Semasa MakLady menonton pasukan kesayangan Germany beraksi di Piala Dunia tempohari, tetiba dikejutkan berita Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar telah kembali kerahmatullah pada jam 1.32 pagi di sebuah hospital swasta akibat jangkitan paru paru ketika berusia 61 tahun. AL FATIHAH. Moga roh arwah sentiasa dipelihara dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.
Di fahamkan arwah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sehari sebelum itu, telah disahkan menghidap fibrosis paru-paru sejak dua tahun lepas. Arwah di bawa ke hospital oleh anak lelaki tunggal Alif Omar Ali, setelah menghadapi kesukaran bernafas.
Konsultan Pakar Respiratori Datuk Dr Zainuddin Md Zain yang merawat beliau berkata situasi itu jarang berlaku dan menyebabkan paru paru hilang kekenyalan atau berparut akibat penebalan tisu perantara.
MasyaAllah .. begitu berat dugaan yang di tanggung arwah namun tiada siapa yang tahu, termasuk peminat dan rakan2 artis. Sejurus pemergian arwah di bulan Ramadan adalah RahmatNya keatas hambaNya yang telah berkorban masa, tenaga dalam bidang seni. Jasa mu di kenang sepanjang hayat.
Sesungguhnya, arwah Dato Sharifah Aini telah dinobatkan sebagai Biduanita Negara sebagai gelaran tertinggi negara terhadap pengiat seni wanita untuk menghargai sumbangannya dalam bidang nyanyian dan murtabatkan muzik rakyat dan negara. Penyanyi era 70'an yang telah merekodkan beratus ratus lagu dan juga album mengatasi penyanyi tanahair sepanjang zaman. Arwah yang memulakan kerjaya sebagai penyanyi setelah memenangi Pertandingan Juara Bintang RTS (Radio Televisyen Singapura) menerusi lagu "Tiga Malam" pada 1968, telah diberi gelaran "DATUK' daripada Kerajaan Persekutuan atas sumbangan bakti yang dilaburkan demi industri musik.
No comments:
Post a Comment