Iklan untuk Drama Aku Isterinya - Slot Akasia TV3 (Ikhsan dari penerbit & TV3) |
Dah lama juga MakLady tak menulis perihal drama.
Masih tentang Slot kegemaran ramai. AKASIA di TV3.
Sapa tengok drama Aku Isterinya ? Angkat tangan tinggi tinggi....
(bayangkan macam cikgu tanya soalan yang kita tahu jawapan nya...)
Saaaayyyyaaaaaaaaaa cikguuu...!! sayaaaaa cikgu!! kaedahnya...
Oh yeaa... sebelum MakLady terlupa... SELAMAT HARI GURU kepada semua cikgu2 yang sedang baca blog ML ni yerr :))
OK - enuf dgn iklan MakLady.. :) kita sambung semula baca ....
Bagi peminat drama Akasia kali ini, sinopsis drama Aku Isterinya ini, mengisahkan kehidupan seorang gadis kampong yang kehilangan kasih sayang ibu bapa dijaga oleh nenek di kampong. Namun terpaksa mengharungi hidup yang perit lagi hitam setelah diperdaya oleh orang yang sepatutnya menjaga nya. Mya difitnah hingga kasih nya dikianati oleh Shamil, buah hati sejak di bangku sekolah.
Tidak cukup dengan itu, Mya terjerumus di kancah kehidupan yang tidak terduga. Di Kuala Lumpur, Mya bertemu dengan seorang lelaki muda yang kaya yang menebus Mya dan menjadi Mya hak Mikail sepenuhnya. Dipendekkan cerita, mereka bernikah tanpa pengetahuan lain namun Mikail tidak melayan nya seperti seorang isteri yang seharusnya. Hidup Mya sekadar penyeri rumah dan membantu mengurus hidup harian Mikail selepas itu.
Namun selepas tinggal bersama, timbul rasa sayang yang mendalam pada diri Mikail terhadap Mya. Tetapi kebahgian mereka tidak lama setelah keluarga Mikail mula mendesak akan hubungan itu dileraikan, kerana tidak sanggup menghadapi kenyataan tentang sejarah silam Mya.
Apakah kesudahan cerita Mikail dan Mya selanjutnya? Masih menjadi tanda tanya. Sebab MakLady tak sempat nak baca novel asal - AKU BUKAN MISTRESS oleh penulis nya Acik Lana (bukan Lana pelakon tu tau... no! no!..) Tambah excited pulak sekarang ni, bila Mya disahkan mengandung. Datin dan si minah gedik sepupu Mikail tu plak (malas nak ingat nama sebab benci watak tu..*maaf terEmo plak ..* Biasa lah kalau watak wanita Antagonist ni. Kalau tak garang dan ganas memang tak sah!!! Bikin orang meluat membuak2 uolz..
So , lepas episod arini, pasti ramai yang mternanti2 , apa kesudahan cerita ini? Apa tindakan Shamil untuk mendapatkan Mya semula. Apa jadi pada Adam dan si minah gedik tu? .. Semua nak tahu Ending cerita... betul tak? Tapi sebelum tu, apa kata kita lepak dulu dengan .....
CERITA DI BELAKANG TABIR : Bukan apa, sejak drama ini ditayangkan mcm2 cerita MakLady dengar mengenai kontroversi tercetus! termasuk - mengenai pengarah yang tak puashati tapi REDHA dengan arahan pihak KDN dan mereka di sana tentang tajuk asal drama ini sendiri.
Kecoh kejap ..lepas tu surut. Biasalah kan... dunia drama dan artis memang full of story mory. Banyak pulak la yang kontroversi nya. Ada yang besar ada yang kecil. Ada yang sampai nak samam menyaman pun ada....
Hhmmmm... macam2 adaaaaa...
Anyway, itulah dia Aku Isterinya punya cerita. Bukan saja peminat disajikan dengan cerita yang amat menyentuh kalbu. Mengajar kita tentang dunia yang memang ada realitinya. Kalau tak masakan, drama yang sedia ada selalu mencerminkan kejadian sebenar maupun yang terjadi dalam kehidupan masyarakat kita. Baik dari dulu hingga lah sekarang ni. Termasuklah juga drama diluar set maupun di dalam set.
Bercakap lagi pasal "drama" tercetus di luar drama. Khabarnya pulak, drama Aku Isterinya tidak terkecuali. Dah macam berhantu dengan tajuk baru ini, kontroversi yang panas berlaku ada kaitan dengan isteri pelakon utama itu sendiri. Betul ke idok? MakLady pun malas nak huraikan kat sini. Tapi apa yang nyata, kisah mereka yang terlibat bergaduh dalam set penggambaran bukan asing. Dah banyak kali berlaku. Bukan setakat cemburu, salah faham, tidak hormat orang keliling, merasa diri dah Diva, tidak tahu nak bawa diri dan lupa diri menjadi penyebab tercetusnya drama dan KONTROVERSI tersebut.
Diharap kisah bergaduh di set drama AKU ISTERINYA ini, menjadi ikhtibar semua. Kepada Mereka ini (pelakon utama: si hero & heroin nya) usah la dipanjang2kan. Sebab industri seni tanahair khususnya penerbitan filem dan drama kita ni kecik jer.. Pusing2 kita jumpa balik. Jangan lah kerana sikap tidak profesional kita atau rasa tidak puashati tu di bawa ke set. Bawa lah berbincang yerrr...
Dan tak lupa juga: Untuk pasangan kepada artis2 ataupun pelakon2 di masa akan datang, MakLady selaku peminat drama tanahair, berharap kalian menghormati situasi. Kalau rasa tak boleh terima aksi dalam drama yang dilakonkan oleh teman kalian, jangan lah datang ke lokasi set penggambaran. Tunggu saja drama keluar kat TV maupun layar perak. Habis cerita. Jangan nanti orang chop awak ! LEBIH KUAH DARI SUDU pulak.... (kalau makan nasi kandar kuah lebih tak per laaa.... isssskk terasa lapar la pulak uolz :))
Oklah. MakLady minta diri. Apa yg kurang terlebih harap di maafin yer. Assalamualaikum :))
No comments:
Post a Comment