Selamat berhari minggu....
Masih dalam mood BERPUASA
Syabas! Sehingga petang nanti kita berbuka puasa. Apa plan berbuka utk hari ini? Yang pasti, hari ni ramai yang dah ada kat rumah family, dah balik kampung....Semestinya meriah utk berbuka nanti....
Apa juadah IFTAR anda hari ni??
Nak tahu apa rancangan Iftar MakLady di sini ..
Meh nak story pasal our last nite Sungkai....
Kali ni, kami sungkai dengan hidangan laut.
Sungkai? First time dengar, ML tertanya-tanya gak. Apa itu Sungkai?
Rupanya "Buka Puasa" bagi org tempatan. Ooo...ML pun baru tau.
Setiba je di hadapan Anjung Selera Tanjung Ara - luas mata memandang laut laut cina selatan terserlah keindahan alam semulajadi.... |
OK, Petang Jumaat kami bersungkai di restoran Makanan Laut yg femes di Tanjung Ara. Perjalanan ke medan ikan bakar ni hanya dalam 15-20minit saja dari kediaman kami.
Setibanya di Restoran yang terletak di pinggiran pantai ini, kami terpegun. Amat memukau mata ML dan CikJejar. Cantik sungguh suasana pantai kala tu. Tenang..Langit cerah, menanti mentari melabuhkan diri di penghujung waktu. Ape lagi...ML pn snap photo dan sempat juga Keek!
Pemandangan indah dihujung Anjung mengadap Laut Cina Selatan.... batu batu besar itu adalah benteng di pinggir pantai |
Lazimnye bagi penduduk tempatan dgn makanan laut. Terutama pada Sabah ni, makanan laut memang lazim didapati dan murah. Tapi pada org semenanjung, macam ML agak teruja jugak bila berbuka puasa dengan hidangan seafood. Tambah pulak, khabarnya, di sini rata rata FRESH!!
Sejurus memasuki anjung restoran ini. terdapat sebuah aquarium hidupan laut yang masih hidup dan segar. My SIL sedang memilih ketam udang dan sotong utk dimasak ketika berSungkai di sini ... |
ML : Terima kasih my SIL blajar kami :))
No comments:
Post a Comment