WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady

Wednesday, June 20, 2012

Berat Mata Memandang...

Assalamualaikum Salam Sejahtera.
Bismillahhirrahmanirrahim 

Izinkan MakLady membuka catatan kali ini dengan berkongsi mengenai sifat SABAR dan REDHA seorang insan terpilih bgi mengharungi dugaan yang amat berat. Terpilih utk diberi Rahmat & Hikmah atas dugaan yg menguji iman UmatNya. Bukan niat utk membuka tirai kedukaan pd diri dan tuan badan. Sama sekali tidak untuk membebankan lagi perasaan halus WANITA tabah ini. Sudah cukup terseksa zahir & batin selama lebih setahun lalui saat di uji ALLAH s.w.t. Tidak terbayang MakLady, bagaimana hati dan perasaan beliau di saat jiwa dan raga diduga sehebatnya. 

Bukan MakLady nk buka kisah sedih tapi MakLady mengikuti catatan seawal August tahun lepas, hingga la catatan terkini. MakLady akui, tak penah kenal rapat tapi dari bacaan MakLady mengenai perjalanan kehidupan Sofia & Syuk, yang teramat bahagia jalan cerita kehidupan mereka. Dugaan yg mereka harungi sepanjang hampir 7 tahun bersama, tidak pernah menyiapkan diri sofia akan UJIAN besar ALLAH s.w.t, terhadap diri dan keluarga. Kasih sayang yg dipinjamkan ditarikbalik. Tiada yang kekal. Hanya tinggal sbuah ikatan simpul dunia akhirat yg dipegang Sofia. Mungkin dgn harapan, ketemu semula di sana nanti - Itulah ISTIMEWA hikmah ALLAH dalam kehidupan kita. Dengan rahmatNya, kita impi dan rancang, namun segala yang berlaku, Rahsia ALLAH. Sofia redha ... dan terus berdoa agar kasih mreka bersemadi sebgai pasangan KEKASIH AWAL & AKHIR .. [insyaALLAH sofia...insyaALLAH]

Korg nk tau x, Belum pernah skali pn  MakLady x menangis tatkala membaca coretan sofia ni. Menitis airmata mcm air paip, baca coretan demi coretan. Kasih suci yg bersemadi dalam lubuk hati seorang ISTERI kepada SUAMI...MasyaALLAH, maha suci cinta nya. Setia hingga ke syurga. Itulah harapan dan doa Sofia saban hari selain mendoakan kesejahteraan insan TERSAYANG di sana...

Ya ALLAH, tabah nya hati, Kuatnya semangat dia! Sayu tersentuh hingga ke merobek hati MakLady - sukar nk diceritakan kat sini. Apa yg berlaku pd Sofia amat tragis. Pada usia muda sbegini, Sofia terpaksa mengharungi dugaan yang amat besar. Cekal & Tabah namun tetap kukuh setia kasih pada insan yang telah terdahulu dipanggil ALLAH. Klu MakLady ditempat Sofia pn, rasanya tak mampu utk hadapi semua berseorangan..!!  


Mungkin dari luaran, Sofia nmpk lebih kuat berbanding dari masa mula2 dlu.... Namun segala beban ditanggung, tiada siapa yg mampu junjung. Tak sama ditelan, tak sama dirasa. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. MasyaALLAH - klu lah wanita ni di depan MakLady skrg, nak rasanya mendakap erat persis dakapan seorang ibu meredakan hati anaknya. Maybe sebab MakLady seorang ibu, maka tak keterlaluan utk turut sama merasa beban yang ditanggung wlupn x mungkin terubat. Skurang kurangnya, dpt ringankan sengsara. Kongsi bersama ruang sepi... 

Dengan HIKMAHNYA jugak la akan diberi kpd mereka yang menerima ujian ini dengan redha dan tabah. 

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun." 
(Hadis riwayat Imam Tirmizi). 

Kesimpulan Hadis: 
1- Sabar menghadapi cubaan boleh menghapuskan segala dosa. 
2- Cubaan yang paling dahsyat adalah cubaan yang dihadapi oleh para nabi kemudian orang-orang soleh seterusnya ke bawah secara berturut-turut

Lazimnya, bila dugaan/ujian ALLAH yg dihadapi rasanya tak tertanggung oleh kita...Klu kita kata kita amat sedih, sudah hati, kecewa, terluka, tertekan, merana bila berlaku ssuatu musibah, kita jangan lupa bahawa ADE INSAN LAIN yang alami lebih dasyat dari kita. Itulah hakikatnya....

Doa buat Puan Sofia : 
Ya ALLAH , Kau Berikan lah Kekuatan buat Sofia, dalam mengharungi dugaanMu,Ya Allah. 
Kau Limpahkan lah KeberkatanMu Ya ALLAH agar dirinya sentiasa tenang harungi Ujian Mu..
* mohon izin Puan Sofia dgn menghalalkan bingkisan ikhlas dari MakLady ... *
AL FATIHAH buat allahyarham Mohd Syukri bin Ahmad


Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]