Hubungan Adam dan Hawa kembali Hangat ... |
Mungkin agak sedih sbb lepas ni takde lagi dapat tengok abg Aaron kita berlakun (watak Adam) lagi.......
Anyway, best jgk sbb dapat tengok kesudahan cerita hingga episod 80. Wowww...drama tempatan yang paling bnyak episod rasanya disiarkan. Mulai bersiaran sekitar bulan October klu tak silap Maklady. Klu di kira tahun - setahun gak ler kan... 2012 sampai 2013 hehehe... x gitu?
( Dijangka akan tamat lagi lebih kurang dlm 2 minggu. Awal Januari 2013 katanya....)
Oklah ~ MakLady confirm ramai yg dah tahu pasal jalan cerita Adam & Hawa ni sehingga ke episod terkini.
Bagi mereka yang tak penah tengok cerita ni, meh MakLady tolong cerita kan:
Kisah bermula dengan Ain Hawani dapat kerja di tadika milik kakak Adam Mukriz. Di situ lah bermula nya pertemuan Adam dengan wanita yg cantik dimata dan hatinya. Namun, mereka terpaksa menempuh berbagai dugaan sepanjang tempoh 8 tahun berkahwin. Oh yes.... Ain dan Am terpaksa dinikahkan atas dakwaan berkhalwat. Ain terkilan dgn sikap Adam yg tidak mahu menegakkan kebenaran. Geram dgn rasa tak bersalah ~ Ain tak dapat terima perkahwinan tersebut kerana masih menyimpan hasrat utk meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi ( ada cita cita nk lanjut pelajaran ke luar negara).
Dengan perasaan yang amat marah dan malu atas apa yang berlaku, Ain tak dapat maafkan Adam lalu berangkat ke Australia bersama rakan baik (Azie) utk sambung belajar. So dlm pada itu, Adam masih ingin kekal kan perkahwinan walaupn tanpa Ain disisi, tidak lupa tanggungjawab dia sebgai suami Ain. Malah setiap masa terluang akan pulang ke rumah Ain di kampung. Manakala Ain plak beranggapan bahwa Adam tidak memberi nafkah dlm perkahwinan, maka perkahwinan itu sendiri terbatal. Dia mula menjalin hubungan dengan rakan belajar (Johan) sewaktu di Australia.
So sweet ....bila suami ngorat isteri dengan jambangan bunga :) |
Pada Adam, walaupn ramai gadis yg dikenali . Hanya Ain sahaja cantik di mata dan hatinya. Ain isteri dia dunia akhirat ~ Setia sungguh cinta Adam kat Ain. Dalam episod seterusnya, Maklady pun bahagia bila dpt tahu si Ain pun dh mula buka hati utk terima Adam bila lama kelamaan dia dapat menerima perubahan Adam. Dari lelaki yg suka berpoya poya kepada suami yg bertanggungjawab dan tahu serba serbi pasal agama. Itu lah impian Ain nk suami yg mampu utk bimbing dia dunia dan akhirat.
Bahagia sungguh di hati peminat Adam dan Hawa sebab mulai episod 50an, si Ain dah mula menerima cinta Adam seterusnya hidup sebagai suami isteri yg lazimnya. Namum mcm hubungan suami isteri lain di luar drama pasti takkan terlepas dari gangguan luar. Kat sini, penonton sekali lagi geram dgn watak ngada dan agresif dan dendam si Dee (bekas kekasih Adam). Tak lupa plak sepanjang episod 60an, peminat sekali lagi diberi mood yg geram & menyampah melanda bila bnyk adegan pasal si Johan yang tak dapat terima kenyataan yg Ain adalah isteri Adam yang sah dan dalam masa yang sama mempunyia konflik dalaman dengan hubungan cinta dia dgn Azie. Oh yes... tak sangka plak dalam diam mereka ni bercinta tanpa pengetahun Ain. Haaa...masa ni lah Ain mula sedar bahawa jodoh antara dia dan Adam telah ditakdirkan. Dan menjadi senang utk dia lepas dari kenangan bersama Johan...
SI Dee yg suka menggoda Adam |
Ketika konflik melanda Azie - Johan dan Ibu Bapa Johan |
Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam,
Bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya,
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasannya,
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasannya,
Melainkan dari sisinya untuk menjadikan teman hidupnya,
Dekat pada lengan untuk dilindunginya dan dekat di hati untuk dicintainya....
Okey...now dh selesai episod 60an dan kini dah nak masuk episod ke 70!! Tak sabar rasanya nak tunggu minggu2 terakhir. Sebelum tu, kita disajikan dengan reaksi Ain menyoal Adam pasal Dee. Jeles gak si Ain ni dgn Dee..hehehe..tanda sayang la tuuu...Agak tegang gak la hubungan mereka sekejap. Sehingga Adam tak pn bagitau Ain yang dia terbang ke London kerana tugas. Merajuk la konon ...hmmmm x ssuai tau ;p
Dalam ketiadaan Adam, Ain admit hospitak kerana pendarahan. Oh yer... lupa nk cerita ~ macam Ain xsempat nk cerita yang dia Pregnant kat Adam.... yesss!! dlm episod lewat 60an ni, kita terima berita baik ~ Alhamdulillah Tahniah Adam Tahniah Ain :)) Namun paling cemas, bila berlaku tegangan antara Johan & Adam, di mana Adam cemburukan Johan lantas membawa Ain terlantar di hospital sekali lagi. Apakah berlaku seterus nya dengan hubungan Adam dan Johan ? Apakah kandungan Ain terselamat? Jangan lupa ramai2 pakat tonton kat Astro Prima ~ Adam & Hawa sehingga akhir episod tau. Tak sabar nk tunggu apa kesudahan cerita ni ... apakah jalan cerita nya sama dengan novel? Harap2 begitu la yer... :))
Assalammualaikum mak lady..apa kabar..saya suka gak citer ni..cuma kekadang tu tak sempat nak layan..:))))...
ReplyDeleteWaalaikumusalam Nurlita.
ReplyDeleteAlhamdulillah Maklady sihat je. Sebenarnya Maklady ikut drama ni dari mula. firstly bcoz hero pujaan hatiku berlakun...hehehe secondly cerita ni adaptsi dari novel. Tu yg teruja tgk tu. Klu tak dapat tengok masa tayangan, Maklady selalu tgk via Facebook. Search je "Adam dan Hawa" ada official page utk drama ni...Klick LIKE utk join. Leh tgk dia nya drama kat sana. :)) suka suka sukaaaaaaa bila dah nk dekat ending ni...hehe