WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady

Thursday, January 2, 2014

Dont Play With People's Hearts, Feelings & Emotions



Masuk hari ke 2 kita di tahun baru 2014

Terpanggil untuk komen sedikit tentang apa yang ML baca dalam artikel mengenai seorang pelakon lelaki yang di cop sebagai "player" dengan cinta 'touch & go'. Sebenarnya bukan niat ML nak menghentam si pelakon ini. Bukan juga untuk menghukum beliau. Apa yang dilakukan memang salah tapi hanya DIA dan pelakon dan mereka yang terlibat sahaja yang tahu. Jadi kita tak de hak untuk cakap itu ini. Sebab kita tak berada di tempat mereka. Maaf ini sekadar pandangan ML sahaja. 

ML hanya berharap, pihak pelakon ini lebih berhati hati dalam apa jua tindakan kerana ANDA public figure ! Tindak tanduk anda menjadi ikutan dan pemerhatian masyarakat. Cuma apa kita sebagai org luar, harus anggap apa yang berlaku ke atas diri beliau sebagai contoh atau ikthibar yang boleh kita fikirkan bersama. Yang baik dari ALLAH dan yang buruk nya dari kita sendiri. 

From the Desk of MakLady...
Sikap 'player' ni tidak sepatutnya wujud dalam diri kita. Tidak patut ada istilah sebegini semata mata melabelkan seseorang. Sikap begini harus dikikis terutama jika melibatkan perasaan. Melibatkan hati. Melibatkan maruah dan juga keluarga mereka yang sekeliling...


Berfikir sebelum bertindak ! 
Usah permainan kan perasaan wanita/lelaki lain. 
Kerana kepada mereka ini, *Tak kira la lelaki ke perempuan ke, ML nak pesan lah. 

Baik2nya sang 'players' ni , berfikir sejenak sebelum bertindak dengan aktiviti social ini. Ke mana arah tuju jika ANDA bersikap begini? Kepuasan dunia mungkin.. tapi what about hukum ALLAH?

Kerana sebagai orang Islam, kita harus percaya pada pembalasan. Kalau kita buat baik, pahala dan ganjaran yang baik akan menanti kita. InsyaALLAH. Sebaliknya, jika kita berlaku tidak baik dengan orang lain, terutama sikap yang sebegini, INSYAALLAH juga ALLAH janjikan habuannya pada kita. 

Put it this way. Kepada mereka yang bercita cita nak jadi PLAYER ni, atau nak jadi jaguan dalam mempermainkan perasaan orang lain - TOLONG LAH beringat... bahawa.. ANDA juga pasti ada adik perempuan, ada kakak perempuan malah ada saudara perempuan yang bakal tempias (kepada Players yang lelaki )

Kepada kaum perempuan yang bersikap begitu (ada jer player among ladies ni)  ML nak minta kasi sedar sikit bahawa apa saja yang kita lakukan selagi bernama manusia - sama saja hukum nya dengan kaum lelaki. Malah kalau yang melakukan ini, terdiri dari mereka yang sudah bersuami, lagi parah. Insaf2 lah. 

Setiap jenis perbuatan yang negatif (melibatkan permainanan @ player )  samada dengan niat yang baik maupun sebaliknya. ADA GANJARAN menanti. 

Mungkin sekarang ANDA berseronok menganayai orang. Mengaibkan keluarga mereka, Melukakan dan mempermainkan perasaan mereka. Anda mungkin tidak merasa apa apa sakit, bila anda berada di pihak yang menganiaya. Tapi percaya lah ~ esok lusa mungkin ahli keluarga anda pulak akan menerima nasib yang sama malah MUNGKIN lagi dasyat lagi dari apa yang kita lakukan. 

Maka sempena tahun baru ni, tanam lah azam untuk menambahkan saham kita di akhirat. 

* lazim mereka ini selalu berkata... TIADA NIAT ... tapi hakikatnya ianya tetap dilakukan dengan membawa kepada keaiban kepada individu dan keluarga.*

2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Sokong apa yg dikatakan ML. hidup kita ni sentiasa ada balasannya..baik kecik ke besar, buruk ke baik perbuatan kita, sure ada balasannya...tu namanya hukum karma kan..

    huhu...dlm ms yg sama..sofia sendiri pun tkt kalau2 tindak tanduk kita juga blh dianggap spt mempermainkan perasaan org..bila x dilayan di kata sombong..tp bila di layan even dh mention bape kali xblh ada sebarang perhubungan..balasan yg diterima tetap spt inginkan balasan..kalau cam tu...mcm mana nk buat ML?

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam Sofia. Lama kita tak sembang ;) sihat? harap2 mcm tu la yerr..

    Mmg betul kata Sofia kkdg dlm kehidupan kita ni kita jumpa mcm2 jenis manusia. Dlm pd tu, kita mgkin juga di duga. Sofia pun pasti lalui. Bagus tindakan jika dari awal kita terus terang matlamat atau pegangan kita dlm hubungan itu. Agar tiada hati yg terluka nanti. Cuma apa yg ML boleh sarankan, Sofia kekalkan niat. Jika tidak mahu ada apa apa hubungan, terangkan dan stick to FRIENDS. TIngkah laku kita pun kena tepat dengan hasrat. Treat them as what a friend should act. Kemudian sentiasa berdoa dan meminta pada ALLAH swt pertunjuk. Dekatkan kita dgn mereka2 yang membawa kita ke jalan yang baik2 sahaja.. InsyaALLAH. Back kata org sekarang Go with the flow. Namun, bila kita merancang kita tak tahu apa yg ALLAH tentukan utk kita. Redha :)

    ReplyDelete

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]