SALAM RAMADAN
Sehari sebelum berangkat ke Labuan,
MakLady agak sibukkkkk....! Sibuk ala2 PA, ala2 Manager pun ada....
sampai kan nak kuar jumpa blogger untuk collect product maupun
berIftar pun tak sempat. Ada jemputan yang terpaksa ditolak.
Maaf ...bukan sombong tapi mmg tak sempat nak tunaikan
atas jadual yg tersusun sebelum ini. InsyaALLAH ada umur
yang panjang - next time kita jumpa - maybe bukan utk IFTAR
tapi sambut hari raya di Open Houses... klu ada jemputan ler :))
INSYA ALLAH.....
Berbalik kpd kesibukan jadual tadi, pada hari Isnin lalu, sebuah majalah telah berbesar hati menjemput Cik Jejar utk menjalani sessi photoshoot utk majalah mereka. Lokasi ? Tak jauh - rumah milik keluarga ML Khabarnya, rencana yang bakal ditulis pun berkisar mengenai kehidupan seharian. Dah memang sesuai lah pada bulan puasa dimana, aktiviti diluar dan masa harus dikurangkan.
Almaklumlah...nanti takde tenaga nak shoot! So pada hari yang dijanjikan,
seorang wartawan & her cameralady sampai ke kediaman ML utk temujanji.....
Difahamkan , ada ruang yang dikhaskan utk Blogger dalam majalah tersebut.
Rencana mengenai life Elia@Jejariruncing akan dipostkan dalam majalah tu.
MakLady pun tak sure apa yang ditemuramahkan ....
mungkin pasal blog " Jejariruncing.blogspot.com"
Elia@Jejariruncing sedang beraksi dengan BLOG dan sessi temuramah Majalah Harmoni.... |
Apa2 pun, kena lah tunggu Majalah Harmoni keluaran September atau Oktober 2013 utk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai blog dan kehidupan Cik Jejar ketika dirumah. Selain temuramah, mereka (pihak majalah Harmoni) menggunakan ruang tamu untuk lokasi penggambaran. Masa sessi photoshoot itu Cik Jejar telah disolek oleh seorang make-up artist, @suhaibdaud - instagram, dan pakaian yang dipakai masa petang tu, ditaja oleh sahabat blogger, Cik Hanie Muhammad (@haniemuhammad - instagram, yang telah lama mengikuti perkembangan Elia - dari mula dlu hingga sekarang. Dengan kerjasama mereka berdua, melancarkan lagi sessi tersebut. Tambah pulak, pakaian tajaan "DearPinkWardrobe" milik Hanie, amat sesuai dengan penampilan Elia pada petang itu. Terimakasih kepada kedua mereka ini, kerana sudi menjayakan sessi photoshoot tersebut. Sebagai penghargaan, khidmat mereka amat dihargai dan kami amat2 berpuashati. Orang kata, kalau khidmat memuaskan, apa salahnya kalau kita "Share', betul tak?
Kepada yang inginkan perkhidmatan mereka ini, boleh lah hubungi mereka di Instagram dan InsyaALLAH - Korg pun pasti puashati :)) As for us, sharing is caring ....
Semasa sessi photoshoot diruang tamu... elia menggayakan kurung moden |
Walaupun, semua nya dalam mode PUASA tapi alhamdulillah - photoshoot dan temuramah berjalan dengan lancar. Sebelum, selesai penggambaran, yang mengambil masa lebih kurang 2 jam itu, pihak Majalah meminta agar Maklady "join" sekali utk sessi bergambar. Alahaiiiii...Maaflah yer.. MakLady bukan tak sudi tapi rasanya biarlah Cik Jejar saja yang terlibat. MakLady sekadar insan yang berada dibelakang... atau lebih tepat sekali 'wanita yang tidak mahu dikenali" hehehe...(alahaaiii..over la MakLady ni...nnti ada org yg meluat plak dgn statement ni..kennn...:)) tapi itulah hakikatnya. Diharap pihak Majalah Harmoni tidak berkecil hati. Pada petang itu juga, sessi photoshoot telah disertai oleh Elia's bestie ;)) Jangan lupa, nantikan coretan mengenai nya di keluaran Harmoni yang bakal menemui kita dalam masa terdekat ini.
Sesungguhnya - bagi pihak ML dan Elia, penghargaan diberikan kepada pihak wartawan dan jurukamera atas kesudian mereka bertandang ke rumah kami yang tak seberapa ini. MakLady menyusun jari sepuluh jika sepanjang penggambaran tersebut ada yang kurang dari pihak Maklady dan Elia.
Maaf Zahir Batin dari kami ....@elia_jejariruncing
No comments:
Post a Comment