WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady

Monday, July 15, 2013

Nostalgia si Ketupat Palas

Salam Ramadan
Dah hampir seminggu kita berpuasa....
Singgah di pasar ramadan, terpandang akan
Ketupak Palas...

Amat sinonum dengan hari raya dan orang Utara.
Kerana seingat MakLady , kalau orang belah
Utara ni, bila raya aje mesti ada ketupat palas!

Ketupat palas!
Pasti ramai yang tahu rupa nya yang bersegitiga
dan mempunya bebagai inti nya selain pulut sebagai
bahan utama. Yerr..jangan tak tahu, klau di utara,
ketupat palas inti kacang soya, jagung, gandum
malah bukan saja ketupat biasa, ada masa akan
jumpa ketupat inti pulut merah pun ada~!

Mungkin masih ada lagi yang blurr...
macam mana rupa nya Ketupat Palas...
haaa.. ini dia kelongsong daun palas yg
dianyam utk dijadikan tigasegi. Kemudian
diisikan dengan pulut yang telah dikukus
dengan santan , dan dikukus sekali lagi.
Credit: flickr.com
 Klu nak tahu: Setiap kali Raya, pasti ingatan MakLady mekar pada arwah nenek MakLady yang mula2 mengajar ML cara menganyam ketupat palas ni. Masa tu, MakLady disekolah rendah lagi. Seronok ngacau arwah nenek di dapur, sambil tengok arwah leka menyediakan ketupat palas ni. Selalunya, sehari dua sebelum raya, dia dah kalut minta cari daun palas. Dengan bangga nya arwah bila ML suarakan hajat nak belajar buat. Dari situ lah, arwah menurunkan "ilmu" menganyam ketupat pada MakLady.

Malah dalam keluarga hanya MakLady saja yang mampu menganyam dengan baik. Bukan nak puji diri tapi bukan senang tau orang bandar mcm kita ni, yang jarang2 dapat jumpa ketupat palas (masa tu..) nak pulak belajar dan kira lepas tu, pandai plak nganyam ketupat daun palas. Bukan setakat nganyam tau! tapi isi pulut dan memutar daun palas dengan betul. Kena tau cara betul utk ikat kemas daun agar membentuk rupa yang TIGASEGI tu. Lagipun, kalau salah simpul atau nganyam, nnti dikuatiri akan lerai isi pulut di dalam kerana dimasuki air rebusan ketika direbus. Tapi selalu nya arwah nenek dia kukus jer.. sampai masak! 

Ini pulak, ketupat daun palas yang telah dikukus
atau rebus. Kelihatan berminyak kerana santan
dari pulut tadi menyedapkan rasa lemak2  
(kredit to ejamothman.com)
InsyaALLAH sampai ke hari ini pun MakLady masih ingat cara2 nya....
Pada generasi kini, terutama anak kota, jarang dah sangat yang tau cara menganyam ketupat. Pendek kata, bukan kata ketupat maupun lemang, ketupat nasi impit pun mungkin generasi seangkatan anak MakLady pun tak mahir lagi nak menyediakan hidangan MESTI ADA sempena raya tak lama lagi. Mungkin juga mreka sebaya MakLady pun sekrang ada yang dah lupa...??? (mungkin fakta umur kot..huhu )

Untuk mempraktikkan agar generasi akan datang masih kenal akan masakan tradisi kita ~ kenal lah amik tau, betul tak? Macam ketupat nasi, proses dimulakan dengan mengenal daun palas dulu.... Kemudian dibuka daunnya selebar nya dan dibentuk kan menjadi tigasegi  Cara ini adalah untuk memudahkan proses mengisi pulut dan nganyam ketupat nnti. Sterusnya boleh la tengok gambar dibawah sebagai rujukan.

Photo: Gambaq tak lama..kena bagitau awai awai,tapi dah jadi tradisi bagi orang di sebelah Utara dekat dekat nak raya nanti. Bukan apa,sekadar berkongsi ilmu..buat ketupat palas memang nampak mudah,mana lah tau kot kot yang baru dapat mentua belah Kedah nanti kena join buat ketupat..hat jantan jadi betina,betina boleh jadi darai..yang tak ada jantina pun boleh jadi...masa banyak lagi boleh lah praktis....!!

Selamat Mencuba !!


Kepada generasi kini MakLady harap lah dapat meneruskan tradisi menyediakan juadah secara asli. Walaupun dah beredar zaman namun, makanan tradisi Melayu kita jangan dilupa. Tambah pula di era canggih kini, mungkin nk blajar cara menganyam ketupat palas dah tak susah. Klik! Klik! dah dapat~!!

Kalau tak pandai2 jugak .. tak dapat MakLady nak kata apa lagi. 
Hanya satu saja cara menyelesaian.....
Dapatkan yang segera
(macam diatas ni)
di pasaran....[ =_+]

No comments:

Post a Comment

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]