Salam Sejahtera SEMUA :)
Selamat Berhari Minggu
Petang2 Ahad ni ~
apa kata kita rehatkan minda sambil baca entry utk segmen Oh LELAKI
Sambil meneroka dunia Oh Lelaki ~ kaum ADAM ~
MakLady ni bukan la pakar dlm mengkaji ...
cuma berdasarkan pembacaan dan pengalaman kawan2
maka izinkan Maklady share sedikit info mengenai tabiat buruk
org Lelaki yang paling tidak digemari oleh kaum Hawa..
Mungkin dengan cara mengenalpasti Perangai Negatif Lelaki,
boleh membantu kita, menyedarkan pasangan kita dalam situasi tertentu. Mana la tau..mungkin ada ada TIP-TIP yang boleh dikongsi sama - agar sifat yang tidak disukai oleh wanita ni dapat kenalpasti dan seterusnya diatasi bersama... (Mungkin ada pada pasangan ANDA...) Jom kita intai intai ~ 4G yg tidak disenangi oleh wanita:
Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau muda lawa, mulalah pasang niat nak mengorat. Dorg ni (Lelaki) tak sedar bahwa kadangkala perempuan berpura2 melayan. Sebab ada udang sebalik batu. Ada ramai wanita kat luar sana, bermata materialistik dan cintakan duit dorg je.
TIPS UTK LELAKI : Cuba fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang anda kenal terlebih dulu. Kalau dah lama bersama pasti pasangan anda sayang anda sepenuh hati! Adalah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda. Bagi Anda yg bujang tapi dah ada teman, baik concentrate aje dgn pasangan anda dan berusaha utk kukuhkan hubungan. Pasang azam utk setia dan menikahi pasangan anda, kan lebih afdal... (sbb skrg bukan muhrim lagi...:)
2. GANAS - kaki pukul. Panas baran. Suka naik tangan.
Biasanya lelaki jenis ni hanya berani dengan perempuan sahaja. Saja nak tunjuk kuat atau berkuasa. Lelaki bersikap ganas selalu menjadi sikap utama yg dijauhi wanita yang bijak. Takut nanti bila dah sedap belasah - nnti jadi punching bag plak bila dah berkahwin. Sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam maka si lelaki ini harus dijauhi.
TIPS UTK LELAKIi: Wanita insan yang lemah. Tidakkah anda pikir anda bukan nya KUAT tapi PONDAN atau BAPUK sebab hanya mampu tunjukkan KUAT anda pada kaum yg lebih lemah dari anda? Kalau dah rasa diri anda sgt KUAT dan GANAS - apa kata anda cari lawan anda yang sesuai. ORANG LELAKI JUGA! Baru la best. Anda kena ingat, Wanita ni amanat Allah pada kaum Adam. Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita, bukan berkasar dan bersikap ganas terhadap mereka - ikut sesuka hati anda!!
3. GARANG - bengis , garang termasuklah panas baran, suka cakap kasar, suka mencarut, suka marah2, tak bertempat, pantang silap sikit je, dah cari gaduh.
Mereka ni selalunya ada masalah dalaman. Sukar kawal perasaan. Selalu fikir diri mereka saje yg betul semua. Kalau dia salah pun dia akan kata dia betul. Pasangan dia yang bersalah. Yang pasti, Lelaki Jenis ni tak suka org membantah tindakan nya. Kalau ada yang melawan pasti dia akan naik angin. Mula la dia " naik angin"
Tips Utk LELAKI: Anda perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut. Kena la control sikap baran dan ingat! wanita bukan dilahirkan utk menerima sikap bengis dan panas baran anda~! Bayangkan klu ibu anda dikasar begini...mcm mana? 4. Tak GENTLEMAN langsung?? Jauh sekali - Mungkin ada yg tak berSIkap begini. Malah "gentle" mmg takde dlm kamus hidup lelaki ni. Sikap gentle ni sinonim dgn sikap yang diminati wanita kerana ianya nampak sifat KELELAKIAN sebenar. Bukan sekadar Pentingkan diri sendiri.
Rata rata lelaki ni , tak GENTLE - tak tahu nak hargai wanita. Tak pandai nak letakkan wanita itu, ditempat yang sepatutnya. Sebaliknya Mereka hanya pentingkan diri sendiri! Suka amik kesempatan dan tak tahu nak letakkan diri dia sebagai LELAKI. Kalau korg berkawan dgn lelaki sebegini, tambah masa bercinta dah tunjuk sikap mcm ni...besar kemungkinan - sukar utk jadi suami yang menghargai anda sebgai pasangan, tambah2 lagi setelah berkahwin.
Tips utk LELAKI: Sikap gentleman ni perlu ada - sebab sebgai lelaki dia kena menghargai wanita. Kena tau nk hormat wanita. Gentleman tu bukan bermakna anda kena lemah lembut, sopan santun, tapi cukup sekadar menunjukkan anda amat menghargai dan caring pada pasangan. Klu masa bercinta anda tak tunjukkan sikap caring gini, masa kan anda mampu melakukan bila dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.
Dan Lelaki pulak? Patut juga kaji sendiri - dan fahami ... apa yang WANITA inginkan....
dalam memilih SIAPA pasangan yg sesuai.....
Namun LADIES: Jangan lupa utk Kenali sikap & sifat BURUK dia sama, sebelum kita mengenali dan menerima kebaikan dia dalam hidup kita. Kalau kita boleh terima KEBAIKAN diri dia - kita juga PERLU menerima KEBURUKANnya jika kita Redha utk bersama nya.
From the Desk of MakLady :
Renung2kan...moga bahagia sentiasa bersama kita ;) aminnnn....
*Pendapat dan pandangan diatas sekadar PANDUAN - tidak kena mengena dengan sesiapa pun, baik yang hidup maupn yang sudah meninggal dunia.*
Sekian. Wasalam ;)
No comments:
Post a Comment