WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady

Wednesday, April 7, 2010

Kenangan @ Asrama Beringin~

 Dari S.Alam kami menaiki bas utk ke kampus Jln Othman. Kesmua plajar DSS diarah utk berangkat ke destinasi baru! Aku difahamkan bahawa kami akan menetap di asrama luar. "BERINGIN" nama nya.
Apa2 aja la... kata hati ku, sbb masa dlm bus apa yg aku & most of student fikirkan adalah...TIDO..hehehe Letih seminggu tak habis lagi.... dpt gak pejam mata seketika dlm bas.. heheehe

Setibanya d kampus kami terus diberi taklimat. 
Sebahagian dr kami menetap di kampus dan selebihnya, termasuk aku diarahkan utk menetap d asrama luar. Ok let me recall... hmmm... masa tu, rasa sronok jgn ckp la..sbb jauh dari senior2 yg xberapa mesra dgn kumpulan kami...hmm leganya...dlm hati...(yezzaaaa.....)

Selepas taklimat kami yg disenaraikan utk menginap di Beringin diarah utk dibawa ke hostel kami.. Kat mana tu? Utk yg bukan budak KL pasti terminga2. Sebenarnya Asrama BERINGIN ni terletak di kawasan Old Klang Road. Masa tu kawasan tu kira terpencil dari sibuk kota. Bangunan asrama ini, adalah sbuah apartmen 4 tingkat berhampiran dgn kawasan perumahan yg majoriti penduduk adalah kaum Cina. Kira nya kami terpaksa travel dlm masa 20minit utk sampai ke kampus! So maknenya, kami kena travel ari2 dgn bas ITM (bas dia a bit uzur laaa klu compare bas yg budak2 skrg ni naik...) Jadi la tu...., klu tak kami kena naik bus awam utk ke kelas ari2...eee sapa suruh kan??

Maka pd pagi itu, kami dibawa ke "Istana" baru kami dgn bas ITM. Selain kami ada gak senior (lelaki) yg menetapg di sana. Antara yg stay kat Beringin dari koz Library & SS. Dgn membawa segala barang keperluan & beg pakaian, kami pun dgn sopannya menaiki bus tadi. Tapi kali ni, destinasi menuju ke arah jalan Kelang Lama. Masing2 so xcited nk tgk bangunan asrama yg akan menjadi apartment kami pd sem pertama nanti.. 

Oh ye, pd hari tu jgk keluarga dibenarkan dtg melawat seterusnya membantu kami "pindah masuk asrama" ... masih ku ingat, arwah Ba dan mak ada sama. Sibuk uruskan hal aku...berpindah ke Asrama Beringin.

Ok let me recall...bila sampai je kat asrama tu...hmmm Oh ye!! x mgkin aku lupa. Ada sorg senior ni yg agak "ramah & baik" telah membantu aku menaikan barang2 aku termasuk beg & bantal.... ( kemestian utk plajar baru...) Masa tu, aku share "apartment" dgn 8 org pelajar. ( hrp maaf! semua ni gambar masa muda2 dulu..sekadar mengenang memori bersama )


Sebenarnya bnyk sgt kenangan manis aku dgn BERINGIN ni. Kenangan dgn kawan2 serumah, kawan masa kuliah.... terlalu bnyk sgt!!

Sehingga kini, (setelah bertemu smula pd reunion bulan Mei 2010) kami masih mengenang saat2 suka duka bersama. Apa yg dpt aku kata, segalanya tak mungkin luput dlm ingatan. Alam remaja ku indah bersama mereka!!!  Yg penting, aku akan tersenyum lega bila kenang kan semula gelagat teman2 terutama Sheena, Che Haslinda, Shaque .... dan tak lupa, Donna!!!

Aku tak ingat mcm ner aku boleh close dgn mereka ni. tapi yg pentingnya kemesraan kami bermula ketika sama2 tinggal bersama di Apartment Beringin...

Sejak itu, kami ber3 mmg rapat! Berpunca dr Sheena & Che Haslinda yg telah lama dulu berkawan. Sheena pulak my housemate. Che Lynn plak masa tu, stay kat apartmen lain tapi selalu la bertandang kat rumah ktorg. Tiap pagi bila nk ke kuliah, kami selalu bersama...tapi aku tak de la rapat sgt2 mcm BFF, tapi sekadar rapat mcm isi dgn kuku je...hehehe

Namun apa yg bestnya...dan yg paling aku tak boleh lupa adalah:
 Bila ingatan yg kuat antara kami 25tahun lepas telah membawa kami dlm sebuah pertemuan "OLD BUDDIES" di mana pd satu malam Sheena berteman Che Lyn telah datang ke rumah aku dgn tujuan utk bertemu semula. Bukan main gembira aku masa tu, susah nk digambarkan.....Kami berpelukan sesama sendri sambil menangis... ye menangis sbb terlalu gembira!! Terharu sbb mrk masih lagi sudi mencariku....

25tahun bukan jangka masa yg singkat. tapi ingatan 25thn dahulu rasa mcm BARU JE SEMALAM berlalu... apa2 pn, aku bahagia sbb ALLAH telah makbulkan impian ku ~ SYUKURALHAMDULILLAH

No comments:

Post a Comment

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]