Assalamualaikum
Khas Buat Pencinta Drama Akasia TV3..!!!
Dah lama juga lah MakLady tak berceloteh pasal drama dalam entry Wayang MakLady.
Memandangkan semenjak dua menjak ni, ML ikuti drama bersiri CINTA JANNAH .... rasa macam tak lengkap blog ML ni klu tak bercerita pasal kisah cinta seorang gadis kampung yang menemui cinta nya dalam sebuah perkahwinan yang tidak dirancang.Sebenarnya dari unsur yang sahih, drama cinta ini pada mulanya diberi judul " Syurga Tanpa Bidadari" namun ditukarkan kepada tajuk "Cinta Jannah" Mungkin ada mesej yang nak disampaikan dengan tajuk yang diberi....
MakLady suka dengan tajuk baru sebab ada nilai komersial di situ..(ewaahh bila masa plak ML jadi penganalisa market ni..hehe ) Namun MakLady lebih tertarik dengan watak utama drama kali ini. Melihat akan episod awal - MakLady teringat akan drama Setia Hujung Nyawa....sebabnya pemegang watak heroin drama CINTA JANNAH ini pun, orang yang sama. Alaaa... heroin/pelakon cerita Setia Hujung Nyawa tu laaa.. Then hero dia - jejaka idaman malaya katanya... Jarang berlakun watak hero dlm drama cuma kerap beraksi dalam filem2 bercorak keagamaan. HHmmm malas la nk cakap nama dorg ni. Korang sure dah tahu kennn :)) hehe.. saja nak potong korg hahaha...
Oklah kpd peminat kedua ni, mesti tak lepas peluang utk tengok aksi romantis pasangan ini berlakun. Setelah berlangsung episod demi episod, makin menggila la peminat drama menanti drama ini hingga selesai tiap tiap hari...kecuali hari Jumaat!! ML pun tak ketinggalan tau... Tak nak lepaskan peluang apa ntah lagi, bila terbaca akan sinopsis drama ni dari awal siaran. Dalam hati ML masa tu. " hhmmm macam menarik jer jalan cerita dia ni..(Cinta Jannah) ...
SINOPSIS CINTA JANNAH (TV3)
Jannah (Nelydia Senrose) melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya, Razak kepada Suffian selepas kalah judi.
Jannah (Nelydia Senrose) melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya, Razak kepada Suffian selepas kalah judi.
Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya. Duit tersebut juga dapat digunakan untuk mengadakan kenduri nikah untuk anak sulungnya, Balqis (Reen Rahim). Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya.Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju. Tatkala memikirkan apa yang bakal dilakukan, ben tangannya telah diragut dan Jannah jatuh, terhentak kepalanya dan jatuh pengsan.Secara kebetulan, Izaryl (Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu Jannah yang pengsan.
Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini Damia (Ramona Zam Zam), pilihan ibu Izaryl sendiri.Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan. Justeru, mereka terpaksa berkahwin. Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, ibu Izaryl, Tengku Zareena (Dian P Ramlee), berasa amat marah. Tengku Zareena telah merancang untuk memisahkan mereka berdua dengan berpakat bersama Damia untuk menggoda Izaryl dalam harapan untuk menghancurkan rumahtangga Izaryl dan Jannah
Menarik kennn...??... hhmmm sebab inilah MakLady terus melekat di depan TV setiap hari dari episod pertama hingga episod 22 (semalam) Ini bermakna ada lagi 2 episod lagi....
Serioussss... tak sabar nak tunggu Isnin nanti ~ apa kesudahan cinta Jannah terhadap suami dia? Apa jadi bila keluarga Jannah tahu Jannah dok "wek-wek".. mungkinkah Jannah dihalau oleh keluarga dia sekali lagi?
Apa pulak kebenaran yang terbongkar antara punca kemelut perkahwinan Izaryl dan Jannah?
Pada episod semalam, Tengku Zareena dah pun tahu yang Jannah tinggalkan Izaryl. Mungkin kah dia berjaya utk satukan Izaryl dengan Damia? Bagaimana pula dengan takdir yang tertulis untuk Izaryl dan Jannah? Apakah mereka akan berjumpa semula atau mereka akan terpisah selamanya? Apakah Jannah dan Azaryl melihat anak mereka lahir dan membesar bersama...??
Adussshhh~!! berdebar2 menanti episod seterusnya....
(sebenarnya ML dah tahu dah jalan cerita akhir - cuma nak tengok apa komen peminat CJ saja...)
Ada sebab mengapa kita mengenali seseorang dalam hidup kita. Sama ada kita perlu mengubah hidup dia, atau dia yang bakal mengubah hidup kita. ALLAH takkan hadirkan seseorang itu tanpa sebab... Cinta Jannah TV3 - 2013
No comments:
Post a Comment