WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady

Thursday, November 8, 2012

SePurnama Kehilangan mu

Assalamualaikum wahai rakan2 bloggers & blog reader....

Terima kasih kpd semua krn masih sudi berkunjung. Kpd Kawan2 yg berkunjung ke blog ML dalam seminggu dua ni pasti tertanya2.. what happened? xde entry ke? 
well... mcm yg telah ML nyatakan earlier, bukan dah x aktif ...
cuma ML sibuk sibukkkkkkkk sgt!! Ditambah plak dgn Lappy ML yg dok meragam minta diberi perhatian. hmmmm...

Ini baru ada kelapangan dan mood lappy ni mcm OK je skrg...
Almaklumlah....si Lappy ni pun pandai merajuk tau...
iskk iskkk...jgn la majuk Mr Lappy...

MakLady bukan lupa nk syg U..tpi ML dok cari idea nk menulis entry. Kira otak sejak dua menjak ni agak beku skit...hehehe..Tambah pula sejak selesai kenduri then dengan peristiwa keluarga yg memuramkan ML utk berkarya.

Kenapa leh jadi mcm tu....??
Mungkin ada yg dah pun tau mengenai berita pemergian ayahanda saudara ML yakni abah kpd blogger terkenal Mak Dara. Arwah PakTam kesayangan kami kembali kerahmatullah sebulan lalu, yakni pada 8hb October 2012 bersamaan hari Isnin. Ketika itu, ML dan anak ML yang sulong turut bersama keluarga semua berada di hospital Ampang dari awal pagi hingga la arwah menghembuskan nafas terakhir. ALFATIHAH....

* Bagi mrk yg tak tau tu, PakTam ni adalah bapa kepada sepupu kesayangan ML, yakni Mak Dara - pasti ramai yg kenal dgn blogger @ owner of Bicara Mak Dara.

Al Fatihah buat arwah PakTam
(gambar terakhir ML bergambar dgn arwah Pak Tam
& bonda  kpd Mak Dara @ Makcik Aa'  ketika majlis
perkahwinan anak sulong ML pd bulan Syawal lalu)
Sebenarnya bukan ML nk bangkitkan syahdu pd entry kali ni. tapi bila melihat akan gambar di atas, hati ML sayu kerana di saat inilah, kemesraan Arwah bersama kami boleh dikatakan sudah nmpka kelainan. Berbanding pada hari2 biasa sebelum ini. Keceriaan arwah terpancar diwajah dan so excited ketika berada dlm majlis tersebut. Sambil menikmati juadah dan bermesra dengan tetamu lain, arwah amat selesa. Menurut anak2 arwah lagi, selalunya bila hadiri majlis perkahwinan tidak pernah nk duduk lama. Pasti akan ajak balik cepat....Kebiasaan ketika di majlis kawin walupn saudara terdekat, mmg payahlah nk stay lama. Kdg2 lepas makan je , dah minta diri. Namun apa yg berlaku pd majlis tersebut amat berbeza. 

Mungkin inilah yg kita tak nmpak secara kasar. Setelah pemergian Arwah kini baru la kita sedari .... Mungkin juga ketika itu, Arwah telah pun ketahui akan takdir. Secara halus, melihat akan kerenah Arwah ketika hadiri majlis - ini lah suasana yg paling seronok yang penah beliau hadiri. 

Kebtulan majlis kenduri kahwin cucu sedara yg ditunggu2, buat Arwah teruja. Seblum majlis lagi, arwah ada beritahu ML yg dia teruja utk attend. Siap bagitau yang SEMUA keluarga akan hadir. Mmg seronok mood arwah masa tu. Bila diimbas kembali, menurut anak2 Pak Tam lagi, arwah begitu teruja utk hadiri majlis ini wlaupn saat utk ke majlis mereka sesat. Arwah seakan tidak sabar utk menghadiri. Mmg Sifat dan telatah arwah ketika menghadiri majlis ini, lain sekali. hmmmm...

Tiada siapa yg menduga, itulah kali terakhir arwah dapat bersama kluarga utk majlis sebegini. Sesungguhnya setelah apa yg berlaku, kenangan ini tidak mungkin dpat luput dlm ingatan ML. Masih terbayang wajah arwah - mmg nampka keriangan. So lively. Yang paling tak lupa bila ML sempat bertanya akan pandangan arwah mengenai majlis tersebut. Dengan nada yang bangga dan selesa, arwah melahirkan rasa puashati dengan persiapan majlis dan hidangan yang pd pandangan beliau - Sedap sgt!! " Ingat nk mintak tapau...." gurau arwah pd ML. Ya ALLAH! masih terdengar2 suara Pak Tam. Mmg sungguh seronok! Apa idaknya, Arwah ni mmg susah tau nk puji masakan. Sebb pada Arwah masakan isteri + bonda sahaja yg sedap!! Maksud ML taste tekak beliau. Klu dia kata SEDAP tu ..mmg sedap la tu! That's how he was...

Knowing him...ML tak mungkin lupa telatah Arwah ketika melahirkan rasa puashati dgn majlis. Sesungguhnya terdetik jugak dihati ML namun menganggap ianya satu kesyukuran bila tengok tetamu kita berpuashati dgn layanan dan majlis. Teruja sungguh Arwah...Sampaikan selepas saja kami bergambar ini, arwah beriya2 nk diperkenalkan dengan bapa pengantin. Almaklumlah dah bertahun2 lamanya mrk tak berjumpa. Maka lengkap la semua kenangan bersama Arwah semasa kunjungan arwah ke majlis tersebut.Dihari itu jugak la, merupakan majlis kahwin terakhir yang dihadiri sebelum beliau meninggalkan kita....

Pak Tam ...We Gonna Miss U ...Al Fatihah...


1 comment:

  1. Innalillah. Semoga Pak Tam ditempatkan bersama orang2 yg beriman. Dia pergi kerana sakit apa?

    ReplyDelete

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]