WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady
Showing posts with label A Walk To Remember. Show all posts
Showing posts with label A Walk To Remember. Show all posts

Thursday, July 24, 2014

MH17 : Jenazah di bawa pulang

MH17 : Perjalanan Pulang.
Amsterdam, Holland.

Jenazah mangsa MH17 bakal dibawa pulang ke negara asal mulai hari ini.

Pendaratan pesawat tentera, bersama 40 keranda yang tiba dari Ukraine memulakan upacara penghormatan pertama sejak tragedi yang meragut 298 penumpang dan anak kapal genap seminggu lalu.

Sebaik sahaja keranda pertama dikeluarkan dari pesawat, suasana pilu dan sepi menyelebungi Lapangan Terbang Tentera Eindhoven di Holland itu. Sepi sayu. Hanya kedengaran bunyi kibaran bendera separuh tiang, bertiup seolah memberi tabik hormat..

Keluarga dan waris berada di sana untuk mengiringi jenazah terutama warga Belanda yang majoriti rakyat nya berada dalam pesawat MH17 ketika ditembak jatuh.

Turut bersama mereka adalah kerabat Di Raja Belanda, Raja Williem Alexander dan Pemaisuri Maxima. Seluruh dunia turut berkabung dengan peristiwa malang dalam sejarah penerbangan Malaysia selepas MH370 ini.

Malah wakil kenamaan dari luar negara termasuk Perdana Menteri, Mark Rutte turut hadir memberi penghormatan sebelum jenazah mangsa dibawa untuk proses pengenalian identiti mangsa oleh pakar forensik. Difahamkan, hanya selepas ini baru jenazah akan diserahkan kepada waris dan keluarga untuk disempurnakan.

Kerajaan Belanda juga menyistiharkan hari ini sebagai Cuti Peringatan Negara - BERKABUNG tanda hormat dan sayu mengenang peristiwa hitam yang menimpa penumpang MH17 termasuk 193 warga Belanda yang terkorban. Pesawat malang itu berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17hb Julai lalu namun menamatkan perjalanan di sebuah daerah yang bergolak di Ukraine. Malang bagi MH17 atas takdir bila,  berada di tempat dan masa yang SALAH.

Sementara di Malaysia :
Kami rakyat Malaysia turut berduka atas kehilangan warga MH17 dan penumpang. Keluarga dan sahabat masih bersedih atas dugaan ini. Namun, hidup harus diteruskan. Kami, as MALAYSIAN tetap percaya pada keharmonian sejagat,  mengutuk dengan keras tindakan mereka yang menembak jatuh pengangkutan awam atas nama sengketa. Sedangkan perkara sedemikian telah menglibatkan nyawa insan yang tak berdosa !

Namun, kehilangan kami tidak mampu dibayar kerana nyawa yang hilang tidak mungkin ada galang ganti nya...

Kami tetap menanti di sini. Redha menyambut kepulangan insan terpilih - MH17 dalam kenangan.

Saturday, July 5, 2014

Al Fatihah : Dato Sharifah Aini


Semasa MakLady menonton pasukan kesayangan Germany beraksi di Piala Dunia tempohari, tetiba dikejutkan berita Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar telah kembali kerahmatullah pada jam 1.32 pagi di sebuah hospital swasta akibat jangkitan paru paru ketika berusia 61 tahun. AL FATIHAH. Moga roh arwah sentiasa dipelihara dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.


Di fahamkan arwah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sehari sebelum itu, telah disahkan menghidap fibrosis paru-paru sejak dua tahun lepas. Arwah di bawa ke hospital oleh anak lelaki tunggal Alif Omar Ali,  setelah menghadapi kesukaran bernafas. 

Konsultan Pakar Respiratori Datuk Dr Zainuddin Md Zain yang merawat beliau berkata situasi itu jarang berlaku dan menyebabkan paru paru hilang kekenyalan atau berparut akibat penebalan tisu perantara.

MasyaAllah .. begitu berat dugaan yang di tanggung arwah namun tiada siapa yang tahu, termasuk peminat dan rakan2 artis. Sejurus pemergian arwah di bulan Ramadan adalah RahmatNya keatas hambaNya yang telah berkorban masa, tenaga dalam bidang seni. Jasa mu di kenang sepanjang hayat. 

Malaysia Insider

Sesungguhnya, arwah Dato Sharifah Aini telah dinobatkan sebagai Biduanita Negara sebagai gelaran tertinggi negara terhadap pengiat seni wanita untuk menghargai sumbangannya dalam bidang nyanyian dan murtabatkan muzik rakyat dan negara. Penyanyi era 70'an yang telah merekodkan beratus ratus lagu dan juga album mengatasi penyanyi tanahair sepanjang zaman. Arwah yang memulakan kerjaya sebagai penyanyi setelah memenangi Pertandingan Juara Bintang RTS (Radio Televisyen Singapura) menerusi lagu "Tiga Malam" pada 1968, telah diberi gelaran "DATUK' daripada Kerajaan Persekutuan atas sumbangan bakti yang dilaburkan demi industri musik. 

Thursday, July 25, 2013

Labuan, Here We Come

Assalamualaikum
SEMUA 

Maaf ... baru dapat luangkan masa update blog
.......

Seperti sebelum ni, ML sure ramai yg dah tahu
destinasi ML dan Cik Jejar kali ni... 

Yerrr... dengan menaiki pesawat Air Asia
yang mengambil masa 2jam setengah di udara
macam2 yang dapat dirakam (flight mode)
utk mengatasi rasa bosan kami. FYI - naik je 
dan a few minutes after take off.. kami pun
melelapkan mata - sebb terasa mengantuk :p
Setelah merehatkan mata - about an hour ....
"nap" la kata nya... ML pun abadikan bberapa
gambar dengan hp tak berapa nak canggih ni...
Sebelum tu, kat LCCT sempat amik gambar gak...
ada bnyk lagi tapi kena lah korg jengah 
my keek (maklady) utk saksikan segala yang
 dirakamkan sepanjang perjalanan ke 
destinasi yang dituju - another Wilayah Perseketuan
LABUAN ...here We Come
Lapangan Terbang Labuan Wilayah Perseketuan
Kami selamat mendarat di Labuan. My son in law datang amik dan terus bawa kami pulang. Excited - disambut oleh my Erin. Setibanya kami dirumah, badan pun penat ... relax skejap sebelum berbuka puasa pada petang itu. For the first time bbuka di Labuan dimana waktu buka lebih awal sejam dari KL..
Kena adapt dgn keadaan di sini, - hhhmmm apakah ML mengalami JetLag??
ha ha ha ...Overrrrrr nya...ha ha ha

Alhamdulillah - kami kini di Labuan ... esok katanya kami akan berbuka di Tiara Hotel.
Nanti ML update lagi k ;))

Selamat Berbuka Puasa ..

Monday, July 15, 2013

Nostalgia si Ketupat Palas

Salam Ramadan
Dah hampir seminggu kita berpuasa....
Singgah di pasar ramadan, terpandang akan
Ketupak Palas...

Amat sinonum dengan hari raya dan orang Utara.
Kerana seingat MakLady , kalau orang belah
Utara ni, bila raya aje mesti ada ketupat palas!

Ketupat palas!
Pasti ramai yang tahu rupa nya yang bersegitiga
dan mempunya bebagai inti nya selain pulut sebagai
bahan utama. Yerr..jangan tak tahu, klau di utara,
ketupat palas inti kacang soya, jagung, gandum
malah bukan saja ketupat biasa, ada masa akan
jumpa ketupat inti pulut merah pun ada~!

Mungkin masih ada lagi yang blurr...
macam mana rupa nya Ketupat Palas...
haaa.. ini dia kelongsong daun palas yg
dianyam utk dijadikan tigasegi. Kemudian
diisikan dengan pulut yang telah dikukus
dengan santan , dan dikukus sekali lagi.
Credit: flickr.com
 Klu nak tahu: Setiap kali Raya, pasti ingatan MakLady mekar pada arwah nenek MakLady yang mula2 mengajar ML cara menganyam ketupat palas ni. Masa tu, MakLady disekolah rendah lagi. Seronok ngacau arwah nenek di dapur, sambil tengok arwah leka menyediakan ketupat palas ni. Selalunya, sehari dua sebelum raya, dia dah kalut minta cari daun palas. Dengan bangga nya arwah bila ML suarakan hajat nak belajar buat. Dari situ lah, arwah menurunkan "ilmu" menganyam ketupat pada MakLady.

Malah dalam keluarga hanya MakLady saja yang mampu menganyam dengan baik. Bukan nak puji diri tapi bukan senang tau orang bandar mcm kita ni, yang jarang2 dapat jumpa ketupat palas (masa tu..) nak pulak belajar dan kira lepas tu, pandai plak nganyam ketupat daun palas. Bukan setakat nganyam tau! tapi isi pulut dan memutar daun palas dengan betul. Kena tau cara betul utk ikat kemas daun agar membentuk rupa yang TIGASEGI tu. Lagipun, kalau salah simpul atau nganyam, nnti dikuatiri akan lerai isi pulut di dalam kerana dimasuki air rebusan ketika direbus. Tapi selalu nya arwah nenek dia kukus jer.. sampai masak! 

Ini pulak, ketupat daun palas yang telah dikukus
atau rebus. Kelihatan berminyak kerana santan
dari pulut tadi menyedapkan rasa lemak2  
(kredit to ejamothman.com)
InsyaALLAH sampai ke hari ini pun MakLady masih ingat cara2 nya....
Pada generasi kini, terutama anak kota, jarang dah sangat yang tau cara menganyam ketupat. Pendek kata, bukan kata ketupat maupun lemang, ketupat nasi impit pun mungkin generasi seangkatan anak MakLady pun tak mahir lagi nak menyediakan hidangan MESTI ADA sempena raya tak lama lagi. Mungkin juga mreka sebaya MakLady pun sekrang ada yang dah lupa...??? (mungkin fakta umur kot..huhu )

Untuk mempraktikkan agar generasi akan datang masih kenal akan masakan tradisi kita ~ kenal lah amik tau, betul tak? Macam ketupat nasi, proses dimulakan dengan mengenal daun palas dulu.... Kemudian dibuka daunnya selebar nya dan dibentuk kan menjadi tigasegi  Cara ini adalah untuk memudahkan proses mengisi pulut dan nganyam ketupat nnti. Sterusnya boleh la tengok gambar dibawah sebagai rujukan.

Photo: Gambaq tak lama..kena bagitau awai awai,tapi dah jadi tradisi bagi orang di sebelah Utara dekat dekat nak raya nanti. Bukan apa,sekadar berkongsi ilmu..buat ketupat palas memang nampak mudah,mana lah tau kot kot yang baru dapat mentua belah Kedah nanti kena join buat ketupat..hat jantan jadi betina,betina boleh jadi darai..yang tak ada jantina pun boleh jadi...masa banyak lagi boleh lah praktis....!!

Selamat Mencuba !!


Kepada generasi kini MakLady harap lah dapat meneruskan tradisi menyediakan juadah secara asli. Walaupun dah beredar zaman namun, makanan tradisi Melayu kita jangan dilupa. Tambah pula di era canggih kini, mungkin nk blajar cara menganyam ketupat palas dah tak susah. Klik! Klik! dah dapat~!!

Kalau tak pandai2 jugak .. tak dapat MakLady nak kata apa lagi. 
Hanya satu saja cara menyelesaian.....
Dapatkan yang segera
(macam diatas ni)
di pasaran....[ =_+]

Wednesday, March 20, 2013

Filem Melayu Era P Ramlee & Saloma..

Assalamualaikum Readers...

Anda Peminat Filem Melayu? Apa kata hidupkan semula era Filem Melayu kita. Mungkin ramai yang masih ingat ingat lupa akan filem melayu masa zaman 60an, 70an, 80an, 90an maupun ada antara Uolz ada yang masih belum dilahirkan ketika itu~! :))

Itu yang istimewanya. Walaupun ketika itu, kita mungkin masih "belum wujud" tetapi di hari ini, filem melayu masih boleh ditonton. Pada MakLady pula, Menonton filem melayu zaman masa hitam putih memang satu pengalaman yg tak mungkin dapat dilupakan. Masa tu, setiap malam Jumaat ada gambar melayu di TV. Hingga kini pun, filem melayu era PRamlee - Saloma dipertontonka. Generasi kini tak mungkin dilupakan filem melayu hitam putih ni bgitu shaja....wlupn dah ada mcm mcm filem yg dtayangkan era skrg ni. Kalau tak masakan mungkin mampu kita simpan kenangan lagenda org filem hingga ke hari ini? Malah bakat yang ada masa lalu menjadi idola masa kini...
Baik peminat maupun penggiat seni. Mendapat idea dari elemen filem yg tersiar di zaman itulah maka sebuah cafe di WangsaWalk turut mengabadikan situasi ....terasa seperti berada di era itu sejurus melangkah masuk. Hiasan termasuk koleksi filem filem hitam putih yg menjadi hiasan dinding restoran mereka.
Tak ketinggalan basikal tua dan bahan bahan yg lazim terdapat di era trsebut turut dipamerkan... agar generasi sekarang dpt mengenal filem filem hitam putih...
Tambah plak menu yg disediakan turut mempamerkan nama tajuk filem yg popular.. Pasti korg akan tergelak sbb tajuk nya memang lawak atau kelakar...Tak caya boleh tngok kat gambar yg xisediakan. Betul tak... ?? ape idaknya.. kami nk order pn rasa x sampai hati...huhuhu

Thursday, March 7, 2013

Kunjungan Rombongan Kak Sue ke Shah Alam

Assalamualaikum
Salam Sayang Semua..
Actually pos ni dh lama x dipostkan. Dok peram dlm draft. ingat nk wat jeruk kot...haha...tpi xsampai hati plak...
Jom Mak Lady story morry....
Kalau korg tgk pic ni sure dh leh agak... Yezza..it was a gathering. Majlis bertemu dan Bermesra giteww..
Bertempat di sebuah restoran milik my junior (masa di ITM dolu dolu...) di Shah Alam , akak2 senior yg terdiri dr BFF Maklady..yakni rakan satu batch, telah wat temujanji dgn junior kmi utk minum ptg. High Tea katanya..

Sblum tu..Maklady dan BFF Sheena, Donna, Kak Sue, Shake hadir ke majlis kenduri kwin anak kpd abg Syam dan kak Dib - juga org penting masa kmi di asrama dlu. Now dh bermenantu dh masing masing. Suasana riang jgn ckp la bila BFF jumpa!!

Masa kat High Tea pun sama! Riuh rendah..Happening jgk... Tambah plak adik adik kmi yg sudi dtg jumpa kami ni mmg happening semuanya. Ada yg dtg dr Kuantan, semata mata utk bersama petang tu. Terharu kami. Terima Kasih yer semua... ;)

Selain dr bertemu mesra ni; apa lagi klu x ada sessi imbas kembali... huhu.. Berdekek berdekang la riuhnya gelak ketawa. Rasanya grup kitorg petang tu havoc...opppss maaf ye tuan kedai.. yg x dpt nk join sama sbb ade urusan... ** hhmmm almaklumlaaa urusan makin hebat bila dah ade en abg baru ni..hihihi sempat gak aritu ucap kat tuan kedai "selamat pengantin baru" hehehe

Paling best.. bila Kak Sue bukak topik pasal nak bercuti ke Langkawi. Rombongan Cik Kiah Kebaya Labuh pun kalah ... huhu.. berkobar kobar semangat Kak Sue. Kami pun teruja jgk nk cuti cuti Malaysia ni... cuma sampai arini, blum dpt lgi undangan ke meeting Trip to Langkawi ni... Ketua Rombongan?? ape cerrr..... hehehe

Oklah.. nk cerita apa yg berlaku sangat pd High Tea tu dlu laa tpi rasanya mcm xpandai nk jdi wartawan. Well mcm gathering yg lain. Xsah klu xde sessi bergambar. Siap ade candid lgi...so korg tengok je la photo yg ada...

So guys, we had a great time. Thanks to those yg sediakan goodies and belanja ktorg ptg tu.. Murah rezeki mu...Jasamu sentiasa dikenang. Love u always.
And to the rest of YOU out there, enjoy ur LUNCH and do drop by again. Thanks for reading, Uolz !! \("*")/

Thursday, February 28, 2013

Seronok ke Jadi Blogger ni?

Hello... Salam Sejahtera

Pemah Tak Orang tanya....., "Seronok ke Jadi Blogger?"
Apa yang Best dan Tak Bestnya bila jadi Blogger ni??

Seperti sebahagian kekawan blogger yang lain... MakLady muncul sebagai blogger bukan dirancang. Namun, Bahagia sungguh masa mula jadi blogger. Bersemangat!  Saban hari ada saja entri yang MakLady karang. Tak kira la topik apa pun. Ye laaa..nama pun "blog diary" - Macam Macam Ada...

Bahagia, Suka duka MakLady berblog dapat dilihat pada entri MakLady. Atleast, kala itu, tak terlintas pun di hati kecik ni, utk jadikan blog MakLady dikenali! Sekadar Seronok2 bila ada Blog sendiri. Blog tu MakLady namakan, My Shades of Love yang tersimpan segala jua situasi MakLady samada gembira, seronok, terhibur maupun stress, geram, sakit hati, mengampah!! ALL of that, I put them in my entries. Senang jer - dh selesai menulis. baca dan published ~ baru rasa lega. RASA PUAS HATI... :) Itulah yang SERONOKNYA~~

Menulis cerita MakLady, tak usik sesiapa pun... Pada blog MakLady, tertulis kisah pasal diri, keluarga, kerjaya dan life sehari2. Rasanya Im Not Alone. Ramai je lagi yang menulis pasal diri termasuk story mory pasal buah hati. Pasal cinta sayang itu, ini - sangat berlambak!hokeyyy... siap dengan photo sana sini lagi? Itulah dunia blogging. Itulah hakikatnya.....
Best ke jadi Blogger? bila niat yang kita semai utk berblog ni telah dicemari oleh jari jemari yang kurang adap dan ajar? Pada MakLady, menulis perihal diri selagi tidak mengancam dunia itu bukan kesalahan. Segalanya bergantung pada diri kita, tanggungjawap kita apabila kita berkarya. Namun, bak kata perpatah, BUAT BAIK BERPADA PADA, Buat jahat jangan sekali... Buruk padahnya.

Dunia Blogging ini bukan lah luas mana. Macam dunia artis jugak. Esok esok kita akan terbaca juga. Bagi mereka yang tak bertanggungjawap tu, memang tak kudis bagi dia. Cuma apa yg diperkarakan jika perlu, harus berlandaskan rasa hormat sesama kita. Menjaga maruah orang seperti menjaga maruah kita sendiri. But as for me, we are free to say our peace!! Just like U & your diary. Cuma kali ni, apa yang kita tulis dan published, akan menjadi tontonan dunia. So be ALERT dear !! Silap haribulan, silap komen, silap cakap, silap tulis, SIAP! nnti kena Saman~!!

Kenapa MakLady cakap macam tu?? Sebabnya, pada mula MakLady bina blog, MakLady dah tanam sikap I DONT CARE!  Maksudnya, MakLady tak kesah la apa org lain nak buat dengan blog mereka, tak kena mengena dengan Maklady. Yang penting bagi MakLady - ada blog and im happy to reach others and share my writings.

First Publish : 23/4/2011

Friday, February 22, 2013

10 - 11 : Kisah Kecemasan @ Hospital Ampang

Salam Jumaat 
Salam Sejahtera

Bukan 9-11
tapi 10-11

Photo by maklady

apa dia tu?

Sebenarnya inilah no giliran yang diterima ketika Bonda MakLady menerima rawatan di Hospital Ampang. Pada mulanya MakLady tak amik port tapi macam berkait pulak... Actually BUKAN ini yang nak diceritakan! Bukan pasal no giliran tapi pasal kecemasan yang berlaku dlm keluarga MakLady baru baru ni. Mungkin ramai yang tahu, kebelakangan ini, ramai yang kurang sihat. Termasuk la MakLady dan ahli keluarga yang lain. Ada batuk, ada sakit tekak ada plak yang sakit seluruh badan....

Oh yer! Sebenarnya - pada awal pagi tadi bonda MakLady telah dikejarkan ke sana atas masalah kesihatan. Perlukan rawatan segera. Alkisah nya.... Tokmama (panggilan anak2 MakLady pada ninda mereka) telah mengalami kesihatan yang kurang semenjak pulang bercuti di Utara minggu lepas. Sejak tu, Tokmama batuk - dan demam sedikit. Sudah pun dapat kan rawatan di klinik. Tapi keadaan tak kebah2. Mungkin akan pengambilan ubat makan dan keadaan kesihatan yang tak menentu punca dia LEMAH!

Keputusan menghantar Tokmama ke hospital adalah terbaik. Setibanya di hospital dan menerima no giliran seperti di atas ni, Tokmama pun diperiksa dengan terperinci. Diambil bacaan tekanan darah. Diambiknya darah - dan juga diminta utk XRay. Resultnya - ditahan di wad untuk rawatan seterusnya. Menurut pakar, TokMama kekurangan gula dalam badan. Darah pun tinggi naik nya - 230 wowww tinggi nyaaaaa
Photo by maklady

Amat Bahaya! itu lah yang dikuaturi. Namun kecekapan para doktor dan kakitangan hospital telah berjaya menstablikan keadaaan Tokmama. Setelah berada dihospital selang berapa jam, Tokmama disahkan selamat dari bahaya yakni darah tinggi telah distabilkan. Mujurlah .... 

MakLady bersyukur semua nya selamat. Berkat doa kawan2 juga serta doa anak2 , Tok mama selamat dari bahaya dan dengan cepatnya , kadar darah dan kencing nya dicatitkan " stable" -Alhamdulilah. Tok Mama dibenarkan balik setelah semalam tido di sana. Sempat juga TokMama berbisik kat MakLady - 
"tak leh nak tido....! Nape mak? ... depa bukak lampu sampai ke pagi - silau mata Mak~!
huhu *ingatkan apa tadi..... :))* hehehe

Anyway setelah kesihatan TokMama beransur pulih, beliau dibenarkan utk pulang ke rumah. Alhamdulillah sekali lagi - now she can sleep in her own bed. Padam lampu - boleh tido lena....zzzzzzz

Wednesday, September 26, 2012

A 'Full House' Reunion 25 Years Later

ABC's "Full House"
MUNGKIN ADA ANTARA UOLz YANG MASIH INGAT LAGI 
dengan wajah dan watak2 dlm sitcom yang popular satu masa dulu - FULLHOUSE. 

Mula ke udara di kaca tv pd seawal 1987. Sitcom ni dulu , antara sticom yg mendapat rating tertinggi di Amerika. Menambat hati penonton kerana ianya mengisahkan sebuah keluarga yang pada ML ..typical American family. Macam kita2!! ;))  Masa tu, ML suka tengok FULLHOUSE ni, sebab ada unsur lucu, bersantai, ada masa masalah yang dipaparkan adalah masalah yg selalu ada dlm kehidupan kita. Sedikit sbnyk tu, boleh la belajar.... 

Dari siri tersebut, kita dipaparkan dgn kehidupan keluarga Tanner, melibatkan berbagai kisah dan kereneh ahlinya. Mereka terdiri drp ketua keluarga, Danny Tanner bersama 3 org anak perempuan setelah kematian isteri. Dia meminta bantuan rakan baik, Jesse Katsopolis dan Joey Gladstone utk menjaga anak2 itu bersama. Maka dorg ni pn hidup lah sebagai satu keluarga. 

Berbagai cerita dan telatah anak anak Danny Tanner sepanjang siaran. FULLHOUSE mencerminkan sebuah institusi keluargaan yang penuh dengan bebagai dugaan. Namun FullHouse tetap menjadi sitcom pujaann penonton terutama kehadiran barisan pelakun yang berbakat dan terkenal, pada waktu tu seperti Bob Saget. INGAT sape Bob Saget? Yezzzaa!! Dia lah, Pengacara TV (host) rancangan " The American Funniest Video" . (ingat dah??..)

Setelah 25 tahun dilayar TV - semua pelakun FULLHOUSE telah kembali bersama semula hari ni... Untuk mengingati sejarah pertemuan setelah 25 tahun berlalu. Ada antara pelakun ini berjaya menempah nama setelah pertama kali diperkenalkan, antara nya kembar Mary-Kate dan Ashleu Olsen, si kembar yang berlakun utk satu watak. Mereka disukai ramai ketika tu. Almaklum laaaa.. comel sangat. Walaupn mreka ni, berlakun bergilir2 (sbb sorg ni kan kembar...) tetapi amat bijak dan dapat menjiwai watak sebagai anak bongsu dlm keluarga Tanner.

Selain tu, ada lagi watak dlm sitcom ni. yg mana berjaya memeriahkan lagi suasana kluarga ni, bila siri tersebut dipanjangkan hingga beberapa season. Xsalah pada season ke 6 atau ke 8, si "pakcik Jesse" pun berkahwin dengan Becky Donaldson) dan memperolehi anak kembar ( kembar lagi???....) Tapi kali ni, kedua2 pelakun kanak2 tu, berlakun sehingga usia mereka 2 tahun dimana drama sitcom itu pn tamat penggambarannya. Ketika itu pasangan kembar ni baru berusia 2 tahun...

WAJAH WAJAH : DULU & SEKARANG...
Bob Saget (Danny Tanner)Candace Cameron Bure (D.J. Tanner)
Bob Saget (Danny Tanner)  - si ayah                   Candace Cameron Bure (D.J. Tanner) - anak

Jodie Sweetin (Stephanie Tanner)Lori Loughlin (Becky Donaldson)
Jodie Sweetin( Stephanie Tanner) - anak          Lori Loughlin (Becky Donaldson) - isteri Jesse
Mary-Kate Olsen/Ashley Olsen (Michelle Tanner)
Mary-Kate and Ashley Olsen (Michelle Tanner) - anak bongsu
John Stamos (Jesse Katsopolis)Dave Coulier (Joey Gladstone)
John Stamos (Jesse Katsopolis)                        Dave Coulier (Joey Gladstone)
Andrea Barber (Kimmy Gibbler)
Andrea Barber (Kimmy Gibbler) - jiran & kawan baik DJ Tanner


Blake Tuomy-Wilhoit/Dylan Tuomy-Wilhoit (Nicky and Alex Katsopolis)
Blake & Dylon Tuomy-Wilhoit (Nicky & Alez Katsopolis)

DAN... INILAH GAMBAR TERBARU MEREKA... SETELAH 25TAHUN TIDAK BERSAMA DALAM FULLHOUSE.. - tanpa si kembar Olsen (tidak hadir pada reunion tersebut.)
A 'Full House' Reunion 25 Years Later

Oklah Uolz.. ini lah entry ML yg agak PENUH RUMAH pagi ni...
Enjoy your day :)) Smile Alwayz.. !!
ML Sayangggg Uolz..;))
Jumpa Lagi
ASSALAMUALAIKUM SMUA...

Saturday, September 22, 2012

Oh My Venice - Part 2


Hari Pertama di Pulau Venice 
Sampai je kat jetty, mula la berposing. Venice!!! Here i come
hehehe
Deretan kedai disebelah kiri tu merupakan pusat niaga Venice
Ada kedai, restoran, office dll.
Sempat pose berhampiran dengan jetty sebaik tiba
dengan boat dari tanah besar ;) Ramai plak peminat nak amik gambar..
(MAAF - tika ni ML tidak bertudung lagi. Sekadar memperlihatkan
gambaran tempat2 kenangan ketika dan waktu itu sahaja..)
Di hadapan Gereja St Marc @ Marc Square. Masa ni awal
pagi. Kami berkumpul di sini utk aturcara lawatan. Termasuk
berpeluang utk menaiki GONDOLA mengeliling sebahgian
pulauan Venice ni... Excited sungguh!!!
Bersiar2 di pinggiran kota Venice.
dibelakang tu adalah "port" tmpt kluar masuk pelancung
kat sini juga terdapat kiosk menjual cenderahati..

Selepas bergambar ni... kami menuju ke jetty utk menaiki
gondola.. Pengalaman yang sukar utk digambarkan ;))
Uolz tengok gambar kat bwah ni jee laaa.....
Gondala adalah pengangkutan yang femes kat Venice.
Macam korg tgk kat TV/Movie tu ler..
ada mamat italian yang pakai baju belang2 akan menggayuh
Gondola sambil menyanyi... kami dlm Gondola ni mmg
terhibur. Gambar atas - kawan senegara yg turut serta.
Sempat amik gambar kawan ML yg berada di Gondala lain
ketika berseliseh laluan . - lihat la bangunan lama dipersisiran
laluan gondala ni. Very the antic. Pintu2 yang terdapat ini
adalah pintu masuk ke rumah2 di tepi "sungai" ini. 
Ni la dia, mamat Italian, Alexander nama dia, Baru berusia
19 thn, sudah bekerja sebagai  pendayung GONDOLA di pulau pelancungan
 Venice ni. Lihat juga jembatan kecil yg menghubungkan ke
dua blok banguanan antara satu sama lain. Di sini takde kereta, motosikal. Cuma
 ada pengangkutan air dan basikal utk bergerak.  
Venice juga mempunyai keunikan tersendiri. Banyka ML nk cerita kat Uols tentang pengalaman ML berada di sana. Inilah pengalaman paling indah sepanjang perjalanan ML mengembara kali ini. Nanti ML bawa Uolz semua melawat sekitar bangunan dan tempat pelancung singgah bila ke sini... Tunggguuu....

*bagi yg miss entry pertama edisi VENICE leh klik kat SINI * dan KAT SINI JUGAK!
(MAAF sbb masa gambar semua ni diambil ML masih brada di era zahiliah lagi.. maksudnya waktu ni, ML tidak bertudung...) Harap Maklum. Jgn plak ada yg curi2 gambar ni dan letak kat forum atau blog2 korg then kutuk KAW KAW kejahilan ML masa dulu2....Anggaplah ianya lipatan silam setiap kita. Awak, Saya, Kita adalah SERUPA di sisi ALLAH swt ..  * 

Friday, September 21, 2012

Oh My Venice - Part 1

Assalamualaikum 

Haiiii Bloggers and my darling readers...
Salam October..
Dalam Seqmen Jalan2 Cuci Mata MakLady kali ni,
apa kata kita terus amik flight ke VENICE - Italy
 ...
Setelah beberapa minggu di negara lain, kini tiba giliran Italy. Kali ini ML rasa bertuah sangat sbb pertama kali menikmati panorama di situ, ML dah jatuh hati. Sukar nk gambarkan. Takpercaya tanya la ssape pun  - yg penah sampai ke Venice pasti setuju klu ML katakan ianya sungguh romantis terutama kalau pergi bersama org tersayang....

Hmmmm....sbb tu la masa kat sana ML rasa a bit mcm X BEST laaa..sbb
ML berseorangan... 
Pemandangan yang syahdu - airlaut yang sebiru langit
memukau mata dan di sini ML bersyukur dengan kebesaran
Allah mengadakan ssuatu yg indah...
But Dont Get Me Wrong. Sebenarnya BUKAN ALONE...tpi ditemani rakan2 Contiki yg lain. Cuma ML sorang saja, tak de sapa yg teman dari Malaysia. Ini adalah kali pertama tau ML melancung ke Europe. So excited!!! Apa idaknya, kami sempat melawat 9 negara! Bermula dari London di England hingga ke selatan, sampai la ke Venice, Italy. Perjalanan dimulakan dgn menaiki coach dan menaiki Ferri ke Amsterdam. Dan seterusnya disambung dengan coach lagi ke Germany, Austria melintasi banjaran dan sungai melalui highway, sampai la ML ke destinasi seterusnya...di VENICE, Italy. Pengembaraan ML tak sampai di sini aja. Ada bnyk lagi negara yg disinggahi. Tapi buat masa ni. ML share dgn Uolz keindah kota terapung yg unik ni dlu...

Sebenarnya, inilah trip Europe yg pertama buat ML. It was worthy coz pd ML, biarlah wang habis pn tapi pengalaman tu tak mungkin dapat dibeli. Bukan semua org dapat menikmati peluang melancong ke luar negara tambah pulak masa tu, ML bersama CONTIKI TOUR....
Yang berdiri tengah baju hitam tu, roomate ML masa tu
minah Australian ni, bercuti ke Europe setelah dia kecewa
dengan Pakwe masa belajar kat KOLEJ. Hadiah kekecewaan
oleh keluarga dia utk melupakan kekasih hati....

waaaahhh...hebatkan... Untung anak2 matsalleh ...
kecewa je ..mak pak kasi hadiah TOUR to Europe!!

Peluang melawat tempat org tak disia-siakan. Believe it or Not, ML sempat melawat 9 negara dengan segala pembelanjaan tak sampai pn 5k. Hmmmm pasti korg terbeliak bijik mata kan? huhu
Segala perjalanan termasuk penginapan- makan pagi dan dinner. 

Mati hidup balik pn tak kan dapat harga mcm ni lagi!! ha ha ha..

Untung tak ML sbb ada connection dengan travel agent yg kendali rombongan ni..(ahli travellers terdiri dari mereka yg datang bercuti dari merata perusuk dunia....) Mmg bertuah badan ML ...;))

Oklah... lupa kan pasal tu, Jom ML bawa korg mengintai serba ringkas pasal trip ML ke pulau Venice yg cantik, romantik, mavelles dan ntah apa2 lagi kata yg tak terucap utk gambarkan keindahan Venice, Italy.

Bersama teman2 di  St Marc Square.
Kat sini ramai jugak para
pelancung bersidai sambil amik
gambar. Depan sana tu , Gereja
dan Menara St Marc

Yang ni dipersisiran jetty GONDOLA berlabuh ..berhampiran
dengan dataran Marc. Di belakang tu adalah hotel penginapan
klu hendak bermalam di pulau ni. Tapi harga dia...
JANGAN TANYA....

Semasa kawan2 ML sampai ke dataran St Marc

Selepas bergambar kami dibawa melawat, kilang buat hiasan kaca
dan kilang buat lace (handmade)
tertua di dunia. Semua ada di sini VENICE..  
(nnti ML sambung entry lain utk berstory mory pasal trip ni...)
Buat masa ni... kita tengok gambar2 dulu ..hokey....

Wednesday, September 19, 2012

Terkenang Venice

 Terkenang Venice
Saat Indah menaiki GONDOLA
@ Venice
Masa di Melaka aritu, MakLady teringat la kenangan masa kunjungan ke Europe back back then. (MAAF sbb masa lawatan ML ni dlu2, ML masih brada di era zahiliah lagi..)  masih tak berhijab. Jgn plak ada yg curi2 gambar ni dan letak kat forum atau blog2 korg then kutuk KAW KAW kejahilan ML masa dulu2. Sbb kita semua pn bukan lahir2 berhijab...tul tak? oklah im not gonna talk abt that today! Today ML nk share photo2 masa ML melawat Europe ... Suatu masa DAHULU....

Masa di Melaka tu la, ttiba ingatan ML tertumpu pada cruise dan Gondola. Yes...Once Upon A Time...ML penah la menjejakkan ke dua kaki ni di bumi Venice. Bumi yg memperkenalkan ML kepada  cruise walaupn sekadar river cruise. Cuma pengalaman sedikit berbeza... 

Venice - tmpt fames dgn gondola dan terusan sungai dibelakang bangunan.. Yer..Venice yang popular masa zaman ROMEO & JULIET...sentiasa menjadi impian ramai yg inginkan suasana romantik. Sesungguhnya ML rasa bertuah kerana dapat merasa keindahannya walaupn hanya bersama teman2..Bertuah rasa badan ML masa tu, berada di tempat bersejarah. Bemula dengan sejarah Marco Polo berlabuh sebelum meneruskan pelayaran beliau ke perusuk dunia hingga ke negeri China...dan kini. ML penah juga melihat sendiri peninggalan mereka - HISTORY

Untuk sampai ke pulau Venice ni, kena naik boat penumpang
dari tanah besar. 
Pada mulanya perjalanan ke Europe ni mmg dah lama dirancang. Akhirnya pada musim bunga ML telah meninggalkan Malaysia dengan hati yang terbuka - utk sampai ke negara org. ALONE!! 

Hmmm... nape plak ALONE?
X best la klu pergi Jalan Jalan Sorang2 kennn...
tambah plak ke Venice Italy ni.....

Nak Tahu persoalan ini...
jangan lupa baca sambungan entri ML 
(eehhwaaahh konon nak wat mcm Drama Bersiri la ni..huhuhu)

AKAN BERSAMBUNG........ :)

Saturday, July 21, 2012

Kenangan Ramadhan bersama...

Pada tahun lepas, MakLady & keluarga lalui bulan RAMADHAN dengan penuh dugaan dan cabaran yg belum penah terduga sebelum itu. Namun kini, Ramadhan datang lagi....Harap biarlah kali ni, bwa kenangan manis yg mampu dikenang ...
Uolz nk tau tak? Tiap kali hari pertama puasa ... MakLady pasti terkenang peristiwa maupn kenangan yg sinonim dengan pengalaman berpuasa yg penah MakLady lalui. Segalanya sekadar mengimbas kembali - Kenangan mengusik jiwa...ceewwaaaahhh....maupn kenangan mengukir senyuman .... Segalanya berlaku di bulan Ramadhan. Oh Ramadhan BULAN Seribu Satu Hikmah! 

Alhamdulillah.. 123tagged.Com


TOP 5 kenangan yang MakLady ingat setiap kali Ramadhan...

5.  Berbuka puasa dalam kereta setiap kali waktu bbuka - Masa tu ML keje kat OU - Waktu keje masa tu, selalu balik jam 7mlm. So waktu buka dlm kul 7suku mcm tu. Utk menyenangkan, ML selalu bekalkan kurma dan air kotak dlm kereta. So bila kuar pejabat je cepat2 ke carpark dan buka siaran radio. Sambil meredah jalanraya dah standby kurma. Kkadang tu, rasa sedih gak ler, sbb selalu nya berbuka dgn keluarga di meja makan dgn juadah tapi sbb keja punya hal terpaksa bbuka dalam kereta. Tapi ML tak berseorangan tau...ade juga tgk pemandu lain (yg beragama islam) yg bbuka dalam kereta... Fenomena biasa di bulan Ramadhan.
  
4.  Kenangan yg unik yg penah ML tempuhi adalah berbuka puasa bersama rakan niaga di tapak niaga atau Bazaar di Subang Parade pd Ramadhan lalu. Walaupn tempat yg limit, tapi kami seronok berbuka sbb suasana berbeza. Hanya sekadar bbuka atas lantai berlapik kertas, kami bersila dan mengadap juadah bbuka. Wlaupn ala kadar tapi ML rasa meriah. Hanya berteman anak sulong ML - kami bbukan puasa dgn sorang lagi ONLINE blogger yg sama2 berniaga di Bazaar tersebut. Sronok Berbuka Puasa Sambil Berkelah.... ;)) Suasana yg hanya peniaga Bazaar dapat merasai ... 

3.  Teringat masa bulan puasa di zaman kanak2. Keadaan ML masa kecik2 dlu mmg suka sakit perut. Klu puasa rasa amat seksa tapi sbb arwah Ba berjanji nk kasi duit raya. ML gagahkan jugak. Sampai melepek! Bayangkanla, masa skolah rendah darjah satu dah mula belajar puasa. Balik skolah dah longlai. Masa tu, mak tak kan suruh wat keje. Takut penat. Masa yg kritikal adalah petang! Juz imagine, ML selalu tido sambil meniarap dan make sure my tummy kena pd lantai mosaic yg sejuk.... waaaaa..nak sejukkan perut ke?? ha ha ha... amat la kelakah nya... huhuhu

2.  Dalam pd bulan Mulia ni, ada juga insiden agak melucukan berlaku. Nak kata lawak sgt pn, tak de lawak cuma thing happened...ML masih ingat - sbb masa tu, ML dgn keluarga bbuka di sebuah warung Nasi ayam yg femes kat KL ni. Then dlm pada menunggu waktu bbuka, tuan kedai tu ON kan siaran - radio! Mungkin nk pastikan waktu bbuka sambil siarkan AZAN nnti, fikir kami. Biasa la suasana klu bbuka di kedai. Makin lama org makin ramai datang. Dalam pada tu juga - kami tumpukan pd rancangan TV yg ditayangkan kat situ. Kira tak lama lagi waktu bbuka akan tiba. Tapi yg menjadi lucu nya ialah - sepasang kekasih yg sedang menunggu waktu, telah dengan selambernya menenguk air dan menjamah makanan di depan mereka, semata2 mendengar AZAN di radio (ketika itu) sedangkan radio tu, adalah siaran radio JB ...sedangkan AZAN di TV3 (waktu yg sama) masih menunjukkan org mengaji al quran!! So apa lagi - org keliling dgn muka yg confius terpinga2 melihat gelagat couple tadi menjamu selera!! Mereka asyik sampai tak perasan mrk tersalah waktu BERBUKA~! Pengajaran ketika bbuka diluar - berhati2 - pastikan waktu bbuka yg tepat bagi kawasan yg sewaktu dengan nya. :)

1.  Masa tahun pertama berpuasa bersama - Seperti di masa pasangan yg baru bernikah, pasti ternanti2 saat PERTAMA KALI nk berpuasa sama. ML dgn EnSuami (masa tu..)pn tak terkecuali. Awal2 kahwin tu, dah pasang angan2 nak berpuasa sama.. nak berbuka puasa sama ..nak pergi pasar ramadhan bersama - TAPI apa yg berlaku adalah - EnSuami kena berbuka puasa sorang2. Siap kena masak nasi goreng SENDIRI - sbb ML xleh nk masuk dapur sbb tengah MABUK. Worst part is, ML tak leh bangun2 nk teman bbuka bersama2.....oh my puasaaaa.... ha ha ha...what a first time puasa bersama afterall!!Since that, pasti teringat kenangan yg sinonim dgn RAMADHAN. Sedikit sbnyk buat ML tersenyum sendiri...

SO MCMNE PLAK DGN KENANGAN UOLz  PLAK?? jom cerita ! jomm...

Saturday, June 30, 2012

Hati Kami X Sape Yang Tahu..

Actually...
photo2 ni dah agak berabuk, brada dlm simpanan MakLady.. 
apa kata ML share entry yg mungkin bleh relate dengan rakan2 blogger
especially young parent - yang penah berdepan dengan situasi begini.... 

It's natural to have this kind of feeling.... 
WHEN anak kecik kita sakit, demam 
mahupun terpaksa dirawat di hospital.
This is my niece. He's 4 y.o Anak tunggal (buat masa ni)  Amat rapat dgn ibunya ..
Pada suatu hari  si Anak dimasukkan ke hospital atas masalah kesihatan.
Setelah diperiksa, dia terpaksa menjalani minor operation ...

Mak aaiii... masa tu, tak tau nk ckp kan, perasaan seorang ibu
padahal operasi tu, BIASE je, xde la bahaya or what -
cuma .. sebagai IBU , perasaan itu tiba tanpa dia undang ..
We wanna be strong for them but....
sayu sedih risau kecian - semua datang menyapa diri..
Tambah plak bila anak kita TAK PERNAH lagi
lalui situasi sebegini.

 As A MOTHER... rasanya dapat tak bayang kan
mcm mana perasaan si ibu mengalami situasi begini?
KALAU ANDA ditempat si ibu...
macamne agaknya emosi ANDA ketika ini..
- My niece sempat say PEACE -  sebelum Operasi
Anak Ceria Je - Ibu Yang Cuak ..
Namun. End of the day, semua berjalan
dengan baik . Berkat Doa Keluarga & Kekawan
si Anak Dah Sembuh.. Alhamdulillah

Sunday, December 4, 2011

Ucap "Birthday to U" dlm doa...

Klu ikut pd tarikhlahir ssorang kita dah bleh agak USIA dia..
dari tarikh lahir pn kita leh belajar karakter ssorg...
dari tarikh lahir - katanya mampu utk mengenal keserasian
NTAH mcm2 lagi la org tafsirkan ssuatu kejadian dgn TarikhLahir...

Namun hari LN nk "mark" this date - 4hb Disember 2011
sbagai tarikh baru sbuah permulaan..
pd tarikh ni juga, LN nk ingatkan someone dear to me ...
yg sepatutnya sambut birthday dia ...Namun ALLAH telah
rancangan tarikhlahirnya sampai disitu sahaja...
ALFATIHAH utk arwah ...

pada tarikh ini juga - bnyk lagi kesah suka duka
yg diharungi oleh org2 di luar sana...sape tahu...
dan tarikh ini juga menandakan sbuah harapan
bagi mrk yg "mark" hari ini sebgai tarikh
permulaan sebuah pertemuan....
insyaALLAH...

Tpi yg paling penting... spurnama dari tarikh ini,
genap lah sepurnama ikatan perkenalan...
maupn genap setahun sebuaht ikatan perkahwinan...
sape tau...ada d luar sana yg sambut,
seunik 4 Disember , seindah 4 Januari,
unik lagi ...seindah lagi... Permulaan Sbuah Ikatan...
InsyaALLAH

Friday, November 4, 2011

"Suddenly I miss U".. he wrote

November 4, 2011 at 12:14am
Hi, N***. Thanks for accepting ...

Hi, N***. Thanks for accepting my request. I really appreciate...
-MKA-
Bermula dengan Bismillahirahmanirahim ....
*a good start .. ends with a better or even the best result* 
Stretching at the Start Line
Berakhir dengan Alhamdulillah ... \(' -')/

" Suddenly I Miss U.. " he wrote
in her heart saying, "InsyaALLAH ..."

Friday, October 21, 2011

I'm glad I never married you

Lagu ni MakLady terjumpa masa google tadi...membawa maknanya : Saya BerSyukur Saya Tidak Mengahwini Awak 

atau mungkin bunyi lagi best mcm ni, ...Saya Bersyukur Saya Tak Mungkin Kahwini Awak 

!!amacam? ok x?.....

APe Ape pn ~ do enjoy the song, by Emma Formanpenyanyi & penulis lirik dari UK England.


Right to the end Cover Art





 dedicated to some1 who supposed to get marry TODAY! 

~MakLady says:


SEGALA HIKMAH HANYA DARINYA. 
BERSYUKURLAH DENGAN SEGALA KETENTUANNYA.

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]