WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady
Showing posts with label Novel Kesayangan. Show all posts
Showing posts with label Novel Kesayangan. Show all posts

Monday, July 7, 2014

Kerana Terpaksa Aku Relakan

Inilah Novel terbitan Karya Seni yang di realisasikan dalam bentuk drama
 Kerana Terpaksa Aku Relakan.
CREDIT - Karya Seni & TV3 Slot Akasia

Tak sabar rasanya jumpa Indah dan Tajul Razin!
InsyaAllah ... drama slot Akasia di TV3 kali ni, 
Kerana Terpaksa Aku Relakan
 - yang tengah Hangat meletop Top Top akan bersambung...

Ramai pasti menanti ...eposid seterusnya 

MakLady, kira peminat setia KTAR tak pernah terlepas sejak mula ditayangkan. 
Thanks to Tonton.com sebab walaupun siaran pukul 7malam - semasa umat Islam tengah sibuk berbuka puasa - MakLady akan sambung tengok di waktu yang sesuai. Makin hari makin best plak cerita ni. Rasanya ramai yang minat dengan drama slot Akasia kali ni. Tambah pula sekarang ni dah tahap konflik melanda.... Bagi yang mengikutinya, pasti berdebar nak tahu apa yang bakal berlaku bila Indah terima email yang merobek hatinya. (dari episod sebelum ni..) Apa pulak kerenah yang Zin lakukan pada Indah... Cian Indah Harlina, walaupun dia sayang pada Zin, Fahin lebih berani bertindak!

Hmm...mungkin bagi anda yang tak penah ikut KTAR ... 
(alahaiii RUGI! mmg RUGI :) 
mungkin tak faham apa yang MakLady cakapkan ...
so boleh lah baca sinopsis Kerana Terpaksa Aku Relakan  

... mengisahkan kehidupan Indah Harlina yang tidak seindah namanya. Kepercayaan seorang ayah hilang angkara fitnah dan rancangan mak dan kakak tirinya. Sekaligus merubah kehidupannya dalam sekelip mata. Dirinya umpama sebatang kara, tiada siapa mempercayainya lagi. Pertemuan yang tidak diduga Dato' Sofiya membantu Indah yang sudah hilang hala tuju. Pertemuan yang tidak dirancang dengan Dato' Sofiya adalalah satu anugerah yang tidak ternilai. Indah bekerja dengan Dato' Sofiya sebagai PA dan Dato' Sofiya menganggap Indah sebagai Angel dalam hidupnya.

Dato' Sofiya memberi kasih sayang dan membaluti kemewahan seperti anaknya sendiri. Dato' Sofiya mempunyai 3 orang anak lelaki. Tajul Razin, Tajul Fahin dan Tajul Zahin. Anak sulung Dato' Sofiya menerajui perniagaan arwah suami Dato' Sofiya. Tajul Razin seorang anak yang taat pada orang tuanya. Bagi dirinya Mama dan adik2nya sahaja dalam hidupnya. Kehadiran Indah dalam keluarganya mengubah dirinya. Walaupun di awal pertemuan hubungannya tak berjalan dengan lancar. Bibit cinta lahir dari hari ke hari hingga menjadi kembang dan subur.

Kehadiran Tajul Fahin anak kedua Dato' Sofiya datang ingin merebut cinta Indah dari Tajul Razin. Di saat Tajul Razin memberitahu hasratnya ingin memiliki Indah, Dato' Sofiya menyuruh Tajul Razin mengundur diri dan memberi peluang pada Tajul Fahin memiliki Indah kerana perubahan yang ditunjukkan oleh Tajul Fahin menjadi 'orang'. Demi mama dan adiknya untuk berubah, Tajul Razin terpaksa dan tanpa rela melepaskan Indah pada adiknya Tajul Fahin. Tajul Razin memendam rasa dan berpura2 kuat bila berdepan dengan mama dan adiknya. Indah sedih dengan tindakan Tajul Razin membiarkan dirinya dan memberi peluang Tajul Fahin rapat dan ambil berat ke atas dirinya.

Dalam kekalutan dan kekeliruan Indah, Saiful bekas tunangnya pula datang, ini membuatkan hidup Indah lebih huru-hara. Setelah pelbagai peristiwa yang berlaku Tajul Fahin nekad untuk mengembalikan Indah pada abangnya, bagi Tajul Fahin cinta abangnya suci dan ikhlas. Sehari selepas  majlis akad nikah Indah menjadi keliru dengan tindakan Tajul Razin, dia melarikan diri untuk mencari ketenangan. Di situlah dia berjumpa dengan Tajul Zahin. Tajul Zahin menceritakan kenapa dan mengapa Tajul Razin membuat tindakan begitu. Perbuatan keji mak dan kakak tirinya cemburu dan dengki tak pernah padam. Di saat Indah baru mengharungi erti kebahagiaan Indah kemalangan dan koma. Doktor mengesahkan Indah mengandung. Yazid, mak dan kakak tirinya menerima balasan setimpal. Tajul Razin dan Indah akhirnya bahagia setelah mengharungi pelbagai dugaan yang menghampirinya.


Thursday, May 29, 2014

Will You Marry Me ?

Waaahhh... Ini lah ungkapan yang dinanti oleh si dara bila hati telah rela menerima lamaran si teruna. Maka bermula dari sinilah berbagai persiapan bakal dilalui. Baik emosi, fizikal dan mental
Bukan Lah semudah menerima atau ucap lamaran "Awak nak kahwin dengan saya?" yang David Teo hidangkan pada penonton kali ini.
Siapa yang dah tonton cerita ni pasti setuju, ianya sebagai filem romantik komedi.. Sebab selain jalan cerita ada jugak lah adegan yang mencuit hati terutama pada lakonan watak utama - Andika (Fezrul Khan) yang "perfectionist" cuba ditonjolkan sebagai seorang yang obses dengan sikap "terlalu pembersih". Sehinggakan, kekasihnya yang tak tahan dengan "penyakit" Andika, lalu meninggalkan nya.
Andika, pemuda yang tegas berjawat sebagai  ketua editor mempunyai sikap dan watak yang berbeza dengan Puteri (Erin Malik), pembantu peribadi nya yang agak selekeh, clumsy dan sempoi di pejabat. Namun, sedikit sebanyak mereka selesa mengimbangkan perhubungan antara boss dan pekerja dengan baik sekali.
Pada suatu hari, Andika meminta Puteri menyamar sebagai temanwanita didepan keluarga nya di kampong. Ini untuk memenuhi permintaan bekas kekasih yang mencabar Andika.
Sebenarnya, Andika sudah lama tidak menjengah keluarga di kampong kerana merajuk atas sebab tertentu, ( mungkin klu ada scene Flashback lagi menarik).
Puteri, tidak gemar dengan kerenah Andika namun atas rasa tanggungjawab, dia bersetuju. Cadangan ini telah membawa Puteri menemui keluarga Andika, terutama Nenda yang ingin menyambut ulangtahun bersama Andika.
Chemistry antara Puteri dan Nenda Andika lakonan Mak Mah menjadikan cerita lebih meriah.  Namun apa yang MakLady boleh beri pandangan, cerita ini akan lebih menarik jika karektor ahli keluarga diberi sedikit sentuhan komedi. Pasti membantu watak utama dengan baik.
Dari awal cerita agak agresif namun dipertengah jalan cerita agak hambar. Especially scene di kampong halaman yang bersahaja. Seperti menonton drama bersiri di mana lokasi agak terhad.
Paling ketara, penonton kerap disajikan dengan karektor Andika yang kerap menggunakan sapu tangan untuk semua tindakan telahpun melekat di fikiran penonton. Rasanya adegan sebegini tidak perlu kot diulang ulang..
Secara keseluruhan, para pelakon berjaya memainkan peranan yang diharapkan. Cuma yang romantik nya tidaklah begitu realistik. Mungkin kerana watak Puteri yang clumsy tidak ke tahap yang diharapkan. Berbanding dengan Andika yang overacting sedikit berkesan di hati penonton.
Pada pendapat peribadi MakLady.. ANKDS? mungkin mampu membawa penonton ke panggung kerana publisiti namun setelah menonton, MakLady dapat hidu kesudahannya. Masih terikat dengan jalan cerita dari novel maupun dari drama bersiri tempatan.
Keseluruhannya MakLady bagi 3.5 *bagi filem genre Romantik Komedi ini.

Tuesday, May 13, 2014

Drama Realiti dalam Aku Isterinya - Akasia TV3

Iklan untuk Drama Aku Isterinya - Slot Akasia TV3
(Ikhsan dari penerbit & TV3)
Dah lama juga MakLady tak menulis perihal drama. 
Masih tentang Slot kegemaran ramai. AKASIA di TV3. 

Sapa tengok drama Aku Isterinya ? Angkat tangan tinggi tinggi.... 
(bayangkan macam cikgu tanya soalan yang kita tahu jawapan nya...)

Saaaayyyyaaaaaaaaaa cikguuu...!! sayaaaaa cikgu!! kaedahnya... 
Oh yeaa... sebelum MakLady terlupa... SELAMAT HARI GURU kepada semua cikgu2 yang sedang baca blog ML ni yerr :))

OK - enuf dgn iklan MakLady.. :)  kita sambung semula baca ....

Bagi peminat drama Akasia kali ini, sinopsis drama Aku Isterinya ini, mengisahkan kehidupan seorang gadis kampong yang kehilangan kasih sayang ibu bapa dijaga oleh nenek di kampong. Namun terpaksa mengharungi hidup yang perit lagi hitam setelah diperdaya oleh orang yang sepatutnya menjaga nya. Mya difitnah hingga kasih nya dikianati oleh Shamil, buah hati sejak di bangku sekolah. 

Tidak cukup dengan itu, Mya terjerumus di kancah kehidupan yang tidak terduga. Di Kuala Lumpur, Mya bertemu dengan seorang lelaki muda yang kaya yang menebus Mya dan menjadi Mya hak Mikail sepenuhnya. Dipendekkan cerita, mereka bernikah tanpa pengetahuan lain namun Mikail tidak melayan nya seperti seorang isteri yang seharusnya. Hidup Mya sekadar penyeri rumah dan membantu mengurus hidup harian Mikail selepas itu. 

Namun selepas tinggal bersama, timbul rasa sayang yang mendalam pada diri Mikail terhadap Mya. Tetapi kebahgian mereka tidak lama setelah keluarga Mikail mula mendesak akan hubungan itu dileraikan, kerana tidak sanggup menghadapi kenyataan tentang sejarah silam Mya. 

Apakah kesudahan cerita Mikail dan Mya selanjutnya? Masih menjadi tanda tanya. Sebab MakLady tak sempat nak baca novel asal - AKU BUKAN MISTRESS oleh penulis nya Acik Lana (bukan Lana pelakon tu tau... no! no!..) Tambah excited pulak sekarang ni, bila Mya disahkan mengandung. Datin dan si minah gedik sepupu Mikail tu plak (malas nak ingat nama sebab benci watak tu..*maaf terEmo plak ..* Biasa lah kalau watak wanita Antagonist ni. Kalau tak garang dan ganas memang tak sah!!! Bikin orang meluat membuak2 uolz.. 

So , lepas episod arini, pasti ramai yang mternanti2 , apa kesudahan cerita ini? Apa tindakan Shamil untuk mendapatkan Mya semula. Apa jadi pada Adam dan si minah gedik tu? .. Semua nak tahu Ending cerita... betul tak? Tapi sebelum tu, apa kata kita lepak dulu dengan .....

CERITA DI BELAKANG TABIR : Bukan apa, sejak drama ini ditayangkan mcm2 cerita MakLady dengar mengenai kontroversi tercetus! termasuk - mengenai pengarah yang tak puashati tapi REDHA dengan arahan pihak KDN dan mereka di sana tentang tajuk asal drama ini sendiri. 

Kecoh kejap ..lepas tu surut. Biasalah kan... dunia drama dan artis memang full of story mory. Banyak pulak la yang kontroversi nya. Ada yang besar ada yang kecil. Ada yang sampai nak samam menyaman pun ada....
Hhmmmm...  macam2 adaaaaa...

Anyway, itulah dia Aku Isterinya punya cerita. Bukan saja peminat disajikan dengan cerita yang amat menyentuh kalbu. Mengajar kita tentang dunia yang memang ada realitinya. Kalau tak masakan, drama yang sedia ada selalu mencerminkan kejadian sebenar maupun yang terjadi dalam kehidupan masyarakat kita. Baik dari dulu hingga lah sekarang ni. Termasuklah juga drama diluar set maupun di dalam set. 

Bercakap lagi pasal "drama" tercetus di luar drama. Khabarnya pulak, drama Aku Isterinya tidak terkecuali. Dah macam berhantu dengan tajuk baru ini, kontroversi yang panas berlaku ada kaitan dengan isteri pelakon utama itu sendiri. Betul ke idok? MakLady pun malas nak huraikan kat sini. Tapi apa yang nyata, kisah mereka yang terlibat bergaduh dalam set penggambaran bukan asing. Dah banyak kali berlaku. Bukan setakat cemburu, salah faham, tidak hormat orang keliling, merasa diri dah Diva, tidak tahu nak bawa diri dan lupa diri menjadi penyebab tercetusnya drama dan KONTROVERSI tersebut. 

Diharap kisah bergaduh di set drama AKU ISTERINYA ini, menjadi ikhtibar semua. Kepada Mereka ini (pelakon utama: si hero & heroin nya) usah la dipanjang2kan. Sebab industri seni tanahair khususnya penerbitan filem dan drama kita ni kecik jer.. Pusing2 kita jumpa balik. Jangan lah kerana sikap tidak profesional kita atau rasa tidak puashati tu di bawa ke set. Bawa lah berbincang yerrr...

Dan tak lupa juga: Untuk pasangan kepada artis2 ataupun pelakon2 di masa akan datang, MakLady selaku peminat drama tanahair, berharap kalian menghormati situasi. Kalau rasa tak boleh terima aksi dalam drama yang dilakonkan oleh teman kalian, jangan lah datang ke lokasi set penggambaran. Tunggu saja drama keluar kat TV maupun layar perak. Habis cerita. Jangan nanti orang chop awak ! LEBIH KUAH DARI SUDU pulak.... (kalau makan nasi kandar kuah lebih tak per laaa.... isssskk terasa lapar la pulak uolz :)) 

Oklah. MakLady minta diri. Apa yg kurang terlebih harap di maafin yer. Assalamualaikum :))

Thursday, February 13, 2014

Episod Akhir : ARIANA ROSE ( The Wedding Breaker - Final Episode )

Photo: #ArianaRose - Ariana mula mencurahkan isi hatinya pada Adam, apakah reaksi Adam? Saksikan kisah mereka jam 7mlm sebentar lagi!
Adegan paling romantik & shahdu  (Episod semalam)
Im sure ramai yang akan rindu kan Tengku Adam Mukhriz
 & Ariana Rose. Saya Kasi ***** bintang !!


Kepada Peminat Ariana Rose pasti tak sabar nak saksikan kesudahan kisah pasangan yang penuh konflik ini. Yer laa.. dari awal pun dah penuh dengan drama, hingga lah kehujung ni pun, masih banyak lagi drama yang bikin kisah Ariana Rose lebih realistik. Kalau tak, masakan ianya dinanti tontonan nya saban hari.

Pada diri MakLady pun, sepanjang cerita ni ke udara - belum ada satu pun episod yang MakLady miss! Malah, ada masa tu, di ulang berkali2... Tak jemu pun ! kat mana lagi kalau bukan di tonton.com.

Okaylah, rasanya tak perlulah dikupas cerita ni lagi. Apa yang penting, kita akan saksikan kesudahan cerita ni petang ini. Yang pasti, drama slot Akasia ni, yang diadaptasikan dari Novel - The Wedding Breaker telah berjaya menambat hati penonton dan dikhabarkan mengatasi rating drama yang sebelum ini. Well done ! Pena Production yang memberi kita Ariana Rose - versi drama TV. Siap trending lagi... 
Photo: Yeayy! Trending lagi! Terima kasih semuanya! Teruskan menyokong ya! Jangan lupa tengok EPISOD AKHIR esok!! ❤️ @keithfoo @fatiyalatiff @hisyamhamid7 @jonathanputra @zielajalil @arjalee @kupu_kupu
kredit photo dari TV3
slot akasia Ariana Rose
Syabas juga kerana berjaya membawa pembaca novel tersebut ke satu dimensi penghayati yang lebih jelas. Mereka amat berpuas hati. Rata rata kata cerita ni, di ambil sebijik bijik dari cerita dalam novel. Malah dialog yang digunakan dipetik dari cerita asal novel itu sendiri. Itu yang menariknya. Makin hebat bila penonton tv pulak berkongsi pendapat mengatakan mereka puashati dengan jalan cerita dan watak pelakon yang diambil dalam drama ini menepati watak yang sebenar. Mungkin itu juga salah satu punca mengapa cerita ARIANA ROSE ini berjaya meraih minat penggemar drama, macam MakLady - follow drama ni dari episod pertama hingga lah ke episod akhir yang dijangka berlangsung dalam masa 2 jam dari sekarang!

Sebelum tu, kpd mereka yang terlepas pandang entry Maklady yang bercerita pasal Ariana Rose the Wedding Breaker, boleh jer KLIK KAT SINI. It's not to late to learn about what, why or who's Ariana Rose. Jom kita lepak depan TV nnti. & Jangan lupa SOLAT maghrib K

Love u Ariana Rose ! Love u too Tengku Adam Muhkriz :)) 
We gonna miss u !

Sunday, January 26, 2014

Ariana Rose - The Wedding Breaker

Mak Lady Pasti ! Ramai kat luar sana ikut drama slot Akasia tv3 ni dari hari Isnin sampai Khamis. 
Ramai la juga yang menonton nya di Tonton.com macam MakLady.... TerimaKasih Tonton.com
(sbb lebih selesa nak tunaikan solat Maghrib.... )


Satu lagi drama yang diambil ideanya dari sebuah novel. Macam drama top rating yang lain sebelum ni pun, novel yang ditulis oleh penulis tempatan telah berjaya diketengahkan. Ramai penulis yang lega sebab kini ramai penerbit berlumba lumba nak cari idea untuk drama mereka. Tak salah rasanya jika karya penulis novel kita, mendapat tempat di persada seni kita kini. Maka penerbit cetak dah mula giat bekerjasama dengan penerbit drama dan filem utk sama sama menwarnakan industri filem kita.


156961_10151151095711984_685945271_n
inilah novel yang dimaksudkan...
The Wedding Breaker
terbitan KaryaSeni

ARIANA ROSE : Satu lagi drama adaptasi novel yang menjadi bualan peminat drama masa kini. Bukan sahaja plot cerita dia lain dari lain tapi barisan pelakon yang lebih mantap lakonan telah berjaya membawa drama ini ditonton ramai. Thanks to watak dalam novel yang dicipta oleh penulis muda ini. Dimana dalam drama Ariana Rose, pelakon nye SEMUA hebat2 ... macam Nabila Huda (mula tu rasa kesian gak kat makWe ni tapi last2 dia pulak jadi jahat dek hasutan abangnya dan mungkin kecewa dengan sikap player Tengku Adam la tuu..) , Keith Foo  memegang watak Tengku Adam Kamil & Hisyam Hamid ( aduuuhhh tetiba hati ML terpaut pada kedua nya.. Bye bye Aaron ....) hahaha

SELINGAN* -  tetiba meroyan MakLady tengok Keith berlakon pertama kali dalam sebuah drama sebelum ni....tpi sayang dia dah ada GF yer adik2, anak2... * As for pelakon baru Hisyam Hamid ni, tak tahu la mungkin ML terlepas pandang tapi sorry gak geng... he's not available hokey ...juz like abang aaron Iollz....!! Selain penerbit yang hebat juga Ziela Jalil dan ramai lagi pelakon hebat2, memang... Rugiiiiiiii kalau tak tonton !!
Sebahagian pelakon2 yang menjayakan drama
ARIANA ROSE bersama penerbit dan pelakon
 Ziela Jalil 
 

Seperti filem maupun drama, kehebatannya cerita tidak mampu direalisasikan tanpa karya yang bermutu. Dapat dilihat dari punca penulisan yang baik. Setiap karya yang sebegini pasti ada yang ingin dikenali. Sama juga lah dengan novelis yang muda bernama Evelyn Rose. Siapa sangka penulis muda yang berasal dari Kelantan dan mendapat didikan di UK mampu menghasilkan sebuah novel sebegini hebat. Maka dengan bakat beliau menceritakan dalam bentuk watak maka lahirlah sebuah drama yang sangat menyentuh setiap kita. Ada mesej disampaikan. Ada tauladan yang di share dalam karya beliau.

Menyentuh soalan kehidupan serta kekeluargaan, keagamaan dan tanggungjawab, kesetiaan dan ketaatan dlm kehidupan. Terdapat juga unsur negatif yang dipaparkan agar menjadi tauladan dalam mengharungi kehidupan dan tugasan serta tanggungjawap manusia selagi terdaya. Itulah kisah yang ingin diperlihatkan oleh Evelyn Rose dalam sebuah novel akhirnya berjaya diadaptasikan ke layar TV3.

Seperti ramai yang dah tahu, drama slot akasia kali ni, ditukar judul asal novel kepada Ariana Rose. sekaligus sebagai watak utama yang dipegang oleh pelakon cantik manis, Fathia Latiff

Penulis novel The Wedding Breaker bersama pelakon
utama watak Ariana Rose - Fathia Latiff
Untuk ANDA yang belum saksikan drama ini, sempat lagi nak tengok di tonton.com ataupun pi cari novel tersebut yang MakLady rasa masih dalam pasaran....sebab apa yang ada dalam novel tu, boleh difahami bila menonton ARIANA ROSE di slot Akasia. Selamat berhibur yer :))

Sinopsis "Novel The Wedding Breaker" ...
Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!
“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?
“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil

Saturday, January 4, 2014

Warkah Buat Isteri : Perkongsian pengalaman Abil Fikri Ahmad

Sebuah Novel Motivasi Bergambar
Hasil Tulisan Abil Fikri Ahmad


Ketika Mak Lady membaca dan berusaha membalas komen dari rakan2 blogger tentang entry terbaru MakLady petang tadi...yang berjudul Happy birthday wishes from friends ; tertiba MakLady terpandang akan komentar dari Abil Fikri Ahmad yang tertera dalam inbox message - Sekali pandang rasa nya tiada yang luarbiasa. 

At first, it doesnt ring the bell ...

Tapi setelah mata MakLady meneliti sudut kiri - tertera gambar profile si pengirim komen, hmm mcm kenal jer.. mcm penah tengok jer...

Ya ALLAH.apakah aku bermimpi?? Masih lagi terkedu dan terharu ...
- padahal si pengirim ni komen 2patah perkataan saja -  ucapan selamat Hari Lahir MakLady . 
As Simple as that! 

Tapi bila MakLady sedar siapa pengomen itu, hati MakLady amat terharu... 


Bingkisan ucapan yg simple namun memberi semangat
buat MakLady menempuh dugaan di awal tahun ini...
TERIMA KASIH
.

Actually bukan lah nak perbesarkan keghairahan MakLady terhadap ucapan ulangtahun dari rakan blogger. tetapi....kesudian Abil mencatatkan ucap selamat pada MakLady adalah sesuatu yang amat MakLady hargai. Walaupun pada setengah pihak. Mungkin menganggap hal ini.. TAK DE LA HEBAT TARA MANA PUN atau MAKLADY NI NGADA2 ...OVERRRR.. tapi pada MakLady ini satu penghargaan yang amat bermakna pada diri MakLady. 

Sebabnya. MakLady tak sangka plak Abil sudi jengah blog MakLady. Setahu MakLady, Abil ni, selain dari dia sibuk dengan tugas sebagai penceramah motivasi beliau juga dikenali ramai. Orang popular Uolz. Mana lah ada masa nak balas atau kirim komen ataupun ucap selamat tambah pada blog MakLady ni. Walaupun dari dlu, MakLady memey admire him [atas pengalaman dan ilmu serta semangat cekal yg ada dalam diri beliau] 

Ternyata Abil ada masa nak wish me Happy Birthday.....*-* Ohh...so sweet [tengah control blushing]

To Saudara Abil:  ( kalau la anda membaca entry MakLady ini)
Setinggi tinggi ucapan terima kasih sbb sudi menjengah my blog ini. MakLady pun nak ambil kesempatan ucapkan SYABAS kerana berjaya melahirkan sebuah karya penulisan mengenai segala yang berlaku pada kehidupan dan terhadap kecintaan yang tulus ikhlas untuk isteri tersayang. Bukan senang nak cari suami yang begini. Ramai akui, Abil adalah suami yang sebaik baik seorang wanita dambarkan untuk membawa isteri ke Jannah. Percayalah, Perkongsian bersama dan memberi motivasi dan inspirasi kepada rakan2 kita di luar sana yang menghadapi situasi seumpama adalah hadiah terindah. Thanks for sharing Warkah Buat Isteri.

Wlaupun segala dugaan ALLAH kepada hambaNya berbeza namun dengan pengalaman dan semangat yang diberikan oleh Abil sedikit sebanyak membantu rakan2 memahami dan menjalani hari hari mendatang dengan semangat & kekuatan anda.

InsyaALLAH MakLady akan dapatkan Warkah Buat Isteri. Pengalaman awal tahun baru baru ini sedikit sebanyak memberi impek dalam diri. Terima kasih atas perkongsian.

~ AL FATIHAH buat arwah Gee ~

Monday, December 9, 2013

Playboy Itu Suami Aku

Join Get-A-Gift from My Worth Buying Shoppe : Kemungkinan ANDA blogger bertuah. Jom KLIK SINI untuk share your link :)
Playboy Itu Suami Aku
Kredit utk
NOVEL dari Suri Ryana
Playboy Itu Suami Aku
Dah lama ML tak menulis entri bagi kategori Drama Terbaik ML . Kali ni kita bual pasal Playboy Itu Suami Aku. PISA telah mula siaran awal bulan lepas setelah mengganti slot drama yang menerima sambutan luarbiasa dari peminat novel dan penonton drama -  I LOVE YOU MR ARROGANT....Pada mulanya rasa macam malas nak kaitkan PISA dalam blog ML sebab macam tak best jer..macam tak syok jer drama ni... 

Pada mulanya ML tak tahu pun yang drama ni adapsi dari novel. Bila google baru ML jumpa sipnosis pasal drama yang sedang ditonton di slot jam 7 malam setiap hari Isnin hingga Khamis ni. Pada mula nya macam rasa pelik bila tengok tajuk - seakan akan tajuk drama yang penah menjadi favourite ML dlu. Masih ingat lagi dengan " Sebenarnya Dia Suami Saya" ? 

Oklah... apa apa pun, ML tak mo komen pasal PISA sebab ianya telah pun mendapat kritik yang hebat dari penonton yang ramai juga tak berapa suka dengan lakonan teraju penting. Malah ML pun setuju dengan mereka sebab mungkin pelakon baru ini mungkin kena "brush up" skit dan harus pandai menjiwai watak yang diberi. I guess, kami sebagai penonton telah disajikan dengan lakonan yang mantap dari artis yang jauh lebih berpengalaman, so bila tengok cara lakonan yang ala ala drama budak skolah...well, of course la ramai yang tak puashati....

Anyway macam ML kata tadi, tak mo la komen banyak2. Cuma ML nak tengok saja kesudahan cerita PISA ni. Mungkin kot, lepas terima kritikan dari peminat, mereka yang terlibat akan mengambil sedikit pendekatan untuk memperbaiki mutu lakonan di masa akan datang....

Oklah, let's sit back and watch PISA! Sementara tu, kat bawah ni sipnosis yang telah ML perolehi dari hasil google ML mengenai novel Playboy Itu Suami Aku...

“Kurang asam betul! Dahlah simbah aku dengan air lopak, tak mintak maaf langsung! Blahmacam tu aje”

Itulah permulaan segala-galanya. Kehidupan Afina tidak pernah aman semenjak mengenaliplayboy itu. Seorang playboy yang kerap kali membuatkan dia panas hati. Raja Adrian Benjamin atau nama ‘manja’ yang diberikan oleh Afina, King of Crocodile memang menguji tahap kesabaran seorang gadis nerd yang tidak mempunyai penampilan menarik seperti Afina.

Pertemuan Afina dengan Puan Sri Zahida, ibu kepada Raja Adrian semasa menolong rakannya menggubah bunga di majlis hari jadi cucu Puan Sri benar-benar melontarkan gadis ini ke lembah yang lebih mencabar. Sikap Puan Sri yang nekad untuk bermenantukannya membuatkan gadis itu buntu. Tambahan pula dia sedar yang adik kembarnya, Afisya adalah salah seorang teman wanita Raja Adrian Benjamin.

Afina dan Adrian, mulanya membantah dan menolak habis-habisan untuk disatukan. Akhirnya mereka bersetuju kerana masing-masing punya agenda tersendiri.

Afina terlibat dalam kemalangan dan tersedar dari koma sebagai penghidap amnesia. Lebih malang lagi apabila dia tidak langsung mengenali Adrian, suaminya sendiri.

Terkejut besar gadis itu apabila mengetahui yang dia sudah berkahwin! Dengan seorangplayboy pulak tu! Bagi Adrian, Afina sekarang berbeza dengan Afina yang dulu. Afina telah berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan tidak lagi mudah untuk dibuli seperti dahulu.

Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Tapi, di saat mereka asyik menyulam cinta, Afina harus meninggalkan lelaki itu dan pergi jauh dari hidup Adrian. Apakah yang memaksa gadis itu meninggalkan lelaki yang dicintainya separuh mati itu? Adrian pula, setelah ditinggalkan buat kali kedua dalam hidupnya, dapatkah dia memaafkan wanita yang dicintainya?

Playboy itu suami aku?! Biar betul!”

Sunday, August 4, 2013

Novel Terkini Aisya Sofea : Dekatnya Cinta

Photo: Ada berita baik buat peminat novelis Aisya Sofea .Penulis novel tersohor ini bakal  dengan karya baru..Menariknya karya  ini akan berada di pasaran pada penghujung bulan Ogos nanti merupakan kesinambungan kisah Adam Mukhriz & Ain Hawani dalam novel Adam & Hawa yang pernah meledak suatu ketika dahulu.Apatah lagi dramanya pernah meletop dikaca tv yg dilakonkan oleh hero sensasi Aaron Aziz & Nadiya Nisaa..Kesinambungan novel Adam & Hawa diberi tajuk yang bertajuk "Dekatnya Cinta" (Adam&Hawa2) ..Pastinya peminat2 novel diseluruh tanah air tidak sabar akan buah tangan terbaru dari  Aisya Sofea ..

Sinopsis Dekatnya Cinta (Adam&Hawa2)

Doa adam mukriz dan ain hawani di bawah multazam di masjidilharam telah dimakburkan allah swt. kini, mereka mengutip makna cinta yang tertinggal sebelas tahun lalu. untuk kali keduanya, mereka saling jatuh cinta kembali. kata dan janji diulang-ulang. Ya tiada sesiapa lagi antara mereka yang kan ditinggal pergi.

Namun, kebahagian mereka tiba2 dipanah petir. dugaan datang menyihir duahati. sejambak bunga ros ditangan ian mencetus prasnagka adam. siapa yang beri? cemburunya menusuk apabila terlihat isterinya bersama lelaki lain, itukah lelaki yang selalu ain puji? 

Adam kecewa.kenapa Ain permainkan keprcayaannya? kenapa ain tergamak menduakannya? ain curang! ain tidak setia ain sudah lupa dia adalah suami. akhirnya adam melafazkan talak. 

Sekujur tubuh ain bagai kaca yang terhempas. tangannya mengigil menadah takdir. sekli lagi hatinya dipalu pilu. adam salah faham. adam silap pandang. adam lebih ego sebenarnya. emosi suaminya mendahului akal. dia cuba menyuarakan semua itu, tetapi adam enggan lagi mendengar. 

Arissa di rampas pergi! ain sudah tidak punya apa2. status bekas isteri menjadikan dia hampir mati...
Keseinambungan Kisah Cinta Adam Mukhriz & Ain Hawani
dalam Adam & Hawa kini diilhamkan dalam bentuk novel oleh
Aisya Sofea dan bakal difilemkan - Adam & Hawa 2

Seperti entry sebelum ni...ENTRY TERKINI - klik SINI ,  ada ML khabarkan yang sambungan cerita Adam & Hawa akan menemui peminat di panggung tak lama lagi . Selaras dengan pembikinan filem yang jangka dilakonkan berkisar dari dari keseinambungan kisah cinta dari novel Adam & Hawa yang kedua oleh Aisya Sofea. Yeaaa.... ada novel baru dari Aisya Sofea - cepat cepat booking & cari di kedai buku !!

Tapi jangan kalut lagi sebab novel ini hanya akan berada dipasaran pada penghujung Ogos nnti. Menurut sumber page facebook Adam & Hawa lagi, filem terbaru terbitan Global Station ni nanti diadaptsi sepenuhnya dari novel Dekatnya Cinta - novel kedua buat novel Adam & Hawa

Macam MakLady cakap dalam entry sebelum ni, sinosis filem belum dapat lagi tapi kalau nak tahu cerita seterusnya akan jalan cerita filem itu nanti, boleh la baca sinopsis novel Dekatnya Cinta - Adam & Hawa 2 ini: 

Doa Adam Mukriz dan Ain Hawani di bawah Multazam di Masjidilharam telah dimakburkan Allah swt. Kini, mereka mengutip makna cinta yang tertinggal sebelas tahun lalu. Untuk kali keduanya, mereka saling jatuh cinta kembali. Kata dan janji diulang-ulang. Ya tiada sesiapa lagi antara mereka yang kan ditinggal pergi.

Namun, kebahagian mereka tiba2 dipanah petir. dugaan datang menyihir duahati. Sejambak bunga ros ditangan Ain mencetus prasangka Adam. Siapa yang beri? Cemburunya menusuk apabila terlihat isterinya bersama lelaki lain, Itukah lelaki yang selalu Ain puji? 

Adam kecewa. Kenapa Ain permainkan keprcayaannya? Kenapa Ain tergamak menduakannya? Ain curang! Ain tidak setia. Ain sudah lupa dia adalah suami. Akhirnya Adam melafazkan talak. 

Sekujur tubuh Ain bagai kaca yang terhempas. Tangannya mengigil menadah takdir. Sekali lagi hatinya dipalu pilu. Adam salah faham. Adam silap pandang. Adam lebih ego sebenarnya. Emosi suaminya mendahului akal. dia cuba menyuarakan semua itu, tetapi Adam enggan lagi mendengar. 

Arissa di rampas pergi! Ain sudah tidak punya apa2. Status bekas isteri menjadikan dia hampir mati...

Adushhh...sedih bila dapat tahu akan jalan cerita novel ini. Bermakna dalam filem nnti pasti lagi hebat dugaan Ain & Adam... :(( 

MakLady speechless... 

so kita nantikan aja lah filem adaptasi novel Dekatnya Cinta ....bila dah kuar panggung.....

Saturday, August 3, 2013

Sambungan cerita " Adam dan Hawa " difilemkan

Assalamualaikum Peminat Adam dan Hawa

Pekabar Semua Pembaca Kesayangan MakLady :)
Selamat Berpuasa dan kepada anda yang merancang untuk
pulang ke kampung halaman pada hari raya ni - Selamat Balik Kampung!
terutama yang menggunakan pesawat ~! Masih ingat kah pada pilot yang bernama
ADAM MUKHRIZ ...
Gambar dari FB Adam & Hawa :
Adam Mukhriz dan Ain Hawani dalam Adam & Hawa
Melihat akan gambar ni pasti - ada yang rindu pada mereka ;))
Kepada peminat Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa, jangan risau. Menjelang Syawal dikhabarkan berita baik: 
Tak lama lagi - lepas raya ni khabarnya - Nak dilangsungkan penggambaran SAMBUNGAN dari siri drama yang meletop letop ni, Adam dan Hawa dalam bentuk filem pulak. Khabar nya filem ni adalah adaptsi dari novel kedua penulis asal novel Adam Hawa - Aisya Sofea. MakLady tak pasti sebab tak baca lagi novel Adam dan Hawa yang ke 2 ni. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal novel terbaru, jangan lupa check my next entry k ;)

Namun begitu, dengan adaptsi baru ini, diharap para pelakon dapat memberi komitmen mereka seperti di dalam drama. Almaklumlah, bukan senang nak berlakun filem dari drama .... Itu kena amik kira juga, tapi apa yang best pada filem ni nanti, turut dilakonkan oleh pelakon2 yang sama dalam siri tersebut. Maka peminat dan penonton dapat menghayati cerita dengan baik. Dari situ juga, diharap tidak membawa banyak perbezaan bila dipertontonkan nanti kepada umum. 

Menurut sumber Adam & Hawa di Facebook ni, filem kali ini akan diterbitkn oleh Global Station dan dijangka akan mula sessi penggambaran nya pada 1hb September nanti. Filem Adam dan Hawa ni akan membawa pelakon nya ke lokasi menarik disekitar KL dan New Zealand! Bertambah tak sabar rasanya ML nantikan. Apa sudahnya cerita Adam & Hawa kali ni - Apa dorang buat kat NZ nanti? Apakah yang bakal berlaku dalam rumahtangga mereka kali ini? Tak sabar juga nak tengok anak mereka membesar ! Dah terbayang2 la kemesraan mereka terserlah dengan kehadiran baby ...

Inilah akibat nya jika sinopsis cerita masih samar2...Pasti peminat ternanti2 akan sipnosis Filem ni. hehehe (but dont worry, akan diberitahu pada entry akan datang  yerr...) 

Sebelum tu, mari kita semua ingat semula episod akhir Adam dan Hawa yang mana, Ain selamat melahirkan baby dan mereka bahagia kini dengan kasih sayang. Pasti juga peminat mcm ML ni , tak sabar nak saksikan kemesraan Ain dan Adam diharap tetap ditonjolkan dalam filem nnti. ML rasa, ramai lah peminat wanita Adam ternanti2 dan rindu nak tengok aksi keromantikkan Adam terhadap Ain. Yang pasti juga, dalam filem itu nanti, mungkin ada adegan atau jalan cerita yang mungkin memberi impek kepada semangat para peminat Adam dan Hawa untuk memenuhi panggung bila ianya ditayangkan nanti.

Kepada semua crew dan para pelakon, doa ML agar sukses dalam usaha kalian memberi komitmen dan tenaga dalam menjayakan pembikin filem kesayangan ramai. Kepada Nadiya Nizaa dan Aaron Aziz - good luck on the set~! see u soon di layar perak :)

Sumber: Terimakasih kpd FB page Adam dan Hawa 

Friday, June 28, 2013

Teduhan Kasih : MakLady Terjebak, Mak Dara pun.....?? :))

Pertama kali ML terjebak menonton episod pertama lagi, ML dah leh agak yang cerita ni, sure BEST! Pasti meletop KeBoom~Booommm!! Tambah plak, diadaptasikan dari novel dengan tajuk yang sama. Sudah pasti drama yg dipersembahkan, memaparkan kehendak novel yang sebenarnya

Semakin hari , episod demi episod membuat kita nak terus menanti sambungan cerita nya. Seperti drama bersiri yang lain, bila lakunan yang mantap, bila actor/actress dia mampu menarik penonton - sudah tentu satu fenomena terhadap drama tersebut berlaku. Tengok je la - Teduhan Kasih ni ! Sekarang bila dah hampir ke penghujung nya, makin ramai pengikut yang terjebak menonton drama ni...Semua ni dipengaruh dengan kehebatan pihak yg terlibat menjadikan setiap episod itu menarik dan ke Boooommm Booommmm!!

Termasuk lah sepupu MakLady yakni MakDara yang baru menonton pertama kalinya minggu lepas pun dah terjebak dengan kehebatan jalan cerita dan ... dah tentu2 sebab beliau suka dengan keMeroyaNan yang ngalah tahap meroyan MakDara !! oppss sorry MakDara... nampak nya dua dua pompuan dalam TK tu, terlebih dlu meraih CROWN meroyan dari kita nooo....hahahaha

Bukan itu sahaja Uolz:

Seblum ni, MakDara tak tahu wujudnya drama ni - almaklumlah banyk sungguh drama dalam TV nowadays!! Sehinggalah ML mula racun MakDara dengan menceritakan semula secara ringkas [tapi padat...hahaha] dari episod pertama hingga lah minggu lepas nya episod. Siap berkempen suruh tengok drama tu...!!! (rasa2 boleh tak Mak Lady minta komisyen kat penerbit sbb jadi agen iklan tak rasmi ni...hahahaha)

Well , bermula dengan MakDara mula tonton , habis semua adik beradik nya yang di rumah turut diracunkan untuk menonton Teduhan Kasih. Hebat jugak MakDara kannnn... ;)

HHmmm inilah yang orang kata, "Tak Kenal Maka Tak Cinta". Habis semua TERJEBAK !! hahaha.. semua gara2 MakLady berkempen kuat kat MakDarai. Pasti naik rating drama ni dalam masa terdekat sebelum episod akhirnya dijangka keudara minggu depan..

Khabar nya plak, satu perjumpaan antara peminat dan penonton setia Teduhan Kasih dijadualkan di adakan sempena tayangan episod AKHIR pada 2hb July ni. So sapa2 yang nak tengok sama2 epidos akhir bleh aja hadirkan diri. Jangan lupa bawa camera utk abadikan wajah kesayangan ramai ADI PUTRA ~!!
Photo: by @sherryibrahimfc "Nak tengok episod terakhir Teduhan Kasih bersama pelakon-pelakon Teduhan Kasih?Mari sama sama ke Rasta TTDI Damansara pada jam 7-8 malam! Jumpa anda di sana!!! @sherryibrahim @adp_adiputra
Kredit dan Terimakasih:  facebook SherryIbrahim

Thursday, March 14, 2013

Kes Dera Wanita : STOP it before it's too late!!

Assalam utk Smua
YaAllah!! Makin geram bila MakLady dapat tahu kes dera dikalangan kenalan. Aritu kes dera suami isteri.. sampai lebam bijik mata o_O .. kena penumbuk si laki yg baran. Maaf bila MakLady bahasa lelaki dayus ni Jantan je. sebab klu dia Lelaki, dia x buat isteri dia gitu....

Tepat menurut kajian, lelaki yg suka memukul ni sentiasa meras mangsa dia lemah. Takut akan diri dan rasa lebih berkuasa... sebab tu dia terus sedap naik tangan. Tambh plak si pasangan merelakan diri diperlakukan begitu. Mungkin sebab kasih cinta sayang kot...

Sama la dengan kesah novel yang MakLady tengah baca - refer entri sbelum ni. Cuma yg dlm novel tu kita dpat rasa sengsara di hati...dlm penghayatan dan imiginasi kita. Berbeza dgn yang nyata ni, kita dapat lihat dengan mata kita sendiri derita fizikal dan mental mangsa!

Mungkin uol pun penah mendengar cerita kekawan mengenai kes dera. Tak kira la kes dera fizikal atau mental... Yang penting, wanita yang Allah jadikan dari tulang rusuk ni, bukannya utk dipatah patah. Bahkan ianya harus dilindungi krana ianya Amanat kpd kaum Adam oleh Allah swt. Seperti asalnya tulang rusuk nabi Adam yg terciptanya Hawa, wanita diibaratkan sebahagian dari tubuhnya. Menjadi hak dia utk memelihara bukan sebaliknya.

Entah apa nak jdi dgn dunia skrg. Makin menjadi jadi kes dera skrg ni. Terkini plak pasal kes dera tunang orang yg disampaikan oleh ank MakLady. Khabarnya baru tunangan. Belum jdi suami isteri. Tapi dah jenuh kena belasah sampaikan lebam biru birat dibuatnya anak org!!

MasyaAllah ...bila melihat akan kecederaan akibat dera fizikal oleh tunang tu tdi, MakLady terasa sayu dgn ape yg diperlakukan. Ada lelaki yg sewenang wenangnya mendera wanita  tanpa belas kasihan mahupun rasa !! Terbayang apa yang makbapak wanita ini RASA jika dapat tahu anak mereka didera sebegini rupa? 
Kasihani lah ibubapa kita yang membesarkan kita dengan kasihsayang. Kenapa biarkan Cinta Kasih Sayang terhadap lelaki yg baru bersama kita, berbuat sesuka hati (pukul, sepak terajang)?? Walaupun mereka adalah kekasih, buahhati, tunang maupun bersuami - apakah hak mereka mereka melaksanakan kekerasan keatas wanita yg sayang mrk?

Tanya diri anda - berbaloi ke ksengsaraan dan kesakitan demi menagih kasih sayang dari mereka yg tak punya rasa hormat pada ibubapa anda?
Love Yourselves First Before You Love SomeOne ( who Dont Care to Love You back...) Stop Violence. Women!! You're not Alone.

Wednesday, March 13, 2013

Moga Kau Mengerti

Assalammualaikum
Aikk...sape yg harus mengerti?
MakLady nak berbicara pasal ape plak arini?
mmm... sbenar, ini tajuk novel alaf 21 yg baru MakLady beli. Nampk menarik sipnosisnye. Sape kat sini yg dah penah baca.. ?? bleh la share ..;))
Selain dari my super fav publisher, alaf21 ni kumpulkan penulis melayu tanahair yg berbakat. Dari mereka ini lah juga munculnya novelis yg Top dan juga novel tahap Best Seller. Mak Lady mmg suka dengan novel melayu terbitan alaf21. Buku atau novel under their brand ni memang superb. Bak kata peminat mereka yg baya MakLady pun boleh layan novel2 tersebut....
Hebat kan..!!??
Apa idaknya... cuba uol tgk drama dan filem yg hebat2 or boxOffice, rata-rata cerita asal diambil dari novel terbitan alaf21. Industri filem dan drama utk tv skrg pun, dah pandai nak alihkan pandangan pembaca ke layar tv dan panggung. Hasilnya menakjubkan bgi kedua pihak secara kasar. Masing masing berebut nak bikin filem atau drama dari kisah novel..u.untung untung boleh kaut berjuta ribuan ringgit. Sape xnak jdi kaya ooiii? Dah rezeki Allah swt nak kasi....

Selain memberi sokongan kpd penggiat seni dgn menonton drama yg hebat hebat ni, Maklady tetap setia dengan Ombak Rindu, Adam Dan Hawa, Hingga Hujung Nyawa....Tribute to all of them terutama penulis buku atau novel, kerana hasil penulisan yg menyentuh hati sehingga MakLady terpanggil untuk terus menyelami sebuah kisah kehidupan dan percintaan yang penuh liku dalam novel ilham Lily Haslina Nasir. Mungkin ade yg penah baca, Moga Kau Mengerti.
Diharap selepas MakLady selesai membacanya nanti diharap dapt kiranya lebih mengerti dan menjiwai apa yg dilalui olwh watak2 dlm novel tu ...
Mana lah tau... ade producer yg dok intai intai novel apa plak lepas ni ... Hhmmm paling tak pun wat drama bersiri sampai berepisod2 !! hmmm meletop la plak "Moga Kau Mengerti...."
*terima kasih alaf21 ..!!!
TQ to Lily Haslina Nasir for such a novel..."

Monday, February 25, 2013

How to be A blogger? - MakLady's style~!


Assalamualaikum 
Happy Monday! wahai teman2 sekian...

Sambil wat keje di pejabat / rumah, apa kata belek2 blog dan baca entry MakLady ... (siap promote tuuu...) 
Kali ni, MakLady nk share - How I became A Blogger?

Ramai kawan2 rapat MakLady pun tak tahu - Im a blogger. Lately ni baru ada yang sedar...." Oh U blogger ke?" ... "Tak sangka plak u ada blog?" .."You tulis apa dlm blog you tu?" 
Ye laa..at my age ni, masih ade ke masa nak berblogging? Kenapa nak berblog? Macam2 soalan yang bermain di fikiran mereka dan org luar sana ....

Pada MakLady...usia bukan penghalang utk sesorang utk berkarya, terutama dalam dunia penulisan. Cuma method atau media je yang membezakan. Ada yang lebih gemar ilhamkan penulisan dalam penerbitan buku atau novel. Ada tu plak cenderung dalam menulis hal hal yang lebih serious seperti rencana, forum, idea pemikiran dll. Pendek kata selaras dengan perkembangan sosial dan usia penulis itu sendiri. Masing masing ada gaya dan cara tersendiri.

Bila Minat Menulis timbul dan kenapa pilih untuk BerBlogging?
Dulu ketika remaja, diary menjadi teman MakLady mencatit segala peristiwa kenangan saban hari. Macam2 MakLady luahkan. Minat menulis ni rasanya masa sekolah lagi. Masa tu, DIARY menjadi teman. Apa saja dituliskan kat situ. Kira segalanya diluahkan, sehingga lah MakLady meningkat remaja ketika itu. Seingat MakLady. diary ni menjadi teman masa mak Lady masuk sekolah menengah hinggalah ke ITM.

Tiap tiap tahun, MakLady akan sediakan diary utk catatan. Masih ingat lagi, kali terakhir MakLady gigih menulis dalam diary adalah sekitar tahun 1986/87. Sebab masa dan ketika itu, MakLady tak sempat nak menulis lagi secara serious sebab ketika itu MakLady dah pun mula sibuk dengan persiapan utk menerima kehadiran org baru..... walaupun begitu, minat menulis tidak tinggal di situ aja. Malah MakLady masih ingat lagi, dengan typewriter yang kecik yang boleh dibawa ke hulu hilir yang dihadiahkan oleh suami MakLady ketika tu...Sebab dia tahu - minat mendalam MakLady dalam penulisan. Masa terluang MakLady akan diisikan dengan mengetuk kunci abjad pada typewriter....

Diary dah bertukar kepada Blog pulak....
Kini setelah beradab lamanya, diary dan typewriter tidak penah hilang walaupun kegunaannya dah digantikan dengan komputer dan notebook. Hmmm bila dikenangkan semula - terasa begitu pantas teknologi dunia! Sekarang dengan peralatan canggih, lebih senang utk berkarya.

 Kini, masa beredar, so here we have BLOG to replace my Diary .... then  ML decided to have my own blog - I named it, My Shades of Love. Mulai mengarang entry mengenai apa yg MakLady lalui saban hari. Sekurang2nya dapat release segala yang ingin diluahkan. The blog seperti diary MakLady masa tu. 

Ada blog hanya untuk kepuasan diri sendiri...Ketika org lain sibuk dengan membina website atau blog, MakLady masih tumpukan pada ruang utk membina blog dan menulis entry. Sebenarnya pada masa tu, Maklady hanya pandai menggunakan blogspot sekadar SUKA SUKA. Bila hari hari update entry, mula la rasa seronok. Rasa mcm dunia baru tanpa memikirkan tentang tujuan dan hala blog itu sendiri. For me, cukup lah sekadar utk melapangkan masa utk mengarang cerita atau luahkan demi masa dan ketenangan. Sesungguhnya MakLady suka menulis dan dengan cara ni, rasanya dapat memberi sedikit kelegaan dalam diri. Bila membaca setiap bicara membuat diri tersenyum sendiri. Masa tu, tak terpikir akan ada org luar yang akan membaca. Cukuplah sekadar kepuasan sendiri...

Friday, February 8, 2013

Bukan Senang Nak Wat Skrip Drama TV tau...

Assalamualaikum

Selesai sudah Setia Hujung Nyawa....
Happy Ending
sama macam dalam novel dia ;))

MakLady mmg puashati dengan keseluruhan drama....
TAHNIAH kpd SEMUA yang terlibat
merealisasikan sebuah cerita dari Novel ke layar kaca TV
utk tatapan kita semua. Walaupun dalam hati ...pasti rindu 
pada kesetiaan dan kebahgian "Zain Hakimi & Ersalina" ...

Hmmm.. apa la agaknya dorg buat sekarang?? Tengah sibuk 
berkasih sayang la gamaknya. Terus setia sehingga hujung nyawa la kata nya....

Dalam imiginasi MakLady - mengikut skrip/sinopsi MakLady sendiri :
Teruskan musim kedua dengan abang EL nikah dengan Doktor yang cantik lawa tu...Tambah skit konflik cerita mereka. Then Ikhram kecewa , balik semula (ke oversea) sambung belajar dan nikah dengan minah salleh dan tinggal dengan keluarga di sana
Sambil menanti anak lahir mereka lahir, Zain & EL teruskan hubungan romantik perkahwinan. Then El sambung belajar sampai masuk U. Zain tetap pikul tugas sebagai suami & bapa. They leave happily ever after....[sampai El belajar tahap Ijazah.] Mereka tetap setia dan bahagia dengan anak dan anak dan anak dan anak...

Apa jadi pada Hady & Eriza?
[hhmmm kalau MakLady jadi penulis skrip dia...]

watak Hady - Mak Lady cipta utk Hady dah tak keje dgn Zain. Dia keja dengan Dato Kamal. 
Ingat tak Dato Kamal? yeee Dato yang Zain janji nk jumpa kat opis tu...hahahahaha
- masih terpinga pinga cari sape Dato Kamal :p

watak Eriza plak - MakLady wat bagi dia pulak kena dera dengan suami dia. 
Masa tu baru dia sedar, setiap perbuatan dia pada EL dlu - ALLAH balas Cash!
Amacam? OK x [sape suami Eriza? kita cari watak baru...]

Rasa rasa patut ke MakLady tukar minat ke Penulisan Skrip plak..??
hhhmmmm ....????
Ini CONTOH skrip drama :
Kredit utk penulis skrip
drama slot akasiaTV3
Setia Hujung Nyawa
& fanpage @ FB 
eehhh ...Melalut la plak MakLady ni..hehehe
TAK DE DALAM SKRIP PUN...saja maklady berangan FREE...
(jangan marah - tuan penerbit...ampunnn)
 MakLady amat berterimakasih kepada SUHAN MOVIES 
for a lovely story to share (TQ everybody...)
for a good skrip writing ( TQ script writer)
for a great directing (TQ tuan director)
for an excellent job (to all crews yang terlibat)
and NOT forgetting...
for a superb performance from ACTORS & ACTRESSES 
who are committed and together with their talent & skill, brought
the drama near to OUR hearts, the fan of Slot Akasia TV3 and
SUHAN MOVIES
Congratulation!
SETIA HUJUNG NYAWA

Friday, February 1, 2013

Promo Setia Hujung Nyawa - Akhir

Salam Sejahtera & Assalamualaikum 
Selamat Hari Wilayah

Photo Kredit dari Setia Hujung Nyawa @ FB
http://www.facebook.com/SetiaHujungNyawa.SlotAkasia
Sebelum ni pun MakLady ada wat entry pasal drama - Setia Hujung Nyawa. Seawal Episodnya.

Hari ni plak MakLady nk ajak semua, imbas kembali episod sepanjang minggu ni, terutama episod 24 (tayangan semalam) Masih Ingat Tak Kemanisan cinta EL & ZAIN? Suka? Sedih? Sayu..semua ADA!


Pasti ramai peminat drama Akasia TV3 ni, yang setuju dengan MakLady - episod semalam tu, was THE BEST OF THE BEST episod~! EL & Zain berbaik semula sebagai SUAMI ISTERI yang sebenar. Alhamdulillah, mereka dapat menerima takdir mereka dan kembali menyemai bibik bibik cinta buat sekian kali...

Oh Tersentuh & Terharu sungguh hati MakLady ni tengok episod semalam... Siap menitis airmata Uolz..(ha ha ha)  ...Nak buat camner, dah jalan cerita tu mcm tu. Tapi walaupun, Pilu Sedih tapi dlam hati Hati MakLady berbunga bunga penuh satu Taman bila tonton awal episod semalam tu. Believe It or Not! MakLady Ulang Tengok kat Tonton.com sampai 3 - 4 kali!! [Over lah MakLady ni...hehehe] Uolz...Uol pulak mcm mana? hhhmmm MakLady rasa pun SAMA jer kennnn... (",)

COMFIRM!! Mesti ada yang berEmosi sayu bila tengok babak Zain siap berpakaian baju melayu masuk bilik EL ketika EL baru nak mula solat. " Boleh abang Imamkan?...." dengan wajah yang sayu.... Oh tidak..~! Tangkap syahdu Hokey masa ni...Maaflah MakLady terEMO plak... al maklum laaa jiwa wanita sejati..waaa waaaaaa gitewww...Sapa tak cair bila sang suami nak ajak bersolat jemaah.....

Photo: si isteri begitu setia dengan suaminya

Setia Hujung Nyawa
Zain mengImanKan Solat bersama EL. Selepas solat Zain berdoa agar
perkahwinanan mereka terus kekal dan mengharapkan pintu hati
terbuka untuk terus setia menyintai hingga ke hujung nyawa mereka.
- the best scene / acting from Zain & EL-
(kredit to FB of Setia Hujung Nyawa)
But seriuosly. Kalau la MakLady kat tempat EL masa tu - mak aiiii...mau menitis airmata tengok suami kita cuba berubah utk kebaikan...... Cuma pada pandangan MakLady (masa babak ni) mmg EMO skit - kesayuan hati Zain dapat dilihat (gambar bawah)  takkala di saat itu, dia insaf dan sedar akan silap nya. Masa ni juga dia sedar yang EL akan meninggalkan dia. Dengan rasa berat hati, tapi mampu lagi tersenyum utk isteri tersayang, Zain memohon maaf (selepas bersalaman) Bab ni - hati MakLady makin sayu. Cian plak kat Zain ni. Mungkin dihati Zain, inilah adalah peluang terakhir utk dia tebus - ingin terus menjadi suami EL yang soleh...

Seperti yang diduga - EL kembali terima Zain dengan yakin.
Tu laa.. hati seorang Isteri yang Taat Setia . Kasih nya pun hingga ke hujung nyawa gak tau..
Ternyata, EL masih sayang & setia pada Zain. Akhirnya doa mereka dimakbulkan .... AMINnnn....

So Sweet kan... :) Seronok tengok bila suami isteri saling kasih setia mcm ni. Alaaa..biasa la hidup berumahtangga ni, mesti ada salah silap mana2. Saling menerima dan memaafkan. Tak rugi pun... Buang yang keroh, Amik yang Jernih. Bahagia sungguh mereka semalam. Very the romantik jugak la episod semalam tu. Especially, masa babak dalam bilik dan kat gazebo rumah keluarga Zain. So damn sweet & romantik lagi dorang ni.. Tak pulak kena sensored bila kemesraan EL & Zain dipertontonkan ~ kennn... ;))

Cuma yang tak romantik nya bila tiba tiba mendung datang lagi dalam hidup EL. Bahagia sekejap je dorg kecapi, bila Zain kemalangan dan koma~! Cian EL ... luluh hati nya bila Zain terlantar tak sedarkan diri. Saban hari Setia menemani suami. Luluh dan bertambah meleleh tengok babak EL menangis kat tepi Zain.... hhhmmm terbayang juga dihati MakLady jika kita berada ditempat EL ...
 issskkk tak nak bayangkan laa:((

MakLady percaya peminat SHN yang lain pun pasti SAYU..
bila tonton babak tangkap Leleh ni...uuwaaaa
Photo: episod paling sedih tadi :(
Abang, Jangan tinggal EL sorang2...Kita dah janjikan abang, akan Setia
walau apa yang berlaku. .... Abang tak kecian ke tengok EL macam ni....
EL rindu abang... EL nak teman abang...
Sesungguhnya Cinta kita Setia Ke Hujung Nyawa...
Apa apa pun, episod minggu depan akan menyaksikan samada cinta SETIA mereka sampai ke HUJUNG NYAWA ke tidak....Selepas tamat Episod semalam, hati MakLady berakhir dengan rasa geram, benci, sakit hati!! kat manusia mcm si Hady dan Eriza ni. Issskkk.. tak leh tengok EL & Zain bahagia!! Masih tak puas selagi agenda mereka tak tercapai. Ye laaa.. ikut jalan cerita dalam novel pun kaedah nya....

Tu yang buat tak sabar nak tunggu minggu depan - bila promo episod 25 - 28 (Akhir) keluar .. MakLady akan cuba loadkan kat blog. Tunggggguuuuuu....

Tapi sebelum tu, Sinopsi episod minggu depan berkisar kepada diri EL. Kisah silam dia telah diketahui oleh ibu mertua nya. Mula la babak menyentuh perasaan bila EL tak lagi diterima sebagai isteri Zain tanpa pengetahuan Zain (of koz sbb dia masih Koma!) Si Eriza dan Hady cucuk jarum.... Tapi apa kesudahan Cinta Setia EL & Zain? Mungkin ke sampai ke Hujung Nyawa??

Relax... episod minggu depan harus ditonton. MakLady yakin, ada happy ending... TILL THEN, Ceria kan hari ini, dan esok, lusa - sehingga  kita bertemu lagi Isnin depan ...InsyaALLAH

* Gambar2 diatas diKreditkan kepada:
 facebook - Setia Hujung Nyawa .Slot Akasia &  Facebook - Setia Hujung Nyawa - Thanks for sharing ;))
* Jom kita join fanPage Setia Hujung Nyawa @ Facebook!!

Saturday, January 19, 2013

Setia Hujung Nyawa - A Love "After Marriage"

Assalamualaikum Semua...
Salam Minggu Baru ...

Terjebak Lagi~!
Alahaaiii... lepas satu - satu....
Hari tu dah meroyan dengan si AH.
Sampai kan pagi2 bangun terus ke FB - 
cari entry kat page yg ada link tuantanah 
untuk saksikan sambungan episod semalam....

Aduhaii apa lagi klu bukan DRAMA !!
 Itulah dia one of my hobby now.

Sekarang ni plak terjebak dengan drama baru 
 actually drama ni dah start lama dah...
Kini dah sampai episod pertengahan dah... 
[ Kira MakLady ni ketingggalan keretapi ..]
Alkisahnya drama dari novel yg punya tajuk sama dibawa ke layar TV -
[notis tak sekarang ni, bnyk betul drama amik dari novel2 tempatan?]

Memandangkan drama yg nk ganti Adam & Hawa tu start next week, layan la drama ni dlu.
Itu pun MakLady terserempak dengan promo add kat page drama Adam dan Hawa @FB....

Inilah dia....SETIA HUJUNG NYAWA
Photo: Best ke ? Mesti ramai tgh layan drama ni kan? hihii :P
Pelakun utama 
Amar Asyaraf sebagai Zain Hakimi dan 
Nelydia Senrose sebagai Ersalina
no wonder la....
 MakLady rasa macam penah kenal pelakun lelaki ni - 
asalnya dia ni berambut panjang dan kerinting. 
Dlm cerita ni ,Amar terpaksa luruskan...
Photo: Setia Hujung Nyawa di TV3 sekarang
He looks macho and matured ;) Wajah si Nelydia
plak seiras Siti Saleha ( Nora Elena)

MakLady tak penah baca novel Setia Hujung Nyawa tapi bila baca sinopsisnya teruja plak nak ikuti drama ni. Walaupun waktu siaran nya agak tak sesuai sebab waktu tu ramai yg tengah nak bersiap utk solat maghrib. Therefore MakLady menonton drama ni, via Tonton.Com - boleh tengok ikut waktu kita!

Alkisahnya ....
Bermula bila MakLady tengok "marathon" semalam... dari episod 1 sampai 16.
 Masih ada baki lagi episod minggu seterusnya....

Cerita SHN ini bermula dengan Zain Hakimi putus tunang sebulan sebelum menikah, dikahwinkan dengan Ersalina atas kehendak ibu masing2. Sebagai menutup malu seba pengantin perempuan dia LARI sebelum waktunya. Hidup bahagia mula dikecapi oleh Zain kerana dalam diam telahpun jatuh hati dengan isteri nya.

Walaupn sebelum ni mereka tak penah berkenal pun. Tpi dek sebab kan jodoh yang kuat, mereka sering dipertemukan secara tak sengaja. Bermula dengan peristiwa "tertukar kasut" dan " berlanggar bahu ketika EL bergegas sambil makan aiskrim". Setelah terpandang EL hati Zain mula terpikat. Tanpa menyedari yang gadis itu adalah bakal isterinya sehingga mereka diijabkabulkan sebulan selepas itu. Masa bersilih ganti, berbunga di hati Zain - kerana EL la gadis yg dia jatuh hati seblum ni. Dalam tempoh perkahwinan mereka masuk 2 bulan, masing2 belum pasti samada pasangan mereka benar2 suka atau merelakan perkahwinan itu. Sehinggalah pada suatu malam bila mereka sedar yang mrk dah mula Jatuh Hati.

Mula la indah dunia mereka bagai bercinta -merancang untuk bersama meraikan indahnya alam perkahwinan secara sah - Malangnya, belum apa2, si El telah keguguran akibat terlanjur dengan exBF dia. Apa lagi....si suami pun tersangatla kecewa dengan apa yg berlaku. Dia bertindak menghukum si isteri ni dengan layanan seburuk mungkin. Selain ego dan merasa dirinya sebagai Pak Sanggup, Zain rasa kecewa kerana EL sanggup menyembunyi hal ini dari nya, sedangkan El sendiri tidak mengetahui  yang dia hamil.

Lain dari sifat Zain sebelum ni, dilihat sangat tinggi egonya, pendendam dan pemarah. Cian EL bila tiada lagi layanan dan respek dari suami. Terpaksa menerima cacian dan penghina, tetap tabah sebab dia tahu dia bersalah. Malah pemohonan maaf EL pun tidak diterima Zain. Namun EL masih sayangkan Zain. Pada EL, Zain adalah suami yang terbaik. Zain suami dunia akhirat nya. Cinta Hujung Nyawa katanya. 

Yang best nya part bila Zain memperlakukan ssuatu kasar pada EL, tapi dlm pada yang sama, dibelakang EL dia merasa kesal. Dari situ, MakLady dapat agak yang dia masih ada sayang dalam hati utk EL...biasa la kan..Ego lelaki kan tinggi. Depan El bukan main lagi garang. Geram plak Maklady tengok si Zain ni. Kata kata sinis dan tak berhati perut - BUT deep in his heart masih ada rasa sayang dan kecian kat isterinya.  Ada  masanya tindakkan Zain berkasar dgn EL, dihasut oleh kawan baik Zain - yg ada simpan feeling terhadap EL. Bertambah lah amarah Zain pada EL, semata mata sakit hatinya tak lagi surut.. :((

Oklah. tak mo cerita lebih2 sebab MakLady nak ajak sama sama tengok kat TV3 setiap hari Isnin - Khamis, jam 7mlm (waktu maghrib tuu...) - sbb tu MakLady prefer tgk siaran rakaman via Youtube atau pun Tonton.Com. Tak sabar nk tengok hingga hujung episod -

Minggu depan ni dijanjikan kisah bersambung di mana keadaan akan jadi lagi tegang ni, bila sekembalinya mereka "berbulan madu: atas desakan mak si Zain, kekasih EL muncul !! So kita tengok la nanti apa yg akan berlaku antara mereka ini. Apakah Zain akan terus mendera dan melayan EL mcm sampah? Apakah ibubapa Zain akan tahu pasal kandungan El yg gugur tu bukan anak Zain? Apa plak yg dilakukan oleh EL utk mendapatkan kembali kepercayaan dan kasih sayang suami nya? Jom lah... kita tontotn
SETIA HUJUNG NYAWA....

Konflik! memang Konflik!

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]