WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady

Saturday, December 15, 2012

A date With Alex Cross

~ last Wednesday nite~!!
Cerita yang harus ditonton ...
 Penuh dengan suspen
dan kesudahan yang
TIDAK TERDUGA.

Dari sebuah novel ianya ditonton di layar perak. Bermula cerita sampai habis penuh dengan suspen. Tak kurang rasa seram .... 

Tertumpu kpd watak utama Alex Cross (Tyler Perry), seorang detectif dan psychologis. Pakar dlm psychologi individu terutama penjenayah. Dia ni pun boleh tau apa jenis perfume dan jenis/warna lipstick sipakai walaupun sudah dipakai berselangseli. Bukan itu saja. boleh tahu ke mana dan di mana kita brada dengan hanya teori dan sumberderia (ke enam mungkin)?? Wowww hebat tulll.... 

Yang bestnya, part Cross menceritakan cara pembunuhan yg dilakukan Picasso terhadap seorg wanita. Selaku pakar psykologi, segala aspek mengenalpasti Picasso diambil sebagai petunjuk pihak polis utk bertindak. Cross mengetahui apa yg berlaku semasa pembunuhan dan menjejak langkah Picasso seterusnya.

Malangnya, utk mencari jawapan Siapakah PICASSO (Matthew Fox)? Hanya sekadar pembunuh yang membunuh lantas melukis wajah mangsanya. Untuk mencari motif pembunuhan itu ? Teori Kajian Alex menjadikan plot cerita ni lebih menarik. 

Watak Picasso sangat berkesan sebgai seorang yang tenang tapi sebenarnya mengalami Mentally Unstable personality. Pembunuh upahan yg guna suntikan dan sronok menyeksa mangsa dengan kesakitan. Adegan "bunuh" amat menyeramkan. Sampaikan ada scene pembunuhan kawan sejawat Cross "agak tergantung" oleh kerana ditapis (CENSORED). So cerita tu nmpk mcm cacat skit. 

Too my surprise~~! walaupn mamat ni psiko tapi dia mampu merancang dan memastikan setiap pergerakannya terancang dengan lancar. Berbanding dgn   watak Cross sekadar bergantung pada teori utk mengesan jejak Picasso. Sehingga pihak atas menerima saranan Cross utk bertindak walaupn berakhir dengan kegagalan dan Picasso terlepas.... 

Lebih ketara bila watak Cross ditonjol kan sebagai seorang suami dan ayah yang romantik dan penyayang. Lebih tertumpu kpd keluarga dan teman sejawat. Ini memudahkan Picasso yang rasa diri nya terancam dengan kepintaran Cross,  Nekad utk "sakitkan" Cross lantas bertindak terhadap kawan & isteri Cross. 


Yang Kurengnya: 
Walaupun seronok menonton aksi thriller ni, ada juga kelemahannya. Pada awal cerita,  Scene "fighting" amat melemaskan penonton - Tak boleh nk concentrate sangat sbb camera asyik bergerak gerak. Dahlah aksi LAWAN. Di aksi inilah penonton dibawa kenali siapa si Picasso sebenarnya. Bermula lah rancangan si pembunuh upahan yang sewel utk menghapuskan sesorang seperti yang diarahkan. Itulah rancangan sebenarnya mencari peluang utk dekati mangsa nya. 

Jalan cerita tak bnyk petunjuk bukti mcm cerita penyiasatan lain. Segala penemuan Cross tidak membawa penonton kepada clue atau bahan bukti.  Semuanya bergantung pada TEORI beliau. Mungkin jika diselitkan slot penemuan atau clue penonton lebih faham. Namun diakhir cerita ~ ssuatu yang tak diduga berlaku. Memang ssuatu yang diluar jangkaan. 

Apa kata MakLady :
Action/Thriller movie ni mmg BEST****~! 
walaupn ade adegan yg ML tak sanggup nk tengok~!
(the finger cutting...boleh plak potong jari mangsa letak dalam bowl!! eeerrrrgggggg) 



Untuk memastikan tugas terlaksana, sesorang sanggup buat apa saja demi Wang, Dendam & Harga Diri....
 

2 comments:

  1. hye. salam. maaf lewat respon.
    semmg nya best..full of action!! Bahaya kpd mrk yg ade masalah jantung.. :)

    ReplyDelete

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]