianya Amanat kpd kaum Adam oleh Allah swt. Seperti asalnya tulang rusuk nabi Adam yg terciptanya Hawa, wanita diibaratkan sebahagian dari tubuhnya. Menjadi hak dia utk memelihara bukan sebaliknya.

Entah apa nak jdi dgn dunia skrg. Makin menjadi jadi kes dera skrg ni. Terkini plak pasal kes dera tunang orang yg disampaikan oleh ank MakLady. Khabarnya baru tunangan. Belum jdi suami isteri. Tapi dah jenuh kena belasah sampaikan lebam biru birat dibuatnya anak org!!

MasyaAllah ...bila melihat akan kecederaan akibat dera fizikal oleh tunang tu tdi, MakLady terasa sayu dgn ape yg diperlakukan. Ada lelaki yg sewenang wenangnya mendera wanita  tanpa belas kasihan mahupun rasa !! Terbayang apa yang makbapak wanita ini RASA jika dapat tahu anak mereka didera sebegini rupa? 
Kasihani lah ibubapa kita yang membesarkan kita dengan kasihsayang. Kenapa biarkan Cinta Kasih Sayang terhadap lelaki yg baru bersama kita, berbuat sesuka hati (pukul, sepak terajang)?? Walaupun mereka adalah kekasih, buahhati, tunang maupun bersuami - apakah hak mereka mereka melaksanakan kekerasan keatas wanita yg sayang mrk?

Tanya diri anda - berbaloi ke ksengsaraan dan kesakitan demi menagih kasih sayang dari mereka yg tak punya rasa hormat pada ibubapa anda?
Love Yourselves First Before You Love SomeOne ( who Dont Care to Love You back...) Stop Violence. Women!! You're not Alone.

Thursday, February 28, 2013

Back To Back - Setia Hujung Nyawa

 Assalamualaikum Semua

Sejuk mata tenang hati MakLady
tengok gambar kat bawah ni....
  
Koleksi dari drama SHJ oleh Suhan Movies
Apa idaknya ~ 
Cuba korg tengok dan tafsirkan sendiri
Istimewa nya SAAT ni...

Antara adegan yang BEST pada MakLady
ialah Masa Zain ingin mengimamkan solat bersama L
very the shahdu and touching!
Oh so sweet :))
*harap ramai lagi pasangan suami isteri di luar sana 
yang sempat solat berjemaah bersama...*

Hari ni tadi, MakLady takde aktiviti penting so apa lagi.....
tonton semula Back to Back TOP drama 
dari episod 1 - akhir (episod 28)
SANGAT - SANGAT SUKA & PUASHATI
(jangan lupa solat waktu - jgn leka..)

Saturday, January 26, 2013

Raja Azmi Nak Nikah Dengan Gitaris Muda

Wowwww.....Terkedu bila baca berita ni...
Raja Azmi 'dihimpit' VIP

Sape tak kenal RAJA AZMI, 54 tahun - Penerbit & pengarah wanita yang BERANI...
Kontroversi demi kontroversi dicetuskan di masa lalu. MUNGKINKAH berita ini akan mengundang satu lagi kontroversi? MakLady harap cukup sampai di sini.... sebab tak lama lagi Kak Raja Azmi kita ni, sudah pun sepakat untuk mengakhiri zaman janda nya dengan seorang anak muda - 27 years her junior!

WOWWW...double WOWWW...
Tabik spring !!! sebabnya dikhabarkan, beliau bakal bertemu jodoh dengan guitaris muda, Hafiz 27 tahun, yang baru sebulan dikenali ketika berkunjung ke sebuah hotel di ibu negara - dimana guitaris itu merupakan penghibur di sana. Khabarnya lagi , majlis bakal berlangsung dalam tahun ni jugak!! Tahniah ~! Moga berkekalan hendaknya. Marilah kita doakan yang terbaik untuk bekas isteri kepada Jailani Sidek ni....

Pasti ramai yang masih ingat tentang titik hitam yang berlaku dalam hidup Raja Azmi dlu. Namun apa yg bakal berlaku dalam masa terdekat ini, diharap mampu menutup segala kontroversi. Harap2 berita ini tidak dilabelkan sebagai HANGAT hangat taik ayam belaka. Berikutan story mory tentang kisah cinta beliau selepas berpisah dengan suami. Sejurus itu, beliau sendiri pun penah dikatakan rapat dengan VIP. MakLady pn penah terbaca dalam blog dan internet mengenai kisah "cinta" yang hinggap di hati wanita gigih ini. Setelah berpisah dengan bekas suami makin laris... kini kisah terbaru ni lebih hebat dari cerita2 beliau sebelum ini.

MakLady pun tak berani nak komen apa2. Ini soal HATI. Cuma diharapkan CINTA beliau kali ni, biarlah menjadi.... Almaklum lah dalam usia senja begini kalau mampu untuk memikat jejaka double your age bukan satu situasi yang lazim. Tapi kita jangan lupa - JODOH kita adalah RAHSIA ALLAH. Tak siapa yang mampu menghalang jika ianya ditakdirkanNya...Tak siapa yang tahu....

Whoever he is - diharap IKHLAS demi ALLAH ingin memperisterikan wanita seusia ibunya. But well... segalanya tak mustahil kerana usia bukan penghalang utk bercinta dan berkahwin.....

From the Desk of MakLady : Teringat akan jodoh seorang nenek berusia 108 bernikah dengan suami yang 78 tahun lebih muda dari beliau sendiri...
Renung2 kan laaahhh...
..

Wednesday, September 26, 2012

A 'Full House' Reunion 25 Years Later

ABC's "Full House"
MUNGKIN ADA ANTARA UOLz YANG MASIH INGAT LAGI 
dengan wajah dan watak2 dlm sitcom yang popular satu masa dulu - FULLHOUSE. 

Mula ke udara di kaca tv pd seawal 1987. Sitcom ni dulu , antara sticom yg mendapat rating tertinggi di Amerika. Menambat hati penonton kerana ianya mengisahkan sebuah keluarga yang pada ML ..typical American family. Macam kita2!! ;))  Masa tu, ML suka tengok FULLHOUSE ni, sebab ada unsur lucu, bersantai, ada masa masalah yang dipaparkan adalah masalah yg selalu ada dlm kehidupan kita. Sedikit sbnyk tu, boleh la belajar.... 

Dari siri tersebut, kita dipaparkan dgn kehidupan keluarga Tanner, melibatkan berbagai kisah dan kereneh ahlinya. Mereka terdiri drp ketua keluarga, Danny Tanner bersama 3 org anak perempuan setelah kematian isteri. Dia meminta bantuan rakan baik, Jesse Katsopolis dan Joey Gladstone utk menjaga anak2 itu bersama. Maka dorg ni pn hidup lah sebagai satu keluarga. 

Berbagai cerita dan telatah anak anak Danny Tanner sepanjang siaran. FULLHOUSE mencerminkan sebuah institusi keluargaan yang penuh dengan bebagai dugaan. Namun FullHouse tetap menjadi sitcom pujaann penonton terutama kehadiran barisan pelakun yang berbakat dan terkenal, pada waktu tu seperti Bob Saget. INGAT sape Bob Saget? Yezzzaa!! Dia lah, Pengacara TV (host) rancangan " The American Funniest Video" . (ingat dah??..)

Setelah 25 tahun dilayar TV - semua pelakun FULLHOUSE telah kembali bersama semula hari ni... Untuk mengingati sejarah pertemuan setelah 25 tahun berlalu. Ada antara pelakun ini berjaya menempah nama setelah pertama kali diperkenalkan, antara nya kembar Mary-Kate dan Ashleu Olsen, si kembar yang berlakun utk satu watak. Mereka disukai ramai ketika tu. Almaklum laaaa.. comel sangat. Walaupn mreka ni, berlakun bergilir2 (sbb sorg ni kan kembar...) tetapi amat bijak dan dapat menjiwai watak sebagai anak bongsu dlm keluarga Tanner.

Selain tu, ada lagi watak dlm sitcom ni. yg mana berjaya memeriahkan lagi suasana kluarga ni, bila siri tersebut dipanjangkan hingga beberapa season. Xsalah pada season ke 6 atau ke 8, si "pakcik Jesse" pun berkahwin dengan Becky Donaldson) dan memperolehi anak kembar ( kembar lagi???....) Tapi kali ni, kedua2 pelakun kanak2 tu, berlakun sehingga usia mereka 2 tahun dimana drama sitcom itu pn tamat penggambarannya. Ketika itu pasangan kembar ni baru berusia 2 tahun...

WAJAH WAJAH : DULU & SEKARANG...
Bob Saget (Danny Tanner)Candace Cameron Bure (D.J. Tanner)
Bob Saget (Danny Tanner)  - si ayah                   Candace Cameron Bure (D.J. Tanner) - anak

Jodie Sweetin (Stephanie Tanner)Lori Loughlin (Becky Donaldson)
Jodie Sweetin( Stephanie Tanner) - anak          Lori Loughlin (Becky Donaldson) - isteri Jesse
Mary-Kate Olsen/Ashley Olsen (Michelle Tanner)
Mary-Kate and Ashley Olsen (Michelle Tanner) - anak bongsu
John Stamos (Jesse Katsopolis)Dave Coulier (Joey Gladstone)
John Stamos (Jesse Katsopolis)                        Dave Coulier (Joey Gladstone)
Andrea Barber (Kimmy Gibbler)
Andrea Barber (Kimmy Gibbler) - jiran & kawan baik DJ Tanner


Blake Tuomy-Wilhoit/Dylan Tuomy-Wilhoit (Nicky and Alex Katsopolis)
Blake & Dylon Tuomy-Wilhoit (Nicky & Alez Katsopolis)

DAN... INILAH GAMBAR TERBARU MEREKA... SETELAH 25TAHUN TIDAK BERSAMA DALAM FULLHOUSE.. - tanpa si kembar Olsen (tidak hadir pada reunion tersebut.)
A 'Full House' Reunion 25 Years Later

Oklah Uolz.. ini lah entry ML yg agak PENUH RUMAH pagi ni...
Enjoy your day :)) Smile Alwayz.. !!
ML Sayangggg Uolz..;))
Jumpa Lagi
ASSALAMUALAIKUM SMUA...

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]