WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady
Showing posts with label Letz Celebrate. Show all posts
Showing posts with label Letz Celebrate. Show all posts

Monday, October 20, 2014

Caakkk... !! It's MomDay

20-10-2014 : 
Hari Baru, Status Baru
 Orang pun Baru !!


INSYAALLAH
semoga segalanya urusan kita hari ini
dipelihara dan dipermudahkan. 

Aamiin

Friday, October 10, 2014

Happy Birthday , Bro !

Dear NaNa..
Today Is Your Birthday..
Sweet Day to Remember
10/10
It's a perfect 10 - coz YOU are My BROTHER...


Mohon dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, dilimpahkah rezeki yang berkat, sentiasa ceria dan bahagia bersama keluarga tersayang. Keep Calm Be a Great Son, Husband, Dad and Big Brother.
~ Aameennn ...  

Tuesday, January 28, 2014

When A meets A = Jodoh Atau Kebetulan ?

Tiap kali bila diperkatakan tentang pertemuan dan Jodoh, kita akan redha dengan ketentuanNya. Sesungguhnya Jodoh Pertemuan ditangan ALLAH swt. Namun apa jua takdir adalah kehendakNya. Kita terima dengan redha dan seadanya...

Begitu juga dengan isu pada entry MakLady kali ni. Apa yang bakal MakLady ceritakan ini, mungkin kebetulan. namun jika ianya ketentuan Allah, sebagai manusia kita harus percaya kerana pada setiap kejadian itu, ada hikmahNya yang hanya Dia sahaja yang tahu.

Semalam, Maklady ada bercerita pasal thing that happened during my meeting with my kiddo. Boleh BaCA KAT SINI . Semua ada kecuali anak menantu dan anak MakLady yang bongsu. Kebetulan, singgah Bangi otw balik KL. Nak jumpa anak lelaki MakLady yang blajar di sana. Kebetulan pulak dia datang bersama temanita. Makin meriah la gathering kami :)

Biasalah kalau kami bertemu. Ada saja topik berbangkit. Dalam pada berbual itulah, salah seorang dari kami terperasan yang pertemuan kami berlima kali ini agak unik. Sebenarnya, sebelum ni pun MakLady dah perasan cuma anggap ianya sekadar kebetulan.

Inilah pertemuan the A's meet A's ... katanya..

Apa yang Uniknya?
Begini....

Mungkin secara kebetulan pangkal nama kami berlima adalah berhuruf A . 
kedua, nama anak lelaki dan perempuan MakLady ada awalan Amer dan Aimie
Kebetulan pulak, nak jadikan cerita ini lebih havoc....
boleh pulak temanrapat mereka (ketika ini) dipertemu kan ALLAH dengan pangkal nama huruf A jugak.
(mungkin kebetulan..) TETAPI yang lebih ketara bila nama mereka berkait antara satu sama lain.

Ok..contohnya : macam nama anak sulong dan menantu lelaki MakLady
Anak Perempuan (Aimie)  manakala. Menantu MakLady (Amir)
di mana dalam keluarga MakLady anak lelaki MakLady dah ada nama Amer, So now, ada seorang lagi anak MakLady punya nama Amir. Sekarang dah ada 3 Amir dalam keluarga kami. Ini adalah suratan takdir pertemuan.

Ok that's not the point here. Apa yang Havocnya sekarang ni, bila teman anak MakLady yang masih bujang pulak, masing2 punya teman yang nama pangkal A jugak...!!! Kebetulan atau suratan??

Walaupun ada masa kami tergelak sebab keunikkan "pertemuan" A dengan A, namun jika mereka ditakdirkan bertemu jodoh, dan menjadi kenyataan ~ rasa rasa ada tak petugas di Guiness Book of World Record... nak cari kami sekeluarga sebab punya ahli keluarga (anak beranak) nama yang hampir sama :)) ha ha ha

Lagi satu, now we came up with a JOKE among us :
kalau Amir jumpa sesiapa in future ..kena tanya dulu nama dia?
If she answer : AMIRA ...  kira OK - mission accomplished!
then as for us, the ladies, klu terima jawapan " AMIR..."
we should say, " Nextttt...."
 sebab dah cukup qota.. ha ha ha



Wednesday, January 15, 2014

Episod Miss Pink Hippo & Mr Pink Hippo ~ Melaka Aku Datang !

Selamat pagi..... Salam hari Rabu semua :)

Hari ni MakLady nak share tentang sweet thing lagi. Cuma kali ni, kira "Flashback" things that happened last year (2013) semasa drive sorang2 ditemani Miss Pink Hippo.

Maaf, ketika itu, ntah macam mana, makLady tak sempat nak wat entry....
so here we go....

Ingat lg x dgn cerita ttg Pink Hippo ni?
Masa tu nk wat surprise kt birthday girl...
(sila belek balik entry yg lps punya - somewhere in May :))

Apehal plak MakLady ni nak bercerita
pasal anak hippo yang pink kaler ni? huhu

SEBENARNYA..bila terpandang akan gambar di atas, ingatan MakLady terpahat pada kunjungan istimewa ke Melaka tahun lepas. Mengimbas kembali semasa memandu - dalam perjalanan menuju ke selatan tanahair. Well, tak de la selatan sangat tpi Melaka jer..Tujuan perjalanan MakLady pada hari ini, adalah  memberi sokongan moral kepada cik Jejar kita - untuk kembali berpindah semula ke KL setelah selesai menamatkan pengajian nya di kampus UITM Bandaraya Melaka. Pejam celek, pejam celek, rasa macam semalam saja MakLady menghantar Cikjejar sambung belajar setelah tamat di peringkat Diploma. TODAY, her last paper ... lepas ni merdeka! Merdeka! katanya....

It's time to say....Farewell to Melaka...:) Terlalu banyak kenangan kami sekeluarga di bumi Hang Tuah ni. Mungkin pembaca setia blog MakLady pasti ingat akan catatan entry pasal kenangan demi kenangan yang MakLay abadikan semasa lawatan ke sana...Termasuk lah entry pasal sambutan hari lahir   yang melibatkan Miss Pink Hippo. Ye laaa...si hippo kaler Pink yang comel tu laaa..hehehe

Alkisah nya, rancangan birthday surprises utk Elia and her BFF, segalanya menjadi rahsia antara kami dan Newrules. Masa tu ada followers yg terjah dan teka, "ada kejutan untuk Cik Jejar ker?" "birthda elia ke?"... Hmm kurang tepat! Tpi Benar, pada suatu hari di bulan May pada tahun lepas, sempena bday CikJejar, MakLady ditugaskan untuk mencari hadiah....

Rancang untuk dapatkan her BFF's birthday gift. *Newrules* namanya, merangkap anak angkat makLady, pun celebrate bday bulan yg sama... Jdi masa celebration di Melaka (masa tu...) kami cadang smbut sama...Idea of a sambutan harijadi kedua dua insan trsayang ML ni, datang dari CikJejar sendiri. We celebrate together2. Mula2, gathering di Klebang Melaka. The Celebration tambah ceria dgn aturcara yg simple tapi tetap meriah. (private event) Kalau nk tau psl our trip ke Klebang, check elia's keek n instagram ;-) ....pun last year punya... he he

Since they are BFF...CikJejar wants Newrules to have the same soft toys on her birthday:p Masa tu, juga ML namakan yg bru ni Miss Pink Hippo.. Bru sepasang . Kembar !! hahaha Tu la kisahnya Jenuh cri akhir dipertemukan huhu..

So, CikJejar mintak MakLady belikan hadiah utk si *newrules* - soft toy yg sama jugak! Sama dgn pink hippo yg cute ni, yg penah CikJejar dapat hadiah cabutan bertuah majlis anjuran DenaiHati Network pasa tahun yang sama. Since that, Mr Pink Hippo CikJejar sentiasa menemani dia slalu. Dia letak dlm kreta lg...
Namun pada hari ni, MakLady teringat pada kenangan Miss Pink Hippo. Terasa macam semalam saja semua yang kami share masa bercuti2 di Melaka lalu  Kira sentimental la pulak...hehehe

Bercakap pasal trip kali ni, mmg ada niat nak ajak Newrules ikut serta tapi memandangkan sekarang dia dah bekerja agak susah lah nak mengikut jadual kami. Apa2 pun dont worry...balik je cikJejar ke KL pasti dia akan temukan Mr Pink Hippo dengan Miss Pink Hippo semula...  Lepas ni, ke mana saja pasti tak berpisah. Unless masing masing dah jumpa MrJejariruncing dan MrNewrules la kaaaannnnnn.....
la la la la la

Thursday, August 8, 2013

Suatu Hari Di Hari Raya.....

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin
Pagi raya sungguh ceria
Bermaaf maafan segala kilaf dan alpha
Syawal tiba kita beraya
Yang jauh tidak dilupa

Walaupun jauh dimata tapi tetap dekat dihati...
Begitulah setia nya kasihsayang sesama sanak saudara jauh dan dekat.
Betapa rindu nya hati jauh melekat dihati sahabat, teman, rakan yang MakLady kasihi.
Begitu juga ingatan tulus ikhlas kepada SEMUA pembaca setia blog, x kira la...yg senyap atau yang nyata.

Ucapan ini juga diberi kepada setiap seorang anda di alam maya yang sudi memilih utk membaca blog MakLady selama ini...Kepada Semua Rakan blogger yang sudi bersama blog kesayangan MakLady ini
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Salah silap tuturkata. Maupun dlm ayat ayat tersusun dan terlahir dari entri MakLady. Salah faham salah tafsir salah bahasa...termasuk termeroyan yang mungkin ada yang terasa hati maka di hari baik bulan baik ini, MakLady menyusun jari memohon maaf dari ANDA atas ketidak sempurnaan MakLady.  Kosong-kosong k.

MakLady pun sentiasa memaafkan ANDA ...
syawal hadir teringat kan desa
ketupat rendang juadah raya.
kemaafan membersih diri dari dosa
moga hari raya disambut dengan ria.

Wednesday, August 7, 2013

Esok Hari Raya !

Selamat Sambut Syawal....
Persiapan awal menyambut Syawal - kemas rumah
Kami sekeluarga bergotong royong menyiapkan
hiasan rumah seperti membersihkan ruang tamu, pasang
langsir, vacumm karpet dan deco utk raya esok !
Sempat juga kami anak beranak sediakan biskut
cornflakes bermadu yang menjadi FAVOURITE...
untuk dihidang di meja utk para tetamu ...

Juadah raya dah tersiap sedia utk dihidangkan .
SEGALA persiapan sambut Syawal telah pun tersiap
sedia. Excited! kini rendang rusa dan kuah kacang,
ketupat, lemang & ketupat palas dah dimasak.
Tunggu utk dimakan pagi raya esok aje....:))
Klu nak tengok apa yang menarik pasal Rendang Rusa boleh KLIK SINI

Selepas selesai kerja pada malam raya - sempat juga
kami lapangkan masa utk wat refleksologi sebab sehari
suntuk bekerja sampai sakit lutut dan kaki...

Selesai dengan refleksologi, kami ke Airport Labuan
untuk menerima kepulangan seorang lagi anak MakLady
Seronok MakLady & anakanda beraya bersama-sama
DIHARAP RAYA ESOK lebih seronok kerana
Syawal tiba. Salam Aidil Fitri utk semua ~!!

Salam Terakhir Ramadan...

Selera Hari Raya Homemade cookies & Rendang Rusa

RESEPI RAYA dari Mak Lady :))
BISKUT CORNFLAKES MAKLADY
1 kotak Cornflakes (500g)
250g butter
10 sudu besar madu
8 sudu besar gula - boleh kurangkan jika mahu
100 biji Paper cup
Buah2 campur kering/ kismis - jika mahu

Cara-cara membuatnya
1) Panaskan butter di atas api yang perlahan, bila dah cair masukkan gula. 
2) Bila gula dah cair, masukkan madu. Kacau hingga sebati.
3) Selesai ramuan tadi, masukkan cornflakes sedikit demi sedikit dan gaul sehingga rata.
4) Sediakan paper cup secukupnya.  Masukkan cornflakes tersebut dengan menggunakan sudu kecil ke dalam paper cup. Kalau nak masukkan kismis atau buah kering boleh campurkan dalam adunan.
5) Panaskan oven pada suhu 160 celcius. Bakar selama 10-15 minit. (hingga cornflake warna perang.)


RESEPI RENDANG RUSA - Mak Lady masak macam nak masak rendang daging kambing...
Pastikan cuci daging rusa dengan betul. Petua MakLady dapat dari rakan yang mengatakan daging rusa ni boleh dicuci agar tidak ada bau hanyir adalah dengan melumurkan tepung gandum secukup nya selepas bersihkan. Amik masa dalam 15 minit or so, lepas tu basuh dengan air bersih dan bilas. Masak seperti biasa.

RESEPI KUAH KACANG ALA MAKLADY
300 gram kacang tanah yang digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus
15 ulas Bawang merah *
10 biji cili kering *
3 sudu besar gula perang
1 mangkuk air asam jawa
3-4 cawan air secukupnya
5 tangkai serai*
2 inci lengkuas*
3 inci halia*

Cara memasak
1) Blend halus dan Tumis bahan (*) hingga wangi dengan minyak masak secukup nya.
2) Setelah naik bau nya, atau pecah minyak, masukkan kacang tumbuk, gula perang, air asamjawa dan garam secukup rasa. 
3) Kacau hingga rata dan masukkan air sedikit sedikit hingga kuah kacang sebati.
4) Pastikan kuah menjadi pekat dan kacau hingga mendidih sebelum diangkat.

Saturday, July 13, 2013

What If.... ??

Credit : gambar berIftar bersama Rakan
Google.com

Assalamualaikum Semua...
Salam Ramadhan

Sepanjang minggu ni, kita kerap beriktar bersama keluarga tercinta. Ramai juga kekawan bloggers yang berbuka puasa dengan rakan2. Sambil tu, ada juga yang merancang majlis berbuka bersama. Meriah sakan... ;) Inilah masa utk bersama sambil mengeratkan siratulrahim antara rakan, btul tak ?

Hakikatnya, pada Ramadhan kali ni Mak Lady belum sekali pun berbuka maupun hadiri majlis berbuka puasa beramai2. Tapi mulai minggu depan, bukan sibuk hadiri majlis tetapi rumah akan meriah bila anak2 mula balik dari U masing2. Sepanjang bulan puasa ni nanti, rasanya tak banyak masa dapat diluangkan dengan kawan2 MakLady, seperti lazim. Walaupun mereka kerapa wat plan utk berkumpul...

What If....?? - tanya mereka....
Tengoklah mcm mana ....sebab hanya 2 minggu puasa aje MakLady ada di KL. Pada pertengahan puasa nanti, kami akan berangkat ke Sabah untuk bersama anak sulong MakLady dan suami.  Kira pertama kali la kiranya MakLady nak berpuasa dan beraya di sana. Excited pun ada. Sambil menikmati keistimewa bulan Ramadan di perantauan..Nanti boleh juga meninjau persiapan orang di sana menanti Syawal. (ewahhh..mcm jauh je bunyinya padahal kat seberang Laut Cina Selatan jerr...hehe)

Memandangkan hanya seminggu lagi di KL, yakni tinggal minggu depan saja yang ada untuk plan berbuka dengan kawan2. So, dimulakan dengan menerima jemputan ke majlis bbuka di sebuah Kelab Golf di Damansara pada minggu depan. Memandangkan MakLady ade urusan di Shah Alam dengan Cik Jejar, mungkin akan terus ke sana utk bebuka. Settle~!

Then terfikir plak MakLady,

WHAT IF...
Mak Lady ajak bloggers Buka Puasa bersama?

WHAT IF... ??
we go out for IFTAR next weekend?

Sebelum ni pun ada jugak bloggers dan followers Cik Jejar yang join our mini gath. So apa salahnya kita wat gath during IFTAR pulak??!! Pasti meriah ye dok ? :)

Cuma agak agak ada tak yang nak join kami? 
WHAT IF.... blogger Mak Dara pun join sekali ...pasti meriah lagi meroyan Uolz ;) yeehaaa...
[*-*]

Saturday, May 18, 2013

Tarikh Lahir Jejariruncing !

AsSalamMualaikum..
Happy Birthday Elia..
Oh ye! Hari ni -Tarikh 18.Mei.. Muncul lg pd tahun ni. Jatuh pd hujung minggu. hari sabtu.
APA yg menarik sangat tarikh ini dlm kehidupan kami skeluarga?  sampaikan MakLady wat entri..hmm..
Maaf yer.. tetiba Maklady terImbas kembali saat, tarikh keramat ni mula tercatit. Bukan nk OVER atau terlebih sudu... Cuma sekadar mengingati tarikh di mana my baby girl yg kedua dilahirkan - di sebuah hospital swasta di Taman Melawati...

Seperti kelahiran kakak nye 2 tahun sebelum tu - baby MakLady itu disambut oleh doktor yang sama !! Yes, After 2 years we met Dr Amir (again...), doktor pakar perbidanan dan sakitpuan di Hospital Tawakal, membantu dalam proses kelahiran di klinik beliau.

Dengan rasa syukur, lahirlah baby girl yg dberi nama Aimie Harmelia, menambat hati mak n abah, skali gus teruja dgn adik baru, kakak Aimie Hazerin, ternyata gembira dan excited (sebab tak sabar nak buli adiknya:)

Masih MakLady ingat lgi, slepas lahir kn puteri kedua ini berlanjut hingga beberapa hari pun, kami masih xtau ape NAMA yg harus dberi. Maklady jenuh berpikir then ketika menonton drama di TV, spintas lalu ilham utk nama si baby ni pun trcipta. Maaf yer my princess II -  stelah berhari2 mencari nama yg sesuai, bru la dapat didaftarkan....

AIMIE HARMELIA : itulah nama diberi. Kelahiran ternyata membawa 1001 mcm pengalaman baru. Cukup  masa utk melahirkan MakLady dan kakak Elia sempat kembali ke Malaysia dari Texas USA utk melahirkan. Sepanjang Elia dalam tummy lagi, dia tak bnyk kerenah. Sehingga dapat jugak la travel ke luar negara walaupn masa tu dia masih dalam tummy....Sehinggalah kelahirannya. Senang sangat~! Alhamdulillah..

Semuanya Okey... Kini beliau lgi OK. Dah lalui bbagai rintangan. Pahit manis. Segala nya .. Hmmm she even much better now..

Anyway im happy and proud of u too ..
Happy birthday to u
Aimie Harmelia ;))

Thursday, May 16, 2013

Love, of a Kind

Elia & Amer - thank U for giving me the LOVE, of a Kind !
Assalamualaikum
Pkabar semua pembaca "blog dear lady" yang MakLady kasihi.

Sebelum tu, Maaf lah yer akan ketidakadanya entri kebelakangan ini... Bukan lupa maupun dah merajuk utk berkongsi cerita cuma agak sibuk ....

Sibuk dengan apa?? Mungkin ada yang menyoal...

Sebenarnya bukan la sibuk macam ahli politik kita - dengan berlangsungnya Pilihanraya ...
Pssssttt Uol yg mengundi aritu ....UNDI APA?? hehehehe....
undi tetap rahsia hingga ke hari ini keennnn :))
(lega bila calon ke Parlimen yg MakLady undi MENANG!! )
Tahniah Datuk Fauzi bin Zahari atas kemenangan anda! Kepada semua yang berjaya mendapat mandat Rakyat - sila la jalankan tanggungjawap anda dengan mendahului kami ni yer... Rakyat Malaysia jati ....
ahhh gituuuuuu....ler amanat rakyat kepada pemimpin mereka :)

Sibuk mengikuti aliran politik yang melanda selepas pilihanraya. Kini kita sudah pun ada Menteri menteri kabinet yang akan melaksanakan tugas mereka dengan mandat Rakyat dengan sebaik baik nya. Begitu la diharapkan...

Selebihnya MakLady teruskan tugasan harian seperti biasa. CUMA lately ni boleh dikatakan sibuk memanjang. (ngalah mereka2 yang tersebut diatas tadi...hehehe) dengan program yg bersangkut paut dengan  insan kesayangan MakLady. Seperti yang dirancang, MakLady terpaksa berulang alik utara - selatan utk sempurnakan tanggungjawap terhadap mereka. Almaklumlah. MakLady kan ibu mithali kaedahnya...hehehehe... (walaupun tak mithali mana...)

Contohnya like this week - sepanjang minggu sibuk dengan urusan sekolah Amer. Urus itu ini. Jumaat ni plak nak kena gi amik dia balik for weekend break. Then the same day, travel to Klang to pick up my mom. Tamat tempoh percutian di rumah abang MakLady. Now she's back to KL....

Esoknya plak, trip to Melaka.. Sebelum tu kena organisea few things. Plan demi plan dah diatur bersama teman baik Elia, Newrule. We gonna be with Elia on her special day. That remind me to pick up her dress for the occassion!! Ok lepas submit entry ni, MakLady akan ke Sri Gombak amik baju yang ditempah utk Elia dan As (her BFF) then Im off to WangsaWalk!! Busy...busy day!!

See Uol later k. Klu tak sempat jengah, I will update via my mobile.... short & simple ;))

Anyway Happy Mother's Day to all "MOTHER" out there - coz for me , no matter what u do, where u are as mother - you are always a mother!! Naluri ibu tetap ada ... bagi insan yang melahirkan....nescaya kasih sayang anak itu tetap kekal abadi! Sanggup buat apa saja untuk anak2. Pengorbanan seorang ibu - tak pernah habis habis selagi nyawa dikandung badan. Pengorbanan seorang ibu tak perlu la nk dipertikaikan...

LOVE U my darling readers!!!
To my darling blogreaders yang setia - Terima kasih banyak2 atas sokongan kalian :) Love U ketat2. 

Wednesday, April 17, 2013

Ladies "Lunch Out"

Assalamualaikum..
Baca tajuk je, dh mcm boleh agak apa yg MakLady nak sampaikan...
Hmmm. . .
Anda masih blurr?
Alahaiii.. ape la MakLady ni. Suka wat org tertanya tanya...
tambah bila tengok plak gambar di entry kali ni..
Jeng, jeng.. jeennggg..
Inilah Lunch Date dan Bersantai Uolz bersama kami, dalam masa sepurnama lagi...
Yezzaa..
Jika ANDA ingin sertai kami, sbagai penghargaan dgn Hadiah Utama GA Guess What! boleh la cepat2 cari jawapan kontes yg baru di warwarkn kt entri yg lepas... Mungkin ANDA lah TeTamu kami ;)
Looking forward to have lunch with U. Jom bersantai bersama maklady & Elia a.k.a Jejariruncing :)) Mei ini !!

Sunday, April 14, 2013

Birthday Boys @ Seoul Garden

Happy Birthday Uolz!
Salam Weekend..
Pasti ada yg celebrate Bday pd hari ni. Malah ada yg bday dia jatuh pada This Weekend.
Maklady nk tanya? Celebrate kat mana? Dengan sape? Best x?
Apa pun... Maklady tetap best..
Sebab Hari Khamis aritu bday si Abang Amer dan Sabtu nye plak bday si Adik Amer...
Alhamdulillah boleh plak kedua2 Amer maklady ni lahir pada bulan yang sama - April.. dan yg meriahnya tarikh selang sehari!!
As plan, we decided to get2gether for lunch. Sorry akak Jejar xdpt hadirkn diri sbb tengah mentelaah... exam is just around the corner. Xpe ..kami dh makan kan utk eya skali. Ada rasa kenyang tak? hehehe
Yang pastinye, we had a great time EATING!
Ayoyoo...sorry Mr Herbalife! i miss u today!! yehaaaa. . . . happy birthday Uolz ;))

Tuesday, April 9, 2013

Busy! Birthdays! Kiddos! & Cupcakes!

assalam...
hello BlogDearLady..
Hari ini hari BUSY MakLady! Maaflah, klu xsempat nak update entry kebelakangan ni.
Ape la yang busy sangat MakLady nye?
Begini... schdule penting MakLady utk hari ini, tambah plak today is my Haizat's birthday!
Awal2 lagi dah mula busy. Mana nak kena prepare entry. Nak pergi kedai, cari gift untuk my laling boys....nak gi amik Erin yg akan sampai ptg nanti dari Labuan! Nak gi amik kereta kat Bangi...nk gi Dinner dgn kiddos, nak supper dgn member dari Melaka lagi....
Waduuuhhh...Ribut nya!! Ada x mcm ribut semalam ... ? (*-*)
Yang penting arini....nak pi amik Cupcakes yg ditempah untuk Amerz lepas Asar. FYI, beside bday Aijat hari ni, kami anak branak pun akn celebrate bday Amir yg jatuh pd hari Sabtu ni 13/4....Memandangkan my Amerz ni celebrate bday mereka selang sehari, selalu la we all celebrate together2 gitu. Kira 2 in 1..... Double Celebration & Double Meriah !! Baru la happeninggggg....
Okaylah ... MakLady minta izin kuar dlu. Nak uruskan apa yg patut. Till next entry... happy Thursday !! Salam Malam Jumaat sekali.
Thank You Allah for the Love U have giving me. Alhamdulillah...always.

Monday, April 8, 2013

Selamat Menempuh Dunia DEWASA

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera Semua
Pagi yang ceria ni.. buat MakLady nak nyanyi....
"Happy birthday to you
Happy Birthday to you
Happy birthday to Haizat..
Happy Birthday to you !!"
Ucap Selamat dari hati dan terasa sejuk perut MakLady pepagi ni.. :))
Selamat menempuh alam keDewasaan, Aijat !!
Happy Sweet 20!!
Semanis Gula Sepahit Hempedu. Itulah kehidupan. Moga tabah dengan segala dugaan. Nikmati dunia baru dengan semangat baru. Now bertambah setahun usia, melangkah ke angka 20!!
Pasti lebih meriah. Lebih bertanggungjawab. Jangan lupa Allah yang sentiasa memberi kita keberkatan dan rahmatNya.
Mohon diMurahkan rezeki dan sentiasa dipermudahkanNya dalam setiap perjalanan hidup mu yang mendatang!!
Ya Allah Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang, Kau Yang Maha Mengetahui... Berkati dan mohon dimakbulkan doa ku buat  anakanda Amer Haizat
[ Amiiinn ... r.b.m]

Thursday, March 14, 2013

Rezeki Jangan Ditolak...

As salam Wahai Kekawan
Sekejap je dah sampai ke hari Khamis...
14hb Mac 2013
Hari ni MakLady nak p tengok wayang kat TGV WangsaMaju... Dah pun buat temujanji dah...
Alkisahnya, Januari aritu lg MakLady dapat voucher untuk tiket wayang dari Aeon ni. Birthday Voucher katanya. Yer..yg tu lerrr. Yang Aeon kasi kt customers masa bday uolz tu... Pasti ada yg dh claim kan..? Dah gunakan ke?
MakLady pn dapat! cuma X claim.. claim lagi! Xpired date pn dh hampir. Tu yg ajak peneman MakLady arini tu. Nasib baik dia Free... Terima Kasih sayangku sbb sudi nonton sama menemani ku... (mode terharu)
Sebelum tu kena lah tengok cerita apa yg tengah tayang kat panggung. Mungkin kah cerita komedi? cerita Cintan Cintun? ehhh...kitorng ni jrg tgk wayang. MakLady lagi la jarang. Rasanya dia lebih kerap dari MakLady. So memandangkn dah dapat voucher ni, layan je laaa.... ;))
Rezeki Jangan Ditolak. Walaupun Aeon/TGV kasi 1x tiket Free dengan syarat kena lah beli 1x lagi tiket. Kira buy 1, Free 1 gitu...Namun tetap Alhamdulillah....Sekurang kurangnya, dapat gak MakLady luangkan masa yg padat dgn aktvt tu tdi, berhibur dan menonton bersama.... :)
Haaa...apa dia? - terdengar la plak yerr...soalan soalan cepumas diluar sana....heehee
"siapa peneman MakLady tu?" alahai! ada jugak yang tertanya tanya rupanya..... hehe Alahaiii uolz, ini bukan dating la. Temujanji je.... ;))
Tapi kalau nak tau gak dengan sape Mak Lady berteman di TGV...?? Tungguuu....
AKAN DATANG ke entry nnti ;))

Friday, March 8, 2013

Happy Women's Day

Salam Jumaat Semua

Selamat Hari Wanita buat SEMUA Wanita ... xkira la di mana anda berada!

Wanita adalah insan yang unik. Segala sifat kejadian yang ada pada seorang wanita itu telah ditentukan oleh pencipta kita, Allah swt. Hargai dan buat yang terbaik. Sesungguhnye, yg terbaik adalah dariNya.

Kita insan teristimewa. Banyak kelebihan yg dikurniakan. Selain dari Cekal, Tabah, Kuat - semangat kental adalah ciri yg ada pd setiap wanita. Malah Allah cipta Hawa ada matlamat di dunia ni. Setiap dugaan adalah ganjaran di hari kelak. InsyaAllah, wanita yang redha akan sentiasa mampu menerima segalanya kerana mereka WANITA!!

Bangga lah jadi wanita untuk hari esok !

Wednesday, February 20, 2013

Nuffnang 6th Birthday Bash

Yeaaahhhhh.... It's Party Time......

It's gonna be a SUPER DUPER BLAST celebration and excitement going on this coming March 2nd 2013. YES!! It's the Nuffnang's 6th Birthday Bash.....

Wanna be there?
OH DEAR....  I can hear the Music already... :))

1) Blog and share with us your favourite music album, and be sure to include the album cover (DONE)
Cover Album
Taio Cruz - The Fast Hits EP
Cover Album
Maroon 5 - Overexposed
Cover Album
Rihanna -  We Found Love
Cover Album
Carly Rae Jepsen - Call Me Maybe
Cover Album
Taylor Swift - We Are Never
Ever Getting Back Together
2) Sign up at www.deezer.com with your Facebook account. (DONE)
3) Create a PLAYLIST on the sidebar and name it “NN Stickman’s Birthday”.(DONE)

http://www.deezer.com/en/playlist/218176462

4) Pick a maximum of 5 tracks that you think we should play at Nuffnang’s 6th Birthday Bash. (DONE)
1. We Found Love - Rihanna
2. Call Me Maybe - Carly Rae Jepsen
3. We Are Never Ever Getting Back Together - Taylor Swift
4. World In Our Hands - Taio Cruz
5. One More Night - Maroon 5

5) Once you’re done, “Share” your playlist on Facebook and Twitter. You may custom your own message, like “I want the DJ to play my playlist during Nuffnang’s 6th Birthday Bash!” (DONE)

6) Make sure you include the Facebook post and Twitter post permalinks in your blog post (make sure they are set to Public(DONE)

You also can Check out my playlist, facebook & twitter here :
http://www.deezer.com/en/playlist/218176462 - playlist link
https://www.facebook.com/ininieza - facebook post links
https://twitter.com/ladyniza65 - twitter post link

Happy 6th Birthday Nuffnang!! 

Saturday, February 2, 2013

Lepak Santai Bersama MakLady & JR

Assalamualaikum ~ Salam hujung Minggu
Ceria ceria bersama family  tercinta....
yang bujang tu ~ tersenyum lebar ...
mungkin nk ketemu buah hati.. pweeiitttt~!

Seperti yang MakLady coretkan pada entry INI, peluang diambil utk bersama followers yang dihargai. Tanda TerimaKasih! Lagipun ada yang nyatakan hasrat nak kenali dari dekat. So, Apa kata, we meet up and lepak sambil chit chat sambil "morning coffee" ..atau paling tepat - lepak santai bersama MakLady & Cik Jejar....

Sebenarnya cadangan ni pun dari blogger@follower setia kami - nak ketemu face to face .... and frankly, we love the IDEA....Infact, We do love to have YOU, our darling followers!  Santai berkenalan sambil duduk mengeteh!! We Love Santai2 Uolz ..


SO APA LAGI....?? Let's join us.....
Jika ada kelapangan masa kalian, amat2 dialu alukan. "Lepak Santai Bersama JR" - dijangka diadakan di LCCT pada hari Rabu, 6 / 2 / 2013 - jam 0800 - 12tghari (akan diberitahu jika berlaku sebarang pertukaran masa)

NOTE: THIS IS AN INVITATION EVENT ONLY :  Berminat dan sudi join? Nyatakan Nama & link blog kat COMMENT di bawah ni.  Jangan lupa INBOX ke FaceBook : butir Nama, Alamat, No TEL & Nama Blog Anda. Cenderahati disediakan. Tunggu arahan seterusnya dari blog ML atau JR.. ;)

Event Relax & Santai bersama JR ..... adalah salah satu, aktiviti santai yang dah dirancang utk tahun ni bersama followers.
* for more info .. check out my upcoming entry on the matter TQ*

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]