WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady
Showing posts with label Tengok Wayang. Show all posts
Showing posts with label Tengok Wayang. Show all posts

Tuesday, December 2, 2014

Cerita Che Ta & Baby Bersama Pureen Chak Chak Pulak..

Masa Che Ta & Zain Saidin
mendapat tajaan dan program khas
sempena kehadiran baby mereka -
REZEKI ALLAH DI MANA-MANA

Menerusi Program Pureen Chak Chak di Astro, kini giliran Che Ta dan Zain Saidin pula berkongsi kisah mereka secara LIVE dan Spontan di depan camera. MakLady sempat tonton rancangan ini malam tadi. Seronok melihat sendiri keadaan Che Ta ketika mengandung dulu.

Dari awal kehamilan hinggalah melahirkan dan lepas pantang. Semua ini bakal dipertontonkan kepada kita! Jangan lepaskan peluang, pada setiap hari Isnin jam 9malam di Astro. Siapa yang nak tahu apa yang berlaku dalam kehidupan suami isteri ini ketika awal kehamilan - hinggalah saat melahiran baby mereka boleh lah melekat depan TV....Kira nya inilah program REALITI yang wujud untuk menarik penonton dan peminat mereka.

Selain artis yang "dieksplotasi kan" secara halus, oleh pihak penaja, Anak2 mereka juga mendapat perhatian peminat secara am nya. Untung lah Che Ta & Scha dapat bersalin di Hospital swasta yang super expensive. (tau takpe ) Sememangnya, program  ekslusif tajaan Pureen ini memaparkan kehidupan artis - macam artis2 kat luar negara suka dengan realiti show....Mungkin sebab sekarang ni program Reality mendapat tempat di hati penonton. 

Menjadi trend masa kini, bila program REALITI yang seumpama ini disajikan.Mendekatkan artis dan peminat mereka untuk sama sama menyaksikan kehidupan harian mereka. Disamping syarikat atau mereka yang ingin melakukan produk sanggup menaja artis2 ini. Cuba kalau rakyat biasa di ambil untuk rancangan TV sebgini...Kan Bestttt.... Tapi siapa pun tak heran nak tengok kot!! huhuhu ::) 

Thursday, October 16, 2014

Kasih Berbisik

PROMO : KASIH BERBISIK
TV3 - Primeworks & MediaCorp

Kasih Berbisik

Sebuah lagi drama yang melibatkan pelakon yang ternama dari 3 buah negara yakni, Malaysia, Singapura dan Malaysia. Usahasama dari pihak PrimeWorks dan MediaCorp dari Singapura menerbitkan drama yang turut dibintangi oleh barisan pelakon dari Indonesia. 

Berlatar belakang kehidupan dan panorama metropolitan Singapura, dengan keindahan panorama lokasi menarik di Malaysia serta suasana eksotik Bali, Indonesia - menjadikan kisah klasik cinta yang tidak kesampaian dan persahabatan yang menjadi keruh. 

Drama ini berkisar dengan kehidupan Imran, seorang arkitek Singapura yang berkahwin dengan Nora. Mereka tiada zuriat kerana Nora tidak mampu melahirkan. Suatu hari, ketika Imran bertugas ke Bali telah menemui cinta hatinya. Sulastri seorang penari Bali. Imran menyimpan rahsia perkahwinannya dengan Sulastri dari pengetahuan isteri pertamanya selama 6 tahun, 

Sejarah Sulastri yang pada mulanya bertunang dengan Dharma telah cuba membunuh diri setelah Dharma ditahan polis. Dalam sekelip mata, cinta nya terhadap Imran berputik dan Imran jatuh hati padanya. Sulastri menerima Imran sebagai suami dan melahirkan bayi perempuan, Eka selepas setahun berkahwin. 

Pada masa yang sama, Dharma telah tekad untuk menuntut haknya keatas Sulastri dengan apa cara sekalipun. Bermula lah dendam yang membara menguasai diri Dharma apabila mengetahui Imran telah terdahulu mengahwini Sulastri. Bermula dari itu, segala peristiwa yang tidak dijangka dan rahsia silam menyusul. Tak sabar rasanya untuk mengetahui, selanjutnya apa yang berlaku ... 

Apa jadi pada perkahwinan yang dirahsiakan dari isteri pertama? Walaupun apa alasan mahupun keadaan nya nanti, pasti timbul konflik antara mereka ye tak... Dari awal cerita nya, penonton dibawa menyelami hati seorang wanita yang telah dimadukan tanpa pengetahuannya. Pasti ramai yang bersimpati... Namun bila melihat konflik kehidupan beristeri dua melanda Imran, hati berbelah bagi. 

Sebenarnya, MakLady mula ikut drama ini dari awal. Jadi macam rasa excited kot nak tahu apa kesudahan kisah mereka ini. Mampu ke Imran menyembunyikan rahsia perkahwinan. Hati isteri yang mana harus dijaga. Apakah tindakan isteri kedua, dalam konflik rumahtangga mereka? Mungkin kah ada agenda disebalik perkahwinan yang meruntuhkan hati wanita lain berlaku diantara Imran dan Sulastri?

Apa akan jadi seterusnya? Tak sabar nak nanti siarannya pada setiap hari Rabu di TV3. Tambah pula bila pelakon yang pegang watak utama drama kali ni, Remy Ishak dan Keith Foo. Paling menarik dengan penampilan Nora Danish dan Tasha Shila. Pelakon lain yang turut sama - Hisyam Hamid dan Nurul Aini dari Singapura dan Isti Ayu Pratiwi dari Indonesia.  

1958569_671252719577028_17468073_n.jpg
Para Pelakon dari 3 Negara yang menjayakan drama KB ini
KREDIT : TV3  & EDtvZahidizakariya
JANGAN LUPA SETIAP RABU @ TV3 
JAM 9MALAM - KASIH BERBISIK

Monday, July 7, 2014

Kerana Terpaksa Aku Relakan

Inilah Novel terbitan Karya Seni yang di realisasikan dalam bentuk drama
 Kerana Terpaksa Aku Relakan.
CREDIT - Karya Seni & TV3 Slot Akasia

Tak sabar rasanya jumpa Indah dan Tajul Razin!
InsyaAllah ... drama slot Akasia di TV3 kali ni, 
Kerana Terpaksa Aku Relakan
 - yang tengah Hangat meletop Top Top akan bersambung...

Ramai pasti menanti ...eposid seterusnya 

MakLady, kira peminat setia KTAR tak pernah terlepas sejak mula ditayangkan. 
Thanks to Tonton.com sebab walaupun siaran pukul 7malam - semasa umat Islam tengah sibuk berbuka puasa - MakLady akan sambung tengok di waktu yang sesuai. Makin hari makin best plak cerita ni. Rasanya ramai yang minat dengan drama slot Akasia kali ni. Tambah pula sekarang ni dah tahap konflik melanda.... Bagi yang mengikutinya, pasti berdebar nak tahu apa yang bakal berlaku bila Indah terima email yang merobek hatinya. (dari episod sebelum ni..) Apa pulak kerenah yang Zin lakukan pada Indah... Cian Indah Harlina, walaupun dia sayang pada Zin, Fahin lebih berani bertindak!

Hmm...mungkin bagi anda yang tak penah ikut KTAR ... 
(alahaiii RUGI! mmg RUGI :) 
mungkin tak faham apa yang MakLady cakapkan ...
so boleh lah baca sinopsis Kerana Terpaksa Aku Relakan  

... mengisahkan kehidupan Indah Harlina yang tidak seindah namanya. Kepercayaan seorang ayah hilang angkara fitnah dan rancangan mak dan kakak tirinya. Sekaligus merubah kehidupannya dalam sekelip mata. Dirinya umpama sebatang kara, tiada siapa mempercayainya lagi. Pertemuan yang tidak diduga Dato' Sofiya membantu Indah yang sudah hilang hala tuju. Pertemuan yang tidak dirancang dengan Dato' Sofiya adalalah satu anugerah yang tidak ternilai. Indah bekerja dengan Dato' Sofiya sebagai PA dan Dato' Sofiya menganggap Indah sebagai Angel dalam hidupnya.

Dato' Sofiya memberi kasih sayang dan membaluti kemewahan seperti anaknya sendiri. Dato' Sofiya mempunyai 3 orang anak lelaki. Tajul Razin, Tajul Fahin dan Tajul Zahin. Anak sulung Dato' Sofiya menerajui perniagaan arwah suami Dato' Sofiya. Tajul Razin seorang anak yang taat pada orang tuanya. Bagi dirinya Mama dan adik2nya sahaja dalam hidupnya. Kehadiran Indah dalam keluarganya mengubah dirinya. Walaupun di awal pertemuan hubungannya tak berjalan dengan lancar. Bibit cinta lahir dari hari ke hari hingga menjadi kembang dan subur.

Kehadiran Tajul Fahin anak kedua Dato' Sofiya datang ingin merebut cinta Indah dari Tajul Razin. Di saat Tajul Razin memberitahu hasratnya ingin memiliki Indah, Dato' Sofiya menyuruh Tajul Razin mengundur diri dan memberi peluang pada Tajul Fahin memiliki Indah kerana perubahan yang ditunjukkan oleh Tajul Fahin menjadi 'orang'. Demi mama dan adiknya untuk berubah, Tajul Razin terpaksa dan tanpa rela melepaskan Indah pada adiknya Tajul Fahin. Tajul Razin memendam rasa dan berpura2 kuat bila berdepan dengan mama dan adiknya. Indah sedih dengan tindakan Tajul Razin membiarkan dirinya dan memberi peluang Tajul Fahin rapat dan ambil berat ke atas dirinya.

Dalam kekalutan dan kekeliruan Indah, Saiful bekas tunangnya pula datang, ini membuatkan hidup Indah lebih huru-hara. Setelah pelbagai peristiwa yang berlaku Tajul Fahin nekad untuk mengembalikan Indah pada abangnya, bagi Tajul Fahin cinta abangnya suci dan ikhlas. Sehari selepas  majlis akad nikah Indah menjadi keliru dengan tindakan Tajul Razin, dia melarikan diri untuk mencari ketenangan. Di situlah dia berjumpa dengan Tajul Zahin. Tajul Zahin menceritakan kenapa dan mengapa Tajul Razin membuat tindakan begitu. Perbuatan keji mak dan kakak tirinya cemburu dan dengki tak pernah padam. Di saat Indah baru mengharungi erti kebahagiaan Indah kemalangan dan koma. Doktor mengesahkan Indah mengandung. Yazid, mak dan kakak tirinya menerima balasan setimpal. Tajul Razin dan Indah akhirnya bahagia setelah mengharungi pelbagai dugaan yang menghampirinya.


Sunday, July 6, 2014

Ramadan Jangan Pergi

Tonton Ramadan Jangan Pergi Full Episode
Credit to : Slot Samarinda TV3

Assalamualaikum

Sudah seminggu kita berpuasa kan. Hari hari menjalani ibadah dengan berbagai aktiviti. MakLady harap Ramadan kali ni lebih bermakna dalam erti sebenar. Macam Ramadan yang lepas2 kita di uji dengan niat menguatkan iman sesama kita. MakLady percaya uol pasti lalui Ramadan yang barakah dengan penuh redha . Selamat Berpuasa Uol :).

Bercakap pasal RAMADAN. MakLady ingin berkongsi dengan pembaca tentang drama terbaru slot Samarinda (TV3) yang mengisi Ramadan kali ini. Drama yang MakLady maksudkan adalah Ramadan Jangan Pergi. Siapa ikuti drama ni, sila komen kat bawah nanti yer... hehe

Bukan apa, MakLady dapat tahu pun dari kawan2 yang kecoh bercerita pasal cerita ini. Ramai juga lah yang geram dengan watak2 yang mencabar kesabaran dibulan mulia ni. Adusshh..nasib baik drama ni bersiaran jam 10 malam ( setiap Selasa hingga Khamis ) - selepas berbuka kalau tak mahu ramai yang hilang pahala puasa :) 

Pertama kali MakLady tonton drama ini via Tonton.com , hati MakLady rasa terpanggil untuk terus melekat di depan screen. Tak dinafikan, ianya seolah memberi tamparan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab atas apa yang harus dipertanggungjawabkan. Pengajaran yang ingin disampaikan sudah mula terkesan dalam pengenalan episod. 

Sikap manusia yang pentingkan diri sendiri, tidak berfikiran panjang lazimnya membawa kepada sifat2 yang tidak menguntungkan ini, Sikap negatif begini sering di bawa masuk ke dalam watak agar lebih dramatik. Selain untuk memberi pengajaran, ianya juga untuk menyedarkan masyarakat bahawa drama2 masakini, SEBENARNYA, mencerminkan kehidupan yang sering berlaku dalam masyarakat kita. Tak kira di mana, bila bila masa walaupun dibulan yang penuh berkat seperti Ramadan ...

Sememangnya sekarang, banyak drama yang berusaha memperlihatkan isian rohaniah dan jasmaniah dalam kehidupan seharian. Apa yang baik jadi tauladan dan yang buruknya kita jauhi. Tambah pula di bulan yang penuh hikmahNya membawa penonton menghayati kisah rumahtangga dan kekeluargaan dalam Ramadan Jangan Pergi.  

MakLady tonton sendiri pun geram dengan watak suami yang JAHAT. Dalam ertikata, selain dari gagal berfungsi sebagai ketua keluarga, dia abaikan tanggungjawa. Sanggup mendera mental dan fizikal isteri yang telah berkorban selama ini demi cinta. Dengan alasan, perkahwinan di usia muda dan tidak direstui keluarga, si suami dalam sekelip mata berubah hati. Setelah pengorbanan demi cinta, si isteri diceraikan dengan memberi berbagai alasan. Paling tragis bila diceraikan melalui nota ringkas. Hmmm..Sooo typical drama kehidupan MasaKini 

Tambah geram bila ada pulak watak lain yang menjadi batu api dalam hubungan mereka. Lakonan mantap Sheila Rusly selaku ibu kepada Firdaus Rahman (pelakon utama) patut dipuji. Memang sesuai watak ibu yang tidak merestui perkahwinan anak nya. Cuba menjodohkan semula anak lelaki dengan pilihan sendiri. Yezzaa.. mak mertua yang tak boleh terima jodoh yang telah ditentukan oleh ALLAH swt. Masih berusaha untuk merosakkan rumahtangga anaknya walaupun sudah bercucu ! 

Cian tapi MakLady ada kalanya rimas dengan watak isteri (Siti Saleha) yang tabah dan sabar. Macam tak kena tempat. Dah la diberi layanan buruk dari suami dan mak mertua. Ada pulak nasi tambah! Si Nadia, gadis buah hati suami yang kurang bijak tapi berlagak hebat sering mengerohkan rumahtangga mereka. Addusshh..mau sakit dada dibuat nya. 

Makin teruk bila selama berkahwin , si isteri sanggup berkorban wang ringgit untuk sara keluarga. Tapi sering diperasugut untuk diapat kan duit belanja hasil isteri. Yang tak boleh blah, bila dah berpisah pun si suami ni masih lagi meminta duit ! oh my heart - gerammmmm tak sudah ! :P

Sebab itu lah rasanya, kawan2 MakLady rasa drama Ramadan Jangan Pergi ini, terlalu dekat di hati mereka. Ada pulak yang nak jadi director, ada yang nak jadi scriptwriter baru bila tonton drama ni.. haha haha.. 

Kalau Uolz pun nak join sama dalam menguji bakat untuk jadi pengarah "syok sendiri" , boleh la nantikan siaran drama ni setiap hari kat TV3 jam 10 malam. Pasti tak duduk diam - geram. marah, sakit hati dengan watak suami yang ....... eeeeeeee...gerammmm sungguhhh MakLady..


Sinopsis Ramadan Jangan Pergi..

Farah berkahwin dengan Johan pada usia muda dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aidil. Hubungan mereka renggang sejak Johan berkawan rapat dengan Nadia. Tambahan pula, ibu Johan Mariana tidak menyukai Farah kerana menganggap Farah tidak sepadan dengan anaknya.

Menjelang bulan  Ramadan, Farah terkejut apabila mendapat tahu Johan mahu melamar Nadia. Pada mulanya, Farah menyangka akan dimadukan, tetapi sebaliknya. Johan mahu menceraikannya. Farah sedar, mungkin ini balasannya kerana dia mengingkari ibunya Rohani. Rohani juga tidak merestui perkahwinan Farah dengan Johan kerana Johan biadap dengan orang tua.

Pada suatu hari, Johan mencuri kad ATM Farah selepas mengusir Farah dari rumahnya. Apakah yang akan terjadi kepada Farah? Berjayakah Nadia mendesak Farah supaya bercerai dengan Johan? Adakah Johan dan Farah akan bercerai juga? Nantikan jawapannya dalam drama tersebut.

Tuesday, May 13, 2014

Drama Realiti dalam Aku Isterinya - Akasia TV3

Iklan untuk Drama Aku Isterinya - Slot Akasia TV3
(Ikhsan dari penerbit & TV3)
Dah lama juga MakLady tak menulis perihal drama. 
Masih tentang Slot kegemaran ramai. AKASIA di TV3. 

Sapa tengok drama Aku Isterinya ? Angkat tangan tinggi tinggi.... 
(bayangkan macam cikgu tanya soalan yang kita tahu jawapan nya...)

Saaaayyyyaaaaaaaaaa cikguuu...!! sayaaaaa cikgu!! kaedahnya... 
Oh yeaa... sebelum MakLady terlupa... SELAMAT HARI GURU kepada semua cikgu2 yang sedang baca blog ML ni yerr :))

OK - enuf dgn iklan MakLady.. :)  kita sambung semula baca ....

Bagi peminat drama Akasia kali ini, sinopsis drama Aku Isterinya ini, mengisahkan kehidupan seorang gadis kampong yang kehilangan kasih sayang ibu bapa dijaga oleh nenek di kampong. Namun terpaksa mengharungi hidup yang perit lagi hitam setelah diperdaya oleh orang yang sepatutnya menjaga nya. Mya difitnah hingga kasih nya dikianati oleh Shamil, buah hati sejak di bangku sekolah. 

Tidak cukup dengan itu, Mya terjerumus di kancah kehidupan yang tidak terduga. Di Kuala Lumpur, Mya bertemu dengan seorang lelaki muda yang kaya yang menebus Mya dan menjadi Mya hak Mikail sepenuhnya. Dipendekkan cerita, mereka bernikah tanpa pengetahuan lain namun Mikail tidak melayan nya seperti seorang isteri yang seharusnya. Hidup Mya sekadar penyeri rumah dan membantu mengurus hidup harian Mikail selepas itu. 

Namun selepas tinggal bersama, timbul rasa sayang yang mendalam pada diri Mikail terhadap Mya. Tetapi kebahgian mereka tidak lama setelah keluarga Mikail mula mendesak akan hubungan itu dileraikan, kerana tidak sanggup menghadapi kenyataan tentang sejarah silam Mya. 

Apakah kesudahan cerita Mikail dan Mya selanjutnya? Masih menjadi tanda tanya. Sebab MakLady tak sempat nak baca novel asal - AKU BUKAN MISTRESS oleh penulis nya Acik Lana (bukan Lana pelakon tu tau... no! no!..) Tambah excited pulak sekarang ni, bila Mya disahkan mengandung. Datin dan si minah gedik sepupu Mikail tu plak (malas nak ingat nama sebab benci watak tu..*maaf terEmo plak ..* Biasa lah kalau watak wanita Antagonist ni. Kalau tak garang dan ganas memang tak sah!!! Bikin orang meluat membuak2 uolz.. 

So , lepas episod arini, pasti ramai yang mternanti2 , apa kesudahan cerita ini? Apa tindakan Shamil untuk mendapatkan Mya semula. Apa jadi pada Adam dan si minah gedik tu? .. Semua nak tahu Ending cerita... betul tak? Tapi sebelum tu, apa kata kita lepak dulu dengan .....

CERITA DI BELAKANG TABIR : Bukan apa, sejak drama ini ditayangkan mcm2 cerita MakLady dengar mengenai kontroversi tercetus! termasuk - mengenai pengarah yang tak puashati tapi REDHA dengan arahan pihak KDN dan mereka di sana tentang tajuk asal drama ini sendiri. 

Kecoh kejap ..lepas tu surut. Biasalah kan... dunia drama dan artis memang full of story mory. Banyak pulak la yang kontroversi nya. Ada yang besar ada yang kecil. Ada yang sampai nak samam menyaman pun ada....
Hhmmmm...  macam2 adaaaaa...

Anyway, itulah dia Aku Isterinya punya cerita. Bukan saja peminat disajikan dengan cerita yang amat menyentuh kalbu. Mengajar kita tentang dunia yang memang ada realitinya. Kalau tak masakan, drama yang sedia ada selalu mencerminkan kejadian sebenar maupun yang terjadi dalam kehidupan masyarakat kita. Baik dari dulu hingga lah sekarang ni. Termasuklah juga drama diluar set maupun di dalam set. 

Bercakap lagi pasal "drama" tercetus di luar drama. Khabarnya pulak, drama Aku Isterinya tidak terkecuali. Dah macam berhantu dengan tajuk baru ini, kontroversi yang panas berlaku ada kaitan dengan isteri pelakon utama itu sendiri. Betul ke idok? MakLady pun malas nak huraikan kat sini. Tapi apa yang nyata, kisah mereka yang terlibat bergaduh dalam set penggambaran bukan asing. Dah banyak kali berlaku. Bukan setakat cemburu, salah faham, tidak hormat orang keliling, merasa diri dah Diva, tidak tahu nak bawa diri dan lupa diri menjadi penyebab tercetusnya drama dan KONTROVERSI tersebut. 

Diharap kisah bergaduh di set drama AKU ISTERINYA ini, menjadi ikhtibar semua. Kepada Mereka ini (pelakon utama: si hero & heroin nya) usah la dipanjang2kan. Sebab industri seni tanahair khususnya penerbitan filem dan drama kita ni kecik jer.. Pusing2 kita jumpa balik. Jangan lah kerana sikap tidak profesional kita atau rasa tidak puashati tu di bawa ke set. Bawa lah berbincang yerrr...

Dan tak lupa juga: Untuk pasangan kepada artis2 ataupun pelakon2 di masa akan datang, MakLady selaku peminat drama tanahair, berharap kalian menghormati situasi. Kalau rasa tak boleh terima aksi dalam drama yang dilakonkan oleh teman kalian, jangan lah datang ke lokasi set penggambaran. Tunggu saja drama keluar kat TV maupun layar perak. Habis cerita. Jangan nanti orang chop awak ! LEBIH KUAH DARI SUDU pulak.... (kalau makan nasi kandar kuah lebih tak per laaa.... isssskk terasa lapar la pulak uolz :)) 

Oklah. MakLady minta diri. Apa yg kurang terlebih harap di maafin yer. Assalamualaikum :))

Thursday, February 13, 2014

Episod Akhir : ARIANA ROSE ( The Wedding Breaker - Final Episode )

Photo: #ArianaRose - Ariana mula mencurahkan isi hatinya pada Adam, apakah reaksi Adam? Saksikan kisah mereka jam 7mlm sebentar lagi!
Adegan paling romantik & shahdu  (Episod semalam)
Im sure ramai yang akan rindu kan Tengku Adam Mukhriz
 & Ariana Rose. Saya Kasi ***** bintang !!


Kepada Peminat Ariana Rose pasti tak sabar nak saksikan kesudahan kisah pasangan yang penuh konflik ini. Yer laa.. dari awal pun dah penuh dengan drama, hingga lah kehujung ni pun, masih banyak lagi drama yang bikin kisah Ariana Rose lebih realistik. Kalau tak, masakan ianya dinanti tontonan nya saban hari.

Pada diri MakLady pun, sepanjang cerita ni ke udara - belum ada satu pun episod yang MakLady miss! Malah, ada masa tu, di ulang berkali2... Tak jemu pun ! kat mana lagi kalau bukan di tonton.com.

Okaylah, rasanya tak perlulah dikupas cerita ni lagi. Apa yang penting, kita akan saksikan kesudahan cerita ni petang ini. Yang pasti, drama slot Akasia ni, yang diadaptasikan dari Novel - The Wedding Breaker telah berjaya menambat hati penonton dan dikhabarkan mengatasi rating drama yang sebelum ini. Well done ! Pena Production yang memberi kita Ariana Rose - versi drama TV. Siap trending lagi... 
Photo: Yeayy! Trending lagi! Terima kasih semuanya! Teruskan menyokong ya! Jangan lupa tengok EPISOD AKHIR esok!! ❤️ @keithfoo @fatiyalatiff @hisyamhamid7 @jonathanputra @zielajalil @arjalee @kupu_kupu
kredit photo dari TV3
slot akasia Ariana Rose
Syabas juga kerana berjaya membawa pembaca novel tersebut ke satu dimensi penghayati yang lebih jelas. Mereka amat berpuas hati. Rata rata kata cerita ni, di ambil sebijik bijik dari cerita dalam novel. Malah dialog yang digunakan dipetik dari cerita asal novel itu sendiri. Itu yang menariknya. Makin hebat bila penonton tv pulak berkongsi pendapat mengatakan mereka puashati dengan jalan cerita dan watak pelakon yang diambil dalam drama ini menepati watak yang sebenar. Mungkin itu juga salah satu punca mengapa cerita ARIANA ROSE ini berjaya meraih minat penggemar drama, macam MakLady - follow drama ni dari episod pertama hingga lah ke episod akhir yang dijangka berlangsung dalam masa 2 jam dari sekarang!

Sebelum tu, kpd mereka yang terlepas pandang entry Maklady yang bercerita pasal Ariana Rose the Wedding Breaker, boleh jer KLIK KAT SINI. It's not to late to learn about what, why or who's Ariana Rose. Jom kita lepak depan TV nnti. & Jangan lupa SOLAT maghrib K

Love u Ariana Rose ! Love u too Tengku Adam Muhkriz :)) 
We gonna miss u !

Sunday, January 26, 2014

Anugerah Juara Lagu #28

MELEKAT DEPAN TV....

SIAPA JUARA LAGU TAHUN INI?

PHOTO : KREDIT AJL 28

MUNGKINKAH RAMALAN MAKLADY ..

HAFIZ - BahagiaMu DeritaKu
JUARA AJL 28

Vocal Terbaik - Hafiz (BahagiaMu DeritaKu)
Jaclyn Victor - 
Persembahan Terbaik - Stacy (Bosan)
Hafiz - (BahagiaMu DeritaKu)

Tuesday, December 31, 2013

Cinderella : Penutup Tirai 2013

Cinderella. 
Cerita yang diinspirasikan oleh seorang pengarah yang suatu ketika itu, pernah berlakun dalam sebuah drama berjudul yang sama. Sama tapi tak serupa! Ini lah yang ingin dipertonton kan kepada umum bila pertama kali drama yang mengangkat Ahmad Idham sebagai pemegang watak utama. Ketika itu, pelakon wanita utama di pegang oleh Haliza Misbun. Setelah 15 tahun berlalu, kini Ahmad Idham, mencari Cinderella nya menerusi Nelydia Senrose. Manakala watak hero diberi kepada Fizo Omar..

Cinderella dulu dengan sekarang ini, tidak banyak beza jalan cerita nya. Kisah dongeng Cinderella dari Hollywood pun di beri idea baru di mana, berkisahkan seorang anak gadis yang tinggal di kampung bersama ibu, kakak dan abang tiri. Kisah sedih bermula dia di halau dari kampung kerana cuba dirogol oleh abang tiri dan meminta pertolongan seorang pemuda di tepi pantai. Kemudian mereka di tangkap Khalwat dan dinikahkan. Setelah itu, Nurul (Nelydia Senrose) dibawa ke kotaraya oleh suami, Salman (Fizo Omar). Bermula detik pengalaman Nurul mengharungi hidup sekali lagi.

Kira kalau mereka yang penah tengok drama ini dlu, pasti teringat lah nostalgia drama bersiri ini dalam bentuk filem. Dengan itu juga, ML teruja nak pergi tonton! Ternyata tak menghampakan !! Fizo + Senrose memang kena dengan watak! Tangkap leleh gak la :(( anyway for filem CINDERELLA.  MakLady kasi 4* dan harus tonton :)

Sepanjang 2013 - banyak movie yang ML tonton di sini....
CINDERELLA - Filem terakhir
tonton buat tahun 2013
Sejak ML jadi ahli MBO , makin bersemangat nak tonton
movie dalam 2014.. insyaALLAH.. kena wat research
untuk hasilkan skrip yang baik, katanya ha ha ha  :) 

Best Moment / Best Dialog : Masa Salman bawa kasut cinderella, terjumpa Nurul di luar bangunan setelah dia belasah buddy dia kat pool. " Kalau dalam cerita dongeng Cinderella, saya terpaksa menjelajah satu Kuala Lumpur untuk mencari empunya kasut ini..... " hmm rasanya mcm tu la dialog dia...hahaha... so sweet :) soooo sweet Fizo masa tu...:)) 

Wednesday, September 25, 2013

AKHIR Cinta Jannah Setia Hujung Nyawa Izaryl ..

AKHIR NYA....
CINTA JANNAH

BUAT IZARYL 

SETIA HINGGA HUJUNG NYAWA

Izaryl : Setia Hujung Nyawa
Jannah : Cinta Jannah 
(kredit photo : TV3 Slot Akasia)

Bagi mereka yang tak pernah tengok Cinta Jannah mmg la rugiiii...
 Tpi dont you worry, 
boleh gak jengah entry Sinopsis Cinta Jannah dari entry MakLady yg lepas :))

Tuesday, September 24, 2013

Cinta Jannah di TV3 & LiveChat

View image on Twitter
CREDIT to TV3
Pelakon Utama ditemuramah
oleh Wanita Hari Ini TV3


Malam ni malam terakhir drama slot Akasia - CINTA JANNAH akan keudara. Memang tak sabar peminat setia drama bersiri 24 episod ini, menunggu siaran nya pada pukul 7mlm waktu tempatan. Bagi yang tinggal luar negara boleh tengok kat tonton.com....

Apa yang dinantikan pada malam nanti adalah jawapan kepada segala persoalan. Seperti mana yang diterangkan tadi, episod semalam agak kecewa kerana berlaku sedikit ketidaklancaran jalan cerita ....

Dimana, pada babak Izaryl terdampar dikolam itu merupakan kesan tekanan emosi setelah kehilangan Jannah beberapa minggu selepas Jannah lari ... Setelah puas Izaryl mencari Jannah dan hampir berputus asa, dia menikah dengan Damia utk menjaga hati ibu. Dimana ketika itu, Jannah telah kembali ke pangkuan keluarga dan Izaryl tidak mengetahui dimana utk mencari Jannah. 

Ketika di kampung, Jannah sedari akan pengorbanan terhadap kasih Izaryl akan menyatukan kedua anak beranak tapi ternyata Jannah hampa kerana kluarga sendiri tak lagi menerima nya. Jannah dihalau bapanya sekali lagi apabila menyangka kandungan Jannah tidak sah disisi agama, maruah keluarga tercemar. Keadaan menjadi lebih tegang bila suami kakak Jannah telah ditangkap kerana membunuh Tini dan kebenaran mengenai Tengku Mami mempunya anak luar nikah diketahui Izaryl. Marah dengan keadaan, Izaryl melafazkan cerai kepada Damia dan nekad utk bersama Jannah. Ketika menghalang Izaryl, Tengku Mami jatuh tangga.......

Pada episod akhir malam ini nanti,  kita akan ketemu kesudahan percintaan mereka - Apakah Izaryl bakal bertemu semula Jannah? Mungkin kah cinta mereka berakhir dengan bahagia maupun sebaliknya. Apakah yang terjadi pada Jannah setelah kuar dari rumah keluarga? Kena la tunggu malam ni.....Hmmm... memang x sabar dah ni nak tahu apa sudahnya kisah cinta Jannah. Suspennnn....

TETAPI sebelum tu, sebagai mempromosikan episod akhir dan menghargai penonton setia, stesyen TV3 telah menjemput kedua pelakon @nelydiasenrose dan @aeril_zafrel untuk ditemuramah dalam rancangan Wanita Hari IniBukan itu sahaja, kedua pelakon telah berinteraksi bersama peminat CINTA JANNAH dalam sesi LiveChat melalui website TV3. 
LiveChat bersama peminat - via www.tv3.com.my/cintajannah
kredit kpd TV3 & Cinta Jannah
Slot Akasia

Meriaaahhh... sampai jem talian dengan chatters yang aktif sampaikan payah. Nasib baik ade Live Webcam !! Seronok gak tengok mereka berinteraksi dengan menjawap soalan pihak wartawan / TV3. Cuma masa tonton LiveWebcam tu, ML dapat rasa keserasian kedua nya. Memang mesra sangat. Rasa mcm sedang saksikan Jannah & Izaryl pulak.... hehehe Tengok live mereka seperti watak yang mereka bawa - mesra sangat ... suka! suka! suka! hhhmmm KALAU LAH MEREKA betul2 berkasih - sure happening habissss !! Sebijik macam dlm CINTA JANNAH  :))

Friday, September 20, 2013

Akhir Episod Cinta Jannah


Assalamualaikum
Photo: sapa tengah tunggu Cinta Jannah TV3 - 2013 depan tv ? cer komen ckit :)

Khas Buat Pencinta Drama Akasia TV3..!!!
Dah lama juga lah MakLady tak berceloteh pasal drama dalam entry Wayang MakLady.

Memandangkan semenjak dua menjak ni, ML ikuti drama bersiri CINTA JANNAH .... rasa macam tak lengkap blog ML ni klu tak bercerita pasal kisah cinta seorang gadis kampung yang menemui cinta nya dalam sebuah perkahwinan yang tidak dirancang.Sebenarnya dari unsur yang sahih, drama cinta ini pada mulanya diberi judul " Syurga Tanpa Bidadari" namun ditukarkan kepada tajuk "Cinta Jannah" Mungkin ada mesej yang nak disampaikan dengan tajuk yang diberi....

MakLady suka dengan tajuk baru sebab ada nilai komersial di situ..(ewaahh bila masa plak ML jadi penganalisa market ni..hehe ) Namun MakLady lebih tertarik dengan watak utama drama kali ini. Melihat akan episod awal - MakLady teringat akan drama Setia Hujung Nyawa....sebabnya pemegang watak heroin drama CINTA JANNAH ini pun, orang yang sama. Alaaa... heroin/pelakon cerita Setia Hujung Nyawa tu laaa.. Then hero dia - jejaka idaman malaya katanya... Jarang berlakun watak hero dlm drama cuma kerap beraksi dalam filem2 bercorak keagamaan. HHmmm malas la nk cakap nama dorg ni. Korang sure dah tahu kennn :)) hehe.. saja nak potong korg hahaha...

Oklah kpd peminat kedua ni, mesti tak lepas peluang utk tengok aksi romantis pasangan ini berlakun. Setelah berlangsung episod demi episod, makin menggila la peminat drama menanti drama ini hingga selesai tiap tiap hari...kecuali hari Jumaat!! ML pun tak ketinggalan tau... Tak nak lepaskan peluang apa ntah lagi, bila terbaca akan sinopsis drama ni dari awal siaran. Dalam hati ML masa tu. " hhmmm macam menarik jer jalan cerita dia ni..(Cinta Jannah) ...

SINOPSIS CINTA JANNAH (TV3)
Jannah (Nelydia Senrose) melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya, Razak kepada Suffian selepas kalah judi. 

Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya. Duit tersebut juga dapat digunakan untuk mengadakan kenduri nikah untuk anak sulungnya, Balqis (Reen Rahim). Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya.Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju. Tatkala memikirkan apa yang bakal dilakukan, ben tangannya telah diragut dan Jannah jatuh, terhentak kepalanya dan jatuh pengsan.Secara kebetulan, Izaryl (Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu Jannah yang pengsan.

Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini Damia (Ramona Zam Zam), pilihan ibu Izaryl sendiri.Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan. Justeru, mereka terpaksa berkahwin. Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, ibu Izaryl, Tengku Zareena (Dian P Ramlee), berasa amat marah. Tengku Zareena telah merancang untuk memisahkan mereka berdua dengan berpakat bersama Damia untuk menggoda Izaryl dalam harapan untuk menghancurkan rumahtangga Izaryl dan Jannah

Menarik kennn...??... hhmmm sebab inilah MakLady terus melekat di depan TV setiap hari dari episod pertama hingga episod 22 (semalam)  Ini bermakna ada lagi 2 episod lagi....

Serioussss... tak sabar nak tunggu Isnin nanti ~ apa kesudahan cinta Jannah terhadap suami dia? Apa jadi bila keluarga Jannah tahu Jannah dok "wek-wek".. mungkinkah Jannah dihalau oleh keluarga dia sekali lagi?
Apa pulak kebenaran yang terbongkar antara punca kemelut perkahwinan Izaryl dan Jannah? 

Pada episod semalam, Tengku Zareena dah pun tahu yang Jannah tinggalkan Izaryl. Mungkin kah dia berjaya utk satukan Izaryl dengan Damia? Bagaimana pula dengan takdir yang tertulis untuk Izaryl dan Jannah? Apakah mereka akan berjumpa semula atau mereka akan terpisah selamanya? Apakah Jannah dan Azaryl melihat anak mereka lahir dan membesar bersama...?? 

Adussshhh~!! berdebar2 menanti episod seterusnya....
(sebenarnya ML dah tahu dah jalan cerita akhir - cuma nak tengok apa komen peminat CJ saja...) 

Macam mana? Apa kesudahan Cinta Jannah di episod akhir Selasa ini...?

Ada sebab mengapa kita mengenali seseorang dalam hidup kita. Sama ada kita perlu mengubah hidup dia, atau dia yang bakal mengubah hidup kita. ALLAH takkan hadirkan seseorang itu tanpa sebab... Cinta Jannah TV3 - 2013

Sunday, August 4, 2013

Novel Terkini Aisya Sofea : Dekatnya Cinta

Photo: Ada berita baik buat peminat novelis Aisya Sofea .Penulis novel tersohor ini bakal  dengan karya baru..Menariknya karya  ini akan berada di pasaran pada penghujung bulan Ogos nanti merupakan kesinambungan kisah Adam Mukhriz & Ain Hawani dalam novel Adam & Hawa yang pernah meledak suatu ketika dahulu.Apatah lagi dramanya pernah meletop dikaca tv yg dilakonkan oleh hero sensasi Aaron Aziz & Nadiya Nisaa..Kesinambungan novel Adam & Hawa diberi tajuk yang bertajuk "Dekatnya Cinta" (Adam&Hawa2) ..Pastinya peminat2 novel diseluruh tanah air tidak sabar akan buah tangan terbaru dari  Aisya Sofea ..

Sinopsis Dekatnya Cinta (Adam&Hawa2)

Doa adam mukriz dan ain hawani di bawah multazam di masjidilharam telah dimakburkan allah swt. kini, mereka mengutip makna cinta yang tertinggal sebelas tahun lalu. untuk kali keduanya, mereka saling jatuh cinta kembali. kata dan janji diulang-ulang. Ya tiada sesiapa lagi antara mereka yang kan ditinggal pergi.

Namun, kebahagian mereka tiba2 dipanah petir. dugaan datang menyihir duahati. sejambak bunga ros ditangan ian mencetus prasnagka adam. siapa yang beri? cemburunya menusuk apabila terlihat isterinya bersama lelaki lain, itukah lelaki yang selalu ain puji? 

Adam kecewa.kenapa Ain permainkan keprcayaannya? kenapa ain tergamak menduakannya? ain curang! ain tidak setia ain sudah lupa dia adalah suami. akhirnya adam melafazkan talak. 

Sekujur tubuh ain bagai kaca yang terhempas. tangannya mengigil menadah takdir. sekli lagi hatinya dipalu pilu. adam salah faham. adam silap pandang. adam lebih ego sebenarnya. emosi suaminya mendahului akal. dia cuba menyuarakan semua itu, tetapi adam enggan lagi mendengar. 

Arissa di rampas pergi! ain sudah tidak punya apa2. status bekas isteri menjadikan dia hampir mati...
Keseinambungan Kisah Cinta Adam Mukhriz & Ain Hawani
dalam Adam & Hawa kini diilhamkan dalam bentuk novel oleh
Aisya Sofea dan bakal difilemkan - Adam & Hawa 2

Seperti entry sebelum ni...ENTRY TERKINI - klik SINI ,  ada ML khabarkan yang sambungan cerita Adam & Hawa akan menemui peminat di panggung tak lama lagi . Selaras dengan pembikinan filem yang jangka dilakonkan berkisar dari dari keseinambungan kisah cinta dari novel Adam & Hawa yang kedua oleh Aisya Sofea. Yeaaa.... ada novel baru dari Aisya Sofea - cepat cepat booking & cari di kedai buku !!

Tapi jangan kalut lagi sebab novel ini hanya akan berada dipasaran pada penghujung Ogos nnti. Menurut sumber page facebook Adam & Hawa lagi, filem terbaru terbitan Global Station ni nanti diadaptsi sepenuhnya dari novel Dekatnya Cinta - novel kedua buat novel Adam & Hawa

Macam MakLady cakap dalam entry sebelum ni, sinosis filem belum dapat lagi tapi kalau nak tahu cerita seterusnya akan jalan cerita filem itu nanti, boleh la baca sinopsis novel Dekatnya Cinta - Adam & Hawa 2 ini: 

Doa Adam Mukriz dan Ain Hawani di bawah Multazam di Masjidilharam telah dimakburkan Allah swt. Kini, mereka mengutip makna cinta yang tertinggal sebelas tahun lalu. Untuk kali keduanya, mereka saling jatuh cinta kembali. Kata dan janji diulang-ulang. Ya tiada sesiapa lagi antara mereka yang kan ditinggal pergi.

Namun, kebahagian mereka tiba2 dipanah petir. dugaan datang menyihir duahati. Sejambak bunga ros ditangan Ain mencetus prasangka Adam. Siapa yang beri? Cemburunya menusuk apabila terlihat isterinya bersama lelaki lain, Itukah lelaki yang selalu Ain puji? 

Adam kecewa. Kenapa Ain permainkan keprcayaannya? Kenapa Ain tergamak menduakannya? Ain curang! Ain tidak setia. Ain sudah lupa dia adalah suami. Akhirnya Adam melafazkan talak. 

Sekujur tubuh Ain bagai kaca yang terhempas. Tangannya mengigil menadah takdir. Sekali lagi hatinya dipalu pilu. Adam salah faham. Adam silap pandang. Adam lebih ego sebenarnya. Emosi suaminya mendahului akal. dia cuba menyuarakan semua itu, tetapi Adam enggan lagi mendengar. 

Arissa di rampas pergi! Ain sudah tidak punya apa2. Status bekas isteri menjadikan dia hampir mati...

Adushhh...sedih bila dapat tahu akan jalan cerita novel ini. Bermakna dalam filem nnti pasti lagi hebat dugaan Ain & Adam... :(( 

MakLady speechless... 

so kita nantikan aja lah filem adaptasi novel Dekatnya Cinta ....bila dah kuar panggung.....

Saturday, August 3, 2013

Sambungan cerita " Adam dan Hawa " difilemkan

Assalamualaikum Peminat Adam dan Hawa

Pekabar Semua Pembaca Kesayangan MakLady :)
Selamat Berpuasa dan kepada anda yang merancang untuk
pulang ke kampung halaman pada hari raya ni - Selamat Balik Kampung!
terutama yang menggunakan pesawat ~! Masih ingat kah pada pilot yang bernama
ADAM MUKHRIZ ...
Gambar dari FB Adam & Hawa :
Adam Mukhriz dan Ain Hawani dalam Adam & Hawa
Melihat akan gambar ni pasti - ada yang rindu pada mereka ;))
Kepada peminat Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa, jangan risau. Menjelang Syawal dikhabarkan berita baik: 
Tak lama lagi - lepas raya ni khabarnya - Nak dilangsungkan penggambaran SAMBUNGAN dari siri drama yang meletop letop ni, Adam dan Hawa dalam bentuk filem pulak. Khabar nya filem ni adalah adaptsi dari novel kedua penulis asal novel Adam Hawa - Aisya Sofea. MakLady tak pasti sebab tak baca lagi novel Adam dan Hawa yang ke 2 ni. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal novel terbaru, jangan lupa check my next entry k ;)

Namun begitu, dengan adaptsi baru ini, diharap para pelakon dapat memberi komitmen mereka seperti di dalam drama. Almaklumlah, bukan senang nak berlakun filem dari drama .... Itu kena amik kira juga, tapi apa yang best pada filem ni nanti, turut dilakonkan oleh pelakon2 yang sama dalam siri tersebut. Maka peminat dan penonton dapat menghayati cerita dengan baik. Dari situ juga, diharap tidak membawa banyak perbezaan bila dipertontonkan nanti kepada umum. 

Menurut sumber Adam & Hawa di Facebook ni, filem kali ini akan diterbitkn oleh Global Station dan dijangka akan mula sessi penggambaran nya pada 1hb September nanti. Filem Adam dan Hawa ni akan membawa pelakon nya ke lokasi menarik disekitar KL dan New Zealand! Bertambah tak sabar rasanya ML nantikan. Apa sudahnya cerita Adam & Hawa kali ni - Apa dorang buat kat NZ nanti? Apakah yang bakal berlaku dalam rumahtangga mereka kali ini? Tak sabar juga nak tengok anak mereka membesar ! Dah terbayang2 la kemesraan mereka terserlah dengan kehadiran baby ...

Inilah akibat nya jika sinopsis cerita masih samar2...Pasti peminat ternanti2 akan sipnosis Filem ni. hehehe (but dont worry, akan diberitahu pada entry akan datang  yerr...) 

Sebelum tu, mari kita semua ingat semula episod akhir Adam dan Hawa yang mana, Ain selamat melahirkan baby dan mereka bahagia kini dengan kasih sayang. Pasti juga peminat mcm ML ni , tak sabar nak saksikan kemesraan Ain dan Adam diharap tetap ditonjolkan dalam filem nnti. ML rasa, ramai lah peminat wanita Adam ternanti2 dan rindu nak tengok aksi keromantikkan Adam terhadap Ain. Yang pasti juga, dalam filem itu nanti, mungkin ada adegan atau jalan cerita yang mungkin memberi impek kepada semangat para peminat Adam dan Hawa untuk memenuhi panggung bila ianya ditayangkan nanti.

Kepada semua crew dan para pelakon, doa ML agar sukses dalam usaha kalian memberi komitmen dan tenaga dalam menjayakan pembikin filem kesayangan ramai. Kepada Nadiya Nizaa dan Aaron Aziz - good luck on the set~! see u soon di layar perak :)

Sumber: Terimakasih kpd FB page Adam dan Hawa 

Thursday, July 18, 2013

Setia Hujung Nyawa Raya pulak !

Syukuralhamdulillah 
Dah 10 hari kita berpuasa.

Khabarnya juga hari ni dah masuk hari ke 2 , produksi drama favourite MakLady (dan berjuta juta lemon penonton setia ) yakni - Setia Hujung Nyawa mula shoot utk edisi raya. Jodolnya kali ni, ditambah dengan sambutan raya bersama watak penting SHN. Harap2 masih kekalkan pelakun lama. Pasti MELETOP lagi laaaa... sebab kat FB dah ramai peminat tak sabar2 nak tonton Setia Hujung Nyawa Raya !!!
Para Pelakun Setia Hujung Nyawa
Sebenarnya sebelum episod akhir hari tu pun, dah ramai peminat meminta pihak produksi SUHAN MOVIES  wat sambung cerita ni. Alhamdulillah, mereka sudi mendengar rintihan peminat setia SHN ....walaupun setakat edisi raya~! Tu pun dah cukup utk buat peminat menanti penuh debaran raya nanti, untuk saksikan ~ mcm mana kehidupan EL dan Zain seterusnya...

Tentu seronok kan? Meriah raya mereka. Ditambah plak masa raya ni jugak lah, MakLady akan menontonnya dengan anak2 diperantauan. Kira mengubat rindu jugak la nak tengok suasana pasangan favourite MakLady ni beraya - mungkin masa tu, El dan Zain tengah menanti kelahiran anak mereka. Lepas tu, abang El pulak menikah dengan Dr ... hhmm apa yer nama (lupa plak daaahhh..) Mesti meriah rumah ibubapa El masa raya nanti kan... :) Tak sabar rasanya nak tengok ~!!

Raya raya ni, terubat lah sikit rindu peminat kepada El & Zain (lakunan Amar & Nelydia)
Apa lah agaknya telatah mereka plak kali ni....
issskkk...xsabar nak tengok SHN Raya...

Selamat Berpuasa dan beraya raya bersama El + Zain & the gang by Suhan Movies :)

Monday, July 8, 2013

Tak abis2 dengan Teduhan Kasih

Bile sebut je Teduhan Kasih .. Ramai wanita yg akn sebut Ehsan! Papa Ehsan to most of us, peminat si aktor ni..

Sebenarnya, mlm tdi MakLady dan my BFF tgk lgi drama ni kat Tonton.com . Marathon uolz! Especially the last episod sebab yg brsungguh minat dgn ehsan bukan MakLady tp my BFF ni.

Dlm diam rupanya dia suka Adi Putra. Minat tahap gaban hokey! Personally, makLady minat gak tpi hanya minat watak yg penah di bawa Adi Putra. Masih x uolz ingat, Tentang Dhia. Haaa drama ni la wat MakLady mula berkenan dgn karaktor dan style Adi Putra bawa watak lelaki melayu terakhir. XSangka plak rmai yg minat. Ada plak yg MakLady dgr nk cri BF atau suami mcm dia. Masalahnye.. ade ke lagi yg mcm tu? hu hu hu

Berbeza dgn watak Ayu lakunan Nabila dan Kak Long, Zarina! MakAii mmg puaka sungguh. But dont be surprise..ada je org kat luar drama yg mcm tu.. Naik geram dan meluat dgn perangai keduanye. Mak Lady rasa ramai yg xsuka dgn kebusukan hati dan kebencian mreka pada iffa. YA Ampun! menjdi btul mrk mlakun watak msing2..and plz k Ladies! jangan ikut tau kelaku mcm tu. X sesuaiii tau...

Apapun MakLady Puashati.. Iffa dapat terima dugaan dgn tenang. Malah sikap dia yg Over lembut, tenang dan naif tu mmg sesuai tp in real life, org yg trlalu baik sgt mcm Iffa tu, Klu org dlu2 di kategori kn sbgai "Raja Manusia". Kira baik dia tahap raja la tu.

Haa.. begitu la sudahnye drama kehidupan yg dipertontonkan. Lepas ni, rmai la akan merindu mereka ni..trutama Papa Ehsan, x gitu CikPutih? :]

Monday, July 1, 2013

Teduhan Kasih : Kena Layan sebab Papa Ehsan :)

Assalamualaikum Semua
How was your weekend dear :))

Hope .. everything was Ok ..As for me - weekend was Hectic but yet very EXCITED with my short course @ Bengkel Intensif Penerbitan Filem Pendek. Oh yeaaa..im trying my idea on the subject. Maaf lah, next time kita cerita pasal bengkel tu k. Excited coz dapat blajar benda baru dan dapat tengok ending the CJP
tambah pulak bila teringat akan kesudahan cerita di mana si Lea kembali ke pangkuan Kalil. They got married and live happily ever after mcm cerita Cinderella ...Makin ceria lah hari Isnin korang kan... ;))

NOW - Hari ini,
MakLady nak tanya soalan yang sama...
Dah ready ke nak tonton episod seterusnya....

Dari apa yang kita tonton minggu lepas, 
Ehsan dan Ayu didapati berada di dalam sebuah bilik hotel... 
Semua angkara si Ayu yang dibantu oleh setiausaha nya
Ketika Ehsan mula sedar, si Ayu skit punya pose kat sudut bilik
" ahhh...saya ternoda rupanya...:" mungkin itu dialog Ayu kotttt..
arrrggg gedixxx nya ayu ni. sanggup trap ehsan 
semata mata nak merampas kebahagian Ifa...
Poster Teduhan Kasih
dari TV3

Xmo cakap banyak .- nntikan episod teruja malam ni...
Mampu ke Iffa menerima dugaan ini?
Apakah mampu mereka
berteduh dalam kasih yang abadi?

Bengkel Intensif Penerbitan Filem Pendek ( Short Film )

Assalamuaalaikum Kekawan ;)


Photo: 1st day at Bengkel Intensif Penerbitan Filem Pendek opened up my eyes to the world of filming.. excited nk sambung sehari lgi. Esok, kupas lg topik yg lg menarik... cant wait! :))Pada hujung minggu yang lalu, MakLady telah berpeluang untuk menghadiri satu Program Latihan Perfileman anjuran pihak FINAS. Sebenarnya, matlamat Bengkel Intensif Penerbitan Filem Pendek ini, bertujuan untuk melahirkan bakat baru yang berilmu dalam bidang pembikinan Filem Pendek. Bengkel ini juga diharap dapat memberi pendedahan kepada umum tentang pentingnya media Filem Pendek dalam industri Perfileman di negara ini. Ianya merupakan usaha FINAS memberi latihan sewajarnya kepada bakal2 penerbit filem pendek melangkah lebih jauh ke persada dunia. Sesungguhnya industri Filem Pendek berpotensi tinggi dimajukan melalui media global demi FILEM KITA!

My 1st day at Bengkel Intensif Penerbitan Filem Pendek opened up my eyes to the world of filming.. So excited nk kupas topik yg lg menarik sepanjang hari selama 2 hari ni. Oh dear, cant wait! Kiranya terExcited gak ler sebab dah lama idamkan ilmu yang mcam ni. At my age ni, inilah baru pertama kali ML kenal apa itu SHORT FILM. Maklady sentiasa yakin, tak salah kita nak cari ilmu walaupun kita dah berusia. Bukan alasan utk tidak turut sama utk belajar benda baru. Janji ada minat dan ianya bawa menafaat. Setidak2nya dapat berkongsi ilmu dan pengalaman sesama peserta bengkel.

Di sepanjang bengkel berjalan, MakLady dan peserta berpeluang mempelajari cara yang terbaik utk menerbitkan Filem Pendek. Sebelum ni, hanya pandai guna camera dan amik video. But now, lebih berilmu dan pengetahuan mengenali aspek utk bikin filem pendek yang bermutu. Nampak mcm susah sebenarnya Senang saja... Pendek berkata "Tak kenal Maka Tak Cinta." ... sebenarnya "perkenalan" pertama ni, telah diperkenalkan oleh sepupu MakLady, yang juga merupakan seorang ScriptWritter yang berbakat. Merangkap Idola MakLady :) Siapa lagi kalau bukan Puan Adza Irdawaty Adenan @ Mak Dara dari Blog BicaraMakDara.

Terima Kasih kepada En Martias Mohd Ali atas bimbingan dan tunjukajar. Beliau merupakan penggiat seni yang mahir dalam dunia penulisan skrip dan cerita/filem pendek. Dengan ilmu yang hebat, beliau tidak lokek berkongsi bersama kami pada bengkel selama 2 hari ini. MakLady yakin ramai akan berminat utk merealisasikan usaha beliau untuk galakan dunia pembikinan filem pendek, selagi gus melahirkan para pemikir dan mencetus idea mengenai arah tujuan industri filem pendek kita.

Cikgu kami ~ En Martias tak lokek ilmu.
Selama 2 hari , beliau telah mengajar kami bebagai
topik mengenai Short Filem serta ilmu Penerbitan Filem Pendek
Selain mengenali lebih mendalam tentang pembikinan Short Film, peserta juga diberi penerangan mengenai potensi menjadikan filem pendek ini sebahagian dari punca pendapatan. Hasil yang positif dari idea pembikinan filem tersebut boleh mencetus sumber kewangan di mana, peluang luas terbentang menanti buat penerbitan Filem Pendek atau Short Filem di media dunia khasnya.

Peserta sedang kusyuk mengambil bahagian dalam pembincangan
kumpulan. Peserta diberi tugasan utk menerbitkan SHORT FILM
 sempena Ramadhan - sessi brain storm...
Sehingga kini, dah banyak kali kita mengadakan pertandingan dan penyampai award kepada penggiat Filem Pendek namun tiada yang tahu bahwa industri penerbitan filem pendek ini WUJUD! Bukan saja di negara kita, tapi luar negara khasnya telah diberi penghargaan terhadap penggiat2 Filem Pendek. Memandangkan ianya merupakan platform utama industri perfilemanan, FINAS melangkah setapak lagi untuk memastikan industri Filem Pendek ini terus berkembang dan membawa Short Film dari orang KITA ke persada dunia.

Rasanya tidak terlewat bagi MakLady dan penggiat filem pendek untuk terus membawa aliran baru dalam meneroka ke pasaran antarabangsa sambil memastikan FILEM KITA tidak hanya tertumpu kepada penghasilan bakat dan idea utk satu aliran sahaja.... Hidup FILEM KITA! Hidup FILEM PENDEK kita :))

Sunday, June 30, 2013

Cinta Jangan Pergi : Temujanji Akhir

JANGAN LUPA TEMUJANJI KITA...

EPISOD 25 & 26

Apakah kesudahan konflik yang berlaku
atas kedua kekasih ini.

Mungkinkah Cinta Ada Penggantinya?
Atau Mungkin Hati Terus Setia..?
Photo: Hi semua, episod akhir #CintaJanganPergi Ahad ni akan bersiaran selama 2 jam. Jadi, lapangkan masa korang okay. #LOVE
SIAPAKAH PILIHAN CINTA ALEA
KALIL atau HUD?
Credit : Face TV9 Di Hatiku

Clue : Ada Di Sini
Tiada siapa tahu yang Hud jumpa Kalil masa balik Malaysia


SELAMAT MENONTON Ok ;)

Saturday, June 29, 2013

CInta Jangan Pergi Episod 24

Malam ni tadi, kita saksikan segala kebenaran terhadap "Siapa"
Dr Hud sebenar. Bermula dengan kepulangan Hud ke kampungnya
bertemu dgn Puan Asmah untuk berterus terang tapi Hud putuskan 
pertunangan tanpa sempat bertanya sebabnya, Sangkaan ibu Hud, 
Lea berubah dan meninggalkan anak bujang nya, lalu memberitahu 
Mak Lea agar menerima keputusan Hud.

Photo: #CintaJanganPergi dah mula. Apa yang jadi dalam episod malam ini?
http://www.facebook.com/TV9DiHatiku
Mak Lea tak puashati dan ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Hud takde pilih lain lalu menerangkan semua berpunca dari dirinya.
Di depan ibu dan Mak Lea, Hud berterus terang dari awal macam 
mana dia berjumpa dan kenal dengan Kalil. Semuanya terbongkar 
mengenai perjalanan mereka ke kampung Hud. 

Ketika perjalanan inilah, Halil menceritakan kepada Hud perihal gadis
kesayangan nya yang ingin dilamarnya, sekembaliknya ke Malaysia. 

Dalam perjalanan mereka berhenti berehat. Hud offer diri utk drive,
bila mereka teruskan perjalanan. Halil sempat bercerita mengenai Lea
yang gemarkan bunga tulip sambil memperlihatkan Hud gambar 
Lea Soraya. Ketika itu plak, gambar Lea terjatuh. Mereka cuba 
mendapatkan tapi kereta yang dipandu terbabas di tepi jalan. 

Kalil cedera tersepit di tempat duduk. Hud panik dan bimbang akan
keselamatannya, meninggalkan Kalil tanpa berusaha membantu Kalil. 
Hud meninggalkan kenderaan Kalil, yang terbakar. Dia berlalu pergi 
setelah kereta meletop dan menyangkakan Kalil meninggal dunia, dia
pun berlalu bersama beg pakaian Kalil dan gambar Alea.Ternyata 

Hud tak bertanggungjawab dan membawa bersama nya beg serta
gambar Alea Soraya! Dengan butiran dan gambar itulah Halil mengatur
semua nya utk rapat dengan Lea. Hmm..nampak tak permainan nya
disitu?? ;) hud! hud! oh Hud....

Diakhir episod ini, kita dihidangkan dengan adegan menyayat hati
dimana ibu Hud, Puan Asmah telah jatuh dan meninggal dunia. Hud
amat sedih dengan pergi nya ibu tersayang di saat2 ini.....

ESOK SAMBUNG ...

JANGAN KETINGGALAN SAKSIKAN 
EPISOD 25 & 26
FINALE... 
:))

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]