WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady

Sunday, July 6, 2014

Ramadan Jangan Pergi

Tonton Ramadan Jangan Pergi Full Episode
Credit to : Slot Samarinda TV3

Assalamualaikum

Sudah seminggu kita berpuasa kan. Hari hari menjalani ibadah dengan berbagai aktiviti. MakLady harap Ramadan kali ni lebih bermakna dalam erti sebenar. Macam Ramadan yang lepas2 kita di uji dengan niat menguatkan iman sesama kita. MakLady percaya uol pasti lalui Ramadan yang barakah dengan penuh redha . Selamat Berpuasa Uol :).

Bercakap pasal RAMADAN. MakLady ingin berkongsi dengan pembaca tentang drama terbaru slot Samarinda (TV3) yang mengisi Ramadan kali ini. Drama yang MakLady maksudkan adalah Ramadan Jangan Pergi. Siapa ikuti drama ni, sila komen kat bawah nanti yer... hehe

Bukan apa, MakLady dapat tahu pun dari kawan2 yang kecoh bercerita pasal cerita ini. Ramai juga lah yang geram dengan watak2 yang mencabar kesabaran dibulan mulia ni. Adusshh..nasib baik drama ni bersiaran jam 10 malam ( setiap Selasa hingga Khamis ) - selepas berbuka kalau tak mahu ramai yang hilang pahala puasa :) 

Pertama kali MakLady tonton drama ini via Tonton.com , hati MakLady rasa terpanggil untuk terus melekat di depan screen. Tak dinafikan, ianya seolah memberi tamparan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab atas apa yang harus dipertanggungjawabkan. Pengajaran yang ingin disampaikan sudah mula terkesan dalam pengenalan episod. 

Sikap manusia yang pentingkan diri sendiri, tidak berfikiran panjang lazimnya membawa kepada sifat2 yang tidak menguntungkan ini, Sikap negatif begini sering di bawa masuk ke dalam watak agar lebih dramatik. Selain untuk memberi pengajaran, ianya juga untuk menyedarkan masyarakat bahawa drama2 masakini, SEBENARNYA, mencerminkan kehidupan yang sering berlaku dalam masyarakat kita. Tak kira di mana, bila bila masa walaupun dibulan yang penuh berkat seperti Ramadan ...

Sememangnya sekarang, banyak drama yang berusaha memperlihatkan isian rohaniah dan jasmaniah dalam kehidupan seharian. Apa yang baik jadi tauladan dan yang buruknya kita jauhi. Tambah pula di bulan yang penuh hikmahNya membawa penonton menghayati kisah rumahtangga dan kekeluargaan dalam Ramadan Jangan Pergi.  

MakLady tonton sendiri pun geram dengan watak suami yang JAHAT. Dalam ertikata, selain dari gagal berfungsi sebagai ketua keluarga, dia abaikan tanggungjawa. Sanggup mendera mental dan fizikal isteri yang telah berkorban selama ini demi cinta. Dengan alasan, perkahwinan di usia muda dan tidak direstui keluarga, si suami dalam sekelip mata berubah hati. Setelah pengorbanan demi cinta, si isteri diceraikan dengan memberi berbagai alasan. Paling tragis bila diceraikan melalui nota ringkas. Hmmm..Sooo typical drama kehidupan MasaKini 

Tambah geram bila ada pulak watak lain yang menjadi batu api dalam hubungan mereka. Lakonan mantap Sheila Rusly selaku ibu kepada Firdaus Rahman (pelakon utama) patut dipuji. Memang sesuai watak ibu yang tidak merestui perkahwinan anak nya. Cuba menjodohkan semula anak lelaki dengan pilihan sendiri. Yezzaa.. mak mertua yang tak boleh terima jodoh yang telah ditentukan oleh ALLAH swt. Masih berusaha untuk merosakkan rumahtangga anaknya walaupun sudah bercucu ! 

Cian tapi MakLady ada kalanya rimas dengan watak isteri (Siti Saleha) yang tabah dan sabar. Macam tak kena tempat. Dah la diberi layanan buruk dari suami dan mak mertua. Ada pulak nasi tambah! Si Nadia, gadis buah hati suami yang kurang bijak tapi berlagak hebat sering mengerohkan rumahtangga mereka. Addusshh..mau sakit dada dibuat nya. 

Makin teruk bila selama berkahwin , si isteri sanggup berkorban wang ringgit untuk sara keluarga. Tapi sering diperasugut untuk diapat kan duit belanja hasil isteri. Yang tak boleh blah, bila dah berpisah pun si suami ni masih lagi meminta duit ! oh my heart - gerammmmm tak sudah ! :P

Sebab itu lah rasanya, kawan2 MakLady rasa drama Ramadan Jangan Pergi ini, terlalu dekat di hati mereka. Ada pulak yang nak jadi director, ada yang nak jadi scriptwriter baru bila tonton drama ni.. haha haha.. 

Kalau Uolz pun nak join sama dalam menguji bakat untuk jadi pengarah "syok sendiri" , boleh la nantikan siaran drama ni setiap hari kat TV3 jam 10 malam. Pasti tak duduk diam - geram. marah, sakit hati dengan watak suami yang ....... eeeeeeee...gerammmm sungguhhh MakLady..


Sinopsis Ramadan Jangan Pergi..

Farah berkahwin dengan Johan pada usia muda dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aidil. Hubungan mereka renggang sejak Johan berkawan rapat dengan Nadia. Tambahan pula, ibu Johan Mariana tidak menyukai Farah kerana menganggap Farah tidak sepadan dengan anaknya.

Menjelang bulan  Ramadan, Farah terkejut apabila mendapat tahu Johan mahu melamar Nadia. Pada mulanya, Farah menyangka akan dimadukan, tetapi sebaliknya. Johan mahu menceraikannya. Farah sedar, mungkin ini balasannya kerana dia mengingkari ibunya Rohani. Rohani juga tidak merestui perkahwinan Farah dengan Johan kerana Johan biadap dengan orang tua.

Pada suatu hari, Johan mencuri kad ATM Farah selepas mengusir Farah dari rumahnya. Apakah yang akan terjadi kepada Farah? Berjayakah Nadia mendesak Farah supaya bercerai dengan Johan? Adakah Johan dan Farah akan bercerai juga? Nantikan jawapannya dalam drama tersebut.

No comments:

Post a Comment

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]