.Assalamualaikum Semua !
Alhamdulillah... OKTOBER 2014 datang lagi..
Bermula pada 10 Zulhijjah, bersamaan 5 Oktober lalu, Umat Islam seluruh dunia telah sambut Aidil Adha. Selain dari tetamu Allah, yakni jemaah Haji di Mekah, kita di tahanair pun turut mengambil kesempatan meraikan hari raya Adha dengan ibadah Qurban. Hasil Qurban diagih-agihkan kepada yang berhak. Semua mesjid dan surau meriah dengan majlis keagamaan. Berkat dan rahmat dariNya dapat dirasakan. Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar.
Syukoralhamdulillah dengan Rezeki yang Allah kurniakan kepada keluarga MakLady. Kerana di bulan ini juga, merupakah tarikh yang penting bagi MakLady. Masih bercakap pasal korban, Rasanya pengorbanan sebenar bermula dari kita. Bermula dengan amalan kita.
Begitu sinonim dengan bulan penuh rahmat ini, Maklady nak share dengan anda tentang satu lagi jenis pengorbanan. Mungkin Pengorbanan ini - tidak lah sehebat pengorbanan Nabi Ibrahim dan anakanda baginda terhadap perintah Allah s.w.t tetapi, sekurang-kurangnya ianya secebis dari pengajaran dari pengorbanan itu, sudah cukup untuk diambil iktibar dan dikongsi bersama. Mungkin berlainan konsep tapi masih merupakan ibadah yang diamanatkan kepada kita oleh Allah s.w.t. (khasnya kepada kaum Hawa)
Sesungguhnya pengorbanan yang MakLady maksudkan ini, melibatkan kasih sayang. Pengorbanan yang tiada penghujung. Pengorbanan yang berlaku tanpa dipaksa. Lahir dari naluri seorang insan bergelar IBUBAPA. Itulah pengorbanan yang cukup bermakna untuk dikongsikan bersama dari Awal hingga Akhir.
Seperti pengorbanan tanda kasih pada amanat ALLAH, ianya dirasakan sebagai satu pengorbanan berupa tanggungjawab keatas perintah ALLAH s.w.t. Kerana Rezeki yang diberi Nya ini datang bersama sebuah pengalaman yang terhebat. Lantas, mengingatkan kita bahawa pengorbanan bukan kepada insan tersayang yang dekat pada kita tapi juga pengorbanan dari bentuk kasih sayang yang tulus ikhlas dan tidak pernah terbelah bagi kepada ALLAH s.w.t harus diutamakan.
Photo : Google sekadar hiasan Harap Maklum |
ALLAHUAKHBAR.
No comments:
Post a Comment