WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady

Friday, March 8, 2013

Safely Arrived From Labuan

Syukuralhamdulillah.... Akhirnya anak Maklady selamat tiba tengahari tdi dengan menaiki pesawat MH 2633 dari Labuan, Sabah. Lega sedikit rasa hati namun menantu masih di sana.
Setelah melalui pengalaman yang mendebarkan beberapa hari sebelum ni, mereka mengambil keputusan untuk membenarkan anak MakLady berada di KL sementara menanti keadaan di Sabah pulih.
Kata anak lagi, ramai keluarga yg berbuat demikian memandangkan si suami yang sibuk bertugas menjaga keamanan di pengkalan dan pekan Labuan khasnya, sedang beroperasi berikutan serangan di Lahad Datu. Anggota keselamatan di Labuan juga sentiasa bersedia dikerah jika perlu. Itulah pengorbanan mereka.
Maka tinggallah anak isteri di dalam kem. Terpaksa lalui debaran... Begitulah keadaan yg harus diterima oleh semua wanita bergelar isteri anggota keselamatan. Berpisah dgn org tersayang ni adalah perkara biasa. Demi tugasan yg dipikul oleh suami mereka. Tak kira masa dan tempat. Bak kata mereka lagi, bila dah jadi isteri anggota keselamatan seperti tentera dan polis ni kena faham tugas suami. Kedaulatan negara harus dijaga dan diutamakan. Keluarga dijaga kebajikan juga tapi jika dikerah utk ssuatu operasi, keluarga bukan lagi keutamaan.
MakLady pasti wanita yg bergelar isteri dan ibu khasnya kpd anggota yang masih berada di Sabah turut bersabar dan tabah melalui saat begini. Sokongan kalian akan mengguatkan semangat anak maupun suami dan ahli keluarga lain. Moga mereka semua selamat di sana...InsyaAllah

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]