Selamat Petang SEMUA!
Kepada peminat SHN khasnya:
Dah ready ke nak RINDU kat drama & para pemegang watak dalam Setia Hujung Nyawa ni?
Dah prepare ke nak RINDU dengan sweet & cute couple Zain & Erlina?

Jangan Lupa Malam ni - jam 7mlm di TV3 slot Akasia akan bermula Episod akhir (28 episod semuanya)
Apa kesudahan nya kesetiaan Zain & kesabaran Erlina mengharungi berbagai dugaan.... Apa plak jadi pada KakBedah ?? Takde lagi telatah Ikram menagih cinta Erlina...
Apa jadi dengan kawan baik Erlina dan si pompuan gedik yang Hady gunakan utk berkomplot? Apa akan berlaku terhadap keluarga dan ibu Zain?
SEMUAnya nanti akan terjawab.....
Apa apa pun jom sama2 tengok episod AKHIR malam ni ~
Yang paling penting MakLady NAK TAHU apa jadi kat Hady lepas ni.... adusshh sape yg tengok drama ni pasti tak suka dengan si Hady. Kerana nak goda isteri kawan baik sanggup buat apa saja termasuk kianati kawan...
Hmmm im sure, Uol agaknya tertanya2 sendiri!... APASAL laa MakLady ni suka tengok cerita mcam ni. Apa yang menarik sangat tentang drama SHN ni?? Kalau tak kerana pelakun dia, mesti pasal jalan cerita dia kot. Sebab tu, drama ni menjadi ikutan ramai viewers. Dengar cerita hampir 3 juta org ~!!
Fenomena yang setanding drama sebelum ni.... like Adam & Hawa dan Nur Elina. Watak watak yang dibawa mampu memberi pengajaran kepada kita semua Yerrr...Setia Hujung Nyawa - sedikit sebanyak mengajar kita untuk: (pengajaran yang boleh kita dapat dalam SHN)
1. Menerima segala TAKDIR yang ALLAH beri dengan redha. Tabah dan Kuat harus harungi!
2. Setiap kita ada buat salah di dlm hidup kita. Belajar dari kesilapan. Jangan ulangi. Dan Sanggup menerima kesilapan orang lain sebagai dugaan hidup yang harus kita lalui walaupun pahit.
3. Jangan mudah percaya orang melainkan diri kita sendiri. Kepercayaan ada hadnya.
4. Perkara peribadi terutama hal ehwal rumahtangga jangan dikongsi sesama kekawan maupun kawan baik.
5. Kita harus bertanggungjawap kepada pasangan bila berlaku kepincangan. Jangan bertindak mengikut hati.
6 Jangan suka aniaya orang - sebab ALLAH akan balas segala kejahatan berlipat ganda. Nahas kita!
7. Orang yang penah melakukan dosa tidak bererti dia tidak mampu lagi mengubah diri.
8. Orang yang nampak baik - pada zahirnya tak semestinya tak pernah buat silap.So Saling memaafkan ....
Tidak ada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau...dan Tidak ada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan.
No comments:
Post a Comment