Assalamualaikum
ABIL FITRI AHMAD
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN
mu pada 28/1 yakni semalam...
Photo: dari blog Abil Mohon Izin tampal kat sini.. |
Sebelum tu, MakLady nak menyusun jari memohon maaf kepada Abil kerana terlewat sehari utk kasi ucap selamat. (sebenarnya bday Abil semalam) Tapi memandangkan terlalu ramai yang kasi ucap selamat kat blog dan kesian plak MakLady tengok Abil, terkebel2 nanti nak balas satu satu, mesej ucap selamat, maka MakLady take the risk to deliver my speech kat my own blog... haaa amacam? idea yang bernas tak??
ha ha ha..
( sebenarnya MakLady nak abadikan ucapan kat blog sebagai tanda hormat dan hargai setiap kebaikan yang Abil bawa dalam kehidupan MakLady semenjak mengenali blog Warkah Buat Isteri)
Sebagai tanda TerimaKasih MakLady ini, terimalah bingkisan ikhlas sempena ulangtahun Abil. Tak kesah lah Saudara Abil kita ni baca ke tak! Janji hajat MakLady nak ucap selamat buat seorang insan yang MakLady hanya kenal dari jauh ni, tidak disalah erti oleh Abil maupun peminat2 setia beliau. :)
Saudara Abil, terima kasih berkongsi segala kenangan bersama Arwah Gee dengan pembaca semua. Terimakasih kerana mengabadikan segalanya di dalm blog Warkah Buat Isteri.
Sempena Hari Ulangtahun kelahiran mu, izinkan MakLady mengabadikan ucapan ikhlas ini, buat insan yang telah membuka minda dan perasaan insan lain. Tiada apa lagi dugaan sehebat yang pernah kita lalui yang mampu untuk menghapuskan rasa syukur atas segala hikmah ALLAH terhadap hambaNya.
~## ## ## ##~
.. Happy Birthday ! Selamat Ulangtahun ....Abil Fikri Ahmad !
Kita sama sama lahir bulan January cuma tarikh je lain lain :) he he he
Apa yang MakLady harap moga hari ini membawa aura kegembiraan dihati Saudara Abil walaupun kehadiran insan yang Abil kasihi tidak merayai nya bersama tapi insyaALLAH, Arwah Fauziah pasti tetap berada di hati Abil.- Al fatihah buat Gee
Seribu satu kata yang ingin MakLady ucapkan dan berkongsi dengan saudara Abil namun hanya ALLAH yang dapat menyampaikan dalam RahmatNya. Moga tahun ini membawa kebahgian dan dilimpahkan rezeki yang diberkatiNya selalu.
Tiada lagi kata kata yang teindah yang mampu saya catitkan di sini, melainkan Segalanya telah pun diberikan oleh mereka di luar sana yang mengkagumi ketabahan dan keredhaan hati Saudara Abil mengharungi pahit manis sepanjang kehidupan di muka bumi ALLAH ini. MakLady turut mendoakan semua kebaikan.
InsyaALLAH, dipohon agar Saudara Abil sentiasa ceria dan bahagia menjalani kehidupan seterusnya. Diberi kesihatan dan kehidupan yang baik. Dimurah kan rezeki dan sentiasa diberi kerberkatan dunia dan akhirat.
Insyaallah .. selamat ulangtahun Abil :))
Aminn..tqqqqq MakLady, sangat2 saya hargai dengan penghargaan ini, terasa sangat malu bila ada kawan2 yg wish Bday saya gini..Terima kasih sangat2 pada MakLady..tq tq tq
ReplyDeletesyukuralhamdulillah... abil baca entry MakLady..
Deletealhamdulillah krn semua ini..
tkasih kembali abil. malu la plak maklady rasa sbb abil sudi singgah ke blog maklady yang tak seberapa ni.. x la sehebat abil punya blog...ye tak :))
anyway tkasih sgt2.. :) jgn lupa doakan yg terbaik .
Blog kita semua ni adalah sama jea Maklady oii...sama sama kita doa yg terbaik dunia akhirat..InsyALLAH.
ReplyDeleteSama..tpi tak pernah serupa :)
DeleteAmmeeennn . tqqqqq abil.