Waaahhh... Ini lah ungkapan yang dinanti oleh si dara bila hati telah rela menerima lamaran si teruna. Maka bermula dari sinilah berbagai persiapan bakal dilalui. Baik emosi, fizikal dan mental
Bukan Lah semudah menerima atau ucap lamaran "Awak nak kahwin dengan saya?" yang David Teo hidangkan pada penonton kali ini.
Siapa yang dah tonton cerita ni pasti setuju, ianya sebagai filem romantik komedi.. Sebab selain jalan cerita ada jugak lah adegan yang mencuit hati terutama pada lakonan watak utama - Andika (Fezrul Khan) yang "perfectionist" cuba ditonjolkan sebagai seorang yang obses dengan sikap "terlalu pembersih". Sehinggakan, kekasihnya yang tak tahan dengan "penyakit" Andika, lalu meninggalkan nya.
Andika, pemuda yang tegas berjawat sebagai ketua editor mempunyai sikap dan watak yang berbeza dengan Puteri (Erin Malik), pembantu peribadi nya yang agak selekeh, clumsy dan sempoi di pejabat. Namun, sedikit sebanyak mereka selesa mengimbangkan perhubungan antara boss dan pekerja dengan baik sekali.
Pada suatu hari, Andika meminta Puteri menyamar sebagai temanwanita didepan keluarga nya di kampong. Ini untuk memenuhi permintaan bekas kekasih yang mencabar Andika.
Sebenarnya, Andika sudah lama tidak menjengah keluarga di kampong kerana merajuk atas sebab tertentu, ( mungkin klu ada scene Flashback lagi menarik).
Puteri, tidak gemar dengan kerenah Andika namun atas rasa tanggungjawab, dia bersetuju. Cadangan ini telah membawa Puteri menemui keluarga Andika, terutama Nenda yang ingin menyambut ulangtahun bersama Andika.
Chemistry antara Puteri dan Nenda Andika lakonan Mak Mah menjadikan cerita lebih meriah. Namun apa yang MakLady boleh beri pandangan, cerita ini akan lebih menarik jika karektor ahli keluarga diberi sedikit sentuhan komedi. Pasti membantu watak utama dengan baik.
Dari awal cerita agak agresif namun dipertengah jalan cerita agak hambar. Especially scene di kampong halaman yang bersahaja. Seperti menonton drama bersiri di mana lokasi agak terhad.
Paling ketara, penonton kerap disajikan dengan karektor Andika yang kerap menggunakan sapu tangan untuk semua tindakan telahpun melekat di fikiran penonton. Rasanya adegan sebegini tidak perlu kot diulang ulang..
Secara keseluruhan, para pelakon berjaya memainkan peranan yang diharapkan. Cuma yang romantik nya tidaklah begitu realistik. Mungkin kerana watak Puteri yang clumsy tidak ke tahap yang diharapkan. Berbanding dengan Andika yang overacting sedikit berkesan di hati penonton.
Pada pendapat peribadi MakLady.. ANKDS? mungkin mampu membawa penonton ke panggung kerana publisiti namun setelah menonton, MakLady dapat hidu kesudahannya. Masih terikat dengan jalan cerita dari novel maupun dari drama bersiri tempatan.
Keseluruhannya MakLady bagi 3.5 *bagi filem genre Romantik Komedi ini.
No comments:
Post a Comment