WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady

Sunday, January 13, 2013

Kuliah Ustaz Azhar Idrus : Maulidul Rasul

Alhamdulillah
Syukur ke hadrat Allah swt kerana telah mengizinkan MakLady serta anak2
utk turut sama ke Majlis Kuliah oleh Ustaz Azhar Idrus yg berlantaikan 
rumput di padang bola AU2 dan bersaksikan langit luas terbentang 
dengan bintang bertaburan..Indah suasana majlis dibuatnya.
dengan kehadiran BERIBU umat Muslim & Muslimah

Majlis yg berlangsung pd hari Ahad (13/1/2013), langsung tidak
menghalang org ramai utk berkumpul. Selesai solat maghrib kami
anak beranak terus ke sana. Pun sudah ramai org - seperti biasa
kat mana ada majlis pasti ada yang mengambil kesempatan berniaga.
Dah rupa mcm pasar malam plak bila tiba di perkarangan majlis.
Cuma harap jangan ada yang berniaga utk kaya satu malam, sudah~!

Lautan manusia di atas padang pun tidak menghalang setengah dari
hadirin untuk bersolat Isyak apabila waktu nya. Selesai bersolat, kami
menanti dengan penuh sabar kelibat Ustaz Azhar Idrus. Alhamdulillah
beliau hadir dengan membawa ilmu tentang kesah bala tentera gajah
yang diarahkan utk merobohkan Kaabah di Mekah. Bagaimana beza
nya pemimpin dahulu dengan skarang. Jelas diceritakan semula kisah
tentang peristiwa yg berlaku sebelum Nabi diputerakan. Maka itulah
yg kita tahu...bahwa sebelum masihi Tahun Gajah, Rasulullah
dilahirkan. Sebagai Nabi yg paling istimewa sbb ALLAH jadikan
bumi ini utk Nabi sempurnakan dengan ajaran AlQuran dan Islam.

Rasulullah terakhir bagi umat Muhammad - menerima agama Islam
serta menyebarkan dakwah ke atas umat sekelian agar tidak sesat
akidah nya. Alhamdulillah .. sehingga kini, amalan dan ajaran yang
Rasulullah terima dan disampaikan kpd kita MASIH menjadi
panduan dan amalan. Moga dengan kuliah sebegini mampu utk kita
memperbaiki diri maupun menambahkan ilmu Agama dengan lebih
baik...Sama2lah kita berdoa agar kita diberkati Allah selalu. Amin.

















MakLady rasa begitu la harapan hadiran yg datang mlm tadi. Niat
yang sama. Malah ada yang bawa anak kecil. Penuh padang bola tu!
Menurut Ustaz Azhar .... kami yg hadir , dianggarkan lebih kurang
"300 org ramai nya,  mcm stadium semalam..." cakap beliau dlm
loghat Terengganu.. ha ha ha..pandai sungguh uztaz berjenaka....
slamber je, buat hadirin ketawa sejenak dengan telatah beliau. 

Apa apa pun puas hati dapat jumpa ustaz LIVE sambil dapat ilmu
dari ceramah beliau sempena Maulidul Rasul. Segala penerangan 
kini jelas mengenai beberapa isu. Seblum bersurai majlis, ustaz
sempat juga menjawap soalan para hadirin yang juga memberi kita
kefahaman lebih jelas tentang pemasalahan tersebut.

















Yang best nya...
seperti biasa Ustaz selikkan HUMOR dalam ceramah. Tu yg istimewa
tentang Ustaz Azhar Idrus. Moga ilmu yg disampaikan kekal dan
diamalkan dalam sanubari kita semua yang hadir... InsyaALLAH

From the desk of MakLady : Lepas ni teringin nak pi dengar kuliah 
Ustaz Don plak....  :)) amacam? sape nk ikut.....?

1 comment:

  1. Suka ustaz azhar juga. Jawapan2 dan contoh2 yg diberikan jelas dan terang. Mudah nak faham.

    ReplyDelete

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]