Yang penting utk plan wedding adalah tentukan budget. Klu budget besar, boleh la berangan2 besar. Boleh buat tema ala2 fairytale story...boleh buat ala2 pengantin diraja..boleh buat ala2 wedding of the year.
Tapi klu budget cipot, memadai sekadar yg mampu. Afterall, ALLAH pn tak suka umatnya membazir ke jalan yg tidak direstui. Sedangkan apa yg perlu difikirkan bila nk buat kenduri nikah kawin ni adalah budget yg wajib terutama MAS KAHWIN nye. Duit utk jamuan, pelamin, hantaran, perhiasan, andaman boleh compromi. terpulang pd kemampuan pihak pengantin. KENA FIKIR juga, mereka juga nnti yg bakal mengharungi hidup selepas berkahwin. .. Oleh itu kena la plan betul2 agar pembelanjaan tidak melebihi dgn apa yg mampu disediakan.
Berbalik kepada tajuk entry yakni part 2 , di sini kita pergi kebelakang yakni persediaan seblum majlis utama. Ada bbrapa perkara yg harus dibuat sblm urusan AKAD NIKAH itu sendiri berlangsung. Bakal2 pengantin harus menyediakan diri & mental utk menguruskan bbrapa prosidia dibawah.
1 Menghadiri kursus Kahwin. Mendapat sijil hadiri kursus
2. Mengisi borang (termasuk sediakan photo yg diperlukan) utk mendaftar NIKAH KAWIN.
3. Menjalani ujian HIV di klinik2 kerajaan sekurang2nya sbulan sebelum majlis
4. Melengkapi segala borang berkait sebelum menyerahkan kpd pihak pejabat agama utk tindakan lanjut.
5. Menghadirikan diri utk penyerahan borang @ temuduga di pejabat agama.
Setelah segala urusan diatur, sambil2 tu boleh la mengambil langkah seterusnya dlm menyediakan kelengkapan yg wajar utk majlis.
1. Persediaan utk hantaran. Barang hantaran boleh dibeli awal dan digubah mengikut tema n citarasa sendiri. Utk lebih jimat, bleh digubah sendiri. Jgn terlalu membazir utk menghias hantaran,
gambar hiasan - hantaran mengikut tema (buat sendiri) |
gambar hiasan - pelamin yg simple (buatan sendiri) |
gambar hiasan - persiapan pengantin credit to Ms WNA |
Pendekata, segala pembelanjaan hendaklah dirancang agar budget tak lari. Namun terpulang kepada pasangan utk merealisasikan majlis. Namun jgn terlalu pikirkan "apa org akan kata" tapi memadai utk tidak membazir kerana org lain . Sbb yg nak menanggung "apa yg kita rasa" adalah diri kita sendiri..
FIKIR2 kan sambil merancang ...:)
No comments:
Post a Comment