WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady

Thursday, July 24, 2014

MH17 : Jenazah di bawa pulang

MH17 : Perjalanan Pulang.
Amsterdam, Holland.

Jenazah mangsa MH17 bakal dibawa pulang ke negara asal mulai hari ini.

Pendaratan pesawat tentera, bersama 40 keranda yang tiba dari Ukraine memulakan upacara penghormatan pertama sejak tragedi yang meragut 298 penumpang dan anak kapal genap seminggu lalu.

Sebaik sahaja keranda pertama dikeluarkan dari pesawat, suasana pilu dan sepi menyelebungi Lapangan Terbang Tentera Eindhoven di Holland itu. Sepi sayu. Hanya kedengaran bunyi kibaran bendera separuh tiang, bertiup seolah memberi tabik hormat..

Keluarga dan waris berada di sana untuk mengiringi jenazah terutama warga Belanda yang majoriti rakyat nya berada dalam pesawat MH17 ketika ditembak jatuh.

Turut bersama mereka adalah kerabat Di Raja Belanda, Raja Williem Alexander dan Pemaisuri Maxima. Seluruh dunia turut berkabung dengan peristiwa malang dalam sejarah penerbangan Malaysia selepas MH370 ini.

Malah wakil kenamaan dari luar negara termasuk Perdana Menteri, Mark Rutte turut hadir memberi penghormatan sebelum jenazah mangsa dibawa untuk proses pengenalian identiti mangsa oleh pakar forensik. Difahamkan, hanya selepas ini baru jenazah akan diserahkan kepada waris dan keluarga untuk disempurnakan.

Kerajaan Belanda juga menyistiharkan hari ini sebagai Cuti Peringatan Negara - BERKABUNG tanda hormat dan sayu mengenang peristiwa hitam yang menimpa penumpang MH17 termasuk 193 warga Belanda yang terkorban. Pesawat malang itu berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17hb Julai lalu namun menamatkan perjalanan di sebuah daerah yang bergolak di Ukraine. Malang bagi MH17 atas takdir bila,  berada di tempat dan masa yang SALAH.

Sementara di Malaysia :
Kami rakyat Malaysia turut berduka atas kehilangan warga MH17 dan penumpang. Keluarga dan sahabat masih bersedih atas dugaan ini. Namun, hidup harus diteruskan. Kami, as MALAYSIAN tetap percaya pada keharmonian sejagat,  mengutuk dengan keras tindakan mereka yang menembak jatuh pengangkutan awam atas nama sengketa. Sedangkan perkara sedemikian telah menglibatkan nyawa insan yang tak berdosa !

Namun, kehilangan kami tidak mampu dibayar kerana nyawa yang hilang tidak mungkin ada galang ganti nya...

Kami tetap menanti di sini. Redha menyambut kepulangan insan terpilih - MH17 dalam kenangan.

No comments:

Post a Comment

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]