Seronok beraya ?
MakLady pasti ramai yang bergembira di hari raya kali ni...
Apa ntah lagi bila bnyk rancangan hiburan raya disajikan kat TV
Paling best dan yang dinanti2 ... pastinya drama Setia Hujung Nyawa Raya
Kalau korg masih ingat, MakLady ada wat entry utk promo drama sambungan dari SHNR ini. Tarikh siaran nya dah pun kita semua tahu. Yerr... suasana malam raya meriah sebab drama ini di tayangkan pada jam 9mlm. Seronok tak terkira la peminat Zain dan Erlina tengok keletah keduanya.
MakLady siap tengok semula ulangtayang kat Tonton.com lagi.... hehe suka! suka! MakLady suka!
Suka tengok si Zain melayan Erlina yang sedang mengandung. Kelakar pun ada , geram pun ada. Bukan apa, teruk betul Zain kena layan bini yang macam2 kerenah nya... hahaha.. org ngandung anak sulong la kataknya....hahaha.. Namun ada masa nya, cian gak si Zain ni akan "ngada2" Erlina ketika sarat ni.
Seperti MakLady - pasti ada yang pernah mengalami suasana yang sama. Serioussssss...pasti ada ibu2 senyum mengenangkan saat ngada masa ngandung dulu.....
Agak2 nya ada tak, yang "buli manja" suami korang ?
Lebih menarik pasal drama sempena raya ni, adalah jalan cerita nya. Selain dari mengikuti sambungan hubungan suami isteri muda ini, peminat diperlihatkan kerenah lazim yang berlaku kpd pasangan baru dalam mengenali pasangan masing2. Seperti lazim, dugaan melanda diduga dengan penuh kesabaran. Ternyata semasa mereka berehat dikampung, Erlina yang membawa kerenah "malas" ketika mengandung, kononnya pembawa budak telah menguji kesabaran Zain. Wlaupun tetap melayan kerenah isteri, kita juga melihat yang hubungan mereka diuji dengan hadir nya sepupu Zain. Di kampung, hati Erlina mula rasa cemburu akan kemesraan kedua mereka, yang membawa adegan yang tak kurang kelakar nya :)
Beberapa kerenah yang mengelikan hati dan menarik berlaku sepanjang mereka berada di kampung.Sehingga Erlina nekad utk meninggalkan Zain sebab merajuk!!!
MakLady kata, disebalik cerita pasal Erlina yang mengandung, digambarkan juga pengalaman baru yang berlaku dalam perkahwinan mereka. Banyak yg dapat dipelajari dalam babak2 merajuk, mujuk memujuk dan pengajaran yang paling berharga yang pasti adalah - sikap tanggungjawap suami isteri dalam sebuah ikatan adalah penting untuk menentukan keharmonian hubungan ....
Jom imbas semula kenangan melalui gambar kat bawah ni... huhu :) TERIMAKASIH SUHAN MOVIE - Kredit gambar2 di bawah.
Kesetiaan Zain & Erlina diuji dengan hadirnya sepupu Zain yang mesra sehingga Erlina cemburu! |
No comments:
Post a Comment