Dah baca entry seblum ni pasal trip ML ke New Castle? Hari ni, ML nk bercerita plak pasal aktiviti masa kat sana. (Maaf yer...atas sbb2 tertentu, ML tak sempat nk snap gambar2 yg menarik kecuali mana yg ada je dan ML google jer...) Bukan malas cuma mood nk bergambar kurang kali ni sbb penat kot. Anyway, ML hrp Uolz terhibur dgn celoteh ML ni....
OK, let's begin the journey. Mmg excited, nk gi KB kli ni, terlebih sikt sbb PutriSulong turut serta. Sbb slama ni, dia jarang ikut ML. Atas cadangan ML maka dia berCUTI seketika dan ikut serta. Princess - My princess yg sorg lagi plak, selalu ke mana2 dgn ML. Malah klu ke KB ni, mmg selalu ditemani. Kira my tourist guide merangkap co-driver (walaupn mL jarang nk kasi dia drive..ha ha ha) Jadi peneman pn OK gak. Lagipn masa bercuti klu takde dia, rasa mcm sepi ... almaklumlah, dia ni penyeri suasana. Ada saja cerita n funny sfuff yg dia kongsi dgn ktorg. Tambah plak klu kena sakat dgn PutriSulong. Lagi la menjadi2 gelak tawa kami. Ada masa tu, kami digeletek dgn story mory & keletah sampai berair mata...bukan menangis tpi GELAK..ha ha ha... Sememangnya my princesses ni mmg rapat dgn ML. We shared a lot of things together. The laughters and cries....
Walapun perjalanan kali ni, amat jauh (melebihi 300km hokeyyy....) mmg something to kenang sbb dalam pada berkejar2 dgn masa utk sampai ke destinasi, ada mcm2 gelagat n peristiwa sepanjang perjalanan. Mostly manis! But im not going to bore Uolz wt the storymory. This time pasal journey je dlu..;)) Mula drive dr pukul 7pagi menuju ke arah Pantai Timur melalui hway Duke dan Highway ke arah Genting menuju ke Bentong. Laluan Gua Musang menjadi pilihan. Bgi mrk yg dh biase dgn route ni, pasti akn mengalami suasana berbeza bila lalu jalan lama berbanding highway! Merentasi Bentong - Kuala Lipis - Raub di Pahang dan memasuki Gua Musang terus ke Machang, Kuala Krai sampai ke KB.
Perjalanan tak de la smooth sgt sbb jalanraya dlm daerah yg disebut mostly tak stabil. Lagipn what do u expect "jalan lama". Pemandu harus berhati2 bila OVERTAKE sbb selain lori yg banyak, masalah utama adalah jalan yg sempit dan yg kureng cantik kat sini. Kena extra alert dgn keadaan jalan yg bertampal2 sana sini. Permukaan yg tak rata [xmcm highway..] menjadikan my driving agak slow.Selain faktor diatas, suasana jalan yg tak ada lampu disetengah2 daerah ni, membantut kelancaran perjalanan.[just imagine paling tinggi is 80-100sejam] Uolz leh bayangkan betapa lama nya perjalanan....
Dgn pengalaman yg lalu, ML cadangkan kami bertolak awal pagi dan insyaALLAH sampai tengahari. Xberani nk keluar ssudah sahur sbb pengalaman lalu ketika bertolak jam 3 pagi melalui Karak sedikit masa dlu, amat menyeramkan. Maka sedang elok la klu bertolak ssudah subuh. Alhamdulillah perjalanan kami selesa cuma agak memenatkan bila terpaksa mengikut lori2 yg bnyk waktu tu. Pendekata, kami sampai destinasi pertama di Machang tepat jam 1tghari. Wlupn masa tu, waktu lunch, kami redha sbb bulan puasa. Atleast dapat berehat sebentar (especially ML - sbb jadi driver sepenuh masa hari tu.. huhu.) sblum meneruskan niat utama urusan rasmi kami. Selesai segala tugas di sana, kami bertolak semula ke KB. Xsabar nk jumpa katil, bantal ...hehehe...penat weiiii... drive hampir 6 jam non stop!!!
Tiba di hotel jam 4 ptg. 2 jam terlewat check-in. Tak kesah laa... janji ada tmpt nk stay. Ok! sampai sj bilik, ML dan my princesses, lakukan apa yg patut, then kami berehat seketika. Pada ML, dpt lelap seketika pn cukup dah. Jam 6ptg kami kluar hotel n start menjelajah sekitar pekan KB. We decided to buka puasa simple aje sbb terlalu penat. Selesai bbuka puasa kami balik semula ke bilik dan tunaikan kewajipan masing2. Then sambung rehat.... ha ha harruusssssss
Nite Market @ Wakaf Che Yeh |
Gambar2 : Credit to Cik google Search |
Klu berjalan sambil menikmati satu2 kedai kat sana, mau tercabut kepala lutut ML. Mujurlah, my princesess rajin melayan ML, klu tak mau sekerat je, ML dh ajak balik... Lagipn, biasa la org ppuan ni, klu bab Shopping, sejauh mana pn SANGGUP !!! huhuhu.. ML sebenarnya xsuka Shopping. Perangai ML, set mind nk beli apa, tuju tmpt tu, beli then balik. Xsuka nk window shopping tak tentu pasal! tpi klu sekali skala berjalan2 mcm ni, boleh la. Lagipn, raya dh nk dekat. Mana la tau klu ada benda yg boleh dibeli kat sini. Tpi bak kata org local, klu dh mai KB tak beli barang dr sini mmg rugi!! hmmm..ternyata btul kata mereka.
End of our visit, we managed to buy some sandals plus shoes and some dresses... Murah2 & Cantik2 woooo... Tak lupa kami jumpa satu kedai jual jambu batu jeruk. Besar buah jambu dia. Siap pencelup warna hijau lagi.... rasa dia mcm jambu batu yg kita cicah dgn garam halus tu... but much better. Abg yg jual jambu tu pn agak JAMBU ...[serious cute mamat tu...hehehe }tu yg wat kami xsampai hati tak beli kat dia ... siap dia tolong potongkan semua buah tu. Senang la nk makan nanti, katanya!! Terimakasih cik abe weiii... wat susah2 jaaa.. :) [serious sedap buah jambu ni...hehehe]
Sebelum balik kami singgah kat tepi sungai kelantan, Kota Bahru WaterFront namanya klu taksalah ML [ML panggil benteng je tmpt ni..] Berdekatan dgn Pelangi Mall. Tempat ni mmg best sbb xramai org sgt, [mungkin sbb bulan puasa kot org xluar sgt. lagipn weekdays, esok org kerja] Terlanjur kami di situ sambil pekena nescafe tarik, kami beli makanan for sahur sekali. Almaklumlah... takut xlarat nk turun makan sahur baik kami beli and makan kat bilik nanti. Sebenarnya tempat ni mmg ML suka kunjungi klu ke sini. Selain selesa hotel2 kat area ni pn boleh tahan gak. Selesa dgn harga yg berpatutan. Mmg lebih murah dari KL dan tmpt yg bersih. Yg penting, senang tmpt makan depan mata sj. So apa kata, korg check this place out for your next visit to Kota Bahru.
Gambar Kota Bahru WaterFront waktu siang - credit Google.Search
Okeylah Uolz.. ML nk beradu dlu. Esok kita sambung lagi. Sbb ada lagi aktiviti yg harus dilapurkan...terutama SHOPPING..!! hmmm seingat ML kan...dari KL lagi,takde pn sessi shopping in KB, dlm list aktiviti kali ni..hehehe tu la dia org Pompuan..!!
Sambil pejam mata ML dok bayangkan...ke mana esok Princess nk bawa kami gi shopping....hmmm...nak gi shopping...Nk gi shoppinggg...nk gi shoppiinnggggggg... nakkkkkkk.....ZZZzzzzzz
Mak Lady, jambu tu penah jumpa kat cameron. Sedapnya. Saya penah makan yg merah je. Terliur plak. Hehe.
ReplyDeletebest2 !
ReplyDeleteLydSunshine: Best gak jambu tu. sedap. makan tak habis2 hehe..
ReplyDeleteKA: best jgk ;)