Sudah ketentuan ALLAH swt, pemergian mu secara mengejut, tidak terduga oleh kami. Namun dalam keredhaan kami menerimanya. Moga dirimu tenang di sana....
Setelah melalui berbagai dugaan, mengalami kesakitan yang berlarutan akhirnya ALLAH menjemput mu di malam yang penuh barakah. Dengan sayu namum dijiwa memberi sedikit kelegaan setelah deritamu telah dipermudahkan...
INNALILLAHIWAINNAHIRAJIUN
Sesungguhnya, kita milik ALLAH, dan kepada NYA lah kita kembali.
Kehilangan mu di dunia seni penulisan serta pengarahan akan sentiasa dirasai... |
Sebagai ahli keluarga yang rapat dengan isteri nya, Puan Adza Irdawaty, mengenali arwah sebagai seorang suami yang penyayang sudah cukup untuk Mak Lady memandang tinggi terhadap keperibadian arwah. Tak perlu dipertikaikan kasih sayang yang arwah curahkan kepada isteri dan anak2. Kasih sayang yang ditunjukkan sangat menyentuh hati. Walaupun ada masa nya, arwah terikat dengan tugas namun tanggungjawap pada keluarga tak pernah terabai.
Bukan sahaja kepada keluarga sendiri malah kepada kami, adik beradik, anak sedara, ipar duai tidak pernah kurang. Malah mak sedara Mak Lady sendiri, yakni Ibu mertua arwahi penah bercerita mengenai kebaikan arwah yang sentiasa mementingkan kebajikan keluarga, tak terbalas budi sepanjang hayat. Hanya ALLAH yang mampu membalasnya. Terlalu banyak jasa arwah pada keluarga D'Adza.
Setahu MakLady, tidak ada yang buruk dilihat maupun didengar mengenai tindak tanduk arwah terhadap keluarga maupun sahabat handai. Beliau dilihat sebagai sahabat yang pemurah dan sentiasa membantu. Sikapnya yang sentiasa cool dan ceria menjadikan arwah disayangi oleh ramai. Adik beradik dan ipar2 nya serta anak buah, dari yang kecil sampai kan yang dewasa, senang dengan sikap loving caring yang sediaada dalam diri arwah. He was an angel to their heart.
Secara peribadi, MakLady memang rasa segan dan hormat pada arwah. Keperibadian sikap arwah sentiasa ramah sedikit sebanyak mendorong MakLady untuk menimba ilmu. Ya! MakLady sempat berguru dengan arwah. Tidak lokek dengan ilmu dan sentiasa memberi tunjukajar serta idea dlm script writing. Terimakasih Shifu ! Mohon dihalalkan ya. InsyaALLAH segala ilmu akan bersemai dan berterusan dikongsi demi memperjuangkan semangat mu.
Syukuralhamdulillah, arwah sentiasa bersemangat ketika hayatnya, Ingin berbakti kepada seni dan minat. Berazam utk lahirkan lebih ramai penulis skrip utk diketengahkan. Tambah pula, arwah juga merupakan tenaga pengajar dalam bidang penulisan skrip. Galakan isteri arwah, Adza Irdawati Adenan juga membantu arwah untuk terus berkarya dan berbakti sehingga menghasilkan skrip drama hinggakan ke skrip filem.
Seperti dijanjikan, semangat penulis skrip dan pengarah FIlem, arwah tidak habis di sini sahaja. InsyaALLAH dengan ilmu yang penah dicurahkan kepada generasi selepas nya, bakal meneruskan perjuangan arwah dalam memastikan mutu skrip dan taraf professionalisma dalam diri penulis skrip berada di tahap yang membanggakan Arwah kelak. Walaupun arwah sudah tiada, legasi pasti diteruskan. Jasa dan pengkongsian ilmu yg arwah turunkan tidak ternilai. He's a good person wt a great heart!
AL FATIHAH. Moga Allah cucuri rahmat ats rohnya. Aamiin
No comments:
Post a Comment