She Sells SeaShells by the SeaShore...
Sebut betul betul...
Pasti berbelit lidah nak menyebut nya
tapi tidak sepayah mana sebutan jika
nak dibandingkan dengan story pasal Shells ini...
Kisah menarik ini, MakLady kongsi sebab beranggapan - hobi yang unik bukan sahaja mendatang kebahagiaan jiwa ianya juga mampu membuka minda orang sekeliling. Setiap kita memiliki hobi untuk mengisi masa lapang. Bagaimana kita meluangkan masa melayan hobi itu, yang menarik minat MakLady tertarik untuk bercerita kali ni.
SeaShells yang MakLady dapat temui ketika di Labuan. Ianya sesuatu yang jarang2 kita dapat jumpa. Koleksi siput dan tapak sulaiman yang mengisi ruang tamu salah seorang peminat tegar.. Hanya Di Labuan! |
Kesempatan melawat Labuan baru2 ini telah menemukan MakLady dengan seorang wanita gigih yg minat mengumpul kulit siput serta kerang, tapak sulaiman sebagai hobi dan koleksi beliau.
Frankly, ML sangat teruja dengan koleksi berbagai jenis siput laut dan tapak sulaiman yang dihiasi di ruang tamu rumah beliau, Bukan sahaja, ianya jarang2 sekali ML temui malah pengkongsian cerita tentang kepayahan untuk mencari dan mengumpul siput dan tapak sulaiman memang jarang ML dengar! Bukan satu dua ratus tapi beribu-ribu lemon banyaknya !! KOLEKSI SIPUT yang dapat dikumpulkan oleh tuanrumah menjadi tarikan pengunjung dan rakan rakan beliau. MakLady respek dengan ketekunan dan kesabaran beliau menyimpan dan menyusun siput2 sebegini rupa... |
Bak kata pepatah Inggeris : Seeing Is Believing. Anda tengoklah sendiri, koleksi didalam rumah beliau. Bayangkan, kepayahan mengumpul, membersih dan memelihara siput dan tapak sulaiman ini pun dah buat MakLady rasa kagum. Apa tidaknya? Kecantikan dan keunikan hidupan laut yang luarbiasa ini perlu dibersihkan dengan sempurna sebelum di keringkan berhari hari. Ada yang makan berbulan! Selepas itu, baru diwarnakan sebegitu rupa sebelum dijemur berhari hari lagi hinggalah dapat disimpan di dalam bekas seperti yang dipamerkan (lihat photo di bawah ni..) MakLady sendiri ternganga mendengar - Nasib baik lalat tak hinggap..!!
Kenapa MakLady kata luarbiasa?
Kerana jarang sekali kita boleh jumpa koleksi siput dari spesis yang berbeza seperti ini. Sesungguhnya, Puan adalah seorang wanita yang mempunyai minat yang mendalam serta daya kreatif yang tinggi. Bukan calang-calang orang mampu punya kesabaran untuk memelihara hobi ini, MakLady tabik spring ganda dua kepada pemilik/peminat Siput & Starfish yang tegar ini. Tahniah!
Diharap selepas ini ada diantara pembaca blog ini, akan mendapat ilham untuk mencari hobi yang jarang jarang diterokai. Siapa tahu, anda mungkin mampu menjadikan aktiviti sebegini dikagumi oleh orang lain di luar sana. Kepada puan @ TUAN RUMAH - Terima kasih banyak kerana sudi menerima kunjungan serta bercerita mengenai hobi yang sangat unik ini. :))
No comments:
Post a Comment