WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady

Friday, January 25, 2013

Seronok Jumpa Rakan Bloggers

Assalamualaikum Semua

Alhamdulillah

Sebagai seorang blogger yang baru kenal dunia BLOGging, MakLady nak share lah pengalaman indah tika dapat bersama rakan bloggers semasa menghadiri majlis sosial. Yang pasti ramai yang akan setuju jika MakLady kata, saat yang paling manis dan yang sentiasa dinantikan oleh bloggers - selain dari dikenali akan tulisan di blog dan entry mereka di alam maya ADALAH ....SAAT bertemu rakan bloggers di majlis majlis anjuran pihak tertentu di dunia luar blog. Tak kira la secara rasmi atau tak rasmi. Mungkin dengan majlis atau gathering ni, dapat lah kita mengenali sesorang blogger dari dekat. Mungkin sebelum ni, kita hanya kenal mereka di dunia maya tapi di majlis sebegini dapat mengeratkan kemesraan. Itulah tujuan hadiri majlis bertemu bloggers.

MakLady ketika bersama Cik Jejar di Majlis
tajaan Nuffnang  suatu masa dulu.


Frankly, seronok bila ada EVENT ni. Mana yg dapat MakLady hadiri, MakLady tak lepas peluang. Sejak jadi blogger ni, dah ramai juga MakLady kenal rakan2 blogger melalui majlis majlis ni. Dulu nya MakLady kenal dari blog mreka tapi sekarang, MakLady dah jumpa beberapa blogger yang dikenali....

Walaupun MakLady dikira baru namun bila ada saja jemputan, insyaALLAH MakLady akan cuba hadiri. Pada pandangan MakLady, majlis bertemu bloggers ini amat penting utk kita bersosial antara bloggers. Ye laa.. xkan nk duduk ngadap dan mengetuk keyboard sahaja. Sekali skala seronok juga bertemu dengan bloggers - atleast kenal la mereka ini, secara LIVE !

Kali ni, MakLady nak share the EVENT yg penah dihadiri. Memang teruja bila berjumpa mereka yang selama ni , MakLady kenal melalui tulisan dan blog mereka. Sambil kenal2 ada yang amik kesempatan utk dirakamkan utk tatapan maupun sebagai bahan utk entry di blog masing2. MakLady pun penah buat entry pasal event yang penah MakLady hadiri. Pengalaman manis ni sempat MakLady rakamkan - semasa menghadiri majlis anjuran Nuffnang sedikit masa dlu. Di sana juga MakLady bertemu dengan rakan bloggers

... Tengok la sape MakLady jumpa~!
Mereka yang MakLady sempat ketemu ....

Cik Jejar , Cik Epal & Cik Yuyu

MakLady juga sempat bergambar dengan Maria ...
Ni kira my 2nd event yang turut dihadiri oleh
Maria.. my favourite blogger Uolz ;)
Elia bergambar kenangan
bersama ibu Hanis Zalikha
pemilik blog Model 80an

 Meeting Puan Nani Rostam for the first time, amat teruja - Seriousss..I adore her coz at her age - she is beautiful..still ayu, gojes... Hmmm... MakLady terharu tambah teruja dapat jumpa beliau. Walaupun she's gojes and popular - ( kpd sesape yg tak kenal beliau: she is the mother of  blogger Hanis Zalikha) tapi she is so down to earth. Amat ramah. Senang sekali berkenalan dengan beliau. Tak sangka MakLady dapat berkenal mesra dengan beliau. Pada majlis ni, Puan Nani yang ramah mesra, mengajak MakLady duduk bersebelah. Side by side during the event. OMG ! Such a nice lady indeed ~ in fact she's a mom and a lady with a great heart :)

Close Up Pleasseeeee.... 
EXCITED MakLady, dapat bersama BLOGGERS di majlis tu. Mereka sgt mesra dan ramah. Rasa mcm dah kenal lama... Oh ye! kat sana juga MakLady turut disapa oleh bloggers yg hebat hebat belaka. Sempat juga Maklady amik gambar dgn dorg. Seronok and teruja. Memang lain dari kenal dalam alam maya dengan kenal mereka di luar. Yang pasti, mereka ni tak sombong. Senang didekati. Rata2 mereka ramah dan amat mesra.... Kalau nak diceritakan kat sini, mmg tak cukup page. Wlupn sebelum ni MakLady tak rapat dengan mreka compare dgn anak2 MakLady tapi dari gambaran dan kemesraan mereka dapat juga ditafsirkan bahwa mereka SEMPOI. Remaja yang sentiasa riang... Mereka tetap menampilkan hidup yang lazim seperti insan biasa di luar sana.

Ada yang MakLady jumpa berkongsi pengalaman mereka. Bukan senang nak harungi kehidupan sebgai blogger di mana segala penulisan kita dinilai. Bukan mudah utk mengenangkan semua. Namun, apa jua yang dilalui sedikit sebanyak dapat dijadikan semangat utk terus berkarya. Betul la org kata - Bloggers pun insan yang punya hati! Adakalanya kehidupan mereka dijadikan bahan. Penulisan mereka menjadikan mereka lebih dikenali dikalangan pengikut mreka. Tak kurang juga antara bloggers ni tetap menjadi sasaran negatif pihak tertentu. Tidak cukup dengan comment yang pedas ada kala nya bloggers ni berdepan dengan tohmahan dan kata2 kurang enak. Segalanya mengukir pengalaman pahit manis bersama dunia blogging. Yang penting, bloggers juga Punya hati dan perasaan. JUST LIKE U AND ME.....
tengok la gelagat anak2 MakLady ni....

2 comments:

  1. untung laa mak lady dapat jumpa smua blogger famous. hehe

    ReplyDelete
  2. salam Nurul Arifah.. untung tu tak tau la ..tpi rasa syukuralhamdulillah kerana sejak bergelar blogger ni, diberi kesempatang utk mengenali blogger dari yang biase biase (mcm MakLady) kpd blogger yg femes amos ;)) hehe

    Nurul pn bleh jumpa mreka. Jom ikut serta dlm Majlis Bermesra dengan Bloggers...:)

    ReplyDelete

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]