Inilah Novel terbitan Karya Seni yang di realisasikan dalam bentuk drama Kerana Terpaksa Aku Relakan. CREDIT - Karya Seni & TV3 Slot Akasia |
Tak sabar rasanya jumpa Indah dan Tajul Razin!
InsyaAllah ... drama slot Akasia di TV3 kali ni,
Kerana Terpaksa Aku Relakan
- yang tengah Hangat meletop Top Top akan bersambung...
Ramai pasti menanti ...eposid seterusnya
MakLady, kira peminat setia KTAR tak pernah terlepas sejak mula ditayangkan.
Thanks to Tonton.com sebab walaupun siaran pukul 7malam - semasa umat Islam tengah sibuk berbuka puasa - MakLady akan sambung tengok di waktu yang sesuai. Makin hari makin best plak cerita ni. Rasanya ramai yang minat dengan drama slot Akasia kali ni. Tambah pula sekarang ni dah tahap konflik melanda.... Bagi yang mengikutinya, pasti berdebar nak tahu apa yang bakal berlaku bila Indah terima email yang merobek hatinya. (dari episod sebelum ni..) Apa pulak kerenah yang Zin lakukan pada Indah... Cian Indah Harlina, walaupun dia sayang pada Zin, Fahin lebih berani bertindak!
Hmm...mungkin bagi anda yang tak penah ikut KTAR ...
(alahaiii RUGI! mmg RUGI :)
mungkin tak faham apa yang MakLady cakapkan ...
so boleh lah baca sinopsis Kerana Terpaksa Aku Relakan
... mengisahkan kehidupan Indah Harlina yang tidak seindah namanya. Kepercayaan seorang ayah hilang angkara fitnah dan rancangan mak dan kakak tirinya. Sekaligus merubah kehidupannya dalam sekelip mata. Dirinya umpama sebatang kara, tiada siapa mempercayainya lagi. Pertemuan yang tidak diduga Dato' Sofiya membantu Indah yang sudah hilang hala tuju. Pertemuan yang tidak dirancang dengan Dato' Sofiya adalalah satu anugerah yang tidak ternilai. Indah bekerja dengan Dato' Sofiya sebagai PA dan Dato' Sofiya menganggap Indah sebagai Angel dalam hidupnya.
Dato' Sofiya memberi kasih sayang dan membaluti kemewahan seperti anaknya sendiri. Dato' Sofiya mempunyai 3 orang anak lelaki. Tajul Razin, Tajul Fahin dan Tajul Zahin. Anak sulung Dato' Sofiya menerajui perniagaan arwah suami Dato' Sofiya. Tajul Razin seorang anak yang taat pada orang tuanya. Bagi dirinya Mama dan adik2nya sahaja dalam hidupnya. Kehadiran Indah dalam keluarganya mengubah dirinya. Walaupun di awal pertemuan hubungannya tak berjalan dengan lancar. Bibit cinta lahir dari hari ke hari hingga menjadi kembang dan subur.
Kehadiran Tajul Fahin anak kedua Dato' Sofiya datang ingin merebut cinta Indah dari Tajul Razin. Di saat Tajul Razin memberitahu hasratnya ingin memiliki Indah, Dato' Sofiya menyuruh Tajul Razin mengundur diri dan memberi peluang pada Tajul Fahin memiliki Indah kerana perubahan yang ditunjukkan oleh Tajul Fahin menjadi 'orang'. Demi mama dan adiknya untuk berubah, Tajul Razin terpaksa dan tanpa rela melepaskan Indah pada adiknya Tajul Fahin. Tajul Razin memendam rasa dan berpura2 kuat bila berdepan dengan mama dan adiknya. Indah sedih dengan tindakan Tajul Razin membiarkan dirinya dan memberi peluang Tajul Fahin rapat dan ambil berat ke atas dirinya.
Dalam kekalutan dan kekeliruan Indah, Saiful bekas tunangnya pula datang, ini membuatkan hidup Indah lebih huru-hara. Setelah pelbagai peristiwa yang berlaku Tajul Fahin nekad untuk mengembalikan Indah pada abangnya, bagi Tajul Fahin cinta abangnya suci dan ikhlas. Sehari selepas majlis akad nikah Indah menjadi keliru dengan tindakan Tajul Razin, dia melarikan diri untuk mencari ketenangan. Di situlah dia berjumpa dengan Tajul Zahin. Tajul Zahin menceritakan kenapa dan mengapa Tajul Razin membuat tindakan begitu. Perbuatan keji mak dan kakak tirinya cemburu dan dengki tak pernah padam. Di saat Indah baru mengharungi erti kebahagiaan Indah kemalangan dan koma. Doktor mengesahkan Indah mengandung. Yazid, mak dan kakak tirinya menerima balasan setimpal. Tajul Razin dan Indah akhirnya bahagia setelah mengharungi pelbagai dugaan yang menghampirinya.
No comments:
Post a Comment