WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady
Showing posts with label The Best Medicine. Show all posts
Showing posts with label The Best Medicine. Show all posts

Monday, March 17, 2014

Harapan Dunia untuk #MH370 : Hope Springs Eternal

Baru hari ini, 

MakLady ada semangat untuk mecatit sesuatu di blog ni.
Ingin membuka cerita mengenai majlis #SBB2014 & Yeo's
dari hari pertama berita kehilangan pesawat lagi, tidak kesampaian hati.

Bukan apa! Rasa macam takde mood nak bercerita awal2 aritu ...
pasal masa yang sama kita semua rakyat Malaysia tengah murung. 
Rasa tak sesuai untuk kita bercerita pasal event yang meriah takkala orang lain diluar sana masih bersedih atas apa yang berlaku pada MH370... Maklady teringat pada ahli keluarga yang terlibat. 
My heart touching them dearly.
Mana mungkin kita nak menulis entry2 yang HAPPY, TERUJA, SERONOK 
atau memuat turun gambar2 yang HAPPENING, CERIA
pasal event yang melibatkan bloggers di Saloma Bistro hari tu ??

Malah dengan apa yang berlaku sesungguh amat sukar untuk di terima oleh mereka. Mungkin pada setengah orang, tergamak untuk tutup sebelah mata dengan mengatakan...LIFE GOES ON.. but trust me..memang senang nak ucap .. sapa yang merasa dia pasti TAHU...

Macam orang selalu kata ~ cubit peha kanan, peha kiri terasa juga. 
Apa yang mereka rasa, MakLady yakin ramai juga yang merasa.
Kesedihan mereka meragut segala suka ria di SBB2014 itu.

Demi menghormati keadaan, MakLady rasa selagi kes #MH370 tiada kesudahan,
tak best rasanya kalau kita nak OVEREXCITED sangat pasal apa2 "celebration"..
Maka, MakLady amik keputusan untuk tidak bercerita tentang "keriangan" yang dirasai...
biarlah menjadi kenangan di hati. 

Apa yang berlaku dengan MH370 lebih diutamakan..
harapan menemui MH370 kini menjadi harapan DUNIA
kredit : hasil lukisan pelajar di Filipina. 
.MARILAH KITA TERUS BERDOA DAN JANGAN PUTUS HARAP....
MH370 bersama misteri pasti akan diketemui juga...InsyaALLAH.

Monday, April 8, 2013

Petua: Nak cari MOOD...???

Selamat tengahari semua...

Lunch apa korg arini? hhhmmmm..
Xade selera nak makan? ....
nape plak cam tu? Mungkin sebab MOOD kurang memuaskan kot......

Alahai sama la kita~!! ( MakLady la ..sape lagi???)
Hari ni mcm xde mood je...sbb apa..? hmmm biase ler..klu dlm sebulan tu pasti ada mood best... mood tak best...mood kurang best.. ye dok?

apa2 pn. Jgn biarkan mood yg negatif ni menguasai diri anda...~!!!
~ mcmner pulak tuu?? hmmm....

so nk buat apa klu mood yg negatif melanda diri?
Mungkin ade petua petua utk cari MOOD kembali??

hmmm..MakLady ingatlaa nak kasi Mood ni, kembali ceria 
nak kasi mood best datang balik ....

Kalau lah korg dalam situasi mcm MakLady ni, agak2 mcmne nak buat yer?
Cer korg cadangkan ... sharing is caring kannn.. x gitu ? :))

Thursday, March 7, 2013

Cari Ketenangan Itu Perlu, sayang...

Alhamdulillah
Kita jumpa lgi d pgi yg shahdu ni.
Salam & Selamat Pagi
Rakan Blogger & My darlingz Blogreaders.
Mulakan tugasan hari ni dgn tenang. Setenang jiwa selembut hati....
cewahhhhhh.... ;))

Bagi yg jiwa tak berapa nk tenang tu... jgn gundah gelana... (betul ke ayat ni..hehehe) jom kita lapang kan dada sambil menikmati pgi yg tenang...dgn bbrapa idea yg Mak Lady nk kongsikan pgi ni...

Petua kali ni, diharap ianya sedikit sbanyak dpt tenangkan jiwa dan minda bila jiwa agak meroyan ni.. hihiihii XD bgi MakLady klu jiwa kaco ni elok bawa diri dgn shopping! gi lepak tmpt yg ada makanan.. hmm.. Akhir skali bw diri p makan angin atau pegi tmpt yg mampu relaxkn minda meroyan tu... amacam? best x cara MakLady release stress huhuhu
Selamat mula bertugas, Uolz....
* aktiviti (lihat photo) yg bleh d lakukan utk kurang hati jiwa meroyan, hehe
**dari bilik MakLady bleh dengar burung berkicipan... mungkin mereka pun nk bgitau ...."it's time to work.....

Saturday, February 16, 2013

My UnWanted Guests

Sejak seminggu lalu, kesihatan agak "kureng"

Bermula dengan TokMama nya then jangkit kpd Amer....

Alhamdulillah - selalu rombongan Mr XSihat jengah MakLady setahun sekali. 
Biasa la kenn.. dia pun rindu kat kita 
asyik segar bugar je - mana boleh
Nak jugak SINGGAH lepaskan rindu, katanya.

Kali ni, kunjungan MEREKA pada awal tahun.. 

Selalunya Cik Tekak akan send SMS atau wassap,
bagitau dia nak sampai...
kalau sempat MakLady pi la cari penawar..

Cuma kali ni, kawan kasi limau mandarin
makan terus penawar tak kesan! 
Jahat tul la limau ni - Cik Tekak dah bengkak

Then bila Cik Tekak sakit , encik BATUK pun datang melawat!
encik Batuk bukan datang sorang ...dia bawa teman baik dia sekali,
encik Kahak!
Apa lagi, makLady pun hidang la dorg dengan "cough syrup"...
Sedap x korang? ada rasa sejuk sejuk pudina ....

Sehari jamu Cik Sakit Tekak, Encik Batuk dan Mr Kahak... 
everything cam happy je.. :)

Pasti lepas ni, CikPuan Selsema nak jugak,
 tak nak lepaskan peluang - Jeles la tu... 
dah mula sibuk calling2 : nak datang melawat jugak.

Nampak gaya ni, kena lah MakLady siapkan sop panas!...
Tissue satu kotak utk sambut CikPuan.... 

Hope next week - everything OK! 
Bila my UnInvited guests ni balik semuanya :)
INSYA ALLAH..

Sunday, January 13, 2013

Kuliah Ustaz Azhar Idrus : Maulidul Rasul

Alhamdulillah
Syukur ke hadrat Allah swt kerana telah mengizinkan MakLady serta anak2
utk turut sama ke Majlis Kuliah oleh Ustaz Azhar Idrus yg berlantaikan 
rumput di padang bola AU2 dan bersaksikan langit luas terbentang 
dengan bintang bertaburan..Indah suasana majlis dibuatnya.
dengan kehadiran BERIBU umat Muslim & Muslimah

Majlis yg berlangsung pd hari Ahad (13/1/2013), langsung tidak
menghalang org ramai utk berkumpul. Selesai solat maghrib kami
anak beranak terus ke sana. Pun sudah ramai org - seperti biasa
kat mana ada majlis pasti ada yang mengambil kesempatan berniaga.
Dah rupa mcm pasar malam plak bila tiba di perkarangan majlis.
Cuma harap jangan ada yang berniaga utk kaya satu malam, sudah~!

Lautan manusia di atas padang pun tidak menghalang setengah dari
hadirin untuk bersolat Isyak apabila waktu nya. Selesai bersolat, kami
menanti dengan penuh sabar kelibat Ustaz Azhar Idrus. Alhamdulillah
beliau hadir dengan membawa ilmu tentang kesah bala tentera gajah
yang diarahkan utk merobohkan Kaabah di Mekah. Bagaimana beza
nya pemimpin dahulu dengan skarang. Jelas diceritakan semula kisah
tentang peristiwa yg berlaku sebelum Nabi diputerakan. Maka itulah
yg kita tahu...bahwa sebelum masihi Tahun Gajah, Rasulullah
dilahirkan. Sebagai Nabi yg paling istimewa sbb ALLAH jadikan
bumi ini utk Nabi sempurnakan dengan ajaran AlQuran dan Islam.

Rasulullah terakhir bagi umat Muhammad - menerima agama Islam
serta menyebarkan dakwah ke atas umat sekelian agar tidak sesat
akidah nya. Alhamdulillah .. sehingga kini, amalan dan ajaran yang
Rasulullah terima dan disampaikan kpd kita MASIH menjadi
panduan dan amalan. Moga dengan kuliah sebegini mampu utk kita
memperbaiki diri maupun menambahkan ilmu Agama dengan lebih
baik...Sama2lah kita berdoa agar kita diberkati Allah selalu. Amin.

















MakLady rasa begitu la harapan hadiran yg datang mlm tadi. Niat
yang sama. Malah ada yang bawa anak kecil. Penuh padang bola tu!
Menurut Ustaz Azhar .... kami yg hadir , dianggarkan lebih kurang
"300 org ramai nya,  mcm stadium semalam..." cakap beliau dlm
loghat Terengganu.. ha ha ha..pandai sungguh uztaz berjenaka....
slamber je, buat hadirin ketawa sejenak dengan telatah beliau. 

Apa apa pun puas hati dapat jumpa ustaz LIVE sambil dapat ilmu
dari ceramah beliau sempena Maulidul Rasul. Segala penerangan 
kini jelas mengenai beberapa isu. Seblum bersurai majlis, ustaz
sempat juga menjawap soalan para hadirin yang juga memberi kita
kefahaman lebih jelas tentang pemasalahan tersebut.

















Yang best nya...
seperti biasa Ustaz selikkan HUMOR dalam ceramah. Tu yg istimewa
tentang Ustaz Azhar Idrus. Moga ilmu yg disampaikan kekal dan
diamalkan dalam sanubari kita semua yang hadir... InsyaALLAH

From the desk of MakLady : Lepas ni teringin nak pi dengar kuliah 
Ustaz Don plak....  :)) amacam? sape nk ikut.....?

Thursday, December 6, 2012

Sudoku ~ kegilaan baru Ku

Photo: My new hobby... Sape yg ade minat yg sama, sila "LIKE" :)

Entah mcm mana leh terjebak dgn Sudoku ni...

Selain dari ianya sekadar satu mainan yang menduga kreativi akal fikiran anda, peminat Sudoku sentiasa aktif bermain dgn nombor. Boleh tajamkan minda dgn bermain dgn nombor!

Well.. actually dari skolah lagi mmg minat dgn numbers. My favourite subject masa tu pn Maths. Suka sgt Kira - Kira ( that is what we masa skolah rendah called MATHS or Ilmu Hisab ~!}

But Sudoku ni bukan nak ukur samada Uolz pandai Maths ke x. Samada korg terror mengira ke tak~!!
Cuma ML suka dgn my new hobby ni becoz selain dr ianya mengisi masa ML dgn perkara yg berfaedah....

Buat Sudoku ni, boleh mencairkan otak ML utk terus berfungsi. Sb org kata bila usia meningkat - hormon pn kurang...sekali gus otak pn lembab. Hmm.. sblm otak ML jadi SLOW ... adalah lebih elok jika sentiasa memastikan otak ML sentiasa "bekerja" ...

ML skrg ni dah berjinak2 dgn Sudoku ni pun sbb nak kasi OTAK ML kreatif berfikir skit. Kasi dia bergerak pikir mcm ne nk isi tempat kosong dgn numbers yg tertentu. Senang je - pastikan number tersusun mengikut susunan agar nombor 1 hingga 9 ada dlm kotak 3x3 seterusnya sususan nomber 1 hingga 9 ni betul susuanan nye mengisi ruang kotak 12x12 pulak....SENANG KAN??? ;))

Well.. mula mula tu mmg sukar skit tapi lama2 -  Senang je.. as simple as sebut ..
1-2-3-4-5-6-7-8-9

Oh My Sudoku~!!

Monday, September 24, 2012

Monday Blue to Monday Green

Assalamualaikum Semua Blogger MakLady...
GREAT Morninggg..... (",)

Dah Sarapan ke Belum ni ?
Pasti ada yang dah tersenyum lebar 
untuk mulakan tugas Hari Isnin... 

Tak kurang juga, ada yang monyok je pepagi ni...
Issskkk... 
Rasa mcm tak bersemangat nak hadap meja yer?
Ni mesti rasa mcam Malas jerr...Almaklum la kan.. 
Semalam dan Sebelum Semalam tu cuti hujung minggu!

he he he he
MONDAY BLUES...kaedahnya...

Haaaa....Faham...MakLady Faham!
Sebab tu la , MakLady mulakan hari ISNIN ni 
dengan entry yg bakal segar kan Uolz...
(insyaALLAH...)
kira kasi FRESH skit mata dan minda Uolz
OK tak?

Bismillahirahmanirahim.
Jom kita mulakan hari dengan
melihat pohon cactus yang
hijau daun nya ni....
Waaaaahhhh... segar nya pokok
cactus comey ni... Maklady sempat spray
air kat "body" mereka ni.. sambil ucap,
"SELAMAT PAGI CIK CACTUS"
[ klu tuan dia ceria pokok pn ceria gak]
Org kata, bila mata kita melihat kehijauan
pagi - pagi mcm ni... minda kita akan
terus segar. Kalau tak percaya boleh
cuba dengan pokok hijau yang lain...
 [ Bolehlah Uolz start bela pokok hiasan
 yg berdaun hijau kat opis Uolz ...
...sure FRESH minda selalu ]
Cuba laa... tapi tak semestinya cactus.
Klau selalu tengok pokok hijau pada setiap pagi
nescaya mata pun segar, dan sampai ke minda ...

Yer laa...Org kata , bila tengok Warna Hijau 
ianya akan memberi kita Aura Segar 
hhhmmmm 

BARU BOLEH MULAKAN TUGAS , 
DENGAN SEMANGAT SEGAR .. :))

MINDA SEGAR HATI TENANG
MINDA CERGAS HATI SENANG

  ~ Thanks to Aimie & Amir ~
sbb hadiahkan  "Ole Ole" Cactus
dari Cameron Highland kpd ML ~

Senyum Misteri...


The Mysterious Sender

Gambar Hiasan: Kredit dari Koleksi DIY
pemilik blog
http://joinsharefun.blogspot.com
One morning a customer entered my flower shop and ordered a bouquet for his wife. "No card is necessary," he instructed us. "She’ll know who sent them."
The delivery truck hadn’t even returned to the store when the phone rang. It was the customer’s wife. "Who sent the flowers?" she asked.
After explaining that the customer had requested that no card be included, I considered the matter closed—but not so. A bit later, she came rushing in the front door. "You’ve got to tell me who sent the flowers," she demanded, "before my husband gets home."
* bunga misteri takpe lagi...jangan org misteri... ..huhuhu.. 


Friday, September 21, 2012

Antara Dengar & Lihat Saje...

Assalamualaikum buat warga Malaysia..
Salam 1Malaysia buat semua...

Salam bloggers ....

MakLady terbaca dlm FB pagi ni. ada hambaALLAH pose kat wall dia gambar ni. Menurut post itu, gambar ni diamik dari GOOGLE.com. So utk tidak mendatangkan masalah dibelakang hari. ML pn nk KREDITkan gambar dan poster ni kpd Uncle GOOGLE.COM termasuk mereka yang mengambik gambar tren dan poster ni. Whoever U R. Thank You


Kalau dibelek akan perkara diatas.. Rasa2 Uolz , ada benar ke tidak??!! Cer intai jugak poster sebelah kiri.

WHAT SAY U??

Wednesday, September 5, 2012

Julie Woon : Who's Next?

Julie Woon dirompak!
"Siapa SeLepas Ni?" macam tu la bunyi nya ungkapan soalan oleh pengacara dan personaliti tv8, Julie Woon terhadap senario yang baru dialaminya. Sampai bila dan siapakah mangsa seterusnya? Pertanyaan ini ditujukan memandangkan dah kerap sangat jenayah yang sama berlaku. Walaupun pihak berkuasa telah lama cuba mengatasi masalah ragut/rompak yang kerap mengancam nyawa ini, tapi ianya tidak mampu dibendung!

Ini berikutan kejadian jenayah rompak dan ragut yang dialaminya, ketika beliau memandu kereta dan berhenti di traffic light dekat kompleks membeli belah One Utama baru baru ni. Menurut Julia lagi, jenayah tersebut dilakukan oleh lebih dari 2 buah motosikal. Pada mulanya, dia perasan ada sebuah motosikal yang melalui tepi kereta sebelah kiri., lalu menjengah ke arah dalam keretanya. Sejurus itu, datang sebuah lagi motosikal dengan seorang pembonceng, memecah tingkap kereta dan mengambil begtangan yang mengandungi iPad beliau. Nasib baik dompet dan handphone dia, tak diletakkan ke dalam begtangan itu. kejadian berlaku dengan sekelip mata dan Julis panik serta tergamam, tak mampu melakukan apa2..

MakLady dapat rasakan keadaan Julie ketika itu, memandangkan MakLady pun penah kena ragut! Isskk.. Issskkk.. mmg terkejut dan tergaman tak terkata apa2. Nasib baik la tak diapa2kan MakLady. Bagi mereka yg penah alami, pasti dapat bayangkan perasaan mangsa. Sesungguhnya si MatRempit yang durjana!! Harus tak selamat hidup korg dengan makan hasil ROMPAKAN!!

Sebenarnya, dah kerap sangat kita dengar kes rompak/ragut ni. Saban hari ada saja kejadian jenayah sebegini. Sampai bila kita nk tengok dan dengar? Kalau kejadian yg serupa menimpa Julie, tak mustahil ianya boleh berlaku keatas kita, terutama pemandu wanita. Ye la.. barang atau handbag tu, boleh diganti tapi klu dah mengancam nyawa?? 

So please! Please! Ladies.....

Never, EVER leave your possessions on the passenger seat (front or back) for anybody to see. Dah banyak kali dah diberitahu. Dah bnyk dah nasihat disarankan tapi masih ada lagi yang masih berdegil. MakLady pn INGATKAN diri ML bila kluar memandu. Handbag selalu letak ditempat yang kurang menjadi perhatian MEREKA yang durjana ni. Jangan letak handbag kat tempat duduk penumpang lagi lepas ni...PLEASE REMEMBER! YOU only have yourself to blame for an open invitation like this to happen.

Apa Yang Harus Kita Tahu:
Tumpuan penjenayah adalah barang berharga (begtangan) yang diletakkan di tempat duduk penumpang sebelah pemandu! Mereka akan memecah Cermin kereta dan merampas harta kita depan mata kita. Kelalaian bukan soalan nya tapi ingatan dan langkah keselamatan harus ditingkatkan. Terutama ketika pemandu kereta, pastikan tidak menarik perhatian penumpang motosikal dan kita (pemandu kereta) tidak "leka" menunggu giliran di simpang dan traffic lights, sehingga berlaku jenayah seumpama ni. 

PERINGATAN: SETIAP KALI MASUK KERETA, PASTIKAN BARANGAN BERHARGA KITA TAK MENJADI TUMPUAN MEREKA YANG SENTIASA MEMERHATI PELUANG UNTUK MERAGUT DAN MEROMPAK.


Tuesday, August 14, 2012

Entry BerHabuk...

Assalamualaikum 

Salam Ramadhan Semua..
my darlings Bloggers

Entry ni sebenarnya dah lapuk. Sbb dok dlm draft dah lama rupanya. 
Masa ML godek2 terjumpa entry & gambar yg tak publish2 rupanya...
ML terlupa atau terlepas pandang akan entry lapuk nirupanya..

isshh... brapa bnyk rupa nya daaaaaaa...
hehehe

Oklah - jom kita tengok apa yg ML missed to share. Sebenarnya photo2 ni, diambil masa ML attend satu
event anjuran satu BRAND ni. Malas la nk cerita panjang lebar pasal event ni. Nnti luka lama menanah kembali...apa yang penting. masa event tu, ML dapat berkenalan dan berjumpa dengan bloggers yg hebat2!!

Memang teruja. Memandangkan ML ni dah masuk dlm kategori agak "veteran", trasa ganjal pada awal. 
Almaklum FIRST time menonjol kan muka ML kpd umum semenjak jadi unofficial blogger. Tu pn sbb dapat jemputan dan utk memenuhi jemputan sahaja...Klu tak, malas gak.... [ML sebenar2nya lebih suka pd LOW Profile Life...xsuka org tau sangat pasal life kita. Lgipn ML bukan artis, celebriti, jauh sekali ahli muzik atau ahli sukan berbakat ...oh No! No! NOOOOOO.... Im juz an ordinary MakLady ... ;))

issskk melalut la plak ML ni - teruskan kpd story asal kita hokey ML....

Apa yg dipelajari adalah sesuatu yg berharga kpd bloggers yg hadir. Contohnya, we shared idea, concept dlm melaksanakan tugasan yg diberi. Kami dibahagikan dalam satu kumpulan seramai 6 org tiap kumpulan. Tugasan pertama - Sketsa Muzik 
Pada peringkat awal, dlm acara selingan event tu, the bloggers
took part dlm sketsa pendek. Diberi tugasan utk melakukan
lakunan sambil "menyanyi kan" lagu yang diubah lirik kpd
situasi yg diberi. (rekaan kumpulan) - sangat mencabar....
Kumpulan MakDara yg wat persembahan pertama..
 Kumpulan ML plak tak ketinggalan. Nasib baik ada Maria Elena. She came out wt an idea and together with other male bloggers, we did well. Unfortunately, we didnt win !! Anyway, it's fun to learn something from this segment. We can create something different from something is already exist. And with that, we bring in a new meaning into the worth of blogging. Kat event tu jgk, kami dapat bnyk ilmu dan berkongsi idea dan pengalaman among bloggers. ML mmg kagum dgn talent and ideas and they willing to share! That's the beauty of it. Sharing is Caring ...
Bloggers yang terlibat sedang beraksi di pentas...
Then come the next segment : How to create a vBlog. Menarik sgt. Selain dr vblog, kami diperkenalkan dgn pembikinan Vidoe utk dimuatkan dlm YouTube. Kan skrg ni ramai bloggers yg minat utk muatnaik, video mrk dan menjadi tatapan ramai. Ramai pn yg femes sbb video mrk. Antara mereka yg berjaya adalah Maria Elena. She loves wat tutorial via her YT videos.[walaupun ada masanya she create Haters]. Well itu lumrah what! Bukan semua org suka kita! Masing2 ada hak masing2. Peduli kan je.. Janji video kita masuk YouTube dan rating baiiikkk punyaaaaa... ;)) Thanks for ML - lebih penting.....
Selain menjadi blogger yg hebat,
ML kagum dgn blogger pilihan ML ni. Sape lagi klu bukan
si gadis yg COOL .....Maria Elena!!! Beliau sering
dijemput utk bagi TALK. Trust mea, Her Talk Sgt2 Superb!!
Best giler ... sampai rasa mcm tak cukup masa je..
With her natural style, ML LIKE sgt2. She's slamber habis.
ML mmg suka tgk how she handle her haters.
And her spirit shared, make her stays
COOL & ADORABLE even more. 
Go Maria! Go...
So do the rest of the bloggers yg sempat ML jumpa pada hari tu. Masing2 ada keistimewa sendiri. ML mmg kena belajar dengan mereka ni. Selain dari skill tersendiri utk majukan blog, mereka ni sudi berkongsi pengalaman mereka bersama.
THANK YOU for sharing wt me :)  I LOVE UOLS so very much .. ;)) - GAMBAR ADALAH DARI KOLEKSI MAKLADY


Siapa Kenal Bloggers yang ada dlm photo ni...,
sila angkat tangan..... Ohh ada makwe kat blakang tu kenal
kami laa.a..ha ha ha...femes gak kitorg kan..kan ..kan..
ha ha ha - mode: ML perasan!!!!!

Kami sempat bergambar dengan Maria Elena

Thursday, August 2, 2012

Dont Simply Judge ...

ASSALAMUALAIKUM 

SALAM JUMAAT
SALAM RAMADHAN

Buat Rakan Blogger yang ML kasihi...

yg baik dari ALLAH s.w.t
yg buruknya dari kita, namun ...
ALLAH Maha Pengasih & Maha Penyayang
SubhanaALLAH

 We are not perfect indeed. We will fall and make mistakes. 
May Allah open our hearts to repent whenever and wherever we go wrong... 

Saturday, July 21, 2012

10 Surah Yang Amat Mujarab Diamalkan


1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w.,
"Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya."
(Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda :

"Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya."
(Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.


4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada setiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah :
"Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya."

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).

Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :

"Wahai Aisyah isteriku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an."

Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu."

Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya."

Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a.,
"Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali."

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan :
"Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."


9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan :
"Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali."



10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati
<

Wednesday, June 27, 2012

CatWalk or KekWat...

Sambil menikmati secawan nescafe tarik, ML rancak berbual dgn my BFF. Selesai dinner kat Restoran KA, ada tetamu yang tak diundang join ktorg. Pada mula nya ML tak de la kesah sangat dengan kehadirannya. Tengah leka berbual, tetiba si Tetamu yang berlegar-legar dari tadi, singgah menyapa. Dengan muka yang tak malu tu, skrg berada kat sebelah tempat duduk ML. Sikit punya comfy dia ni. 

Tanpa menghirau kan dia, ML terus berbual. Sekali skala ML menoleh kearah nya. Penuh manja renungan si dia, mcm nak minta belaian.. 

Alahaiiii....Ktorg bleh berhenti sembang kjap, perhatikan dia ni. Rimas pn ada...Kelakar pn ada. Boleh plak dia melepak sekali dengan ktorg...?? Dah mcm kita lagak dia plak. 

So the CatWhat!! Cer tengok gaya dia duduk bersandar atas kerusi batu ni... Ya Allah - so unique...

 ML cepat-cepat capai my handphone and snap these photos. Kelakar sebenarnya...tengok gelagat siMeow ni dengan posing MAUT ala model iklan "CatFood" kat TV tu.....huhuhu... 



Si Meow ni duduk bersandar santai...
Siap termenung panjang tuu... Ingat masa depan ke apa ni?? hahaha..... 
Selesai je, MaMarazzi amik sekeping photo dia
Terus dia tersedar dari lamunan...
Terus Pose: 
Ala2 Top"CAT" Model 


"OK Uolz... Im Ready for a CatWalk...."
Issskk ...Over la si Meow ni...
Dengan Manis Muka
Sila CatWalk...!!!
 :P

Tuesday, May 8, 2012

Bersyukur atas TANGISAN & SAKIT Ku

"Adakalanya kita perlu MENANGIS agar kita tahu hidup ini bukan sekadar KETAWA 


bersyukur pada orang yang MENYAKITI mu kerana dia yang MENABAHKAN kamu, 


bersyukur pada orang yang TAK MENGENDAHKAN kamu kerana dia yg MEMUPUK mu BERDIKARI, 


bersyukur pada orang yg MENJATUHKAN kamu kerana dia yang MEMPERHEBATKAN kemampuan mu 


bersyukur pada orang yang MENYIKSA mu kerana dia yang menguji KESABARAN dan KETABAHAN kamu"


*terimakasih* kerana memberi segalanya....*

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]