WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady

Saturday, December 31, 2011

GoodBye 2011 - HELLO 2012~~

My wishes for you, Great start for Jan,
Love for Feb, Peace for March,
No worries for April, Fun for May,
Joy for June to Nov, Happiness for Dec,
Have a lucky and wonderful 2012
Keep the smile, leave the tear,
Think of joy, forget the fear.


Friday, December 30, 2011

Tentang Dhia ~ Ending yg menRobek Hatiku

MakLady rasa ramai akan setuju bila ML calonkan drama slok tajaan TV3 kali ni - DAH MEMANG AWARD ~ The MyDearLady's choice...

Pd ML sebelum menutup tirai 2011 - bleh dikatakan drama TENTANG DHIA bakal menjanjikan kemenangan dlm kategori DRAMA terbaik pilihan ML ....Sejak awal drama ni ke udara, MakLady tak penah 'miss' . klu xdpt tonton live , pasti tonton.com menjadi teman setia ML..Namun setiap mula ada akhirnya, bgitu gak la dgn drama Favourites ramai pengikut2 FB & twitter...
Tak sabar nk tunggu ending cerita yg penuh dramatis ni. Awal lagi dh standby depan TV...

Mak Lady ingat hati ni kebal. Rupa2nya hampeh.... Tersedu sedih. Airmata jatuh mcm paip yg terlupa nk ditutup .... Mak aaiiii... kantoiii depan anak, depan mak! Peduli aarrr...dh mmg hati ML ni sensitif klu bab2 yg menyentuh hati ni. Bersama dpt merasa la kiranya , derita Dhia. Masa tu, taktau nk crite mcm ner sayu hati ML. Tak dapat dibendung lagi kepiluan hati bersama hati Dhia. Sayu pedih hati bila menatapi wajah derita cinta Dhia terhadap suami tersayang. Tambah di saat2 dia harus mengharungi derita penyakit yg melambai. Klu ML la di tempat Dhia - tak tau laa nk ckp mcm ner perasaan ML. Ya ALLAH tabah sungguh wanita yg bernama Dhia ni....

Ketulusan cinta suci bersemi bersatu. menuju perjalanan abadi sampai ke gerbang akhirat bersemadi di alam syurga abadi... 


Pada mrk yg sama2 tonton episod akhir pasti SHARE rasa pilu Dhia hingga penghujung cerita..... bermula dgn kesah mengimbas kasih sayang Dhia & Zikir. Lebih sayu bila lirik lagu menceritakan betapa kasihnya cinta Dhia terhadap segala dugaan yang redha dihadapi. Sesungguhnya, kasih seorang isteri amat suci walaupn dipaksa utk berkongsi kasih. Pengorbanan Dhia berbayar bila akhirnya Zikir dibuka hatiNya utk bersama Dhia dan terus menyayangi hingga hujung nyawa....seperti janji Zikir di awal perkahwinan mereka.

....." Abang, Dhia terlalu sayangkan Abang. Sumpah Demi Allah, tiada yang lain selain daripada Abang. Dan Dhia tak nak berpisah dengan Abang.. Hanya Mati sahaja yang dapat pisahkan kita....."

Hayati la ayat2 azimat yg ada dlm kisah cinta agung ini. Setiap baris ayat memberi sentuhan pd jiwa. Meresap dlm jantung hati ~  menyentuh jiwa dan perasaan setiap kita yg menontonnya..



video ihsan dari ohmedia.com

Ku berikan cinta dan hatiku ...Ku berikan seluruh jiwa ku. 
Ku berjanji seumur hidupku, hanya ku berikan utk mu ...


Kini ku buka mata hati ku. Melihat terangnya cahaya Mu, 
meniti berjalan ke jalanMu, hanya untuk selalu di dekatiMu...


Inilah ungkapan hati ku kepada mu, 
tanda ketulusan Cinta 
Tak ada yang sempurna yang melebihi Mu didunia
 Oh Tuhanku....


Ku berikan cinta dan hatiku ...Ku berikan seluruh jiwa ku. 
Ku berjanji seumur hidupku, hanya ku berikan utk Mu ...

Lagu Latar utk " Tentang Dhia "




Pertama kali , kita diperkenalkan dgn lagu intro ....


Jodoh pertemuan antara dua insan yang tulus menyayangi...


Janji Zikir pd Dhia selepas solat...


Akhir episod pulak , kita disajikan dgn deretan lagu2 yg menggambarkan keRedhaan dan keSucian Cinta Dhia terhadap Zikir.... Subhanallah... Dia menyayangi Zikir hingga akhir nanti
walaupn hati disambar kepiluan menghadapi Ujian dari Allah swt. Tersentuh hati dengan menyelami hati Dhia tatkala sabar menerima segalaNya..


Zikir seorang suami yg punya hati yang tulus menyayangi Dhia. Namun insan yg terpilih utk diUji ALLAH dgn memaling pada tanggungjawap. Mudah nya kasih dikaburi dgn hasutan iblis... Mampukah Zikir membawa dirinya kembali ke satu noktah penuh BerkatiNya? Sesungguhnya, dalam mencari kepastian, kita harus berbalik kepada asal. Allah Maha Penyayang hambaNya yang memerlukan pertunjuk... & PadaNya kita Memohon Pertunjuk..


DALAM KITA ADA DHIA, DALAM KITA ADA ZIKIR... MOHON ALLAH LINDUNGI DALAM KESUCIAN CINTA ABADI..... amin...

Wednesday, December 14, 2011

Pesanan Dari Hati Ke Hati

Adakala di hati seorang WANITA tersentuh, ada kalanya hati terusik dgn ucapkata manis sang LELAKI. Naluri hati kita, tak mudah diperlecehkan. 
Ucapan demi ucapan ibarat pemanis hati. Adakalanya ianya tidak memberi apa2 makna, baik dr tutur kata maupn perasaan. Maka tiada erti semuanya....


Jika KAMU tiada perasaan untuk memiliki diriku....
 'Tolong Jangan Ucapkan...'
 Kata-kata indah & manis kepadaku kerana aku takut akan menyayangimu...



Jangan mengambil berat tentang diriku
kerana aku bimbang akan mengasihimu...



Jangan terlalu baik padaku kerana aku takut akan merinduimu...

 

Jangan memberikan aku kenangan @ harapan
kerana aku khuathir akan jatuh cinta padamu....
(Credit to Google)

Monday, December 5, 2011

Cinta MukaBuku si Chipettes

From A Simple "Salam"
Message: 
have a wonderful day wt blessings dear ..... 
may  be happy and joyful as ever and bubble ..hehhe
thank u for having me as yr frend
assalamualaikum " 

Semalam berlalu terlalu pantas...
dengan bermula kata "SALAM'
membawa kepada ....
perbualan yg ringkas. Hingga ke suasana selesa.
Pada pagi seawal 2nya hingga fajar menyingsing
menyapa sebuah keselesaan, 
mengiring sebuah keserasian...

Mungkin kah bermula nya di sini..

6/12/2011 - Terima pesanan lagi yg berbunyi:

Thank u my dear... u made my day ....  i too will do the same ...
may blessing be share upon both of us always ...
wasalam ....

Sunday, December 4, 2011

Ucap "Birthday to U" dlm doa...

Klu ikut pd tarikhlahir ssorang kita dah bleh agak USIA dia..
dari tarikh lahir pn kita leh belajar karakter ssorg...
dari tarikh lahir - katanya mampu utk mengenal keserasian
NTAH mcm2 lagi la org tafsirkan ssuatu kejadian dgn TarikhLahir...

Namun hari LN nk "mark" this date - 4hb Disember 2011
sbagai tarikh baru sbuah permulaan..
pd tarikh ni juga, LN nk ingatkan someone dear to me ...
yg sepatutnya sambut birthday dia ...Namun ALLAH telah
rancangan tarikhlahirnya sampai disitu sahaja...
ALFATIHAH utk arwah ...

pada tarikh ini juga - bnyk lagi kesah suka duka
yg diharungi oleh org2 di luar sana...sape tahu...
dan tarikh ini juga menandakan sbuah harapan
bagi mrk yg "mark" hari ini sebgai tarikh
permulaan sebuah pertemuan....
insyaALLAH...

Tpi yg paling penting... spurnama dari tarikh ini,
genap lah sepurnama ikatan perkenalan...
maupn genap setahun sebuaht ikatan perkahwinan...
sape tau...ada d luar sana yg sambut,
seunik 4 Disember , seindah 4 Januari,
unik lagi ...seindah lagi... Permulaan Sbuah Ikatan...
InsyaALLAH

Friday, December 2, 2011

Ombak Rindu....by Hazman Halid

Mak Lady akui...Masih termimpi2 lagi dgn Ombak Rindu....
Terpesona dgn ke jalan cerita adaptsi dari Novel. Diturunkan ke layar perak. Ditambah plak dgn hero kesayangan ML, abg Aaron. hmmmmm buat ML tak puas utk punya azam ~ Nak Tgk Lagi Sekali Ombak Rindu...

Bila dlm panggung aritu , tak sedarpn masa berlalu. Terpaku dgn jalan cerita percintaan dua insan dari dunia yg berbeza. Namun Ombak Rindu berjaya membawa kita kpd suasana seakan berada dia dunia percintaan antara dua darjat masakini.

Diselang seli dgn lagu yg mengiringi babak2 yg tersusun ... wlpn masa tu, tak de la sgt nk hayati lagu2 tersebut. Amat shahdu hati bile teringat kan nya...Dan setelah berulangkali menghayati semula lagu2 nya, kita juga terpanggil utk sama2 terperangkap dlm percintaan 2 insan asing...Namun itu la nama dia CINTA...bagaikan Irama & Lagu....

Tambah plak dgn lagu Killing - soundtrack Ombak Rindu sbb klu korg dgr btul2 lirik dia... mak aaaiii...!!!
menyusuk kalbu hokeyyyy...

TUHAN, tolong lembutkan hati dia utk terima ku seadanya, kerna aku tak sanggup, kerna ku tak mampu hidup tanda dia di sisi ku....
MALAM. kau bawalah rinduku utk dirinya yg jauh dari ku agar dia tidak kesepian selalu rasa hanya cinta aku..
HUJAN bawa airmataku yang mengalir membasuh luka ku, agar dia tahu aku terseksa tanpa cinta dia di hati ku. Hanya mampu berserah, moga cahaya tiba nanti.....

Haaaa..best kan lirik dia.... tangkap lentuk!!! Tambah bila lagu dikaitkan dgn watak utama dlm Ombak Rindu itu sendiri. Tapi jgn tak tau, ada lagi yg SHAHDU dari tu..... jeng jeng jeng....

APA DIA atau lebih tepat skali SIAPA dia.....
Jeng jeng jeng lagi.....

Oklah, biar MakLady share dgn uolz :
MakLady meminati "bakat" yg ada pd sorg rakan lama MakLady ni. Sebenarnya ML dah lama tau ttg bakat   beliau bermain organ dan piano. Pada pandangan ML, beliau sgt berbakat dlm menghasilkan arrangement lagu [maaf klu MakLady salah guna term dlm dunia muzik ni ...] dan ML tak lepas utk menilai sendiri bakat yg mempesonakan ini. Sejak beliau memberi link wbsite beliau ~ yg bnyk mmuatkan lagu2 yg dirakamkan, ML tak penah jemu mengikuti entry serta lagu2 terkini yg dimainkan. Klu ada yg penah dengar atau pn tgk sendiri, pasti setuju jika ML kata, beliau mampu menjadi sorg pemuzik yg hebat klu diberi tumpuan lebih pd bakat yg ada..... Sebb pd ML, beliau memiliki anugerah yg istimewa. Apa lagi klu bukan jarijemari "magic"nya...

Haaaaa... Kalau tak caya ~ jom kita amati sama2 alunan irama dari persembahan, saudara HAZMAN HALID bila beliau arrange semula lagu OMBAK RINDU....[ sape2 nk nyanyi sama...sila kan....]


Ihsan dari koleksi Hazman yg di ambil dari Youtube..
THANK YOU for sharing and ALL THE VERY BEST for the NEW YEAR 2012..

Thursday, December 1, 2011

Ombak Rindu ~ Izzah & Aris

X sabar rasanya tunggu HARI NI.. 1/12/ 2011 ~ nape yerr?? OMBAK%2BRINDU SINOPSIS FILM OMBAK RINDU | VIDEO FILM OMBAK RINDU | GAMBAR MAYA KARIN


 ....
.

Sbb hari ni. 1st time movie yg diadapsi dari sebuah novel tulisan Fauziah Ashari, yg penah MakLady baca berjudul OMBAK RINDU mula ditayangkan. Bersemangat MakLady nk p tgk. Sejak semalam dah book tiket. Xksah la berapa pn harga~! Yg penting dpt tgk abg Aaron Aziz jejaka idaman MakLady...[hahaha nnti caya laaa..ade yg meroyan sbb MakLady yg baya2 ni masih minat dgn Aaron Aziz...hmmm to them MakLady nk "senyum jer..xmo kata apa2.." bleh kennnn...?? ;))

So excited nk p tgk ni. Awal2 lagi dh siap.. Sbenarnya dari semalam dah terasa debaran. Mcm nk tunggu org masuk mminang plak...hahaha Bukan apa, MakLady tak sabar nk p tgk lakunan mantap my AA dgn Maya Karin berganding pertama kali nya, sbgai pasangan suami isteri...mk2 SINOPSIS FILM OMBAK RINDU | VIDEO FILM OMBAK RINDU | GAMBAR MAYA KARIN
yeeezzaaaa..Watak AA sbgai Aris dan Maya Karin sbgai Izzah dipertemukan di malam Izzah "dijual" oleh bapa saudaranya utk dilacurkan. Mujurlah Aris sbagai pelanggan yg mahu "membeli" Izzah dgn harga yg mahal dan "membebaskan Izzah. Maka mulanya kehidupan pasangan suami istri yg "terpaksa" nikah atas desakan Izzah ni tadi mlayari hidup masing2 dgn bersyarat...

Apa syaratnya? Of coz , I marry U but No Commitment. We are SECRET LOVERs~~ hmmm...mcm tu la kehidupan mrk yg dirancangkan. Namun ikatan perkahwinan terpaksa itu tadi telah membenihkan putik cinita di hati Aris. Dia tertarik dgn Izzah, wlpn pd mulanya tegas dgn syarat tadi..

Hubungan mrk ni ibarat bagaikan ombak yg merindu pantai dan akhirnya akur dgn perasaan mmbuat Aris menemui kebahgiaan yg hadir melalui Izzah gadis yg penah diselamatkan. Namun kebahgiaan mrk bukan lah suatu yg mudah. Badai yg menghempas pantai maka terbentuk buih2 yg berpaut di pantai hati insan. Kiranya dlm kerinduan Izzah, terpaut di hati dgn redha kehadiran "madu" yg dirancang oleh ibu Aris. Dimana hati wanita diuji lagi...Apa yg berlaku seterusnya....??? Cewahhhh mcm pengkritik movie plak si MakLady ni. Xpelaaa.. i leave it for uolz out there to find out...

Klu MakLady nk cerita panjang rasa mcm xadil sbb pasti RAMAI kat luar sana yg nk pegi tgk crite ni. Cuma pesanan MakLady, jangan lupa simpan tissue dlm beg .... U will need them ;) Xlupa jgk lagu (soundtrack0 dlm movie ni. Lirik dia mmg shahdu. Ibarat suatu doa yg melengkapi segala doa Izzah buat suaminya, Aris.

To Aaron Aziz..bro u really superb laaa... I fall in love again wt ARIS and found myself deeply touched by Izzah coz she reminds me of someone...[dear to me].

SYABAS OR! - im giving 5*  and for sure hit BOXOFFICE punya laaaa...

** highly recommended for the MUST SEE - MOVIE,
tak mustahil OMBAK RINDU will b the BEST MOVIE OF THE YEAR 2011...
TAK caya??....cer tgk cer tgk~!!

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]