WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady

Friday, May 31, 2013

Sup Ketam : Petua Alternatif Mujarab Denggi

Foto: Credit to Encik GooGle
Cuaca yang tak menentu sekarang sedikit sebanyak mengumbangkan kepada beberapa penyakit masakini. Oleh itu, kita dinasihatkan untuk menjaga persekitaran dan memastikan kesihatan ahli keluarga dijaga rapi. Kalau mereka ada mengalami Deman yang berpanjangan, jangan lengah! Cepat2 ke klinik atau hospital untuk rawatan.

Baru 2 - 3 hari lepas, sepupu Mak Lady yakni Mak Dara telah mengalami demam yang berterusan. Apabila dibawa ke klinik, doktor mengesahkan "Denggi" ... Aduuuhhh. dugaan berlanjutan kini setelah berminggu minggu menjada anak lelaki beliau, Haikal ( kerana demam kencing tikus di Hospital Ampang) , kini Mak Dara pulak jatuh sakit. Banyak banyak bersabar yer ida....
Haikal masa demam.... Now he's getting better!
(Kredit Foto to Bicara Mak Dara.com)
 Cepat Sembuh ya. Mak "Darling" Dara. Moga keadaan beransur pulih. Semalam Mak Lady melawat Mak Dara di hospital. Air dimasukkan ke badan dah 2 botol. (ketika itu...) namun badan masih panas lagi. InsyaALLAH sehari dua di hospital nnti, dengan rawatan yang rapi, nescaya demam denggi akan berkurangan.

Namun, dalam pada itu, ade petua alternatif kepada pesakit denggi. Ramai yang syurkan SUP KETAM. Katanya dapat mengubati serta mengurangkan demam denggi ni, selain meminum air 100 plus. Mereka yang mencuba sup ketam ni, pulih dari demam denggi ni. Besar Harapan Mak Dara dapat menikmati Sup Ketam dengan segera. Sambil tu, kami di sini terus mendoakan Mak Dara cepat pulih seperti sediakala. We Miss You, Mak Dara !! Pasti juga ramai di luar sana, yang rindu dengan entri2 dari Bicara Mak Dara...dah lama cuti sakit ni...hehehe
 IDA , GET WELL SOON :)
SUP KETAM
(Foto kredit kpd wanda2u.com)

Thursday, May 30, 2013

Jom Tengok Wayang !

Assalamualaikum Semua.
MakLady dapat tahu hari ada movie baru! Semalam tengok kat TV ..
The Making of...

Cerita dia macam BEST !
Jalan cerita dia macam SYOK jugak..
Adegan dalam cerita macam "MESTI TONTON"

ML yakin! Bukan "macam" lagi..
Pasti Best! Syok! Mesti Tonton, walaupun ...
Pelakun yg dibariskan, tak la brapa GAH tpi dari apa yang ML saksikan, dah cukup menyakinkan yang cerita ni bakal menarik ramai peminat ke panggung! Salah sorang dari nya, dah pasti MakLady :)

Jom tengok KIL ...

Tuesday, May 28, 2013

Bila Ustaz Azhar Idrus Kahwin Lagi..

Assalamualaikum
Rata rata, masih ada lagi komen yang ngata perihal UAI yang menikah isteri No 3 nye baru baru ini. Dah jodoh dan takdir UAI nikah dgn gadis 26 tahun sebagai isteri termuda beliau. Siape kita nak ngata ape ape lg??
Kat FB, twitter, blog entah mcm2 pandangan yg diterima. Ada yg ucap tahniah, ada yg terima serta doakan yang terbaik. Itu yang seharusnye. Tak kurang jugak, MakLady baca, yg kurang senang dgn menyoal tujuan UAI perlu kawin lain? Ada tu plak yg bagi komen agak pedas terhadap penceramah bebas yg telah pn beristeri 2 sbelum ni.
Ya Ampunn...kenapa jdi mcm tu?
Mak Lady yakin UIA dh wat solat istiqharah sblum dia cadang nk nikah sorang lagi. Dapat plak kottt. pertunjuk dan ketentuan dari Allah swt untuk tambah qoata. Alhamdulillah..
Selain jodoh Mak Lady pun nk tumpang komen. Mungkin juga  dugaan Allah pada UAI dan isteri2nya. Nescaya pada pandangan MakLady jugak, UAI telah menilai dan terlebih maklum akan dosa, pahala, hukum hakam, bila bab ada bunga dalam taman ni. Jadi, bila berkenan di hati UAI akan si dara ini, lebih baik dijadikan isteri yang halal. Takut difitnah kelak.
Lazim sbagai Lelaki, Bila kaya harta dunia akhirat mula la datang sikap pemurah. Nak kongsi bersama sama. Tak kira la, adil ke tak pada orang keliling.  Selebihnye, kita kata TAKDIR MEREKA..
MakLady ucap Tahniah kpd isteri tua dan isteri tengah UAI yg meminang dara sebagai madu mereka. Bagus ape!??! Bukan semua wanita layak dapat Payung Emas tau! Inilah dugaan Allah pada hambaNya yg beriman!
Kepada org lelaki kat luar sana yg bercita cita nak bukak cawangan pasti senyum lebar. Memang la, Ada hikmah atas Jodoh yang Allah beri. Tapi...Jangan pulak sekadar tambah isteri ikut Nabi. Kena jugak tau tanggungjawab.Kena bersikap Adil, tau hukum berpoligami macam UIA...
MakLady rasa, UAI takda masalah dlm hal tu. Kan, dia slalu cakap bab ADIL dalam ceramah. Tips yg dikongsi bersama nye, sedikit sebanyak melambangkan UAI mampu praktik kan sikap sikap mulia, setia dan adil terhadap isteri2 beliau.
MakLady yakin ustaz Youtube ni boleh je bersikap adil dgn hubungan kekeluargaan walaupun stelah menjadi suami kpd ke 3,3 isteri2 nya.
Lagipun baru 3orang isteri. Qouta 4 org msih mampu diisi. Tambah plak UAI dilihat mampu dalam segi fizikal, mental, zahiriah dan batiniah, klu tak, takkan UAI mampu yakinkn isteri2 nya menerima jodoh yg ke 3 ni, ye tak?? ;)

Good Morning! Great Breakfast

Assalamualaikum..
Selamat Pagi Semua..
Dah breakfast ke blum?
Yang sedang menikmati hidangan sambil tengok blog Mak Lady, via HP, Tap maupun yang tengah semak kerja kat desk tu - terima kasih sudi berkunjung... Tpi berhati hati yerr...jangan sampai leka. Nanti lambat masuk pejabat.. Or maybe BOSS lalu kat belakang tak perasan pulak!! Kantoii ... Masyaakkkk !! Hehe
Anyway.. Apa pun yang penting Breakfast kena utamakan sebelum mula kerja. Sebab semalaman badan kita rehat dan untuk mulakan hari kita - we need energy!!
Pastikan minum segelas air suam atau mineral selepas bangun. Selalu lepas solat kalian bersiap untuk ke pejabat kan... Dan ramai juga tidak bersarapan pagi sehingga sampai ke pejabat. Lepas punch card baru bergegas ke pantry atau kedai mamak kat bawah pejabat atau on the way tdi singgah kat warung Nasi Lemak. Bungkus Mee Goreng dan kuih untuk breakfast di pejabat.
Hhhmmm...scenario biasa utk yang bekerja tambh yg perlu memandu ke pejabat. Ada tu ..sambil memandu ade yg singgah kat Drive Thru je utk pesan secawan coffee... Hhhmmm x kesah la mcm mana gaya nya korg bersarapan - yang penting - pastikan amal makanan sihat dan berkhasiat..
MakLady pun dah kurangkan yang berminyak, kurangkan garam dan kurangkan manisan dalam hidangan.
Tetapi....Tetap Banyakkan MANIS dalam senyuman :)) Furthermore, it's Good for your heart and health too!!
Happy breakfast. Happy Day :)

Sunday, May 26, 2013

Jom Kurus dengan Kevin Zahri

Assalamualaikum
Sihat Ceria di pagi Ahad, masih berlanjut hingga ke hari ni.
Korg yang dah separuh hari mengharungi hari Isnin ni, macamana pulak? Harap2 bersemangat jugak...
Actually, entry ni nk submit smlm tapi ...memandangkan hujung minggu, tambah plak aktiviti dgn keluarga harus diutamakan, maka terlewat la jawapnya ...
Tapi rasa teruja smalam masih terasa. Lebih semangat bila dapat bertemu dengan celebriti yang MakLady admired akan pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pemakanan dan kecergasan. Siapa lagi kalau bukan, Kevin Zahri.. ye Uolz!!
Semalam MakLady berpeluang join his seminar at Prince Court MC. Walaupun Program selama 3 jam ni macam tak cukup masa tapi setiap waktu, diisikan dengan info yg amat berharga. Tips permakanan that he shared really help us to understand more about food intake. Blajar macamana amalkan permakanan yang sihat dan berkhasiat.
Jom Kurus! Bukan program diet semata mata tapi membantu peserta lebih memahami dan mwngamalkan pemakanan yang mampu mengawal berat badan.  Peserta mampu mengenal pasti keperluan diet mengikut pengawalan kalori yang diperlukan oleh badan. Seronok! Dapat bnyk info pasal diet seharian. Trust me...tak susah pun nak kontrol diet. Bak kata Kevin, nikmat kebahgiaan hidup tidak perlu disekat melalui diet yang menyiksakan. Kenal diri kita. Belajar utk kenal apa yg body kita perlu, fahami akan food intake dan pastikan hidup tak tertekan. insyaAllah kita akan capai keseimbangan pemakanan dengan lifestyle yang sihat.
Apa lagi...?? Jom Kurus by Kevin.Zahri :)

Saturday, May 25, 2013

PETUA : Hilangkan Parut dengan Pisang !

Assalamualaikum Semua bloggers & darling Readers. Selamat Pagi...Breakfast apa pagi ni?

Si Amer suggest makan Roti Pisang for bfast. Sememangnya dia memang gemar makan pisang~! Selain dari melawaskan perut, pisang juga bagus utk diet...Pisang sebenarnya boleh diperbagaikan penggunaan nya....

Ewahhh..tetiba plak MakLady teringat akan PETUA yang mujarab berasaskan Pisang plak pepagi ni...

Petua  adalah cara alternatif untuk mengatasi sesuatu masalah maupun keadaan. Tak kira lah ianya berkesan ataupun tidak. Pasti korg pun ingat lagi petua2 yang diturunkan kpd korg selama ni, dari generasi nenek sampai lah ke generasi mak2 kita maupun sampai la ke diri kita ni haaa... Ada saja PETUA yang berguna utk dipraktikkan. Begitu juga la petua yang nenek MakLady turunkan kpd mak MakLady dan MakLady turunkan kpd anak2 dan sekarang - kongsi dengan ANDA! 

Sebenarnya bila terpandang akan pisang, maka teringat lah MakLady akan PETUA nenek MakLady dulu.  Sejak dulu hingga kini petua ni masih dipraktikkan. Pisang merupakan buahan tempatan yang penuh dengan khasiat. Bukan sahaja buah pisang malah KULITnya juga ada menafaatnya. HHmmm.. mungkin ada yang tertanya tanya..? Apa khasiat kulit pisang ni selain digunakan utk buat orang terjatuh jika terpijak...  

Bukan pisang sebarang pisang. Pisang datang dengan kulitnya. 
Bukan hilang sebarang hilang, parut dikulit hilang semuanya....

Apa kena mengena pisang dan kulit? Begini... Petua ni, MakLady amalkan sejak dari remaja lagi. Almaklumlah kulit MakLady ni sensitif - takleh kena gigit serangga atau nyamuk, pasti meninggalkan kesan. Macam parut. Dlu mana la ada ubatan yang khas utk hilangkan parut. Maka nenek MakLady pun kerap menggunakan KULIT PISANG utk hilangkan parut gigitan maupn sebarang parut yang terdapat pada kaki, tangan, malah muka.

Caranya senang saja : Ambil beberapa ulas pisang dan buka kulitnya. Makan la pisang tu dulu. Sebab kita hanya perlukan kulit pisang tu sahaja. Kemudian sapu kan kulit pisang yang dibahagian dalam (bukan kulit luar tau..cuma perlu.yang ada isi putih tu) kepada kulit di kaki, tangan terutama di kawasan yang ada parut gigitan maupun parut kudis. Gosok2 kan isi kulit itu sehingga "isi kulit pisang" tadi nipis atau lebam warnanya. Biarkan sapuan itu di kulit kita selama 10-15minit ataupun hingga sapuan itu kering sendiri. Sapu dengan bersih kesan kulit pisang tadi dan bilas dengan air sebersih2nya. 

Ulangi sapuan kulit pisang itu 2 - 3kali sehari, dan lihatlah perubahan dalam seminggu. Kulit yang berparut itu tadi akan perlahan2 hilang. Kulit kita pun akan lebih bersih serta lembut tanpa berparut lagi.  

Selamat Mencuba - petua Kulit Pisang utk hilangkan Parut !

Friday, May 24, 2013

Kueh Boom Tempayan Jelebu

Assalamualaikum...
Happy holiday utk anak2 yg bersekolah. Happy cuti jugak utk parent sbb bleh rehat sikit. X la sibuk sgt utk urus anak2.. Relax la skit... Ye dok? :)
Anak bongsu Mak Lady pun bercuti. Baru je gi jemput dia balik dari asrama. Oh ye, mungkin ramai yang tak tahu, kebelakang ini Mak Lady kerap ke Kuala Klawang, Jelebu - N9. Boleh dkatakn tiap2 bulan sejak Januari lalu lagi.
Apa lagi klu ada anak di boarding school. Turun naik tu dah jdi rutin! Sampaikan, budak2 yg niaga kat R&R Branang pun dah kenal dah muka Mak Lady ni. Hehehe Ape idaknye? Tiap kali lalu highway Lekas, pasti singgah minum or makan! Jdi kira Mak Lady ni pelanggan wajib gerai mrk.. Alkisah R&R ni penah MakLady crite dalam entry
Kenangan perjalanan ke daerah Jelebu - bnyk simpan memori dan keunikan yg Mak Lady rasa patut share kat sini. Selain dari kenangan pahit manis adalah jugak keseronokannya bila berkunjung ke daerah yg asing pd Mak Lady. Banyak sebenarnya keunikan yg tersimpan di sepanjangan perjalanan ke pekan Kuala Klawang dan Jelebu khasnya...
Biar MakLady bercerita dulu pasal keunikan kueh yg hanya ade kat Jelebu... Haaaa... Mungkin ada yg penah dengar Kueh Boom Tempayan!! Sebelum ni, Mak Lady pun tak penah tahu akan kepopularitinya kueh boom ni. Rupanya dah penah dihebahkan oleh Utusan.com mengenai bisness kueh boom yg diterokai oleh seorg wanita tempatan.
Khabarnya kueh boom tempayan mendapat nama dari cara adunan kueh tdi, yg disimpan dalam tempayan sebelum digoreng. Rasa nya seakan kueh cakoi cuma ianya lebih solid. Diadun dalam bentuk bulat besar mcm dlm gambar.

Happy Holiday! Meriah Cuti MakLady ! ...


Assalamualaikum
Selamat Pagi Semua...

Happy holiday utk anak2 yg bersekolah!! Happy Wesak bagi mereka yang sambutnya. Tak Lupa kepada para Belia yang berada di PutraJaya pagi ni..Seronok la korang kann... Bnyak aktiviti diaturkan utk para Belia, tak kira umur - semua meriah sempena CUTI minggu ni.

Khabarnya - Sure Heboh pun ada kat sana...
Jom ramai ramai serbu Petrajaya!!!

Kepada ibubapa yang anak berskolah, mulai hari ni, boleh la relax skit. X yah la sibuk sgt utk urus anak2.. Boleh bawa anak2 bercuti cuti Malaysia la masa cuti skolah ni. 2 minggu tu? Apa lagi plan Uolz utk anak2. Bagi parent yang bekerja - tak lama lagi Relax la skit tak perlu tergesa2 ke pejabat sebb jalanraya akan lengang skit dan kurang la masa korg stuck in the Jam -. Ye dok? :)

Fenomena biasa biasa CUTI sekolah selain dari aktiviti di atas, tak lupa juga dengan berlambaknya, kad jemputan dan undangan ke Majlis Perkahwinan plak.....Siap ada yg amik kesempatan utk bawa keluarga bercuti sambil hadir majlis itu nanti !! Tapi anak2 maupun adik2 yang masih belajar tu, jangan lupa juga BUKU sekolah sbb masih ada lagi baki persekolah lepas ni. SPM, PMR, UPSR...tinggal bebarapa bulan lagi!! Cuti2 jugak yeeerr :)) Ibu bapa kena pantau juga -

Photo : Credit
http://www.silampuneon.com

Bercakap pasal cuti - Anak bongsu Mak Lady pun bercuti. Baru je gi jemput dia balik dari asrama. Oh ye, mungkin ramai yang tak tahu, kebelakang ini Mak Lady kerap ke Kuala Klawang, Jelebu - N9. Boleh dkatakn tiap2 bulan sejak Januari lalu . Apa lagi klu ada anak di boarding school. Turun naik tu dah jdi rutin! Sampaikan, budak2 yg niaga kat R&R Branang pun dah kenal dah muka Mak Lady ni. Hehehe Ape idaknye? Kalau tiap kali lalu highway Lekas, pasti singgah minum or makan! Jdi kira Mak Lady ni pelanggan wajib gerai mrk.. Alkisah R&R ni penah MakLady crite dalam segmen Jalan2 Cari Makan. 

Selain dari cuti skolah - pergi bercuti - pergi kenduri kahwin - pergi jalan2 ke Putrajaya maupn tempat2 yang menarik sempena cuti ni ..MakLady dah pun siapkan bebarapa plan utk bershopping Pertengah tahun utk anak MakLady yang bersekolah ni. Almaklumlah budak tengah membesar. Kena beli baru baju skolah, seluar skolah, kasut sekolah. Yerrr... Makin cepat plak pembesaran anak bujang ni. hhhmmmm...

Oklah Uolz - MakLady nak bersiap utk ke Jalan Tuanku Abdul Rahman - shopping utk Amer ~!! (org sibuk bercuti ktorg sibuk nak shoppingggggg baju skolah .... uuuwaaaaaa )

Thursday, May 23, 2013

Meroyan Mesra Wangsa Walk

Smalam, seperti yang dirancang oleh Mak Dara, Mia Liana dan BroFrameStone, Mak Lady turut serta dalam perbincangan santai di Wangsa Walk.

Mak Lady jarang dapat jumpa bloggers yg super duper mcm mereka ni. Biasanya, jumpa bila ada majlis bloggers yg dihadiri. Almaklumlah, Mak Lady jarang dapat luang masa lepaking brsama bloggers.
Mia Liana pun Mak Lady mula kenal ketika brkunjung ke rumah Mak Dara dlu. Adalah 2,3 kali gak jumpa! Tp bgi blogger sehebat Broframestone, Mak Lady kenal pn mlalui penulisan dan penglibatan aktif beliau dlm dunia media sblm ni. Malah pertama kali trserempak smasa kami menghadiri majlis yg sama anjuran Denaihati Network. Masa yg sama, beliau perkenalkan wife yg cute comey kpd Mak Lady.

Smalam pn, Bro sempat kenalkan wife kpd kami. Bro kata his wife, mirip wajah Jejariruncing.. Hmmm what do u think?

Jom tengok photo yg sempat Mak Lady snap wlupn sblm ni dh bnyk photo yg Mia n Bro snap!! Klu nk tengok moments kami, leh la singgah blog mrk. Anyway, i had a great time. Bnyk yg dpt kmi kongsi smlm. Frankly, we should meet more often.. santai, bertemu mesra sambil meroyan brsama bloggers!
What say u, my darling bloggers :)) ??


Ps: photo bawah:
Jejariruncing bersama wife blogger Faizalpj.com

Wednesday, May 22, 2013

A Date With Kevin Zahri

WORDLESS WEDNESDAY
My Date for this Weekend ??

Harga Minyak Turun !!

Kereta MakLady slalu jalan jauhhhh

Waaahhhh... Berita Baik Sangat ni...

MakLady teruja! Macam percaya dengan tidak je bila baca status kawan dalam FB tadi! Tapi kalau YA - sure best kan!! Boleh jimat banyak tuuuu... Al-Kabarnya turun sampai 0.50sen!!

Banyak tuuuuu.... Sangat2 la bagus nyaaaaaaa....MakLady terus pasang angan2. Dapat jimat lagi bila "jalan2 makan angin" nanti :)

Lantas MakLady pun terus klik kat Link yang disertakan ~~
dan lapuran pun berbunyi begini.....

" MULAI HARI INI, harga minyak akan diturunkan sebanyak 50 sen se liter, disemua stesen minyak yang terletak di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Negeri negeri yang terlibat adalah Pulau Pinang, Kelantan dan juga Selangor.

Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Pakatan Rakyat Negeri selangor, selepas selesai sahaja Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang berlangsung di Shah Alam sebentar tadi.

Majlis Presiden dalam Mesyuaratnya petang tadi, sebulat suara bersetuju untuk menghapuskan cukai yang dikenakan pada premis premis syarikat minyak, dengan itu harga minyak manpu diturunkan sebanyak 35 peratus untuk setiap kategori akan berkuatkuasa pada pukul 12 malam ini.

Sumber itu juga menegaskan, penurunan harga tersebut juga akan dapat dinikmati oleh semua kenderaan yang mengisi minyak di stesen tersebut walaupun tidak menpunyai no pendaftaran  negeri Pakatan Rakyat.

Berikut adalah senarai minyak yang terlibat dengan penurunan harga:

1.Minyak Angin  
2.Minyak Senyonyong 
3.Minyak Gamat 
4.Minyak Dagu 
5.Minyak Pengasih "


HAMPEH BETUL !!! 
MAKLADY TERTIPU ..... MAKLADY TERTIPU!!
HUhuhuHUhuhuHU


Saturday, May 18, 2013

Tarikh Lahir Jejariruncing !

AsSalamMualaikum..
Happy Birthday Elia..
Oh ye! Hari ni -Tarikh 18.Mei.. Muncul lg pd tahun ni. Jatuh pd hujung minggu. hari sabtu.
APA yg menarik sangat tarikh ini dlm kehidupan kami skeluarga?  sampaikan MakLady wat entri..hmm..
Maaf yer.. tetiba Maklady terImbas kembali saat, tarikh keramat ni mula tercatit. Bukan nk OVER atau terlebih sudu... Cuma sekadar mengingati tarikh di mana my baby girl yg kedua dilahirkan - di sebuah hospital swasta di Taman Melawati...

Seperti kelahiran kakak nye 2 tahun sebelum tu - baby MakLady itu disambut oleh doktor yang sama !! Yes, After 2 years we met Dr Amir (again...), doktor pakar perbidanan dan sakitpuan di Hospital Tawakal, membantu dalam proses kelahiran di klinik beliau.

Dengan rasa syukur, lahirlah baby girl yg dberi nama Aimie Harmelia, menambat hati mak n abah, skali gus teruja dgn adik baru, kakak Aimie Hazerin, ternyata gembira dan excited (sebab tak sabar nak buli adiknya:)

Masih MakLady ingat lgi, slepas lahir kn puteri kedua ini berlanjut hingga beberapa hari pun, kami masih xtau ape NAMA yg harus dberi. Maklady jenuh berpikir then ketika menonton drama di TV, spintas lalu ilham utk nama si baby ni pun trcipta. Maaf yer my princess II -  stelah berhari2 mencari nama yg sesuai, bru la dapat didaftarkan....

AIMIE HARMELIA : itulah nama diberi. Kelahiran ternyata membawa 1001 mcm pengalaman baru. Cukup  masa utk melahirkan MakLady dan kakak Elia sempat kembali ke Malaysia dari Texas USA utk melahirkan. Sepanjang Elia dalam tummy lagi, dia tak bnyk kerenah. Sehingga dapat jugak la travel ke luar negara walaupn masa tu dia masih dalam tummy....Sehinggalah kelahirannya. Senang sangat~! Alhamdulillah..

Semuanya Okey... Kini beliau lgi OK. Dah lalui bbagai rintangan. Pahit manis. Segala nya .. Hmmm she even much better now..

Anyway im happy and proud of u too ..
Happy birthday to u
Aimie Harmelia ;))

Thursday, May 16, 2013

Love, of a Kind

Elia & Amer - thank U for giving me the LOVE, of a Kind !
Assalamualaikum
Pkabar semua pembaca "blog dear lady" yang MakLady kasihi.

Sebelum tu, Maaf lah yer akan ketidakadanya entri kebelakangan ini... Bukan lupa maupun dah merajuk utk berkongsi cerita cuma agak sibuk ....

Sibuk dengan apa?? Mungkin ada yang menyoal...

Sebenarnya bukan la sibuk macam ahli politik kita - dengan berlangsungnya Pilihanraya ...
Pssssttt Uol yg mengundi aritu ....UNDI APA?? hehehehe....
undi tetap rahsia hingga ke hari ini keennnn :))
(lega bila calon ke Parlimen yg MakLady undi MENANG!! )
Tahniah Datuk Fauzi bin Zahari atas kemenangan anda! Kepada semua yang berjaya mendapat mandat Rakyat - sila la jalankan tanggungjawap anda dengan mendahului kami ni yer... Rakyat Malaysia jati ....
ahhh gituuuuuu....ler amanat rakyat kepada pemimpin mereka :)

Sibuk mengikuti aliran politik yang melanda selepas pilihanraya. Kini kita sudah pun ada Menteri menteri kabinet yang akan melaksanakan tugas mereka dengan mandat Rakyat dengan sebaik baik nya. Begitu la diharapkan...

Selebihnya MakLady teruskan tugasan harian seperti biasa. CUMA lately ni boleh dikatakan sibuk memanjang. (ngalah mereka2 yang tersebut diatas tadi...hehehe) dengan program yg bersangkut paut dengan  insan kesayangan MakLady. Seperti yang dirancang, MakLady terpaksa berulang alik utara - selatan utk sempurnakan tanggungjawap terhadap mereka. Almaklumlah. MakLady kan ibu mithali kaedahnya...hehehehe... (walaupun tak mithali mana...)

Contohnya like this week - sepanjang minggu sibuk dengan urusan sekolah Amer. Urus itu ini. Jumaat ni plak nak kena gi amik dia balik for weekend break. Then the same day, travel to Klang to pick up my mom. Tamat tempoh percutian di rumah abang MakLady. Now she's back to KL....

Esoknya plak, trip to Melaka.. Sebelum tu kena organisea few things. Plan demi plan dah diatur bersama teman baik Elia, Newrule. We gonna be with Elia on her special day. That remind me to pick up her dress for the occassion!! Ok lepas submit entry ni, MakLady akan ke Sri Gombak amik baju yang ditempah utk Elia dan As (her BFF) then Im off to WangsaWalk!! Busy...busy day!!

See Uol later k. Klu tak sempat jengah, I will update via my mobile.... short & simple ;))

Anyway Happy Mother's Day to all "MOTHER" out there - coz for me , no matter what u do, where u are as mother - you are always a mother!! Naluri ibu tetap ada ... bagi insan yang melahirkan....nescaya kasih sayang anak itu tetap kekal abadi! Sanggup buat apa saja untuk anak2. Pengorbanan seorang ibu - tak pernah habis habis selagi nyawa dikandung badan. Pengorbanan seorang ibu tak perlu la nk dipertikaikan...

LOVE U my darling readers!!!
To my darling blogreaders yang setia - Terima kasih banyak2 atas sokongan kalian :) Love U ketat2. 

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]