Difahamkn plak pd promo tu, crite ni diadaptasikan dari novel oleh Meen Zulaika. WOWW...baru MakLady terRecall dgn tajuk novel tu. KASIH YANG SUCI... Semestinya mmg cerita dia mmg menarik sbb penah gak baca buku cinta oleh penulis ni...Anyway kita bukan nk story pasal novel...tapi...
MakLady nk share pasal excitement MakLady tgk episod awal - bnyk berkisarkan Flashback si Nora ni waktu remaja, dimana dia penah dirogol oleh sesorang yg dia sendiri tidak kenal ketika pulang dari skolah !! Hmm kira cekal gak ler sikap & watak si Nora ni....Kehidupan harus diteruskan...
Then Nora berhijrah ke KL. Dia bakal berkahwin dgn Saiful Idham @Eid (Zul Ariffin) tak lama lagi. Tpi pd masa yg sama boss si Eid ni yakni Seth Tan telah terjumpa gadis yg dicari2 selama ni telah berada di depan mata....tapi KENAPA dia mencari Nora Elena?
Well, at first Seth terpaksa terangkan bahawa dia adalah abg kawan baik Nora ketika di kampung dulu, tapi apa yg Nora tak tau, Seth adalah pemuda yg telah melenyapkan masa depan dia, 10 tahun lepas. Nora dok ingat si Amir, ( Ery Putra)... sbb ingatan (flashback) dia ketika peristiwa itu, wajah pelaku tu ada iras2 si Amir ni....
Alkisah nya....
NORA ELENA ni, menarik sbb watak hero / heroin agak berlainan. Si Seth, klu tgk dri awal, punya sifat yg lembut, cool dan sabar. Sedangkan Eid lebih agresif, kurang matang, xsabar dan baran. Antara mereka terletaknya, Kasih Suci Nora terhadap Eid dan cinta seikhlas suci, pandang pertama Seth terhadap Nora. Namun ketiga2 ni diduga dgn kebenaran lalu, dimana Eid yg cemburu dan ego telah memutuskan pertunangan serta membakalkan majlis di saat2 akhir. Nora buntu dan keliru bila Seth menawarkan diri utk menggantikan tempat Eid....( peluang baik utk Seth sbb dia benar2 ingin menebus kesalahan serta membuktikan kasih suci dia pd Nora.)
So, dorg pun kahwin.... Tapi sikap Nora kadang2 buat MakLady geram gak. Jual mahal sgt!!! Org tau la, Seth tu bukan pilihan hati calon suami dia. Tapi kena la faham. Kena la terima hakikat bahawa JODOH pertemuan adalah ketentuanNYA. Lagipn, pd MakLady la... si Eid tu pn satu. Cemburu tak tentu pasal... kan dh rugi!! Siapa yg untung? Seth gak.....la la la ...Dlm pd tu, si Nora ni pn mengada n ego gak la. Org dh selamatkan majlis lagi nk demand.... iskkkk... Mcm2 Seth buat utk melaksanakan impian cinta abadi sbuah perkahwinan. Rasa cinta isterinya, Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang. Walaupun mereka berkongsi bilik dan ranjang... Jeng..jeng..jeng...
tulah serba ringkas MakLady leh citer... sbb nnti xsuspen ~~
Anyway, ade hikmah pd setiap yg berlaku. Ini lah jgk buat MakLady tertarik utk terus tgk cerita ni sbb dlm pd tu ade MESEJ yg mendalam....Maka selami lah setiap liku2 yg telah diberikanNya seprti panasnya kasih Seth, tidak dpt nk sejukkn hati Nora. Berbagai sikap yg ditunjukkan dlm NORA ELENA, pasti ada satu yg ada persamaan dgn kita kt luar ni. Mungkin ada yg mcm Nora, ade yg serupa Eid, ada yg jdi Seth.
So bila I continue watching, i dh mcm syok plak. Maka tiap2 hari MakLady tunggu si Nora ni On Air. Selain watak Seth (lelaki idaman malaya), MakLady teringin gak ler..klu ada lagi Lelaki mcm watak Seth ni... alahaiii sang isteri sure xde yg berpaling tadah... ~~ jom layan OST Nora Elena ni sambil tgk2 adegan2 yg terdapat dlm VC ni... )
Bak mengantuk disorong bantal. mcm tu la MakLady bila dihidangkan dgn cerita cam gini. Actually, jalan crite dia mmg menarik. Buat MakLady nk tau lagi apa sebenarnya crite NORA ELENA is all about..
MakLady: Tak sabar rasanya nk tunggu episod seterusnya....
DAN BILA ESOK..~~
No comments:
Post a Comment