~ ALHAMDULILLAH, AS A FREELANCE BLOGGER, I LOVE WRITING ABOUT THE THINGS I LOVE DOING. TREASURED THE MOMENT AND SHARED THE JOURNEY OF LIFE WITH LOVE & CARE IN MY WRITINGS. TRUST ME! IT IS WORTH READING ABOUT THINGS THAT WORTH WRITING...~
~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~
Friday, July 4, 2014
#Nuffnang's Blogger of the Month : July
Wednesday, March 19, 2014
Tuesday, March 18, 2014
TERIMA KASIH #SBB2014 & Yeo's
Assalamualaikum
| Credit Foto : dari jurukamera majlis - http://iluvtour.com/ |
![]() |
| Terima kasih juga kepada Roshidayu Che Mat |
| Penaja Utama - Yeo's |
![]() |
| Airmata Terharu : Saudara Yeop Khairil Mazri yang ditenangkan oleh rakan blogger memenangi IPhone 5s Credit foto : Azwananuar.com |
![]() |
| Name card Denaihati Network I got this - last year punya event !! |
Monday, March 17, 2014
Harapan Dunia untuk #MH370 : Hope Springs Eternal
Ingin membuka cerita mengenai majlis #SBB2014 & Yeo's
dari hari pertama berita kehilangan pesawat lagi, tidak kesampaian hati.
| harapan menemui MH370 kini menjadi harapan DUNIA kredit : hasil lukisan pelajar di Filipina. |
Saturday, March 1, 2014
Pretzels MakLady & #SBB2014
Thursday, February 13, 2014
Sila Tegur !! Saya Blogger, Baru Belajar Nak Kenal Bloggers
dan juga my darlings followers & sweetie readers.
Teruja! Itulah semangat MakLady untuk hadir ke majlis yang menghimpunkan para blogger dalam satu bumbung. Begitu jugalah harapan semua yang akan hadir nanti. Ramai gak yang dijangka hadir. Harapan MakLady dapat jumpa dan berkenal2 sesama kita di#SBB2014 .
ANDA Teruja ssgt, rite? Tak sabar la tu, nk jumpa bloggers yang hebat2. Almaklumlah, bila lagi nak jumpa mereka ni dalam satu masa. Selain dari bertanya khabar, boleh juga bertanya tips dan idea untuk naikkan rating blog.. la la la...Pendekata, masa majlis tu nanti, akan ketemu sama bloggers yang kita penah baca blog mereka tapi tak pernah jumpa in person. Yang pasti, ramai la nanti yang jadi paparazzi dan wartawan tak berbayoo..
*_* say cheeseee!!! FB! Tweeter! Instagram! sure jemmm...dengan submission berserta gambar .... Masing2 tak ketinggalan gteww...Itu belum lagi tengok lagi hadiah hadiah yang bakal dimenangi. Tak Lupa hari tu, MakLady akan buka booth dengan anak2.Lagi gempak bila PENAJA UTAMA sudi sponsor -mandi Yeo's kita semua :)
Nahhh... semua ini untuk raikan Bloggers! Happening!! Tambah meriah bila di majlis kali ni. MakLady, bersama anak2 dan sepupu Mak Dara dan family (yg juga bloggers) akan turut sama ke majlis tersebut. Makin riuh la meja kami nanti...Mak Lady sahaja bawa pengiring serta bodyguard seramai 5 orang. Mak Dara pula dengan Kekanda tersayang dan anakanda tercinta. We are Family !! ;D
Seperti majlis setahun lalu, kehadiran kami sekadar memeriahkan majlis. Di sana lah MakLady kenal ramai blogger. Atleast, diperjumpaan tahun ini, diharap ramai lagi bloggers yang baru pun dapat Maklady kenal. Tak lupa juga bloggers yang dah lama bertapak. Paling best kalau ada antara mereka ni yang pernah baca blog MakLady....hehehe...nmpk tak permainan nya di situ Mak Dara?? haha
Bercakap pasal blog dan readers atau followers ni, Memang tak boleh dipisahkan. Saling memerlukan. Readers ini adalah sumber inspirasi MakLady gak, walaupun silent readers. Itupun satu penghargaan kerana ada juga orang nak baca blog kita :)) Kalian amat MakLady hargai. Di mana pun kalian berada :)Terimakasih dan bersyukur sangat2, walaupun, Blog MakLady ni bukan orang kenal pun. Sekadar blogger syok sendiri je kot.. ;) Dah tentu2 orang tak kenal. **Kepada my silent readers, terima kasih ! Tapi lagi best kalau dapat kenal anda jugak, wlupun di "COMMENT" ;)
Tapi yang best nya! Ada plak yang kenal MakLady. Selain dari kawan2 bloggers yang selalu berkunjung ke blog MakLady, followers kat instagram, followers kat blogniaga, FB dan pages dan silent readers ni, ADA PULAK yang kenal MakLady tetapi secara jauh.. (mungkin dari menjadi followers ahli keluarga MakLady kott... ) Mereka ada yang melihat MakLady dan keluarga dari bacaan dan mungkin dengar cerita dari bibir ke bibir. Ada yang kalau jumpa kat luar, mereka datang jumpa dan tegur. Ramai yang kini jadi SAHABAT MakLady dan anak2. Dalam pada tu, MakLady sedari, tak semua orang suka kita. Tak semua orang sayang kita. Pasti ada juga yg masih melihat kita dari jauh dan memberi komen negatif dibelakang kita. Well, itulah nama nya MANUSIA.
Sedangkan artis yang TOP meletop pun ada haters. Ini kan pulak kita bloggers!! :)) Cuma MakLady harap sangat, jangan ada golongan yang mengaku kenal kita sebaliknya SEKADAR mengenali kita secara luaran. Tapi mampu menyebar berita atau hal hal berkait, seolah mereka berada di tempat kami dan mereka LEBIH TAHU... Yang ini - harus tidak kenal pun tak pe kot... Mak aiii.. huhu
JADIiiiiiii.....untuk #SBB2014 kali ini, kalau ada yang hadir nanti, yang kenal jauh2 atau yang dah kenal MakLady, kalau sudi lahh...TEGUR2lahh yerr hehehe (walaupun sebenarnya MakLady seorang yang PEMALU kwang3) *
From the desk of MakLady : Pppssstt.. ppsssttt Ade gak MakLady terdengar, ada yang ckp MakLady macam "sombong" jerr ?? macam tak mesra alam jerr...?? Alahaiii... sebenarnya MakLady tak macam tu pun. Dia ramah tahap gaban klu korang nak tahu... so next time, klu ada yang terserempak dengan MakLady. Nampak macam sombong tu, tolong jangan terus CHOP dia sombong tau. Lain kali terus je tegur. Kalau ada yang dia berlalu tak tegur korng ke, jgn lah pulak jauh haati. MakLady mungkin tak perasan atau MakLady x berapa nak ingat rupa korg ...almaklumlah faktor usia :)) ..MakLady tak makan orang punya...tegur jer lerr...
Thursday, February 6, 2014
JOM pakat2 pergi #SBB2014 !
Dah ramai yang tahu. Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 bakal berlangsung tak lama lagi. Dah tentu2 MakLady tak mahu ketinggalan....
Apa yang menarik pada hari tu nanti..(selain dari berangan nak menang hadiah) Sorry!! bukan MakLady je yang berangan2 walaupun cuma membayar RM20 untuk dapat hadiah yang pihak DenaihatiNetwork sediakan tu... ramai lagi kottttt...!! ha ha ha Selain hadiah dan tajaan pihak yang sah sah KeBooooM !! tapi tak lawan lah tajaan pihak yang satu ni. Ini juga buat MakLady teruja untuk turut serta memeriahkan majlis tersebut.
Yeo Hiap Seng , nama yang dulu lagi, tak pernah lekang dari bibir masyarakat Malaysia. Masa dulu2, kalau cakap pasal minuman segera ni, Pasti Yeo's.
Jenama Yeo's terkenal bukan sahajah di Malaysia, tapi seluruh Asia Tenggara dah kenal jenama ni. Senarai produk pertama minuman berasaskan kacang soya ini kekal memberi komitmen dengan memperkenalkan beraneka minuman yang mendapat tempat di hati pengguna mereka.
Siapa tak pernah minuman dari Yeo's, angkat tangan !!
ehh MakLady ni - macam lagu tema MeleTop Tv3 Pulak.....
Sebenarnya banyak flavour yang Yeo's keluarkan untuk memastikan hanya bahan semulajadi menjadi keutaaan bagi menjamin mutu kesihatan pengguna. Haaaa... oleh itu, tak perlu lah kita nak sangsi lagi. Minuman Yeo's selamat untuk diamalkan.Boleh di minum di mana mana, bila bila masa pun.
Bermula dengan produk soya yang asli telah menyakinkan pengguna dengan keluaran Yeo's terhadap minuman segar dan berkhasiat, mereka membawa masyarakat terus setia dengan keluaran Yeo dengan menghasilkan minuman yang mampu membantu meningkatkan gaya hidup yang sehat.
Haaa... sekali lagi Yeo's menjadi pilihan MakLady sebab sekarang selain dari minum kegemaran sekeluarga, Teh Krisantimum dah ada yang Kurang Manis ! Almaklum lah, biar kurang manis dalam minuman, tapi jangan kurang manis dalam senyuman... ahhh gitewww...
MakLady pun suka Yeo's ni sebab dia takde bahan pengawet.. tapi dont worry, dalam menjaga kesihatan, kita juga kena jaga pengambilan bahan yang sihat untuk sistem dalaman juga.
Selain dari minuman kesegaran semulajadi, minuman Yeo's juga memberi berbagai menafaat kepada mereka yang mengamalkan pemakanan dan kesihatan yang seimbang. Untuk mendapatkan lebih maklumat tentang minuman Yeo's, anda juga boleh layari bebarapa rangkaian network milik Yeo;s Malaysia :
- Facebook : https://www.facebook.com/YeosMalaysia
- Twitter : https://twitter.com/YeosMalaysia
- Instagram : http://instagram.com/yeosmalaysia
- Google+ : https://plus.google.com/105235723685382687885/posts
- YouTube : http://www.youtube.com/yeosmsia
Monday, January 27, 2014
When A meeting A = Havoc !!
Sekembalinya MakLady dari Labuan tempohari. Memang ada kejutan jugak oleh sesorang ni. Pada mulanya dijangka sesorang ini yang sepatutnya datang amik di airport tapi rupanya mereka dah plan nak kenakan MakLady... hhhmm bukan main lagi korang yer...
So bila landed, dan terus menuju ke area menunggu @ Arrival Hall, MakLady pun terus mencari kereta yang sepatutnya mengambil MakLady tadi. Smemangnya masa tu MakLady seakan di awang2an - konon jetlack la yerrr??- agak blurr. Then sebelum sempat nak text, MakLady ternampak lah seseorang ini yang familiar. Hhmmm tak susah nak nampak dia ni antara yang lain !! Definately this person is not a minion.. ha ha ha
okeylah. Dia datang dengan lenggang kangkong. sambil tersenyum. Capai beg Maklady dan terus bawa ke kereta yang sedang parkir di tepi jalan berhampiran. Memandangkan MakLady masih dalam zon blurr dan kepenatan, tak perasan la pulak kelibat sesiapa pun berhampiran kereta itu tadi....lalu membuka pintu kereta
" Ya ALLAH !!! " TERKEZUT gak ler kita.. Nasib baik tak melatah kat tengah2 jalan tu. Kurus semangat MakLady!! Apa idaknya, ntah dari mana datang nya...tetiba cikJejar dah pun ada kat front seat !!!
ha ha ha.. gelak kami sekejap!! Suka nya diaaaa...kena kan org!!
alkisahnya... CikJejar & MrJejar nak surprise kan MakLady .... :p
sebenarnya dia CJ, mana leh tahan nak berjauhan dengan Maknya ni..hehehe
nak je ngikut orang datang amik kita kat airport ..... :p!! double :p :p....
he he he
Happening rite? bila we all berjumpa. ada sajaaaa....
Ooo tambah pula bila MrJejar pun bersubahat dalam misi ini....
Siap koranggggg !!
Happening rite?
Wait till later...
Ok now lagi havoc :
Masuk kerata dok belakang. Terasa macam MeM hehehe... MakLady pun mula bertanya kabar. Almaklumlah, dah lama tak jumpa katanya. Sambil kami berdua berbual, enJejar memandu ikut jalan lama menuju ke Bangi. Sebelum balik KL, kami kena singgah Bangi untuk Lunch dengan anak bujang Maklady, AmerHaizat yang blajar kat GMI. Hari tu hari pertama mendaftar untuk semester baru. Kebetulan, membuat janji untuk makan bersama , kami bertiga terus ke restoran yang dijanji. Haizat ke sana dengan buah hati dia, Amira namamya.
For the first time in our history - A's meet A's...
Bila diamati betul2 ...kesemua kami yang berada di meja makan pada tengahari itu, semua mempunyai pangkal nama huruf A ... dan paling ketara...bila di lihat dari keseluruh ahli keluarga MakLady kesemua nya ada pangkal A pada nama mereka! Nak jadi kan ianya lagi HAVOC uolz...boleh pulak nama teman atau pun panggilan pada insan terdekat mereka ini, bermula dengan pangkal A. Bukan itu sahaja, nama mereka ini, seakan nama anak2 MakLady sendiri!
Mungkin kah kebetulan ataupun ketentuanNya.. Allahualam.
* nnti MakLady sambung lagi pasal Uniknya, A meets A ni yerr... tetiba rasa mcm nak pekena tehtarik!! ..*
![]() |
| When A meets A = Havoc |
Saturday, January 4, 2014
Majlis Persandingan Yana Yassin
Xpelah. Panjang umur kita celebrate sama sama...
He he he..
![]() |
| Yana Yassin (berbaju kebarung kuning) bergambar bersama tetamu |
![]() |
| Time bloggers plak mengambil tempat di pelamin !! |
![]() |
| Smile ! Smile! You are in MakLady's entry on Yana's wedding |
![]() |
| Pengantin berehat sebentar .. sebab dah lama berposing ata pelamin.. SELAMAT PENGANTIN BARU U guys ;) |
![]() |
| Bloggers yang hadir sempat bergambar bersama ML & MD |
Monday, December 30, 2013
MrJejariRuncing .. pulakkkk
Sunday, September 22, 2013
Majlis Sesi Santai & Pratonton Kembara Backpackers


![]() |
| Inilah rancangan berupa Pengembaraan Backpackers yang bakal bersiaran bagi pengembara dan pelancong yang ingin kan info tentang perjalanan + tempat yang mereka ingin kunjungi. |




Tuesday, July 16, 2013
Tropicana Ajak Berbuka Selera Kampung
Alhamdulillah..
MakLady terima voucher, hadiah dari seorg kawan merangkap pembaca setia Blog kesayangan MakLady ni.
Inilah dia rezeki bulan Ramadan. Sape sangka, rezeki MakLady diberi peluang menikmati hidangan selera kampung di tengah bandaraya ni. Sbenarnya, MakLady dh biasa makan masakan ala kampung cuma belum penah lgi merasa keistimewaan hidangan berbuka di Tropicana Golf & Country Resort lagi.
Walaupun bukan sbgai blogger jemputan untuk review promosi Citarasa Kampung Buffet Ramadan tapi ... a blogger is always a blogger .. haha x lepas dari mencari bahan untuk entri. Klik sana, klik sini! Snap sana, snap sini - itu sudah PASTI..
So tungguuu...
Entri yg bakal menceritakan pengalaman berbuka di sana nanti. Juz imagine, Bile MakLady dan Cik Jejar spent time menikmati Citarasa Kampung.. mcmne gamaknye? Masih terbayang masakan kampung - our favourite dish! Mungkinkah ada dihidangkan nanti... ?
Nak tahu? Kena lah join kami bbuka sama dan pastikan Follow blog MakLady dan JejariRuncing lepas ni..
Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa.. Beriftar secara sederhana tau !! sayang awak :))
Monday, July 15, 2013
What IF ... Mak Lady ajak berbuka bersama.....?
Selamat Berpuasa... :)
Hi..ingat lagi tak entry semalam? Pasal WHAT IF ....
It's only an idea ~!
Tetiba Bersemangat la plak nak wat mini gath ~ sempena Ramadhan. Lagipun, dah lama juga MakLady teringin nak duduk semeja secara SANTAI dengan rakan bloggers dan anak MakLady yang sorang ni. Bukan selalu dapat lepak sama :) Kebetulan Cik Jejar pun akan mula bercuti setelah habis final exam. Klu nak tau sepanjang cuti ni, beliau dah ada event sana sini. So, bila ada masa yang terluang, apa kata we spend quality time together? Tambah pulak sempena bulan mulia ni, tak salah jika kita sama2 eratkan kemesraan takkala berbuka puasa.
hhhhmmmm....What IF ...the idea jadi nyata?
Pada bulan Ramadan ni elok jugak kita bersama merapatkan siratulrahim sesama rakan bloggers. Agak2 ada tak, yang nak join kitorg? Well.. bukan lah majlis yang Grand ke apa, Sekadar bertemu mesra sebelum kita sambut Syawal pulak.
Lagipun pada perancangan MakLady, nak juga blogger merangkap my darling sista, MakDara pun dapat join sama. Acik Topi dan rakan blogger maupun followers Cik Jejar kalau nak join sama, pun boleh~! Barulah meroyan sikit majlis kita tu..ha ha ha...Tak gitu Bicara Mak Dara? :))
Jika tiada aral melintang dan setelah tarikh photoshoot selesai nanti, dapatlah kita duduk semeja dan bermesra di aturcara santai bersama bloggers maupun followers blog yang selama ini setia bersama .... Tempat dan tarikhnya akan diberitahu kemudian. Yang penting - ADE KER yang nak join MakLady & Jejariruncing our "IFTAR" nanti?? * wondering...* [-_-] hu hu hu
Saturday, July 13, 2013
What If.... ??
| Credit : gambar berIftar bersama Rakan Google.com |
Assalamualaikum Semua...
Salam Ramadhan
Sepanjang minggu ni, kita kerap beriktar bersama keluarga tercinta. Ramai juga kekawan bloggers yang berbuka puasa dengan rakan2. Sambil tu, ada juga yang merancang majlis berbuka bersama. Meriah sakan... ;) Inilah masa utk bersama sambil mengeratkan siratulrahim antara rakan, btul tak ?
Hakikatnya, pada Ramadhan kali ni Mak Lady belum sekali pun berbuka maupun hadiri majlis berbuka puasa beramai2. Tapi mulai minggu depan, bukan sibuk hadiri majlis tetapi rumah akan meriah bila anak2 mula balik dari U masing2. Sepanjang bulan puasa ni nanti, rasanya tak banyak masa dapat diluangkan dengan kawan2 MakLady, seperti lazim. Walaupun mereka kerapa wat plan utk berkumpul...
What If....?? - tanya mereka....
Tengoklah mcm mana ....sebab hanya 2 minggu puasa aje MakLady ada di KL. Pada pertengahan puasa nanti, kami akan berangkat ke Sabah untuk bersama anak sulong MakLady dan suami. Kira pertama kali la kiranya MakLady nak berpuasa dan beraya di sana. Excited pun ada. Sambil menikmati keistimewa bulan Ramadan di perantauan..Nanti boleh juga meninjau persiapan orang di sana menanti Syawal. (ewahhh..mcm jauh je bunyinya padahal kat seberang Laut Cina Selatan jerr...hehe)
Memandangkan hanya seminggu lagi di KL, yakni tinggal minggu depan saja yang ada untuk plan berbuka dengan kawan2. So, dimulakan dengan menerima jemputan ke majlis bbuka di sebuah Kelab Golf di Damansara pada minggu depan. Memandangkan MakLady ade urusan di Shah Alam dengan Cik Jejar, mungkin akan terus ke sana utk bebuka. Settle~!
Then terfikir plak MakLady,
WHAT IF...
Mak Lady ajak bloggers Buka Puasa bersama?
WHAT IF... ??
we go out for IFTAR next weekend?
Sebelum ni pun ada jugak bloggers dan followers Cik Jejar yang join our mini gath. So apa salahnya kita wat gath during IFTAR pulak??!! Pasti meriah ye dok ? :)
Cuma agak agak ada tak yang nak join kami?
[*-*]
Saturday, July 6, 2013
Seri Muka Lutsinar Bersama NEESYA
Assalamualaikum..
Salam sejahtera...
Teruja ! Itulah perasaan MakLady bila dijemput oleh Skinworkz Sdn Bhd, untuk menghadiri majlis pelancaran produk penjagaan kulit yang berjenama NEESYA. Selalu nya, bila dah berUsia mcm MakLady ni memang lah jarang sekali berpeluang hadir majlis bertema Kecantikkan begini.. Hmmm almaklum lah - nama pun Mak Lady! Seperti wanita berusia pasti ada lagi yang mahu cantikkan diri terutama paras rupa, tul tak? Sekurang2nya bila hadir majlis cam gini, ada juga lah tips yang boleh dikongsi..... Hidup Wanita!!! *ahhh tetibaaaa ... :) hahaha*

Oklah, terus kan story! Setelah sampai ke Pusat Membeli belah Subang Parade, kami terus menuju ke Swenson's dimana majlis berlangsung. The moment we stepped in, petugas yang mesra menyambut kehadiran kami. Selesai berdaftar, kami diberi "hadiah" berupa produk dan bahan rujukan produk utk review kami nanti ;) Thanks guys :)
![]() |
| Our Gift - comeyy kotak silver dengan reben merah menanti para jemputan pada majlis itu... |
Then, kami dijemput ke meja khas. Sambil menunggu majlis bermula, kami disaji dengan hidangan Swenson yang menyelerakan. Sungguh sedap! (sorry no pic..) But Wait till u see their IceCream....:p ~~


Oppsss.. sorry! We are here for NEESYA....So pls MakLady ...get back to the ground! ha ha ha
![]() |
| Ni La dia... the bigboss - CEO Skinworkz Encik Chris Tan |
Nak tahu "KELEBIHAN" NEESYA?
Produk Neesya direka khas untuk memastikan tahap pencapai darjah pencerahan kulit serta tona kulit pengguna agar yang lebih menyerlah dan sihat. Apa yang penting pada mereka, produk ini bakal membantu pengguna mencapai keyakinan diri, selesa serta selamat digunakan, disamping memberi kesan yang positif terhadap applikasi Teknologi Neesya LumiScience yang membantu pengguna mencapai tahap pencerahan tona kulit yang sekata dan sihat.
Percaya tak anda jika MakLady katakan bahawa untuk memiliki "kulit yang menyerlah dari dalaman" bukan perkara yang mustahil !! Kini, dengan NEESYA, sebagai perintis pakar rangkaian produk penjagaan kulit lutsinar, buatan tempatan serta selamat dan HALAL, anda mampu memiliki kulit yang sihat dalam masa 14 hari sahaja. Tak kira apa jenis kulit, usia serta gaya hidup, pengguna pasti yakin dan tenang bersama NEESYA. Selain itu, harga produk juga dipastikan berpatutan dan menepati bajet kebanyakan pengguna yang menginginkan produk berkualiti antarabangsa.
![]() |
| Overnight Radiance Kit |
Dalam majlis sebegini, pasti akan ada Sessi "Cuba - Test - Try"...
Pada sessi perkenalan dan mencuba sendiri keberkesanan produk tersebut, MakLady dan blogger yang hadir disajikan dengan "pengalaman" menggunakan rangkaian produk serta ditunjukajar cara pemakaian dengan betul. Frankly, kalau tanya MakLady, selain dari hasil penggunaan NEESYA tadi, kami teruja dengan keberkesanan hasil di penghujung sessi.
![]() |
| Sempat Posing dengan Encik Chris dan kakitangan beliau yang peramah dan mesra - disamping MakDara & AchikTopi yang gojess D'vazzz... |
Kemudian, kami buat "Field Trip" pulak :
Sepanjang petang di sana semalam, kami diberi layanan 5 Bintang! Selain dari sessi pengenalan, kami juga dibawa melawat ruang Pusat Jualan NEESYA yang terletak di yang terletak di Lot No GCO3A, Ground Floor, Subang Parade ( sebelah Giordano & Uncle Lim's). The best part ... MakLady, Mak Dara & Achik Topi tak lepas peluang untuk mendapatkan rangkaian produk NEESYA yang lain seperti....
Ingat tak? dengan pemberian hadiah dari Skinworkz produk penjagaan kulit NEESYA ini, MakLady terus dapatkan produk Neesya. Sekarang MakLady dah boleh mula menggunakan produk tersebut. Teruja Uolz :) Tak sabar untuk menikmati pengalaman memiliki kulit muka yang lebih sihat dengan rangkaian penjagaan kulit NEESYA.
Dengan rangkaian yang harga dari RM 29 hingga RM70, dengan produk yang mampu dibeli - NEESYA diharap mampu dimiliki oleh mereka yang mahukan produk yang setanding jenama antarabangsa. Yang Penting ianya HALAL !! MakLady pun dah bertukar ke NEESYA !
Apa lagi Uolz, jom ikut sama rai kan Raya ini, dengan promosi Raya Berseri ....
Nak tahu lebih lanjut : sila lawati www.facebook.com/neesyaskincare
dan singgah skali ke http://myworthbuyingshoppe.blogspot.com























