WELCOMES FOLLOWERS WITH A CLEAN, SWEET HEARTED & RESPECTFUL ATTITUDE & MANNER.
** Either write something worth reading or do something worth writing. ~Benjamin Franklin **

~ BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~

ASSALAMMUALAIKUM... Salam Mesra - Salam Blogging dari MakLady

Wednesday, July 4, 2012

Masih ku ingat....

Ok ari ni nk cite pasal facebook. Dh lama tak masuk. Bukan apa, masa mula join pn sbb my daughter ajak. My kazenz ajak sbb kat dlm tu ramai family members..sepupu sepapat kat sana...

well lupa kan dulu pasal facebook cuma yg ML nk cite kli ni is abt .... sejak join Facebook ni, ML jumpa my x-classmate masa skolah rendah!!! Yes kawan yg sama2 belajar kat SRK Jalan Gurney 2...

Tu pn sbb masuk blog alumni skolah tu. Bile masuk je blog alumni, apa lagi...?? Ttiba sayu rasa hati. Masih ku ingat: Badge skolah!!.. 
Lagu sekolah....Buat bersungguh-sungguh....cogan kata yg sakti.. Masih terdengar2 alunan & rentak lagu terutama ketika lagu ni mengiringi ke kelas masing2. Bagi kami pelajar aliran petang, kami berkumpul di padang sekolah terlebih dahulu sebelum beramai2 masuk ke kelas ...

Sebenarnya sekolah ni tak jauh dari tmpt ML stay now. Setiap kali melalui Jln Semarak pasti terpandang padang sekolah yg terletak dtepi jalan.. Walaupn bnyk struktur bangunan telah berubah tapi ingatan ML pd skolah kesayangan ni tak penah berubah. Di tempat teduh di tepi padang skolah ini lah kami berkumpul. Tak lupa jgk, perhimpunan di depan bangunan sekolah lepas rehat, masih terbayang...Paling xlupa, pd makanan kegemaran masa kat padang - sengkuang sambal kacang, aiskrim tikam, gula kapas dan aiskrim malaysia. Masih kekal dlm ingatan semua, wlpn telah lama brlalu tapi masih rindu dgn keadaan sebegini. Mana nk dapat mcm tu lagi??

Nostalgia. Syahdu bila kenang berpuluh2 tahun lalu, kita bersama rakan sekelas, sama2 meniti tangga di skolah yg memberi 1001 ilmu sehingga kami jadi "manusia". TERIMA KASIH cikgu2 yg telah mengajar kami, dari darjah 1 sampai 6. Cikgu Govindasamy - garang & anak lelaki dia pn satu kelas tapi dah lupa nama dia..., cikgu zaharah, cikgu mahani - penah stay kat Tmn Keramat, cikgu azmiah (cikgu yg selalu mengajar tarian), cikgu saad, cikgu johury - bapa kpd abd razak jahury, Mr Teh (cikgu yg ngajar kami mcm ne nk main Hoki) & tak lupa Mr Ho - guru pengawas . Wlupn sudah bertahun lamanya, tapi rasa mcm semalam..

Bnyk sungguh peristiwa indah yg dilalui. Biasa la masa tu kita pn masih kanak2 riang lagi....;) pasti tak byk pengalaman pahit dibanding sweet memories & pleasant time we shared... Masih teringat kawan2 lama...among my former classmates are ( yg masih aku ingat namanya.... affendi zahari, razak jauhary, zuraidah saad, mariatul, pasangan kembar saadiah & saodah, sazlina (budak kelantan), zaharahton, hasnah, zaki, aminuddin, dicky zulkarnain, azmi, asri, ...

Ingatan mengimbas kembali, serta memberi impek positif pd kerinduan. Utk kawan2 semua....ingin sekali ketemu dan bertanya kabar. Hmmm..dimana kah kalian skrg? Lama sungguh!! Yg pasti kini antara kita sudah pn bekluarga dan beranak pinak. Ada tu plak, anak plak yg bersekolah di sana. Tak kurang jgk ada yg dah bertukar imej maupn size badan.... tapi yg penting, kita tetap sama di hati!! Kerinduan pd memori semalam pasti melanda lagi. Mungkin kah kita dpt bersua setelah sekian lama...

Namun segala ini seakan2 terjawab bila ML sertai facebook, dimana terjumpa sorg 2 rakan sebaya ... classmates gitu. InsyaALLAH kami telah mula berhubung. Mana tau, dgn berkat doa pertemuan akan disusuli, sbb menurut kawan lama ni, sebahagian drp mereka ni ada gak hubungi dan kerap adakan pertemuan..So excited dpt jumpa kawan2 lama...bayangkan dah berpuluh2 tahun terpisah..kini ketemu semula di ruang cyber dan akan disusuli dgn pertemuan diluar...

Apa yg diharapkan, semua kawan2 (terutama yg satu batch) dpt berkumpul semula.. Dan yg masih sudi merapatkan siratulrahim, boleh berhubungi each other melalui "facebook"

Bagi yg terbaca rencana ringkas dari MLN kali ni, boleh lah hubungi di sini melalui msg... Ni la pentingnya blog & bloggers, dpt berhubung secara positif... and all the very best from me.

Klu uolz nk tahu apa yg paling bahagia dihati ML skrg ... telah dimakbulkan dan diizinkan ALLAH kami telah bertemu secara face to face dengan bekas pelajar SRK Jln GURNEY2. WE GLAD TO MEET  EACH OTHER BACK AFTER YEARS OF YESTERDAY.  School of `1972 -1977, U R THE BEST...;)


*CORETAN NI ML SEDUQ DARI BLOG TERDAHULU ... 8/12/09*

Dari Meja PR MakLady

KEPADA ANDA yg BENCI TAPI RINDU @ yg NyampaH! MeluaT! NaK MuntaH! sama blog atau MakLady sendri : ~ THIS IS her BLOG, her ENTRies, her STORY ! BUKAN BLOG UoLz...! Suka hati MakLady ler, dia nak tulis apa pun. Dia nak syok sendiri ke, nak celoteh berjela jela sekali pun! Dah nama pn BLOG MAK LADY! So, KLU UoLz TAK SUKA cara MAKLADY type atau menulis, keep away from here ~ END STORY ! [",] Finally, Dont Forget to klik "UnFollow" on your way OUT ~ TQVM [",]