WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady
Showing posts with label Gossip Artis. Show all posts
Showing posts with label Gossip Artis. Show all posts

Wednesday, November 5, 2014

Gossip MeleTop di ChatGroup

Cerita ni sebenar nya dah basi. Semua dah tahu artis/penyanyi/pelakon dan kini, pengacara Primadona - Erra Fazira temui LELAKI baru dalam hidup nya sekarang. Malah kisah Erra Fazira yang ayu jelita ini tersurat di muka depan akhbar tabloid Kosmo! (photo dibawah)
Menjadi topik hangat aritu. Media sosial termasuklah chatroom group whatsapp kekawan MakLady pun sibuk bbual pasal ni...
Rupanya, geng chatroom kami, ada juga peminat Erra! Ada yang suka dan tak kurang pulak yang kecewa dengan pengakuan JUJUR Erra. Kenapa plak nak kecewa? Tanya kami spontan...
Biasa laaa .. the guys dalam chatroom lah yg havoc beebicara. Dalam nada gurau, ada yg ralat ! Kata mereka, kalau lah mereka tahu Erra Fazira memilih Lelaki Biasa sebagai teman baru, pasti mereka ada peluang... * Ha Ha Ha Cuma skrg, dorg gigit jari jer laa yerr... 
Tersenyum sorang MakLady baca dialog mereka. Sebabnya, mereka yang sembang tu sah2 dah berpunya @ berkeluarga. Ngada2 la tewww... Mentang2 Erra pasang badan sejak berpisah - ramai lah nak try market ! 
Kekawan wanita pun tak ketinggalan bagi pandangan, "... respek Erra sebab sekurang kurangnya, Erra lebih bijak memilih.." 
"Dia tak perlu bergantung pada lelaki untuk hidup. Dia cari rezeki sendiri sara diri dan anak.." "hmm.. Ye laa..dia berkerjaya kot ! " 
"Selama ni pun, lelaki yang digossipkan dengan Erra , muda dan bujang! " sahut wakil dari kaum wanita... Hmmm betul gak :) 
Makin riuh rendah ruang chat dengan topik siapa lelaki dalam hidup Erra sekarang. Ha ha Ha.. Padahal Erra belum lagi bagitau status teman baru nya itu. Ha ha ha
Erra seorang wanita yang dah lalui macam2 hubungan. Mungkin dalam menentukan soal hati dan jodoh, dia tahu apa yang dia nak dalam hidup tanpa mencetus fitnah atau mengundang kontroversi. That's why, Erra rela berkongsi status dirinya yang sedang mengenali hati budi seorang - hanya LeLaki BiaSa sahaja katanya :)
Erra pun dah mengaku - lebih rela bercakap jujur sekarang dari esok esok orang dok ngata itu dan ini.  Dari benda yang tak betul diperkatakan - lebih elok empunya diri membetulkan apa yang tak betul. Lagipun, kalau hal yang baik, buat apa nak sorok? 
Walaupun orang diluar sana tak tahu dan mungkin tak nampak. Allah tetap Nampak. Allah kan, Maha Mengetahui :)
Doakan yang terbaik untuk Erra Fazira dan puteri nya. *Aaminn..
Gambar hiasan :
#kredit kepada Kosmo!
www.kosmo.com.my

Saturday, October 18, 2014

Sedangkan Artis Pun Kena Kutuk ...

Artis pun Manusia juga..
Walaupun dipuja, disanjung tak kurang diumpat, dikeji.
Apa saja yang dilakukan menjadi perhatian.

Bila tercetus sesuatu hal yang kurang enak - mula lah peminat atau HATERS gigih menghentam artis dengan kata-kata kutukan sesedap rasa. Seolah mereka ini lupa, yang mereka juga insan biasa. Sama seperti artis. Tak lepas dari melakukan KESILAPAN.  

Malah ada juga kebaikan yang artis2 ini buat pun dipandang serong serta dihentam. Mungkin ini harga yang harus dibayar untuk menjadi tumpuan. Namun, artis juga insan seperti kita, punya perasaan bila dilayan sebegini. Bayangkan Jika KITA di tempat mereka! Jika apa kebaikan yang kita buat dikutuk dan difitnah dengan apa yang kita tak buat? 

Perlu ke kita berdiam atau risau dengan apa orang nak kata pasal kita?

Pada MakLady (bukan seorang artis), selagi kita tidak melakukan perkara yang diperkatakan - tak perlu lah nak risau apa orang kata atau kutuk kita. Peduli kan... JIKA KITA DI PIHAK YANG BENAR... tak perlu lah nak melenting. InsyaALLAH - satu hari kebenaran akan terserlah. INGAT, setiap perbuatan mereka pasti dpt balasan dariNya. Kita buat Baik pasti dibalas Baik ... itu janji ALLAH!

Peringatan untuk Semua dan diri MakLady juga  : Memang sedap bila kita duk ngata orang itu, orang ini. Orang tu betul, orang itu salah, Nampak kita saja yang baik, kita saja yang bagus! Tapi kita selalu lupa yang bilamana kita menuding jari telunjuk kepada orang... ada 4 jari lagi yang menunjuk kearah kita. 

Sesungguhnya 4 jari tu akan tempias pada kita - Kalau tak kita, anak kita. Tak anak kita, adik bradik kita. Tak kena kat adik bradik, kena kat org tersayang, mungkin. Allahualam. Maka berhati2 dgn kata mengata ni.. Esok2 apa yang kita kata, kena balik kat diri kita dan keluarga! APA MACAM?

Subhanaallah.  
Mohon dijauhkan sifat sebegini dalam diri kita. Aminn...
*Munasabah diri. assalamualaikum :)

Thursday, January 2, 2014

Dont Play With People's Hearts, Feelings & Emotions



Masuk hari ke 2 kita di tahun baru 2014

Terpanggil untuk komen sedikit tentang apa yang ML baca dalam artikel mengenai seorang pelakon lelaki yang di cop sebagai "player" dengan cinta 'touch & go'. Sebenarnya bukan niat ML nak menghentam si pelakon ini. Bukan juga untuk menghukum beliau. Apa yang dilakukan memang salah tapi hanya DIA dan pelakon dan mereka yang terlibat sahaja yang tahu. Jadi kita tak de hak untuk cakap itu ini. Sebab kita tak berada di tempat mereka. Maaf ini sekadar pandangan ML sahaja. 

ML hanya berharap, pihak pelakon ini lebih berhati hati dalam apa jua tindakan kerana ANDA public figure ! Tindak tanduk anda menjadi ikutan dan pemerhatian masyarakat. Cuma apa kita sebagai org luar, harus anggap apa yang berlaku ke atas diri beliau sebagai contoh atau ikthibar yang boleh kita fikirkan bersama. Yang baik dari ALLAH dan yang buruk nya dari kita sendiri. 

From the Desk of MakLady...
Sikap 'player' ni tidak sepatutnya wujud dalam diri kita. Tidak patut ada istilah sebegini semata mata melabelkan seseorang. Sikap begini harus dikikis terutama jika melibatkan perasaan. Melibatkan hati. Melibatkan maruah dan juga keluarga mereka yang sekeliling...


Berfikir sebelum bertindak ! 
Usah permainan kan perasaan wanita/lelaki lain. 
Kerana kepada mereka ini, *Tak kira la lelaki ke perempuan ke, ML nak pesan lah. 

Baik2nya sang 'players' ni , berfikir sejenak sebelum bertindak dengan aktiviti social ini. Ke mana arah tuju jika ANDA bersikap begini? Kepuasan dunia mungkin.. tapi what about hukum ALLAH?

Kerana sebagai orang Islam, kita harus percaya pada pembalasan. Kalau kita buat baik, pahala dan ganjaran yang baik akan menanti kita. InsyaALLAH. Sebaliknya, jika kita berlaku tidak baik dengan orang lain, terutama sikap yang sebegini, INSYAALLAH juga ALLAH janjikan habuannya pada kita. 

Put it this way. Kepada mereka yang bercita cita nak jadi PLAYER ni, atau nak jadi jaguan dalam mempermainkan perasaan orang lain - TOLONG LAH beringat... bahawa.. ANDA juga pasti ada adik perempuan, ada kakak perempuan malah ada saudara perempuan yang bakal tempias (kepada Players yang lelaki )

Kepada kaum perempuan yang bersikap begitu (ada jer player among ladies ni)  ML nak minta kasi sedar sikit bahawa apa saja yang kita lakukan selagi bernama manusia - sama saja hukum nya dengan kaum lelaki. Malah kalau yang melakukan ini, terdiri dari mereka yang sudah bersuami, lagi parah. Insaf2 lah. 

Setiap jenis perbuatan yang negatif (melibatkan permainanan @ player )  samada dengan niat yang baik maupun sebaliknya. ADA GANJARAN menanti. 

Mungkin sekarang ANDA berseronok menganayai orang. Mengaibkan keluarga mereka, Melukakan dan mempermainkan perasaan mereka. Anda mungkin tidak merasa apa apa sakit, bila anda berada di pihak yang menganiaya. Tapi percaya lah ~ esok lusa mungkin ahli keluarga anda pulak akan menerima nasib yang sama malah MUNGKIN lagi dasyat lagi dari apa yang kita lakukan. 

Maka sempena tahun baru ni, tanam lah azam untuk menambahkan saham kita di akhirat. 

* lazim mereka ini selalu berkata... TIADA NIAT ... tapi hakikatnya ianya tetap dilakukan dengan membawa kepada keaiban kepada individu dan keluarga.*

Monday, August 5, 2013

Rosnah Mohd Noor Meninggal

Al Fatihah
Rosnah Mohd Noor

Shahdu, sayu, sedih....
Mungkin tak dapat menyamai perasaan MakLady bila mendapat berita ini...
Tidak terbayang oleh akal dengan apa yang dilalui oleh ahli keluarga arwah ketika ini...

Takziah dari jauh buat mereka...Al fatihah buat insan yang pernah menyerikan dunia artis satu masa dulu.
Masih Maklady ingat arwah yang mempunyai bakat berlakun yang menonjol, sehingga sempat berlakun dalam beberapa filem disamping memenangi award atas usaha lakonan beliau.

Kalau ada yang masih ingat ~ arwah mula berlakun dalam tahun 1980an. Pernah berjaya merangkul Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem ke 5 melalui filem Di Ambang Kasih

Meninggaldunia pada petang semalam akibat barah payu dara yang dialaminya hampir 3 tahun. Beliau meninggalkan 3 orang putera puteri hasil perkahwinan dengan bekas suami, yang juga seorang artis, Iwan dan seorang usahawan (suami kedua).

Kepada keluarga terutama anak2 arwah, diharap mereka tabah menerima suratan takdir. Tabahkan hati , sabar dengan ujian yang maha hebat dikala mereka masih memerlukan seorang anak, ibu dan ahli keluarga tercinta.

Tambah pulak, dengan kehadiran Syawal tak lama lagi. Meruntuh hati anak bila ibu tersayang pergi buat selamanya mengadap Illahi disaat-saat umat lain yang teruja menyambut Aidil Fitri.

AL FATIHAH...

Saturday, August 3, 2013

Sambungan cerita " Adam dan Hawa " difilemkan

Assalamualaikum Peminat Adam dan Hawa

Pekabar Semua Pembaca Kesayangan MakLady :)
Selamat Berpuasa dan kepada anda yang merancang untuk
pulang ke kampung halaman pada hari raya ni - Selamat Balik Kampung!
terutama yang menggunakan pesawat ~! Masih ingat kah pada pilot yang bernama
ADAM MUKHRIZ ...
Gambar dari FB Adam & Hawa :
Adam Mukhriz dan Ain Hawani dalam Adam & Hawa
Melihat akan gambar ni pasti - ada yang rindu pada mereka ;))
Kepada peminat Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa, jangan risau. Menjelang Syawal dikhabarkan berita baik: 
Tak lama lagi - lepas raya ni khabarnya - Nak dilangsungkan penggambaran SAMBUNGAN dari siri drama yang meletop letop ni, Adam dan Hawa dalam bentuk filem pulak. Khabar nya filem ni adalah adaptsi dari novel kedua penulis asal novel Adam Hawa - Aisya Sofea. MakLady tak pasti sebab tak baca lagi novel Adam dan Hawa yang ke 2 ni. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal novel terbaru, jangan lupa check my next entry k ;)

Namun begitu, dengan adaptsi baru ini, diharap para pelakon dapat memberi komitmen mereka seperti di dalam drama. Almaklumlah, bukan senang nak berlakun filem dari drama .... Itu kena amik kira juga, tapi apa yang best pada filem ni nanti, turut dilakonkan oleh pelakon2 yang sama dalam siri tersebut. Maka peminat dan penonton dapat menghayati cerita dengan baik. Dari situ juga, diharap tidak membawa banyak perbezaan bila dipertontonkan nanti kepada umum. 

Menurut sumber Adam & Hawa di Facebook ni, filem kali ini akan diterbitkn oleh Global Station dan dijangka akan mula sessi penggambaran nya pada 1hb September nanti. Filem Adam dan Hawa ni akan membawa pelakon nya ke lokasi menarik disekitar KL dan New Zealand! Bertambah tak sabar rasanya ML nantikan. Apa sudahnya cerita Adam & Hawa kali ni - Apa dorang buat kat NZ nanti? Apakah yang bakal berlaku dalam rumahtangga mereka kali ini? Tak sabar juga nak tengok anak mereka membesar ! Dah terbayang2 la kemesraan mereka terserlah dengan kehadiran baby ...

Inilah akibat nya jika sinopsis cerita masih samar2...Pasti peminat ternanti2 akan sipnosis Filem ni. hehehe (but dont worry, akan diberitahu pada entry akan datang  yerr...) 

Sebelum tu, mari kita semua ingat semula episod akhir Adam dan Hawa yang mana, Ain selamat melahirkan baby dan mereka bahagia kini dengan kasih sayang. Pasti juga peminat mcm ML ni , tak sabar nak saksikan kemesraan Ain dan Adam diharap tetap ditonjolkan dalam filem nnti. ML rasa, ramai lah peminat wanita Adam ternanti2 dan rindu nak tengok aksi keromantikkan Adam terhadap Ain. Yang pasti juga, dalam filem itu nanti, mungkin ada adegan atau jalan cerita yang mungkin memberi impek kepada semangat para peminat Adam dan Hawa untuk memenuhi panggung bila ianya ditayangkan nanti.

Kepada semua crew dan para pelakon, doa ML agar sukses dalam usaha kalian memberi komitmen dan tenaga dalam menjayakan pembikin filem kesayangan ramai. Kepada Nadiya Nizaa dan Aaron Aziz - good luck on the set~! see u soon di layar perak :)

Sumber: Terimakasih kpd FB page Adam dan Hawa 

Thursday, August 1, 2013

Block The Date : Setia Hujung Nyawa Raya 2013

Salam Setia Hujung Nyawa Raya 2013

Kecoh sejak minggu lepas lagi bila, peminat Setia Hujung Nyawa diberitahu akan rancangan pihak penerbit dengan tayangan drama kesayangan ramai ini - yang akan dihidangkan sempena Raya Aidil Fitri nanti.

Masing2 sibuk meng"update" VC yang dah meletop2 kat bawah ni.....untuk tonton rakan dan peminat Setia Hujung Nyawa terutama bila Zain wat Gyiomi... Cute gilerrrrr :)) Cair si Er dengan gelagat si suami ni. Tak caya? tengok sendiri....
Ok.. masih bercakap pasal drama edisi raya ni, walaupun masih tiada sinopsis tapi MakLady pasti ramai yang tak sabar nak tengok Elsalina yang mengandung anak sulung mereka. Yang pasti juga lah, El bakal berdepan dengan kerenah suami kesayangan, Zain menjelang raya. Pasti ada yang kalut dengan mereka ni kan. Romantika mereka bakal disaksikan dengan adegan yang mendebarkan... itu sudah pasti!!

Kepada peminat Ersalina & Zain, jangan lupa BLOCK THE DATE & TIME - utk tonton Setia Hujung Nyawa Raya :)
Salah satu adegan menarik dalam Setia Hujung Nyawa Raya
(kredit kpd pihak Suhan Movie)
 Untuk tengok mereka dalam SHN boleh KLIK KAT SINI JUGAK YER :) & TERKINI - Klik SINI jugak !!

Monday, July 29, 2013

Ras Adiba Radzi Nikah Jejaka Idaman


Masih ingat tak dengan Ras Adiba Radzi? Bekas Pengacara TV3 yang berusia 45tahun ini, pernah gemparkan dunia penyiaran bila mengalami kecelakaan yakni lumpuh dari paras pinggang sejak beberapa tahun lalu.

Pada hari ini plak, MakLady baru dapat khabaran yang beliau telah pun melangsungkan majlis pernikahan dengan lelaki idaman nya, Ilias Yaakop (45tahun) kira kira jam 6.10 petang semalam. 

Tahniah Ras Adiba! Selamat Pengantin Baru! 

Majlis perkahwinan serba ringkas di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dihadiri oleh rakan dan keluarga rapat kedua belah pihak.  Alhamdulillah...moga perkahwinan ini membawa 1001 kebahagiaan dan kesejahteraan yang diimpikan Ras Adiba dan pasangan. 

MakLady doakan Allah rahmati mereka dan kekal jodoh hingga ke Jannah. Aminnnnnn...


Sunday, July 21, 2013

Gambar : Ashraf Muslim menikah di Thailand

Gempak!
Sekali lgi dunia artis digemparkan dengan photo yg menyiakan majlis pernikahan Ashraf Muslim dan isteri ke dua, Wan Shakinah berlangsung baru baru ni.
Makin kecoh juga di kalangan peminat yg xsuka dgn sikap kedua pengantin baru ini, memuat turun gambar seakan tidak peduli dgn perasaan keluarga dan isteri pertama.
Pada apa yg MakLady baca, ada yg berpendapat bahwa, wlu pun mereka dah sah jdi suami isteri, adalah lebih bijak jika pengantin yg berkahwin di Thailand ni, "duk diam2"... tanda menghormati pihak isteri yg telah dimadukan.
Alahaiii.. org tengah bahagia. Mana ada masa nk fikir hati insan2 yg mungkin terluka dgn tindakan kita.
Dalam kes gambar yg tersebar ini, patutnya si suami kena lah lebih ariff untuk menjaga juga hati isteri pertama. Dah la diri dimadukan tanpa rela... tot tot ada plak gambar pernikahan yg lengkap berinai berseri berbagai, seperti telahpun dirancang terlebih dlu.
Bukan MakLady nk pihak sape2,  sbb pada pandangan org yg terpelajar mcm Dayana, semestinya dapat mengukuhkan lagi teori - tentang apa dilakukan oleh suami telahpn terancang. Bnyk kan bersabar. InsyaAllah.. ada hikmahNya.
Harus ingat - Suratan Takdir. Wajib diterima. Tapi apa yg telah kedua mereka ini rencanakan dibelakang Dayana, amat dikesali tpi jgn kuatir. Allah kan Maha Adil.  Walaupun Ashraf yakin dia bleh adil...
Apa yg penting, masing2 kena lah sedar kedudukan diri. Baik suami maupun isteri2. Tanggungjawap suami amat berat! Sebaiknya, kita sama sama doakan yg terbaik utk Ashraf dan Dayana.
Pada si Wan Shakinah ni plak; MakLady harap sgt la..jaga suami dgn sebaiknya. Yelah, dah bermati matian mengugat umahtangga wanita lain. Buktikan lah niat nak bermadu. Jangan plak nak bolot sorang2 ye dik! Kena la sedar diri jdi org kedua dalam hidup seorang suami...
InsyaAllah... selamat dunia akhirat :))

Thursday, July 18, 2013

Hati Noor Dayana Diluahkan dalam Puisi


Assalamualaikum Wahai Pembaca Semua..
Salam Ramadhan to ALL

Bukan untuk mempertikaikan hukum hakam. Bukan untuk menegakkan semangat Wanita. Maupun bukan untuk menyoal akan tindakan kaum SUAMI terhadap Isteri.... 

Tetapi... untuk memahami lebih dekat lagi hati seorang wanita, isteri dan anak yang mengharungi dugaan terhebat dalam kehidupan .....
Gambar Perkahwinan Ashraf Muslim & Noor Dayana
disini, ingin juga ML kongsikan rasa dari nukilan Puisi hasil luahan hati Noor Dayana Isteri Ashraf Muslim yang dikongsi di FB beliau .....

Tak usah bicara tentang payung emas

Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah


Tak usah bicara tentang zuriat

Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia

Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb

Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan

Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia

Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…

Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…

Ashraf tipu Dayana
Gambar Ehsan dari Berita Harian
Asraff ketika keluar dari mahkamah kelmarin
bersama Dayana . Gambar kecil adalah Madu Dayana
Sekian yang mampu diluahkan oleh Dayana... sesungguhnya ALLAH maha mengetahui segala hikmahNya. 

Friday, July 12, 2013

Siapa Heroin yang Serasi dengan Adi Putra ?

Assalamualaikum Semua...

Untuk Peminat Setia Adi Putra ( U know who U r ;))...
MakLady create entry kali ni khas buat ANDA , peminat tega Adi Putra. Termasuklah my BFF yang tak mahu dikenali ( hehehe... kelas akakkk...;) Sebagai menunaikan permintaan peminat yang sorang ni -- yang terOver minat pada Adi Putra -- yang tak habis2 dok kerap bual pasal Hero Idaman Malaya ni. Mak Lady tulis lah ntry yang bakal menentukan siapa Heroin pada pandangan mata peminat Adi Putra sendiri.

Seperti kami bualkan, pasti ada sorang artis ni yang kitorg rasa amat sesuai jadi heroin Adi Putra. Siapa dia? hmmm... ader lerr... :) Namun, MakLady rasa pasti citarasa peminat Adi Putra lebih ariff untuk tentukan "SIAPA" their favourite heroin, betul tak?

Siapa pasangan heroin yang pernah digandingkan bersama, dibawah ni, yang korg nampak Serasi? Sweet ke tak? Well... selama ni hanya 3 orang artis wanita yang sempat Maklady ingat !! Mereka ni, bukan saja sweet tapi popular dengan talent mereka. Tak caya? Cer Cuba Pilih antara Heroin2 (gambar di bawah) yang penah berlakon dengan Adi Putra...

YANG MANA SATU pilih anda? untuk digandingkan dengan Hero Paling Hot Di layar Perak atau Drama TV..
Photo: Ulangan drama SEHANGAT ASMARA  jam 6 petang sekejap lagi di kaca tv anda semua di Astro Ria 104 :)
Chemistry yang kuat bersama Rita Rudaini ... dalam Sehangat Asmara

Photo: Rindu #papaehsan #iffa ? Tonton ulangan di Tonton.com...nak tgk ulangan di dailymotion tak dapat sebab primeworks dah delete semua video episod2 #teduhankasih ..
Gadingan yang menarik : Sherry Ibrahim dalam Teduhan Kasih


Ady Putra berganding dengan Nora Danish dalam Aku Terima Nikahnya

So what say U? Pada pandangan korg la, siapa antara wanita ni, amat sesuai utk jadi Heroin Adi Putra...? Kenapa plak pilih sidia??  Atau korg ada senarai pelakun wanita lain: yang korg rasa lebih sesuai digandingkan dengan Adi Putra .. JOM share kat sini :))

Tuesday, July 2, 2013

Comeyy nye Fazura bertudung

Gambar Fazura Bertudung Labuh
Tambah Comeyy bila Fazura bertudung...
Alhamdulillah ...

Monday, July 1, 2013

Teduhan Kasih : Kena Layan sebab Papa Ehsan :)

Assalamualaikum Semua
How was your weekend dear :))

Hope .. everything was Ok ..As for me - weekend was Hectic but yet very EXCITED with my short course @ Bengkel Intensif Penerbitan Filem Pendek. Oh yeaaa..im trying my idea on the subject. Maaf lah, next time kita cerita pasal bengkel tu k. Excited coz dapat blajar benda baru dan dapat tengok ending the CJP
tambah pulak bila teringat akan kesudahan cerita di mana si Lea kembali ke pangkuan Kalil. They got married and live happily ever after mcm cerita Cinderella ...Makin ceria lah hari Isnin korang kan... ;))

NOW - Hari ini,
MakLady nak tanya soalan yang sama...
Dah ready ke nak tonton episod seterusnya....

Dari apa yang kita tonton minggu lepas, 
Ehsan dan Ayu didapati berada di dalam sebuah bilik hotel... 
Semua angkara si Ayu yang dibantu oleh setiausaha nya
Ketika Ehsan mula sedar, si Ayu skit punya pose kat sudut bilik
" ahhh...saya ternoda rupanya...:" mungkin itu dialog Ayu kotttt..
arrrggg gedixxx nya ayu ni. sanggup trap ehsan 
semata mata nak merampas kebahagian Ifa...
Poster Teduhan Kasih
dari TV3

Xmo cakap banyak .- nntikan episod teruja malam ni...
Mampu ke Iffa menerima dugaan ini?
Apakah mampu mereka
berteduh dalam kasih yang abadi?

Friday, June 14, 2013

Berbuka Puasa Bersama Adi Putra.

Tak lama lg kita akan jumpa bulan Ramadhan. Maka dlm masa kita sibuk berpuasa, pasti dah rmai yg dok wat macam2 plan...

Selain dr niat utk jalani ibadah dan amalan yg mulia di bulan Ramadhan ni, trmasuk amalan berterawih di mesjid2, ada juga yg berura ura utk banyak kan amalan kearah menguci diri. Memangpun dituntut utk buat amalan yg baik sepanjang bulan semampu yg boleh...

Termasuk menghadiri majlis berbuka puasa. Xkira la kat mesjid, surau maupun di rumah. Janji harus amalkan dgn jalan yg diredhai. Ape jua niat di bulan puasa nanti harus betul...tau.. ;))

Begitu jugak la dgn acara demi acara yg bakal berlangsung sepanjang Ramadhan nnti oleh hotel2 maupun arena medan selera dan restoran. Contohnya. Majlis Berbuka Puasa bersama Adi Putra yg akan diadakan di restoran Bora Ombak pada hujung minggu kedua puasa!!

Sambil itu jamuan ditempah utk bersama anak anak yatim. So jgn lupa hiburkan mrk kerna mrk juga nikmati rahmat dibulan puasa nnti....

Ps: haaaaa... maklady nmpk rmai pulak Ladies yg dh start beli barang utk sambut puasa...amacam?? Dah ready ke....huhu

Apepun, jgn lupa.. Wat temujanji dgn Adi Putra. Sambil berbuka puasa bersama, dapat kenali Hero Teduhan Kasih ni.

Selamat Berpuasa Uolz ;)

Tuesday, June 4, 2013

Seniman S. Shamsuddin Meninggal Dunia

Al Fatihah...
Takziah Buat Keluarga Pak Sudin di Singapora, atas kembalinya kerahmatollah pada jam 10.46 pagi tdi. Berita kematian beliau diterima dengan redha oleh semua peminat Filem melayu dlu dan kini di Malaysia melalui twitter Astro Awani.

Bismillahirahmanirrahim
AL FATIHAH...

Hari ini, Kita kehilangan seorang lagi Seniman Veteran yang banyak memberi sumbangan dalam dunia filem melayu. Allahyarham S. Shamsuddin yang berbakat besar, sering digabungkan bersama rakan sepejuangan yang hebat seperti Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Biduanita Negara Allahyarhamah Saloma, Pak Aziz Satar dan ramai lagi artis veteran ketika di Jalan Ampas lagi.

Segala filem Arwah masih segar dalam ingatan. Malah baru semalam sahaja ulangtayang filem Bujang Lapok. Infact, anak bongsu MakLady ade bertanyakan pada nenek nya..."Tok Mama, Pak Sudin ni ada lagi ke?". "Isshhh...Adalagi laa..tapi dengar cerita dia tak berapa sakit..."jawap si nenek. Tapi ketentuan Allah Pak Sudin yg masih ramai peminat ini, kembali mengadap Ilahi ketika berusia 84 tahun. Moga rohnya ditempatkan diantara mereka2 yang beriman disisi Allah swt.

InsyaAllah, Pak Sudin tetap kekal dalam ingatan generasi akan datang. Pergi mu sebagai Lagenda Bintang Filem Komedi yang sukar dicari ganti.

Sunday, June 2, 2013

Remy Ishak Masih Sayangkan Tizz Zaqyah ??

Assalamualaikum 
Terutama peminat setia 
Remy Ishak & Tizz Zaqyah
Photo
Remy Ishak & Tizz Zaqyah dalam CINTA JANGAN PERGI
Dah lama dah kita tahu yang mereka berdua ni - 
NO longer BerKasih atau berCinta ~! 
Tapi apa yang diharapkan oleh keduanya adalah..... 
CINTA  JANGAN PERGI

Actually, MakLady tak selesa nak "sohseh" pasal kisah peribadi mereka. TAPI izinkan MakLady mengimbas keindahan cinta "sepasang kekasih" yang terbukti WOWWW ini...!! As I saw them from their movie & drama, It was a REAL thing! Real feeling of loving couple! Seolah olah kita melihat kecintaan mereka amat ikhlas dan tulin! MUNGKIN itu jugalah yg membuat mereka tertarik pada masing2 lalu bercinta sebelum ini?? 

Apa yang Pasti - ramai yang akan setuju dengan MakLady - yang Tizz dan Remy sememangnya pasangan kekasih yang secucuk walaupun di dalam drama ~ Buktinya, drama Nur Kasih meletop Uolz !! Korg tentu masih ingat drama NUR KASIH yang memperlihatkan kemesraan mereka sebgai mana kehendak skrip itu sendiri. Keserasian dan didorong dengan hadirnya Bunga Dalam Taman ketika itu pula, sekali gus mewujudkan kemesraan yang tulus ikhlas. Fenomena Nur Kasih yang berjaya memikat hati penonton dan peminat mereka terus jatuh hati dengan hubungan itu..... 

Setelah menonton drama terbitan TV9 kali ini, MakLady dapat melihat - masih ada keserasian atau chemistry antara mereka. Masih jelas terpancar. Masih segar. Memang menjiwai sungguh! Seolah mereka bukan sahaja berkasih sayang malah merealisasikan jiwa dan perasaan masing2 menyusuk ke jiwa kita... .

Ewwwaahhh... dah macam pakar hubungan plak MakLady ni kenn....ha ha  *Cuma MakLady tak pasti samada ketika penggambaran drama CINTA JANGAN PERGI ini, mereka masih ON atau tidak....

Seperti manusia biasa, mereka merancang tapi ALLAH swt yang menentukan. Walaupun kini mereka tidak lagi bersama nescaya sedikit sebanyak bila menonton drama tersebut, terdetik juga dihati mereka akan memori indah bersama... Mungkinkah selepas episod malam ini... Remy akan ucapkan kepada Tizz - seperti watak Kalil mengungkap kata kepada Lea tadi dalam Cinta Jangan Pergi...?? Itulah sajian kecintaan yang ingin diperlihatkan dalam drama 26 episod yang menjadi pilihan MakLady saban minggu ....*

..."Cinta kita bukan lah cinta semusim. Kita ditakdirkan untuk bersama selamanya..."

HHmmmm....Manalah tau - jodoh itu kan Rahsia ALLAH swt. huhuhu
(maaf jika kenyataan MakLady ini akan buat pihak2 diluar sana tak senang hati. Namun apa yg MakLady harapkan, ianya tidak diambil kira secara serius kerana ini adalah pandangan MakLady semata2. Tiada apa niat kecuali mendoakan yang TERBAIK UTK mereka. Doa MakLady agar keduanya - sukses sbb kedua2nya my Favourite !! love uolz  :))

Saturday, June 1, 2013

Button Badge Running Man

Assalamualaikum..
Dan Salam Sejahtera.
... Rakan Bloggers, Followers,
BlogReaders dan SEMUA rakan Readears - Blog Dear Lady ni..
#^_^# pekabar? Harap sihat. Yang stay kat oversea - tak kira lah kat mana anda brada, MakLady doakan, anda dipelihara dan dilindungi Nya slalu. Kuatkn semangat! INGAT! Walaupun jauh di mata, anda pasti sentiasa di hati keluarga dan teman di sini. #^_*#
Xcaya? Cer tanya "Running Man"...
Mereka di Korea tapi tetap di hati peminat mereka...
ahh...gitu plak ? Tetiba plak RM jadi contoh nye... Hahaha
Motif ?? Hehe
Sebenarnye, nak share pasal Running Man nye Button Badge...
Yeehaaa... Dah ada dalam pasaran Uolz ("_") Semua button badge ini direka khas untuk peminat Running Man. Setidak tidaknya, inilah bukti setia, sayang dan minat anda kepada mereka. Jauh dimata tapi dekat di hati ( bila bawa button budge ni, ke mana saja.. )
Cuba tengok gambar dibawah. Sweet tak kakTon? Comey Tak kakTon? ... INI Baru sebahgian dari rekaan yang ada! Boleh pilih mana yang suka. Kalau berminat boleh je terjah kat SINI


Tuesday, May 28, 2013

Bila Ustaz Azhar Idrus Kahwin Lagi..

Assalamualaikum
Rata rata, masih ada lagi komen yang ngata perihal UAI yang menikah isteri No 3 nye baru baru ini. Dah jodoh dan takdir UAI nikah dgn gadis 26 tahun sebagai isteri termuda beliau. Siape kita nak ngata ape ape lg??
Kat FB, twitter, blog entah mcm2 pandangan yg diterima. Ada yg ucap tahniah, ada yg terima serta doakan yang terbaik. Itu yang seharusnye. Tak kurang jugak, MakLady baca, yg kurang senang dgn menyoal tujuan UAI perlu kawin lain? Ada tu plak yg bagi komen agak pedas terhadap penceramah bebas yg telah pn beristeri 2 sbelum ni.
Ya Ampunn...kenapa jdi mcm tu?
Mak Lady yakin UIA dh wat solat istiqharah sblum dia cadang nk nikah sorang lagi. Dapat plak kottt. pertunjuk dan ketentuan dari Allah swt untuk tambah qoata. Alhamdulillah..
Selain jodoh Mak Lady pun nk tumpang komen. Mungkin juga  dugaan Allah pada UAI dan isteri2nya. Nescaya pada pandangan MakLady jugak, UAI telah menilai dan terlebih maklum akan dosa, pahala, hukum hakam, bila bab ada bunga dalam taman ni. Jadi, bila berkenan di hati UAI akan si dara ini, lebih baik dijadikan isteri yang halal. Takut difitnah kelak.
Lazim sbagai Lelaki, Bila kaya harta dunia akhirat mula la datang sikap pemurah. Nak kongsi bersama sama. Tak kira la, adil ke tak pada orang keliling.  Selebihnye, kita kata TAKDIR MEREKA..
MakLady ucap Tahniah kpd isteri tua dan isteri tengah UAI yg meminang dara sebagai madu mereka. Bagus ape!??! Bukan semua wanita layak dapat Payung Emas tau! Inilah dugaan Allah pada hambaNya yg beriman!
Kepada org lelaki kat luar sana yg bercita cita nak bukak cawangan pasti senyum lebar. Memang la, Ada hikmah atas Jodoh yang Allah beri. Tapi...Jangan pulak sekadar tambah isteri ikut Nabi. Kena jugak tau tanggungjawab.Kena bersikap Adil, tau hukum berpoligami macam UIA...
MakLady rasa, UAI takda masalah dlm hal tu. Kan, dia slalu cakap bab ADIL dalam ceramah. Tips yg dikongsi bersama nye, sedikit sebanyak melambangkan UAI mampu praktik kan sikap sikap mulia, setia dan adil terhadap isteri2 beliau.
MakLady yakin ustaz Youtube ni boleh je bersikap adil dgn hubungan kekeluargaan walaupun stelah menjadi suami kpd ke 3,3 isteri2 nya.
Lagipun baru 3orang isteri. Qouta 4 org msih mampu diisi. Tambah plak UAI dilihat mampu dalam segi fizikal, mental, zahiriah dan batiniah, klu tak, takkan UAI mampu yakinkn isteri2 nya menerima jodoh yg ke 3 ni, ye tak?? ;)

Tuesday, December 11, 2012

Kecoh Pasal Uniform Farid Kamil !!


Credit : Bliss Candid Photography

Assalamualaikum Semua....

Aduhaaaaiii
Cian nya ML tengok pasangan pengantin baru ni....
Belum pn puas menikmati suasana PENGANTIN BARU...
dah timbul plak KONTROVERSI pasal pakaian masa bersanding tempohari.

... (maaf rasanya mrk dah puas & bergumbira 
dgn berita si isteri sudah berbadan dua
 ~ alhamdulillah Bunting Pelamin kata nya..) 


ML rasa ramai pn dah tahu pasal isu ni. Sejak Hari Ahad lalu dah diperkatakan. Apa yang ML nk ngomel kat sini bukan la nak tokok tambah isu yg ada. Bukan pn nak tunjuk bijak pandai mengenai isu menggayakan pakaian seragam atau UNIFORM anggota keselamatan. Tetapi, dalam hal Farid Kamil khasnya, ML rasa beliau lebih bijak dalam mengadakan majlis persandingan jika inginkan kelainanan.

Pada dia, mungkin sbb dia ni ICON PDRM, maka dia mampu mengadakan majlis ala ala GAH dgn "sword barrier" bersama anggota PDRM. Mungkin juga disebabkan teruja dgn perkahwinan dan berita kehamilan isteri, dia alpha pasal AKTA tertentu. Setahu ML la, dari dulu lagi dah ade AKTA ni. Org awam pn ramai pn yg tahu ~ tambah2 bila dah biasa dgn kehidupan mrk yg di dlm pasukan keselamatan ni.

Ada juga org awam yg ingat boleh saja hentam keromo bila nak kenakan pakaian seragam Tentera maupn Polis. Sebenarnya kalau nk ikutkan, pakai baju coloreng yang anak muda kita suka pakai utk santai pn, dikira SALAH tau...Boleh didakwa tau...!! Klu tak faham dan tak tahu pn pasal AKTA, boleh rujuk pd Kementerian maupn boleh je Google sendiri.

Bukan ML nak menakut2kan korg! INI FAKTA ~dlm akta tersebut ada menyebut pasal "salahlaku @ salahpakai" atau memperagakan pakaian anggota keselamatan yang berkenanan tanpa mendapat kebenaran dari pihak Kementerian boleh didakwa dan diPenjarakan !! Ayooo yooo..kara waleeyy. Jangan wat main2..

Tambah plak kita perlu menghormati org lain yg mungkin akan tersinggung dgn perbuatan kita.
Bukan ML nak backing abang2 tentera atau bapak polisian yang marah dengan tindakan Farid Kamil ni, cuma ini bukan isu peribadi mereka tapi ini merupakan satu kesalahan yang tak sepatutnya dilakukan oleh orang awan walaupun Farid Kamil sendiri. Ini seperti mempersendakan kehormatan yang diberikan kepada anggota dan pegawai pasukan keselematan itu sendiri! Kita pn tahu, bukan senang tau sesorang anggota utk sampai ke tahap pegawai yang DITAULIAHkan oleh Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong! Bukan calang calang org leh bagi pangkat, darjat dan anugerah dlm TENTERA dan POLIS DI RAJA ni.

Mungkin ini juga salah satu perkara yang dipertikaikan oleh anggota keselamatan dlm isu Farid & Uniform ni. Segala kehormatan diperolehi dengan penuh disiplin dan dengan rasa hormat mereka laksanakan amanat. Termasuklah terhadap tata rias pakaian ketenteraan maupn kepolisan itu sendiri. Contohnya, pangkat maupun anugerah "wing" kepada anggota. Ingat org awam boleh beli kat kedai dan tampal kat baju , Suka Suka ke?? hmmm No! No Way hozzzeyyy... Semua tu diperolehi dengan usaha dan tanggungjawab.
Farid Kamil dan Diana Danielle
Let's Kiss & Make Up
ML harap di masa hadapan, jangan ada lagi artis atau pn celebriti yang melakukan perkara seperti isu pakaian seragam (tak kira la TENTERA atau POLIS maupn perkhidmatan awam yang lain) Sebelum nak adakan ssuatu PIKIR dulu. Bertindak dengan bijak. Kalau nak adakan ssuatu yg LAIN, jangan lupa utk mohon pada pihak tertentu utk kelulusan terlebih dahulu.Tak salah jika kita saling hormat menghormati...

* suka tengok adat istiadat ketenteraan ~ seolah mengimbas nostalgia...huhu ;)

Wednesday, August 8, 2012

Boikot Mangga Sudahnya..

ASSALAMMUALAIKUM 
kkwan bloggers semua...

Mohon dari pihak
agar kita SEMUA amik ikhtibar 
dari pengharaman ini. (Sila lihat gambar dibawah)

Sebagai umat Islam, harus terus menerus memboikot mana2 majalah
dan penerbitan yang tidak peka dan tak menghormati hukum 
dan kehendak syariat agama Islam. Tambah lagi, jika perkara 
yang dilakukan amat bertentangan dgn ajaran Islam....
(spt yg disebut oleh Jabatan Mufti Negri Kedah Darul Aman)


BOIKOT MAMPU HALANG MEREKA INI??
(ADMIN amRF) 
Sebarkan !
Majalah MANGGA telah difatwakan HARAM oleh Jabatan mufti Kedah Darul Aman. Jom boikot dan kempen. Benda haram ni jangan dibiarkan berleluasa.Mungkin ada yang beranggapan bahawa perkara ini kecil, tapi sebagai umat Islam 
yang mematuhi saranan Nabi saw yang menyuruh kita mengubah kemungkaran jika terlihat mengikut kemampuan kita, apakah kita harus berdiam diri ? 

Tuesday, August 7, 2012

Raja Azmi Dah Ada Pengganti....

Assalamualaikum My Sayangz Bloggers

Panas! Panas! SAJA Bikin Panas!!
huhuhu... berita ni mungkin dh basi tpi saja ML nk highlite kan arini.....
Jangan Ingat ML ni saja nk sebar GOSSIP tapi baca dulu.....

Selamat Berpuasa Uolz ;))
Raja Azmi - bakal menikah gak ??

Wahhh..meletop letop mercun bungapi kedengaran ...tanda nak dekat raya!! hoooyaaaaa,,, 

Tapi meletop lagi berita yg MakLady baru baca ni... (blogwalking lagiiiii...) dari blog sensasi tersebut, melapurkan bahawa seorang lagi ahli kelab "Kembali Solo" menemui kebahagiaan. Kali ni, pengakuan dari tuan tubuh sendiri melalui rancangan hiburan TV bahawa dirinya telah berteman. Sudah ada someone katanya. Dlm rancangan TV tu, Raja Azmi mengakui yang dia kini sudah memiliki kekasih hati sebagai pengganti Jalani Sidek. Tambah Raja Azmi lagi, BF dia tu seorang ahli perniagaan dan perkenalan mereka dah semakin serius. Ini berlaku selepas mereka semakin kerap berhubung. Sejak bila? Tak plak dinyatakan. Apa2 pn ML, tak terkejut dgn pengakuan Raja Azmi ni. Wlaupn baru saja berpisah dengan suami, beliau tak buang masa Uolz. Terus menyulam cinta baru!!" Hmm....kelassss ko Jenab! ML tabik springgggggg....

ALHAMDULILLAH dan Syabas! buat Kak Raja Azmi kita. Ye laa..seblm ni mcm2 kontroversi melanda...tot tot.. meletop dgn kenyataan berani tentang kebahagian dia sekarang. Mungkin kah kita akan dpt melihat "Pelamin Senja Kegermelapan" dimuka akhbar tak lama lagi..?? Sama2 la kita nantikan berita sensasi seterusnya dari Ratu Kontroversi kita ni..... 

Jangan plak salah faham. Bukan niat ML nk BIKIN PANAS. Sseungguhnya, MakLady bergembira atas kebahgiaan ibu2 tunggal @ yg dtinggal - yg bertemu kebahgiaan setelah berpisah. Bukan semua tau yg bernasib baik. Masih ada lagi IT (ibu tunggal) yg masih single mingle. Mungkin ada bnyk sebab yg hanya mrk saja yg tahu kenapa mrk masih tidak berteman! Sbenarnya ini adalah ketentuan ALLAH semata2. Kita hanya mampu berdoa utk kehidupan yang lebih baik dihadapan. Selebihnya ALLAH je yg Maha Mengetahui.

Wlupn begitu, ML nk bagi pandangan sedikit tentang hal ni. Wlupn kita ni ada hak utk bahgia. Namun adalah baik jika kita LOWPROFILE tentang status kita. Terutama bagi mrk yg baru sangat, SOLO! Bukan apa, rasa mcm tak syok plak klu blum habis edah @ blum lepas "pantang" perpisahan tu, dah pn dengar cerita kurang enak yg mungkin akn membawa kpd tanggapan negatif kpd diri kita sendri. Seeloknya, biarlah reda skit ledakan "perpisahan" tu. Bukan apa,  nnti la sampai habis edah ke? Sampai setahun dlu ke? [ewaaahhh ML ni, dia plak yg nk merancang utk IT ni plak...] Then baru la menjalani kehidupan SOLO dgn tenang. Namun segalanya, bergantung kpd kita utk merancang dan AKHIRNYA ALLAH.YANG MENENTUKAN jodoh pertemuan ajal maut.. Renungkan bersama...
WaSalam...

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]