WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady

Wednesday, July 23, 2014

17 Julai : MH17 terhempas. MH370 Masih Hilang !

Hampir Seminggu lalu....
Sekali Lagi....
Negara dan seluruh dunia berkabung. 

Salam Takziah dan AL Fatihah bagi mengenang MH17 dan para penumpang yang terkorban dalam kejadian pada malam 17hb Julai lalu. 
Tak de siapa antara kita yang menduga.
Tragis melibatkan pesawat MAS sekali lagi,
merobek hati insan tersayang sekaligus
 mengheret konflik perang antara 2 kuasa.
Ketika rakyat Malaysia dan seluruh dunia, masih tidak mampu untuk memikirkan nasib mangsa MH370, kita diuji pula dengan tragedi MH17. Secara jujur nya, ML percaya, ramai yang masih trauma sejak MH370 "hilang". Kini, ditambah pula dengan rasa yang bercampur haru-biru, takkala menerima berita di malam kejadian. ML masih berpinga2 dengan apa yang berlaku. Kalau boleh, ML ingin saja SEMUA INI adalah Mimpi semata mata. Terlalu sayu untuk membawa diri dalam situasi sehebat ini lagi rasanya. Sesungguhnya, segala kedukaan yang dirasai dalam sehari dua ini, sejak berita kematian demi kematian diterima. ML tidak mampu menzahirkan rasa sedih dan kata2 dengan apa yang berlaku. Apa ntah lagi ahli keluarga mangsa.....?? Tak dapat ML bayangkan...... :(( bagaimana perasaan ahli keluarga mangsa yang terpaksa lalui semua ini? Ya ALLAH, KAU MAHA MENGETAHUI....

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kehilangan ahli keluarga dan sahabat, bukan sesuatu yang mampu ditanggung atau dilenyapkan dalam sekelip mata. Malah setiap insan yang ditinggalkan, akan sentiasa mengalami kemurungan dalam mengenang mereka yang terkorban dengan cara mereka tersendiri. Rasa sedih? itu sudah pasti namun ANDA tidak bersendrian....  

Ketika mendapat tahu tentang MH17 pada malam Jumaat itu, ML langsung terfikirkan nasib penumpang dari rakyat Malaysia dan kakitangan MAS yang berada di awan biru bertugas. Walaupun ML tidak mengenali mereka ini secara dekat tapi sebgai MALAYSIAN - ML bersimpati dan  tetap memberi sokongan kepada ahli keluarga, rakan, sahabat, kenalan kerja, teman rapat crew MAS dan rakyat Malaysia yang berada di tempat dan masa yang SALAH pada petang yang malang itu. 

 My deepest sympathy also goes to the family and friends of ALL (foreigners) passengers onboard MH17. Sebagai tanda sokongan moral dan emosi dengan apa yang berlaku, kepada pembaca ML, ingin disarankan agar kalian sedekah kan doa dan tafakul untuk crew dan penumpang MH17.  Walaupun sekadar ucap Takziah kepada mereka yang tercalit dengan kejadian malang ini, sekurang-kurangnya mampu memberi kekuatan untuk mereka teruskan kehidupan.

Sehingga kini, perkembangan rundingan antara kerajaan dengan pihak di sana tu, masih berjalan. Penglibatan kerajaan Malaysia dan negara yang berkepentingan, untuk membawa pulang mayat mangsa ke negara masing2 amat diharapkn. Sebagai yang beragama Islam, kematian itu PASTI dan menerima dugaan ini dengan redha disamping menyempurnakan jasad dengan segara diharuskan. Oleh itu, marilah kita mendoakan agar segala usaha dipermudahkanNya. Aaminnn....

*Kepada jenazah rakyat Malaysia dan yang beragama Islam, disertakaan doa dan AL FATIHAH. 

No comments:

Post a Comment

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]